///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Headlines : Sinar Harian Berita News   Page 1    



Kelantan TRW tidak layak beraksi di Liga Super musim depan - 26/05 4:44 pm

KELAB bola sepak Kelantan The Real Warriors (TRW) FC sah tidak akan beraksi dalam saingan Liga Super bagi musim 20262027 selepas gagal memperoleh Lesen Kebangsaan.Badan bebas, First Instance Body (FIB) mengesahkan permohonan yang dikemukakan oleh kelab Pantai Timur itu ditolak berikutan kegagalan memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah Peraturan Pelesenan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).Pemangku Pengerusi FIB, Hussaini Hussin berkata, keputusan rasmi itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa FIB ..





Kad Cristiano Ronaldo dijual pada harga RM5.35 juta - 26/05 4:32 pm

BINTANG bola sepak ternama dunia, Cristiano Ronaldo sekali lagi mencipta sejarah namun kali ini di luar padang apabila kad hobi eksklusif miliknya terjual pada harga jutaan dolar.Kad pengumpul daripada siri Panini Kaboom 1/1 yang menampilkan bintang Portugal itu berjaya mencecah nilai jualan rekod sekali gus menjadikannya antara barangan berkaitan bintang sukan paling bernilai tinggi ketika ini.Kad edisi 2018 Panini Kaboom Green 1/1 berkenaan memaparkan gambar Ronaldo ketika beliau menyarung ..





Kes Tony Pua: Polis akan panggil pakar akademik bantu berkenaan .. - 26/05 4:22 pm

KAJANG - Seorang pakar akademik berkaitan Perlembagaan Persekutuan akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan melibatkan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berhubung isu sensitif berkaitan institusi Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, sebanyak 120 laporan polis telah diterima pihaknya."Seramai 95 saksi telah dirakam percakapan."Kita juga akan merakam percakapan daripada seorang pakar akademik ..





Kronologi kes kehilangan Nur Izzati Humaira - 26/05 4:15 pm

23 MEI 20268.40 pagiNur Izzati Humaira Azizul, 19, dilapor mendaki Bukit Changkat Asa, Tanjong Malim. Laporan polis menyebut dia mendaki bersama ibu, adik, ibu saudara dan dua orang sepupu.10.50 pagiKetika perjalanan turun, kumpulan pendaki berhenti berehat. Nur Izzati kemudian meminta kunci kereta dan beg galas daripada ibunya kerana mahu turun terlebih dahulu untuk berehat di dalam kereta kerana kepenatan serta tidak tahan panas.11.35 pagiIbu Izzati tiba di kawasan parkir, namun mendapati Nur ..





Pemandu peribadi tak mengaku culik budak 11 tahun - 26/05 4:13 pm

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, minggu lepas.TertuduhMuhamad Rafiqzam Hafeq Mohd Rosly, 23, didakwa menculik kanak-kanak itu daripada bapanyaRosli Ab Ghani, 49, di Jalan Ilmu berhampiran sebuah kolej di sini hingga ke sebuah stesen minyak di Bukit Damansara antara 2.30 petang hingga 4.49 petang pada 19 Mei lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen ..





Azam Baki akan dipanggil bantu siasatan kes dakwaan ugut Albert Tei - Polis - 26/05 3:55 pm

KAJANG - Polis akan memanggil bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ahli perniagaan kontroversi Albert Tei mengatakan dirinya diugut.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, laporan dibuat Albert Tei pada 13 Mei lalu."Albert Tei mengatakan menerima ugutan daripada seorang peguam daripada Tan Sri Azam mendakwa telah diugut."Susulan itu kita telah ..





210 jemaah haji pakej Delima TH Travel sertai program Arafah #QuranHour di .. - 26/05 3:45 pm

MAKKAH Suasana penuh penghayatan dan keinsafan menyelubungi Program Arafah #QuranHour yang menghimpunkan seramai 210 jemaah haji dalam satu majlis tadabur al-Quran bertemakan persiapan hati menuju kemuncak ibadah haji di Arafah.Program berkenaan menampilkan tadabur Surah Al-Muzzammil dan Surah Al- Hajj yang sarat dengan mesej pengorbanan, kesabaran, perjuangan serta hubungan hamba dengan ALLAH SWT dalam menempuh perjalanan menuju haji mabrur.Pembacaan ayat-ayat suci al-Quran telah dipimpin oleh ..





PRU16 dijangka jadi medan pertarungan terbuka - Rafizi - 26/05 3:08 pm

SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dijangka menjadi pertandingan terbuka atau 'free-for-all' apabila setiap parti politik dilihat akan membawa haluan dan strategi sendiri demi kelangsungan masing-masing.Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, senario itu semakin jelas apabila UMNO dilihat tidak akan kekal sebagai 'pemain kedua' kepada Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi pilihan raya itu nanti.Menurut bekas Menteri Ekonomi itu, UMNO tidak ..





RON95 kekal RM1.99, bekalan diesel stabil hingga Julai - PM - 26/05 2:48 pm

BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memberi jaminan bekalan petrol dan diesel negara mencukupi sekurang-kurangnya hingga Julai ini meskipun dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi susulan konflik di Asia Barat serta gangguan laluan perdagangan di Selat Hormuz.Menurut beliau, kerajaan juga masih mampu mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter walaupun berlaku peningkatan kos penghantaran dan insurans kapal akibat konflik berkenaan."Doa supaya ..





RM2.4 juta ayam dari China, Hong Kong diikrar palsu dirampas - 26/05 2:30 pm

KOTA KINABALU - Taktik membawa masuk ayam sejuk beku dipercayai dari China dan Hong Kong ke negeri ini dengan membuat pengikraran palsu sebagai ubi kentang dan kacang pis terbongkar selepas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya merampas sebanyak 404,232 kilogram barangan tersebut dalam operasi di Pelabuhan Sepanggar, baru-baru ini.Rampasan bernilai kira- kira RM2.4 juta itu ditemukan dalam 14 kontena menerusi operasi yang bermula sejak 19 Mei lalu.Ketua Pengarah AKPS, ..





Tiga beradik didakwa bunuh warga emas - 26/05 2:11 pm

JASIN - Tiga beradik didakwa di Mahkamah Majistret Jasin di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di kawasan berhampiran sebuah taman permainan dua minggu lepas.Ketiga-tiga tertuduh RMurugan, 20; RArunasalam, 27, dan RMagendran, 28, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamildi hadapan Majistret Mazana Sinin.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut ..





Hilang tiga hari, Nur Izzati ditemui meninggal dunia - 26/05 1:57 pm

HULU SELANGOR Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar pukul 11.58 pagi di kawasan kebun berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung MalimNur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km ..





RTM bawakan tiga kisah pengorbanan keluarga sempena Aidiladha - 26/05 1:38 pm

SHAH ALAM - Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan tiga telefilem istimewa sempena sambutan Aidiladha tahun ini yang mengetengahkan tema pengorbanan, kasih sayang dan kekuatan institusi keluarga.Menurut agensi itu, setiap fasa kehidupan berkeluarga menuntut kesabaran mental dan fizikal selain memerlukan sikap tolak ansur serta komunikasi berterusan bagi membina hubungan yang bahagia."Sambutan Aidiladha turut mengingatkan umat Islam terhadap kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail ..





Lebih 150,000 kenderaan sehari dijangka guna WCE sempena Aidiladha - 26/05 1:08 pm

SHAH ALAM - Lebih 150,000 kenderaan sehari dijangka menggunakan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) pada hari-hari puncak sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, cuti persekolahan serta cuti hujung minggu yang panjang.WCE dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, peningkatan ketara aliran trafik dijangka berlaku susulan pergerakan pulang ke kampung dan aktiviti percutian sepanjang tempoh berkenaan.Bagi memastikan kelancaran trafik dan keselesaan pengguna, pelbagai langkah kesiapsiagaan akan ..





Rafizi perlu perjelas dakwaan dana RM8.6 juta beli Bersama - AMK - 26/05 12:58 am

KUALA LUMPUR Datuk Seri Rafizi Ramli digesa tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan pembelian Parti Bersama Malaysia (Bersama) bernilai RM8.6 juta yang kini hangat diperkatakan di media sosial.Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, penjelasan itu penting bagi mengelakkan pelbagai persepsi dan spekulasi terus berlegar dalam kalangan masyarakat, khususnya apabila dakwaan tersebut turut dikaitkan dengan isu aliran dana asing serta pengkhianatan terhadap ..





Jimmy-Su Yin tumbangkan gandingan nombor satu dunia - 26/05 12:50 am

GANDINGAN beregu campuran negara, Jimmy Wong-Cheng Su Yin melakar kejutan terbesar pada hari pembukaan Kejohanan Badminton Terbuka Singapura apabila menyingkirkan beregu nombor satu dunia dari China pada Selasa.Jimmy-Su Yi mempamerkan aksi matang dan bertenaga untuk menewaskan Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dengan keputusan 23-21, 21-16 di Stadium Tertutup Singapura.Kemenangan itu menyaksikan Jimmy-Su Yin menempah tiket ke pusingan kedua.Mereka dijadualkan bertemu sama ada pasangan India, Rohan ..





Tingkat penguatkuasaan sempadan laut, darat, laluan 'tikus' seludup barang .. - 26/05 12:31 am

SHAH ALAM - Rondaan sempadan darat dan laut, sekatan jalan raya selain menumpukan laluan 'tikus' yang digunakan sindiket menjadi fokus kesiapsiagaan dalam mengekang kegiatan penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi pada musim perayaan Aidiladha.Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya melalui Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak agar ..





Binturong jadi sasaran pemburu haram - 26/05 11:45 am

SHAH ALAM - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengesan kegiatan pemburuan haram hidupan liar dilindungi bagi spesies binturong untuk dijadikan haiwan peliharaan.Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, binturong atau nama saintifiknya Arctictis Binturong merupakan mamalia arboreal daripada keluarga musang (Viverridae) yang terdapat di Asia Tenggara termasuk Malaysia.Menurutnya, binturong diklasifikasi dalam Senarai Merah Kesatuan ..





Kos RM70 juta bawa pulang Mourinho ke Real Madrid - 26/05 11:30 am

KEPULANGAN semula pengendali berpengalaman, Jose Mourinho untuk mengemudi Real Madrid dilaporkan berdepan sedikit kesukaran ekoran peningkatan ketara pada nilai klausa pelepasan kontraknya bersama Benfica.Walaupun pengendali kelahiran Portugal itu dilaporkan sudah mencapai persetujuan lisan bagi kontrak selama tiga tahun bersama gergasi Sepanyol tersebut, proses perpindahan rasmi kini tergendala akibat isu pentadbiran dalaman.Menurut laporan media Portugal, RTP, kelewatan tersebut berpunca ..





Pengeluaran pasport baharu Malaysia ditangguh - JIM - 26/05 11:28 am

PUTRAJAYA - Pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dijadualkan bermula 1 Jun ditangguh kepada satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, langkah ini diambil bagi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan serta pengalaman urusan rakyat terus berada pada tahap terbaik."Orang ramai masih boleh memperbaharui PMA sedia ada seperti biasa dan pasport yang masih berkuat kuasa kekal sah digunakan sehingga tamat ..





Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskan - 26/05 11:04 am

TAPAH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih di sini diteruskan pada Selasa dengan penambahbaikan aspek komunikasi Rangkaian Trunk Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) di Pusat Kawalan Bomba, Kuala Woh.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR akan difokuskan di sekitar laluan menghala ke Gunung Rayu dan Pos Musoh yang dipercayai ..





Lembu korban 'dicekup' PGA - 26/05 10:58 am

PASIR MAS Taktik menyeleweng penghantaran lembu sempena sambutan Aidiladha terbongkar apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sebuah lori yang membawa muatan haiwan ternakan tidak sepadan dengan dokumen kelulusan di Jalan Banggol Ara di sini pada Isnin.Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang menerusi Op Taring Wawasan itu, anggota Strike Force Kompeni C Batalion 7 PGA Kuantan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan menahan seorang lelaki berusia 26 tahun bersama 13 ekor lembu dan ..





Negara Islam perlu bersatu lawan hegemoni AS - Saifuddin - 26/05 10:48 am

KUANTAN - Negara-negara Islam perlu bersatu dan memperkukuh kerjasama bagi menentang hegemoni Amerika Syarikat (AS) susulan desakan terbaharu negara itu terhadap beberapa negara untuk mengiktiraf Israel menerusi Perjanjian Abraham.Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, kenyataan Presiden AS, Donald Trump yang mahu lebih banyak negara menandatangani perjanjian berkenaan disifatkan sebagai usaha memperkukuh pengaruh dan dominasi kuasa besar dunia tersebut.Menurutnya, ..





Syed Saddiq, Bella dan anak-anak curi tumpuan di Triathlon Desaru - 26/05 10:48 am

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah mencuri perhatian apabila bersama-sama memeriahkan International Sunrise TriFest @ Desaru 2026 di Sand & Sandals Desaru Beach Resort pada Ahad.Awalnya bermula sebagai cabaran peribadi buat Syed Saddiq kini berkembang menjadi perjalanan penuh makna apabila Bella turut menyertai acara tersebut buat pertama kali bersama dua anak mereka, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.Acara yang berlangsung di Sand & Sandals Desaru Beach Resort itu ..





MPV mewah lari operasi JPJ, ada 20 saman AES - 26/05 10:34 am

ALOR SETAR - Cubaan seorang pemilik kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire melarikan diri daripada operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal apabila kenderaannya berjaya dikesan dan disita dalam operasi di Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini pada Isnin.Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, anggota penguat kuasa mengesan MPV mewah berkenaan berada di hadapan sebuah pusat perubatan berhampiran Wisma Darul Aman.Menurutnya, pemandu berusia lewat ..





Polis siasat komen berbaur provokasi kaum, hina Islam - 26/05 10:30 am

JERANTUT Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di media sosial Facebook yang mengandungi komen berbaur provokasi kaum dan penghinaan terhadap agama Islam serta kaum Melayu.Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Arshad Ayob berkata, siasatan itu dibuka selepas pihaknya menerima laporan polis berhubung hantaran berkenaan di Balai Polis Jerantut pada Ahad.Menurutnya, kandungan dimuat naik melalui akaun Facebook itu dipercayai mengandungi unsur yang boleh ..





Lawatan kerja Menteri Pertahanan ke Trkiye - 26/05 10:30 am

KUALA LUMPUR Pada 21 Mei 2026, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memulakan lawatan di Istanbul bagi memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Trkiye.Lawatan kerja tersebut merangkumi pertemuan dengan beberapa syarikat pertahanan Trkiye bagi memperkukuh kerjasama industri pertahanan antara kedua-dua negara, termasuk me- ningkatkan penglibatan syarikat tempatan Malaysia.Antara agenda utama lawatan ialah menghadiri Majlis Penamaan dan Pelancaran ..





Ejen hartanah tikam ibu tunggal tiba di mahkamah, didakwa hari ini - 26/05 10:17 am

ALOR SETAR - Seorang ejen hartanah yang disyaki menikam kenalan wanitanya dalam kejadian di Titi Gajah pada 17 Mei lalu tiba di Kompleks Mahkamah Alor Setar di sini bagi menghadapi pertuduhan hari ini.Lelaki berusia 32 tahun itu yang juga seorang duda dibawa menaiki van polis dan tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.36 pagi.Tertuduh dijangka didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditikam di leher oleh lelaki dikenaliSuspek tikam ..





Batal eksport NSM: Tiada pihak Malaysia patut dipersalahkan - 26/05 10:15 am

KUALA LUMPUR Tiada mana-mana pihak di Malaysia patut dipersalahkan dalam isu pembatalan lesen eksport sistem peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) oleh Norway kerana semua pihak berkaitan telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing mengikut prosedur dan pertimbangan terbaik ketika keputusan dibuat.Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, keputusan perolehan sistem persenjataan strategik itu dibuat berdasarkan keperluan operasi serta ..





Sektor korporat pemangkin kebajikan ummah - 26/05 10:00 am

PUTRAJAYA Sektor swasta disaran terus memainkan peranan lebih aktif dalam memperkukuhkan agenda kebajikan masyarakat dan pembangunan sosial negara menerusi pelbagai inisiatif berteraskan nilai Islam termasuk pelaksanaan ibadah korban.Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, dalam Islam tanggungjawab sosial tidak hanya dipikul kerajaan atau institusi agama semata-mata, sebaliknya turut melibatkan syarikat korporat dan sektor swasta.Menurut beliau, kekuatan dimiliki sektor swasta ..





Pengawal keselamatan maut, motosikal terbabas langgar anjing - 26/05 9:54 am

ALOR GAJAH - Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikalnya terbabas dan hilang kawalan dipercayai melanggar seekor anjing yang melintas secara tiba-tiba di Jalan Londang, Masjid Tanah di sini pada Isnin.Dalam kejadian jam 8.35 malam itu, mangsa, Mohd Azhar Mohd Noor, 43, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, ketika kejadian ..





Amani Travel kukuh peranan cemerlang pengelola jemaah haji dan umrah - 26/05 9:45 am

SEREMBAN Selepas lebih sedekad beroperasi, Amani Travel Sdn Bhd (Amani Travel) terus mengukuhkan reputasinya sebagai antara syarikat pengendali haji dan umrah yang diyakini di negara ini apabila diberi kepercayaan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk mengendalikan jemaah haji bagi tiga tahun berturut- turut.Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Amani Travel, Wan Muhammad Mior Ismail berkata, pelantikan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) sejak tahun 2023 merupakan satu pengiktirafan ..





Ketua jabatan jangan lengah tangani salah laku, integriti asas kepercayaan .. - 26/05 9:43 am

PUTRAJAYA - Barisan ketua jabatan dan pucuk pimpinan agensi awam digesa menterjemahkan amanah kepimpinan kepada tindakan nyata yang pantas tanpa melengah-lengahkan sebarang proses apabila berhadapan isu salah laku atau pelanggaran integriti.Ketua Setiausaha Negara, Tan SriShamsul Azri Abu Bakar berkata, kuasa dan jawatan datang bersama tanggungjawab besar yang menuntut keberanian membuat intervensi segera demi memastikan tadbir urus perkhidmatan awam kekal berintegriti."Pucuk pimpinan tidak ..





PGA serbu kilang kayu haram enam bulan beroperasi, rampas lebih RM1.1 juta - 26/05 9:35 am

PASIR MAS - Kegiatan sebuah kilang kayu haram yang dipercayai beroperasi sejak enam bulan lalu di Kampung Lubok Tapah di sini terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan bersama Jabatan Perhutanan pada Isnin.Dalam serbuan Op Taring Wawasan kira-kira jam 3.30 petang itu, enam lelaki termasuk pemilik kilang berusia 65 tahun ditahan bagi membantu siasatan.Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pelbagai ..





HONOR Magic V6: Telefon lipat paling kebal - 26/05 9:30 am

Telefon lipat semakin popular dalam dunia telefon pintar premium, tetapi masih ramai pengguna yang skeptikal terhadap tahap ketahanannya. Ada yang beranggapan telefon foldable mudah rosak, engsel cepat longgar dan kos pembaikan pula terlalu mahal.Namun semua persepsi itu akan dipatahkan oleh HONOR menerusi telefon lipat terbaharu mereka, HONOR Magic V6 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia.Apa yang menarik, HONOR bukan sekadar bercakap tentang ketahanan; mereka terus menguji Magic ..





Lembu sado jadi pilihan Aidiladha - 26/05 8:00 am

TAIPING Jika sebelum ini lembu tempatan menjadi pilihan utama bagi ibadah korban sempena Aidiladha, kini permintaan terhadap lembu sado dilihat semakin meningkat apabila semakin ramai pembeli sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan haiwan bersaiz besar yang menawarkan hasil daging lebih banyak.Biarpun harganya lebih tinggi berbanding lembu biasa dengan nilai mencecah sehingga RM15,000 seekor, permintaan terhadap lembu sado didakwa terus mendapat tempat terutama dalam kalangan mereka yang ..





Dua penjenayah tegar tumpas berbalas tembakan dengan polis - 26/05 12:38 am

KUALA LUMPUR - Dua penjenayah tegar warga tempatan ditembak matidalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, di Kajang,Selangor, malam tadi.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kejadian berbalas tembakan membabitkan pihak polis dan penjenayah itu berlaku pada 9.10 malam.Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek disyaki terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Lembah ..





Lebih 3 juta kenderaan dijangka guna Lebuhraya KLK, LPT1 sempena Aidiladha - 25/05 11:30 pm

KUANTAN - Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1), AFA Prime Bhd (AFA Prime) menganggarkan jumlah trafik mencecah lebih 3 juta bermula22 Mei lepashingga 2 Jun di lebuh raya berkenaan berikutan sambutan Aidiladhadan cuti umum.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan KesihatanPahang, Datuk Razali Kassim berkata, jumlah kenderaan di Lebuhraya KLK dijangka mencecah 2.18 juta, manakala LPT1 pula dianggarkan menerima 843,000 kenderaan dalam tempoh ..





Penunggang Y15 maut, motosikal terbabas masuk parit - 25/05 11:04 pm

BACHOK Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam parit sedalam kira-kira dua meter di Jalan Tawang, Kampung Tawang di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira- kira jam 9 malam itu, mangsa lelaki berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Pegawai Bomba Kanan I Tuan Mohd Sukri Tuan Hassan berkata, pihaknya menerima ..





Debut Eropah meyakinkan, Qabil Irfan kutip 13 mata di Barcelona - 25/05 10:34 pm

PELUMBA muda sensasi negara, Qabil Irfan Azlan membuka kempen Moto4 European Cup 2026 dengan langkah kanan apabila menamatkan perlumbaan pembukaan di Litar Barcelona-Catalunya, Sepanyol di kedudukan keempat.Biarpun bermula dari petak kelapan, pelumba berusia 14 tahun yang mewakili SIC-GRYD Racing itu mempamerkan tunggangan penuh meyakinkan apabila pantas menyesuaikan diri dengan jentera serta kekal bersaing dalam kelompok hadapan sepanjang 13 pusingan perlumbaan.Qabil Irfan beberapa kali ..




Reformasi     >>



Hubungan baik dengan Iran selamatkan laluan bekalan .. - Mkini
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, bekalan minyak negara masih mencukupi, manakala RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter.
Kroni     >>



Rakyat jelata teruja jejak kaki ke Istana Arau - Utusan
ARAU: Tepat pukul 9.30 malam sebaik sahaja pintu pagar dibuka menyaksikan puluhan ribu pengunjung memasuki istana bagi menyaksikan keindahan gemerlapan lampu hiasan bersempena Malam Kilauan Cahaya (MKC) Istana Arau berlangsung selama dua hari berakhir semalam. MKC dianjur bersempena Sambutan Ulang ..
Tabloid     >>



Nur Izzati Humaira Ditemukan Meninggal Dunia - Ohmedia
Nur Izzati Humaira yang hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa ditemukan meninggal dunia tengah hari ini. The post Nur Izzati Humaira Ditemukan Meninggal Dunia appeared first on Oh! Media .
Tech     >>



Another Android brand is teasing us with magnetic rear .. - Androidauthority
C'mon now, why aren't Samsung and Google copying this?
World     >>



Rubio says Strait of Hormuz will open one way or the .. - Aljazeera
Rubio says Strait of Hormuz will open 'one way or the other'
Motor Trend     >>



Buletin MoT Arah Jpj Kembalikan Perkhidmatan Tukar Hak .. - Mekanika
# MOT ARAH JPJ KEMBALIKAN PERKHIDMATAN TUKAR HAK MILIK KENDERAAN DALAM TALIAN SERTA-MERTA **Kementerian Pengangkutan (MoT) mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengembalikan serta-merta perkhidmatan dalam talian bagi urus niaga Tukar Hak Milik (THM) yang sebelum ini ditangguhkan bagi ..