///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Headlines : Malaysia Gazette News   Page 1    



3 beradik didakwa bunuh warga emas di Jasin - 26/05 4:50 pm

JASIN - Tiga beradik didakwa di Mahkamah Majistret Jasin di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di kawasan berhampiran sebuah taman permainan dua minggu lepas. Ketiga-tiga tertuduh RMurugan, 20, RArunasalam, 27, dan RMagendran, 28, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamildi hadapan Majistret Mazana Sinin. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut ..





SPRM sahkan tiada unsur rasuah dalam pemberimilikan kolam takungan banjir .. - 26/05 4:50 pm

# SPRM sahkan tiada unsur rasuah dalam pemberimilikan kolam takungan banjir di KL KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada sebarang unsur rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa ditemui dalam siasatan terhadap proses pemberimilikan kolam takungan banjir kepada pemaju bagi tujuan pembangunan kediaman dan pembangunan bercampur di ibu negara. Perkara itu dimaklumkan dalam sesi taklimat khas SPRM kepada Pengurusan Tertinggi Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) ..





8 termasuk 6 warga asing didakwa miliki ketamin, MDMA 8 termasuk 6 warga .. - 26/05 4:50 pm

# 8 termasuk 6 warga asing didakwa miliki ketamin, MDMA KUALA LUMPUR - Lapan lelaki termasuk enam warga asing berusia antara 24 hingga 41 tahun didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memiliki dua jenis dadah di sebuah hotel mewah di sini awal pagi Ahad lalu. Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri. Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa secara bersama memiliki dadah jenis ketamin seberat 1.5 gram di ..





JPJ Johor rekod 1,987 kesalahan dalam operasi khas Aidiladha JPJ Johor .. - 26/05 4:50 pm

# JPJ Johor rekod 1,987 kesalahan dalam operasi khas Aidiladha JOHOR BAHRU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengambil tindakan terhadap 1,205 kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2026. Pengarah JPJ negeri, Zulkarnain Yasin berkata, jumlah tersebut selepas pemeriksaan dilakukan terhadap 17,236 kenderaan dalam operasi kelmarin dan semalam. Beliau berkata, motosikal mencatatkan angka tertinggi iaitu 513 kes, diikuti kereta (456 kes), kenderaan barangan ..





Aidiladha: Trafik bergerak perlahan 4 kilometer masuki Kelantan - 26/05 4:50 pm





Kes diesel ke Filipina Isham Jalil diklasifikasikan NFA - 26/05 4:50 pm

# Kes diesel ke Filipina Isham Jalil diklasifikasikan NFA KUALA LUMPUR Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan siasatan terhadapnya berhubung isu penghantaran diesel ke Filipina telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). Menurut beliau, keputusan itu dimaklumkan sendiri oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)selepas siasatan mendapati tiada sebarang kesalahan dilakukan. Saya baru dimaklumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi (MCMC) ..





Padah jadi keldai akaun, 3 lelaki didenda Padah jadi keldai akaun, 3 .. - 26/05 4:50 pm

JOHOR BAHRU - Tiga lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan pinjaman dan pekerjaan tidak wujud. Raihan Nor Azali, 25; Mohamad Zuhri Zulfikri Mohd Zainon, 27, dan Mamor Bulat, 59, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret A Shaarmini. Mohamad Zuhri Zulfikri dan Mamor yang merupakan pekerja swasta masing-masing didenda RM2,500 manakala Raihan yang ..





Pemandu jengkaut parah dihempap runtuhan kuari - 26/05 4:50 pm

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu jengkaut cedera parah selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah dan batu kuari di Kuari Ismail, Simpang Bukit Tembaga, petang semalam. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.07 petang sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dikejarkan ke lokasi. "Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah jengkaut dihempap runtuhan tanah ..





Ketua kumpulan ‘Geng Rames’ cuba loloskan diri berjaya ditahan .. - 26/05 7:32 am

# Ketua kumpulan 'Geng Rames' cuba loloskan diri berjaya ditahan polis KUALA LUMPUR - Seorang lelaki merupakan ketua kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng Rames yang aktif di kawasan SG Division, Sungai Petani, Kedah akhirnya berjaya ditahan polis. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, suspek ditahan dalam Op Tiga pada 22 Mei lalu hasil kerjasama pihak berkuasa India dan Thailand. "Suspek ditahan ketika dalam penerbangan dari Bangkok, Thailand menuju ..





Pemilik premis cuci kereta lepas bebas tuduhan edar syabu - 26/05 7:32 am

# Pemilik premis cuci kereta lepas bebas tuduhan edar syabu SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini melepas dan membebaskan seorang pemilik premis mencuci kereta daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 764.4 gram, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya. Hakim Dr. Hazlina Hussain membuat keputusan itu di akhir kes pendakwaan terhadap Harvin Singh Ranjit Singh, 33. Harvin sebelum ini didakwa mengedar methamphetamine seberat ..





Tindakan tegas dalang rosak ekosistem marin guna bom ikan di Semporna .. - 26/05 7:32 am

# Tindakan tegas dalang rosak ekosistem marin guna bom ikan di Semporna SEMPORNA - Kerosakan fizikal ekosistem marin di Tapak Restorasi Terumbu Karang Pulau Selakan di sini akibat aktiviti bom ikan yang dikesan baru-baru ini, bakal mengundang tindakan undang-undang yang tegas daripada kerajaan negeri Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata insiden yang memusnahkan kawasan seluas 15 meter persegi itu, telah meranapkan usaha pemuliharaan terumbu ..





KUSKOP sumbang kira-kira 40 ekor lembu korban, mualaf antara penerima - 26/05 7:32 am

# KUSKOP sumbang kira-kira 40 ekor lembu korban, mualaf antara penerima BUKIT MERTAJAM - Kira-kira 40 ekor lembu korban bernilai RM216,000 disumbangkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sempena Aidiladha tahun ini bagi manfaat 27 masjid, surau, NGO, MPKK dan JPKKP di kawasan Parlimen Bukit Mertajam. Jumlah itu hampir dua kali ganda berbanding sasaran awal sebanyak 20 ekor lembu hasil penyertaan agensi termasuk UDA Holdings, Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia, Suruhanjaya ..





Mexico bakal hoskan pasukan Piala Dunia Iran selepas penolakan AS, kata... - 26/05 7:32 am

# Mexico bakal hoskan pasukan Piala Dunia Iran selepas penolakan AS, kata Presiden KUALA LUMPUR - Presiden Mexico Claudia Sheinbaum pada Isnin memaklumkan bahawa kerajaannya bersetuju membenarkan pasukan bola sepak kebangsaan Iran menetap di Mexico sepanjang kejohanan Piala Dunia, sambil menambah bahawa Amerika Syarikat (AS) enggan menjadi tuan rumah kepada skuad itu. Sheinbaum berkata badan induk bola sepak dunia, FIFA telah menghubungi kerajaannya selepas AS menyatakan keengganan untuk ..





101 kontena mengandungi e-waste dihantar ke negara asal – AKPS .. - 26/05 7:32 am

# 101 kontena mengandungi e-waste dihantar ke negara asal - AKPS Pelabuhan Klang KUALA LUMPUR - Sebanyak 101 kontena mengandungi e-waste berjaya dibawa keluar ke negara asal melalui proses _re-export._ Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pelabuhan Klang berkata, tindakan itu membuktikan komitmen dan ketegasan agensi penguat kuasa dalam memastikan Malaysia tidak dijadikan destinasi pelupusan haram sisa elektronik antarabangsa. "Kerjasama strategik antara semua agensi ..





99,128 tiket feri Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Langkawi terjual sempena... - 26/05 7:32 am

# 99,128 tiket feri Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Langkawi terjual sempena Aidiladha, cuti sekolah ALOR SETAR - Sebanyak 99,128 tiket feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi serta sebaliknya telah terjual setakat ini bersempena sambutan Aidiladha dan cuti sekolah. Pengurus Operasi Konsortium Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata 120 trip perjalanan normal yang dirancang dan 53 trip tambahan tersediamulai 21 Mei hingga 7 Jun depan. ..





Lingkaran Cekap akan mulakan caj jalan Gengting Highlands dalam dua fasa - 26/05 7:32 am

# Lingkaran Cekap akan mulakan caj jalan Gengting Highlands dalam dua fasa KUALA LUMPUR - Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB), pengendali sah rangkaian jalan raya Genting Highlands, akan melaksanakan caj jalan raya dalam dua fasa, berkuat kuasa 28 Mei dan 28 Jun 2026. LCSB memaklumkanbahawa semua pengguna jalan raya yang dibenarkan, selain daripada mereka yang berada dalam kategori dikecualikan, dikehendaki membayar caj jalan berkenaan semasa memasuki Jalan Genting Highlands berkuat kuasa 28 Mei ..





TNB kekal berdaya tahan, fokus kepada bekalan stabil dan nilai untuk... - 26/05 7:32 am

# TNB kekal berdaya tahan, fokus kepada bekalan stabil dan nilai untuk rakyat KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengumumkan prestasi kewangan bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 (S1 TK2026), sekali gus membuktikan komitmen berterusan syarikat dalam memperkukuh jaminan tenaga negara, meningkatkan daya tahan grid elektrik serta memastikan manfaat jangka panjang terus dinikmati rakyat dan negara. Dalam suasana ekonomi global yang lebih kompleks dan peningkatan ..





Terlanggar biawak punca nahas 3 kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat - 26/05 7:32 am

# Terlanggar biawak punca nahas 3 kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat KUANTAN - Terlanggar seekor biawak di tengah jalan menjadi punca kemalangan tiga buah kenderaan dalam kejadian di kilometer 90 Jalan Kuantan-Segamat, di Pekan awal pagi tadi. Dalam nahas membabitkan sebuah Proton Saga, Perodua Axia dan Perodua Alza itu, seorang kanak-kanak berusia 14 tahun dilaporkan maut di lokasi kejadian, manakala enam daripada 11 mangsa lain cedera. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat ..





Tiada kenaikan mendadak harga sayur, situasi terus dipantau ??? Mat Sabu - 25/05 3:38 pm

# Tiada kenaikan mendadak harga sayur, situasi terus dipantau Mat Sabu PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mendapatkan laporan segera daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berhubung dakwaan kenaikan harga sayur di Kelantan hingga RM2 sekilogram. Menteri Pertanian dan Keterjaminan MakananDatuk Seri Mohamad Sabu berkata setakat ini tidak berlaku kenaikan mendadak harga sayur di kebanyakan kawasan termasuk di Lembah Klang, kecuali melibatkan ..





Polis jalankan siasatan terperinci punca kemalangan di FSO Sepat - 25/05 3:38 pm

# Polis jalankan siasatan terperinci punca kemalangan di FSO Sepat KUALA TERENGGANU - Polis sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap kes kemalangan yang menyebabkan tiga pekerja maut di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat yang terletak kira-kira 150 meter dari perairan Kuala Terengganu, tengahari semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP, Azli Mohd Noor berkata, sepasukan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah telah dihantar ke lokasi bagi mengenal pasti ..





Radius pencarian remaja sesat di Bukit Changkat Asa diperluas - 25/05 3:38 pm

# Radius pencarian remaja sesat di Bukit Changkat Asa diperluas HULU SELANGOR Hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja Nur Izzati Humaira Azizul yangdipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di sini melibatkan radius pencarian diperluas kepada 0.5 kilometer persegi. Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Azliza Ahmad berkata operasi setakat tengah hari taditertumpu di kawasan timur Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) menggunakan teknik_sweeping_. ..





11 Lelaki Didakwa Jadi `Geng RT6′ Sentul - 25/05 3:38 pm

Seramai 11 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang `Geng RT6 di Sentul sejak enam tahun lalu, antara 14 Januari 2020 dan 27 April lalu. Lelaki tersebut dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 Pindaan 2021.





4 jam padam kebakaran 2 kilang, asrama pekerja di Juru - 25/05 3:38 pm

# 4 jam padam kebakaran 2 kilang, asrama pekerja di Juru SIMPANG AMPAT - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mengambil masa hampir empat jam bagi menamatkan operasi kebakaran membabitkan dua kilang dan sebuah asrama pekerja di Kawasan Industri Ringan Juru di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam tadi, kebakaran melibatkan kilang pembuatan minuman kesihatan, kilang kabinet dapur serta asrama pekerja yang terletak di dalam gudang kitar semula barangan plastik. ..





244 peniaga kecil Putrajaya nikmati diskaun sewa 30% bermula bulan depan - 25/05 3:38 pm

# 244 peniaga kecil Putrajaya nikmati diskaun sewa 30% bermula bulan depan PUTRAJAYA - Seramai 244 peniaga kecil di Putrajaya bakal menikmati pengurangan kadar sewa bulanan sebanyak 30 peratus menerusi inisiatif baharu yang diumumkan Perbadanan Putrajaya bermula 1 Jun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, pengurangan sewa itu melibatkan peniaga medan selera, kios penjaja dan pasar milik Perbadanan Putrajaya bagi tempoh 12 bulan sehingga 31 Mei 2027. ..





JAWI tegas ajaran Ahmadiyah, Qadiani bercanggah Islam - 25/05 3:38 pm

# JAWI tegas ajaran Ahmadiyah, Qadiani bercanggah Islam KUALA LUMPUR Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menegaskan ajaran Ahmadiyah atau Qadiani merupakan fahaman sesat yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah serta telah difatwakan terkeluar daripada Islam sejak tahun 2004. JAWI dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil perhatian terhadap video tular di media sosial berkaitan kegiatan ajaran berkenaan di Wilayah Persekutuan baru-baru ini. Menurut kenyataan ..





Tular taman permainan ekstrem? Penjaga juga perlu nilai risiko – Exco - 25/05 3:38 pm

# Tular taman permainan ekstrem? Penjaga juga perlu nilai risiko - Exco MELAKA Setiap pembangunan kemudahan awam termasuk taman permainan di negeri ini telah melalui kajian impak dan penilaian keselamatan sebelum dibina. Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, terdapat pelbagai pilihan pusat rekreasi awam di negeri ini termasuk yang dikhususkan untuk kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun. "Namun, ..





6,107 ternakan direkod bagi ibadah korban di Pulau Pinang - 25/05 3:38 pm

# 6,107 ternakan direkod bagi ibadah korban di Pulau Pinang GEORGE TOWN - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 1,398 Permit Sembelihan Luar (PSL) bagi pelaksanaan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal diraikan umat Islam Rabu ini. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, jumlah permit yang diluluskan tahun ini meningkat sebanyak 341 permit atau 32.26 peratus berbanding 1,057 PSL yang ..





BUDI Agri-Komoditi diteruskan tangani tekanan kos, ketidaktentuan ekonomi .. - 25/05 3:38 pm

# BUDI Agri-Komoditi diteruskan tangani tekanan kos, ketidaktentuan ekonomi global PM KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju meneruskan inisiatif BUDI MADANI: BUDI Agri-Komoditi secara bersasar bagi membantu pekebun kecil, pengusaha serta golongan rentan yang menjadi tulang belakang ekonomi negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memahami denyut nadi rakyat yang sedang berdepan tekanan kenaikan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Atas pertimbangan tersebut, ..





Bomba lancar operasi cari pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih Bomba .. - 25/05 3:38 pm

# Bomba lancar operasi cari pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak giat menjalankan operasi menyelamat dua pendaki melibatkanseorang lelaki dilaporkan mengalami sesak nafas dan seorang wanita yang cederadi kaki dipercayai hilang selepas menjalankan aktiviti pendakian diPuncak Gunung Batu Putih, di sini. Pengarah JBPM Perak Datuk Sayani Saidon berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami sesak nafas dan muntah ..





Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga awal malam .. - 25/05 3:38 pm

# Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga awal malam ini KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 7 petang ini. MetMalaysia memaklumkan antara kawasan terjejas di Perak ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar selain beberapa daerah di Kelantan membabitkan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang. Turut ..





11 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang `Geng RT6′ - 25/05 3:38 pm

# 11 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang `Geng RT6 KUALA LUMPUR - Seramai 11 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang `Geng RT6 sejak enam tahun lalu. Mereka ialah A. Raja Ratanam, K. Sunthreson, C. Vijaya Kumar, N. Nadarajah, T. Raman, R. Vijayan, M. Kumaaran, N. Harichandran, S. Maran, Suwaran Singh Minder Singh dan Mohammad Atiff Khan Mohammad Ali Khan. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua ..





Isteri sarat mengandung tak sangka panggilan video jadi kenangan terakhir .. - 25/05 7:43 am

# Isteri sarat mengandung tak sangka panggilan video jadi kenangan terakhir KUALA TERENGGANU - Seorang wanita yang sedang sarat mengandung tujuh bulan tidak menyangka panggilan video bersama suaminya malam tadi menjadi kenangan terakhir mereka, sebelum lelaki itu dilaporkan maut dalam kemalangan yang dipercayai berpunca daripada tali bot yang terputus ketika menjalani latihan kecemasan di perairan Terengganu-Pahang hari ini. Isteri kepada seorang mangsa Nurkhaeryna Dhania Azreen Khairil Azri, ..





ATM junjung titah Tengku Mahkota Pahang, komited perkukuh penyelarasan .. - 25/05 7:43 am

# ATM junjung titah Tengku Mahkota Pahang, komited perkukuh penyelarasan latihan ketenteraan KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih serta akur dengan titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berhubung pelaksanaan aktiviti ketenteraan di negeri itu. Markas ATM dalam kenyataan memaklumkan sebagai institusi pertahanan negara, ATM sentiasa komited memastikan setiap latihan dan operasi dilaksanakan ..



Trump says Iran talks ???constructive??? but blockade will remain until .. - 25/05 7:43 am





GSF: Razman tidak dibenarkan menaiki pesawat, berisiko tinggi - 25/05 7:43 am

# GSF: Razman tidak dibenarkan menaiki pesawat, berisiko tinggi SEPANG - Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby memberitahu Razman Mat Ali tidak dibenarkan menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia kerana mengalami Traumatic Pneumothorax atau paru-paru bocor Menurut beliau, doktor memberi amaran bahawa tekanan udara dalam penerbangan boleh menyebabkan keadaan Razman menjadi lebih kritikal malah berisiko membawa maut. Beliau tidak boleh terbang ..





Peluru berpandu: MINDEF teliti tawaran beberapa negara - 25/05 7:43 am

# Peluru berpandu: MINDEF teliti tawaran beberapa negara ISTANBUL - Kementerian Pertahanan sedang menilai tawaran daripada beberapa negara untuk mencari penyelesaian terbaik menggantikan sistem peluru berpandu antikapal (NSM) yang dibatalkan pembekalannya oleh syarikat pertahanan dari Norway. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pertemuan turut diadakan dengan beberapa pihak sempena lawatan beliau ke Turkiye bagi mendapatkan cadangan bersesuaian untuk pertimbangan Tentera ..





‘Cuaca’ minggu lalu di Johor lebih panas dari minggu ini .. - 25/05 7:43 am

# 'Cuaca' minggu lalu di Johor lebih panas dari minggu ini -Pemuda UMNO Johor ISKANDAR PUTERI - Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros menyifatkan cuaca minggu ini di Johor panas namun 'panas' minggu lalu lebih berbeza dipercayai merujuk kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan 'pemimpin budak'. Beliau secara sinis berkata, secara simboliknya perumpamaan tersirat dan tersirat itu akan difahami apabila merujuk kepada dua 'keadaan' cuaca tersebut. "Cuaca dua tiga hari di Johor ni agak panas. ..





Pemuda maut motosikal langgar lori masuk simpang di Kulai - 25/05 7:43 am

# Pemuda maut motosikal langgar lori masuk simpang di Kulai KULAI - Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang kemalangan dengan sebuah lori di kilometer 7 Jalan Kulai-Kota Tinggi, arah Kulai di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, Bahagian Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima makluman kejadian tersebut berlaku pukul 7.40 pagi. "Kemalangan melibatkan motosikal jenis Suzuki dan lori jenis Hohan. ..





Bomba selamatkan dua wanita sesat di Pantai Keramat - 25/05 7:43 am

# Bomba selamatkan dua wanita sesat di Pantai Keramat ALOR GAJAH - Dua wanita berdepan detik cemas selepas tersesat ketika melalui laluan hutan paya bakau di kawasan Pantai Keramat menuju ke Pantai Cermin, Tanjung Tuan, di sini sebelum diselamatkan pasukan bomba tengah hari tadi. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.13 tengah hari. Menurutnya, ..





Berang ditegur buang tin arak, remaja 15 tahun libas ‘pak .. - 25/05 7:43 am

# Berang ditegur buang tin arak, remaja 15 tahun libas 'pak guard' dengan pisau KUALA LUMPUR - Berang ditegur kerana membuang tin arak merata-rata, remaja lelaki berusia 15 tahun melibas seorang pengawal keselamatan dengan pisau hingga cedera. Ketua Polis Daerah Cheras, Assisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata dalam kejadian berhampiran sebuah apartmen servis di Cheras, kelmarin, mangsa yang merupakan penyelia pengawal keselamatan berusia 49 tahun cedera di perut sebelah kiri. "Siasatan ..




Reformasi     >>



Hubungan baik dengan Iran selamatkan laluan bekalan .. - Mkini
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, bekalan minyak negara masih mencukupi, manakala RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter.
Kroni     >>



Rakyat jelata teruja jejak kaki ke Istana Arau - Utusan
ARAU: Tepat pukul 9.30 malam sebaik sahaja pintu pagar dibuka menyaksikan puluhan ribu pengunjung memasuki istana bagi menyaksikan keindahan gemerlapan lampu hiasan bersempena Malam Kilauan Cahaya (MKC) Istana Arau berlangsung selama dua hari berakhir semalam. MKC dianjur bersempena Sambutan Ulang ..
Tabloid     >>



Nur Izzati Humaira Ditemukan Meninggal Dunia - Ohmedia
Nur Izzati Humaira yang hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa ditemukan meninggal dunia tengah hari ini. The post Nur Izzati Humaira Ditemukan Meninggal Dunia appeared first on Oh! Media .
Tech     >>



Another Android brand is teasing us with magnetic rear .. - Androidauthority
C'mon now, why aren't Samsung and Google copying this?
World     >>



Rubio says Strait of Hormuz will open one way or the .. - Aljazeera
Rubio says Strait of Hormuz will open 'one way or the other'
Motor Trend     >>



Buletin MoT Arah Jpj Kembalikan Perkhidmatan Tukar Hak .. - Mekanika
# MOT ARAH JPJ KEMBALIKAN PERKHIDMATAN TUKAR HAK MILIK KENDERAAN DALAM TALIAN SERTA-MERTA **Kementerian Pengangkutan (MoT) mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengembalikan serta-merta perkhidmatan dalam talian bagi urus niaga Tukar Hak Milik (THM) yang sebelum ini ditangguhkan bagi ..