| /// |
|
| Search : Asia Barat News | Page 1 |
|
Gempa bumi 7.6 skala Richter landa perairan luar Sulawesi Utara, tsunami... - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Gempa bumi 7.6 skala Richter landa perairan luar Sulawesi Utara, tsunami dikesan JAKARTA - Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter melanda perairan luar Bitung, Sulawesi Utara awal Khamis, dengan ombak tsunami dikesan di beberapa kawasan di timur Indonesia |
|
Negara kini dalam mod kesiapsiagaan krisis, jangan tuding jari isu bahan .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm Mengenai tindakan pembangkan terus memainkan isu kenaikan harga bahan api sebagai modal politik, Presiden UMNO itu berkata perkara berkenaan adalah tidak wajar memandangkan situasi semasa adalah kesan langsung daripada perkembangan geopolitik antarabangsa. "Cubalah mereka (pembangkang) pergi ke Selat Hormuz sekarang atau cubalah mereka pergi ke negara Asia Barat, (biar) mereka lihat sendiri |
|
Dunia berdepan ‘undang-undang rimba’, hubungan antarabangsa .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm Memandangkan kita berada di ambang perubahan besar, persidangan ini mesti membuka ruang kepada perbincangan bermakna tentang bagaimana undang-undang perlu berkembang, ujarnya. Kenyataan itu hadir ketika ketegangan geopolitik global semakin memuncak khususnya susulan konflik di Asia Barat yang menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan serantau, keselamatan tenaga dan laluan perkapalan antarabangsa |
|
Konflik Asia Barat: WTE bantu tangani krisis tenaga - Sinarharian - 2/04 3:12 pm MELAKA - Pembinaan loji memproses sisa pepejal kepada tenaga atau Waste to Energy (WTE) dilihat mampu membantu sistem penjanaan tenaga baharu negara dalam menangani krisis tenaga.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, konflik yang berlaku di Asia Barat memberi kesan rantaian besar kepada pasaran tenaga global, justeru pendekatan WTE mampu mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.Menurutnya, penggunaan sisa pepejal sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui adalah selari dengan usaha kerajaan memperkukuh sumber alternatif seperti hidro dan solar."Ketika dunia berdepan krisis tenaga, penggunaan sampah untuk menjana tenaga bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil, malah menyokong pembangunan sumber tenaga boleh baharu."Inisiatif ini seiring dengan aspirasi Malaysia Madani dalam memastikan pembangunan mampan serta pengurusan sisa yang lebih efisien," katanya pada Majlis Pecah Tanah WTE Sungai Udang di sini pada Khamis.Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh.Beliau berkata, kerajaan memperkenalkan dua dasar utama iaitu trash to cash dan waste to energy bagi mengubah persepsi terhadap sisa pepejal daripada beban kepada sumber bernilai."Dahulu sampah hanya dilupuskan, kini ia boleh dijana menjadi tenaga |
|
Konflik Asia Barat: Kerajaan akan pastikan projek pembangunan akan diteruskan - Sinarharian - 2/04 2:06 pm NILAI - Kerajaan akan memastikan projek pembangunan yang sedang berjalan dapat diteruskan dan disiapkan walaupun berdepan kenaikan kos susulan konflik di Asia Barat.Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, sememangnya sejak awal lagi sudah dinyatakan konflik yang berlaku boleh memberi kesan kepada negara terutama gangguan sumber tenaga yang turut berlaku di seluruh dunia."Sebab itu bila dah berlaku krisis tenaga di peringkat global, mana-mana produk ataupun servis yang ada inputnya daripada sumber tenaga, sudah pasti ada kesannya."Di peringkat kita adalah meneliti kalau ada perkara intervensi yang masih boleh dilakukan dalam skop yang ada bagi membolehkan perkara (projek sedang berjalan) itu dapat diselesaikan ataupun dapat diteruskan," katanya ditemui pemberita selepas melawat tapak projek Malaysia Vision Valley (MVV) yang melibatkan pembinaan jalan baharu dari Nilai-Labu ke Bandar Enstek di sini pada Khamis.Beliau berkata demikian mengulas peningkatan kos projek pembangunan yang terpaksa ditanggung kerajaan susulan konflik di Asia Barat.Menurutnya lagi, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan projek bagi mengenal pasti perkara yang menjadi cabaran sebelum ini dapat diselesaikan segera.Jelasnya, cabaran terbabit antaranya soal kelulusan projek, utiliti, prosedur operasi standard (SOP) serta aspek kelangsungan projek bagi memastikan ia dapat disiapkan seperti dirancang."Penumpuan yang kita tekankan kepada semua agensi pelaksana adalah memastikan apa ruang yang kita boleh bantu supaya setiap projek yang sedang berjalan dapat diselesaikan juga."Sementara kerajaan cuba menampung, kalau diumumkan soal subsidi petrol itu sudah mencecah RM4.7 bilion sebulan, tapi juga ruang lain kita kena pastikan juga tidak terganggu atau tergendala sementara kos-kos ini akan menjadi cabaran kepada semua pihak," katanyaBerkenaan peningkatan kos yang perlu ditanggung, Akmal Nasrullah berkata, ia bergantung kepada input dan industri yang terkesan."Setakat ini angka rasmi yang dikeluarkan oleh Bank Negara adalah berdasarkan keseluruhan, namun kita akan melihat perkembangan dari semasa ke semasa."Kita merasakan paling cepat konflik ini enam bulan, kalau tidak, kesannya mungkin sampai menjangkau setahun."Maka sebab itu perancangan dan penyusunan itu kena juga melihat soal jangka sederhana," katanya. |
|
Negara kini dalam mod kesiapsiagaan krisis, jangan tuding jari isu bahan api - Ahmad Zahid - Sinarharian - 2/04 2:06 pm PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, negara kini berada dalam mod kesiapsiagaan krisis susulan ketidaktentuan global yang menjejaskan harga bahan api.Justeru, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah meminta semua pihak untuk tidak menuding jari kepada kerajaan berhubung kenaikan harga bahan api, sebaliknya bersama-sama mencari jalan penyelesaian.Beliau berkata, situasi semasa berpunca daripada krisis global dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya secara bersama."Kita jangan berasa selesa dan jangan hanya menuding jari kepada pihak kerajaan terutama kepada Perdana Menteri."Hakikatnya ialah kerana krisis global yang harus kita sama-sama hadapi," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini hari ini.Mengenai tindakan pembangkan terus memainkan isu kenaikan harga bahan api sebagai modal politik, Presiden UMNO itu berkata, perkara berkenaan adalah tidak wajar memandangkan situasi semasa adalah kesan langsung daripada perkembangan geopolitik antarabangsa."Cubalah mereka (pembangkang) pergi ke Selat Hormuz sekarang atau cubalah mereka pergi ke negara Asia Barat, (biar) mereka lihat sendiri."Kita bernasib baik sebenarnya...jadi jangan asyik menggunakan masalah global ini sebagai satu kesalahan pihak kerajaan |
|
Azam tidak mahu ulas status kontrak - Sinarharian - 2/04 1:59 pm PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak mahu mengulas berhubung status baki kontraknya yang akan berakhir pada 12 Mei ini.Ketika ditemui pemberita pada Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF): Way Forward di Ibu Pejabat SPRM, di sini, beliau hanya menjawab ringkas."Saya tidak mahu jawab," katanya.Sebelum ini, pada 10 Mac lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dilaporkan belum membuat sebarang keputusan berhubung status kontrak Azam.Untuk rekod, Azam telah dilantik secara kontrak sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sebanyak tiga kali.Azam yang dilahirkan pada 12 Mei 1963 di Negeri Sembilan, memulakan kariernya di Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali sebagai SPRM) pada 1984 sebagaipenolong pegawai siasatan.Sepanjang perkhidmatannya, Azam pernah memegang pelbagai jawatan termasuk pegawai perisikan dan pegawai pendakwaan, selain terbabit dalam aktiviti pendidikan masyarakat.Beliau mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020, menggantikan Latheefa Beebi Koya, yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.Azam memegang jawatan itu ketika pentadbiran tiga Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Azam mempunyai kelulusan diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ijazah Undang-undang (Jurispruden) daripada Universiti Malaya dan ijazah sarjana daripada Asia E-University. |
|
Usah jadikan kenaikan kos global modal politik, kata Zahid - FMT - 2/04 1:22 pm Timbalan perdana menteri berkata situasi semasa berpunca krisis global khususnya ketegangan di Asia Barat yang beri kesan langsung kepada harga bahan api. |
|
Tuntutan subsidi diesel nelayan termasuk kategori Zon C2 akan diperincikan - Ahmad Zahid - Sinarharian - 2/04 12:38 am PUTRAJAYA - Kerajaan akan memperincikan tuntutan bantuan subsidi diesel oleh nelayan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) susulan krisis tenaga global, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, perkara itu akan diperincikan mengambil kira lonjakan tanggungan kerajaan terhadap subsidi minyak daripada RM700 juta kepada RM3.5 bilion."Ini satu tanggungan yang amat berat. Jadi kita harus rasional dan semua pihak harus menerima hakikat ini bukan disebabkan faktor dalam negara tetapi disebabkan keadaan krisis di Asia Barat," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini hari ini.Ditanya sama ada nelayan laut dalam kategori Zon C2 turut diberi perhatian, Ahmad Zahid berkata, perkara itu akan dibincangkan secara menyeluruh dalam mesyuarat NACCOL, yang dijadualkan hari ini diikuti mesyuarat MTEN pada Selasa minggu depan.Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata, krisis global tenaga memberi tekanan langsung kepada kos sara hidup rakyat, khususnya 8.1 juta masyarakat luar bandar yang bergantung kepada subsidi bahan api dan rantaian logistik asas untuk meneruskan kehidupan harian."Dalam jumlah tersebut, pekebun kecil getah yang menyumbang kira-kira 84.7 peratus daripada pengeluaran getah asli negara merupakan golongan paling terdedah kepada peningkatan kos input dan ketidaktentuan harga komoditi," katanya.Selain itu, Ahmad Zahid berkata, lebih 224,000 komuniti Orang Asli kini berdepan cabaran apabila kenaikan kos bahan api menjejaskan bekalan air, pengangkutan pelajar, perkhidmatan kesihatan sertapenyaluran bantuan asas ke kawasan pedalaman."Jika gangguan berlarutan hingga Mei atau Jun, tekanan akan beralih daripada sekadar kos yang lebih tinggi kepada tekanan aliran tunai sebenar dalam komuniti luar bandar serta kemungkinan keperluan penambahan program bantuan oleh agensi kerajaan."Krisis ini bukan bersifat untuk menakut-nakutkan, tetapi untuk dihadapi dengan tindakan yang efektif dan berkesan," katanya.Beliau berkata, kerajaan telah bertindak secara proaktif melalui langkah mitigasi, termasuk memastikan kesinambungan subsidi, kestabilan harga serta intervensi bersasar bagi melindungi rakyat.Justeru, beliau berkata tanggungjawab KKDW ialah memastikan masyarakat luar bandar terus mampu bertahan daripada tempias krisis global ini |
|
Konflik Asia Barat: KKDW perlu jadi benteng 8.1 juta komuniti desa, kata TPM - FMT - 2/04 11:55 am Zahid Hamidi berkata KKDW perlu bergerak untuk menangani tekanan jangka pendek secara segera. |
|
Timbang serius haram arak secara total ??? Peguam jenayah - Mgazette - 2/04 12:37 am # Timbang serius haram arak secara total Peguam jenayah KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya kerajaan memulakan perbincangan serius mengenai pengharaman arak secara total atau sekurang-kurangnya mengetatkan kawalan penjualan secara drastik |
|
Sektor awam bekerja dari rumah bermula 15 April ini – PM - Mgazette - 2/04 12:37 am # Sektor awam bekerja dari rumah bermula 15 April ini - PM KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju melaksanakan dasar bekerja dari rumah bagi kementerian, agensi serta badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan bermula 15 April ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan dasar itu bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api, sekali gus memastikan kemampanan bekalan tenaga susulan konflik di Asia Barat |
|
Anthony Loke ziarah isteri Amirul Hafiz, serah sumbangan peribadi - Mgazette - 2/04 12:37 am # Anthony Loke ziarah isteri Amirul Hafiz, serah sumbangan peribadi KUALA LUMPUR Menteri Pengangkutan, Anthony Loke petang tadi menziarahi isteri Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang terbunuh dalam kemalangan disebabkan pemandu mabuk dan di bawah pengaruh dadah dalam kejadian Ahad lalu |
|
Harga diesel di Semenanjung naik 50 sen bermula esok, RON97 turun... - Mgazette - 2/04 12:37 am Kerajaan komited untuk memastikan rakyat tidak menanggung sepenuhnya kesan kenaikan harga minyak global. Sejak krisis Asia Barat meletus, Kerajaan tidak mengapungkan sepenuhnya harga runcit di pam malah masih menampung sebahagian kos subsidi petrol dan diesel bagi tempoh tiga minggu berturut-turut |
|
Kesan konflik Asia Barat akan lebih parah, proses pemulihan ambil masa .. - Mgazette - 2/04 12:37 am # Kesan konflik Asia Barat akan lebih parah, proses pemulihan ambil masa panjang - PM KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesan konflik Asia Barat akibat serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran kini sudah melanda ke seluruh negara termasuk Malaysia |
|
Pusat data di Johor berdepan cabaran besar pada masa akan datang??– .. - Mgazette - 2/04 12:37 am Beliau berkata, berbanding sistem ICPT yang disemak setiap enam bulan, AFA lebih terdedah kepada ketidaktentuan harga global secara serta-merta. Keadaan itu ujarnya, menjadi lebih membimbangkan apabila dunia kini berdepan ketegangan geopolitik, khususnya konflik di Asia Barat yang telah menjejaskan bekalan Gas asli cecair (LNG) global |
|
Harimau Malaya jatuh 17 anak tangga ranking Fifa - FMT - 1/04 11:27 pm Kejatuhan mendadak itu turut dipengaruhi keputusan AFC batal dua perlawanan dalam kempen kelayakan Piala Asia sebelum ini. |
|
Ranking FIFA: Malaysia jatuh 17 anak tangga ke kedudukan 138 dunia - Sinarharian - 1/04 11:13 pm KEDUDUKAN Malaysia menjunam daripada tangga ke-121 ke tangga ke-138 dunia dalam ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).Berdasarkan kemas kini terbaharu hari ini, Harimau Malaya yang mengumpul 1,086.22 mata keseluruhan jatuh 17 anak tangga susulan kekalahan 1-3 kepada Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027, semalam.Kejatuhan mendadak itu turut dipengaruhi keputusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang membatalkan dua perlawanan Harimau Malaya dalam kempen kelayakan berdepan Nepal dan Vietnam sebelum ini.Berdasarkan keputusan asal, Malaysia menewaskan Nepal 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada 25 Mac tahun lepas, selain membelasah Vietnam 4-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 10 Jun tahun lepas.Bagaimanapun, pada 17 Mac lepas, Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC memutuskan Malaysia diisytiharkan kalah 0-3 bagi kedua-dua perlawanan berkenaan selepas Harimau Malaya didapati menurunkan pemain tidak layak.Tindakan itu dibuat susulan isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain Harimau Malaya, iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel |
|
Konflik Asia Barat berlarutan, pemulihan dijangka ambil masa panjang - PM - Sinarharian - 1/04 9:31 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Konflik yang berlarutan di Asia Barat dijangka memerlukan tempoh pemulihan yang panjang, namun Malaysia berada dalam kedudukan ekonomi yang relatif lebih stabil untuk mengharungi cabaran tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Bila perkara ini berlaku, tentunya menjejaskan rantaian bekalan global khususnya tenaga dan Malaysia tidak terkecuali.. |
|
Long road ahead from West Asia conflict, Malaysia remains resilient, says Anwar - Malaymail - 1/04 9:30 pm KUALA LUMPUR, April 1 The prolonged conflict in West Asia is expected to require a lengthy recovery period, but... |
|
Dasar bekerja dari rumah sektor awam dan GLC bermula 15 April ini - PM - Sinarharian - 1/04 9:03 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 15 April depan sebagai langkah proaktif dalam mendepani krisis tenaga global.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi mesej video berkata, keputusan itu, yang dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan kemampanan bekalan tenaga negara yang terkesan akibat konflik di Asia Barat.Beliau berkata ketegangan melibatkan Israel, Amerika Syarikat dan Iran itu telah menjejaskan rantaian bekalan global namun Malaysia masih mampu bertahan dengan mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter buat masa ini."Jadi, bila keadaan ini melegakan sedikit tidak bermakna kita boleh selesa.. |
|
NSL 2026 perkenal NSL Regional Cup, himpunkan pemain bertaraf dunia - Sinarharian - 1/04 7:26 pm SAINGAN Netball Super League (NSL) kembali memeriahkan kalendar bola jaring tempatan bagi musim kelima tahun ini dengan pelbagai pembaharuan yang dijangka mengangkat lagi statusnya sebagai liga profesional wanita di rantau Asia.Antara tarikan utama edisi 2026 ialah penganjuran NSL Regional Cup buat kali pertama, selain kehadiran pemain antarabangsa bertaraf dunia yang bakal mempertingkatkan tahap persaingan.Perkembangan itu turut diperkukuh dengan penyertaan CelcomDigi Berhad sebagai penaja utama buat kali pertama, sekali gus mencerminkan keyakinan sektor korporat terhadap potensi NSL sebagai platform pembangunan bola jaring wanita di negara ini.Saingan NSL 2026 anjuran Astro dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Malaysia dijadual berlangsung dari 11 April hingga 17 Mei ini di Stadium Juara.Sebanyak lapan pasukan akan bersaing dalam 64 perlawanan sepanjang enam minggu kejohanan itu berlangsung.Selepas tamat saingan liga utama, NSL Regional Cup akan diadakan dari 14 hingga 17 Mei, membabitkan dua pasukan jemputan antarabangsa dari Singapura dan Hong Kong bersama dua pasukan terbaik NSL.Musim ini juga menyaksikan penyertaan 16 pemain import dari negara kuasa besar bola jaring seperti Australia, New Zealand, Jamaica, Afrika Selatan, Uganda, Malawi, Zimbabwe dan Botswana.Kehadiran pemain bertaraf dunia yang pernah beraksi di pentas Netball World Cup serta liga profesional elit dijangka memberi impak besar kepada tahap permainan liga dan perkembangan pemain tempatan.Antara yang mencuri tumpuan ialah bekas pemain Australian Diamonds, Gretel Bueta serta legenda Silver Ferns, Laura Langman. |
|
Harga diesel di Semenanjung melepasi RM6 seliter - Sinarharian - 1/04 6:15 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Harga runcit bagi diesel di Semenanjung terus meningkat pada RM6.02 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 April susulan krisis tenaga dunia yang berlanjutan.Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 50 sen berbanding tempoh sebelumnya, RM5.52 seliter.Kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataan memaklumkan, krisis berkenaan telah mendorong lonjakan harga minyak mentah Brent global melebihi 40 peratus sehingga melepasi paras AS$100 setong."Lebih kritikal, harga minyak yang diproses bagi petrol dan diesel juga melambung tinggi masing-masing pada harga AS$150 setong dan AS$250 setong, sekali gus memberi tekanan kepada harga jualan runcit bagi kedua-dua produk berkenaan," kata kenyataan itu pada Rabu.Menurut MoF, harga runcit bagi RON 97 menurun sebanyak 2 sen menjadikannya pada kadar baharu, RM4.95 seliter berbanding sebelum ini, RM5.15.Jelas kenyataan itu, harga runcit RON95 tanpa subsidi kekal pada paras RM3.87 seliter."Kerajaan masih mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu seperti seperti RON95 (BUDI95) pada kadar RM1.99, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan (RM2.15), Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (RM2.05) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (RM2.15) bagi setiap liter," jelas MoF.Selain itu had kelayakan BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan, Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan turut melaksanakan had pengisian diesel bagi mengekang ketirisan dan penyeludupan di Sabah, Sarawak dan Labuan.Bagi kenderaan ringan pengangkutan darat awam barangan dan persendirian, ia dihadkan sehingga 50 liter setiap pembelian dan kenderaan pengangkutan darat awam serta barangan tidak melebihi tiga tan pula dibenar sehingga 100 liter pada setiap pembelian."Kenderaan yang melebihi tiga tan dibenar membuat pembelian sehingga 150 liter setiap kali," kata kenyataan itu.Sebagai langkah interim juga, kerajaan sedang mempertimbangkan langkah-langkah jangka sederhana dan panjang bagi memastikan mekanisme subsidi kekal mampan, telus dan memanfaatkan rakyat dengan mengambil kira perkembangan semasa krisis tenaga global serta implikasi terhadap pasaran tenaga global."Kerajaan komited untuk memastikan rakyat tidak menanggung sepenuhnya kesan kenaikan harga minyak global."Sejak krisis Asia Barat meletus, kerajaan tidak mengapungkan sepenuhnya harga runcit di pam malah masih menampung sebahagian kos subsidi petrol dan diesel bagi tempoh tiga minggu berturut-turut," jelas MoF.Justeru, MoF berkata, usaha mengekalkan harga petroleum bersubsidi kepada rakyat serta sektor tertentu akan terus diperkukuh bagi membendung kenaikan harga barangan dan melindungi kesejahteraan rakyat. |
|
Pemandu cuai bakal berdepan hukuman lebih berat jika sebabkan kematian - Sinarharian - 1/04 6:06 pm KUALA LUMPUR Tindakan tegas termasuk pertimbangan hukuman lebih berat akan diambil terhadap mana-mana individu yang memandu secara cuai atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian, khususnya melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohammed Hasbullah Ali berkata, pendekatan itu selaras dengan usaha berterusan memperkukuh penguatkuasaan serta memberi mesej jelas bahawa kecuaian di jalan raya tidak akan dikompromi.Beliau berkata, pihaknya memandang serius setiap kes kemalangan maut yang berlaku dan tidak akan berkompromi dalam tindakan undang-undang.Menurutnya, setiap kesalahan lalu lintas yang mengakibatkan kehilangan nyawa akan disiasat secara menyeluruh dan telus tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak."Tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak, tindakan tegas termasuk pertimbangan hukuman yang lebih berat akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati cuai atau memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian."Ini termasuk kes melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata demikian susulan satu kemalangan maut yang berlaku pada 29 Mac lalu kira-kira jam 11.30 pagi di Jalan Raya Barat, Klang.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal dan dua kenderaan lain."Kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan yang dipandu lelaki tempatan memasuki laluan bertentangan ketika cuba memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan sebuah motosikal yang sedang bergerak lurus."Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal, lelaki tempatan berusia 32 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.Mohammed Hasbullah berkata, susulan kejadian itu, pemandu terlibat telah didakwa di Mahkamah Klang pada 1 April 2026."Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun."Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, tertuduh juga boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali," katanya.Beliau berkata, JSPT akan terus mempergiat usaha penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.Katanya, semua pengguna jalan raya turut diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan mengamalkan pemanduan berhemah."Setiap pengguna jalan raya perlu memainkan peranan masing-masing dan bertanggungjawab bagi mengelakkan tragedi yang meragut nyawa," katanya. |
|
PM jumpa menteri besar, ketua menteri esok bincang krisis tenaga global - Fahmi - Sinarharian - 1/04 6:03 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan dengan semua menteri besar dan ketua menteri esok bagi membincangkan krisis tenaga global serta kesannya terhadap ekonomi Malaysia.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pertemuan itu akan meneliti beberapa perkara termasuk ikhtiar serta langkah yang boleh diambil secara bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam mendepani situasi semasa.Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di sini hari ini.Sehubungan itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijangka mengadakan sidang media petang esok, selain kemungkinan kenyataan susulan daripada Perdana Menteri.Beliau berkata, mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) yang dijadualkan minggu depan juga akan terus meneliti perkembangan semasa sebelum sebarang kenyataan lanjut dikeluarkan.Pada 27 Mac lepas, Anwar berkata, beliau akan memanggil menteri besar, ketua menteri dan pemimpin utama parti politik untuk mendengar taklimat mengenai kedudukan semasa ekonomi negara susulan konflik di Asia Barat.Beliau berkata, hasil taklimat yang disampaikan Majlis Keselamatan Negara dan MTEN itu akan menentukan keperluan sama ada wajar sidang Parlimen dipanggil bagi meneliti serta membincangkan langkah seterusnya |
|
Krisis Asia Barat: Kerajaan tubuh pusat arahan komunikasi - FMT - 1/04 4:54 pm Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil berkata ia bertujuan menyelaras aspek komunikasi terutama berkaitan respons dan langkah diambil kerajaan. |
|
Diyat untuk mangsa nahas perlu berteraskan Maqasid Syariah – AMK... - Mgazette - 1/04 3:50 pm # Diyat untuk mangsa nahas perlu berteraskan Maqasid Syariah - AMK Terengganu KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu menyatakan sokongan bersyarat terhadap cadangan pelaksanaan mekanisme diyat sebagai pampasan kepada waris mangsa kemalangan |
|
Nadma laksana operasi pembenihan awan di empat negeri - Mgazette - 1/04 3:50 pm # Nadma laksana operasi pembenihan awan di empat negeri PUTRAJAYA - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan melaksanakan empat siri Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Perak, Kedah, Perlis dan Johor pada 6 hingga 9 April ini sebagai langkah proaktif meningkatkan aras takungan air empangan yang terjejas akibat cuaca panas berpanjangan |
|
Rakyat perlu bersedia kenaikan kos bahan api - Mgazette - 1/04 3:50 pm PUTRAJAYA - Malaysia tidak terkesan daripada impak krisis yang berlaku di Asia Barat ketika ini kerana bekalan tenaga elektrik dan gas berpaip di negara ini dalam keadaan stabil |
|
Krisis Asia Barat: Rakyat Perlu Bersiap Sedia Kenaikan Kos Bahan Api... - Mgazette - 1/04 3:50 pm # Krisis Asia Barat: Rakyat Perlu Bersiap Sedia Kenaikan Kos Bahan Api Termasuk Amalan Berjimat Cermat Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Siti Safinah Salleh bagaimanapun berkata, rakyat perlu bersedia dengan kenaikan kos bahan api untuk penjanaan eletrik namun ia tidak terlalu tinggi. |
|
Juruteknik mabuk didakwa bunuh penghantar makanan Juruteknik mabuk didakwa .. - Mgazette - 1/04 3:50 pm # Juruteknik mabuk didakwa bunuh penghantar makanan KLANG Seorang juruteknik yang memandu kereta melanggar penghantar makanan pada Ahad lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana membunuh selepas melanggar mangsa dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian |
|
Saya nak nyawa dibalas nyawa ??? Isteri mangsa pemandu mabuk - Mgazette - 1/04 3:50 pm # Saya nak nyawa dibalas nyawa Isteri mangsa pemandu mabuk KLANG Isteri kepada arwah Amirul Hafiz Omar, mangsa kemalangan maut dirempuh pemandu mabuk, Nor Nadia mahu pelaku terbabit mendapat hukuman setimpal dengan jenayah dilakukan |
|
Tuntutan pampasan mangsa langgar pemandu mabuk hingga RM1 juta – .. - Mgazette - 1/04 3:50 pm # Tuntutan pampasan mangsa langgar pemandu mabuk hingga RM1 juta - Peguam KLANG Peguam Mohd Faizi Che Abu tidak menolak kemungkinan akan membuat tuntutan sehingga RM1 juta bagi pihak anak guamnya, Nor Nadia Abdul Abdul Majid, 32 yang kehilangan suaminya yang maut dilanggar pemandu kereta dalam keadaan mabuk, Ahad lalu |
|
Tenchijin to Exhibit at ASIAWATER 2026 and Deliver a Presentation - SUN - 1/04 3:36 pm TOKYO, JAPAN - Media OutReach Newswire - 1 April 2026 - Tenchijin Inc., a space-tech innovator transforming sustainable water infrastructure management, is pleased to announce its participation in ASIAWATER 2026, the regions leading platform for the water and wastewater industry in developing Asia. |
|
'Nyawa dibalas nyawa, saya bersyukur dia telah didakwa' - Nor Nadia menangis di mahkamah - Sinarharian - 1/04 3:07 pm KLANG Isteri penunggang motosikal yang maut dirempuh seorang pemandu hingga melambung ke atas sebuah kereta, berpuas hati apabila lelaki yang disiasat berhubung kemalangan itu didakwa atas pertuduhan membunuh.Nor Nadia Abdul Majid, 32, juga menangis ketika pegawai dari bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Klang Selatan, menyapanya selepas pertuduhan dibuat."Saya bersyukur dia telah didakwa, Alhamdulillah |
|
I cannot sleep: Blue Myvi driver relives moment motorcyclist fell onto car in fatal Klang crash - Sinardaily - 1/04 3:06 pm KLANG A driver remains traumatised after a motorcyclist landed on the roof of his car during a fatal accident along Jalan Raya Barat here on Sunday.The man, who wished to be known as Megan, 42, said he had been unable to sleep for two days as the incident kept replaying in his mind.He said he was driving a Perodua Myvi with a friend while heading towards Port Klang when the incident occurred.The situation unfolded rapidly before he realised the victim had landed on top of his vehicle.I thought my car did not hit anything |
|
Widow of viral crash victim fears son will blame self as father died on errand for maths book - Sinardaily - 1/04 2:32 pm KLANG The wife of a motorcyclist who was killed in a collision fears her eldest child may be bullied and end up feeling guilty, as the deceased had gone out to buy books before the accident that flung him onto a car.Nor Nadia Abdul Majid, 32, said she hopes the public will offer support and safeguard her childrens emotional wellbeing.I dont want him to feel guilty, to be pressured with all sorts of questions or bullied at school, thats what Im afraid of.I worry he will blame himself for wanting textbooks, which led to my late husband going out on his motorcycle, she said, holding back tears when met outside the Magistrates Court here on Wednesday.The mother of three said her eldest child misses his father deeply and has even wanted to sleep in his fathers clothes.Nadia added that her youngest child, who is still very young and has never been to a cemetery, often says, Papa is inside (the grave).Despite the hardship, she, who works as a p-hailing delivery rider alongside her late husband Amirul Hafiz Omar, 33, hopes her children will remain strong in coping with the loss of their father.She also expressed gratitude to all parties who have extended support and assistance, including the Social Welfare Department (JKM), which has offered counselling services for her children.Moving forward, she said the family will relocate to Taiping, Perak, with arrangements to transfer the childrens schools to be made soon.If Im busy here, theres no one to help look after the children, so Ive decided to return to my hometown |
|
'Risau anak rasa bersalah sebab arwah keluar beli buku' - Sinarharian - 1/04 2:22 pm KLANG - Isteri kepada penunggang motosikal yang maut dirempuh tidak mahu anak sulungnya dibuli sehingga menimbulkan rasa bersalah kerana arwah keluar membeli buku sebelum terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan mangsa melambung ke atas sebuah kereta.Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, dia memohon semua pihak memberi sokongan dan menjaga emosi anak-anaknya."Saya tak nak dia rasa bersalah, ditekan dengan pelbagai soalan atau dibuli di sekolah, itu yang saya takutkan."Saya bimbang dia salahkan diri sendiri sebab mahu buku teks sehingga menyebabkan arwah suami keluar menunggang motosikal," katanya seakan menahan air mata ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Ibu kepada tiga anak itu berkata, anak sulungnya juga terlalu merindui bapanya sehingga mahu memakai baju arwah ketika tidur.Nor Nadia berkata, anak bongsunya yang masih kecil dan tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah perkuburan sering menyebut "Papa dekat dalam (kubur)".Meskipun berdepan dengan dugaan ini, dia yang bekerja sebagai penghantar barang p-hailing bersama arwah suami, Amirul Hafiz Omar, 33, berharap anak-anaknya dapat terus kuat menghadapi kehilangan bapa mereka.Dalam pada itu, dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan bantuan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menawarkan khidmat kaunseling untuk anak-anak.Selepas ini, katanya, mereka sekeluarga akan berpindah ke Taiping, Perak, malah urusan perpindahan sekolah anak-anak akan dibuat dalam masa terdekat."Di sini, kalau saya sibuk, anak-anak tak ada orang nak tolong tengokkan, jadi saya ambil keputusan untuk pulang ke kampung."Sekurang-kurangnya mereka boleh tengok-tengokkan anak saya kelak," katanya.Pada pagi Rabu, R |
|
'Tiba-tiba ada orang atas bumbung kereta, tangan terkulai di cermin depan' - Pemandu Myvi biru akui trauma - Sinarharian - 1/04 2:21 pm KLANG "Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan."Itu luahan individu yang mahu dikenali sebagai Megan, 42, saksi utama yang masih trauma selepas menyaksikan sendiri detik ngeri seorang penunggang motosikal terjatuh di atas bumbung keretanya dalam kemalangan maut di Jalan Raya Barat di sini, Ahad lalu.Lelaki yang memandu kereta jenis Perodua Myvi itu berkata, ketika kejadian dia bersama seorang rakannya dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang.Jelasnya, keadaan berlaku begitu pantas sebelum dirinya menyedari mangsa sudah berada di atas kenderaannya."Saya ingatkan kereta itu tidak langgar apa-apa |
|
Groceries to cost more as global tensions bite - Sinardaily - 1/04 1:58 pm SHAH ALAM Malaysians may soon find their grocery baskets lighter as the West Asia conflict begins to squeeze the nations poultry, vegetables and essential food supplies, with experts warning that availability no longer guarantees affordability.Rising energy and shipping costs are already pressuring domestic food production, affecting even locally grown vegetables and staple protein sources.Agricultural economist Professor Datuk Dr Mad Nasir Shamsudin said geopolitical tensions typically push up oil prices first, which then drive higher costs for transportation, fertiliser and overall agricultural production.Energy remains a fundamental input in modern agriculture, influencing everything from machinery and irrigation to food processing and logistics.As costs rise across the supply chain, this will eventually lead to higher food prices, including both locally produced and imported items, he said.Nasir noted that Malaysias poultry industry, which supplies the bulk of the countrys chicken consumption, depends heavily on imported feed such as grain corn and soybean meal |
|
Penggunaan elektrik dijangka meningkat susulan cuaca panas - Suruhanjaya Tenaga - Sinarharian - 1/04 1:39 pm PUTRAJAYA Penggunaan elektrik di negara ini dijangka meningkat dalam tempoh terdekat susulan cuaca lebih panas melanda negara ketika ini.Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Siti Safinah Salleh berkata, peningkatan penggunaan khususnya melibatkan penghawa dingin boleh menambah tekanan kepada bil elektrik pengguna."Negara sedang menuju ke arah iklim yang lebih panas, ini bermakna permintaan akan mula meningkat dan lazimnya perkara itu akan berlaku, kita menjangkakan pada bulan Mei," katanya.Beliau berkata demikian selepas membentangkan Semakan Kawal Selia Tahunan Suruhanjaya Tenaga 2026, di sini pada Rabu.Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fenomena cuaca panas ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera lebih kering dan taburan hujan rendah.Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang lazimnya dicirikan oleh pengurangan hujan serta keadaan cuaca lebih panas dan kering, terutama di kawasan utara dan pedalaman Semenanjung.Berdasarkan unjuran model cuaca tempatan dan antarabangsa, negara dijangka mengalami pola cuaca lebih kering dengan taburan hujan lebih rendah daripada kebiasaan bagi tempoh beberapa bulan akan datang.Dalam pada itu, Siti Safinah menggesa orang ramai mengamalkan kecekapan tenaga bagi mengurangkan kesan kenaikan kos."Semua pihak perlu melihat kepada langkah kecekapan tenaga dan juga penjimatan penggunaan," katanya |
|
Klang crash: Amiruls widow to sue man charged over his death for RM1 million - Sinardaily - 1/04 1:06 pm KLANG The widow of a motorcyclist killed after being flung onto a car in a high-profile collision intends to file a RM1 million lawsuit against the man charged with her husband's murder.Lawyer Mohd Faizi Che Abu, representing 32-year-old Nor Nadia Abdul Majid said the final amount for the civil suit has not yet been finalised as calculations must be based on specific factors.Legally, we cannot claim compensation based on emotion |
|
Bersedia hadapi peningkatan kos bahan api - Suruhanjaya Tenaga - Sinarharian - 1/04 1:01 pm PUTRAJAYA Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi peningkatan kos bahan api untuk penjanaan elektrik susulan konflik geopolitik di Asia Barat yang berterusan.Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Siti Safinah Salleh berkata, kesan terhadap sistem tenaga negara masih terkawal kerana sebahagian besar bekalan gas adalah daripada sumber domestik.Menurutnya, kira-kira 80 peratus gas bagi penjanaan elektrik di negara ini adalah daripada sumber domestik, sekali gus mengurangkan pendedahan langsung kepada turun naik harga global."Namun, kita masih terkesan kerana ia berkait dengan harga rujukan pasaran (MRP)," katanya dalam sesi soal jawab bersama media selepas membentangkan Semakan Kawal Selia Tahunan Suruhanjaya Tenaga 2026, di sini pada Rabu.Beliau menjelaskan, peningkatan kos bahan api dijangka akan mula diterjemahkan ke dalam sistem tenaga melalui mekanisme Pelarasan Automatik Kos Bahan Api (AFA)."Masyarakat perlu bersedia untuk kenaikan kos walaupun kenaikan itu mungkin tidak terlalu tinggi atau tidak terkesan berbanding dengan beberapa negara lain tetapi masih ada kenaikan kos," ujarnya.Katanya, pelarasan melalui AFA dibuat secara bulanan selagi perubahan kos berada dalam ambang 10 peratus, manakala sebarang peningkatan melebihi paras itu memerlukan kelulusan kerajaan."Kos itu tetap kos, ia perlu dibayar tetapi bagaimana ia disalurkan bergantung kepada keputusan kerajaan," jelas beliau.Dalam pada itu, Siti Safinah berkata, kurang 20 peratus bekalan gas yang diimport turut menyumbang kepada pendedahan terhadap harga global, khususnya kontrak yang diindeks kepada pasaran minyak.Tambahnya, situasi global turut menyaksikan peningkatan harga arang batu apabila negara-negara lain beralih kepada sumber tersebut berikutan kekangan bekalan gas.Menurut beliau, Malaysia yang mengimport sepenuhnya arang batu bagi penjanaan elektrik tidak terkecuali daripada tekanan kenaikan harga tersebut."Seperti yang kita lihat dalam situasi krisis sebelum ini khususnya pada 2022 semasa krisis UkraineRusia, apabila bekalan gas menjadi ketat secara global, dunia cenderung beralih semula kepada arang batu |
|
Fuel supply at Petronas stations sufficient through May 2026 - Sinardaily - 1/04 12:18 am SHAH ALAM - Malaysias fuel supply remains stable for now, with the supply chain at Petronas stations nationwide projected to be sufficient through May 2026.In a social media post, Petronas said it has taken proactive measures to safeguard the countrys fuel supply amid ongoing global uncertainties, including the conflict in West Asia, which has disrupted international energy markets.The national oil company assured that current supply levels across its retail network are stable and capable of meeting domestic demand in the coming months.It also stressed that fuel prices remain under government control, with subsidies for RON95 petrol and diesel still in place.Consumers are advised to continue their daily routines and use fuel responsibly and prudently, the statement read.The assurance comes as concerns grow over global energy security, with geopolitical tensions continuing to impact supply chains worldwide, including in Malaysia.Petronas said the ongoing conflict in West Asia has disrupted global oil supply chains, particularly affecting transportation and delivery systems.One of the most critical pressure points is the Strait of Hormuz, where key shipping routes are currently restricted, limiting the smooth flow of crude oil and fuel to global markets.Since the crisis began earlier this year, crude oil prices have surged by nearly 40 per cent, alongside rising shipping, insurance and logistics costs.Despite being an oil-producing nation, Malaysia is not fully shielded from these disruptions |
|
We Dont Need It Critics Call To Boycott Eurovision Asia - Therakyatpost - 1/04 11:28 am Thailand is set to hose the song competition in November this year. |
|
Man in viral Klang crash charged with murder - Sinardaily - 1/04 11:21 am KLANG - A car driver believed to have been under the influence of drugs has been charged in the Magistrate's Court here today with murder over the death of a motorcyclist in a crash on Sunday.R |
|
Ranking Harimau Malaya terus merudum - Sinarharian - 1/04 11:04 am KEDUDUKAN skuad Harimau Malaya dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dijangka terus merosot susulan kekalahan 1-3 kepada Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan F, kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Thien Truong, pada Selasa.Berdasarkan kemas kini terbaharu di laman web rasmi FIFA, Malaysia yang sebelum ini menghuni tangga ke-135 dunia jatuh tiga anak tangga lagi ke kedudukan 138.Rekod menunjukkan kali terakhir skuad negara berada di kedudukan ke-138 dunia adalah pada 4 April 2024.Sebelum ini, Malaysia mengalami kejatuhan mendadak daripada kedudukan ke-116 ke tangga ke-121 pada Disember tahun lalu selepas FIFA membatalkan keputusan tiga perlawanan persahabatan menentang Cape Verde, Singapura dan Palestin.Keputusan tersebut menyaksikan kemenangan percuma 0-3 diberikan kepada pasukan lawan sebagai sebahagian daripada hukuman berat FIFA berhubung skandal pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain yang disahkan tidak sah.Kemelut itu berterusan apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut mengambil tindakan serupa terhadap dua perlawanan Kelayakan Piala Asia menentang Vietnam dan Nepal yang turut menggunakan khidmat pemain terbabit.Rentetan daripada pemotongan mata itu, ranking Malaysia menjunam dari 121 ke 135 dunia dan kini menghuni tangga ke-138 dunia selepas tunduk kepada skuad Naga Emas. |
|
Langgar hingga melambung, lelaki didakwa bunuh penunggang motosikal - Sinarharian - 1/04 10:58 am KLANG - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki yang tular dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal melambung dan terjatuh di atas sebuah kereta, didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, masing-masing satu pertuduhan membunuh dan kes dadah.R Saktygaanapathy, 28, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan kes bunuh dibacakan di hadapan Majistret, A Karthiyayini.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat, di sini pada jam 11.47 pagi, 29 Mac lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman gantung, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.Dalam pada itu, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan memberikan dirinya dadah disyaki jenis benzo dan Tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badan.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini pada jam 3.30 petang tarikh sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.Sementara itu, peguam, Mohd Faizi Che Abu yang mewakili isteri mangsa, Nor Nadia Abdul Majid, 32, hadir selaku peguam pemerhati.Semasa prosiding, Raja Zaizul Faridah berkata, pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh bagi kedua-dua kes."Disebabkan tertuduh mengaku bersalah atas kes dadah, saya mohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk laporan patologi dan fakta kes."Bagaimanapun, saya tidak menawarkan jaminan kerana dia masih berdepan kes bunuh yang mana ia termasuk dalam kes yang tidak boleh dijamin," katanya.Selepas mendengar perkara itu, Karthiyayini tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 3 Jun depan untuk sebutan semula kes.Pada Ahad, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di lokasi kejadian.Akibat pelanggaran itu, mangsa, lelaki tempatan itu tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Justeru, seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan awal dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. |
|
Rampas, lucut hak kenderaan pemandu mabuk, bawah pengaruh dadah - Sinarharian - 1/04 10:23 am KUALA LUMPUR Kerajaan digesa melaksanakan pindaan melibatkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) bagi membolehkan kenderaan yang terlibat dalam kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah (DUI) dirampas serta dilucut hak, khususnya membabitkan kes kematian dan kecederaan parah.Pendukung Keselamatan Jalan Raya dan Pengangkutan Lestari, Shahrim Tamrin berkata, cadangan itu perlu direalisasikan melalui pengenalan klausa baharu di bawah Seksyen 44 APJ 1987 dengan mengambil model sedia ada dalam Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.Menurutnya, Malaysia sebenarnya sudah mempunyai asas perundangan dan keupayaan operasi yang mencukupi untuk melaksanakan mekanisme tersebut."Jika Malaysia boleh melucut hak lori komersial secara kekal kerana membawa muatan berlebihan, adalah logik dan adil untuk tindakan sama dikenakan terhadap kenderaan yang digunakan oleh pemandu mabuk atau khayal."Cadangan ini bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya merupakan lanjutan kepada undang-undang sedia ada yang wajar diperluaskan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, sebanyak 465 kenderaan komersial telah dirampas oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada tahun 2025 di bawah peruntukan APAD 2010, meningkat 85.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.Pada masa yang sama, katanya, hukuman sedia ada termasuk denda antara RM1,000 hingga RM2,000 dilihat tidak mencukupi dan perlu diperkasakan bagi mengekang pesalah berulang."Ramai pesalah menganggap denda sebagai kos untuk berseronok |
|
Penyokong Vietnam sindir Harimau Malaya isu dokumen palsu - Sinarharian - 1/04 10:18 am SKUAD Harimau Malaya menjadi sasaran sindiran tajam penyokong Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan F di Stadium Thien Truongpada Selasa.Dalam perlawanan yang menyaksikan Malaysia tunduk 1-3 kepada Vietnam itu, segelintir penyokong Naga Emas dilihat melakukan provokasi dengan menaikkan sebuah kain rentang besar yang mengejek status skuad kebangsaan.Gambar penyokong Vietnam menaikkan kain rentang tersebut memaparkan ilustrasi pemain Harimau Malaya sedang menangis dengan kapsyen 'kami adalah pelancong, bukan harimau' telah tular di media sosial.Sindiran itu dipercayai merujuk kepada skandal pemalsuan dokumen yang melanda kem negara sehingga menyaksikan impian Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2027 secara merit berkecai.Terdahulu, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bertindak membatalkan dua kemenangan Harimau Malaya ketika bertemu Nepal dan Vietnam sebelum ini |
|
Where is my husbands killer? A life for a life: Widow demands justice in Klang crash - Sinardaily - 1/04 10:13 am KLANG Where is my husbands killer? A life for a life.Those were the words of Nor Nadia Abdul Majid, the wife of Amirul Hafiz Omar, 33, who was killed after being hit by a driver believed to be under the influence of alcohol along Jalan Raya Barat here.Nor Nadia arrived at the magistrates court at 9.53am on Wednesday, accompanied by her lawyer Mohd Faizi Che Abu.The mother of three, dressed in a black jubah, appeared grief-stricken and struggled to hold back tears as she entered the courtroom.Also present to lend support were activist Rafidah Ibrahim and businessman Albert Tei.Earlier, a man in his 20s, who is being investigated for allegedly driving under the influence of alcohol and drugs causing death, was brought to the magistrates court under police escort at 8.53am.On Tuesday, Klang Selatan district police chief Assistant Commissioner Lim Jit Huey confirmed that the suspect would be charged in connection with the incident.On Sunday, Amirul was killed in a three-vehicle crash at Jalan Raya Barat at about 11.40am.Preliminary investigations found that a Honda City driven by the suspect was believed to have overtaken several vehicles before colliding with the victims motorcycle.The impact threw the victim onto a Perodua Myvi and he was pronounced dead at the scene.The suspect was subsequently arrested and remanded for four days to assist in investigations.The case is being investigated under Section 44(1) of the Road Transport Act 1987 and Section 15(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952. |
|
Klang crash: Suspected drunk driver brought to court over fatal accident - Sinardaily - 1/04 10:00 am KLANG A man under investigation for allegedly driving under the influence of alcohol and drugs, causing a fatal crash along Jalan Raya Barat here, was brought to the magistrates court on Wednesday.The suspect, in his 20s and wearing a white collared T-shirt, arrived at 8.53am escorted by police.On Tuesday, Klang Selatan district police chief Assistant Commissioner Lim Jit Huey confirmed that the suspect would be charged in connection with the incident.On Sunday, a motorcyclist was killed after being hit by a car driven by an individual believed to be under the influence of alcohol and drugs in a three-vehicle crash at Jalan Raya Barat, Klang, at 11.40am.Preliminary investigations found that the car, driven by a man in his 20s, was believed to have overtaken several vehicles before crashing into the victims motorcycle.The impact threw the victim, a local man in his 30s, onto a Perodua Myvi before he was pronounced dead at the scene.Following the incident, a man was arrested and remanded for four days to assist in investigations.Lim said the case was being investigated under Section 44(1) of the Road Transport Act 1987 and Section 15(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952. |
|
"Mana pembunuh suami saya, nyawa balas nyawa" - Isteri penunggang motosikal - Sinarharian - 1/04 9:45 am KLANG - "Mana pembunuh suami saya, nyawa balas nyawa."Kata isteri kepada Amirul Hafiz Omar, 33, penunggang motosikal yang maut dirempuh pemandu dipercayai mabuk di Jalan Raya Barat, di sini pada Rabu.Nor Nadia Abdul Majid yang tiba di Mahkamah Majistret di sini pada jam 9.53 pagi Rabu, diiringi peguamnya, Mohd Faizi Che Abu.Ibu kepada tiga anak yang masih kecil itu, memakai jubah hitam kelihatan sugul dan seakan-akan menahan diri daripada menangis ketika melangkah masuk ke mahkamah.Turut hadir memberi semangat kepada isteri mangsa ialah aktivis, Rafidah Ibrahim dan ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing.Seorang lelaki yang disiasat berhubung insiden memandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian di Jalan Raya Barat di sini, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Suspek berusia 20-an, memakai baju T berkolar warna putih, tiba pada jam 8.53 pagi dengan diringi pihak polis.Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey mengesahkan suspek berkenaan akan didakwa atas pertuduhan berkaitan insiden tersebut.Pada Ahad, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu dipercayai berada bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, pada jam 11.40 pagi.Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an, dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa.Akibat pelanggaran itu, mangsa, lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Justeru, seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. |
|
Suspek langgar penunggang motosikal hingga melambung didakwa hari ini - Sinarharian - 1/04 9:27 am KLANG Seorang lelaki yang disiasat berhubung insiden memandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian di Jalan Raya Barat di sini, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Suspek berusia 20-an, memakai baju T berkolar warna putih, tiba pada jam 8.53 pagi dengan diringi pihak polis.Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey mengesahkan suspek berkenaan akan didakwa atas pertuduhan berkaitan insiden tersebut.Pada Ahad, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu dipercayai berada bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, pada jam 11.40 pagi.Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an, dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa.Akibat pelanggaran itu, mangsa, lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Justeru, seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. |
|
Dianggap negara sahabat, kapal Malaysia lalui Selat Hormuz tidak dikenakan .. - Mgazette - 1/04 8:00 am # Dianggap negara sahabat, kapal Malaysia lalui Selat Hormuz tidak dikenakan tol SHAH ALAM - Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan bahawa kapal Malaysia yang melalui Selat Hormuz ketika konflik di Asia Barat, tidak akan dikenakan sebarang caj tol |
|
Pemandu mabuk langgar penunggang motosikal di Klang akan didakwa esok - Mgazette - 1/04 8:00 am # Pemandu mabuk langgar penunggang motosikal di Klang akan didakwa esok KUALA LUMPUR - Lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan positif dadah hingga menyebabkan kematian penunggang motosikal di Jalan Raya Barat, Klang akan didakwa esok |
|
Krisis tenaga global: Anwar ajak rakyat perkukuh ekonomi domestik - Mgazette - 1/04 8:00 am # Krisis tenaga global: Anwar ajak rakyat perkukuh ekonomi domestik KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat memperkukuh ekonomi domestik dengan mengutamakan barangan serta menyokong usahawan tempatan. Ini kerana, menurut Perdana Menteri, kekuatan dalaman merupakan benteng utama dalam mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat |
|
Wajah Siti Nurhaliza terpapar kali kedua di Times Square New York - Mgazette - 1/04 8:00 am # Wajah Siti Nurhaliza terpapar kali kedua di Times Square New York KUALA LUMPUR - Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin terus mengukuhkan legasinya apabila dipilih sebagai wakil kempen Spotify EQUAL Malaysia dan Singapura bagi bulan Mac 2026 iaitu penyertaannya buat kali kedua dalam inisiatif berprestij itu |
|
Humanoid robots steal spotlight at Boao forum, poised for breakthrough - BorneoPost - 1/04 6:00 am BOAO (April 1): At the 2026 annual conference of the Boao Forum for Asia (BFA), a stage no stranger to influential politicians and business leaders, humanoid robots are stealing the spotlight with heated discussion on their game-changing impact on other sectors |
|
Konflik Asia Barat: Bank Dunia gariskan tiga bidang untuk Malaysia perkukuh kedudukan - Sinarharian - 1/04 12:07 am KUALA LUMPUR - Bank Dunia menggariskan tiga bidang utama yang perlu diberi tumpuan oleh Malaysia untuk mengukuhkan kedudukan ekonominya dalam jangka masa panjang di tengah-tengah cabaran global semasa yang timbul daripada konflik di Asia Barat.Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Dr Apurva Sanghiberkata, kerajaan perlu menggunakan krisis ini untuk "merebut beberapa peluang" yang timbul daripada persekitaran semasa, sambil terus menguruskan tekanan dengan segera."Perkara pertama, percepatkan peralihan tenaga pintar," kata beliau sambil menekankan bahawa usaha itu harus melangkaui kenderaan elektrik dengan merangkumi tenaga boleh baharu dan penyimpanan, jika tidak, ia hanya beralih sedikit daripada minyak kepada elektrik."Yang kedua, Malaysia boleh menjadi hab pelancongan serantau denganmenambah infrastruktur, kesalinghubungan dan kedudukan yang diperlukan untuk menyokong aspirasi itu," katanya pada Forum Ilmuan Malaysia Madani Siri 9 di sini pada Selasa.Beliau berkata, perkara ketiga ialah Malaysia perlu menempatkan dirinya untuk menarik aliran modal dan membangunkan pengurusan kekayaan yang mana ia memerlukan penambahbaikan dalam infrastruktur kewangan.Bidang-bidang itu mewakili peluang jangka panjang yang boleh dibangunkan oleh Malaysia, walaupun kerajaan menumpukan perhatian kepada menguruskan kesan segera yang tercetus daripada ketidaktentuan global, tambahnya |
|
Mara jadikan dua anak Amirul Hafiz sebagai anak angkat - Sinarharian - 1/04 12:07 am IPOH - Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengambil dua kanak-kanak yang kehilangan bapa dalam satu nahas jalan raya menyayat hati di Klang, Selangor baru-baru ini sebagai anak angkat di bawah Yayasan Pelajaran Mara (YPM).Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan di laman Facebook malam ini berkata, dua kanak-kanak itu adalah Muhammad Aqif Amsyar, 9, dan Muhammad Afif Izz Rayqal, 7, iaitu anak kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33.Beliau berkata, inisiatif itu adalah sebagai rasa tanggungjawab dan keprihatinan selain bukan sekadar bantuan sementaratetapi satu komitmen jangka panjang bagi memastikan pendidikan mereka terus terbela."Bantuan elaun bulanan sebanyak RM120 seorang akan disalurkan di peringkat sekolah rendah dan ditingkatkan kepada RM150 apabila mereka melangkah ke sekolah menengah, disertai pemantauan berterusan sehingga mereka menamatkan persekolahan," katanya.Beliau turut berterima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Mohammad Daud Mohd Yusoffdan Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Faisalludin Mohamat Yusuff yang mewakilinya pagi tadi bagi ziarah dan menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga mangsa.Asyraf Wajdi juga menitipkan kata-kata semangat untuk Muhammad Aqif Amsyar dan Muhammad Afif Izz Rayqal untuk terus kuat dan tabah serta supaya belajar bersungguh-sungguh."Insya-ALLAH, Mara akan sentiasa bersama kalian dalam membina masa depan yang lebih baik |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |