///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Akta Pengangkutan News   Page 1    





Kilang proses ketum diserbu, rampasan lebih RM76,7963 - Mgazette - 2/04 3:36 pm

# Kilang proses ketum diserbu, rampasan lebih RM76,7963 JOHOR BAHRU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor membongkar kegiatan pemprosesan air ketum di sebuah kilang di Taman Kempas Utama di sini baru-baru ini dengan nilai rampasan RM76,7963





JKDM Perak tumpaskan lima cubaan seludup masuk komoditi bernilai lebih .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm

# JKDM Perak tumpaskan lima cubaan seludup masuk komoditi bernilai lebih RM2.4 juta IPOH Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak menumpaskan lima cubaan menyeludup pelbagai komoditi dianggarkan bernilai RM2.4 juta dengan duti serta cukai sekitar Januari dan Februari lalu





Tiga beranak terbabit video wanita dakwa nabi disambung reman - Mgazette - 2/04 3:36 pm

# Tiga beranak terbabit video wanita dakwa nabi disambung reman JOHOR BAHRU - Tempoh tahanan reman tiga suspek terlibat dalam akaun TikTok milik wanita yang menggunakan nama Ratu Nur Puteri Ratu Balqis, akan disambung tiga atau empat hari lagi





PN gesa kerajaan perjelas kaedah penentuan harga diesel PN gesa kerajaan .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm

# PN gesa kerajaan perjelas kaedah penentuan harga diesel KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan supaya tampil memperjelaskan kaedah penentuan harga diesel susulan kenaikan berterusan bahan api yang didakwa semakin membebankan rakyat serta sektor perniagaan





KP JAS, timbalannya didakwa kes rasuah di mahkamah esok – Azam - Mgazette - 2/04 3:36 pm

# KP JAS, timbalannya didakwa kes rasuah di mahkamah esok - Azam PUTRAJAYA Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dijangka didakwa berkaitan dengan kes salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan sisa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur esok





MCMC siasat lima individu sebar maklumat palsu kenaikan harga bahan api - Mgazette - 2/04 3:36 pm

# MCMC siasat lima individu sebar maklumat palsu kenaikan harga bahan api KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan terhadap lima individu disyaki menyebarkan maklumat berunsur palsu mengenai kenaikan harga bahan api petrol dan diesel di platform media sosial Threads





Buka klinik gigi tidak berdaftar, wanita ke Penjara Kajang - Sinarharian - 2/04 3:10 pm

PETALING JAYA - Seorang wanita didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, kerana menyediakan klinik pergigian swasta yang tidak didaftarkan, enam tahun lalu.Hakim, Dr Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan mewakili Nurul Syafiqaa Ali, 27, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.Bagaimanapun, wanita itu selaku orang kena saman (OKS) dihantar ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman jel selama 12 bulan selepas gagal membayar denda tersebut.Mengikut pertuduhan pindaan, wanita itu didakwa menyediakan klinik pergigian swasta yang tidak didaftarkan di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, di Puchong Prima, di sini jam 2.30 petang pada 6 April 2021.Dia dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Mengikut fakta kes, pada 6 April 2021, sepasukan pegawai Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menyerbu sebuah premis di Puchong Prima selepas menerima maklumat mengenai operasi klinik pergigian swasta yang tidak berdaftar.Ketika serbuan, OKS sedang memberikan rawatan pemasangan pendakap gigi kepada seorang wanita.Pemeriksaan mendapati dia gagal mengemukakan bukti pendaftaran klinik pergigian serta perakuan tahunan sebagai pengamal pergigian berdaftar.





Polis mohon sambung reman Ratu Nur Puteri Ratu Balqis, anak dan abang - Sinarharian - 2/04 2:55 pm

JOHOR BAHRU Tiga individu termasuk Ratu Nur Puteri Ratu Balqis akan disambung reman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan berhubung kenyataan menghina agama Islam, institusi diraja serta kepimpinan negara.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, reman ke atas Ratu Nur Puteri, anaknya yang berusia 17 tahun dan abangnya akan tamat Jumaat dan polis akan memohon sambungan reman."Permohonan ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Seksyen 298 dan 500 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Khamis.Menurut Ab Rahaman, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek adalah ahli keluarga yang tidak bekerja dan remaja berusia 17 tahun terbabit tidak bersekolah."Mereka tidak bekerja, dan remaja terbabit tidak bersekolah





Penolong pegawai hal ehwal Islam didakwa kemuka tuntutan palsu RM135,000 - Sinarharian - 2/04 2:05 pm

KANGAR - Seorang penolong pegawai hal ehwal Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pendaftaran semula saudara baharu berjumlah RM135,000, empat tahun lepas.Mohammad Nurhelmy Norman, 29, yang kini bekerja sebagai pemandu e-hailing selepas digantung tugas, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi.Lelaki itu didakwa menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu dengan niat memperdayakan prinsipalnya melibatkan tuntutan bayaran pendaftaran semula dua saudara baharu berjumlah RM3,500 pada 2022, 15 orang berjumlah RM40,000 pada 2023 dan 33 orang berjumlah RM91,500 pada 2024.Kesalahan itu didakwa dilakukan semasa dia berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred 29 di Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di pejabat JAIPs, Kompleks Islam Perlis, Persiaran Jubli Emas di sini.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai terlibat atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat melaporkan diri di Pejabat SPRM di sini setiap bulan dan menetapkan sebutan semula pada 20 Mei untuk serahan dokumen.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala lelaki itu diwakili peguam Siti Salwa Ja'afar.- Bernama





Azam tidak mahu ulas status kontrak - Sinarharian - 2/04 1:59 pm

PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak mahu mengulas berhubung status baki kontraknya yang akan berakhir pada 12 Mei ini.Ketika ditemui pemberita pada Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF): Way Forward di Ibu Pejabat SPRM, di sini, beliau hanya menjawab ringkas."Saya tidak mahu jawab," katanya.Sebelum ini, pada 10 Mac lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dilaporkan belum membuat sebarang keputusan berhubung status kontrak Azam.Untuk rekod, Azam telah dilantik secara kontrak sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sebanyak tiga kali.Azam yang dilahirkan pada 12 Mei 1963 di Negeri Sembilan, memulakan kariernya di Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali sebagai SPRM) pada 1984 sebagaipenolong pegawai siasatan.Sepanjang perkhidmatannya, Azam pernah memegang pelbagai jawatan termasuk pegawai perisikan dan pegawai pendakwaan, selain terbabit dalam aktiviti pendidikan masyarakat.Beliau mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020, menggantikan Latheefa Beebi Koya, yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.Azam memegang jawatan itu ketika pentadbiran tiga Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Azam mempunyai kelulusan diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ijazah Undang-undang (Jurispruden) daripada Universiti Malaya dan ijazah sarjana daripada Asia E-University.





PN gesa kerajaan jelas mekanisme harga diesel, wujud sistem penstabilan - Sinarharian - 2/04 1:08 pm

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan memberikan penjelasan terperinci mengenai kaedah penentuan harga diesel susulan trend kenaikan berterusan bahan api itu yang dijangka mencecah RM6.02 seliter di Semenanjung Malaysia.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kenaikan mendadak daripada kadar RM5.52 seliter sebelum ini dalam tempoh singkat bakal memberi tekanan besar kepada rantaian bekalan serta kos sara hidup rakyat.Beliau berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan kemungkinan kenaikan tarif elektrik yang tertakluk kepada mekanisme pelarasan harga bahan api, sekali gus berpotensi meningkatkan kos operasi perniagaan secara berganda."Syarikat dalam sektor logistik, pengangkutan, pertanian, pembuatan dan peruncitan telah memberi amaran bahawa kenaikan kos input ini sukar ditampung."Banyak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi dengan margin tipis berkemungkinan besar terpaksa menaikkan harga barang dan perkhidmatan, sekali gus meningkatkan risiko inflasi kos," ujarnya dalam kenyataan pada Khamis.Sehubungan itu, Takiyuddin menegaskan bahawa PN menuntut penjelasan tuntas daripada kerajaan, khususnya melibatkan unjuran harga diesel bagi tempoh beberapa bulan akan datang serta kepastian sama ada paras RM6.02 seliter merupakan harga siling maksimum atau bakal berdepan pelarasan lanjut.Beliau berkata, kerajaan juga perlu memperincikan impak sebenar kenaikan tarif elektrik terhadap kadar inflasi dan sektor perniagaan, selain membentangkan langkah segera yang konkrit bagi melindungi golongan sasar daripada terus dihimpit tekanan kos sara hidup yang semakin meruncing.Dalam pada itu, PN turut mencadangkan agar kerajaan mengenakan cukai durian runtuh atau cukai tenaga sementara ke atas industri minyak dan gas, memandangkan Petronas terus menikmati keuntungan luar biasa daripada harga tenaga global dan eksport LNG.Menurut beliau, hasil cukai berkenaan membolehkan kerajaan melindungi ekonomi secara keseluruhan dan efektif melalui pemberian subsidi, pelepasan cukai mahupun insentif kos.Mengulas mengenai jurang harga domestik, Takiyuddin melahirkan kebimbangan mengenai perbezaan harga diesel yang ketara antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang kini kekal pada RM2.15 seliter, sekali gus mencetuskan persepsi beban kos yang tidak adil.Malah, beliau menegaskan harga diesel di Malaysia kini berisiko menjadi antara yang tertinggi di rantau ini walaupun negara merupakan pengeluar minyak dan gas.Beliau menarik perhatian kepada perbandingan harga setakat 1 April lalu yang menunjukkan harga diesel di Thailand kekal pada kadar RM4.99 seliter, Vietnam pada RM5.40 seliter, manakala di China pada RM4.80 seliter.Di Indonesia pula, harga bagi kegunaan peribadi adalah RM1.60 seliter manakala sektor komersial pada RM3.37 seliter.Justeru, PN mendesak kerajaan mewujudkan mekanisme penstabilan harga dengan menetapkan harga siling atau penampan bagi menghindari kenaikan harga secara mendadak.Tambahnya, ketelusan mengenai kadar pertukaran, kos, margin dan komponen fiskal dalam harga akhir adalah sangat penting bagi meningkatkan keyakinan awam serta menstabilkan sentimen pasaran pada masa ini.





Ketua Pengarah JAS, timbalan dijangka dituduh esok - Sinarharian - 2/04 12:40 am

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan timbalannya dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah memperoleh persetujuan daripada pendakwa raya untuk meneruskan pertuduhan berkenaan."Persetujuan daripada pihak pendakwa raya telah kita perolehi





Tuntutan subsidi diesel nelayan termasuk kategori Zon C2 akan diperincikan - Ahmad Zahid - Sinarharian - 2/04 12:38 am

PUTRAJAYA - Kerajaan akan memperincikan tuntutan bantuan subsidi diesel oleh nelayan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) susulan krisis tenaga global, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, perkara itu akan diperincikan mengambil kira lonjakan tanggungan kerajaan terhadap subsidi minyak daripada RM700 juta kepada RM3.5 bilion."Ini satu tanggungan yang amat berat





KPDN Pulau Pinang rekod lapan kes seleweng diesel, tahan lima individu sejak Januari - Sinarharian - 2/04 12:28 am

BUTTERWORTH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merekodkan lapan kes penyelewengan diesel dengan lima tangkapan membabitkan pemandu lori warga tempatan di stor haram sekitar Seberang Perai Selatan (SPS) sejak Januari lalu.Pengarah KPDN Pulau Pinang, S Jegan berkata, kesemua tangkapan tersebut membabitkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM415,877.95.Menurutnya, semua kes berkenaan kini masih dalam peringkat siasatan dan pendakwaan."Dalam tempoh sama, sebanyak 215 stesen minyak di seluruh negeri telah diperiksa sebagai sebahagian daripada usaha pemantauan dan penguatkuasaan berterusan bagi mengekang ketirisan subsidi bahan api," katanya pada sidang akhbar pada Khamis.Beliau sebelum itu menghadiri Sesi Walkabout dan Pemantauan Pelaksanaan Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan (Petrol RON95) 2026 di Stesen Petronas Sungai Dua (arah selatan) Pulau Pinang di sini.Mengulas lanjut, Jegan berkata, bermula Rabu, larangan penjualan dan pembelian petrol RON95 kepada kenderaan pendaftaran asing telah dikuatkuasakan sepenuhnya selaras dengan pelaksanaan Op Tiris 4.0.Katanya, sejak pelaksanaan dasar tersebut, sebanyak 126 stesen minyak telah dipantau dalam tempoh dua hari bagi memastikan tahap pematuhan berada pada tahap tinggi."Penguatkuasaan ini dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1991 dan sebarang pelanggaran akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi," ujarnya.Tambah beliau, pemeriksaan yang dilaksanakan turut melibatkan penelitian dokumen serta analisis corak penjualan termasuk transaksi berulang bagi mengesan sebarang unsur penyelewengan atau aktiviti mencurigakan.Dalam pada itu, Jegan berkata, pihaknya turut menerima empat aduan awam berkaitan penjualan bahan api bersubsidi sepanjang pelaksanaan Op Tiris 4.0."Daripada jumlah itu, dua aduan melibatkan pengisian petrol RON99 ke dalam tong didapati tidak menjadi kesalahan kerana melibatkan pengurusan nelayan yang mempunyai kebenaran."Dua lagi aduan berkaitan aktiviti mencurigakan di stesen minyak yang mana satu kes didapati tidak berasas kerana melibatkan lori berlesen manakala satu lagi masih dalam siasatan lanjut," katanya.Beliau menambah, pengusaha stesen minyak bertanggungjawab memastikan hanya kenderaan tempatan dibenarkan mengisi petrol RON95 selain mematuhi semua peraturan yang ditetapkan kerajaan."Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan tindakan kompaun atau pendakwaan di mahkamah diambil terhadap pihak terlibat," katanya lagi.Dalam usaha memperkukuh penguatkuasaan, beliau berkata, lebih 130 anggota penguat kuasa telah digerakkan selain dibantu pegawai pemantau harga yang bertugas secara menyamar di lapangan.Menurutnya, rondaan, risikan dan operasi bersepadu bersama agensi lain turut dipertingkatkan khususnya di kawasan sempadan bagi memastikan bekalan bahan api bersubsidi tidak diseleweng."Saya meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan penyelewengan terus kepada saluran rasmi KPDN seperti e-Portal Aduan, talian hotline dan aplikasi Ez ADU, berbanding menyebarkannya di media sosial."Kerjasama orang ramai amat penting bagi memastikan subsidi bahan api terus dinikmati oleh golongan yang benar-benar layak," katanya.Terdahulu, tiga dasar baharu yang mengawal selia penjualan petrol RON95 dan diesel mula berkuat kuasa pada Rabu, sekali gus menandakan permulaan penguatkuasaan lebih ketat di seluruh negara bagi mengekang ketirisan subsidi serta kegiatan penyeludupan bahan api.Antara peraturan yang dilaksanakan termasuk larangan pembelian RON95 oleh kenderaan asing selain sekatan penggunaan kad kredit dan debit antarabangsa di terminal pam layan diri bagi memastikan bahan api bersubsidi hanya dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia.Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, langkah berkenaan diambil susulan peningkatan permintaan serta risiko ketirisan yang semakin membimbangkan, khususnya di kawasan sempadan.Beliau menjelaskan, pelaksanaan dasar baharu itu turut disokong menerusi Op Tiris 4.0 yang diperkasakan melalui rondaan intensif, penempatan pegawai statik, operasi risikan penyamaran serta pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) di stesen berisiko tinggi.





Lelaki tunjuk kemaluan pada kanak-kanak ditahan polis - Sinarharian - 2/04 12:22 am

JOHOR BAHRU Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki terlibat dalam kejadian amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan di kawasan Bandar Baru Uda, di sini, pada Selasa.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, pihaknya mengesan satu video tular dimuat naik di Facebook yang memaparkan sebuah kenderaan bersama dua kanak-kanak.Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 tengah hari pada Selasa dan melibatkan dua kanak-kanak perempuan berusia 12 dan 10 tahun."Pada hari sama kira-kira jam 4.46 petang, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun yang memaklumkan anak perempuan serta anak saudaranya telah dipanggil oleh seorang lelaki yang memandu kereta jenis Honda Accord."Suspek bertanyakan mengenai tandas sebelum bertindak menunjukkan kemaluannya kepada kedua-dua mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis dari Unit D9 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Utara menahan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun di sebuah rumah di kawasan Masai kira-kira jam 11 malam hari sama."Polis turut merampas beberapa barangan bagi membantu siasatan





SPRM cadang dakwa individu firma guaman antarabangsa terkait skandal 1MDB - Sinarharian - 2/04 12:19 am

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses mencadangkan pertuduhan terhadap beberapa individu daripada sebuah firma guaman antarabangsa yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan bagi mendapatkan bukti tambahan di luar negara sebelum sebarang tindakan lanjut dimuktamadkan.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan terhadap firma guaman tersebut meliputi dakwaan penyediaan dokumen yang disyaki mengandungi maklumat dan butiran palsu serta arahan pembayaran yang mengelirukan sehingga penyaluran dana berkaitan 1MDB kepada pihak yang tidak sepatutnya.Menurutnya, penelitian turut dilakukan terhadap bayaran yang dibuat kepada firma berkenaan yang dipercayai membabitkan dana 1MDB."Siasatan ini dijalankan di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan termasuk Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001."Bagi memperkukuh siasatan, SPRM sedang dalam proses mendapatkan maklumat dan dokumen penting melalui saluran perundangan rasmi termasuk menerusi Jabatan Peguam Negara (AGC) serta mekanisme Bantuan Perundangan Bersama (Mutual Legal Assistance MLA) dengan pihak berkuasa di United Kingdom," katanya ketika dihubungi pada Khamis.Azam berkata, SPRM turut bekerjasama rapat dengan agensi antarabangsa dalam mendapatkan maklumat, bukti dan dokumen."Kerjasama ini sedang berjalan dan merupakan sebahagian penting daripada usaha penguatkuasaan rentas sempadan yang diselaraskan."SPRM juga akan berkongsi dapatan siasatan dengan pihak berkuasa berkaitan bagi menyokong tindakan penguatkuasaan selanjutnya di bidang kuasa masing-masing," ujarnya.Januari tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap cawangan firma berkenaan.Firma guaman terbabit dipercayai terlibat dalam penyelewengan sejumlah AS$1 bilion melibatkan dana 1MDB termasuk pengalihan kira-kira AS$700 juta kepada sebuah entiti luar pesisir yang berada di luar kawalan 1MDB.





MCMC siasat lima individu sebar maklumat palsu kenaikan harga bahan api - Sinarharian - 2/04 11:12 am

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan terhadap lima individu disyaki menyebarkan maklumat berunsur palsu mengenai kenaikan harga bahan api petrol dan diesel di platform media sosial Threads.MCMC memaklumkan tiga daripada lima individu berkenaan telah dipanggil untuk rakaman percakapan bagi membantu siasatan."Menurut aduan diterima, kandungan yang disebarkan oleh kesemua individu berkaitan kenaikan harga bahan api petrol dan diesel didapati palsu, mengelirukan serta berpotensi menimbulkan kegelisahan kepada pengguna."Hasil semakan lanjut, pihak Buletin TV3 telah mengeluarkan penafian terhadap penerbitan kandungan yang disunting menggunakan identiti visual mereka," menurut MCMC dalam kenyataan hari ini.Dalam perkembangan sama, MCMC memberitahu telah menerima aduan daripada Buletin TV3 bahawa kandungan palsu yang tular tersebut adalah bukan daripada mereka, sebaliknya dilakukan oleh pihak ketiga.Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.MCMC menegaskan bahawa pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial untuk tujuan mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu."Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada," menurut kenyataan itu.Orang ramai turut diingatkan agar bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial dan tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi hingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta ketenteraman awam





Mekanik maut motosikal rempuh kenderaan polis - Sinarharian - 2/04 10:22 am

ROMPIN - Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggang merempuh kenderaan polis yang sedang membelok masuk ke sebuah stesen minyak di Kilometer 134, Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini pada Rabu.Dalam kemalangan kira-kira jam 7.20 petang itu, mangsa, Mohd Faizal Ismail, 38, beralamat dari Felda Selendang 1 di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, pemandu van jenis MXS V80 6MT, anggota polis berusia 26 tahun bersama lima anggota lain (penumpang) tidak mengalami sebarang kecederaan.Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, van dipandu anggota dari Cawangan Pengangkutan Operasi itu dalam perjalanan pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin selepas selesai penugasan Ops Pangguni di Maran."Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR pula dipercayai dalam perjalanan dari tempat kerja di Kampung Sepakat ke rumah di Taman Nusa Puteri di sini."Ketika tiba di lokasi kejadian, semasa sedang membelok ke kanan, pemandu van telah memberikan laluan kepada beberapa kenderaan lain sebelum membelok masuk ke stesen minyak selepas mendapati laluan selamat," katanya.Sharif Shai berkata, ketika sedang membelok, van tersebut dilanggar motosikal ditunggang mangsa yang sedang bergerak lurus dari arah bertentangan."Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat."Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya





Tujuh tan karkas babi diseludup guna jalan laut dirampas - Sinarharian - 2/04 9:51 am

MERBOK - Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang merampas tujuh tan karkas daging babi di sebuah jeti haram di Sungai Merbok membabitkan rampasan bernilai kira-kira RM795,100.Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang, Asisten Komisioner Jaffri Bidin berkata, dalam operasi awal pagi Rabu itu, tujuh lelaki tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan.Menurutnya, dua buah lori sejuk beku, sebuah bot fibre tanpa nombor pendaftaran, tiga unit enjin dan tiga gugus kunci turut dirampas."Pasukan Polis Marin Wilayah Satu melalui Unit Risikan Marin (URM) Pulau Pinang bersama Botronda PSC45 telah menjalankan Op Taring Landai dan Op Taring Gelora di sekitar kawasan perairan Tanjung Dawai membabitkan dua pegawai kanan dan 10 pegawai rendah."Pada 1 April 2026 jam lebih kurang 2 pagi, pasukan telah menyerbu sebuah jeti haram di Sungai Merbok, Kedah dan menahan tujuh lelaki warganegara tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan memindah dan mengangkut karkas daging babi tanpa permit," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati karkas daging babi berkenaan dibawa dari negara jiran Thailand melalui jalan laut."Hasil pemeriksaan mendapati semua suspek gagal mengemukakan sebarang permit kebenaran daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi aktiviti tersebut," katanya.Semua suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah untuk tindakan lanjut.Katanya, Pasukan Polis Marin akan terus mempergiatkan operasi terutama di kawasan hotspot bagi membanteras kegiatan penyeludupan melalui jalan laut yang boleh memberi risiko kepada kesihatan awam dan keselamatan negara.Kes disiasat bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.





Kempen Sia Sitok Sarawak kembali ke MATTA Fair - Sinarharian - 2/04 9:45 am

KUALA LUMPUR - Ketika rakyat Malaysia mula merancang perjalanan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, kempen pelancongan berimpak besar kembali ke MATTA Fair, menjanjikan percutian hebat pada tahun ini.Sia Sitok Sarawak, kempen pelancongan hadir hanya di MATTA Fair dari 3 hingga 5 April depan, bertepatan dengan Visit Malaysia Year 2026 untuk para pengunjung.Diperkenalkan pada awalnya sebagai usaha untuk menghidupkan semula sektor pelancongan dan menyokong pemain industri, Sia Sitok Sarawak telah menarik perhatian pelancong tempatan dan luar negara ke Sarawak.Kini, pada tahun 2026, kempen ini kembali lagi dengan lebih 80 pakej tawaran yang terbaik.Di MATTA Fair Kuala Lumpur April 2026 tahun ini, Sia Sitok Sarawak 2026 menjadi tumpuan utama di Pavilion Sarawak, menawarkan penjimatan eksklusif pameran sehingga 40 peratus (%) bagi pakej percutian Sarawak yang dipilih khas, hanya tersedia sepanjang acara tiga hari.Di Pavilion Sarawak, ia direalisasikan melalui lebih 80 pakej terpilih yang ditawarkan oleh ejen pelancongan Sarawak berlesen, merangkumi destinasi di seluruh negeri.Ia bukan tawaran berasingan, tetapi pengalaman pelancongan yang digabungkan dalam tempoh minimum tiga hari dua malam (3H2M), merangkumi penginapan, lawatan berpandu, pengangkutan serta itinerari yang disusun rapi.Sebagai Gerbang ke Borneo, Sarawak membina kejayaan inisiatif Sia Sitok terdahulu, termasuk Sia Sitok Tours dan Sia Sitok Accommodation untuk memperkenalkan kempen yang lebih tersusun dan percutian yang lebih bermakna untuk pelancong masa kini.Fokusnya jelas iaitu lebih mudah, memberi lebih nilai dan menjadikan tempahan perjalanan lengkap ke Sarawak lebih menarik.Lebih penting lagi, ia menggalakkan rakyat Malaysia meneroka dengan lebih mendalam, tinggal lebih lama dan mengenal semula destinasi dalam negara.Sia Sitok Sarawak telah menjana lebih RM10.5 juta dalam jualan pada pelaksanaan awalnya, menyumbang kepada pemulihan kukuh dengan jutaan ketibaan pelawat.Ia juga meraih pelbagai pengiktirafan termasuklah Kempen Terbaik Tahunan di Malaysia Public Relations Awards 2024 serta Tourism Board Campaign of the Year Malaysia di Travel Trade Excellence Awards 2024.Perbezaannya terletak pada pengalamanDengan menggabungkan komponen secara berasingan, pelancong boleh mendapatkan keseluruhan perjalanan dalam satu pakej.Sama ada meneroka jalan warisan dan kehidupan tepi sungai di Kuching, menyusuri landskap hutan hujan dan pengalaman hidupan liar atau menemui tanah tinggi, gua serta tawaran pengembaraan di utara Sarawak, ia menjanjikan keindahan.Setiap itinerari mencerminkan kekuatan negeri ini iaitu Budaya, Pengembaraan, Alam Semula Jadi, Makanan dan Festival (CANFF) yang menawarkan kepelbagaian dan kedalaman dalam satu perjalanan.Bagi ramai rakyat Malaysia, perubahan ini hadir tepat pada masanya, permintaan terhadap itinerari singkat dan pengalaman yang bermakna.Sia Sitok Sarawak 2026 memenuhi kesemuanya, menawarkan penjimatan menarik, perjalanan tersusun serta akses kepada destinasi yang semakin mendapat perhatian.Penjimatan sehingga 40% hanya tersedia di MATTA Fair Kuala Lumpur April 2026 untuk tempahan yang dibuat secara fizikal di Pavilion Sarawak.Apabila pameran berakhir, tawaran juga tamat





KPDN sita 94 tong gas, 270 liter petrol di kampung Orang Asli - Sinarharian - 2/04 9:37 am

GERIK Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita sebanyak 94 tong gas petroleum cecair (LPG) dan 270 liter petrol dalam satu operasi di kawasan perkampungan Orang Asli di sini pada Selasa.Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi kira-kira jam 5.30 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Gerik hasil maklumat awam berhubung kegiatan penjualan barang kawalan tanpa lesen sah.Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati dua premis menjalankan aktiviti perdagangan LPG dan petrol secara haram tanpa kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan Malaysia."Dalam serbuan tersebut, dua individu iaitu seorang lelaki berumur 32 tahun dan seorang wanita berumur 38 tahun yang dipercayai pemilik premis gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada Pengawal Bekalan Malaysia bagi urusan melibatkan barang kawalan berkenaan."Ekoran kegagalan mematuhi peraturan tersebut, pihak KPDN telah bertindak menyita sebanyak 94 tong LPG serta 270 liter petrol bagi tujuan siasatan lanjut dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM10,966," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Kamalludin berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki menjual barang kawalan berjadual tanpa kebenaran bertulis.Katanya, individu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.Jelasnya, bagi kesalahan melibatkan badan korporat pula denda boleh mencecah hingga RM2 juta dan hingga RM5 juta bagi kesalahan berulang.Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan dan mengelakkan ketirisan subsidi kerajaan.





Warga emas maut dilanggar ketika melintas jalan - Sinarharian - 2/04 8:23 am

GEORGE TOWN Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas hampir sembilan jam bertarung nyawa akibat dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 2.55 petang itu, mangsa berusia 71 tahun yang merupakan pejalan kaki dilaporkan dilanggar sebuah kereta dipandu lelaki tempatan berusia 19 tahun.Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, siasatan awal mendapati, kereta berkenaan dalam perjalanan dari Bayan Lepas menuju ke pusat bandar sebelum terlibat dalam kemalangan berhampiran Bulatan Bayan Lepas."Akibat perlanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut."Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.05 tengah malam pada Khamis ketika menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Tambah beliau, pemandu kereta berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan."Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian," ujarnya.Terdahalu, tular satu klip video memaparkan seorang lelaki warga emas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di lintasan zebra dipercayai di kawasan Bayan Lepas.Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa cedera parah lalu dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut





Warga China guna pasport Mexico palsu dicekup di Johor - Mgazette - 2/04 12:37 am

# Warga China guna pasport Mexico palsu dicekup di Johor JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan empat warga China dan merampas 13 pasport dalam serbuan di kawasan Bayu Puteri di sini, semalam





Anthony Loke ziarah isteri Amirul Hafiz, serah sumbangan peribadi - Mgazette - 2/04 12:37 am

# Anthony Loke ziarah isteri Amirul Hafiz, serah sumbangan peribadi KUALA LUMPUR Menteri Pengangkutan, Anthony Loke petang tadi menziarahi isteri Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang terbunuh dalam kemalangan disebabkan pemandu mabuk dan di bawah pengaruh dadah dalam kejadian Ahad lalu





PGA rampas syabu bernilai lebih RM5 juta di Pengkalan Chepa - Mgazette - 2/04 12:37 am

# PGA rampas syabu bernilai lebih RM5 juta di Pengkalan Chepa KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 114 kilogram syabu dianggar bernilai RM5.7 jutaberdekatan Sungai Peng, Pengkalan Chepa,Ahad lepas





Imigresen Johor tahan 35 PATI bekerja di kedai runcit, kedai karpet - Mgazette - 2/04 12:37 am

# Imigresen Johor tahan 35 PATI bekerja di kedai runcit, kedai karpet JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan seramai 35 warga asing atas pelbagai kesalahan selepas menggempur beberapa premis perniagaan sekitar Senai di sini, semalam





Penyedia perkhidmatan akaun direman disyaki kemuka tuntutan perjalanan .. - Mgazette - 2/04 12:37 am

# Penyedia perkhidmatan akaun direman disyaki kemuka tuntutan perjalanan palsu RM4j KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang penyedia perkhidmatan akaun sebuah syarikat perkhidmatan perundingan pengurusan perniagaan di ibu negara, kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan perjalanan berjumlah kira-kira RM4 juta





Import e-waste diharamkan sepenuhnya mulai hari ini - Mgazette - 2/04 12:37 am

# Import e-waste diharamkan sepenuhnya mulai hari ini PUTRAJAYA Pengimportan sisa elektronik (e-waste) ke Malaysia kini diharamkan sepenuhnya selepas diwartakan sebagai barang larangan import mutlak berkuat kuasa hari ini





Syabu RM5.7 juta ditemukan dalam bot di Sungai Peng - Sinarharian - 1/04 11:19 pm

KOTA BHARU - Syabu bernilai RM5.7 juta ditemukan dalam sebuah bot di Sungai Peng, Pengkalan Chepa di sini semasa serbuan dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Ahad.Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan pada jam 12.30 tengah malam itu dilakukan oleh anggota Risik Batalion 9 selepas menemui sebuah bot berwarna biru dalam keadaan mencurigakan di dalam semak dan ditinggalkan tanpa pemilik."Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa guni putih dan di dalamnya mengandungi ketulan kristal yang dipercayai dadah jenis syabu."Kesemua barangan rampasan termasuk dadah dan bot telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Ujarnya, keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan berjumlah RM5.8 juta.





Ubah suai tangki seleweng diesel - Sinarharian - 1/04 9:23 pm

BEAUFORT - Tindakan seorang lelaki mengisi diesel dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak membawa kepada penahanannya selepas disyaki cuba menyeleweng kira-kira 200 liter bahan api itu dalam kejadian di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Ops Tiris 4.0.Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Cawangan Beaufort, Julie Julhani berkata, tangkapan dan rampasan dibuat dalam serbuan mengejut terhadap sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero di kawasan stesen minyak berkenaan."Serbuan dijalankan hasil maklumat dan pemerhatian anggota penguat kuasa yang mengesan aktiviti mencurigakan ketika kenderaan berkenaan sedang mengisi diesel di pam stesen tersebut."Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut telah diubah suai dengan tangki tambahan yang dipercayai mengandungi kira-kira 200 liter minyak diesel," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, pihak KPDN menyita kenderaan, diesel serta dokumen berkaitan untuk siasatan lanjut."Pemandu kenderaan juga telah dirakam percakapan dan dilepaskan dengan jaminan polis."Nozel pam stesen minyak yang terlibat turut diambil tindakan penguatkuasaan, manakala dua laporan polis telah dibuat berhubung kes ini," katanya.Julie berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, melibatkan tindakan terhadap pemandu kenderaan serta pihak stesen minyak."Siasatan lanjut sedang dijalankan dan pegawai penyiasat akan dilantik bagi melengkapkan siasatan," katanya.





Pasangan kekasih antara tiga ditahan bersama RM3.43 juta dadah - Sinarharian - 1/04 7:59 pm

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang berjaya membongkar sebuah makmal haram memproses pelbagai jenis dadah dengan nilai rampasan mencecah RM3.43 juta dalam satu operasi bersepadu di daerah Timur Laut.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, dalam serbuan bermula jam 4 petang 30 Mac hingga 9 pagi 31 Mac itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia antara 33 hingga 48 tahun yang terlibat dalam aktiviti memproses dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA).Menurutnya, tangkapan awal melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai buruh di kawasan parkir kenderaan di Lebuh Macallum di sini sebelum suspek membawa polis ke sebuah kediaman yang dijadikan makmal memproses dadah."Hasil pemeriksaan di kediaman tersebut, polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk serbuk MDMA dalam pelbagai bungkusan dengan jumlah keseluruhan melebihi 22 kilogram."Turut dirampas, ketamin seberat 133 gram, pil ekstasi sebanyak 294 biji seberat 120 gram, pil Erimin 5 sebanyak 40 biji seberat 10 gram serta ganja seberat 38 gram," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, dadah jenis MDMA itu ditemui dalam pelbagai bentuk bungkusan termasuk 50 peket plastik kuning seberat 2,632 gram, 21 peket plastik seberat 840 gram, 50 peket plastik coklat seberat 2,649 gram, 11 peket plastik pelbagai warna seberat 427.7 gram serta 15 bekas plastik berpenutup yang mengandungi serbuk seberat 16,158 gram."Selain itu, enam peket plastik lut sinar mengandungi serbuk dan ketulan disyaki ketamin turut dirampas manakala empat peket plastik mengandungi 294 biji pil ekstasi dan empat papan aluminium foil mengandungi 40 biji pil Erimin 5 turut ditemui," ujarnya.Azizee berkata, polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk memproses dadah di premis berkenaan yang dipercayai dijadikan makmal haram untuk memproses barang larangan tersebut.Susulan operasi itu, polis turut menahan seorang lagi lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing yang dipercayai rakan sejenayah di lokasi berasingan."Kedua-dua suspek ini merupakan pasangan kekasih yang mana, suspek lelaki dipercayai ketua sindiket manakala teman wanitanya bekerja sebagai tukang urut."Hasil risikan mendapati sindiket tersebut aktif mengedar dadah sejak Oktober tahun lalu dan jumlah rampasan yang diperoleh dianggarkan boleh digunakan sehingga 50,000 kali penggunaan," katanya lagi.Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine."Semakan turut mendapati mereka mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah."Selain dadah, kita turut menyita pelbagai aset bernilai RM34,940 termasuk sebuah kereta Nissan bernilai RM17,800, sebuah motosikal Honda bernilai RM4,000, sebuah kereta Proton bernilai RM3,000, empat barang kemas iaitu cincin dan subang bernilai RM6,820 serta wang tunai berjumlah RM3,320," katanya.Beliau menambah, nilai keseluruhan rampasan dadah adalah RM3.43 juta dan sitaan harta menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM3.46 juta."Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 31 Mac hingga 6 April bagi membantu siasatan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali jika disabitkan kesalahan," katanya.





Sisa plastik dan jentera RM8.5 juta dirampas, pemilik premis ditahan - Sinarharian - 1/04 6:56 pm

IPOH - Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta merampas kira-kira 145,000 kilogram sisa plastik bersama pelbagai jentera dan mesin bernilai RM8.5 juta dalam serbuan ke atas sebuah premis pemprosesan plastik tanpa kelulusan di Sungai Siput, semalam.Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh berkata, serbuan menerusi Ops Taring Alpha 5 pada 12 tengah hari oleh Cawangan Risik Batalion 3 Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, dibuat dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput.Beliau berkata, seorang wanita tempatan berusia lingkungan 40-an yang dipercayai pemilik premis berkenaan turut ditahan."Pemeriksaan mendapati premis tersebut telah memasang serta mengendalikan beberapa fasiliti pemprosesan plastik tanpa sebarang notifikasi dan kelulusan daripada JAS."Pasukan serbuan turut menemui sejumlah besar longgokkan plastik yang telah dan belum diproses, selain beberapa jentera dan mesin yang digunakan dalam aktiviti pemprosesan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Balveer berkata, pemeriksaan lanjut mendapati premis itu telah beroperasi lebih tiga tahun dengan bekalan sisa plastik diperoleh dari kawasan perindustrian sekitar Kulim, Kedah sebelum diproses dan dihantar ke sekitar Lembah Klang bagi penghasilan resin.Beliau berkata, kes telah diserahkan kepada JAS Perak untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 2024."Pihak JAS Perak juga telah mengambil tindakan menghentikan serta merta operasi mesin basuhan sisa plastik yang mencemar di bawah Seksyen38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.Balveer berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti tanpa kelulusan serta menggesa orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu usaha penguatkuasaan





Harga diesel di Semenanjung melepasi RM6 seliter - Sinarharian - 1/04 6:15 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Harga runcit bagi diesel di Semenanjung terus meningkat pada RM6.02 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 April susulan krisis tenaga dunia yang berlanjutan.Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 50 sen berbanding tempoh sebelumnya, RM5.52 seliter.Kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataan memaklumkan, krisis berkenaan telah mendorong lonjakan harga minyak mentah Brent global melebihi 40 peratus sehingga melepasi paras AS$100 setong."Lebih kritikal, harga minyak yang diproses bagi petrol dan diesel juga melambung tinggi masing-masing pada harga AS$150 setong dan AS$250 setong, sekali gus memberi tekanan kepada harga jualan runcit bagi kedua-dua produk berkenaan," kata kenyataan itu pada Rabu.Menurut MoF, harga runcit bagi RON 97 menurun sebanyak 2 sen menjadikannya pada kadar baharu, RM4.95 seliter berbanding sebelum ini, RM5.15.Jelas kenyataan itu, harga runcit RON95 tanpa subsidi kekal pada paras RM3.87 seliter."Kerajaan masih mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu seperti seperti RON95 (BUDI95) pada kadar RM1.99, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan (RM2.15), Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (RM2.05) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (RM2.15) bagi setiap liter," jelas MoF.Selain itu had kelayakan BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan, Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan turut melaksanakan had pengisian diesel bagi mengekang ketirisan dan penyeludupan di Sabah, Sarawak dan Labuan.Bagi kenderaan ringan pengangkutan darat awam barangan dan persendirian, ia dihadkan sehingga 50 liter setiap pembelian dan kenderaan pengangkutan darat awam serta barangan tidak melebihi tiga tan pula dibenar sehingga 100 liter pada setiap pembelian."Kenderaan yang melebihi tiga tan dibenar membuat pembelian sehingga 150 liter setiap kali," kata kenyataan itu.Sebagai langkah interim juga, kerajaan sedang mempertimbangkan langkah-langkah jangka sederhana dan panjang bagi memastikan mekanisme subsidi kekal mampan, telus dan memanfaatkan rakyat dengan mengambil kira perkembangan semasa krisis tenaga global serta implikasi terhadap pasaran tenaga global."Kerajaan komited untuk memastikan rakyat tidak menanggung sepenuhnya kesan kenaikan harga minyak global."Sejak krisis Asia Barat meletus, kerajaan tidak mengapungkan sepenuhnya harga runcit di pam malah masih menampung sebahagian kos subsidi petrol dan diesel bagi tempoh tiga minggu berturut-turut," jelas MoF.Justeru, MoF berkata, usaha mengekalkan harga petroleum bersubsidi kepada rakyat serta sektor tertentu akan terus diperkukuh bagi membendung kenaikan harga barangan dan melindungi kesejahteraan rakyat.





Warga China ditahan guna pasport Mexico palsu - Sinarharian - 1/04 5:56 pm

JOHOR BAHRU Empat warganegara China yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor di sebuah pangsapuri mewah di kawasan Bayu Puteri, pada Selasa.Pengarahnya, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, seorang daripada mereka dipercayai menggunakan Pasport Antarabangsa Mexico palsu untuk masuk dan tinggal di Malaysia."Semasa serbuan dijalankan, anggota JIM menemui sebanyak 13 pasport antarabangsa pelbagai negara termasuk Hong Kong, China dan Vietnam."Suspek berusia 43 hingga 57 tahun dipercayai bekerja di salah satu pusat rekreasi yang sedang dalam pembinaan di kawasan kelab golf sekitar Johor Bahru," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Mohd Rusdi berkata, kesemua mereka kini ditahan direman selama 14 hari bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 56(1)(1) Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pasport 1966."JIM Johor akan menggiatkan operasi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) dan agen yang terlibat dalam pemalsuan dokumen, sekali gus mengekang aktiviti menyalahi undang-undang di negara ini," ujarnya





Pindaan Akta Rukun Tetangga berkuat kuasa hari ini - FMT - 1/04 5:48 pm

Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata ia mencerminkan komitmen kerajaan dalam perkasa institusi komuniti.





Op Tiris 4.0: 809 stesen minyak dipantau KPDN Selangor - Sinarharian - 1/04 5:17 pm

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenal pasti 809 stesen minyak di Selangor yang aktif beroperasi termasuklah 79 syarikat pemborong diesel bagi pemeriksaan Op Tiris 4.0.Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, ini bagi memastikan pematuhan peraturan kawalan bekalan barang kawalan petrol RON95 dipatuhi.Menurutnya, pada masa yang sama, KPDN Selangor turut memeriksa prestasi keberadaan bekalan bahan api supaya tidak terjejas."Pemeriksaan KPDN Selangor memfokuskan kepada perkara penting berikut iaitu pemantauan ke atas kenderaan pendaftaran asing untuk pematuhan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 2026."Kita juga memeriksa status tentusah mesin pengisian pam supaya masih dalam status sah digunakan selain pemeriksaan kenderaan perdagangan serta aktiviti pengisian bahan api ke dalam tong atau bekas," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, KPDN Selangor mengatur pemeriksaan di stesen minyak secara terancang dengan mengenal pasti stesen yang perlu diberi pemeriksaan lebih kerap berdasarkan trafik kenderaan.Tambah Muhamad Hanif, pihaknya juga mempertingkatkan kekerapan Pasukan Unit Rondaan Bermotosikal KPDN Selangor untuk meronda di sekitar stesen minyak sebagai isyarat keberadaan anggota."Kehadiran anggota akan direkodkan melalui Buku Rondaan Bermotosikal KPDN yang ditempatkan di stesen minyak dilawati," ujarnya.Dalam pada itu, katanya lagi, KPDN Selangor menjalankan kerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor sebagai langkah intervensi dan menyelia aktiviti perdagangan melibatkan barang kawalan bahan api di laut dan darat."Orang ramai dinasihat agar tidak sesekali mencipta suasana panik semasa membuat pembelian bahan api."KPDN tidak sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingkar dan gagal mematuhi peraturan ditetapkan," ujarnya.Jelasnya, sebarang maklumat boleh disalurkan di WhatsApp 019-848 8000, portal e-Aduan KPDN URL





Penyedia akaun ditahan SPRM disyaki kemuka dokumen palsu tuntutan RM4 juta - Sinarharian - 1/04 5:09 pm

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penyedia perkhidmatan akaun sebuah syarikat perkhidmatan perundingan pengurusan perniagaan di ibu negara kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan berjumlah kira-kira RM4 juta.Lelaki berusia lingkungan 30-an itu telah direman selama empat hari sehingga 4 April selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pada Rabu.Menurut sumber, suspek lelaki itu ditahan kira-kira jam 8 malam pada Selasa ketika hadir memberi keterangan di pejabat Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya."Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2023 hingga 2025."Suspek dipercayai telah mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan seperti perjalanan dan pengangkutan, yuran perakaunan, pembelian genset dan diesel, pembayaran kad kredit, tuntutan keraian, perbelanjaan ke atas hartanah, loji dan peralatan (PPE), tuntutan tunai runcit (petty cash), tuntutan belanja yang tidak dikenal pasti, tuntutan pembayaran kerja-kerja landskap serta pembayaran gaji," katanya.Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.





Kes amang seksual murid lelaki: Guru kaunseling diarah jalani penilaian psikiatri - Sinarharian - 1/04 4:10 pm

SEREMBAN Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu mengarahkan seorang guru kaunseling yang berdepan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 11 tahun serta memiliki bahan pornografi kanak-kanak supaya menjalani penilaian psikiatri.Hakim Surita Budin membuat keputusan itu selepas permohonan dibuat oleh peguam Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili tertuduh, Mohd Khairulnizam Muslin, 45."Tertuduh akan dirujuk ke Hospital Permai bagi tujuan tersebut dan prosiding akan diteruskan selepas memperoleh keputusan," katanya.Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni sebelum itu memaklumkan bahawa pihaknya tidak membantah permohonan berkenaan.Mengikut pertuduhan, Mohd Khairulnizam didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di sebuah bilik kaunseling sekolah pada September 2023.Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Selain itu, tertuduh turut berdepan satu pertuduhan memiliki 180 gambar dan klip video yang memaparkan penderaan seksual kanak-kanak yang ditemui di dalam sebuah komputer riba miliknya di sebuah rumah di Seremban pada 12 Disember 2023.Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 10 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pada Disember tahun lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) bersetuju menarik balik pertuduhan ketiga terhadap tertuduh yang melibatkan serangan seksual terhadap seorang lagi murid berusia 11 tahun selepas representasi dikemukakan oleh pihak pembelaan.





Padah buang sampah, tiga didenda RM2,800 Padah buang sampah, tiga didenda .. - Mgazette - 1/04 3:50 pm

JOHOR BAHRU Sikap tidak bertangungjawab tiga individu termasuk dua warga asing membuang sampah merata-rata pada Januari lalu mengundang padah apabila mereka didenda RM2,800 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini





Wanita penghantar barang maut kereta terbabas - Mgazette - 1/04 3:50 pm

Mayat dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan, katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima hingga 10 tahun dan denda antara RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu sehingga lima tahun.- MalaysiaGazette





Juruteknik mabuk didakwa bunuh penghantar makanan Juruteknik mabuk didakwa .. - Mgazette - 1/04 3:50 pm

Isteri mangsa, Nor Nadia Abdul Majid, 32, turut hadir ke mahkamah bagi mendengar pertuduhan. Sebelum ini, suspek yang positif alkohol dan dadah, ditahan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol





Hilang komponen logam antara punca utama pili bomba rosak - JBPM - Sinarharian - 1/04 3:45 pm

KUALA LUMPUR Kehilangan komponen logam utama dikenal pasti sebagai antara punca utama kerosakan pili bomba di seluruh negara, sekali gus menjejaskan fungsi dan kecekapan sistem bekalan air ketika operasi kecemasan.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, tahap integriti aset pili bomba kini berada pada tahap membimbangkan apabila sebanyak 49,794 unit dikesan mengalami pelbagai bentuk kerosakan dan kegagalan fungsi sepanjang tahun lalu."Jumlah itu mewakili 13.7 peratus daripada keseluruhan 363,340 unit pili bomba awam yang diperiksa menerusi operasi pemeriksaan berkala di seluruh negara."Analisis terperinci mendapati punca utama kerosakan adalah disebabkan kehilangan komponen logam utama," katanya.Menurutnya, statistik merekodkan 10,424 kes membabitkan kehilangan outlet pillar cap, 8,109 kes ketiadaan penutup chamber serta 3,359 kes melibatkan kerosakan fizikal serius seperti tiang pili patah atau rosak teruk."Ketiadaan komponen berkenaan bukan sahaja mendedahkan sistem dalaman kepada risiko kemasukan bendasing dan kerosakan mekanikal, malah menjejaskan kelancaran penyambungan hos ketika tempoh kritikal atau golden time dalam operasi pemadaman."Tindakan merosakkan atau mengganggu fungsi pili bomba bukan sekadar kesalahan kecil terhadap harta awam, sebaliknya merupakan faktor risiko yang boleh mengubah dinamik pengurusan insiden," katanya.Tambah kenyataan itu, situasi menjadi lebih kritikal apabila anggota bomba yang tiba di lokasi mendapati pili bomba dihalang, ditimbus atau komponen pentingnya hilang sehingga memaksa pelan tindakan asal dirombak serta-merta."Kelewatan ini menyebabkan pasukan bomba terpaksa menggunakan alternatif seperti bekalan tangki jentera yang terhad atau teknik relay pumping yang memerlukan tenaga kerja serta masa tambahan."Sebarang kelewatan dalam mengaktifkan sumber air berisiko menyebabkan kebakaran kecil merebak menjadi insiden berskala besar sekali gus mengancam keselamatan nyawa dan harta benda," jelasnya.Sehubungan itu, orang ramai diingatkan bahawa perbuatan merosakkan atau menghalang akses kepada pili bomba merupakan kesalahan di bawah Seksyen 26 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).





'Nyawa dibalas nyawa, saya bersyukur dia telah didakwa' - Nor Nadia menangis di mahkamah - Sinarharian - 1/04 3:07 pm

KLANG Isteri penunggang motosikal yang maut dirempuh seorang pemandu hingga melambung ke atas sebuah kereta, berpuas hati apabila lelaki yang disiasat berhubung kemalangan itu didakwa atas pertuduhan membunuh.Nor Nadia Abdul Majid, 32, juga menangis ketika pegawai dari bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Klang Selatan, menyapanya selepas pertuduhan dibuat."Saya bersyukur dia telah didakwa, Alhamdulillah. Saya hanya ada satu perkara untuk dikatakan, nyawa dibalas nyawa."Saya lega, rasa beban dah kurang sikit, syukur," katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Sementara itu, peguam, Mohd Faizi Che Abu yang mewakili Nor Nadia berkata, ahli keluarga anak guamnya berpuas hati dengan pertuduhan berkenaan.Katanya, sebelum ini tertuduh disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian akibat memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Beliau berkata, seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak lebih RM100,000, jika sabit kesalahan."Kaedah untuk membuktikan kes diserahkan kepada pihak pendakwaan dan kita menghormati serta menghargai keputusan yang diambil," katanya.Semasa prosiding, R Saktygaanapathy, 28, mengangguk tanda faham selepas didakwa membunuh Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat, di sini pada jam 11.47 pagi, 29 Mac lalu.Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman gantung, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.Dalam pada itu, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan memberikan dirinya dadah disyaki jenis Benzo dan Tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badan, di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini pada jam 3.30 petang tarikh sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.Mengulas lanjut, Mohd Faizi yang hadir selaku peguam pemerhati berkata, mahkamah memberikan kebenaran kepada mereka untuk turut serta dalam prosiding terbabit.Katanya, kebenaran itu sekali gus memberikan kemudahan kepada mereka untuk mendapatkan fakta yang sahih daripada mahkamah, sebelum saman dan tindakan susulan daripada pihak insurans dapat dibuat.Beliau berkata, tertuduh dalam kes ini tidak diwakili peguam dan berkemungkinan ahli keluarga mahupun pihak mahkamah akan melantik wakil tersebut menjelang sebutan kes akan datang





'Risau anak rasa bersalah sebab arwah keluar beli buku' - Sinarharian - 1/04 2:22 pm

KLANG - Isteri kepada penunggang motosikal yang maut dirempuh tidak mahu anak sulungnya dibuli sehingga menimbulkan rasa bersalah kerana arwah keluar membeli buku sebelum terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan mangsa melambung ke atas sebuah kereta.Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, dia memohon semua pihak memberi sokongan dan menjaga emosi anak-anaknya."Saya tak nak dia rasa bersalah, ditekan dengan pelbagai soalan atau dibuli di sekolah, itu yang saya takutkan."Saya bimbang dia salahkan diri sendiri sebab mahu buku teks sehingga menyebabkan arwah suami keluar menunggang motosikal," katanya seakan menahan air mata ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Ibu kepada tiga anak itu berkata, anak sulungnya juga terlalu merindui bapanya sehingga mahu memakai baju arwah ketika tidur.Nor Nadia berkata, anak bongsunya yang masih kecil dan tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah perkuburan sering menyebut "Papa dekat dalam (kubur)".Meskipun berdepan dengan dugaan ini, dia yang bekerja sebagai penghantar barang p-hailing bersama arwah suami, Amirul Hafiz Omar, 33, berharap anak-anaknya dapat terus kuat menghadapi kehilangan bapa mereka.Dalam pada itu, dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan bantuan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menawarkan khidmat kaunseling untuk anak-anak.Selepas ini, katanya, mereka sekeluarga akan berpindah ke Taiping, Perak, malah urusan perpindahan sekolah anak-anak akan dibuat dalam masa terdekat."Di sini, kalau saya sibuk, anak-anak tak ada orang nak tolong tengokkan, jadi saya ambil keputusan untuk pulang ke kampung."Sekurang-kurangnya mereka boleh tengok-tengokkan anak saya kelak," katanya.Pada pagi Rabu, R





Mafia korporat: 41 saksi dipanggil, tiada pegawai SPRM - PDRM - Sinarharian - 1/04 2:02 pm

SHAH ALAM - Tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kalangan 41 saksi yang dipanggil Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan isu 'mafia korporat' membabitkan ahli perniagaan, Victor Chin Boon Loong.Ketua Pasukan Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Datuk Fazlisyam Abd Majid berkata, siasatan kes ini masih berjalan."Seramai 41 saksi telah dipanggil setakat ini."Tiada pun pegawai SPRM dalam kalangan saksi-saksi tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.Jelasnya, kes ini melibatkan beberapa individu yang disyaki melakukan jenayah pengubahan wang haram dengan pelbagai cara antaranya membeli atau memiliki syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan syarikat persendirian.Kata beliau, siasatan dijalankan secara menyeluruh terhadap mana-mana pihak yang disyaki terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menguruskan wang yang berasal daripada aktiviti haram.Pada Isnin, Fazlisyam mengesahkan Victor Chin antara 10 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menerusi Op Viking dari 15 Oktober 2025 hingga 13 Januari lepas.Victor Chin telah ditahan pada Disember lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis namun ahli perniagaan itu mungkin dipanggil semula sekiranya perlu.Menerusi operasi itu, polis membeku dan menyita pelbagai aset termasuk lapan hartanah, 32 kenderaan dan 1,100 unit saham milik dua syarikat sendirian berhad, akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) bernilai RM323,588,293, akaun dagangan (RM64,246,417) dan 404 akaun bank berjumlah RM85,624,528.Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27B dan Seksyen 29B Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, Seksyen 176 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 serta Seksyen 221 Akta Syarikat 2016.





Import e-waste ke Malaysia diharamkan sepenuhnya mulai 1 April - Sinarharian - 1/04 1:35 pm

PUTRAJAYA Pengimportan sisa elektronik (e-waste) ke Malaysia kini diharamkan sepenuhnya berkuat kuasa 1 April 2026.Larangan mutlak itu menyaksikan negara memperketat kawalan terhadap kemasukan buangan berbahaya yang boleh mengancam alam sekitar dan kesihatan awam.Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Amran Ahmad berkata, pewartaan tersebut dibuat di bawah Jadual Pertama, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 melalui pindaan terbaharu P.U.(A) 151/2026.Beliau berkata, pengharaman itu dilaksanakan selaras dengan Subseksyen 31(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235]."Pengimportan e-waste telah diwartakan sebagai larangan import secara mutlak dan tidak dibenarkan masuk ke negara ini dalam apa jua bentuk."Langkah ini diambil bagi memperketat kawalan terhadap kemasukan sisa berbahaya serta melindungi alam sekitar daripada sebarang pencemaran," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya, keputusan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Hala Tuju Pengurusan Penguatkuasaan Pengimportan Sisa Plastik dan E-Waste Dalam Negara Bilangan 2 Tahun 2026."Penguatkuasaan larangan ini akan dilaksanakan secara menyeluruh di semua pintu masuk negara dan JKDM tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan membawa masuk e-waste secara tidak sah."Tindakan tegas termasuk rampasan dan pendakwaan akan diambil terhadap pihak yang melanggar peraturan ini," katanya.Menurutnya, JKDM turut memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai agensi bagi memastikan penguatkuasaan dilaksanakan secara berkesan."Kerjasama ini melibatkan Jabatan Alam Sekitar di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia."Ia penting bagi memastikan sebarang cubaan membawa masuk buangan terjadual, khususnya e-waste, dapat dikesan dan ditangani dengan lebih berkesan," katanya.Tambah beliau, larangan tersebut juga selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Konvensyen Basel."Malaysia tidak akan menjadi destinasi lambakan sisa elektronik dari luar dan akan terus komited memastikan alam sekitar negara kekal terpelihara," katanya.





Memandu mabuk hingga ragut nyawa bukan sekadar cuai - ADUN Permatang - Sinarharian - 1/04 12:50 am

SHAH ALAM - Kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian perlu diklasifikasikan semula sebagai culpable homicide not amounting to murder (menyebabkan kematian tanpa niat membunuh), selaras dengan prinsip undang-undang jenayah.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, cadangan tersebut dilihat relevan berikutan individu yang memilih untuk memandu di bawah pengaruh alkohol tidak lagi boleh dianggap sekadar kecuaian."Tindakan tersebut adalah satu keputusan sedar yang diketahui berpotensi tinggi menyebabkan kematian dan elemen kesedaran terhadap risiko inilah yang menjadi asas kepada konsep culpable homicide."Mahkamah dalam beberapa kes terdahulu telah menegaskan bahawa kecuaian melampau yang menunjukkan sikap tidak mengendahkan keselamatan orang lain boleh mencapai tahap liabiliti jenayah yang lebih serius," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, cadangan tersebut bukan bertujuan untuk menghukum secara melulu, sebaliknya memperbetulkan kedudukan undang-undang agar selari dengan tahap keseriusan perbuatan itu."Sehingga hari ini, kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan kematian masih kebanyakannya didakwa di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987."Walaupun hukuman telah diperketatkan, realitinya kes-kes seumpama ini masih berulang dan ini menunjukkan bahawa pendekatan sedia ada belum cukup memberi kesan pencegahan yang efektif," katanya.Nurul Syazwani berkata, sebarang pindaan undang-undang perlu dirangka dengan teliti agar tidak membebankan pembuktian pihak pendakwaan secara tidak realistik."Pendekatan terbaik adalah dengan mewujudkan kategori khusus yang menggabungkan elemen memandu mabuk dan menyebabkan kematian, dengan ambang pembuktian yang jelas serta hukuman yang setimpal."Nyawa manusia tidak boleh dinilai dengan ringan, undang-undang kita mesti berkembang seiring dengan realiti dan memastikan keadilan kepada mangsa serta keluarga mereka," tegas beliau.





Perkeso sedia laksana Akta Pekerja Gig, fokus integrasi sistem platform - FMT - 1/04 12:42 am

Integrasi berasaskan API membolehkan potongan caruman dibuat secara automatik bagi setiap transaksi pekerja gig tanpa campur tangan manual.





Juruteknik dipenjara lima tahun tunjuk 'anu' pada pelajar sekolah - Sinarharian - 1/04 11:37 am

SEREMBAN Padah menunjukkan kemaluan kepada seorang pelajar sekolah di perhentian bas, seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap K




Reformasi     >>



Diplomatik PMX mula membuahkan hasil - Harapandaily
Seorang wakil rakyat kerajaan menggesa orang ramai supaya terus meletakkan kepercayaan terhadap kepimpinan negara dalam menghadapi ketidaktentuan global susulan ketegangan di Asia Barat. ADUN Batu Uban, A. Kumaresan berkata, pendekatan diplomasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini mula menunjukkan ..
Kroni     >>



Rafizi sedang rasai apa yang dibuat kepada arwah .. - Utusan
KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkemungkinan sedang mendapat kifarah terhadap apa yang beliau lakukan selaku arkitek yang merangka strategi Langkah Kajang lebih 10 tahun lalu. Faekah Husin berkata, walaupun ..
Tabloid     >>



Papa Doakan Apa Adik Bisik Dimakbulkan Norman Hakim .. - Siraplimau
Perkongsian terbaharu pelakon Norman Hakim kembali mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik video penuh emosi di Instagram yang memaparkan momen bersama anak perempuannya, Marissa Dania. Video tersebut dimuat naik sekitar 10 jam lalu dan disertakan dengan kapsyen doa yang menyentuh hati ..
Tech     >>



Samsung Galaxy A27 runs Geekbench with a surprising .. - Gsmarena
Samsung unveiled the Galaxy A37 and Galaxy A57 in late March, and the Galaxy A27 should have joined them according to a rumor from November. Alas, it didn't, but it's definitely still in development. In fact, a prototype has now been spotted in the Geekbench online database. As you can see, it ..
World     >>



Trump mulls Nato withdrawal, stopping weapons to .. - Middleeasteye
Trump mulls Nato withdrawal, stopping weapons to Ukraine over Europe's response to Iran war Submitted by MEE staff on Wed, 04/01/2026 - 19:33 US president threatens to quit decades-old European alliance, as he fails to address Iran's control of Strait of Hormuz US President Donald Trump, right, ..
Motor Trend     >>



Toyota Urban Cruiser EV Dipratonton Di Malaysia, Harga .. - Piston
Antara trio kenderaan elektrik (EV) yang dipratontonkan hari ini di Malaysia oleh UMW Toyota adalah Toyota Urban Cruiser EV, yang bakal bersaing dengan beberapa model SUV kompak EV sedia ada di pasaran tempatan dengan harga bermula dari RM 198,000. Urban Cruiser merupakan ..