| /// |
|
| Headlines : Sinar Harian Politik News | Page 1 |
|
PRU16 dijangka jadi medan pertarungan terbuka - Rafizi - 26/05 3:08 pm SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dijangka menjadi pertandingan terbuka atau 'free-for-all' apabila setiap parti politik dilihat akan membawa haluan dan strategi sendiri demi kelangsungan masing-masing.Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, senario itu semakin jelas apabila UMNO dilihat tidak akan kekal sebagai 'pemain kedua' kepada Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi pilihan raya itu nanti.Menurut bekas Menteri Ekonomi itu, UMNO tidak .. |
|
Rafizi perlu perjelas dakwaan dana RM8.6 juta beli Bersama - AMK - 26/05 12:58 am KUALA LUMPUR Datuk Seri Rafizi Ramli digesa tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan pembelian Parti Bersama Malaysia (Bersama) bernilai RM8.6 juta yang kini hangat diperkatakan di media sosial.Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, penjelasan itu penting bagi mengelakkan pelbagai persepsi dan spekulasi terus berlegar dalam kalangan masyarakat, khususnya apabila dakwaan tersebut turut dikaitkan dengan isu aliran dana asing serta pengkhianatan terhadap .. |
|
Hanya tiga AJK PKR Cabang Shah Alam keluar parti - Najwan - 25/05 8:43 pm SHAH ALAM - Hanya tiga ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Shah Alam yang mengesahkan telah keluar parti secara sukarela berbanding 21 yang didakwa sebelum ini.Ketuanya, Mohd Najwan Halimi berkata, tindakan tersebut dipercayai didalangi oleh seorang Ahli Parlimen PKR yang kecewa susulan kekalahan dalam pemilihan parti merebut jawatan di peringkat pusat dan cabang tahun lalu.ARTIKEL BERKAITAN:'Tindakan keluar parti tidak melemahkan PKR, hanya proses pembersihan .. |
|
Amanah kecam Pas ambil mudah isu hina sahabat nabi - 25/05 5:42 pm SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) menyelar tindakan kepimpinan Pas disifatkan mengambil mudah isu membabitkan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, berhubung dakwaan membawa naratif menghina dan memfitnah sahabat besar Nabi Muhammad SAW.Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sekadar memberikan 'peringatan' tanpa sebarang tindakan disiplin tegas adalah amat mengecewakan.Menurut beliau, kesilapan yang .. |
|
'Musuh di luar boleh dilawan, perpecahan dalaman bawa kekalahan' - 25/05 4:41 pm SHAH ALAM - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli gabungan Perikatan Nasional (PN) mengenai kepentingan mengekalkan perpaduan bagi mengelakkan kekalahan dalam perjuangan politik.Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menegaskan, ancaman atau musuh dari luar adalah sesuatu yang boleh dihadapi, namun sekiranya berlaku perpecahan secara dalaman, ia pastinya akan membawa kesan buruk kepada keutuhan gabungan berkenaan."Musuh di luar boleh dilawan, .. |
|
'Tindakan keluar parti tidak melemahkan PKR, hanya proses pembersihan .. - 25/05 3:18 pm SHAH ALAM - Tindakan segelintir anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang keluar parti dan meletakkan jawatan untuk menyertai parti baharu tidak melemahkan parti itu.Ketua Penerangan PKR Kuala Langat, Mohd Khairool Ngadon berkata, situasi berkenaan sebaliknya merupakan sebahagian daripada proses pembersihan dalaman parti.Malah menurutnya, parti itu kini bergerak lebih jelas tanpa kelompok yang masih gagal menerima kekalahan dalam pemilihan parti sejak setahun lalu."Yang kekal bersama hari ini .. |
|
Krisis Perlis: Undi tidak percaya tak perlu tunggu Sidang DUN - Sanusi - 25/05 3:01 pm ALOR SETAR - Usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah tidak semestinya perlu menunggu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Jun ini.Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tindakan itu jika mahu dilakukan boleh dibuat lebih awal melalui kaedah mengumpulkan akuan bersumpah (SD) bagi membuktikan hilang sokongan majoriti terhadap Menteri Besar.Menurutnya, langkah berkenaan tidak .. |
|
'Sibuk suruh orang lain bermusyawarah, diri sendiri jalan mengiring' - Dr .. - 25/05 1:59 pm SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Mohd Yadzil Yaakub membidas tindakan biro politik parti yang didakwa sibuk mengajar pihak lain mengenai konsep musyawarah sedangkan kepimpinan sendiri dikatakan pernah membuat keputusan tanpa rundingan menyeluruh.Beliau menggambarkan kenyataan Biro Politik Bersatu sebagai cakap tidak serupa bikin dan amalan musyawarah adalah mengikut selera sendiri apabila sibuk mengajar pihak lain mengenainya, tetapi .. |
|
Roh reformasi kini pada Rafizi, bukan PMX - Sanusi - 25/05 1:17 pm ALOR SETAR Pengerusi Perikatan Nasional Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengalu-alukan kehadiran Parti Bersama Malaysia (MU) untuk mengambil alih ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini.Menteri Besar Kedah itu berkata, perkembangan tersebut dilihat mampu memecah-belahkan PKR selain memberi ruang kepada ahli parti berkenaan menyertai MU.Menurutnya, beliau percaya semangat atau roh reformasi kini lebih dekat dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli .. |
|
21 AJK, pimpinan wanita PKR Cabang Shah Alam umum keluar parti - 25/05 11:47 am SHAH ALAM - Seramai 21 ahli jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Shah Alam bersama sebahagian besar pimpinan termasuk wanita mengumumkan peletakan jawatan dan pengunduran daripada parti berkuat kuasa serta-merta.AJK PKR Cabang Shah Alam dalam satu kenyataan mendakwa, keputusan itu dibuat ekoran hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti dan ketua cabangnya, Najwan Halimi."Kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti khususnya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar .. |
|
Tiga tokoh jadi benteng terakhir - 25/05 10:00 am PUTRAJAYA Pengaruh beberapa pemimpin utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat mungkin menjadi talian hayat terakhir parti itu dalam keadaan ia semakin terkesan akibat perpecahan dalaman.Pergolakan berterusan dalam parti menyaksikan beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen Bersatu dikenakan tindakan disiplin sejak dua tahun kebelakangan ini melibatkan pemecatan, penggantungan serta penamatan keahlian.Daripada 31 kerusi Parlimen yang dimenangi Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 .. |
|
'Jangan bergantung pada kelemahan lawan' - 25/05 9:30 am KETIKA Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) terus bergolak dengan siri konflik dalaman, Barisan Nasional (BN) pula dilihat mula menghidu peluang untuk bangkit menjelang PRU16.Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan BN tidak boleh bergantung kepada kelemahan lawan semata-mata, sebaliknya perlu mengubah peluang semasa menjadi sokongan rakyat.SINAR HARIAN: Adakah Barisan Nasional (BN) melihat pergolakan dalam PH dan PN ketika ini sebagai peluang untuk memperkukuh .. |
|
Bersama Rafizi bakal senasib dengan Pejuang Tun Dr Mahathir - MAPAN - 24/05 10:17 pm KUALA LUMPUR - Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang ditubuhkan Datuk Seri Rafizi Ramli hampir pasti akan bernasib sama seperti Parti Pejuang Tanah Air yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin.Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu menegaskan, situasi berkenaan berlaku kerana politik Malaysia tidak pernah memihak kepada parti yang hanya bersandarkan satu individu tertentu."Bandingkan sahaja rekod Rafizi .. |
|
Bersatu jawab enam dakwaan Abdul Hadi - 24/05 7:46 pm SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesal terhadap tuduhan yang dilemparkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung beberapa isu termasuk pertukaran Menteri Besar Perlis, krisis politik Negeri Sembilan serta dakwaan kelemahan jentera pilihan raya Bersatu yang dikatakan menjadi asas Pas mengkaji semula hubungan dengan parti itu.Menurut kenyataan Biro Politik Bersatu, semua isu berbangkit sepatutnya diselesaikan secara musyawarah dalam Perikatan Nasional .. |
|
PH tak mahu dipatuk ular dua kali - Anthony - 24/05 6:35 pm SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) perlu berhati-hati dalam menjalin kerjasama dengan mana-mana parti, khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, PH mempunyai pengalaman pahit ketika bekerjasama dengan kedua-dua parti tersebutterutama Bersatu."Kita membentuk kerjasama dalam kerajaan, malah kita menyokong calon daripada Bersatu menjadi Perdana Menteri."Tapi akhirnya kita dikhianati dan dijatuhkan. Jadi memang saya secara peribadi tak .. |
|
Krisis politik Negeri Sembilan: DAP setuju cadangan Tok Mat bubar DUN - 24/05 6:11 pm SEREMBAN - DAP bersetuju bahawa langkah terbaik bagi menyelesaikan krisis politik di Negeri Sembilan ialah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook, berkata langkah berkenaan dilihat dapat meredakan keadaan yang sedang berlaku, selain memastikan kerajaan negeri ditadbir dengan mandat yang lebih jelas."Sekurang- kurangnya ada satu mandat yang lebih jelas kerana sukar untuk ada lagi kepercayaan dalam Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan kerana .. |
|
Guan Eng tidak setuju syarat 50 peratus ekuiti Bumiputera dalam lupus tanah - 24/05 5:40 pm SHAH ALAM - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk meningkatkan pegangan ekuiti Bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).Menurut Penasihat DAP itu, peningkatan syarat daripada 30 peratus kepada 50 peratus dilihat sebagai satu perubahan dasar yang perlu diteliti semula.Sehubungan itu, beliau menggesa Perdana Menteri, Datuk .. |
|
Presiden Gerakan bongkar 'kelebihan tersembunyi' Dr Sam - 24/05 4:54 pm SHAH ALAM - Di sebalik gaya kepimpinan teknokrat yang cukup tersusun, Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau membongkarsatu lagi kelebihan tersembunyi dimiliki Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Menurut Dominic, Naib Presiden Pas itu bukan sahaja mempengerusikan mesyuarat dengan ringkas dan padat tetapi turut memiliki sikap mesra rakyat dan tidak kekok bergaul."Semalam baru saya sedar, Dr Sam bukan sahaja mempunyai gaya .. |
|
'Parti Bersama akan senasib dengan Pejuang' - Penganalisis politik - 24/05 4:09 pm KUALA LUMPUR - Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli hampir pasti akan bernasib sama seperti Parti Pejuang Tanah Air yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad.Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin berkata, hal ini kerana politik Malaysia tidak pernah memihak kepada parti yang hanya bersandarkan satu individu tertentu.Jelasnya, pengundi biasanya menilai sesebuah parti .. |
|
PRU16: PKR Maran sasar rampas kerusi DUN Luit, Kuala Sentul - 24/05 3:40 pm MARAN- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Maran sasar untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luit dan Kuala Sentul serta mempertahankan sokongan rakyat di kedua-dua kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).Ketua Cabang PKR Maran, Michael Sia berkata, kedua-dua kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15 lalu itu penting kerana ia bukan sekadar soal politik atau pilihan raya tetapi melibatkan masa depan rakyat, pembangunan kawasan serta hala tuju generasi akan .. |
|
AMK gesa wakil rakyat hadir program Rafizi beri penjelasan - 24/05 11:42 am PADANG RENGAS - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa mana-mana wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menghadiri program pengumuman Parti Bersama Malaysia (Bersama) baru-baru ini supaya tampil memberikan penjelasan kepada parti bagi mengelakkan polemik berterusan.Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan itu wajar sebagai tanda tanggungjawab kepada parti susulan kehadiran beberapa Ahli Parlimen pada majlis pengenalan parti baharu pimpinan Ahli Parlimen Pandan, .. |
|
Tiada cawangan terbubar, hanya satu kes di Tanjung Malim - Pengerusi PKR .. - 24/05 11:19 am IPOH - Tiada cawangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak yang terbubar susulan beberapa siri peletakan jawatan dan tindakan keluar parti baru-baru ini.Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, perkembangan di negeri ini hanya melibatkan satu cawangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Tanjung Malim dan tidak menjejaskan keseluruhan struktur organisasi parti.Menurutnya, hanya enam individu daripada barisan kepimpinan AMK cawangan berkenaan yang meletakkan jawatan, manakala majoriti .. |
|
Rafizi berdepan risiko hilang Pandan seperti Azmin tewas di Gombak - AMK .. - 24/05 10:14 am KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli berdepan risiko kehilangan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya PKR menampilkan calon berpengaruh untuk menentang beliau.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata, situasi itu dilihat tidak mustahil berlaku sebagaimana nasib Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada PRU15.Menurutnya, meskipun Rafizi mempunyai pengaruh tersendiri, parti .. |
|
PKR Perak harap Anwar kekal pertahan kerusi Tambun - 24/05 9:57 am IPOH - Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menyuarakan harapan agar Presiden parti itu yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terus mempertahankan kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, kehadiran Anwar di negeri itu amat penting bagi memperkukuh momentum parti, khususnya dalam usaha menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)."Sudah semestinya kami di Perak sangat memerlukan .. |
|
Pandan kini Parlimen angkat PM, Tengku Zafrul pegawai pemantau - Amirudin - 23/05 11:31 pm KUALA LUMPUR - Kawasan Pandan kini menjadi Parlimen angkat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari ketika mengumumkan perkara itu berkata, Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pula diberi tanggungjawab sebagai pegawai pemantau PKR di Parlimen Pandan.Menteri Besar Selangor itu berkata, keputusan diambil pimpinan parti berkenaan adalah bagi mengatur .. |
|
Hubungan dengan Bersatu: Pas adakan mesyuarat sehari dua lagi - Takiyuddin - 23/05 6:14 pm KUALA LUMPUR - Pas akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi memutuskan ketetapan berkaitan hubungannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kepimpinan parti akan terlebih dahulu mencapai keputusan dalaman sebelum merujuknya kepada Perikatan Nasional (PN)."Kita akan mesyuarat dalam masa terdekat, kemudian buat keputusan. Ia akan dilakukan dalam satu atau dua hari lagi, sebelum raya (Aidiladha)."Sama ada mesyuarat .. |
|
'Bukan sekadar fitnah, conteng imej buruk Bersatu' - Marzuki - 23/05 5:59 pm SHAH ALAM - Dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyokong Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) merupakan usaha 'mind conditioning' untuk membentuk persepsi negatif terhadap parti itu.Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, dakwaan yang berlegar menerusi akaun Facebook palsu itu menjadi punca Pas mengkaji hubungan mereka dengan Bersatu."Dikhuatiri Ahli- ahli Parlimen Bersatu yang menang nanti akan .. |
|
'Ditekan setahun sebelum keluar PKR' - Rafizi - 23/05 5:30 pm SHAH ALAM - Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa beliau dan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berdepan tekanan berterusan daripada jentera parti sehingga membawa kepada keputusan mereka meninggalkan parti itu.Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, sepanjang tempoh setahun lalu, pelbagai tekanan dan serangan diterima termasuk melibatkan ahli keluarga beliau."Setahun penuh mereka gunakan jentera parti untuk mendesak saya dan Nik (Nazmi) keluar."Setiap hari tekanan .. |
|
Ketua cabang keluar parti tidak gugat kestabilan PKR Sabah - AMK Sabah - 23/05 3:46 pm KOTA KINABALU Tindakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tuaran dan Semporna keluar daripada parti langsung tidak menggugat kestabilan kepimpinan PKR di negeri ini.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Zaidi Jatil berkata, pihaknya mengambil maklum tindakan dua Ketua Cabang PKR yang mengambil keputusan keluar daripada parti baru-baru ini."AMK Sabah ingin menegaskan bahawa perkara tersebut sedikit pun tidak menggugat kekuatan organisasi, semangat perjuangan mahupun kestabilan .. |
|
'PKR Johor kekal kukuh walau ada yang keluar parti' - Ketua AMK - 23/05 3:42 pm JOHOR BAHRU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor kekal kukuh meskipun beberapa bekas pemimpin dan individu mengambil keputusan meninggalkan parti.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad berkata, perjuangan Reformasi yang menjadi asas penubuhan parti tidak pernah dibina atas rasa kecewa atau kepentingan individu.Tegas beliau, perjuangan itu lahir daripada semangat menentang kezaliman, rasuah serta mempertahankan keadilan demi rakyat."PKR akan terus kekal berdiri atas sokongan .. |
|
Ketiadaan Rafizi perkuat kembali dalaman PKR - Pengasas parti - 23/05 2:05 pm KUALA LUMPUR Ketiadaan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam parti itu dilihat mampu memperkukuh kembali kestabilan dalaman PKR menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, PKR dibina atas semangat reformasi dan perjuangan pelbagai kaum, bukannya bergantung kepada mana-mana individu tertentu.Menurut beliau, sepanjang berada dalam parti, Rafizi bersama kelompok penyokongnya sering dilihat membawa pendekatan yang menyebabkan berlaku perpecahan .. |
|
AMK setuju parti Melayu pertahan 3R, beza hanya pendekatan politik - 23/05 1:21 pm KOTA BHARU Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim bersetuju dengan pandangan bahawa parti-parti Melayu perlu bersatu dalam mempertahankan isu melibatkan agama, bangsa dan institusi diraja (3R), walaupun tanpa kerjasama politik secara total.Beliau berkata, perkara tersebut tidak pernah menjadi titik kompromi dalam kalangan pimpinan politik Melayu.Menurutnya, perbezaan yang wujud hanyalah dari sudut pendekatan dan kaedah politik dalam menangani isu-isu sensitif berkaitan .. |
|
Kaji kerjasama dengan Bersatu: Pemimpin, anak muda Pas perlu bersedia - .. - 23/05 1:08 pm SHAH ALAM- Seluruh saf kepimpinan dan anak muda Pas perlu bersedia menerima sebarang keputusan lanjut hasil penelitian dan kajian yang akan diputuskan oleh parti demi maslahat perjuangan dan kestabilan gabungan.Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, ia susulan kenyataan Presiden Pas yang menegaskan keperluan untuk mengkaji semula bentuk kerjasama dan hubungan politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Menurutnya, pendirian tersebut wajar diberi perhatian .. |
|
PKR tidak 'goyah' walau Rafizi, Nik Nazmi keluar parti - 23/05 1:07 pm KOTA BHARU - Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad keluar dari PKR dan melepaskan jawatan masing-masing sebagai Ahli Parlimen Pandan serta Setiawangsa sama sekali tidak membuatkan parti itu 'goyah'.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, situasi tersebut bukan perkara luar biasa kerana PKR sudah melalui pelbagai episod politik sejak penubuhannya.Menurut beliau, parti itu tetap kekal kukuh malah terus menerima pertambahan anggota dari semasa ke .. |
|
Johor kekal benteng UMNO, anak muda yakin kepimpinan Onn Hafiz - Ahmad .. - 23/05 12:00 am JOHOR BAHRU - Keyakinan anak muda terhadap kepimpinan negeri terutama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi antara faktor utama peningkatan keahlian UMNO di Johor ketika ini.Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Johor sememangnya mempunyai jumlah ahli UMNO yang ramai sejak dahulu lagi selain dipengaruhi faktor keluarga yang sudah lama bersama UMNO."Generasi baharu percaya dengan kerajaan negeri di bawah pimpinan orang muda iaitu Onn Hafiz."Selain itu, sifat terbuka UMNO .. |
|
'Yang banyak mengeluh ahli politik tergelincir' - Anwar - 23/05 11:46 am KUALA LUMPUR - Ahli politik yang tergelincir daripada landasan perjuangan asal merupakan golongan paling banyak mengeluh mengenai cabaran kenaikan kos barangan berbanding peniaga kecil.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dapatan itu diperoleh menerusi hasil tinjauan di lapangan yang dilakukan.Beliau berkata, sikap ditunjukkan peniaga kecil itu secara tidak langsung membezakan mereka dengan pengusaha perniagaan besar dan ahli politik."Syukur Alhamdulillah. Sebenarnya peniaga kalau .. |
|
Naib Pengerusi PKR Sabah umum lepas jawatan, keluar parti - 23/05 8:32 am KOTA KINABALU - Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Mohd Amin Abdul Mem mengumumkan peletakan semua jawatannya sebelum mengisytiharkan keluar daripada parti.Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Semporna menyatakan pendirian bahawa parti berkenaan kini sudah berubah daripada perjuangan asal reformasi yang pernah diyakininya.Menurut Mohd Amin, PKR yang sebelum ini dilihat berani, tegas, jujur dan berprinsip kini semakin dipengaruhi unsur kompromi politik susulan pembentukan kerajaan .. |
|
PN Setiawangsa lancar 'Setiawangsa Prihatin', tawar tujuh inisiatif bantu .. - 22/05 7:07 pm SETAPAK - Perikatan Nasional (PN) Setiawangsa melancarkan inisiatif Setiawangsa Prihatin bagi membantu penduduk susulan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Setiawangsa yang sebelum ini disandang bekas Ahli Parlimen, Nik Nazmi Nik Ahmad.Naib Yang di-Pertua Pas Setiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal berkata, inisiatif itu merangkumi tujuh perkhidmatan utama termasuk pusat aduan rakyat secara fizikal dan dalam talian, khidmat nasihat guaman dan kaunseling, tuisyen rakyat, ziarah prihatin rakyat, .. |
|
Pas arah pimpinan, ahli tidak buat kenyataan tanpa kebenaran khas - 22/05 6:55 pm SHAH ALAM - Pas mengarahkan semua pimpinan dan ahli supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau ulasan berhubung perkembangan semasa melibatkan pihak lain dengan parti itu tanpa kebenaran khas.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, arahan itu melibatkan semua saluran media dan komunikasi."Semua pihak diminta kekal tenang dan menyerahkan perkara seumpama ini kepada Tuan Guru Presiden (Tan Sri Abdul Hadi Awang) dan kepimpinan parti yang akan menguruskannya dengan cermat .. |
|
Bersatu Selangor gesa isu dalaman PN diselesai melalui meja rundingan - 22/05 5:48 pm SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor menggesa semua isu berbangkit membabitkan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) diselesaikan menerusi saluran rasmi dan meja rundingan, bukannya melalui kenyataan media secara terbuka.Ketua Penerangan Bersatu Selangor, Wan Dzahanurin Ahmad berkata, tindakan mengeluarkan kenyataan secara terbuka dikhuatiri boleh melemahkan gabungan pembangkang itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Menurut beliau, Bersatu Selangor .. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |