| /// |
|
| Headlines : Sinar Harian Semasa News | Page 1 |
|
Kes Tony Pua: Polis akan panggil pakar akademik bantu berkenaan .. - 26/05 4:22 pm KAJANG - Seorang pakar akademik berkaitan Perlembagaan Persekutuan akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan melibatkan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berhubung isu sensitif berkaitan institusi Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, sebanyak 120 laporan polis telah diterima pihaknya."Seramai 95 saksi telah dirakam percakapan."Kita juga akan merakam percakapan daripada seorang pakar akademik .. |
|
Kronologi kes kehilangan Nur Izzati Humaira - 26/05 4:15 pm 23 MEI 20268.40 pagiNur Izzati Humaira Azizul, 19, dilapor mendaki Bukit Changkat Asa, Tanjong Malim. Laporan polis menyebut dia mendaki bersama ibu, adik, ibu saudara dan dua orang sepupu.10.50 pagiKetika perjalanan turun, kumpulan pendaki berhenti berehat. Nur Izzati kemudian meminta kunci kereta dan beg galas daripada ibunya kerana mahu turun terlebih dahulu untuk berehat di dalam kereta kerana kepenatan serta tidak tahan panas.11.35 pagiIbu Izzati tiba di kawasan parkir, namun mendapati Nur .. |
|
Pemandu peribadi tak mengaku culik budak 11 tahun - 26/05 4:13 pm KUALA LUMPUR - Seorang pemandu peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, minggu lepas.TertuduhMuhamad Rafiqzam Hafeq Mohd Rosly, 23, didakwa menculik kanak-kanak itu daripada bapanyaRosli Ab Ghani, 49, di Jalan Ilmu berhampiran sebuah kolej di sini hingga ke sebuah stesen minyak di Bukit Damansara antara 2.30 petang hingga 4.49 petang pada 19 Mei lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen .. |
|
Azam Baki akan dipanggil bantu siasatan kes dakwaan ugut Albert Tei - Polis - 26/05 3:55 pm KAJANG - Polis akan memanggil bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ahli perniagaan kontroversi Albert Tei mengatakan dirinya diugut.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, laporan dibuat Albert Tei pada 13 Mei lalu."Albert Tei mengatakan menerima ugutan daripada seorang peguam daripada Tan Sri Azam mendakwa telah diugut."Susulan itu kita telah .. |
|
RM2.4 juta ayam dari China, Hong Kong diikrar palsu dirampas - 26/05 2:30 pm KOTA KINABALU - Taktik membawa masuk ayam sejuk beku dipercayai dari China dan Hong Kong ke negeri ini dengan membuat pengikraran palsu sebagai ubi kentang dan kacang pis terbongkar selepas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya merampas sebanyak 404,232 kilogram barangan tersebut dalam operasi di Pelabuhan Sepanggar, baru-baru ini.Rampasan bernilai kira- kira RM2.4 juta itu ditemukan dalam 14 kontena menerusi operasi yang bermula sejak 19 Mei lalu.Ketua Pengarah AKPS, .. |
|
Tiga beradik didakwa bunuh warga emas - 26/05 2:11 pm JASIN - Tiga beradik didakwa di Mahkamah Majistret Jasin di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di kawasan berhampiran sebuah taman permainan dua minggu lepas.Ketiga-tiga tertuduh RMurugan, 20; RArunasalam, 27, dan RMagendran, 28, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamildi hadapan Majistret Mazana Sinin.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut .. |
|
Hilang tiga hari, Nur Izzati ditemui meninggal dunia - 26/05 1:57 pm HULU SELANGOR Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar pukul 11.58 pagi di kawasan kebun berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung MalimNur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km .. |
|
Lebih 150,000 kenderaan sehari dijangka guna WCE sempena Aidiladha - 26/05 1:08 pm SHAH ALAM - Lebih 150,000 kenderaan sehari dijangka menggunakan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) pada hari-hari puncak sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, cuti persekolahan serta cuti hujung minggu yang panjang.WCE dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, peningkatan ketara aliran trafik dijangka berlaku susulan pergerakan pulang ke kampung dan aktiviti percutian sepanjang tempoh berkenaan.Bagi memastikan kelancaran trafik dan keselesaan pengguna, pelbagai langkah kesiapsiagaan akan .. |
|
Tingkat penguatkuasaan sempadan laut, darat, laluan 'tikus' seludup barang .. - 26/05 12:31 am SHAH ALAM - Rondaan sempadan darat dan laut, sekatan jalan raya selain menumpukan laluan 'tikus' yang digunakan sindiket menjadi fokus kesiapsiagaan dalam mengekang kegiatan penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi pada musim perayaan Aidiladha.Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya melalui Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak agar .. |
|
Binturong jadi sasaran pemburu haram - 26/05 11:45 am SHAH ALAM - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengesan kegiatan pemburuan haram hidupan liar dilindungi bagi spesies binturong untuk dijadikan haiwan peliharaan.Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, binturong atau nama saintifiknya Arctictis Binturong merupakan mamalia arboreal daripada keluarga musang (Viverridae) yang terdapat di Asia Tenggara termasuk Malaysia.Menurutnya, binturong diklasifikasi dalam Senarai Merah Kesatuan .. |
|
Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskan - 26/05 11:04 am TAPAH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih di sini diteruskan pada Selasa dengan penambahbaikan aspek komunikasi Rangkaian Trunk Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) di Pusat Kawalan Bomba, Kuala Woh.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR akan difokuskan di sekitar laluan menghala ke Gunung Rayu dan Pos Musoh yang dipercayai .. |
|
Lembu korban 'dicekup' PGA - 26/05 10:58 am PASIR MAS Taktik menyeleweng penghantaran lembu sempena sambutan Aidiladha terbongkar apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sebuah lori yang membawa muatan haiwan ternakan tidak sepadan dengan dokumen kelulusan di Jalan Banggol Ara di sini pada Isnin.Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang menerusi Op Taring Wawasan itu, anggota Strike Force Kompeni C Batalion 7 PGA Kuantan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan menahan seorang lelaki berusia 26 tahun bersama 13 ekor lembu dan .. |
|
MPV mewah lari operasi JPJ, ada 20 saman AES - 26/05 10:34 am ALOR SETAR - Cubaan seorang pemilik kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire melarikan diri daripada operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal apabila kenderaannya berjaya dikesan dan disita dalam operasi di Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini pada Isnin.Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, anggota penguat kuasa mengesan MPV mewah berkenaan berada di hadapan sebuah pusat perubatan berhampiran Wisma Darul Aman.Menurutnya, pemandu berusia lewat .. |
|
Polis siasat komen berbaur provokasi kaum, hina Islam - 26/05 10:30 am JERANTUT Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di media sosial Facebook yang mengandungi komen berbaur provokasi kaum dan penghinaan terhadap agama Islam serta kaum Melayu.Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Arshad Ayob berkata, siasatan itu dibuka selepas pihaknya menerima laporan polis berhubung hantaran berkenaan di Balai Polis Jerantut pada Ahad.Menurutnya, kandungan dimuat naik melalui akaun Facebook itu dipercayai mengandungi unsur yang boleh .. |
|
Ejen hartanah tikam ibu tunggal tiba di mahkamah, didakwa hari ini - 26/05 10:17 am ALOR SETAR - Seorang ejen hartanah yang disyaki menikam kenalan wanitanya dalam kejadian di Titi Gajah pada 17 Mei lalu tiba di Kompleks Mahkamah Alor Setar di sini bagi menghadapi pertuduhan hari ini.Lelaki berusia 32 tahun itu yang juga seorang duda dibawa menaiki van polis dan tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.36 pagi.Tertuduh dijangka didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditikam di leher oleh lelaki dikenaliSuspek tikam .. |
|
Pengawal keselamatan maut, motosikal terbabas langgar anjing - 26/05 9:54 am ALOR GAJAH - Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikalnya terbabas dan hilang kawalan dipercayai melanggar seekor anjing yang melintas secara tiba-tiba di Jalan Londang, Masjid Tanah di sini pada Isnin.Dalam kejadian jam 8.35 malam itu, mangsa, Mohd Azhar Mohd Noor, 43, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, ketika kejadian .. |
|
PGA serbu kilang kayu haram enam bulan beroperasi, rampas lebih RM1.1 juta - 26/05 9:35 am PASIR MAS - Kegiatan sebuah kilang kayu haram yang dipercayai beroperasi sejak enam bulan lalu di Kampung Lubok Tapah di sini terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan bersama Jabatan Perhutanan pada Isnin.Dalam serbuan Op Taring Wawasan kira-kira jam 3.30 petang itu, enam lelaki termasuk pemilik kilang berusia 65 tahun ditahan bagi membantu siasatan.Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pelbagai .. |
|
Dua penjenayah tegar tumpas berbalas tembakan dengan polis - 26/05 12:38 am KUALA LUMPUR - Dua penjenayah tegar warga tempatan ditembak matidalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, di Kajang,Selangor, malam tadi.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kejadian berbalas tembakan membabitkan pihak polis dan penjenayah itu berlaku pada 9.10 malam.Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek disyaki terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Lembah .. |
|
Penunggang Y15 maut, motosikal terbabas masuk parit - 25/05 11:04 pm BACHOK Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam parit sedalam kira-kira dua meter di Jalan Tawang, Kampung Tawang di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira- kira jam 9 malam itu, mangsa lelaki berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Pegawai Bomba Kanan I Tuan Mohd Sukri Tuan Hassan berkata, pihaknya menerima .. |
|
'Mereka membesar seperti kembar' Jenazah dua beradik lemas selamat .. - 25/05 10:07 pm KOTA BHARU - Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran Taman Beril, Paka, Terengganu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Buloh Poh, Melor di sini pada Isnin.Jenazah Muhammad Aidil Amsyar Mohd Zul- Zunaidi, 14, dikebumikan pada 8.20 malam, manakala abangnya Muhammad Amir Ashraf, 15, pula dikebumikan kira-kira 11 pagi Isnin.Bapa saudara mangsa, Mohamad Zul Hazim Mohd Baldin, 30, berkata, kedua-dua remaja itu membesar bersama seperti pasangan kembar kerana jarak .. |
|
Kecederaan parah akibat hentakan, lemas antara punca kematian tiga pekerja .. - 25/05 10:07 pm KUALA TERENGGANU - Kecederaan parah akibat hentakan kuat dan lemas dikenal pasti antara punca kematian tiga pekerja dalam kejadian bot penyelamat terjatuh ke laut di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat, kira-kira 150 meter dari perairan Kuala Terengganu, tengah hari semalam.Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noorberkata, hasil bedah siasat ke atas mangsa pertama mendapati Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, .. |
|
Insiden FSO Sepat: Jenazah terakhir dikebumikan di Alor Gajah - 25/05 10:06 pm ALOR GAJAH - Mangsa terakhir yang maut dalam kejadianbot penyelamatterjatuh ke laut ketika menjalankankerja penyelenggaraan di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat dekat perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad, selamat dikebumikan di sini, malam ini.Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria, 38, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang kira-kira 9.20 malam selepas selesai disembahyangkan di Masjid Al-Najihin Padang Sebang.Terdahulu, suasana sayu menyelubungi saat van .. |
|
'Kami hilang tulang belakang keluarga' - Mangsa pemandu mabuk meninggal .. - 25/05 8:58 pm KLANG - "Kami sekeluarga mahukan pelaku bertanggungjawab, kami dah hilang anak, hilang tulang belakang keluarga."Demikian luahan pilu seorang ibu, Hamidah Othman, 51, selepas anak sulungnya, Zulfiqar Zamir Amirul Nizam, 27, yang sebelum ini parah dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk dan melawan arus di Persiaran Kota di sini, meninggal dunia petang tadi selepas 13 hari bertarung nyawa di hospital.Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan .. |
|
Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung .. - 25/05 8:47 pm TAPAH -Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakiandi Gunung Batu Putih di sini dipercayai tersasar daripada laluan asal pendakian sebelum terputus hubungan sejak Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad berkata, mangsa, Jaslinda Saludin, 49, dipercayai tersasar ketika turun dari puncak Gunung Batu Putih yang berketinggian 2,132 meter selepas mendaki seorang diri ke puncak tersebut.Beliau berkata, lokasi .. |
|
Polis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa - 25/05 8:35 pm HULU SELANGOR - Pihak polis meneliti faktor luaran termasuk mengumpul maklumat daripada individu yang rapat dengan Nur Izzati Humaira Azizul, remaja perempuan yang dipercayai sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim, Sabtu lepas.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, berdasarkan penelitian pasukan penyelamat di trek laluan bukit berkenaan, agak sukar untuk mangsa mengalami kemalangan fizikal dengan mudah."Kita akan dapatkan maklumat daripada .. |
|
Lagi pendaki wanita hilang: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki - .. - 25/05 8:22 pm TAPAH - Wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, merupakan seorang pendaki yang cukup berpengalaman.Suami mangsa Haszman Othman, 61, berkata, Jaslinda sememangnya meminati aktiviti mencabar dan berpengalaman tidak kurang daripada 10 tahun dalam mendaki gunung."Kalau mengikut rekod Jabatan Perhutanan, isteri saya akan mendaki gunung ini lagi pada hujung bulan ini," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba di Surau .. |
|
'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - Bapa - 25/05 8:16 pm HULU SELANGOR - Bapa kepada remaja perempuan yang dipercayai sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim pada Sabtu lepas, berharap operasi mencari dan menyelamat (SAR) anaknya akan menemui petunjuk baharu.Azizul Abdul Aziz, 48, berkata, beliau dan seluruh keluarganya bagaimanapun reda dan pasrah dengan segala kemungkinan susulan kehilangan Nur Izzati Humaira, 18, yang masuk hari ketiga."Sama ada masih bernyawa ataupun sudah menjadi jasad, kami reda dan berharap dia dapat ditemukan .. |
|
51 lelaki terlibat parti liar songsang, dadah di hotel mewah dicekup - 25/05 8:04 pm KUALA LUMPUR - Aktiviti pesta liar dipercayai melibatkan dadah dan hubungan songsang di sebuah hotel mewah di ibu negara terbongkar selepas polis menahan 51 lelaki pada Sabtu lalu.Serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields antara jam 2.35 pagi hingga 5 pagi.Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussien Omar Khan berkata, tangkapan melibatkan .. |
|
Insiden FSO Sepat: Ahmad Fiqri penderma darah setia di Hospital Melaka - 25/05 8:00 pm SHAH ALAM - Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria yang terkorban ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Platform Sepat, di perairan Terengganu-Kelantan merupakan penderma darah setia di bank darah Melaka yang aktif.Menerusi satu hantaran di media sosial pada Isnin, Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka memaklumkan, pendermaan darah terakhir Allahyarham direkodkan pada 15 Mei lalu di Pusat Pendermaan Darah Hospital Melaka."Jasa dan pengorbanan Allahyarham amat dihargai dan akan sentiasa .. |
|
Aktif jenayah terancang, ketua Geng Rames diberkas - 25/05 7:50 pm KUALA LUMPUR - Ketua Geng Rames yang aktif dalam kegiatan jenayah terancang diberkas pada 22 Mei lalu.Suspek ditahan menerusi Op Tiga yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama pihak berkuasa India dan Thailand semasa dalam penerbangan dari Bangkok, Thailand ke Hyderabad, India sebelum dibawa pulang ke Malaysia.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, suspek aktif di kawasan Sungai Petani, Kedah.Menurutnya, suspek ditahan berdasarkan waran tangkap yang .. |
|
Jenazah dua pekerja insiden FSO Sepat selamat dikebumikan - 25/05 7:37 pm KUANTAN Jenazah dua pekerja tragedi bot penyelamat yang terjatuh di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di perairan Terengganu- Kelantan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di sini pada Isnin.Jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, dan Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dibawa secara berasingan dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu selepas selesai proses bedah siasat.Terdahulu, jenazah Nik .. |
|
Mahkamah Rayuan kembalikan penjara tujuh tahun, kesalahan bahayakan orang .. - 25/05 6:13 pm PUTRAJAYA -Mahkamah Rayuan pada Isnin mengembalikan hukuman penjara tujuh tahun ke atas bekas pekerja kilang yang mengaku bersalah merompak seorang wanita, setelah memutuskan kesalahan dilakukan secara melulu dan membahayakan orang awam wajarmenerima hukuman berat.Hakim Datuk Noorin Badaruddin yang mengetuai panel tiga hakim berkata, kesalahan ragut dan rompak menggunakan motosikal telah menjadi semakin berleluasa dan terus menimbulkan ketakutan sertarasa tidak selamat dalam kalangan orang .. |
|
Pemandu jengkaut cedera parah dihempap runtuhan kuari - 25/05 5:40 pm POKOK SENA Seorang pemandu jengkaut cedera parah selepas kenderaan dipandunya dihempap runtuhan tanah dan batu kuari dalam kejadian di sebuah kuari di Simpang Bukit Tembaga di sini pada Isnin.Mangsa, Ahmad Zaidi Dali, 29, dilaporkan tersepit di dalam kabin jengkaut selepas berlaku runtuhan di kawasan Kuari Ismail kira-kira jam 2.07 petang.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena, Bakar Saad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 sebelum sepasukan anggota .. |
|
Ops Gunung Batu Putih: Pendaki lelaki diselamatkan, bomba terus kesan .. - 25/05 5:28 pm TAPAH - Seorang lelaki yang mengalami sesak nafas dan muntah berdarah semasa mendaki Gunung Batu Putihdi sini, berjaya diselamatkan dan dibawa turun ke Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, petang Isnin.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidonberkata, mangsaMohd Hanafi Neikmad, 41, dibawa turun dari puncak gunung sebelum dihantar ke Hospital Tapah kira-kira 3 petang."Ini satu usaha bersepadu antara JBPM Perak dan bahagian udara. Tanpa bantuan .. |
|
Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah harap keluarga mangsa tragedi Platform .. - 25/05 5:21 pm KUANTAN Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berharap seluruh ahli keluarga mangsa tragedi pelantar minyak Platform Sepat, perairan Terengganu- Kelantan diberikan ketabahan dan kekuatan.Baginda berdua turut berharap agar segala urusan keluarga mangsa dipermudahkan dalam menghadapi saat yang sukar dan menyedihkan itu.Al- Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang .. |
|
Polis siasat video tular pemandu bas isi 'cecair' dalam botol ketika .. - 25/05 5:12 pm IPOH - Polis sedang menyiasat video tularmemaparkan seorang pemandu bas memasukkan cecair ke dalam botol semasa memandu kenderaan berkenaan, baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisoner Abd Malek Ismail berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping menerima maklumat mengenai video itu yang dirakam oleh seorang penumpang bas sebelum dimuat naik ke media sosial, Threads."Hasil semakan awal mendapati lokasi sebenar kejadian masih belum .. |
|
Pengawal keselamatan didakwa bunuh rakan di tapak pelupusan sampah - 25/05 4:51 pm SHAH ALAM - Seorang pengawal keselamatandihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor atas pertuduhan membunuh rakannya di sebuah tapak pelupusan sampah di Ladang Tuan Mee, Ijok, awal bulan ini.K K Turairajoo, 43,mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Muhammad Ghulam.Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuhdi bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Lelaki itu didakwamembunuh S Lachumanan,23, di tapak pelupusan sampah Ladang Tuan Mee, Ijok, dalam .. |
|
Tiga jenazah pekerja maut di FSO Sepat dituntut keluarga - 25/05 4:36 pm KUALA TERENGGANU -Jenazah tiga pekerja perkapalan yang maut selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut di perairan Terengganu-Kelantan tengah hari Ahad, telahdituntut keluarga untuk proses pengebumian.Tinjauan Bernama di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mendapati jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, dibawa keluar kira- kira 12.25 tengah hari untuk disolatkan di Masjid Al-Iman As-Shafie KotaSAS dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, .. |
|
Cubaan 2 lelaki seludup 88kg syabu bernilai RM4.4juta ke Indonesia jerat .. - 25/05 4:31 pm TANJONG SEPAT - Cubaan 'berani mati' dua lelaki membawa 88 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM4.4 juta dipercayai untuk diseludup ke Indonesia melalui pesisir pantai berhampiran kira-kira 100 meter dari Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Ladang Tumbok di sini hanya menjerat diri.Kedua-dua lelaki Indonesia itu dicekup menerusi Op Taring Nyah 1 kira-kira jam 11.30 pagi, Sabtu lalu oleh sepasukan anggota Batalion 6 PGA.Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, .. |
|
Bicara kes Muhyiddin: Tengku Zafrul akan beri keterangan pada 6 Julai - 25/05 4:19 pm KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Julai ini di Mahkamah Tinggi di sini.Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan perkara itu selepas Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), R Harshini yang juga saksi pendakwaan ke-10 selesai memberi keterangan pada perbicaraan kes tersebutdi hadapan .. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |