| /// |
|
| Search : Bbp News | Page 1 |
|
Hilang tiga hari, Nur Izzati ditemui meninggal dunia - Sinarharian - 26/05 1:57 pm HULU SELANGOR Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar pukul 11.58 pagi di kawasan kebun berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung MalimNur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegiPolis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - BapaPenolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi hari ini dimulakan pihaknya dengan Unit Anjing Pengesan JBPM pada jam 9 pagi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan pertahanan Awam (APM), Bomba Sukarela, Pejabat Hutan, Pejabat Tanah, Malim Gunung (MGP) serta barisan sukarelawan."Pada jam 11.58 pagi, mangsa telah dijumpai oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM."Mangsa ditemui telah meninggal dunia dan diserahkan pada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan kebun iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).Tambahnya, mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat.Sebelum itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah digerakkan ke lokasi selepas menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 1.28 petang, Sabtu lalu.Tugas mencari mangsa kemudian telah digerakkan dengan bantuan BBP Tanjung Malim sebelum radius pencarian diperluas merangkumi 0.43 kilometer persegi di hari kedua.Memasuki hari ketiga, Ketua BBP Kuala Kubu Bharu melaporkan radius pencarian mangsa telah diperluas merangkumi kawasan seluas 0.65 kilometer persegi. |
|
Pemandu jengkaut cedera parah dihempap runtuhan kuari - Sinarharian - 25/05 5:40 pm POKOK SENA Seorang pemandu jengkaut cedera parah selepas kenderaan dipandunya dihempap runtuhan tanah dan batu kuari dalam kejadian di sebuah kuari di Simpang Bukit Tembaga di sini pada Isnin.Mangsa, Ahmad Zaidi Dali, 29, dilaporkan tersepit di dalam kabin jengkaut selepas berlaku runtuhan di kawasan Kuari Ismail kira-kira jam 2.07 petang.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena, Bakar Saad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 sebelum sepasukan anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.Menurutnya, pasukan bomba tiba kira-kira sembilan minit kemudian dan mendapati sebuah jengkaut telah dihempap runtuhan tanah serta batu kuari."Komander operasi melaporkan terdapat seorang mangsa yang juga pemandu jengkaut terperangkap dan tersepit di dalam runtuhan tersebut."Struktur pintu serta rangka kabin jengkaut rosak selain dipenuhi tanah akibat runtuhan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, anggota bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat dengan menstabilkan jentera sebelum menggunakan peralatan hidraulik serta peralatan menyelamat khas bagi membuka ruang akses kepada mangsa.Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut."Operasi melibatkan tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari BBP Pokok Sena."Turut membantu di lokasi kejadian ialah pihak polis dan petugas KKM |
|
4 jam padam kebakaran 2 kilang, asrama pekerja di Juru - Mygazette - 25/05 3:38 pm Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam tadi, kebakaran melibatkan kilang pembuatan minuman kesihatan, kilang kabinet dapur serta asrama pekerja yang terletak di dalam gudang kitar semula barangan plastik. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.25 malam sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai tiba di lokasi 13 minit kemudian |
|
Budak lelaki maut tersepit, 11 lagi cedera nahas tiga kenderaan - Sinarharian - 25/05 9:45 am ROMPIN - Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Segamat-Kuantan, Muadzam Shah di sini awal pagi Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 1.12 pagi itu, mangsa yang menaiki Proton Saga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan tersebut.Menurutnya, operasi turut dibantu lima anggota bersama sebuah jentera dari BBP Chini."Kemalangan melibatkan 12 mangsa daripada tiga kenderaan iaitu Proton Saga, Perodua Alza dan Perodua Axia."Dalam Proton Saga, dua lelaki dewasa tersepit dan cedera manakala seorang kanak-kanak lelaki turut cedera dan seorang lagi kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, empat mangsa yang menaiki Perodua Alza terdiri daripada seorang lelaki dewasa, dua perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan yang kesemuanya cedera."Bagi Perodua Axia pula, seorang perempuan dewasa tersepit dan cedera manakala dua lagi perempuan dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki turut cedera," jelasnya.Zulfadli memberitahu, pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.Jelasnya, keemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut."Mangsa yang meninggal dunia pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. |
|
Dua lelaki maut kemalangan libat dua kenderaan - Sinarharian - 25/05 9:37 am KUALA KUBU BHARU - Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal di Jalan Ampang Pecah-Rasa, di sini awal pagi Isnin.Dalam kejadian itu, mangsa yang maut ialah penunggang motosikal berusia 28 tahun dan pembonceng berusia 14 tahun.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.14 tengah malam.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian."Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Waja dan sebuah motosikal."Terdapat tiga mangsa terlibat terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Katanya, dua mangsa lelaki yang menaiki motosikal disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian."Seorang wanita yang juga pemandu kereta berusia 51 tahun mengalami kecederaan."Pihak bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.Menurutnya, operasi melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera dari BBP Bukit Sentosa. |
|
Bomba selamatkan dua wanita sesat di Pantai Keramat - Mygazette - 25/05 7:43 am Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.13 tengah hari. Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah bersama bantuan BBP Teluk Kemang, Port Dickson digerakkan ke lokasi dan sebaik tiba, didapati benar dua mangsa wanita berusia 28 tahun tersesat di kawasan itu |
|
Nur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegi - Sinarharian - 24/05 8:54 pm KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat remaja perempuan,Nur Izzati Humaira Azizulyang dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa dekat TanjongMalim semalam,meliputi kawasan seluas 0.436 kilometer (KM) persegi pada Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, 76 anggota bomba,sukarelawan dan ahlipertubuhan bukan kerajaan terlibat dengan operasi yang bermulabermula pada 9 pagi.Beliau berkata, pihaknya turut menggunakan khidmat dua anjing pengesan bagi membantu mengesan mangsa."Mangsa belum ditemukan. Operasiditangguh pada 6.30 petang dan akan disambung semula 9 pagi esok,"katanya ketika dihubungi Bernama.Nur Izzati Humaira, 19,dilaporkan hilang dipercayai tersesat semasa melakukan aktiviti pendakian di bukit berkenaan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPMPerak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.26 tengah hari, sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dan BBP Tanjong Malim digegaskan ke lokasi kejadian.Sabarodzi berkata, mangsa dipercayai tersesat semasa menuruni bukit bersama lima rakan dan ahli keluarganya.Mangsa kali terakhir dilihat pada radius 234 meter ketinggian Bukit Changkat Asa.- Bernama |
|
Bomba bantu angkat lelaki obesiti 260 kilogram ke hospital - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Bomba bantu angkat lelaki obesiti 260 kilogram ke hospital ALOR GAJAH - Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah membantu memindahkan seorang lelaki obesiti seberat kira-kira 260 kilogram (kg) di Taman Seri Gamelan, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah hari ini |
|
Pendaki wanita sesak nafas diselamatkan ketika mendaki Gunung Irau - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Pendaki wanita sesak nafas diselamatkan ketika mendaki Gunung Irau CAMERON HIGHLANDS Seorang wanita dewasa mengalami sesak nafas dipercayai akibat serangan asma ketika mendaki di kawasan Gunung Irau berjaya dibawa keluar dalam operasi menyelamat malam tadi. Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pukul 9 malam sebelum anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands digerakkan ke lokasi seminit kemudian |
|
Dua beradik dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Beril - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Dua beradik dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Beril DUNGUN - Dua beradik dikhuatiri lemas ketika mandi bersama-sama dua rakan mereka di Sungai Beril, Paka, di sini pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka Penolong Penguasa Mohd Rizuan Ramli berkata dua beradik berkenaan, Muhammad Amir Ashraf Mohd Zulnaidi, 15, dan Muhammad Aidil Amsar Mohd Zulnaidi, 14, dari Kampung Kolam di sini dipercayai hanyut dibawa arus ketika mandi di sungai itu pada 11 pagi |
|
Dua beradik dikhuatiri lemas ketika mandi sungai - Sinarharian - 24/05 3:15 pm DUNGUN - Dua beradik dikhuatiri lemas ketika mandi bersama-sama dua rakan mereka di Sungai Beril, Paka, di sini pagi Ahad.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka, Penolong Penguasa Mohd Rizuan Ramli berkata, dua beradik berkenaan, Muhammad Amir Ashraf Mohd Zulnaidi, 15, dan Muhammad Aidil Amsar Mohd Zulnaidi, 14, dari Kampung Kolam di sini dipercayai hanyut dibawa arus ketika mandi di sungai itu pada jam 11 pagi.Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.19 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka tiba di lokasi enam minit kemudian.Mohd Rizuan berkata, sebelum kejadian, empat pelajar berkenaan datang ke sungai tersebut untuk mandi-manda pada jam 10.30 pagi."Bagaimanapun, dua mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala dua lagi dipercayai hilang dalam sungai berkenaan dan operasi pencarian sedang giat dijalankan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini pada Ahad.Mohd Rizuan berkata, kedua-dua beradik itu merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, dekat sini.Sementara itu, beliau berkata, dua remaja yang terselamat dalam kejadian itu ialah Muhammad Farish Iqbal Cik Mohana Runasdi, 14, dan Muhammad Afi Naashif Adli Noone, 15.Operasi mencari dan menyelamat (SAR), katanya, membabitkan 15 anggota dari BBP Paka dengan bantuan BBP Kerteh serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Chukai."Pasukan bomba menjalankan pencarian di sekitar pesisir sungai, manakala unit PPDA turut digerakkan bagi operasi menyelam untuk mengesan mangsa yang masih hilang," katanya |
|
Budak 11 tahun ditemukan lemas selepas terjatuh dalam sungai - Sinarharian - 24/05 12:44 am SUNGAI BULOH - Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE)) berdekatan Menara FINAS, Damansara Damai di sini pada Sabtu.Mayat mangsa, Paulus Amsal Jimri, 11, itu ditemukan kira-kira 1.9 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan lebih 18 jam oleh pasukan penyelamat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.30 petang.Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh bersama bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam digerakkan ke lokasi kejadian."Komander operasi menerima laporan awal daripada pihak polis memaklumkan seorang budak lelaki berusia 11 tahun dipercayai lemas di sungai terbabit."Operasi pencarian segera dijalankan oleh anggota bomba menggunakan teknik surface searching di sepanjang kawasan sungai," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya, pencarian pada hari pertama dilakukan sejauh dua kilometer melalui kaedah pencarian permukaan dari darat, namun mangsa gagal ditemukan."Operasi ditangguhkan pada jam 9 malam selepas mengambil kira faktor keselamatan serta keadaan gelap yang menyukarkan pencarian."Operasi kemudian disambung semula pada jam 7.30 pagi Ahad dengan anggota melakukan pencarian menyusuri tebing sungai dari Jambatan Paya Jaras Hilir hingga Jambatan Merbau Sempak," katanya.Menurutnya, pada jam 10 pagi, pihaknya menerima maklumat terdapat mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemukan di tepi sungai di Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh."Pasukan PPDA berjaya membawa naik mangsa pada jam 10.47 pagi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada jam 11 pagi."Pengecaman mayat kemudian dibuat oleh ahli keluarga sebelum mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. |
|
Remaja perempuan maut, lapan cedera dalam dua kemalangan - Sinarharian - 24/05 9:12 am IPOH Seorang remaja perempuan maut manakala lapan lagi cedera dalam dua kemalangan jalan raya berasingan yang berlaku di Ayer Tawar, Manjung dan Bidor, Tapah awal pagi Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian pertama dilaporkan pada jam 1.15 pagi membabitkan dua kenderaan di hadapan Petronas Changkat Cermin, Changkat Cermin, Ayer Tawar.Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah Honda CRV dan Perodua Kancil itu menyebabkan dua mangsa yang menaiki Perodua Kancil tersepit."Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah."Pemandu Honda CRV bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dan BBP Seri Iskandar yang tiba pada jam 1.24 pagi menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.Katanya, mangsa lelaki yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa wanita diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.Menurut beliau, operasi yang melibatkan 17 anggota dengan dua jentera tamat sepenuhnya pada jam 3.18 pagi.Sementara itu, dalam satu lagi kejadian yang berlaku sekitar jam 5.14 pagi di Kilometer 342.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Bidor, tujuh individu cedera selepas dua kenderaan terbabit dalam kemalangan.Sabarodzi berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah Ford Ranger yang dinaiki enam individu dengan sebuah Honda Civic."Terdapat seorang wanita berusia 42 tahun yang menaiki Ford Ranger tersepit, manakala lima lagi mangsa mengalami kecederaan ringan dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba."Pemandu Honda Civic iaitu seorang wanita berusia 21 tahun turut mengalami kecederaan ringan dan telah dibantu keluar oleh orang awam," katanya.Menurutnya, anggota dari BBP Bidor menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa tersepit sebelum semua mangsa diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.Operasi yang melibatkan enam anggota dengan sebuah jentera itu berjaya dikawal pada jam 6.20 pagi sebelum tamat lima minit kemudian. |
|
Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung Malim - Sinarharian - 23/05 10:24 pm TANJUNG MALIM Seorang remaja perempuan dikhuatiri hilang dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa, di sini pada Sabtu.Mangsa dikenali sebagai Nur Izzati Humaira Azizul, 19, dilaporkan terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya yang melakukan aktiviti mendaki di lokasi berkenaan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 1.26 tengah hari."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dijalankan di kawasan mangsa dilaporkan kali terakhir dilihat iaitu di ketinggian kira-kira 234 meter."Bagaimanapun setakat jam 7 malam, mangsa belum ditemui," katanya dalam satu kenyataan di sini.Beliau berkata, operasi melibatkan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan Kuala Kubu itu turut dibantu 14 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bersama anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Malim Gunung Perhutanan."Operasi telah ditangguhkan jam 7 malam dan diserahkan kepada BBP Kuala Kubu kerana merupakan kawasan jagaan untuk tindakan lanjut."Bantuan tambahan dari BBP Tanjug Malim akan digerakkan sekiranya diperlukan," katanya. |
|
Rumah terbakar, warga emas maut sesak nafas - Sinarharian - 22/05 1:55 pm PAPAR - Seorang wanita warga emas ditemukan maut dipercayai akibat sesak nafas selepas terhidu asap tebal dalam kejadian kebakaran di rumahnya di Kampung Seri Tanjung Pengalat Kecil, di sini pada awal pagi Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 72 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan bilik air rumah tersebut.Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Hamdani Harith berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.29 pagi.Katanya, seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira empat kilometer dari BBP Papar."Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal yang terbakar 90 peratus dan operasi memadam kebakaran segera dilakukan menggunakan sumber air dari pili bomba."Terdapat seorang wanita warga emas ditemui tidak sedarkan diri pada jam 7.57 pagi dan usaha mengeluarkan mangsa segera dilakukan |
|
Bomba selamatkan bas dari musnah terbakar - Sinarharian - 21/05 5:25 pm KUANTAN- Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan sebuah bas ekspres dari musnah terbakar di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Istana Mahkota, Pekan pada Khamis.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, bas ekspres tanpa penumpang itu dipercayai baru keluar dari bengkel dan dalam perjalanan ke Kuantan.Menurutnya, ketika tiba di lokasi, pemandu menyedari berlaku kebakaran pada bahagian enjin bas berkenaan."Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 2.20 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu ke lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai untuk bantuan pemadaman."Sejurus tiba, anggota bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan aliran salur bantu mula air tangki pam jentera hingga api dapat dipadamkan sepenuhnya," katanya.Mohd Salahaluddin berkata, operasi dibantu anggota dari balai bantuan, BBP Pekan mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya."Pemeriksaan secara menyeluruh dilakukan |
|
Kilang kayu musnah dalam kebakaran - Sinarharian - 21/05 7:45 am PUCHONG Sebuah kilang kayu di Taman Putra Perdana di sini musnah dalam kebakaran pada Khamis.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.05 pagi."Seramai 38 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya serta bantuan BBP Dengkil, BBP Puchong dan BBP Seri Kembangan bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 14 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya tiba di lokasi kira-kira 11 minit kemudian, mendapati sebuah kilang kayu kelas C terbakar 80 peratus."Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos sepanjang 61 meter dengan enam pancutan nozel daripada sumber air pili bomba serta water tanker," katanya.Beliau berkata, api berjaya dikawal pada jam 4 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 5 pagi."Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya. |
|
Dua lelaki maut tertimbus runtuhan tebing sungai dipercayai ketika melombong emas - Sinarharian - 21/05 7:26 am JELI - Dua lelaki maut selepas tertimbus dalam runtuhan tebing tanah setinggi dua meter dipercayai berlaku ketika aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong di sini pada Rabu malam.Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, seorang lagi mangsa dilaporkan terselamat.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian mangsa tertimbus tanah sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.Menurut beliau, operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila pasukan bomba tidak dapat memasuki kawasan ladang menggunakan jentera kerana laluan sempit."Komander operasi memaklumkan pasukan terpaksa menggunakan kenderaan pikap jenis Hilux untuk masuk ke lokasi kejadian."Operasi pencarian dimulakan pada jam 9.20 malam dan didapati benar terdapat dua mangsa tertimbus akibat runtuhan tebing tanah setinggi dua meter di kawasan anak sungai," katanya ketika dihubungi pada Khamis.Beliau memberitahu, mangsa pertama berjaya ditemukan pada jam 9.25 malam manakala mangsa kedua ditemui pada jam 11.18 malam.Ujarnya, kedua-dua mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.40 malam," katanya.Adni memberitahu, seramai sembilan anggota dari BBP Jeli terlibat dalam operasi tersebut dengan bantuan sebuah jentera FRT, EMRS dan RRV. |
|
Lima jam bertarung kawal kebakaran kilang - Sinarharian - 20/05 11:46 am SUNGAI SIPUT - Kebakaran sebuah kilang memproses alat ganti kenderaan di sini memaksa anggota bomba bertarung hampir lima jam sebelum api berjaya dipadam pada Selasa.Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput pada jam 10.05 malam memusnahkan kira-kira 70 peratus struktur bangunan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi pemadaman berjaya dikawal kira-kira jam 11.10 malam sebelum api dipadam sepenuhnya pada jam 3.48 pagi."Operasi pemadaman dilakukan dengan mengaplikasikan konsep RECEO serta menggunakan beberapa aliran hos bagi mengawal kebakaran."Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini.Beliau berkata, operasi tersebut melibatkan 26 keanggotaan dari BBP Meru Raya, Simpang Pulai dan Tambun bersama beberapa jentera termasuk FRT, LFRT, EMRS, water tanker dan aerial ladder platform (ALP) digerakkan ke lokasi kejadian.Katanya, operasi turut mendapat bantuan 36 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Pekan Baru, Kampar, Chemor dan Simpang Jalong."Sumber air diperoleh daripada tangki jentera, pili bomba berhampiran serta bantuan lori tangki air sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya," katanya.Sabarodzi berkata, pemantauan berkala terus dijalankan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada sisa kebakaran yang boleh mencetuskan api semula. |
|
Lelaki ditemukan lemas, adik hilang - Sinarharian - 16/05 4:55 pm KOTA BELUD - Seorang lelaki ditemukan lemas manakala adiknya masih hilang ketika mandi di Sungai Malangkap di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, Zul Hakim Abdullah, 23, ditemukan pasukan bomba manakala adiknya, Daniel, 18, dipercayai dibawa arus dan masih hilang.Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.26 pagi.Katanya, seramai sembilan anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 30 kilometer dari BBP Kota Belud."Sebaik tiba di lokasi, terdapat dua mangsa dipercayai lemas dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan di pesisir sungai menggunakan kaedah pencarian di permukaan air."Mangsa pertama berjaya ditemui pada jam 10.18 pagi pada jarak kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian |
|
Bengkel kenderaan di Salak Selatan dijilat api - Mygazette - 15/05 3:06 pm Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) balai itu menerima panggilan pada 8.07 pagi melalui talian NG999. "Seterusnya jentera Balai Jagaan dari BBP Bandar Tun Razak Bersama bantuan daripada BBP Pudu dan BBP Hang Tuah telah digerakkan ke lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan |
|
Bilik UPS Sasana Kijang terbakar - Sinarharian - 15/05 10:39 am KUALA LUMPUR - Bilik sistem bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS) di Sasana Kijang, Bank Negara, di sini terbakar pada Jumaat.Dalam kejadian pada jam 7.32 pagi itu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, susulan itu sepasukan 17 anggota dan pegawai bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dengan bantuan BBP Titiwangsa digerakkan ke lokasi.Katanya, pasukan bomba diketuai komander operasi, S Thirugaiyah yang tiba di lokasi mendapati kebakaran membabitkan sebuah bilik UPS 'Backup Battery' di tingkat tiga bangunan itu."Tindakan pantas anggota berjaya memadam kebakaran dan api dapat dikawal pada jam 7.46 pagi |
|
Dua beradik nyaris lemas ketika mandi sungai - Sinarharian - 13/05 10:37 pm KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak tidak sedarkan diri manakala abangnya selamat selepas dipercayai nyaris lemas ketika mandi di sungai dalam kejadian di Kampung Dombung, Jalan Rampaian, Manggatal, di sini, pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, Hamizan Razman, 10, diselamatkan pasukan bomba sebelum dibawa ke hospital manakala abangnya, Hazim, 11, diselamatkan oleh rakannya.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.51 petang.Katanya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh tiga kilometer dari BBP Lintas."Menurut laporan, terdapat mangsa lemas ketika mandi sungai melibatkan dua kanak-kanak |
|
Lapan kanak-kanak terperangkap kepala air diselamatkan - Sinarharian - 13/05 8:54 pm KUANTAN - Lapan kanak-kanak terpaksa menyelamatkan diri di atas batu besar sementara menunggu diselamatkan selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Menson, Perkampungan Orang Asli Kampung Terisu,Kuala Terla, Cameron Highlands, pada Rabu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 5.10 petang.Menurutnya, berdasarkan maklumat, lapan kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan empat hingga 12 tahun terperangkap di atas batu selepas gagal menyeberang ekoran arus deras."Jarak dari tebing ke tempat mangsa kira-kira 20 meter memaksa khidmat anggota bomba untuk membawa mereka ke tempat selamat."Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands tiba di lokasi kira-kira jam 5.47 petang sebelum operasi menyelamat semua kanak-kanak terbabit digerakkan," katanya.Mohd Salahuddin berkata, operasi menyelamat mangsa menggunakan tali penyelamat mengambil masa kira-kira dua jam sebelum semua mangsa berjaya diselamatkan."Semua mangsa berjaya diselamatkan kira-kira jam 7.58 malam sebelum diserahkan kepada pihak polis dan keluarga masing-masing."Operasi turut dibantu anggota dari BBP Ringlet dan polis," katanya. |
|
Adik OKU rentung, abang gagal selamatkan - Sinarharian - 13/05 1:01 pm KOTA MARUDU - Seorang lelaki yang cuba menyelamatkan adiknya yang juga orang kurang upaya (OKU) gagal apabila mangsa ditemukan rentung dalamkebakaran di sebuah rumah di Kampung Torintidon, Jalan Kampung Lampada di sini, awal pagi Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, remaja autistikberusia 16 tahun itu ditemukan rentung di dalam bilik rumah berkenaan, manakala abangnya berusia 28 tahun melecur ketika cuba menyelamatkannya.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Debli Mamoi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.23 pagi.Katanya, seramai 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 22 kilometer dari BBP Kota Marudu, namun operasi berdepan kesukaran apabila kawasan berkenaan tidak mempunyai liputan Rangkaian Trunk Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) serta liputan telefon yang lemah selain keadaan jalan tidak berturap."Pergerakan jentera FRT sejauh 14 kilometer hanya dapat dilalui sehingga berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Lampada sebelum pasukan meneruskan perjalanan ke lokasi menggunakan kenderaan pacuan empat roda disebabkan keadaan jalan yang tidak berturap."Sebaik tiba, kami dapati sebuah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus dan pasukan segera menjalankan kerja-kerja overhaul menggunakan sumber air daripada paip penduduk kampung," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati dua mangsa terlibat dalam kejadian berkenaan."Seorang mangsa remaja OKU autisme ditemukan rentung di dalam bilik, manakala abangnya mengalami lecur di bahagian depan dan belakang badan serta tangan ketika cuba menyelamatkan adiknya."Mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak polis, manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kota Marudu oleh penduduk kampung untuk rawatan lanjut," katanya.Debli berkata, operasi pemadaman dan pemeriksaan ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.53 pagi selepas keadaan disahkan selamat. |
|
Wanita OKU rentung, ibu cedera dalam kebakaran rumah - Sinarharian - 13/05 9:17 am PARIT BUNTAR Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Parit 310, Bagan Tiang, awal pagi Rabu.Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar jam 2.34 pagi melibatkan mangsa, Nor Haniza Mahyudin, 48.Kebakaran itu turut menyebabkan ibu mangsa berusia 71 tahun mengalami kecederaan selepas melecur di kedua-dua tapak kaki.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati api sedang marak dengan anggaran kemusnahan sekitar 70 peratus.Menurutnya, sebuah kenderaan jenis Proton Iriz turut terbakar dalam kejadian sama."Mangsa wanita OKU ditemukan meninggal dunia di dalam rumah berkenaan."Seorang lagi mangsa yang juga warga emas cedera pada kedua-dua tapak kaki telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, operasi pemadaman melibatkan anggota dari BBP Parit Buntar dibantu BBP Kuala Kurau serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Parit Buntar dengan kekuatan keseluruhan 17 anggota.Menurutnya, komander operasi melaksanakan size-up sebelum mengaplikasikan konsep RECEO dengan mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pemadaman sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya."Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.25 pagi," katanya. |
|
Dua beradik perempuan ditemukan lemas di Sungai Jeram Hulu Dua beradik .. - Mygazette - 13/05 6:26 am Mayat Nur Afiqah Shahirah Mohd Shawalluddin, 15, dan Nur Shakila Shahirah Azman, 12, dari Kampung Jeram ditemukan di kedalaman empat meter, kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA). Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Baharum Hasim berkata operasi melibatkan 14 petugas, termasuk pegawai serta anggota PPDA dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu dan BBP Kuala Nerus |
|
Kegembiraan empat remaja mandi sungai bertukar tragedi, dua dikhuatiri lemas - Sinarharian - 12/05 5:54 pm KUALA NERUS Kegembiraan empat remaja melakukan aktiviti mandi-manda di Sungai Jeram Tokong bertukar tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas dalam kejadian pada petang Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, dua lagi rakan mangsa bagaimanapun dilaporkan berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 3.11 petang."Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kuala Terengganu telah dikejarkan ke lokasi kejadian."Laporan awal mendapati terdapat empat remaja berusia belasan tahun sedang mandi di sungai berkenaan sebelum ditimpa musibah."Dua mangsa telah diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala dua lagi mangsa dipercayai masih hilang," katanya di sini pada Selasa.Menurut kenyataan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan sejurus jentera pertama tiba di lokasi pada jam 3.22 petang."Tindakan anggota ketika ini adalah melakukan kerja-kerja pencarian di permukaan air (water surface searching) bagi mengesan kedudukan mangsa yang hilang."Pasukan bantuan PPDA turut tiba di lokasi pada jam 4.06 petang bagi memperkuatkan operasi pencarian di dasar sungai," katanya.Sehingga kini, identiti kesemua mangsa masih dalam proses pengesahan dan operasi mencari dua lagi mangsa yang hilang masih diteruskan.Logistik yang terlibat dalam operasi tersebut termasuk sebuah jentera LFRT, satu unit EMRS dan sebuah kenderaan PPDA. |
|
Seorang maut, 11 selamat dalam kebakaran rumah kedai - Sinarharian - 12/05 9:19 am KUALA LUMPUR Seorang lelaki warga asing ditemukan maut manakala 11 lagi berjaya diselamatkan dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Tun H S Lee, di sini pada Selasa.Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.13 pagi.Seramai 45 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dengan bantuan BBP Titiwangsa, BBP Pudu, BBP Sentul dan BBP Sri Hartamas bergegas ke lokasi kejadian.Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba 1 Azrul Khairi Abu Bakar berkata, sebaik tiba di lokasi pada jam 2.25 pagi, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan rumah kedai tiga tingkat."Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 12 mangsa warga asing terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita."Bagaimanapun, seorang lelaki disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, empat lelaki dewasa berjaya diselamatkan di tingkat dua manakala dua lelaki dan seorang wanita yang berada di bahagian bumbung bangunan dibawa turun menggunakan tangga bomba."Kebakaran melibatkan tingkat bawah dan tingkat satu bangunan yang terbakar kira-kira 50 peratus," katanya.Menurutnya, kesemua mangsa yang terselamat dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut."Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.10 pagi, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. |
|
Bangunan di Tapak Pesta Pulau Pinang terbakar - Sinarharian - 11/05 8:27 pm GEORGE TOWN - Sebuah bangunan dua tingkat tidak berpenghuni di Pavilun Aceh, Tapak Pesta Sungai Nibong, Bayan Lepas musnah kira-kira 70 peratus dalam kebakaran pada petang Isnin.Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 3.49 petang itu, tiada mangsa dilaporkan terlibat.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 3.49 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bergegas ke lokasi.Menurutnya, operasi turut dibantu BBP Bayan Baru serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batu Maung."Kebakaran melibatkan sebuah bangunan jenis kekal kelas A yang tidak berpenghuni dengan keluasan dianggarkan 50 x 10 kaki persegi."Ketika tiba di lokasi pada jam 3.59 petang, komander operasi melakukan penilaian awal sebelum mengarahkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan kerja pemadaman menggunakan kaedah ofensif dan defensif," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.14 petang dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.10 malam."Anggota bertugas telah menjalankan kerja-kerja pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran yang boleh mencetuskan bahaya."Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.26 malam |
|
Bengkel kereta musnah kebakaran di Kangar - Mygazette - 11/05 4:24 pm KANGAR - Sebuah bengkel kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Kangar-Alor Setar di sini awal pagi tadi. Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 3.58 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kangar dikejarkan ke lokasi |
|
9 penghuni rumah terselamat daripada kebakaran - Mygazette - 11/05 4:24 pm Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5 pagi. Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bertam bersama bantuan BBP Kepala Batas tiba di lokasi kejadian 11 minit kemudian |
|
Wanita maut, bayi lapan bulan antara cedera pacuan empat roda terbabas - Sinarharian - 11/05 1:50 pm LAHAD DATU - Seorang wanita maut manakala tiga lagi termasuk bayi berusia lapan bulan cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas dalam kejadian di Jalan Bukit Belacon Segama di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, Nalma Ato, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi manakala tiga lagi, Oden Amros, 42, Aiman Makmur, 25, dan bayi perempuan dikenali sebagai Sartika masing-masing mengalami kecederaan ringan.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.47 pagi.Katanya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 17 kilometer dari BBP Lahad Datu."Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota SR yang terbabas sendiri dan terdapat seorang mangsa tersepit didalamnya."Operasi mengeluarkan mangsa segera dilalukan menggunakan peralatan khas Rescue Tools (RTA) namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan.Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya."Sementara itu, tiga lagi mangsa lain dilaporkan hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Lahad Datu dengan menggunakan ambulans bagi rawatan lanjut."Operasi kemudian ditamatkan selepas memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi kejadian," katanya. |
|
Gudang perabot musnah terbakar di Semenyih - Mygazette - 11/05 7:52 am Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.45 petang. Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira empat minit kemudian di lokasi kejadian |
|
Gudang perabot musnah terbakar - Sinarharian - 10/05 7:24 pm SEMENYIH - Sebuah gudang perabot musnah dalam kebakaran berhampiran Diamond City, Jalan Broga di sini pada Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.45 petang.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih bersama beberapa balai bantuan bergegas ke lokasi kejadian."Jentera pertama tiba di lokasi kira-kira empat minit selepas panggilan diterima."Kebakaran melibatkan sebuah gudang perabot jenis bangunan kelas B dengan anggaran kemusnahan sebanyak 80 peratus," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Kajang, BBP Bangi, BBP Pandan Indah, BBP Mantin serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Serdang."Seramai 27 anggota bersama beberapa jentera dikerahkan ke lokasi bagi mengawal dan memadam kebakaran."Setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan," katanya.Tambah beliau, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. |
|
Bangunan di SK Kampung Baru Tok Dor musnah terbakar - Sinarharian - 9/05 8:07 pm JERTIH - Sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Tok Dor, dekat sini yang mempunyai 13 bilik, musnah 100 peratus dalam kebakaran yang berlaku tengah hari tadi.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Mustafa Ismail berkata, kebakaran itu disedari oleh pengawal keselamatan sekolah sebelum bertindak menghubungi bomba.Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.13 tengah hari sebelum tiba di lokasi, 26 minit kemudian."Kebakaran melibatkan bangunan lama sekolah yang dibina daripada kayu, berkeluasan 61x9 meter persegi yang mempunyai 13 bilik termasuk bilik buku teks, bilik simpanan susu, bilik muzik, bilik koperasi sekolah, bilik rehat pekerja serta bilik pemulihan khas," katanya dalam kenyataan hari ini.Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa berlaku.Mustafa berkata, operasi pemadaman melibatkan sebanyak 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jertih serta BBP Besut dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 13 minit kemudian."Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya |
|
Lelaki maut terkena renjatan elektrik di atas bumbung - Sinarharian - 9/05 7:43 pm KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di atas bumbung sebuah restoran di Karambunai, di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, mangsa yang belum diketahui identiti itu disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.16 petang.Katanya, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 33 kilometer dari BBP Kota Kinabalu."Menurut komander operasi terdapat seorang mangsa lelaki dilaporkan terkena renjatan elektrik di atas bumbung bangunan."Pasukan bomba bertindak menurunkan mangsa menggunakan pengusung dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan.Katanya lagi, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. |
|
Pemuda maut kebakaran rumah di Sungai Petani Pemuda maut kebakaran rumah .. - Mygazette - 8/05 2:48 pm SUNGAI PETANI - Seorang pemuda ditemukan maut dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Lorong Astana, Bandar Sri Astana di sini, hari ini. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan pada jam 4.51 pagi sebelum 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani bersama bantuan BBP Aman Jaya digerakkan ke lokasi kejadian |
|
Pemuda maut di loteng, bapa sesak nafas rumah terbakar - Sinarharian - 8/05 11:35 am SUNGAI PETANI - Seorang pemuda maut manakala bapanya pula sesak nafas selepas rumah mereka di Bandar Seri Astana di sini terbakar pada Jumaat.Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pegawai Bomba Kanan I Mohd Zaki Senik berkata, mangsa yang maut berusia 20-an itu dijumpai di ruang loteng rumah pada jam 5.23 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Menurutnya, bapa mangsa yang berusia 50-an pula telah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut."Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada jam 4.51 pagi memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah rumah dengan api sedang marak."Susulan itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani bersama bantuan BBP Amanjaya telah digerakkan ke lokasi kejadian melibatkan 22 anggota serta beberapa aset termasuk sebuah FRT, EMRS, Water Tanker dan jentera bantuan," katanya.Beliau berkata, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 5.07 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas A satu tingkat."Kebakaran dianggarkan memusnahkan kira-kira 80 peratus struktur rumah dan dipercayai bermula dari bahagian hadapan rumah, sebuah kereta Perodua Alza musnah 90 peratus serta empat buah motosikal turut terjejas," katanya.Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.41 pagi.Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat. |
|
Rumah kongsi tapak pembinaan musnah terbakar - Sinarharian - 7/05 11:07 am KUALA LUMPUR Rumah kongsi dalam kawasan tapak pembinaan yang ditinggalkan musnah terbakar di Jalan Kijang di sini pada Khamis.Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.45 pagi sebelum menghantar pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu ke lokasi kejadian.Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pasukan bantuan dari BBP Jalan Hang Tuah turut digerakkan melibatkan dua jentera, sebuah lori tangki air."Seramai 14 anggota dan pegawai bomba tetlibat dalam operasi itu, setibanya pasukan bomba di lokasi didapati kebakaran melibatkan rumah kongsi di dalam kawasan tapak pembinaan yang telah ditinggalkan."Anggaran keluasan kebakaran adalah 100 x 100 kaki persegi dan terbakar sepenuhnya |
|
Lapan kenderaan terperangkap akibat banjir kilat di Lembah Klang - Mygazette - 7/05 8:11 am Lima kenderaan telah terperangkap di Jalan Awan Kecil. Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.23 petang |
|
Budak autistik tujuh tahun hilang selepas keluar rumah - Sinarharian - 6/05 9:59 pm BEAUFORT - Seorang kanak-kanak autistik hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Lumadan di sini pada Rabu.Kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Vin Aaric Victor berusia tujuh tahun itu disedari hilang sekitar jam 4.30 petang.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.53 petang daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.Katanya, seramai lapan anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 18 kilometer dari BBP Beaufort."Menurut maklumat, mangsa yang hilang merupakan kanak-kanak autistik dan disahkan hilang apabila tidak ditemui di kawasan rumah selepas ibu bapanya pulang dari pekan."Baju terakhir mangsa pakai berwarna hitam dan berseluar biru gelap |
|
Lapan kenderaan terperangkap banjir kilat di 3 lokasi sekitar KL - Sinarharian - 6/05 6:39 pm KUALA LUMPUR Sebanyak lapan kenderaan dilaporkan terperangkap dalam kejadian banjir kilat di tiga lokasi sekitar ibu negara susulan hujan lebat pada Rabu.Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 sebelum menggerakkan pasukan Bomba dan Penyelamat ke semua lokasi terlibat.Kejadian banjir dilaporkan berlaku di Jalan Awan Kecil, Taman OUG; Jalan Kuchai Lama menghala Jalan Klang Lama; serta Terowong Lebuhraya Kuala LumpurSeremban menghala Sri Petaling.Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan bahawa sebanyak lima buah kereta terperangkap dalam banjir di Jalan Awan Kecil."Manakala di Jalan Kuchai Lama menghala Jalan Klang Lama pula, dua buah kereta turut terperangkap dalam banjir."Sementara itu, di Terowong Lebuhraya Kuala LumpurSeremban menghala Sri Petaling, sebuah kenderaan dilaporkan terperangkap akibat takungan air dalam terowong berkenaan," katanya.Menurutnya, anggota bomba yang terlibat dalam operasi itu terdiri daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling, BBP Seputeh dan BBP Bukit Jalil."Anggota bomba telah menjalankan pemantauan di kawasan sekitar dan memastikan keadaan terkawal serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya. |
|
Lelaki maut kereta dirempuh lori - Sinarharian - 5/05 7:09 pm BATU KAWAN Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori berhampiran UOW Malaysia KDU Penang University College di Persiaran Cassia Barat, di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 10.03 pagi itu, mangsa berusia 46 tahun yang memandu sebuah Proton Saga didapati tersepit di ruang pemandu selepas kenderaannya dilanggar oleh sebuah lori jenis Hino.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.03 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kawan bersama bantuan BBP Sungai Bakap bergegas ke lokasi kejadian."Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 14 minit kemudian dan mendapati terdapat seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan."Komander operasi kemudian menjalankan penilaian awal sebelum mengarahkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM)."Pemandu lori berusia 52 tahun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan."Sementara mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya lagi.Operasi yang melibatkan sembilan anggota bomba itu tamat sepenuhnya pada jam 10.43 pagi. |
|
Mayat Nur Qaseh ditemui selepas tiga hari, anggota bomba cedera ketika pencarian - Sinarharian - 3/05 1:43 pm KAJANG - [DIKEMAS KINI] Kehilangan seorang kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras di sini sejak tiga hari lalu terungkai apabila mayatnya ditemukan pada Ahad.Mangsa, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, ditemui selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan secara intensif oleh pelbagai agensi sejak hari kejadian.Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Selangor Wan Syariman Wan Salleh berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 12.17 tengah hari di Sungai Langat.Menurutnya, lokasi penemuan adalah kira-kira 10.6 kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh."Mayat mangsa ditemui oleh anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) yang menjalankan pencarian menggunakan bot di sepanjang sungai."Ibu bapa mangsa turut hadir dan membuat pengecaman pada jam 1.12 tengah hari," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Mengulas lanjut, Wan Syariman berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 1 Mei lalu kira-kira jam 7.08 malam di Kondominium Sri Hijau.Katanya, mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam longkang berukuran kira-kira 3x3 meter ketika cuba mengambil bola."Ketika kejadian, arus longkang dilaporkan deras dan mangsa dipercayai dihanyutkan arus."Jentera dari BBP Kajang tiba di lokasi kira-kira jam 7.22 malam selepas menerima panggilan kecemasan," katanya.Menurutnya, operasi SAR digerakkan dengan penglibatan lebih 50 anggota bomba termasuk pegawai kanan serta dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta unit PPDA Selangor."Pada hari kedua operasi, mangsa masih belum ditemui dan usaha pencarian diteruskan di sekitar lokasi kejadian hingga ke Sungai Langat."Seorang anggota Unit K9 turut mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat tertusuk besi ketika operasi dijalankan," katanya.Menurutnya, operasi pada hari kedua ditangguhkan pada jam 7.30 malam sebelum disambung semula keesokan hari."Operasi kemudian diteruskan secara agresif termasuk pada waktu malam dengan penugasan tambahan anggota PPDA."Pencarian diperluaskan hingga ke laluan Sungai Langat memandangkan mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras," katanya.Tambahnya, pada hari ketiga, mangsa akhirnya ditemukan, sekali gus menamatkan operasi SAR."Kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya. |
|
'Semua penghuni tinggal sehelai sepinggang' - Enam rumah, enam kenderaan musnah terbakar - Sinarharian - 2/05 7:35 pm KENINGAU - Sebanyak enam rumah yang dibina rapat antara satu sama lain serta enam kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Apin-Apin di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, kesemua penghuni tinggal sehelai sepinggang namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.06 pagi.Katanya, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 18 kilometer dari BBP Keningau."Sebaik tiba, terdapat lima rumah musnah 100 peratus bersama enam kenderaan terdiri daripada dua kereta jenis Proton Saha dan Proton Persona serta empat motosikal."Turut musnah adalah sebuah kedai runcit dan sebuah rumah separuh kekal terbakar sebanyak 60 peratus |
|
Rumah 80 peratus musnah dalam kebakaran di Felda Lepar Utara 3 - Mygazette - 2/05 2:53 pm # Rumah 80 peratus musnah dalam kebakaran di Felda Lepar Utara 3 JERANTUT - Sebuah rumah sesebuah jenis separuh kekal satu tingkat di Felda Lepar Utara 3 di sini musnah kira-kira 80 peratus dalam satu kebakaran malam tadi. Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.45 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut digerakkan ke lokasi kejadian |
|
Warga emas melecur dalam kebakaran bengkel Warga emas melecur dalam .. - Mygazette - 30/04 3:26 pm Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat JBPM Pahang, Penguasa Kanan Bomba 1, Mohd Salahuddin Isa, pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.45 pagi tadi. Katanya, sejurus menerima laporan, seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan dibantu anggota dari BBP Indera Mahkota dan BBP Taman Tas bergegas ke lokasi terbabit |
|
Warga emas melecur 60 peratus, bengkel baiki lori musnah - Sinarharian - 30/04 2:49 pm KUANTAN Seorang warga emas melecur selepas sebuah bengkel membaiki lori di Lorong Bukit Setongkol di sini musnah dalam kebakaran pagi Khamis.Mangsa berusia 68 tahun yang dipercayai pemilik bengkel tersebut melecur kira-kira 60 peratus di hampir keseluruhan badan dan kini dirawat di zon merah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.45 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan tiba tiga minit kemudian."Setibanya di lokasi, didapati sebuah bengkel membaiki lori berkeluasan 15 x 32 kaki persegi terbakar kira-kira 70 peratus."Mangsa ditemui dalam keadaan melecur dan sedar namun mengalami kesukaran bernafas sebelum dibawa ke HTAA untuk rawatan lanjut."Mangsa yang cedera kini dirawat di zon merah HTAA dalam keadaan sedar dan sukar bernafas," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau memberitahu, operasi pemadaman melibatkan 35 anggota bersama kekuatan logistik dari BBP Kuantan dengan bantuan BBP Indera Mahkota dan BBP Taman Tas.Jelasnya, pihaknya menggunakan beberapa aliran hos serta sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran bagi mengawal kebakaran di kedua-dua bahagian bangunan."Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9.08 pagi," katanya. |
|
Lelaki ditemukan rentung atas katil dalam kebakaran lima rumah - Sinarharian - 30/04 9:12 am KEPONG Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan lima buah rumah teres satu tingkat di Jalan E5/11, Taman Ehsan di sini awal pagi Khamis.Mangsa lelaki berusia 53 tahun itu ditemukan dalam keadaan rentung di atas katil di dalam bilik tidur salah sebuah rumah terbabit.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.31 pagi."Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bersama bantuan BBP Rawang, BBP Jinjang dan BBP Manjalara dikerahkan ke lokasi kejadian."Kebakaran melibatkan lima buah rumah teres satu tingkat kelas A berkeluasan 20 x 60 kaki persegi setiap satu dengan anggaran kemusnahan sehingga 80 peratus," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, kebakaran turut melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Hyundai Getz dan sebuah Hyundai XG 250 yang mana masing-masing terbakar sepenuhnya.Menurutnya, mangsa ditemukan oleh anggota bomba pada jam 4.29 pagi selepas operasi pemadaman dijalankan."Mayat mangsa dijumpai dalam bilik tidur dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.Tambah beliau, kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.42 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.15 pagi.Katanya, kerja-kerja overhaul masih dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula."Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut."Operasi melibatkan seramai 27 anggota bomba bersama beberapa jentera termasuk Fire Rescue Tender (FRT), Water Tanker (WT), Compact Fire Rescue Tender (CFRT) dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS)," katanya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |