| /// |
|
| Search : Daerah Klang News | Page 1 |
|
Are we asking the wrong questions about dangerous driving? - Sinchew - 2/04 3:36 pm Are we asking the wrong questions about dangerous driving? In the aftermath, his wife initially believed the call from the traffic police officer was a scam |
|
Kilang proses ketum diserbu, rampasan lebih RM76,7963 - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Kilang proses ketum diserbu, rampasan lebih RM76,7963 JOHOR BAHRU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor membongkar kegiatan pemprosesan air ketum di sebuah kilang di Taman Kempas Utama di sini baru-baru ini dengan nilai rampasan RM76,7963 |
|
Isteri bawa anak keluar tanpa pengetahuan suami bukan hilang – Polis - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Isteri bawa anak keluar tanpa pengetahuan suami bukan hilang - Polis BENTONG - Enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari kediaman mereka di sini sejak kelmarin sudah ditemukan selamat |
|
JKDM Perak tumpaskan lima cubaan seludup masuk komoditi bernilai lebih .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm # JKDM Perak tumpaskan lima cubaan seludup masuk komoditi bernilai lebih RM2.4 juta IPOH Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak menumpaskan lima cubaan menyeludup pelbagai komoditi dianggarkan bernilai RM2.4 juta dengan duti serta cukai sekitar Januari dan Februari lalu |
|
Tak puas hati kerja pembersihan stor senjata punca anggota tentera parah dipukul - Sinarharian - 2/04 2:23 pm KUALA LUMPUR Tidak puas hati terhadap kerja pembersihan stor senjata dilaporkan menjadi punca seorang anggota tentera parah dipukul di kem Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja, Pahang pada Isnin lalu.Sel Perhubungan Raya Tentera Darat memaklumkan siasatan awal mendapati seorang anggota Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) menggunakan kekerasan dengan menampar dan menumbuk tujuh anggota kem berkenaan di bahagian muka dan perut."Akibat kejadian itu, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum diberikan rawatan kecemasan awal di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) 25 RAMD."Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Bentong sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan kini menerima rawatan rapi menggunakan alat bantuan pernafasan," katanya.Dalam kejadian sama, enam anggota tentera lain dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan."Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Bentong oleh polis selepas keterangan mereka diambil."Anggota PTTR yang disyaki terlibat telah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan lanjut," katanya.Menurutnya, TDM memandang serius insiden tersebut dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat."TDM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang menyalahi undang-undang serta peraturan sedia ada," katanya.Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan selain menghormati privasi mangsa dan keluarganya."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan seorang anggota tentera dilaporkan koma selepas dipercayai dipukul dalam kejadian itu.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa salah seorang mangsa pada jam 8.45 pagi, Selasa.Siasatan awal mendapati suspek, seorang anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun, terbabit dalam kejadian itu.Susulan itu, polis menahan suspek pada jam 2.30 petang, Selasa bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan perintah reman terhadap suspek diperoleh selama empat hari bermula 1 hingga 4 April ini. |
|
Enam sekeluarga dilaporkan hilang ditemui di Bentong - Sinarharian - 2/04 1:12 pm BENTONG - Enam sekeluarga yang dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah mereka di Taman Orkid, di sini sejak Isnin lalu dijumpai dalam keadaan selamat pada Rabu.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa, M Rekha, 41, bersama lima anaknya, Ruban, 19, S Sharivina Nair, 17 dan S Shasini Nair 16, S Pritivi Nair, 14 dan S Lashwin Nair, 4 ditemui berada di Bentong.Menurutnya, semua mereka telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong kira-kira jam 9.30 malam hari berkenaan."Hasil siasatan awal, wanita terbabit bersama anak-anaknya bertindak keluar rumah tanpa memaklumkan kepada suami (pengadu) dipercayai berpunca perselisihan faham," katanya.Zaiham berkata, pihak polis berterima kasih kepada semua pihak khususnya penduduk Bentong atas kerjasama yang diberikan hingga mangsa berjaya dikesan dan ditemui selamat.Polis sebelum ini meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan enam sekeluarga itu selepas dilaporkan hilang dipercayai keluar dari rumah mereka sejak Isnin lalu.Laporan kehilangan itu dibuat lelaki berusia 43 tahun yang merupakan suami dan bapa kepada individu terbabit jam 7.34 malam. |
|
Tindakan skala besar diketuai PDRM 'buru' e-waste - Azam Baki - Sinarharian - 2/04 12:55 am PUTRAJAYA - Tindakan berskala besar secara bersepadu diketuai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan berkenaan kes sisa elektronik (e-waste) yang telah keluar dari pelabuhan dan berada dalam negara.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan ini termasuklah e-waste yang berada di premis kilang dan sebagainya."Jadi tindakan ini dibuat secara pasif untuk memastikan mana-mana tempat yang ada e-waste diambil tindakan secara impak," katanya ketika ditemui dalam Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (Matf): Way Forward di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Khamis.Turut hadir Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin serta pegawai kanan daripada daripada pelbagai agensi penguat kuasa.Tambah Azam, Pasukan Petugas Khas dipengerusikan beliau akan menguatkuasakan undang-undang secara berterusan terutama di Pelabuhan Klang.Jelasnya, pasukan juga akan melihat kepada pelabuhan lain seperti di Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang untuk terus dipantau mengenai kemungkinan besar kontena e-waste ini akan cuba menyusup masuk."Setakat ini belum ada kes, cuma yang berlaku di Pelabuhan Klang."Ada kira-kira 800 lebih lagi kontena (e-waste) masih terbengkalai (di Pelabuhan Klang) dan tindakan untuk melupuskan sedang dijalankan iaitu dengan cara menghantar balik ke negara terbabit yang mengeksport ke negara kita."Kedua, pelupusan secara mengikut undang-undang yang kita jalankan di mana agensi terlibat ialah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS)," ujarnya.Mengulas mengenai sisa plastik pula, kata Azam, libat urus akan dibuat SPRM dengan pelbagai pihak Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melihat keperluan pengimportannya ke dalam negara."Kita lihat adakah ada keperluan import sisa plastik ini |
|
Lelaki tunjuk kemaluan pada kanak-kanak ditahan polis - Sinarharian - 2/04 12:22 am JOHOR BAHRU Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki terlibat dalam kejadian amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan di kawasan Bandar Baru Uda, di sini, pada Selasa.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, pihaknya mengesan satu video tular dimuat naik di Facebook yang memaparkan sebuah kenderaan bersama dua kanak-kanak.Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 tengah hari pada Selasa dan melibatkan dua kanak-kanak perempuan berusia 12 dan 10 tahun."Pada hari sama kira-kira jam 4.46 petang, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun yang memaklumkan anak perempuan serta anak saudaranya telah dipanggil oleh seorang lelaki yang memandu kereta jenis Honda Accord."Suspek bertanyakan mengenai tandas sebelum bertindak menunjukkan kemaluannya kepada kedua-dua mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis dari Unit D9 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Utara menahan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun di sebuah rumah di kawasan Masai kira-kira jam 11 malam hari sama."Polis turut merampas beberapa barangan bagi membantu siasatan |
|
Mekanik maut motosikal rempuh kenderaan polis - Sinarharian - 2/04 10:22 am ROMPIN - Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggang merempuh kenderaan polis yang sedang membelok masuk ke sebuah stesen minyak di Kilometer 134, Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini pada Rabu.Dalam kemalangan kira-kira jam 7.20 petang itu, mangsa, Mohd Faizal Ismail, 38, beralamat dari Felda Selendang 1 di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, pemandu van jenis MXS V80 6MT, anggota polis berusia 26 tahun bersama lima anggota lain (penumpang) tidak mengalami sebarang kecederaan.Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, van dipandu anggota dari Cawangan Pengangkutan Operasi itu dalam perjalanan pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin selepas selesai penugasan Ops Pangguni di Maran."Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR pula dipercayai dalam perjalanan dari tempat kerja di Kampung Sepakat ke rumah di Taman Nusa Puteri di sini."Ketika tiba di lokasi kejadian, semasa sedang membelok ke kanan, pemandu van telah memberikan laluan kepada beberapa kenderaan lain sebelum membelok masuk ke stesen minyak selepas mendapati laluan selamat," katanya.Sharif Shai berkata, ketika sedang membelok, van tersebut dilanggar motosikal ditunggang mangsa yang sedang bergerak lurus dari arah bertentangan."Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat."Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya |
|
Anthony Loke visits grieving widow, offers comfort and support after tragic crash in Klang - Malaymail - 2/04 9:49 am KUALA LUMPUR, April 2 Transport Minister Anthony Loke paid a visit to the wife of the motorcyclist who died afte... |
|
I have to be both mother and father now: Widow of Klang drink-driving victim hopes to rebuild life for her three children - Malaymail - 2/04 9:23 am KUALA LUMPUR, April 2 With her husband gone and three young children depending on her, Nor Nadia Abdul Majid, 32... |
|
Warga emas maut dilanggar ketika melintas jalan - Sinarharian - 2/04 8:23 am GEORGE TOWN Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas hampir sembilan jam bertarung nyawa akibat dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 2.55 petang itu, mangsa berusia 71 tahun yang merupakan pejalan kaki dilaporkan dilanggar sebuah kereta dipandu lelaki tempatan berusia 19 tahun.Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, siasatan awal mendapati, kereta berkenaan dalam perjalanan dari Bayan Lepas menuju ke pusat bandar sebelum terlibat dalam kemalangan berhampiran Bulatan Bayan Lepas."Akibat perlanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut."Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.05 tengah malam pada Khamis ketika menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Tambah beliau, pemandu kereta berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan."Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian," ujarnya.Terdahalu, tular satu klip video memaparkan seorang lelaki warga emas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di lintasan zebra dipercayai di kawasan Bayan Lepas.Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa cedera parah lalu dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut |
|
Ruang tamu jadi 'kamar mahkamah' demi sahkan lafaz cerai - Sinarharian - 2/04 7:43 am KUALA NERUS Ruang tamu sebuah rumah di sini berubah wajah menjadi 'kamar mahkamah' sementara bagi membolehkan prosiding pengesahan lafaz cerai dilaksanakan pada Selasa lalu.Inisiatif Mahkamah Bergerak (Outreach) oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Nerus itu dilaksanakan bagi menyantuni seorang responden yang kini terlantar sakit kronik dan tidak mampu hadir ke bangunan mahkamah.Prosiding khas itu dikendalikan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Nerus, Ahmad Najib Mohd yang menyaksikan keterangan diambil secara terus di sisi katil responden yang sedang bertarung dengan penyakit.Unit Korporat Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) dalam kenyataan pada Rabu berkata, pelaksanaan prosiding di luar bangunan mahkamah itu bertujuan memastikan integriti perbicaraan tetap terpelihara meskipun dijalankan dalam suasana di kediaman pesakit.Menurut kenyataan itu, pengisytiharan rumah kediaman sebagai kamar mahkamah yang sah adalah selaras dengan peruntukan undang-undang bagi memastikan setiap prosedur memenuhi tuntutan lunas kehakiman."Langkah proaktif ini diambil memandangkan responden sedang berhadapan dengan ujian kesihatan kronik akibat penyakit kencing manis dan komplikasi buah pinggang, serta bergantung sepenuhnya kepada bantuan oksigen."Kekangan fizikal ini menjadikannya mustahil bagi responden untuk hadir ke bangunan mahkamah, namun keadilan perlu diteruskan," jelas kenyataaan tersebut.Mengulas lanjut, JKSTR menjelaskan bahawa tindakan tersebut bersandarkan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, khususnya Seksyen 129 yang membenarkan perpindahan tempat perbicaraan serta Seksyen 242(1) berkaitan pengambilan keterangan di tempat yang sesuai.Malah, Seksyen 244 memberikan kuasa sedia ada kepada mahkamah untuk membuat apa-apa perintah bagi mengelakkan ketakadilan, terutama bagi memastikan status perceraian tidak terus 'tergantung'."Komitmen ini adalah sebahagian daripada usaha Mahkamah Syariah untuk memastikan status diri pihak-pihak terlibat dapat diputuskan dengan segera mengikut hukum Syarak."Ia sekali gus mencerminkan prinsip 'Ihsan' dan 'Rahmah' dalam sistem perundangan Islam yang mana keadilan tidak hanya bersifat menghukum, tetapi juga menyantuni keperluan rakyat yang dalam kesusahan," katanya.Prosiding tersebut dilaporkan berjaya diselesaikan secara sempurna di lokasi berkenaan, sekali gus memudahkan urusan masa depan pihak-pihak terlibat dan memelihara kebajikan keluarga dalam mendepani situasi sukar tersebut. |
|
Pengusaha pusat karaoke 'RM1 satu lagu' ditahan - Sinarharian - 2/04 7:34 am BESUT - Tindakan seorang lelaki menjalankan perniagaan pusat karaoke tanpa lesen mengundang padah apabila ditahan pihak polis dalam satu serbuan di Jerteh di sini pada Jumaat.Serbuan kira-kira jam 11 malam itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 35 tahun itu ditahan kerana gagal mengemukakan lesen perniagaan hiburan yang sah."Hasil siasatan awal mendapati premis berkenaan dipercayai telah beroperasi sejak Mac 2025 dengan mengenakan bayaran RM1 bagi setiap lagu kepada pelanggan."Pihak polis turut merampas pelbagai peralatan hiburan di premis tersebut untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.Mengulas lanjut, Mohd Rozaime berkata, suspek kini dibebaskan dengan jaminan polis bagi membolehkan siasatan dilengkapkan serta menunggu pengesahan status lesen daripada Majlis Daerah Besut (MDB).Katanya, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002 Terengganu."Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun."Pihak polis ingin menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjalankan perniagaan tanpa lesen demi memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan kepatuhan undang-undang sentiasa terjaga," katanya.Difahamkan, premis yang dijadikan pusat karaoke berkenaan terletak di dalam kebun dengan jarak kira-kira 150 meter daripada kawasan masjid. |
|
Anthony Loke ziarah isteri Amirul Hafiz, serah sumbangan peribadi - Mgazette - 2/04 12:37 am # Anthony Loke ziarah isteri Amirul Hafiz, serah sumbangan peribadi KUALA LUMPUR Menteri Pengangkutan, Anthony Loke petang tadi menziarahi isteri Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang terbunuh dalam kemalangan disebabkan pemandu mabuk dan di bawah pengaruh dadah dalam kejadian Ahad lalu |
|
Timbang serius haram arak secara total ??? Peguam jenayah - Mgazette - 2/04 12:37 am # Timbang serius haram arak secara total Peguam jenayah KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya kerajaan memulakan perbincangan serius mengenai pengharaman arak secara total atau sekurang-kurangnya mengetatkan kawalan penjualan secara drastik |
|
Polis buru lelaki cederakan pegawai AADK di Bangsar - Mgazette - 2/04 12:37 am # Polis buru lelaki cederakan pegawai AADK di Bangsar KUALA LUMPUR - Polis sedangmengesan seorang lelaki yang bertindak agresif mencederakan seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menggunakan pisau dalam satu operasi di Jalan Kerinchi, Bangsar di sini hari ini |
|
Koperal ditahan kes anggota tentera parah dipukul dalam kem di Bentong - Mgazette - 2/04 12:37 am # Koperal ditahan kes anggota tentera parah dipukul dalam kem di Bentong KUALA LUMPUR Seorang anggota tentera berpangkat Koperal di sebuah kem dekat Bentong, Pahang ditahan susulan kes mendatangkan kecederaan parah melibatkan seorang anggota tentera lain |
|
6 sekeluarga dilaporkan hilang di Bentong, polis mohon bantuan orang ramai .. - Mgazette - 2/04 12:37 am # 6 sekeluarga dilaporkan hilang di Bentong, polis mohon bantuan orang ramai BENTONG Polis Bentong sedang mengesan enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari kediaman mereka di Taman Orkid di sini, sejak kelmarin |
|
Pegawai AADK cedera dihiris suspek ketika operasi di Bangsar - Sinarharian - 1/04 11:27 pm KUALA LUMPUR Seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cedera di tangan selepas dihiris dengan pisau oleh seorang lelaki ketika menjalankan operasi di sebuah premis cuci kereta di Bangsar, di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 5.08 petang itu, mangsa berusia 48 tahun mengalami kecederaan di tapak tangan kanan dan ibu jari kanan.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada rakan sekerja mangsa yang juga petugas AADK."Suspek pada mulanya telah ditahan dan diarahkan menjalani ujian saringan air kencing, namun enggan memberikan kerjasama sebelum bertindak agresif untuk melarikan diri," katanya.Beliau berkata, mangsa kini dirawat di wad Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan berada dalam keadaan stabil."Suspek berusia 46 tahun tinggal di Cheras, usaha mengesannya sedang giat dijalankan."Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. |
|
Kes pukul di kem tentera: Seorang koma, enam cedera - Sinarharian - 1/04 10:45 pm BENTONG -Seorang anggota tentera dilaporkan koma manakala enam lagi rakan setugasnya cedera selepas dipercayai dipukul dalam kejadian di dalam Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa salah seorang mangsa pada jam 8.45 pagi, Selasa.Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8 malam di kawasan kem berkenaan."Siasatan awal mendapati seorang suspek iaitu anggota tentera berpangkat koperal dipercayai terbabit dalam kejadian dengan memukul, menumbuk dan menendang mangsa di beberapa bahagian badan."Hasil siasatan juga mendapati kesemua mangsa berusia antara 19 hingga 22 tahun itu merupakan anggota tentera dan bukannya pelatih seperti yang tular sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau menjelaskan, seorang mangsa berusia 24 tahun dilaporkan parah dan kini masih tidak sedarkan diri serta menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh"Mangsa dilaporkan masih tidak sedarkan diri serta memerlukan bantuan pernafasan, manakala mangsa lain telah dirujuk ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan lanjut," jelasnya.Zaiham berkata, susulan itu, pihaknya menahan anggota berpangkat koperal yang berusia 37 tahun jam 2.30 petang, pada Selasa bagi membantu siasatan.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan perintah reman terhadap suspek diperoleh selama empat hari bermula 1 hingga 4 April ini."Orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya. |
|
Ubah suai tangki seleweng diesel - Sinarharian - 1/04 9:23 pm BEAUFORT - Tindakan seorang lelaki mengisi diesel dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak membawa kepada penahanannya selepas disyaki cuba menyeleweng kira-kira 200 liter bahan api itu dalam kejadian di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Ops Tiris 4.0.Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Cawangan Beaufort, Julie Julhani berkata, tangkapan dan rampasan dibuat dalam serbuan mengejut terhadap sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero di kawasan stesen minyak berkenaan."Serbuan dijalankan hasil maklumat dan pemerhatian anggota penguat kuasa yang mengesan aktiviti mencurigakan ketika kenderaan berkenaan sedang mengisi diesel di pam stesen tersebut."Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut telah diubah suai dengan tangki tambahan yang dipercayai mengandungi kira-kira 200 liter minyak diesel," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, pihak KPDN menyita kenderaan, diesel serta dokumen berkaitan untuk siasatan lanjut."Pemandu kenderaan juga telah dirakam percakapan dan dilepaskan dengan jaminan polis."Nozel pam stesen minyak yang terlibat turut diambil tindakan penguatkuasaan, manakala dua laporan polis telah dibuat berhubung kes ini," katanya.Julie berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, melibatkan tindakan terhadap pemandu kenderaan serta pihak stesen minyak."Siasatan lanjut sedang dijalankan dan pegawai penyiasat akan dilantik bagi melengkapkan siasatan," katanya. |
|
Pasangan kekasih antara tiga ditahan bersama RM3.43 juta dadah - Sinarharian - 1/04 7:59 pm GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang berjaya membongkar sebuah makmal haram memproses pelbagai jenis dadah dengan nilai rampasan mencecah RM3.43 juta dalam satu operasi bersepadu di daerah Timur Laut.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, dalam serbuan bermula jam 4 petang 30 Mac hingga 9 pagi 31 Mac itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia antara 33 hingga 48 tahun yang terlibat dalam aktiviti memproses dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA).Menurutnya, tangkapan awal melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai buruh di kawasan parkir kenderaan di Lebuh Macallum di sini sebelum suspek membawa polis ke sebuah kediaman yang dijadikan makmal memproses dadah."Hasil pemeriksaan di kediaman tersebut, polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk serbuk MDMA dalam pelbagai bungkusan dengan jumlah keseluruhan melebihi 22 kilogram."Turut dirampas, ketamin seberat 133 gram, pil ekstasi sebanyak 294 biji seberat 120 gram, pil Erimin 5 sebanyak 40 biji seberat 10 gram serta ganja seberat 38 gram," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, dadah jenis MDMA itu ditemui dalam pelbagai bentuk bungkusan termasuk 50 peket plastik kuning seberat 2,632 gram, 21 peket plastik seberat 840 gram, 50 peket plastik coklat seberat 2,649 gram, 11 peket plastik pelbagai warna seberat 427.7 gram serta 15 bekas plastik berpenutup yang mengandungi serbuk seberat 16,158 gram."Selain itu, enam peket plastik lut sinar mengandungi serbuk dan ketulan disyaki ketamin turut dirampas manakala empat peket plastik mengandungi 294 biji pil ekstasi dan empat papan aluminium foil mengandungi 40 biji pil Erimin 5 turut ditemui," ujarnya.Azizee berkata, polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk memproses dadah di premis berkenaan yang dipercayai dijadikan makmal haram untuk memproses barang larangan tersebut.Susulan operasi itu, polis turut menahan seorang lagi lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing yang dipercayai rakan sejenayah di lokasi berasingan."Kedua-dua suspek ini merupakan pasangan kekasih yang mana, suspek lelaki dipercayai ketua sindiket manakala teman wanitanya bekerja sebagai tukang urut."Hasil risikan mendapati sindiket tersebut aktif mengedar dadah sejak Oktober tahun lalu dan jumlah rampasan yang diperoleh dianggarkan boleh digunakan sehingga 50,000 kali penggunaan," katanya lagi.Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine."Semakan turut mendapati mereka mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah."Selain dadah, kita turut menyita pelbagai aset bernilai RM34,940 termasuk sebuah kereta Nissan bernilai RM17,800, sebuah motosikal Honda bernilai RM4,000, sebuah kereta Proton bernilai RM3,000, empat barang kemas iaitu cincin dan subang bernilai RM6,820 serta wang tunai berjumlah RM3,320," katanya.Beliau menambah, nilai keseluruhan rampasan dadah adalah RM3.43 juta dan sitaan harta menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM3.46 juta."Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 31 Mac hingga 6 April bagi membantu siasatan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali jika disabitkan kesalahan," katanya. |
|
Sisa plastik dan jentera RM8.5 juta dirampas, pemilik premis ditahan - Sinarharian - 1/04 6:56 pm IPOH - Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta merampas kira-kira 145,000 kilogram sisa plastik bersama pelbagai jentera dan mesin bernilai RM8.5 juta dalam serbuan ke atas sebuah premis pemprosesan plastik tanpa kelulusan di Sungai Siput, semalam.Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh berkata, serbuan menerusi Ops Taring Alpha 5 pada 12 tengah hari oleh Cawangan Risik Batalion 3 Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, dibuat dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput.Beliau berkata, seorang wanita tempatan berusia lingkungan 40-an yang dipercayai pemilik premis berkenaan turut ditahan."Pemeriksaan mendapati premis tersebut telah memasang serta mengendalikan beberapa fasiliti pemprosesan plastik tanpa sebarang notifikasi dan kelulusan daripada JAS."Pasukan serbuan turut menemui sejumlah besar longgokkan plastik yang telah dan belum diproses, selain beberapa jentera dan mesin yang digunakan dalam aktiviti pemprosesan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Balveer berkata, pemeriksaan lanjut mendapati premis itu telah beroperasi lebih tiga tahun dengan bekalan sisa plastik diperoleh dari kawasan perindustrian sekitar Kulim, Kedah sebelum diproses dan dihantar ke sekitar Lembah Klang bagi penghasilan resin.Beliau berkata, kes telah diserahkan kepada JAS Perak untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 2024."Pihak JAS Perak juga telah mengambil tindakan menghentikan serta merta operasi mesin basuhan sisa plastik yang mencemar di bawah Seksyen38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.Balveer berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti tanpa kelulusan serta menggesa orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu usaha penguatkuasaan |
|
Pemandu cuai bakal berdepan hukuman lebih berat jika sebabkan kematian - Sinarharian - 1/04 6:06 pm KUALA LUMPUR Tindakan tegas termasuk pertimbangan hukuman lebih berat akan diambil terhadap mana-mana individu yang memandu secara cuai atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian, khususnya melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohammed Hasbullah Ali berkata, pendekatan itu selaras dengan usaha berterusan memperkukuh penguatkuasaan serta memberi mesej jelas bahawa kecuaian di jalan raya tidak akan dikompromi.Beliau berkata, pihaknya memandang serius setiap kes kemalangan maut yang berlaku dan tidak akan berkompromi dalam tindakan undang-undang.Menurutnya, setiap kesalahan lalu lintas yang mengakibatkan kehilangan nyawa akan disiasat secara menyeluruh dan telus tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak."Tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak, tindakan tegas termasuk pertimbangan hukuman yang lebih berat akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati cuai atau memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian."Ini termasuk kes melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata demikian susulan satu kemalangan maut yang berlaku pada 29 Mac lalu kira-kira jam 11.30 pagi di Jalan Raya Barat, Klang.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal dan dua kenderaan lain."Kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan yang dipandu lelaki tempatan memasuki laluan bertentangan ketika cuba memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan sebuah motosikal yang sedang bergerak lurus."Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal, lelaki tempatan berusia 32 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.Mohammed Hasbullah berkata, susulan kejadian itu, pemandu terlibat telah didakwa di Mahkamah Klang pada 1 April 2026."Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun."Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, tertuduh juga boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali," katanya.Beliau berkata, JSPT akan terus mempergiat usaha penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.Katanya, semua pengguna jalan raya turut diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan mengamalkan pemanduan berhemah."Setiap pengguna jalan raya perlu memainkan peranan masing-masing dan bertanggungjawab bagi mengelakkan tragedi yang meragut nyawa," katanya. |
|
Polis kesan enam sekeluarga dilapor hilang - Sinarharian - 1/04 5:54 pm BENTONG - Polis sedang mengesan enam sekeluarga yang dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah mereka di Taman Orkid, di sini sejak Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, laporan kehilangan itu dibuat oleh lelaki berusia 43 tahun yang merupakan suami dan bapa kesemua individu terbabit jam 7.34 malam pada Isnin lepas."Berdasarkan laporan, lelaki berkenaan memaklumkan isterinya, M Rekha, 41, bersama lima anak mereka tidak berada di rumah pada jam 6.30 pagi."Alamat terakhir dan lokasi terakhir yang diketahui di Taman Orkid, Bentong," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Zaiham berkata, lima anak pasangan itu ialah S Ruban, 19; S Sharivina Nair, 17 dan S Shasini Nair 16; S Pritivi Nair, 14; serta S Lashwin Nair, 4.Beliau menjelaskan, siasatan sedang dijalankan dan usaha mengesan semua individu terbabit giat dilakukan.Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berdekatan atau Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2231999. |
|
Drink-driving: widow voices relief as suspect in fatal crash charged with murder - Sinardaily - 1/04 5:21 pm KLANG - The widow of a victim who was killed after being hit by a driver believed to be under the influence of alcohol and drugs in Klang, last Sunday (March 29), expressed relief after the suspect who struck her husband was charged with murder.The wife of the late Amirul Hafiz Omar, 33, Nor Nadia Abdul Majid, 32, also expressed relief over the prosecution proceedings, held today, and said she would leave further matters to lawyer Mohd Faizi Che Abu, who is holding a watching brief for the family."Alhamdulillah |
|
BNM should mandate a living wage for all banks, says ex-MP - FMT - 1/04 4:52 pm Former Klang MP Charles Santiago says the central bank must move beyond the minimum salary policy and consider more dynamic wage-setting mechanisms. |
|
ACP Annas Sulaiman ambil alih jawatan Ketua Polis Wangsa Maju - Mgazette - 1/04 3:50 pm # ACP Annas Sulaiman ambil alih jawatan Ketua Polis Wangsa Maju KUALA LUMPUR Asisten Komisioner Annas Sulaiman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju yang baharu bagi menggantikan SAC Mohamad Lazim Ismail |
|
Tak faham bahasa Melayu, prosiding kes bunuh dua warga Myanmar ditunda - Mgazette - 1/04 3:50 pm # Tak faham bahasa Melayu, prosiding kes bunuh dua warga Myanmar ditunda GEORGE TOWN - Prosiding terhadap dua lelaki warga Myanmar yang didakwa membunuh rakan senegara mereka di kawasan lapang berhampiran Gat Lebuh Macallum bulan lalu, ditangguhkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini |
|
22 klien AADK lulus SPM 2025, berpeluang lanjut pendidikan - Mgazette - 1/04 3:50 pm # 22 klien AADK lulus SPM 2025, berpeluang lanjut pendidikan KAJANG Seramai 22 daripada 27 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 lulus dalam mata pelajaran yang diambil |
|
Suami orang pura-pura kemas rumah semasa ditangkap khalwat dengan janda - Mgazette - 1/04 3:50 pm # Suami orang pura-pura kemas rumah semasa ditangkap khalwat dengan janda PONTIAN Seorang lelaki yang merupakan suami orang merpura-pura mengemas rumah semasa ditangkap khalwat dengan seorang janda di daerah ini kelmarin |
|
Juruteknik mabuk didakwa bunuh penghantar makanan Juruteknik mabuk didakwa .. - Mgazette - 1/04 3:50 pm Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan. Selain itu, lelaki itu turut didakwa kerana memasukkan dadah jenis benzo dan tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badan sendiri di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, kira-kira jam 3.30 petang |
|
Saya nak nyawa dibalas nyawa ??? Isteri mangsa pemandu mabuk - Mgazette - 1/04 3:50 pm Amirul Hafiz maut dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat, Klang pada Ahad. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an, datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya |
|
Tuntutan pampasan mangsa langgar pemandu mabuk hingga RM1 juta – .. - Mgazette - 1/04 3:50 pm # Tuntutan pampasan mangsa langgar pemandu mabuk hingga RM1 juta - Peguam KLANG Peguam Mohd Faizi Che Abu tidak menolak kemungkinan akan membuat tuntutan sehingga RM1 juta bagi pihak anak guamnya, Nor Nadia Abdul Abdul Majid, 32 yang kehilangan suaminya yang maut dilanggar pemandu kereta dalam keadaan mabuk, Ahad lalu |
|
Wanita penghantar barang maut kereta terbabas - Mgazette - 1/04 3:50 pm KOTA TINGGI Seorang penghantar barang maut selepas kereta dipandu terbabas dan kemalangan di Kilometer 2 Jalan Lok Heng-Mawai di sini hari ini |
|
'Nyawa dibalas nyawa, saya bersyukur dia telah didakwa' - Nor Nadia menangis di mahkamah - Sinarharian - 1/04 3:07 pm KLANG Isteri penunggang motosikal yang maut dirempuh seorang pemandu hingga melambung ke atas sebuah kereta, berpuas hati apabila lelaki yang disiasat berhubung kemalangan itu didakwa atas pertuduhan membunuh.Nor Nadia Abdul Majid, 32, juga menangis ketika pegawai dari bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Klang Selatan, menyapanya selepas pertuduhan dibuat."Saya bersyukur dia telah didakwa, Alhamdulillah. Saya hanya ada satu perkara untuk dikatakan, nyawa dibalas nyawa."Saya lega, rasa beban dah kurang sikit, syukur," katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Sementara itu, peguam, Mohd Faizi Che Abu yang mewakili Nor Nadia berkata, ahli keluarga anak guamnya berpuas hati dengan pertuduhan berkenaan.Katanya, sebelum ini tertuduh disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian akibat memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Beliau berkata, seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak lebih RM100,000, jika sabit kesalahan."Kaedah untuk membuktikan kes diserahkan kepada pihak pendakwaan dan kita menghormati serta menghargai keputusan yang diambil," katanya.Semasa prosiding, R Saktygaanapathy, 28, mengangguk tanda faham selepas didakwa membunuh Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat, di sini pada jam 11.47 pagi, 29 Mac lalu.Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman gantung, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.Dalam pada itu, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan memberikan dirinya dadah disyaki jenis Benzo dan Tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badan, di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini pada jam 3.30 petang tarikh sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.Mengulas lanjut, Mohd Faizi yang hadir selaku peguam pemerhati berkata, mahkamah memberikan kebenaran kepada mereka untuk turut serta dalam prosiding terbabit.Katanya, kebenaran itu sekali gus memberikan kemudahan kepada mereka untuk mendapatkan fakta yang sahih daripada mahkamah, sebelum saman dan tindakan susulan daripada pihak insurans dapat dibuat.Beliau berkata, tertuduh dalam kes ini tidak diwakili peguam dan berkemungkinan ahli keluarga mahupun pihak mahkamah akan melantik wakil tersebut menjelang sebutan kes akan datang |
|
I cannot sleep: Blue Myvi driver relives moment motorcyclist fell onto car in fatal Klang crash - Sinardaily - 1/04 3:06 pm KLANG A driver remains traumatised after a motorcyclist landed on the roof of his car during a fatal accident along Jalan Raya Barat here on Sunday.The man, who wished to be known as Megan, 42, said he had been unable to sleep for two days as the incident kept replaying in his mind.He said he was driving a Perodua Myvi with a friend while heading towards Port Klang when the incident occurred.The situation unfolded rapidly before he realised the victim had landed on top of his vehicle.I thought my car did not hit anything |
|
Widow relieved by murder charge, vows RM1m civil suit over fatal Klang crash - Malaymail - 1/04 2:40 pm KLANG, April 1 The widow of Amirul Hafiz Omar expressed relief today after the driver accused of causing her hus... |
|
Widow of viral crash victim fears son will blame self as father died on errand for maths book - Sinardaily - 1/04 2:32 pm KLANG The wife of a motorcyclist who was killed in a collision fears her eldest child may be bullied and end up feeling guilty, as the deceased had gone out to buy books before the accident that flung him onto a car.Nor Nadia Abdul Majid, 32, said she hopes the public will offer support and safeguard her childrens emotional wellbeing.I dont want him to feel guilty, to be pressured with all sorts of questions or bullied at school, thats what Im afraid of.I worry he will blame himself for wanting textbooks, which led to my late husband going out on his motorcycle, she said, holding back tears when met outside the Magistrates Court here on Wednesday.The mother of three said her eldest child misses his father deeply and has even wanted to sleep in his fathers clothes.Nadia added that her youngest child, who is still very young and has never been to a cemetery, often says, Papa is inside (the grave).Despite the hardship, she, who works as a p-hailing delivery rider alongside her late husband Amirul Hafiz Omar, 33, hopes her children will remain strong in coping with the loss of their father.She also expressed gratitude to all parties who have extended support and assistance, including the Social Welfare Department (JKM), which has offered counselling services for her children.Moving forward, she said the family will relocate to Taiping, Perak, with arrangements to transfer the childrens schools to be made soon.If Im busy here, theres no one to help look after the children, so Ive decided to return to my hometown |
|
Klang DUI Driver Charged With Murder Of Motorcyclist - Therakyatpost - 1/04 2:31 pm The accused was reportedly driving under the influence of Benzo and Tetrahydrocannabinol when the incident occurred. |
|
'Risau anak rasa bersalah sebab arwah keluar beli buku' - Sinarharian - 1/04 2:22 pm KLANG - Isteri kepada penunggang motosikal yang maut dirempuh tidak mahu anak sulungnya dibuli sehingga menimbulkan rasa bersalah kerana arwah keluar membeli buku sebelum terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan mangsa melambung ke atas sebuah kereta.Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, dia memohon semua pihak memberi sokongan dan menjaga emosi anak-anaknya."Saya tak nak dia rasa bersalah, ditekan dengan pelbagai soalan atau dibuli di sekolah, itu yang saya takutkan."Saya bimbang dia salahkan diri sendiri sebab mahu buku teks sehingga menyebabkan arwah suami keluar menunggang motosikal," katanya seakan menahan air mata ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Ibu kepada tiga anak itu berkata, anak sulungnya juga terlalu merindui bapanya sehingga mahu memakai baju arwah ketika tidur.Nor Nadia berkata, anak bongsunya yang masih kecil dan tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah perkuburan sering menyebut "Papa dekat dalam (kubur)".Meskipun berdepan dengan dugaan ini, dia yang bekerja sebagai penghantar barang p-hailing bersama arwah suami, Amirul Hafiz Omar, 33, berharap anak-anaknya dapat terus kuat menghadapi kehilangan bapa mereka.Dalam pada itu, dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan bantuan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menawarkan khidmat kaunseling untuk anak-anak.Selepas ini, katanya, mereka sekeluarga akan berpindah ke Taiping, Perak, malah urusan perpindahan sekolah anak-anak akan dibuat dalam masa terdekat."Di sini, kalau saya sibuk, anak-anak tak ada orang nak tolong tengokkan, jadi saya ambil keputusan untuk pulang ke kampung."Sekurang-kurangnya mereka boleh tengok-tengokkan anak saya kelak," katanya.Pada pagi Rabu, R. Saktygaanapathy, 28, dituduh di Mahkamah Majistret di sini atas satu pertuduhan membunuh Amirul Hafiz di Jalan Raya Barat pada jam 11.47 pagi, 29 Mac lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan, jika tidak dijatuhi hukuman gantung, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.Dalam pada itu, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan memasukkan dadah disyaki jenis benzo dan tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badan.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang pada jam 3.30 petang, tarikh sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan. |
|
'Tiba-tiba ada orang atas bumbung kereta, tangan terkulai di cermin depan' - Pemandu Myvi biru akui trauma - Sinarharian - 1/04 2:21 pm Saya fikir, tak mengapa kalau kereta saya rosak, yang penting nyawa dia."Saya terus berhenti di tepi jalan, dalam hati saya berdoa agar dia selamat," katanya.Bagaimanapun, sebaik turun dari kenderaan, dia mendapati mangsa sudah tidak menunjukkan sebarang tanda pergerakan.Katanya, detik itu menjadi titik trauma yang masih menghantui dirinya sehingga kini."Saya memang tak boleh tidur, saya takut, sampai sekarang nak bawa kereta atau motosikal pun saya fobia," ujarnya.Lebih membebankan, Megan berkata, dia turut berdepan kesukaran apabila kenderaan dipandunya itu tidak dilindungi insurans komprehensif."Kereta itu saya pinjam daripada kawan, insurans hanya pihak ketiga, jadi saya tak dapat buat tuntutan."Sekarang saya kena tanggung sendiri kos baiki kereta, kereta pula kena tahan di balai untuk siasatan," katanya.Menurutnya, keadaan itu turut menjejaskannya kerana dia memerlukan kenderaan untuk urusan kerja harian.Bagaimanapun jelasnya, beberapa saksi lain tampil memberikan keterangan sebenar berhubung kejadian itu."Saya sedih sebab saya dapat tahu yang mangsa ada keluarga, anak-anak masih kecil," katanya dengan nada sebak.Tegasnya, kejadian itu bukan sahaja meragut nyawa, malah memberi kesan kepada ramai pihak yang tidak bersalah."Satu orang buat salah, ramai yang susah. Saya juga turut terkesan akibat kejadian ini."Memang perbuatan individu ini sangat tidak bertanggungjawab dan perlu dikenakan hukuman tegas agar menjadi pengajaran kepada semua," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi Ahad, Amirul Hafiz Omar maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki di Jalan Raya Barat di sini.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Polis Lim Jit Huey berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Jelas beliau, pemandu berkenaan dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal ditunggang mangsa. |
|
Cops seek man seen hitching dangerous ride on trailer in Klang - Sinardaily - 1/04 1:29 pm KLANG - A viral video showing a man clinging to the back of a moving trailer along Persiaran Tengku Ampuan Rahimah in Klang on March 30 has prompted a police investigation.The footage, which circulated widely online, captured the individual holding onto the moving heavy vehicle, raising serious safety concerns.Authorities have since urged members of the public with relevant information to come forward to assist in the investigation.South Klang district police chief Lim Jit Huey said the incident involved a man clinging onto a trailer as it travelled from Taman Sri Andalas towards Persiaran Raja Muda Musa.Investigations found that the trailer driver was unaware of the individual holding onto his vehicle while driving along the route, he said in a statement yesterday.Authorities confirmed that the case is being investigated under Section 47 of the Road Transport Act 1987 and Section 336 of the Penal Code, which relate to reckless and dangerous acts that could endanger public safety.Police are now appealing to witnesses or individuals with relevant information to assist in the investigation.Members of the public who may have details about the incident have been urged to contact Inspector Ahmad Syahid Salahudin at 011-35753557. |
|
Klang crash: Amiruls widow to sue man charged over his death for RM1 million - Sinardaily - 1/04 1:06 pm KLANG The widow of a motorcyclist killed after being flung onto a car in a high-profile collision intends to file a RM1 million lawsuit against the man charged with her husband's murder.Lawyer Mohd Faizi Che Abu, representing 32-year-old Nor Nadia Abdul Majid said the final amount for the civil suit has not yet been finalised as calculations must be based on specific factors.Legally, we cannot claim compensation based on emotion |
|
Suami didakwa cuba bunuh isteri dengan bantal - Sinarharian - 1/04 12:12 am IPOH - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas dakwaan cuba membunuh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah bulan lalu.Tertuduh, Mohd Yusof Mat Yatim, 42, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Persiaran Raya 1, Taman Changkat Lada Raya, Seberang Perak, Kampung Gajah dalam daerah Perak Tengah lebih kurang jam 9 pagi pada 25 Mac 2025.Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut telah melakukan satu perbuatan iaitu menekup muka menggunakan bantal dengan mengetahui melalui perbuatan tersebut boleh menyebabkan kematian terhadap Nur Syazwana Mohd Talaha, 38.Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda dan boleh dipenjarakan selama 20 tahun sekiranya perbuatan itu menyebabkan cedera parah jika sabit kesalahan.Tertuduh yang merupakan bapa kepada tiga anak itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.Pegawai pendakwa, Inspektor Zahira Musa kemudian memohon agar mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh berikutan sikap agresif yang ditunjukkannya ketika siasatan dijalankan.Menurutnya, tertuduh pernah bertindak agresif sepanjang siasatan dan pernah cuba terjun dari tingkat empat.Mahkamah kemudian membenarkan permohonan berkenaan dan menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes selain bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. |
|
Polis belum terima notis himpunan Tangkap Azam Baki - Sinarharian - 1/04 11:29 am KUALA LUMPUR Polis masih belum menerima sebarang notis pemakluman berhubung penganjuran himpunan oleh Sekretariat Tangkap Azam Baki yang akan berlangsung pada 25 April ini di Dataran Merdeka.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang serta tidak menyalahgunakan platform berhimpun sehingga menjejaskan ketenteraman awam."Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh mengganggu keamanan atau mengancam keselamatan awam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Pada Isnin, Sekretariat Tangkap Azam Baki mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan himpunan itu bagi mendesak siasatan telus terhadap isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki serta dakwaan mafia korporat dalam agensi penguatkuasaan.Sekretariat itu menegaskan bahawa kedua-dua isu berkenaan masih belum dijelaskan secara tuntas, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap integriti SPRM dan institusi penguatkuasaan negara |
|
Nur Ain dilaporkan hilang sejak minggu lalu - Sinarharian - 1/04 11:28 am GEORGE TOWN Polis Pulau Pinang sedang giat mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya sejak 26 Mac lalu dan sehingga kini masih belum pulang.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou berkata, individu berkenaan dikenali sebagai Nur Ain Ariffen berusia 39 tahun.Menurutnya, wanita tersebut dilaporkan hilang sejak minggu lalu dan usaha mengesannya sedang dijalankan oleh pihak polis."Orang ramai yang mempunyai maklumat atau pernah melihat individu terbabit diminta tampil membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Sarjan Major T Kangeswari di talian 010-3750353 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.Tambah beliau, kerjasama orang awam amat diperlukan bagi membantu mengesan individu berkenaan dengan segera. |
|
Driver at centre of viral Klang crash faces murder charge, pleads guilty to drug offence - Malaymail - 1/04 11:26 am KLANG, April 1 The driver at the centre of a viral crash that hurled a motorcyclist onto another car was brought... |
|
Man in viral Klang crash charged with murder - Sinardaily - 1/04 11:21 am KLANG - A car driver believed to have been under the influence of drugs has been charged in the Magistrate's Court here today with murder over the death of a motorcyclist in a crash on Sunday.R |
|
Widow demands retribution as suspect in fatal Klang drink-driving crash brought to court - Malaymail - 1/04 10:58 am KLANG, April 1 A man in his 20s was brought to court today over a fatal drinkdriving crash on Jalan Raya... |
|
Langgar hingga melambung, lelaki didakwa bunuh penunggang motosikal - Sinarharian - 1/04 10:58 am KLANG - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki yang tular dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal melambung dan terjatuh di atas sebuah kereta, didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, masing-masing satu pertuduhan membunuh dan kes dadah.R Saktygaanapathy, 28, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan kes bunuh dibacakan di hadapan Majistret, A Karthiyayini.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat, di sini pada jam 11.47 pagi, 29 Mac lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman gantung, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.Dalam pada itu, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan memberikan dirinya dadah disyaki jenis benzo dan Tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badan.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini pada jam 3.30 petang tarikh sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.Sementara itu, peguam, Mohd Faizi Che Abu yang mewakili isteri mangsa, Nor Nadia Abdul Majid, 32, hadir selaku peguam pemerhati.Semasa prosiding, Raja Zaizul Faridah berkata, pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh bagi kedua-dua kes."Disebabkan tertuduh mengaku bersalah atas kes dadah, saya mohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk laporan patologi dan fakta kes."Bagaimanapun, saya tidak menawarkan jaminan kerana dia masih berdepan kes bunuh yang mana ia termasuk dalam kes yang tidak boleh dijamin," katanya.Selepas mendengar perkara itu, Karthiyayini tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 3 Jun depan untuk sebutan semula kes.Pada Ahad, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di lokasi kejadian.Akibat pelanggaran itu, mangsa, lelaki tempatan itu tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Justeru, seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan awal dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. |
|
Driver in fatal Klang crash charged with murder - FMT - 1/04 10:57 am R Saktygaanapathy pleads guilty to a separate charge of self-administering drugs |
|
I want a life for a life, says wife of victim in Klang crash - FMT - 1/04 10:45 am Nor Nadia Abdul Majid demands justice for her late husband, Amirul Hafiz Omar. |
|
Rampas, lucut hak kenderaan pemandu mabuk, bawah pengaruh dadah - Sinarharian - 1/04 10:23 am KUALA LUMPUR Kerajaan digesa melaksanakan pindaan melibatkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) bagi membolehkan kenderaan yang terlibat dalam kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah (DUI) dirampas serta dilucut hak, khususnya membabitkan kes kematian dan kecederaan parah.Pendukung Keselamatan Jalan Raya dan Pengangkutan Lestari, Shahrim Tamrin berkata, cadangan itu perlu direalisasikan melalui pengenalan klausa baharu di bawah Seksyen 44 APJ 1987 dengan mengambil model sedia ada dalam Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.Menurutnya, Malaysia sebenarnya sudah mempunyai asas perundangan dan keupayaan operasi yang mencukupi untuk melaksanakan mekanisme tersebut."Jika Malaysia boleh melucut hak lori komersial secara kekal kerana membawa muatan berlebihan, adalah logik dan adil untuk tindakan sama dikenakan terhadap kenderaan yang digunakan oleh pemandu mabuk atau khayal."Cadangan ini bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya merupakan lanjutan kepada undang-undang sedia ada yang wajar diperluaskan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, sebanyak 465 kenderaan komersial telah dirampas oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada tahun 2025 di bawah peruntukan APAD 2010, meningkat 85.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.Pada masa yang sama, katanya, hukuman sedia ada termasuk denda antara RM1,000 hingga RM2,000 dilihat tidak mencukupi dan perlu diperkasakan bagi mengekang pesalah berulang."Ramai pesalah menganggap denda sebagai kos untuk berseronok. Namun, apabila kenderaan dirampas dan dilelong, mesejnya menjadi jauh lebih jelas."Kenderaan yang digunakan sebagai senjata sewajarnya dirampas daripada mereka," katanya.Tambah beliau, kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati 23 peratus pemandu dalam nahas maut didapati positif alkohol, manakala pemandu di bawah pengaruh alkohol adalah 13 kali ganda lebih berisiko menyebabkan kemalangan.Katanya, penunggang motosikal yang menyumbang lebih 71 peratus kematian jalan raya juga perlu diberi perlindungan yang lebih berkesan dalam menangani isu DUI.Menurut Shahrim, cadangan itu memperincikan beberapa keadaan yang membolehkan rampasan mandatori dilaksanakan, termasuk kesalahan DUI berulang, paras alkohol dalam darah melebihi 150 miligram per 100 mililiter, pemanduan di bawah pengaruh dadah serta kes yang menyebabkan kematian atau kecederaan serius.Jelasnya, kenderaan yang terlibat perlu disita di lokasi kejadian sebelum notis rampasan dikeluarkan kepada pemilik dalam tempoh 24 hingga 48 jam."Kes perlu dibawa ke mahkamah dan selepas sabitan, perintah pelucutan hak hendaklah dikeluarkan."Hak milik kenderaan akan dipindahkan kepada kerajaan sebelum dilelong selepas tempoh minimum 90 hari," katanya.Menurut beliau, hasil lelongan perlu disalurkan kepada Tabung Pampasan Mangsa DUI serta Tabung Amanah Keselamatan Jalan Raya bagi tujuan pendidikan, komunikasi dan penguatkuasaan.Dalam pada itu, beliau menegaskan cadangan tersebut turut perlu mengambil kira perlindungan kepada pemilik pihak ketiga yang tidak bersalah seperti ibu bapa, majikan atau syarikat kewangan.Katanya, kenderaan milik pihak ketiga hendaklah dikembalikan kepada pemilik berdaftar, manakala pesalah tetap perlu membayar penalti setara dengan nilai pasaran kenderaan tersebut."Selain itu, mahkamah wajar diberi budi bicara dalam kes melibatkan golongan B40, khususnya penunggang motosikal bagi kesalahan pertama dengan tahap alkohol rendah."Pendekatan ini perlu memastikan keadilan dilaksanakan tanpa membebankan golongan berpendapatan rendah," katanya.Mengulas lanjut, Shahrim berkata, pelaksanaan dasar rampasan kenderaan telah terbukti berkesan di beberapa negara termasuk Latvia dan Belarus dalam mengurangkan kesalahan berulang."Setiap kematian akibat DUI yang boleh dicegah adalah kegagalan dasar."Malaysia mesti menghantar isyarat tegas bahawa kenderaan bukan sekadar aset, tetapi boleh menjadi instrumen yang membawa padah jika disalah guna," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi Ahad, Amirul Hafiz Omar maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki dalam keadaan mabuk serta di bawah pengaruh dadah di Jalan Raya Barat, Klang.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Jelasnya, pemandu berkenaan dipercayai memotong beberapa kenderaan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal yang ditunggang mangsa. |
|
Where is my husbands killer? A life for a life: Widow demands justice in Klang crash - Sinardaily - 1/04 10:13 am KLANG Where is my husbands killer? A life for a life.Those were the words of Nor Nadia Abdul Majid, the wife of Amirul Hafiz Omar, 33, who was killed after being hit by a driver believed to be under the influence of alcohol along Jalan Raya Barat here.Nor Nadia arrived at the magistrates court at 9.53am on Wednesday, accompanied by her lawyer Mohd Faizi Che Abu.The mother of three, dressed in a black jubah, appeared grief-stricken and struggled to hold back tears as she entered the courtroom.Also present to lend support were activist Rafidah Ibrahim and businessman Albert Tei.Earlier, a man in his 20s, who is being investigated for allegedly driving under the influence of alcohol and drugs causing death, was brought to the magistrates court under police escort at 8.53am.On Tuesday, Klang Selatan district police chief Assistant Commissioner Lim Jit Huey confirmed that the suspect would be charged in connection with the incident.On Sunday, Amirul was killed in a three-vehicle crash at Jalan Raya Barat at about 11.40am.Preliminary investigations found that a Honda City driven by the suspect was believed to have overtaken several vehicles before colliding with the victims motorcycle.The impact threw the victim onto a Perodua Myvi and he was pronounced dead at the scene.The suspect was subsequently arrested and remanded for four days to assist in investigations.The case is being investigated under Section 44(1) of the Road Transport Act 1987 and Section 15(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952. |
|
Annas dilantik Ketua Polis Daerah Wangsa Maju baharu - Sinarharian - 1/04 10:11 am KUALA LUMPUR - Pengarah Operasi Bersepadu Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Asisten Komisioner Annas Sulaiman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju pada Rabu.Annas menggantikan Senior Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman.Majlis serah terima tugas itu disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.Majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Rabu dimulakan dengan penandatanganan dan pertukaran dokumen antara Annas dan Mohamad Lazim.Fadil berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Mohamad Lazim atas khidmat bakti sepanjang memikul amanah sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju."Sepanjang tempoh perkhidmatan Mohamad Lazim, pelbagai usaha, inisiatif dan pendekatan telah dilaksanakan dalam memperkukuh keselamatan serta kesejahteraan masyarakat setempat."Sepanjang kepimpinan Mohamad Lazim, pelbagai kejayaan telah dicapai khususnya dalam aspek operasi, tangkapan dan pencegahan jenayah," katanya.Beliau berkata, kejayaan itu jelas membuktikan kepimpinan yang berteraskan integriti, komitmen tinggi dan rasa tanggungjawab yang utuh dalam memikul amanah sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju."Sepanjang tempoh setahun 11 bulan 26 hari, iaitu hampir dua tahun perkhidmatan Mohamad Lazim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, beliau telah menunjukkan prestasi kepimpinan yang cemerlang serta nilai integriti yang tinggi," katanya.Menurutnya, berdasarkan kepakaran dalam bidang jenayah siber, pelantikan Mohamad Lazim sebagai Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik), JSJK Bukit Aman adalah bertepatan."Saya percaya pucuk pimpinan pasukan telah membuat pertimbangan yang tepat dalam menempatkan Mohamad Lazim di jawatan tersebut, selaras dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki," katanya.Fadil berkata, tugas sebagai Ketua Polis Daerah bukanlah satu tanggungjawab yang ringan, apatah lagi dalam mendepani cabaran semasa serta trend jenayah yang semakin kompleks."Namun begitu, dengan kepimpinan yang mantap serta semangat 'esprit de corps' dalam kalangan pegawai dan anggota, saya yakin setiap cabaran mampu diharungi dengan jayanya."Sehubungan itu, saya menyeru seluruh warga IPD Wangsa Maju untuk memberikan sokongan kepada Annas selaku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju yang baharu dalam meneruskan agenda kecemerlangan pasukan," katanya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |