| /// |
|
| Search : Aidiladha News | Page 1 |
|
Aidiladha: Trafik bergerak perlahan 4 kilometer masuki Kelantan - Mygazette - 26/05 4:50 pm |
|
JPJ Johor rekod 1,987 kesalahan dalam operasi khas Aidiladha JPJ Johor .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm # JPJ Johor rekod 1,987 kesalahan dalam operasi khas Aidiladha JOHOR BAHRU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengambil tindakan terhadap 1,205 kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2026 |
|
Anwar Ibrahim balik kampung, serah lembu korban kepada kariah Cherok Tok Kun - Mydateline - 26/05 4:42 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang ke kampung halamannya di Permatang Pauh, Pulau Pinang dalam rangka lawatan kerja sempena program sambutan Aidiladha bersama masyarakat .. |
|
WCE expects 150,000 vehicles daily during Aidiladha - SUN - 26/05 3:50 pm The West Coast Expressway (WCE) expects over 150,000 vehicles daily during the Aidiladha festive season with enhanced traffic measures. |
|
Lebih 150,000 Kenderaan Sehari Dijangka Guna WCE Sempena Aidiladha & Cuti Panjang - Siakapkeli - 26/05 3:47 pm Lebih 150,000 Kenderaan Sehari Dijangka Guna WCE Sempena Aidiladha & Cuti PanjangMenjelang musim perayaan Hari Raya Aidiladha yang bertembung dengan cuti pe... |
|
Work Constraints, Family Commitments Keep Raya Haji Celebrations Modest This Year - Rakyatpost - 26/05 3:40 pm From newlyweds to working parents, many Malaysians are embracing a quieter Aidiladha shaped by duty, distance and devotion. |
|
Over 150,000 vehicles a day expected on WCE highway over Aidiladha break - Sinardaily - 26/05 3:31 pm SHAH ALAM - More than 150,000 vehicles a day are expected to use the West Coast Expressway (WCE) during peak days coinciding with Hari Raya Aidiladha, the school holidays and a long weekend.WCE said in a statement on Tuesday that a significant increase in traffic flow is anticipated due to balik kampung travel and holiday activities throughout the period.To ensure smooth traffic flow and user comfort, various preparedness measures will be put in place, including the suspension of all construction and maintenance works involving lane closures, except for unforeseen emergency work |
|
Jangan Salah Bahagi! Ini Cara Pembahagian Daging Korban Yang Afdal & Disyorkan Dalam Islam - Siraplimau - 26/05 3:24 pm Dalam Islam, ibadah korban bukan sekadar sembelih haiwan sempena Aidiladha, tetapi turut melibatkan adab dan hukum termasuk soal pembahagian daging korban |
|
RON95 kekal RM1.99, bekalan diesel stabil hingga Julai - PM - Sinarharian - 26/05 2:48 pm Kerana kita hadapi masalah. Tetapi mudah-mudahan semangat pengorbanan dengan ikhlas itu membantu kita," katanya.Pada masa sama, Anwar menyeru rakyat menghayati semangat pengorbanan sempena Aidiladha serta mensyukuri nikmat keamanan dan kestabilan yang masih dinikmati negara.Katanya, ibadah korban bukan sekadar tuntutan agama semata-mata sebaliknya mendidik umat Islam mengenai keimanan, kesabaran dan semangat membantu masyarakat."Korban itu 'sacrifice' dalam hidup dan perjuangan, kalau tidak ada semangat pengorbanan, tidak ada nilai kemanusiaan."Ibadah korban bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi manfaatnya kepada keluarga, jiran tetangga serta fakir miskin," katanya. |
|
JPJ Sabah laksana Ops Khas Aidiladha, fokus sembilan kesalahan utama jalan raya - Mypress - 26/05 2:36 pm KOTA KINABALU Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah melaksanakan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) bermula 24 hingga 31 Mei ini bagi memastikan kelancaran trafik dan meningkatkan tahap keselamatan pengguna… |
|
Perak JPJ checks 1,662 vehicles in first 2 days of ops - Paultan - 26/05 2:27 pm The Perak road transport department (JPJ) has inspected 1,662 vehicles in the first two days of its May 24-31 Hari Raya Aidiladha Special Operation (Ops HRAA), with action taken against 206 vehicles for various offences, […] The post Perak JPJ checks 1,662 vehicles in first 2 days of ops appeared first on Paul Tan's Automotive News . |
|
Kuda, Unta & Arnab Halal, Tapi Kenapa Tak Boleh Dijadikan Haiwan Korban? Ini Penjelasan Mufti - Siraplimau - 26/05 2:12 pm Setiap kali tibanya Aidiladha, ramai mula berbincang tentang syarat sah ibadah korban termasuk jenis haiwan korban yang dibenarkan dalam Islam |
|
RTM bawakan tiga kisah pengorbanan keluarga sempena Aidiladha - Sinarharian - 26/05 1:38 pm SHAH ALAM - Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan tiga telefilem istimewa sempena sambutan Aidiladha tahun ini yang mengetengahkan tema pengorbanan, kasih sayang dan kekuatan institusi keluarga.Menurut agensi itu, setiap fasa kehidupan berkeluarga menuntut kesabaran mental dan fizikal selain memerlukan sikap tolak ansur serta komunikasi berterusan bagi membina hubungan yang bahagia."Sambutan Aidiladha turut mengingatkan umat Islam terhadap kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang sarat dengan nilai kepatuhan, keikhlasan dan kesediaan melepaskan sesuatu yang disayangi demi tuntutan lebih besar."Dugaan seperti masalah kewangan, perbezaan pendapat dan cabaran mendidik anak menjadi medan untuk memperkukuhkan ikatan kasih sayang dalam keluarga," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Antara telefilem yang bakal disiarkan ialah 'Demi Janji Itu' di TV1 pada 27 Mei, jam 10.30 malam.Drama lakonan Juhara Ayob itu mengisahkan Khadijah, seorang wanita tabah yang membesarkan anak tirinya selepas kematian suami.Bagaimanapun, anak tirinya, Irfan sering memberontak dan terjebak dengan jenayah sebelum satu kejadian menyedarkannya untuk berubah.Turut membintangi drama arahan Bade Azmi itu ialah Fadhli Masoot, Sobri Anuar, Amalina Arham, Aleeza Shadan, Dai Fuad, Kalpana Shree dan Azlan Azmi.Selain itu, RTM turut menyiarkan drama 'Direbus Tak Empuk' di TV2 pada hari sama, jam 3 petang.Telefilem tersebut menampilkan Adeline Tsen sebagai Ai Lin, seorang gadis Cina yang memeluk Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarganya.Dengan sokongan sahabatnya, Zain lakonan Alif Muhaimin, Ai Lin cekal menghadapi cabaran hidup sebelum mereka mendirikan rumah tangga.Dalam pada itu, drama 'Aidil Milik Adha' pula akan disiarkan di saluran Okey pada 27 Mei, jam 9.30 malam.Karya itu dibintangi Wanss Ahmad, Kumika Kufaizul, Adriana Kamaruddin, Hafidzuddin Fazil dan Rosnah Johari.Drama berkenaan mengisahkan perjuangan seorang ayah muda bernama Adha yang sanggup berkorban demi membesarkan anaknya selepas perkahwinannya dipisahkan keluarga isterinya. |
|
PM Anwar back in Permatang Pauh ahead of Aidiladha celebration - Malaymail - 26/05 1:29 pm GEORGE TOWN, May 26 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim returned to his hometown in Penang today for a brief... |
|
“Waktu mustajab berdoa lepas Asar?” – Fahami Perbezaan Hari Arafah & Waktu Wukuf Untuk Umat Islam Di Malaysia - Lobakmerah - 26/05 1:08 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Hari Arafah merupakan antara hari paling istimewa dalam Islam yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap kali menjelang Aidiladha |
|
Lebih 150,000 kenderaan sehari dijangka guna WCE sempena Aidiladha - Sinarharian - 26/05 1:08 pm SHAH ALAM - Lebih 150,000 kenderaan sehari dijangka menggunakan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) pada hari-hari puncak sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, cuti persekolahan serta cuti hujung minggu yang panjang.WCE dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, peningkatan ketara aliran trafik dijangka berlaku susulan pergerakan pulang ke kampung dan aktiviti percutian sepanjang tempoh berkenaan.Bagi memastikan kelancaran trafik dan keselesaan pengguna, pelbagai langkah kesiapsiagaan akan dilaksanakan termasuk penangguhan semua kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang membabitkan penutupan lorong lebuh raya, kecuali kerja kecemasan luar jangka.Menurut kenyataan itu, jentera bantuan seperti trak tunda turut ditempatkan di lokasi strategik sepanjang jajaran lebuh raya."Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) serta petugas peronda juga diperkukuhkan bagi memastikan bantuan dapat diberikan secara pantas dan berterusan 24 jam sehari."Langkah proaktif ini diambil bagi memastikan sebarang insiden dapat ditangani segera sekali gus meminimumkan gangguan kepada aliran trafik utama," menurut kenyataan itu lagi.Dalam usaha meningkatkan pengalaman perjalanan yang lebih lancar, pengguna disaran memanfaatkan versi terkini aplikasi mudah alih WCE yang menyediakan navigasi laluan, maklumat lokasi kemudahan seperti stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), tempat berteduh motosikal dan telefon kecemasan.Aplikasi itu turut menyediakan bantuan Kecerdasan Buatan (AI) serta maklumat trafik masa nyata.Selain itu, perancangan perjalanan digital dipermudah menerusi sokongan menyeluruh sistem PayDirect Touch n Go di semua plaza tol WCE yang membolehkan caj ditolak terus daripada baki e-dompet tanpa perlu menambah nilai kad secara manual.WCE turut menyediakan enam Hentian Rehat dan Rawat (R&R) lengkap dengan kemudahan asas seperti kawasan parkir, surau dan tandas.Kemudahan gerai makanan pula disediakan di beberapa lokasi terpilih iaitu di R&R Sungai Nyior arah utara dan selatan serta R&R Bukit Kapar arah utara, manakala Hentian Sebelah dengan kemudahan asas turut disediakan di setiap plaza tol.Pengarah Urusan WCE, Lyndon Alfred Felix pula menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada sepanjang tempoh aliran trafik tinggi."Dalam tempoh pergerakan trafik yang tinggi ini, kami menasihatkan semua pengguna agar merancang perjalanan lebih awal dan mengutamakan aspek keselamatan pada setiap masa."Dengan sokongan kemudahan digital dan kesiapsiagaan operasi, WCE komited untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan efisien."WCE mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Selamat Hari Wesak dan selamat bercuti kepada semua |
|
JPJ Sabah intensifies Aidiladha operation with undercover monitoring - BorneoPost - 26/05 12:41 am KOTA KINABALU (May 26): Undercover monitoring will be among the key enforcement approaches employed by the Sabah Road Transport Department (JPJ) during the Special Hari Raya Aidiladha Operation aimed at curbing traffic offences and reducing road accidents throughout the festive season |
|
Tingkat penguatkuasaan sempadan laut, darat, laluan 'tikus' seludup barang subsidi sempena Aidiladha - Sinarharian - 26/05 12:31 am SHAH ALAM - Rondaan sempadan darat dan laut, sekatan jalan raya selain menumpukan laluan 'tikus' yang digunakan sindiket menjadi fokus kesiapsiagaan dalam mengekang kegiatan penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi pada musim perayaan Aidiladha.Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya melalui Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak agar tidak terlibat dalam aktiviti penyeludupan atau penyalahgunaan barang bersubsidi.Menurutnya, ini kerana tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa."PGA terus memperkukuhkan pemantauan dan operasi penguatkuasaan di kawasan sempadan darat negara dengan memberi fokus khusus kepada sempadan MalaysiaThailand di Semenanjung Malaysia serta sempadan MalaysiaIndonesia di Sabah dan Sarawak."Melalui pelaksanaan Op Taring, Op Tiris, rondaan sempadan, sekatan jalan raya serta risikan berterusan, PGA memberi tumpuan kepada laluan panas dan laluan tidak sah atau laluan tikus yang sering digunakan sindiket penyeludupan bagi membawa keluar barangan bersubsidi seperti diesel, petrol, minyak masak, gula dan barangan kawalan lain ke negara jiran."Pada masa sama, PPM sentiasa memperketatkan kawalan keselamatan serta meningkatkan rondaan di kawasan perairan dan sempadan lautan negara sempena musim perayaan serta cuti panjang," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Beliau berkata, penugasan PPM memberi tumpuan kepada pemantauan laluan laut, pemeriksaan ke atas bot dan vesel mencurigakan serta pengawasan kawasan perairan berisiko tinggi yang sering menjadi laluan sindiket rentas sempadan.Tambahnya, sempena musim perayaan Aidiladha serta cuti panjang, JKDNKA sentiasa mempertingkat tahap kesiapsiagaan dan memperkukuhkan operasi penguatkuasaan di seluruh kawasan sempadan negara bagi mengekang sebarang cubaan penyeludupan, khususnya melibatkan barangan bersubsidi dan barangan kawalan yang boleh menjejaskan kepentingan ekonomi serta kesejahteraan rakyat."Pendekatan penguatkuasaan secara agresif, bersepadu dan berasaskan risikan yang dilaksanakan bersama agensi penguatkuasaan lain melalui Op Tiris dan operasi-operasi khas berkaitan diyakini mampu membendung ketirisan subsidi negara."Ini juga memastikan bekalan barangan keperluan kekal mencukupi untuk rakyat sepanjang musim perayaan," ujarnya.Kata beliau, selain itu, Ops Tiris terus dilaksanakan secara berterusan di seluruh perairan negara bagi membanteras dan mengekang aktiviti penyeludupan serta ketirisan bahan api bersubsidi."Operasi ini mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguatkuasaan lain dalam menutup ruang jenayah rentas sempadan dan melindungi hasil serta subsidi negara daripada dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab," ujarnya.Tegasnya, pada masa sama, kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan amat dihargai dan menjadi elemen penting dalam memastikan keselamatan, kedaulatan serta kepentingan negara sentiasa terpelihara. |
|
Hari Raya Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi membawa .. - Wrlr - 26/05 11:54 am Hari Raya Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi membawa pengertian besar tentang keikhlasan, ketaatan dan pengorbanan dalam kehidupan |
|
Lembu korban 'dicekup' PGA - Sinarharian - 26/05 10:58 am PASIR MAS Taktik menyeleweng penghantaran lembu sempena sambutan Aidiladha terbongkar apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sebuah lori yang membawa muatan haiwan ternakan tidak sepadan dengan dokumen kelulusan di Jalan Banggol Ara di sini pada Isnin.Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang menerusi Op Taring Wawasan itu, anggota Strike Force Kompeni C Batalion 7 PGA Kuantan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan menahan seorang lelaki berusia 26 tahun bersama 13 ekor lembu dan sebuah lori Isuzu berwarna ungu bernilai keseluruhan RM152,000.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan dilakukan selepas pihaknya mendapati lori terbabit berada dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan dijalankan di kawasan berkenaan.Menurut beliau, hasil semakan mendapati pemandu lori mengemukakan surat kebenaran memindahkan haiwan ternakan dalam Semenanjung Malaysia yang meluluskan penghantaran 20 ekor lembu ke Kota Bharu."Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati hanya 13 ekor lembu berada dalam lori berkenaan."Ini menimbulkan keraguan apabila tujuh ekor lembu dipercayai telah dihantar ke lokasi lain yang tidak dinyatakan dalam dokumen kelulusan pergerakan haiwan ternakan," katanya kepada pemberita pada Selasa.Ujar beliau, suspek terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.Ahmad Radzi memberitahu, siasatan awal mendapati lelaki itu mendakwa diarahkan majikannya untuk menghantar lembu terbabit ke Kota Bharu bagi memenuhi permintaan tinggi sempena Aidiladha."Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar memaklumkan haiwan ternakan wajib dihantar ke lokasi seperti yang tercatat dalam borang kelulusan dan menjadi satu kesalahan sekiranya dipindahkan ke lokasi lain tanpa kebenaran," katanya.Menurut beliau, lori serta 13 ekor lembu itu telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut.Tambahnya, pemantauan dan pemeriksaan di Kawasan Tanggungjawab Jeram Perdah akan terus dipertingkatkan bagi membanteras sebarang aktiviti penyeludupan serta penyelewengan melibatkan haiwan ternakan menjelang musim perayaan. |
|
5 Perkara Yang Ramai Tak Tahu Tentang Ibadah Korban - Lobakmerah - 26/05 10:55 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Setiap kali tibanya Hari Raya Aidiladha, ibadah korban pasti menjadi antara perkara utama yang dilakukan umat Islam di seluruh dunia |
|
Bekalan Lembu & Kambing Korban Mencukupi Sempena Perayaan Aidiladha 2026 – KPKM - Lobakmerah - 26/05 9:51 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan bekalan ternakan korban sempena Hari Raya Aidiladha 2026 mencukupi bagi memenuhi permintaan di seluruh negara |
|
Lembu sado jadi pilihan Aidiladha - Sinarharian - 26/05 8:00 am TAIPING Jika sebelum ini lembu tempatan menjadi pilihan utama bagi ibadah korban sempena Aidiladha, kini permintaan terhadap lembu sado dilihat semakin meningkat apabila semakin ramai pembeli sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan haiwan bersaiz besar yang menawarkan hasil daging lebih banyak.Biarpun harganya lebih tinggi berbanding lembu biasa dengan nilai mencecah sehingga RM15,000 seekor, permintaan terhadap lembu sado didakwa terus mendapat tempat terutama dalam kalangan mereka yang mahukan nilai lebih besar dari segi kuantiti dan kualiti daging korban.Penternak, Mohd Afiq Shaharim berkata, perusahaan keluarganya yang diusahakan sejak 2001 kini mempunyai kira-kira 385 ekor lembu pelbagai baka termasuk brahman dan Kedah-Kelantan (KK), dengan lapan daripadanya terdiri kategori lembu sado.Menurutnya, fokus terhadap penternakan lembu sado bermula sekitar tahun 2018 selepas mendapat pendedahan daripada pegawai veterinar mengenai potensi baka premium dalam industri ternakan tempatan."Pada awalnya kami tidak nampak potensi besar lembu sado ini, tetapi selepas diberi pendedahan mengenai pembiakbakaan melalui permanian beradas (AI), kami mula cuba."Sekarang ini permintaan semakin ada terutama dalam kalangan pembeli yang mahukan lembu berkualiti tinggi sama ada untuk korban atau tujuan pembiakan," katanya.Beliau berkata, harga seekor lembu sado ketika ini mencecah RM7,000 hingga RM8,000 seekor dan ada juga yang ditawarkan sehingga RM10,000 bergantung kepada saiz serta baka.Katanya, bagi ibadah korban pula, satu bahagian lembu sado ditawarkan sekitar RM750 hingga RM850, sedikit lebih tinggi berbanding lembu biasa kerana nilai daging yang lebih premium."Daging lembu sado lebih lembut dan berkualiti, hampir setanding daging premium seperti wagyu."Itu yang membuatkan ada pelanggan sanggup bayar lebih," katanya.Di PONTIAN, penternak muda yang juga adik-beradik, Mohd Izzuddin Tugiman dan Mohd Ihtisam turut melihat peningkatan permintaan terhadap lembu sado khususnya menjelang Aidiladha.Menurut Izzuddin, haiwan tersebut mendapat permintaan kerana saiz badannya yang besar selain jumlah daging hampir dua kali ganda berbanding lembu biasa."Dulu orang tengok pelik sebab saiz besar dan harga mahal, tetapi sekarang ramai yang cari lembu sado sebab puas hati dapat lebih banyak daging."Kalau lembu biasa sekitar 300 kilogram, lembu sado boleh capai sehingga 700 kilogram."Biarpun harga seekor lembu sado boleh cecah RM15,000, ia tetap dapat permintaan setiap tahun," katanya.Sementara itu, Mohd Izzuddin berkata, kos penternakan lembu sado juga agak tinggi kerana memerlukan sekurang-kurangnya lima kilogram dedak sehari selain makanan tambahan dan rawatan kuku secara berkala.Menurutnya, saiz badan yang besar menyebabkan kuku haiwan tersebut lebih cepat haus dan berisiko mengalami masalah tempang sekiranya tidak dijaga dengan baik.Sementara itu di PADANG TERAP, dua ekor lembu sado seberat kira-kira 900 kilogram di Tenang Agro Farm juga dilaporkan telah ditempah awal oleh pembeli bagi tujuan korban Aidiladha.Pemiliknya, Abdul Hadi Yusoff berkata, dua ekor lembu itu masing-masing dijual pada harga RM15,000.Menurutnya, harga semasa sebenarnya lebih rendah berbanding tahun sebelumnya apabila lembu sado dengan purata berat antara 800 kilogram hingga satu tan pernah dijual pada harga antara RM20,000 hingga RM25,000 seekor."Alhamdulillah, dua ekor lembu sado ini sudah dibeli untuk tujuan korban dan penyumbang juga bersetuju menginfakkan daging kepada fakir miskin di kampung sekitar sini," katanya.Menurut Abdul Hadi, cabaran terbesar penternakan lembu sado ialah pemilihan baka dan aspek penjagaan kerana haiwan bersaiz besar itu memerlukan pemantauan rapi bagi memastikan kesihatannya sentiasa berada pada tahap terbaik.Menurut beliau, bagi mendapatkan lembu bersaiz besar dengan berat mencecah hampir satu tan, haiwan tersebut perlu dibela sekurang-kurangnya selama tiga tahun selain bergantung kepada faktor genetik baka.Katanya, aspek pemakanan juga memainkan peranan penting kerana sebarang kesilapan dalam penjagaan boleh menjejaskan tumbesaran dan berat badan ternakan."Penjagaan lembu sado ini seperti mengasuh anak kecil kerana ia sensitif dan perlu dipantau teliti termasuk aspek kebersihan, kesihatan serta keadaan persekitarannya," katanya. |
|
Aidiladha: Lebih 3 juta kenderaan dijangka banjiri lebuh raya KLK, LPT1 - Mkini - 26/05 8:00 am Ia peningkatan sebanyak 66 peratus di Lebuhraya KLK dan 71 peratus di LPT1 berbanding hari biasa. |
|
3.02 juta kenderaan dijangka guna Lebuhraya Karak, LPT1 sempena Aidiladha - Careta - 26/05 7:35 am Bagi trafik puncak harian pula, katanya, Lebuhraya KLK dijangka merekodkan sehingga 208,550 kenderaan sehari, manakala LPT1 dianggarkan mencapai 105,577 kenderaan sehari |
|
99,128 tiket feri Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Langkawi terjual sempena... - Mygazette - 26/05 7:32 am # 99,128 tiket feri Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Langkawi terjual sempena Aidiladha, cuti sekolah ALOR SETAR - Sebanyak 99,128 tiket feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi serta sebaliknya telah terjual setakat ini bersempena sambutan Aidiladha dan cuti sekolah |
|
KUSKOP sumbang kira-kira 40 ekor lembu korban, mualaf antara penerima - Mygazette - 26/05 7:32 am # KUSKOP sumbang kira-kira 40 ekor lembu korban, mualaf antara penerima BUKIT MERTAJAM - Kira-kira 40 ekor lembu korban bernilai RM216,000 disumbangkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sempena Aidiladha tahun ini bagi manfaat 27 masjid, surau, NGO, MPKK dan JPKKP di kawasan Parlimen Bukit Mertajam |
|
Lebih 3 juta kenderaan dijangka guna Lebuhraya KLK, LPT1 sempena Aidiladha - Sinarharian - 25/05 11:30 pm KUANTAN - Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1), AFA Prime Bhd (AFA Prime) menganggarkan jumlah trafik mencecah lebih 3 juta bermula22 Mei lepashingga 2 Jun di lebuh raya berkenaan berikutan sambutan Aidiladhadan cuti umum.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan KesihatanPahang, Datuk Razali Kassim berkata, jumlah kenderaan di Lebuhraya KLK dijangka mencecah 2.18 juta, manakala LPT1 pula dianggarkan menerima 843,000 kenderaan dalam tempoh tersebut.Beliau berkata, angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 66 peratus di Lebuhraya KLK dan 71 peratus di LPT1 berbanding hari biasa."Peningkatan ketara aliran trafik ini juga menuntut seluruh pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin, sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang lalu lintas demi memastikan perjalanan yang lebih selamat dan lancar sepanjang musim perayaan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Aidiladha 2026 di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang di sini pada Isnin.Razali berkata, kerajaan negeri juga menyeru orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh pihak AFA Prime bagi membantu melancarkan aliran trafik sepanjang musim perayaan.Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2026 bermula 24 hingga 31 Mei 2026 melibatkan287 anggota penguat kuasa yang berada pada tahap kesiapsiagaan penuh |
|
'Mereka membesar seperti kembar' Jenazah dua beradik lemas selamat dikebumi - Sinarharian - 25/05 10:07 pm KOTA BHARU - Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran Taman Beril, Paka, Terengganu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Buloh Poh, Melor di sini pada Isnin.Jenazah Muhammad Aidil Amsyar Mohd Zul-Zunaidi, 14, dikebumikan pada 8.20 malam, manakala abangnya Muhammad Amir Ashraf, 15, pula dikebumikan kira-kira 11 pagi Isnin.Bapa saudara mangsa, Mohamad Zul Hazim Mohd Baldin, 30, berkata, kedua-dua remaja itu membesar bersama seperti pasangan kembar kerana jarak usia mereka hanya setahun selain menjadi cucu sulung yang rapat dengan nenek mereka, Nor Hashimah Hashim, 64."Kami memang terkejut kerana mereka tidak pernah ke sungai itu sebelum ini dan keluarga juga sedang merancang mengadakan hari keluarga sempena Aidiladha hujung bulan ini," katanya ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan tersebut.Dalam kejadian kira-kira 11 pagi Ahad, dua beradik terbabit lemas selepas dibawa arus ketika mandi bersama dua lagi rakan mereka di Sungai Beril.Mayat Muhammad Amir Ashraf ditemukan pasukan penyelamat di dasar sungai kira-kira tujuh meter dari lokasi kejadian pada 3.47 petang Ahad, manakala Muhammad Aidil Amsyar ditemukan terapung berhampiran jeti Pasar Paka pada 9.55 pagi Isnin |
|
Zahid ajak umat Islam manfaat Hari Arafah dengan memperbanyak doa - Sinarharian - 25/05 9:44 pm KUALA LUMPUR -Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh umat Islam untuk memanfaatkan Hari Arafah esok, dengan memperbanyak doa dan amal ibadat demi meraih keampunan dan rahmat daripada ALLAH SWT."Rasulullah SAW menyebut bahawa sebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah."Marilah kita memperbanyak doa, zikir, istighfar dan amalan kebaikan, mudah-mudahan ALLAHSWT mengampunkan dosa-dosa kita serta mengurniakan ketenangan dan rahmat dalam kehidupan," katanya menerusi hantaran di X pada Isnin.Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menitipkan doa buat jemaah haji yang sedang berada di Tanah Suci, agarsegala ibadah merekadipermudah dan memperoleh haji yang mabrur.Bagi yang pulang ke kampung sempena sambutan Aidiladha pula, beliau mendoakan agar perjalanan mereka sentiasa selamat dan dipelihara ALLAH SWT."Semoga ia menjadi titik untuk kita terus memperbaiki diri dan memperkukuh hubungan sesama insan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang |
|
SNAPSHOT Paddy planting expected to start after Aidiladha; Jana Wibawa case: Zafrul to testify in July - Mkini - 25/05 6:09 pm What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm, and 9pm. |
|
6,107 ternakan direkod bagi ibadah korban di Pulau Pinang - Mygazette - 25/05 3:38 pm # 6,107 ternakan direkod bagi ibadah korban di Pulau Pinang GEORGE TOWN - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 1,398 Permit Sembelihan Luar (PSL) bagi pelaksanaan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal diraikan umat Islam Rabu ini |
|
Tular taman permainan ekstrem? Penjaga juga perlu nilai risiko – Exco - Mygazette - 25/05 3:38 pm Di sini peranan ibu bapa paling penting untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka, katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Simbolik Penyerahan Haiwan Korban Sempena Aidiladha 1447H Peringkat Parlimen Tangga Batu di Japerun Paya Rumput, Cheng, di sini hari ini |
|
Siasat syarikat tawar korban RM250 satu bahagian unta di Mekah, Afrika - Kosmo - 25/05 3:35 pm PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjalankan siasatan terhadap syarikat tempatan yang menawarkan perkhidmatan ibadah korban dan aqiqah di luar negara susulan kebimbangan terhadap aspek ketelusan operasi serta pengurusan kewangan mereka. Presiden Pertubuhan Jalinan Sahabat Nusantara (Jasanusa), Samsudin Awang berkata, menjelang sambutan Aidiladha, terdapat syarikat yang giat mempromosikan pakej korban serta akikah .. |
|
‘Jual daun palas tepi jalan, orang Terengganu pun mai beli’ - Kosmo - 25/05 3:17 pm SEBERANG PERAI – Seorang warga emas berusia 78 tahun masih gigih mencari rezeki menjual daun palas di tepi Jalan Kampung Pelek, Penanti di sini, sempena menyambut perayaan Aidiladha Rabu ini |
|
Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha - Mypress - 25/05 2:39 pm PUTRAJAYA – Aktiviti penanaman padi di Kedah dijangka kembali rancak selepas sambutan Aidiladha susulan keadaan bekalan air di kawasan jelapang padi utama negeri itu semakin stabil |
|
Bekalan ternakan Aidiladha mencukupi tampung permintaan korban - Mypress - 25/05 1:45 pm PUTRAJAYA – Bekalan ternakan bagi sambutan Aidiladha tahun ini berada pada tahap mencukupi untuk menampung keperluan penyembelihan korban di seluruh negara |
|
Roh reformasi kini pada Rafizi, bukan PMX - Sanusi - Sinarharian - 25/05 1:17 pm ALOR SETAR Pengerusi Perikatan Nasional Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengalu-alukan kehadiran Parti Bersama Malaysia (MU) untuk mengambil alih ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini.Menteri Besar Kedah itu berkata, perkembangan tersebut dilihat mampu memecah-belahkan PKR selain memberi ruang kepada ahli parti berkenaan menyertai MU.Menurutnya, beliau percaya semangat atau roh reformasi kini lebih dekat dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli berbanding Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Saya alu-alukan kehadiran mereka untuk mengambil ahli-ahli PKR di Kedah, pecah-belahkan PKR dan masuk MU."Sungguh-sungguh pun, saya rasa roh reformasi ada pada Rafizi, tidak ada pada PMX, roh tersebut telah beralih kepada Rafizi," katanya pada Isnin.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Lembu Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 2026 di Mentaloon di sini.Pada 17 Mei lalu, media melaporkan Rafizi dan Nik Nazmi mengesahkan akan mengambil alih MU sebagai platform politik baharu mereka.Penyerahan parti yang bakal diterajui kedua-dua bekas menteri itu dilakukan dalam majlis pengumuman hala tuju politik.Perkembangan tersebut sekali gus menjawab spekulasi mengenai masa depan politik Rafizi dan Nik Nazmi selepas kedua-duanya dipercayai semakin tersisih dalam PKR sejak setahun lalu.Untuk rekod, MU merupakan sebuah parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam. |
|
Ministry assures livestock supply surpasses demand for sacrificial rituals during Aidiladha - Malaymail - 25/05 11:59 am PUTRAJAYA, May 25 The supply of livestock for this years Hari Raya Aidiladha celebration is sufficient to... |
|
51,972 lembu dan kerbau tersedia, bekalan korban tahun ini melebihi permintaan - Harapandaily - 25/05 10:39 am Bekalan ternakan bagi sambutan Aidiladha tahun ini mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa di seluruh negara |
|
Aidiladha: Bekalan ternakan korban mencukupi - Mkini - 25/05 9:58 am Menurut statistik DVS, stok bekalan lembu dan kerbau tempatan ialah 35,127 ekor manakala bekalan diimport 16,845 ekor. |
|
'Kami rancang nak pulang sambut hari raya korban di Kelantan esok' - Ibu mangsa lemas - Sinarharian - 24/05 11:32 pm DUNGUN - Dua beradik, Muhammad Amir Ashraf MohdZul-Zunaidi, 15, dan Muhammad Aidil Amsyar, 14, yanglemasketika mandi di Sungai Beril berhampiran Taman Beril, Paka di sinisepatutnya pulang ke kampung bersama keluargauntukmenyambut Aidiladhadi rumah nenekmereka, esok.Ibu mangsa, Siti Nurfitriah Hasan, 35, berkata, dia bersama suami, Mohd Zul-Zunaidi Mohd Baldin, 40, dan keluarga merancang untukpulang ke kampung halaman suaminyadi Melor, Kota Bharu,Kelantanpadapetang esok bagi menyambut Aidiladha |
|
'Hasrat ibu makan strawberi tak kesampaian' - Sinarharian - 24/05 11:08 pm PARIT BUNTAR Hasrat seorang ibu untuk menikmati buah strawberi yang dipesan kepada anaknya sebelum keluar ke Cameron Highlands tidak kesampaian apabila wanita itu maut bersama suami dalam kemalangan di Telok Medan, Bagan Serai petang Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 4.42 petang itu, pasangan suami isteri, Sahbuddin Bakar, 65, dan Noraziyah Jahari, 51, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kereta jenis Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan sebuah Toyota Innova dari arah bertentangan.Anak sulung mangsa, Muhammad Zikri Sahbuddin, 31, berkata, pesanan ibunya itu menjadi kenangan terakhir yang sukar dilupakan keluarga.Menurutnya, adiknya keluar ke Cameron Highlands pada pagi Ahad dan sebelum itu arwah ibunya sempat meminta dibelikan buah strawberi kerana teringin untuk menikmatinya."Namun siapa sangka, hasrat itu tidak kesampaian apabila ibu pergi buat selama-lamanya. Saya paling terkilan kerana itulah antara permintaan terakhir ibu."Selain itu, ibu juga sempat menyatakan hasrat mahu makan daging dendeng pada Aidiladha nanti dan saya sudah pun membelikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Parit Buntar pada Ahad malam.Muhammad Zikri berkata, sebelum kejadian dia sempat berbual dengan ibunya dan bercadang membawa wanita itu keluar bersiar-siar pada sebelah petang seperti kebiasaan mereka setiap hujung minggu."Pagi tadi, saya beritahu ibu saya nak bawa dia keluar jalan-jalan petang ini |
|
PGA foils attempt to smuggle 90 cattle and 100 goats - SUN - 24/05 10:41 pm Malaysian police detain 12 individuals and seize livestock worth RM457,200 in smuggling cases ahead of Hari Raya Aidiladha. |
|
Aidiladha, Wesak, Kaamatan, Gawai: Malaysias massive festive mash-up is about to take over - Malaymail - 24/05 9:00 pm KUALA LUMPUR, May 24 Malaysia is set to witness an extraordinary festive atmosphere soon as people... |
|
Hubungan dengan Bersatu: Pas adakan mesyuarat sehari dua lagi - Takiyuddin - Sinarharian - 23/05 6:14 pm KUALA LUMPUR - Pas akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi memutuskan ketetapan berkaitan hubungannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kepimpinan parti akan terlebih dahulu mencapai keputusan dalaman sebelum merujuknya kepada Perikatan Nasional (PN)."Kita akan mesyuarat dalam masa terdekat, kemudian buat keputusan. Ia akan dilakukan dalam satu atau dua hari lagi, sebelum raya (Aidiladha)."Sama ada mesyuarat kita (Pas) dahulu, kemudian (dengan) Bersatu, kita tengok |
|
KTMB boosts capacity to record 347,000 seats for Aidiladha-Wesak long break, largest in companys history - Malaymail - 23/05 6:00 pm KUALA LUMPUR, May 23 Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) is providing 347,000 seats for the upcoming long holiday p... |
|
PAS set for crunch talks on Bersatu cooperation ahead of Aidiladha, says party sec-gen - Malaymail - 23/05 5:26 pm KUALA LUMPUR, May 23 PAS is expected to hold a meeting within the next few days to decide its next course of act... |
|
LLM Jangka 3.3 Juta Kenderaan Guna Lebuh Raya Sempena Aidiladha - Careta - 23/05 7:57 am Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, peningkatan trafik dijangka berlaku secara berperingkat bermula 22 Mei hingga 7 Jun 2026 susulan cuti umum Aidiladha pada 27 Mei yang turut bertembung dengan cuti persekolahan panjang |
|
Aidiladha: Aliran trafik di Gua Musang dijangka sesak esok - Mygazette - 23/05 7:53 am # Aidiladha: Aliran trafik di Gua Musang dijangka sesak esok GUA MUSANG - Aliran trafik di pintu masuk Gua Musang dijangka sesak mulai esok, susulan pertambahan kenderaan perantau yang pulang ke kampung halaman sempena cuti persekolahan dan sambutan Aidiladha minggu depan |
|
Lembu ‘sado’ 980kg tumpuan Karnival Qurban 2026 Tayyib Ranch - Mygazette - 23/05 7:53 am # Lembu 'sado' 980kg tumpuan Karnival Qurban 2026 Tayyib Ranch BANTING - 10 ekor lembu sado seberat hampir satu tan bakal menjadi tarikan utama Karnival Qurban Tayyib Ranch 2026 di Fidlot Tayyib Ranch, Sungai Kelambu, Banting yang dijangka menarik lebih 1,000 pengunjung sempena Aidiladha tahun ini |
|
Aidiladha: MUDA Kelantan gesa kuota BUDI95 dikembalikan 300 liter - Mygazette - 23/05 7:53 am # Aidiladha: MUDA Kelantan gesa kuota BUDI95 dikembalikan 300 liter KUALA LUMPUR Parti katan Demokratik Malaysia (MUDA) Kelantan menggesa kerajaan mempertimbangkan segera penambahan sementara kuota subsidi RON95 daripada 200 liter kepada 300 liter sempena sambutan Hari Raya Aidiladha |
|
Harga murah, corak eksklusif punca kedai emas Kelantan diserbu sempena Aidiladha - Utusan - 23/05 7:31 am KOTA BHARU: Harga lebih murah dan reka bentuk lebih eksklusif serta mutu yang tinggi menjadikan barangan kemas Kelantan terus menjadi pilihan utama perantau yang pulang ke kampung sempena Aidiladha |
|
Eye in the sky: JPJ to ramp up drone use during Aidiladha - FMT - 22/05 11:57 pm The road transport department says drones will be used throughout its operation next week compared with only at certain times previously. |
|
Nak Elak 'Jem', Ini 'Jadual Khusus' Balik Kampung Bagi Orang Pantai Timur - Siakapkeli - 22/05 7:31 pm Nak Elak, 'Jem', Ini 'Jadual Khusus' Balik Kampung Bagi Orang Pantai Timur Menjelang sambutan Aidiladha tidak lama lagi, suasana di lebuh raya pastinya akan kembali meriah |
|
Insiden letupan gas: Penganjur ekspo makanan tunggu arahan pihak berkuasa - Sinarharian - 22/05 6:16 pm SUNGAI PETANI - Pihak penganjur ekspo terlibat insiden letupan gas di Dataran Jam Besar di sini akur dengan arahan pihak berkuasa sekiranya diminta menangguhkan penganjuran festival makanan itu.Wakil penganjur, Abdul Lokman Azimi berkata, penganjuran sempena Hari Raya Aidiladha itu dijadualkan berakhir 26 Mei ini namun tetap bersedia sekiranya diminta berbuat sebaliknya."Saya sebagai wakil pihak penganjur, kalau kata nak teruskan tu memang sangat-sangat kejamlah saya kan, tak sampai hati, kita menghormati apa yang jadi semalam, dah kehilangan nyawa."Kita boleh berhenti, tak ada masalah tapi kita mahu berbincang minta pihak berkenaan untuk pulangkan apa yang telah dibayar sebelum ini untuk kita teruskan event ke depan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.ARTIKEL BERKAITAN: Seorang maut, tiga cedera dalam letupan di tapak ekspo'Letupan sangat kuat, pinggang rasa sakit, perut senak terkena serpihan tong gas'Letupan di tapak ekspo: Dua lelaki ditahan bantu siasatanInsiden letupan tong gas: Dua lelaki disyaki bancuh bahan kimia diremanBeliau berkata, kesemua kira-kira 30 peserta menyertai ekspo kali ini membabitkan jualan makanan kering dan basah."Kalau ikutkan semalam banyak yang trauma.. |
|
Hari Arafah tuntut ummah angkat nilai, kualiti diri depani cabaran - PM - Sinarharian - 22/05 5:47 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Hari Arafah bukan sekadar gambaran kepada kesatuan umat Islam, malah ia menuntut ummah mengangkat nilai dan kualiti diri dalam mendepani tantangan zaman.Beliau berkata, mesej mendalam itu didengari menerusi khutbah bertajuk "Arafah Hari Kebangkitan" ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati di sini pada Jumaat."Khutbah hari ini bertajuk Arafah Hari Kebangkitan menyentuh keistimewaan Hari Arafah pada 9 Zulhijah yang akan tiba kelak."Perhimpunan besar yang akan berlangsung ini bukan sekadar gambaran kesatuan umat Islam namun lebih dari itu, kita juga perlu mengangkat nilai dan kualiti umat untuk berhadapan dengan tantangan zaman," kata beliau menerusi hantaran di Facebook.Anwar turut mendoakan agar semua para petugas dan jemaah terus diberikan kesihatan yang baik selain menyeru mereka memberi tumpuan penuh kepada ibadah haji dan memperoleh haji yang diterima Allah SWT.Kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan Hari Arafah jatuh pada Selasa diikuti sambutan Aidiladha pada Rabu.Seramai 31,600 jemaah Malaysia menunaikan ibadah haji bagi musim 1447H/2026M tahun ini |
|
LLM forecasts 3.3 million vehicles on highways amid Aidiladha, school holidays - Malaymail - 22/05 5:26 pm KUALA LUMPUR, May 22 The Malaysian Highway Authority (LLM) expects the average daily traffic volume on major exp... |
|
Public transport terminals see surge in festive travellers - Sinardaily - 22/05 4:24 pm KUALA LUMPUR - Major public transport terminals around the capital are seeing a surge in travellers heading back to their hometowns ahead of the long holiday and upcoming Hari Raya Aidiladha celebration.A Bernama survey found increasing crowds at key terminals, including Terminal Bersepadu Gombak (TBG), Terminal Bersepadu Selatan (TBS) and KL Sentral, as passengers began making early travel preparations to avoid last-minute congestion.A TBG representative, Mohd Raimi Jusoh, said ticket sales for the festive season opened two months ago to give passengers more time to plan their journeys.He said daily ticket sales at TBG, which usually average about 1,000, have surged to around 7,000 during the long holiday and Aidiladha period."There has been a sharp increase in ticket sales and bus trips as Aidiladha coincides with the long school holidays."TBG is widely known as a gateway to the East Coast, with 70 to 80 per cent of bus operations serving destinations there, although the terminal also caters to other routes, he told Bernama today.To cope with the increased demand, Mohd Raimi said daily bus trips had been raised to between 200 and 210 from about 150 on normal days, following approval from the Land Public Transport Agency (APAD).He said the two-week school holidays had also allowed travellers to spread out their journeys and avoid the usual last-minute rush seen during festive periods.TBG management has also provided 14 special buses in collaboration with several boarding schools in Pahang, Melaka and Negeri Sembilan to facilitate students travel.Meanwhile, passenger Muhammad Aiman Nor Hakim, 25, said he purchased his ticket two weeks earlier through a bus booking application to avoid ticket shortages and higher fares."I live in Setapak and will return to Bachok, Kelantan for Aidiladha with my family |
|
Balik kampung rush begins at Kuala Lumpur transport hubs as travellers try to beat Aidiladha crowds - Malaymail - 22/05 3:54 pm KUALA LUMPUR, May 22 Major public transport terminals around the capital are seeing a surge in travellers headin... |
|
Prisons Dept: Inmates may receive family visits on May 2930 for Aidiladha - Malaymail - 22/05 3:01 pm KUALA LUMPUR, May 22 Families of inmates at all prison institutions, including Moral Rehabilitation Centres, Spe... |
|
Naikkan sementara kuota BUDI95 kepada 300 liter - Harakahdaily - 22/05 2:52 pm KOTA BHARU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Kelantan menggesa kerajaan mempertimbangkan segera penambahan sementara kuota subsidi RON95 daripada 200 liter kepada 300 liter sempena sambutan Hari Raya Aidiladha |
|
Extra Langkawi ferry trips added as school holiday and Aidiladha bookings top 10,000 passengers - Malaymail - 22/05 12:44 am KUALA LUMPUR, May 22 Ferry services to Langkawi from Kuala Kedah and Kuala Perlis will increase from tomorrow in... |
|
1.9 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang - Sinarharian - 22/05 9:06 am GEORGE TOWN Polis Pulau Pinang menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan memasuki dan melalui negeri ini sepanjang sambutan Hari Raya Aidiladha serta tempoh cuti panjang bermula hujung Mei hingga awal Jun ini.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, peningkatan jumlah kenderaan itu dijangka berlaku sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 27 hingga 28 Mei, diikuti cuti panjang sempena Hari Wesak dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong bermula 31 Mei hingga 2 Jun.Menurutnya, Pulau Pinang yang merupakan antara destinasi pelancongan utama negara serta laluan strategik pengguna jalan raya dijangka menerima aliran trafik tinggi sepanjang tempoh berkenaan susulan peningkatan pergerakan orang ramai untuk pulang ke kampung dan bercuti."Bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa berada pada tahap optimum, polis melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan mempergiat operasi pemantauan serta penguatkuasaan di lokasi tumpuan."Penugasan kali ini masih mengekalkan konsep Pre-Emptive Services and Total Enforcement yang menekankan tindakan awal serta langkah pencegahan secara proaktif dalam menangani kesesakan dan kemalangan jalan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, objektif utama pelaksanaan operasi itu adalah memastikan keselamatan pengguna jalan raya selain mengurangkan kadar kemalangan dan kesesakan lalu lintas melalui tindakan penyuraian trafik di laluan utama di Pulau Pinang.Katanya, tumpuan penguatkuasaan turut diberikan di kawasan yang kerap berlaku kemalangan (blackspot) serta lokasi kesesakan (hotspot) bagi memastikan kelancaran dan keselamatan trafik termasuk di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan."Perhatian juga diberikan kepada daerah yang menyumbang kepada jumlah kemalangan maut tertinggi dan kawasan yang sering mengalami kesesakan," katanya.Azizee menambah, antara laluan yang dikenal pasti berdepan kepadatan trafik dan kawasan berisiko kemalangan ialah Jalan Teluk Air Tawar ke Jalan Bagan Luar di Seberang Perai Utara (SPU), Jalan Perusahaan Perai ke Jalan Kulim di Seberang Perai Tengah (SPT), Jalan Besar Simpang Empat (KM12 hingga KM32) di Seberang Perai Selatan (SPS), selain Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Jalan Ayer Itam di daerah Timur Laut."Selain itu, Jalan Ayer Itam ke Paya Terubong, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Dr Awang di daerah Barat Daya serta Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB/Open Highway)."Seramai 145 pegawai dan anggota JSPT Kontinjen Pulau Pinang akan terlibat secara langsung dalam operasi berkenaan," ujarnya.Menurut Azizee, JSPT Pulau Pinang turut bekerjasama dengan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pulau Pinang serta agensi penguat kuasa lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, pihak berkuasa tempatan dan PLUS Malaysia Berhad.Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan serta-merta akan diambil mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas LN166/59 terhadap pengguna jalan raya yang melakukan enam kesalahan utama."Antara kesalahan yang diberi tumpuan ialah memandu melebihi had laju, menggunakan alat komunikasi semasa memandu, memandu di lorong kecemasan, tidak mematuhi lampu isyarat, memotong barisan dan memotong di garisan berkembar."Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan, mematuhi peraturan serta tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah demi keselamatan semua pihak," katanya. |
|
'Abang minta carikan ketupat pulut hitam buat juadah Aidiladha ini' - Sinarharian - 21/05 4:26 pm JELI - "Abang minta carikan ketupat pulut hitam untuk dimakan pada Aidiladha ini."Demikian cerita Nur Illyanis Suhaisham, 29, ketika berkongsi hasrat abangnya, Mohamad Noor Illyas, 32, sebelum ditemukan maut akibat runtuhan tebing tanah setinggi dua meter yang dipercayai berlaku ketika aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong, di sini pada Rabu.Katanya, kali terakhir mereka bermesej ialah pada jam 10 pagi sebelum kejadian, namun mesej itu tidak dibalas."Sebelum itu kami ada bermesej, dia minta tolong uruskan kenderaan untuk membawa motosikalnya pulang ke rumah."Dia juga ada minta saya carikan ketupat pulut hitam untuk dimakan pada Aidiladha ini," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Isteri adik sarat mengandung anak kelima menangis bila tahu suami maut tertimbus'"Adik ipar akan bersalin Ogos ini dan mereka mempunyai empat orang anak berusia 12 hingga 2 tahun.Dua lelaki maut tertimbus ketika lombong emas tanpa lesen'Dia jadi pemarah, gelisah...' - Bapa mangsa maut tertimbus lombong emasMenurut anak kedua itu, dia mengetahui abang sulungnya meninggal dunia selepas dimaklumkan bapanya.Ujarnya, jenazah abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Balah, di sini.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan dua lelaki maut selepas tertimbus dalam runtuhan tebing tanah setinggi dua meter yang dipercayai berlaku ketika aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong, di sini pada Rabu malam.Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, seorang lagi mangsa dilaporkan terselamat. |
|
Sultan Selangor tidak mahu perpaduan Melayu disalah tafsir, kekuatan .. - Mygazette - 21/05 4:10 pm Sebaliknya, baginda bertitah kekuatan sesuatu bangsa yang hidup bersatu akan menjadikan negara lebih aman, stabil dan rakyatnya saling hormat menghormati. Di kesempatan sambutan Aidiladha, beta mahu agar semua kaum, bangsa dan semua agama di negara ini saling hormat menghormati sensitiviti antara satu sama lain dan hidup aman damai |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |