![]() |
/// |
|
Headlines : Sundaily Bm News | Page 1 |
Kaamatan dan Gawai perkukuh semangat serumpun Sabah Sarawak - 28/06 10:42 pm PENAMPANG : Pesta Kaamatan dan Hari Gawai berperanan sebagai wahana mengukuhkan semangat serumpun antara rakyat Sabah dan Sarawak yang berkongsi jati diri Borneo, bukan sekadar simbol kesyukuran atas hasil tuaian. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata hubungan erat antara kedua-dua negeri perlu terus dipelihara sebagai landasan memupuk perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di Malaysia Timur. Sabah dan Sarawak bukan sahaja berkongsi sempadan, tetapi juga berkongsi jati .. |
Undang-undang AI perlu disegerakan untuk halang jenayah penipuan - 28/06 10:40 pm SHAH ALAM : Undang-Undang khusus untuk kecerdasan buatan (AI) perlu disegerakan susulan impak negatif teknologi itu yang dilihat semakin menular terutama membabitkan jenayah penipuan, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong. Ugak berkata beliau difahamkan bagi tempoh 2020 hingga 2024, jenayah itu telah mengakibatkan kerugian sebanyak kira-kira RM5 bilion di seluruh dunia. Saya juga menjangkakan undang-undang AI ini mungkin dapat diangkat pada tahun ini supaya kita dapat .. |
Pendaki Malaysia diselamatkan selepas tergelincir di Gunung Rinjani - 28/06 10:38 pm JAKARTA : Seorang pendaki Malaysia berjaya diselamatkan selepas tergelincir dan mengalami kecederaan semasa mendaki ke Danau Segara Anak di Gunung Rinjani, wilayah Nusa Tenggara Barat, Indonesia, kata pihak berkuasa pada Sabtu. Kejadian berlaku Jumaat pada 3.20 petang waktu tempatan apabila seorang pemandu pelancong tempatan memaklumkan kepada Resort Sembalun mengenai seorang warga asing yang cedera, dikenali sebagai Nazli Awan Mahat. Ketua Balai Taman Nasional Gunung Rinjani (BTNGR) Yarman .. |
Kakak Mohamad Sabu meninggal dunia pada usia 76 tahun - 28/06 10:33 pm KUALA LUMPUR : Kakak kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Zainab Sabu meninggal dunia hari ini pada usia 76 tahun. Perkara itu dimaklumkan Mohamad menerusi hantaran di Facebook hari ini. Allahyarhamah adalah seorang yang cukup penyayang, tabah dan banyak berkorban dalam kehidupan kami sekeluarga. Pemergiannya satu kehilangan besar yang amat dirasai. Pada ketika ini, saya sedang dalam perjalanan ke Rome (Itali) atas urusan rasmi kerajaan. Hati ini begitu .. |
Iran sedia sambung rundingan nuklear dengan AS, gesa Trump ubah nada - 28/06 10:30 pm TEHRAN : Iran pada asasnya bersedia untuk menyambung semula rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat (AS), menurut hantaran di X oleh Menteri Luar Abbas Araghchi, walaupun beliau menggesa Presiden AS Donald Trump supaya mengubah nada kenyataannya, lapor agensi berita Jerman (dpa). Jika Presiden Trump benar-benar serius mahu mencapai perjanjian, beliau sepatutnya mengetepikan nada tidak hormat dan tidak dapat diterima terhadap Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei, serta berhenti .. |
Dua warga emas maut, bayi cedera dalam kemalangan di Kota Tinggi - 28/06 10:26 pm KOTA TINGGI : Dua lelaki warga emas maut manakala sembilan lagi termasuk bayi berusia tujuh bulan cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan berhampiran Felda Pasak, Jalan Desaru-Kota Tinggi di sini petang tadi. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.17 petang, sebelum tiba di lokasi 11 minit kemudian dengan kekuatan enam anggota dan sebuah jentera FRT. Setibanya Pasukan .. |
Rumah Orang Asli di Melaka dibina baharu, baik pulih mulai 2025 - 28/06 10:23 pm MELAKA : Kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan Melaka akan melaksanakan inisiatif bina baharu dan baik pulih rumah masyarakat Orang Asli bermula tahun depan bagi memastikan golongan itu memiliki kediaman atau tempat perlindungan yang selesa serta selamat. Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata usaha itu bagi memastikan masyarakat Orang Asli tidak berasa terpinggir daripada apa juga bentuk bantuan atau inisiatif yang disediakan .. |
Rusia bantu Turkiye bina loji kuasa nuklear baharu - 28/06 10:21 pm ISTANBUL : Rusia sedia untuk mengambil bahagian dalam pembinaan sebuah lagi loji kuasa nuklear di Turkiye, kata Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti. Pada masa ini, kajian kebolehlaksanaan sedang dijalankan untuk menilai daya maju ekonomi bagi pembinaan loji kuasa nuklear baharu. Usaha ini dilaksanakan demi kepentingan pihak Turkiye bagi membangunkan model ekonomi yang saling menguntungkan. Rusia amat berbesar hati untuk terlibat dalam pelaksanaan .. |
Hutang Google di Rusia mencecah US$348 juta menjelang 2025 - 28/06 10:16 pm MOSCOW : Hutang tertunggak Google di Rusia melonjak kepada 27.2 bilion ruble (US$348 juta) sejak awal 2025, menurut data Perkhidmatan Bailif Persekutuan Rusia yang diperoleh RIA Novosti. Pada Februari lalu, hutang itu berjumlah lebih 21.5 bilion ruble, dan sejak itu pihak bailif Rusia telah memulakan 11 prosiding penguatkuasaan terhadap syarikat tersebut. Hutang besar itu berpunca daripada beberapa siri denda yang dikenakan oleh mahkamah Rusia ke atas syarikat teknologi berpangkalan di Amerika .. |
JKOM luaskan Program MADANI untuk sebar maklumat kerajaan - 28/06 10:14 pm KEPALA BATAS: Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) memperluaskan program-program yang dirangka kepada kumpulan sasar dan komuniti untuk menyebarkan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan dan memperkukuhkan nilai murni yang terkandung dalam gagasan Malaysia MADANI. Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JKOM Kafrawi Ridzuan Tarmizi berkata program itu diperluaskan ke beberapa negeri bagi memastikan maklumat berkaitan dasar kerajaan serta kerangka MADANI dapat disampaikan secara menyeluruh dan .. |
Labuan perlukan pendekatan baharu atasi kebergantungan makanan import - 28/06 10:11 pm LABUAN : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menggesa pelaksanaan strategi bersepadu dan inovatif bagi mengurangkan kebergantungan tinggi Labuan terhadap makanan yang diimport. Beliau menekankan kepentingan sistem pertanian bandar dan alternatif termasik hoidroponik sebagai penyelesaian kepada kekangan keluasan tanah pertanian di pulau tersebut. Bercakap kepada media selepas merasmikan Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Wilayah .. |
Lebih 200 operasi carilamat selamatkan 1,000 nyawa tahun lepas - Maritim .. - 28/06 10:08 pm PASIR PUTEH : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan sebanyak 226 operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) sepanjang tahun lepas, melibatkan 1,348 mangsa di seluruh negara. Pengarah Maritim Kelantan Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata daripada jumlah itu, 1,259 mangsa berjaya diselamatkan, 64 dilaporkan meninggal dunia, manakala 25 lagi diklasifikasikan sebagai hilang. Beliau berkata statistik tersebut membuktikan kecekapan dan kesiapsiagaan aset Maritim .. |
Cadangan kursi akademik kewartawanan Utusan Melayu di universiti tempatan - 28/06 10:05 pm SUBANG JAYA : Institut Akhbar Malaysia (MPI) mencadangkan penubuhan Kursi Akademik Kewartawanan Utusan Melayu di universiti tempatan bagi memperkukuh kajian dan pemahaman terhadap sejarah kewartawanan negara, khususnya peranan penting yang dimainkan oleh akhbar paling lama di Malaysia itu. Ketua Pegawai Eksekutif MPI Ainol Amriz Ismail berkata kursi ini bukan sahaja bertujuan untuk mendokumentasikan warisan Utusan Melayu, malah dimasukkan ke dalam silibus pengajian kewartawanan di institusi .. |
Projek Empangan Sabo siap awal kurangkan risiko banjir - 28/06 10:03 pm BALING : Projek pembinaan Empangan Sabo di Sungai Kupang dekat sini yang bernilai lebih RM22.80 juta dijangka siap lebih awal daripada jadual sekali gus mampu mengurangkan risiko bencana banjir aliran puing yang mengancam keselamatan kira-kira 5,000 penduduk Pekan Baling. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata setakat ini, projek itu telah mencapai kemajuan 62 peratus berbanding 20 dalam jadual asal dan mendahului jadual sebanyak 42 peratus. Pengerusi Bersama Majlis .. |
Polis siasat penemuan bayi lelaki di tepi jalan Kuala Selangor - 28/06 9:59 pm SHAH ALAM : Polis sedang menyiasat penemuan seorang bayi lelaki yang dibungkus dalam beg plastik di tepi jalan berhampiran sebuah masjid di Kampung Api-Api, Kuala Selangor dekat sini malam semalam. Ketua Polis Kuala Selangor Supt Azaharudin Tajudin berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan bayi yang dalam keadaan cukup sifat itu oleh pihak Hospital Sungai Buloh pada 9.11 malam. Hasil siasatan awal, bayi yang dijumpai orang awam itu dalam keadaan matang dan cukup sifat dengan berat 2.135 .. |
Kementerian Pendidikan dan MINDEF bina sekolah di Serudung Laut - 28/06 9:58 pm KOTA KINABALU : Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pertahanan (Mindef) akan membina sebuah sekolah di Kampung Serudung Laut, Kalabakan melalui Program Jiwa Murni sebagai inisiatif memperluas akses pendidikan kepada anak-anak di kawasan pedalaman. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata proses mewujudkan sekolah berkenaan sedang berjalan dan mendapat sokongan banyak pihak termasuk komuniti setempat. Kita akan pastikan projek ini berjalan dengan lancar. Saya sudah tinjau .. |
Qatar tuan rumah perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2025 - 28/06 9:55 pm ZURICH : Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Jumaat mengumumkan bahawa Qatar akan menjadi tuan rumah bagi tiga perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2025 pada Disember depan, menjadikannya tahun kedua berturut- turut negara itu menganjurkan perlawanan akhir kejohanan berprestij tersebut. Agensi Berita Qatar (QNA) melaporkan bahawa FIFA dalam satu kenyataan memaklumkan kejohanan itu dijadual bermula pada 14 Sept apabila Pyramids FC dari Mesir, juara Liga Juara-Juara CAF, menentang .. |
112 kanak-kanak Gaza dihospital setiap hari akibat kekurangan zat makanan - 28/06 9:25 pm GENEVA : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan kira-kira 112 kanak- kanak Palestin dimasukkan ke hospital setiap hari di Gaza akibat kekurangan zat makanan yang teruk, kesan langsung daripada sekatan berterusan dan serangan tentera Israel ke atas wilayah itu, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA). Dalam kenyataan media, Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menyifatkan situasi kemanusiaan di Gaza telah melepasi tahap malapetaka, sambil merujuk kepada kesan dahsyat .. |
Cuaca dan kenderaan berat punca utama jalan rosak - Ahmad Maslan - 28/06 9:22 pm BACHOK : Cuaca dan kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan dikenal pasti sebagai faktor utama menyumbang kepada kerosakan jalan raya di seluruh negara, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata perkara itu menyebabkan Kementerian Kerja Raya (KKR) memerlukan peruntukan RM4 bilion bagi membaik pulih dan menaik taraf jalan yang rosak di seluruh negara. Bagaimanapun, beliau berkata kerana kerajaan mempunyai kekangan tertentu KKR hanya menerima kira-kira RM2 bilion .. |
Produk inovasi nanas pelbagai guna dilancar sempena Hari Nanas Malaysia - 28/06 9:19 pm JOHOR BAHRU : Sebanyak 22 produk inovasi berasaskan nanas berjaya dibangunkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bersama pengusaha tempatan sepanjang tempoh 2021 hingga 2024 sebagai langkah memperkasakan industri hiliran nanas negara menuju Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Pengarah Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi LPNM Elmie Adha Ismail berkata pihaknya menyasarkan 25 produk inovasi akan dapat dibangunkan menjelang akhir tahun ini selaras dengan penekanan RMK13 .. |
Kes buli: Dua lagi pelajar MRSM Besut ditahan - 27/06 10:48 pm JERTIH : Dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut ditahan polis bagi membantu siasatan kes buli melibatkan pelajar di sekolah berkenaan. Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu berkata kedua-dua pelajar Tingkatan Tiga itu ditahan 4 petang tadi selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut bersama keluarga. Ini menjadikan sebanyak tujuh pelajar sekolah terbabit ditahan setakat ini, iaitu enam pelajar Tingkatan Tiga dan seorang pelajar Tingkatan Lima. Dua pelajar .. |
Kerajaan Pahang peruntuk RM500,000 baiki rumah Tok Batin - 27/06 10:11 pm KUANTAN : Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM500,000 bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih rumah Tok Batin serta masyarakat Orang Asli di seluruh negeri ini. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata peruntukan itu diluluskan selepas kerajaan negeri mendapati masih terdapat rumah dalam kalangan Tok Batin yang daif dan memerlukan pembaikan segera. Kerajaan negeri tidak mahu ada mana-mana masyarakat yang tertinggal atau terpinggir dalam arus pembangunan. Oleh itu, kita .. |
KPDN lancar KBBM 2025 untuk galak produk tempatan di Johor - 27/06 10:07 pm ISKANDAR PUTERI : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025 dengan tema Jom Beli Lokal, sebagai usaha merancakkan penjualan produk tempatan serta mengurangkan kebergantungan terhadap produk import. Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata kempen itu, memberi tumpuan kepada usaha melonjakkan nilai jualan serta penembusan produk tempatan, memperkukuh pertumbuhan ekonomi domestik dan membantu usahawan dan .. |
Cuaca panas kurang hujan di Malaysia 28 Jun hingga 1 Julai - 27/06 10:05 pm KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca panas dan kurang hujan boleh berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara bermula esok hingga 1 Julai. Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata berdasarkan analisis model-model cuaca, suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 35 darjah Celsius dalam tempoh berkenaan. Beliau berkata sehubungan itu orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan sebarang aktiviti luar sepanjang .. |
Kanak-kanak perempuan maut dalam nahas MPV di Lebuh Raya Utara-Selatan - 27/06 10:02 pm JASIN : Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas tercampak keluar dari kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kereta lain dalam kemalangan di KM 189.1 Lebuh Raya Utara- Selatan arah selatan, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Jasin Supt Mohamad Rusli Mat berkata siasatan awal mendapati nahas pada kira-kira 8 pagi itu berlaku apabila tayar MPV jenis Toyota Vellfire yang dinaiki Iris Sofea Mohamed Siddiq Khan, 12, meletup lalu hilang kawalan .. |
MARA tegas kes buli MRSM Besut, 6 pelajar digantung - 27/06 10:00 pm PASIR MAS : Majlis Amanah Rakyat (MARA) menegaskan bahawa insiden buli fizikal melibatkan enam pelajar yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut, Kuala Terengganu baru-baru ini, harus dijadikan pengajaran kepada semua pelajar di MRSM lain agar tidak mengulangi perbuatan sama. Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata enam pelajar berkenaan telah digantung dan disingkirkan daripada MRSM, selepas siasatan mendapati mereka terbabit dalam kejadian buli terhadap junior mereka .. |
PM Thailand tingkat berjaga-jaga susulan ancaman bom di selatan - 27/06 9:56 pm BANGKOK : Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra mengarahkan semua agensi kerajaan berada dalam tahap berjaga-jaga yang tinggi dan meningkatkan pemantauan susulan ancaman bom baru-baru ini di wilayah pelancongan selatan Phuket dan Phang Nga. Beliau berkata laporan daripada agensi berkaitan menunjukkan insiden itu merupakan cubaan untuk mencetuskan ketegangan di wilayah berkenaan. Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Polis Negara, Komander Polis Pelancong dan .. |
Pengurus analisis rugi RM300,000 ditipu lelaki palsu - 27/06 9:54 pm GEORGE TOWN : Seorang pengurus analisis di sebuah kilang di Bayan Baru di sini, kerugian RM300,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan cinta atau love scam menerusi media sosial. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata kejadian bermula apabila wanita berusia 45 tahun itu berkenalan dengan seorang lelaki yang mengaku sebagai warganegara Amerika Syarikat melalui aplikasi Facebook pada November tahun lepas. Tidak lama kemudian, mereka mula berhubung melalui .. |
Mexico larang penggunaan mamalia laut untuk tujuan komersial - 27/06 9:52 pm MEXICO CITY : Dewan Timbalan Mexico sebulat suara meluluskan pindaan undang- undang alam semula jadi liar yang melarang penggunaan mamalia laut termasuk ikan lumba-lumba untuk tujuan komersial atau hiburan, lapor Sputnik/RIA Novosti. Tiada mamalia laut, tanpa mengira spesies, boleh dieksploitasi secara ekstraktif sama ada untuk sara hidup mahupun tujuan komersial. Penangkapan hanya dibenarkan bagi tujuan pemulihan, perekrutan dan pelepasan semula spesies ini ke habitat semula jadi mereka, .. |
Pihak berkuasa Thailand nyahaktifkan bom di Phuket, tahan suspek - 27/06 9:45 pm BANGKOK : Polis Thailand menemukan dan menyahaktifkan empat peranti letupan di lapangan terbang Phuket dan beberapa destinasi pelancongan popular di pulau peranginan itu, lapor akhbar Bangkok Post pada Jumaat, menurut agensi berita Jerman (dpa). Sebuah motosikal yang dipasang bahan letupan ditemukan di lapangan terbang pada Rabu, manakala dua peranti ditemukan di Pantai Patong di pantai barat dan satu lagi di Tanjung Phromthep di hujung selatan pulau tersebut. Pada Selasa, polis menahan dua .. |
AS umum sekatan visa baharu untuk tangani krisis fentanyl - 27/06 9:43 pm WASHINGTON : Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio pada Khamis mengumumkan sekatan visa baharu sebagai usaha menangani krisis yang berpunca daripada penggunaan opioid fentanyl, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Krisis fentanyl di AS adalah luar biasa, dengan kes pengambilan berlebihan kekal menjadi punca utama kematian dalam kalangan rakyat Amerika berusia 18 hingga 44 tahun, kata Rubio dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pada 2024, purata 220 kematian akibat dos .. |
Polis bekerjasama kesan suspek tembakan di Brickfields, Cheras - 27/06 9:42 pm KUALA LUMPUR : Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Kuala Lumpur sedang bekerjasama bagi mengesan suspek yang dikaitkan dengan dua kes tembakan berasingan di Brickfields dan Cheras, di sini, baru-baru ini yang mengorbankan dua individu. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata siasatan terhadap kedua-dua kes masih diteruskan. Katanya bagi kes di Cheras, siasatan turut melibatkan semakan motif kejadian bersama JSJ Kontinjen Sarawak. Fotofit tidak dapat .. |
Lelaki ditahan curi jam tangan Rolex bernilai RM100,000 di Batu Pahat - 27/06 9:36 pm BATU PAHAT : Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki mencuri jam tangan Rolex bernilai lebih RM100,000 dalam kejadian pecah kereta di sebuah rumah, di Taman Sinar Berlian, di sini Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata mangsa seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun menyedari kehilangan barang terbabit kira-kira 9.30 malam setelah mendapati terdapat kesan selongkar pada keretanya yang diparkir di halaman rumah. Beliau berkata wang .. |
Belia digalak ceburi industri nanas berpotensi tinggi - LPNM - 27/06 9:25 pm JOHOR BAHRU : Golongan belia diseru mengambil peluang menceburi industri nanas yang semakin berkembang dan menjadi antara penyumbang penting sektor agromakanan negara. Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali berkata penglibatan golongan itu dilihat mampu menyuntik idea baharu bagi memajukan industri dan sektor berkenaan ke tahap lebih tinggi. Penglibatan anak muda mampu menjana pendapatan lumayan buat mereka (yang mengusahakan tanaman nanas), selain dapat .. |
TPM Fadillah bincang kerjasama nuklear dengan Rosatom di Moscow - 27/06 9:22 pm MOSCOW : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Perbadanan Nuklear Rusia Rosatom, Alexey Likhachev untuk membincangkan kerjasama dua hala dalam tenaga nuklear. Rosatom adalah syarikat pegangan pelbagai industri terdiri daripada aset dalam kejuruteraan tenaga, pembinaan mesin dan pembinaan. Pertemuan itu berlangsung kira-kira sejam. Fadillah berkata Malaysia komited kepada pendekatan yang seimbang dan pragmatik terhadap masa depan .. |
Kenderaan elektrik global capai 56 juta unit, China mendahului - 27/06 9:19 pm STUTTGART : Jumlah kenderaan elektrik di seluruh dunia meningkat kira-kira satu pertiga tahun lepas kepada 55.8 juta unit, dengan China mencatatkan lebih 50 peratus daripada jumlah itu iaitu 31.4 juta unit, menurut kiraan sebuah institut penyelidikan tenaga Jerman. Agensi Berita Emiriah (WAM) melaporkan angka yang dikumpulkan oleh Pusat Penyelidikan Tenaga Suria dan Hidrogen Baden-Wurttemberg (ZSW) itu merangkumi kenderaan elektrik sepenuhnya, hibrid palam dan kereta elektrik dengan pelanjut .. |
Kapasiti empangan Selangor stabil hingga enam bulan hadapi Monsun Barat .. - 27/06 9:16 pm SHAH ALAM : Kapasiti air di ketujuh-tujuh empangan di Selangor dalam situasi baik dan melebihi 95 peratus, malah dianggarkan mampu bertahan sekitar tiga hingga enam bulan lagi. Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Datuk Izham Hashim berkata biarpun negara sedang menghadapi situasi panas dan kering susulan Monsun Barat Daya ketika ini, beliau menjelaskan paras air empangan dijangka kekal stabil untuk beberapa bulan akan datang. Beliau berkata Monsun Barat Daya yang bermula 10 Mei dan .. |
Merz anggap sidang kemuncak EU pertamanya berjaya dan membina - 27/06 9:12 pm BRUSSELS : Canselor Jerman Friedrich Merz mahu rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) dipercepatkan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Lebih baik cepat dan ringkas sekarang daripada perlahan dan terlalu rumit, kata Merz selepas sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis. Brussels dan Washington kini berdepan ketegangan selepas Presiden AS Donald Trump sebelum ini mengenakan tarif import tinggi ke atas banyak negara termasuk negara anggota EU, sebelum menggantung langkah itu selama .. |
PM Anwar lawat Indonesia, berbincang dengan Presiden Prabowo - 27/06 4:54 pm JAKARTA : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi ke Indonesia. Pesawat yang membawa Perdana Menteri serta delegasinya mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur pada kira-kira 1 tengah hari waktu tempatan, dan ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto. Lawatan itu diadakan ketika Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN untuk 2025, dengan Kuala Lumpur terus menerajui agenda utama serantau .. |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |