| /// |
|
| Search : Gsf News | Page 1 |
|
“Aku cadangkan zionis l*wat…” – PU Rahmat Respon Individu Kutuk Peserta GSF 2.0 - Lobakmerah - 25/05 5:55 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Seperti yang kita sedia maklum, kesemua 28 rakyat Malaysia yang telah ditahan oleh tentera zionis semasa menyertai misi kemanusiaaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 untuk ke Gaza telah selamat tiba di tanah air malam tadi |
|
Penduduk G Mohon Maaf Pada Peserta GSF 2.0 – “Belum Sampai, Tapi Kalian Dah Dapat Hati Semua Rakyat Di Sini” - Beautifulnara - 25/05 1:56 pm Seorang penduduk Gaza mendapat perhatian ramai selepas lelaki itu menyampai mesej dan penghargaan kepada peserta misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 menerusi sebuah video yang dikongsikannya |
|
Misi GSF berjaya bawa semula isu Gaza ke pentas dunia - Nadir Al-Nuri - Mkini - 25/05 8:57 am Misi itu berjaya memecahkan tembok propaganda Zionis Israel pada peringkat antarabangsa, walaupun berdepan pelbagai tekanan. |
|
GSF 2.0: Razman selesai jalani pembedahan, berisiko naik pesawat - Sinarharian - 25/05 8:02 am SEPANG - Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) memaklumkan kecederaan serius yang dialami seorang aktivis, Razman Mat Ali, amat berisiko menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.Ketua Pengarahnya, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, Razman disahkan mengalami 'traumatic pneumothorax' atau paru-paru bocor dan selamat menjalani pembedahan di Istanbul, Turkiye.Menurut beliau, keadaan aktivis itu dilaporkan stabil dan memerlukan rawatan selama 21 hari di negara itu."Doktor tidak membenarkan beliau menaiki penerbangan buat masa ini kerana tekanan udara boleh memburukkan lagi kecederaan sehingga boleh mengakibatkan kematian."Razman turut berada dalam keadaan berisiko tinggi mendapat jangkitan susulan kecederaan dialaminya itu," katanya ketika berucap pada Himpunan Solidariti Kepulangan Aktivis Kemanusiaan GSF 2.0 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Ahad.Sani Araby berkata, pasukan perundangan Pusat Kajian Hak Asasi Manusia dan Advokasi (Centhra) sempat melawat Razman di hospital bagi mendapatkan keterangan berkaitan insiden yang berlaku."Kita berjaya melawat beliau walaupun keadaannya tidak begitu selesa kerana risiko jangkitan selepas pembedahan."Sesi bersama pasukan perundangan sangat penting bagi membolehkan segala bukti dan keterangan direkodkan," katanya.Tambah beliau, seorang wakil Sumud Nusantara juga ditempatkan di Turkiye bagi menemani dan membantu menguruskan keperluan Razman sepanjang menerima rawatan.Dalam pada itu, Sani Araby menyifatkan ketabahan ditunjukkan Razman amat luar biasa walaupun berdepan kecederaan serius."Insiden menimpa Razman bukan kes terpencil kerana kebanyakan aktivis yang ditahan didakwa turut mengalami penderaan fizikal sepanjang berada dalam tahanan," katanya.Razman merupakan antara 29 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF 2.0 bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza sebelum misi berkenaan dipintas tentera rejim Zionis. |
|
GSF: Razman tidak dibenarkan menaiki pesawat, berisiko tinggi - Mygazette - 25/05 7:43 am # GSF: Razman tidak dibenarkan menaiki pesawat, berisiko tinggi SEPANG - Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby memberitahu Razman Mat Ali tidak dibenarkan menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia kerana mengalami Traumatic Pneumothorax atau paru-paru bocor Menurut beliau, doktor memberi amaran bahawa tekanan udara dalam penerbangan boleh menyebabkan keadaan Razman menjadi lebih kritikal malah berisiko membawa maut |
|
Malaysia tidak akan berdiam diri isu Gaza - Amirudin - Sinarharian - 25/05 7:39 am SEPANG - Kerajaan Malaysia akan terus memperhebat tekanan diplomatik dan tindakan perundangan antarabangsa bagi mempertahankan rakyat Palestin serta membongkar kekejaman rejim Zionis di Gaza.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perjuangan untuk membebaskan Gaza tidak akan terhenti meskipun Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 telah selesai."GSF 2.O bukan hanya dengan menghantar kapten pasukan aktivis di laut, kita turut suarakan melalui persidangan di Brussels, baru- baru ini."Selepas ini, kita akan turut menilai dan ingin membawa persidangan itu di Malaysia pada masa depan kerana kita mahu setiap segi dan sendi perjuangan ini dapat dikembangkan, dapat diperkasakan dan membawa kepada pembebasan Gaza yang telah diimpikan sekian lama," katanya ketika berucap pada Himpunan Solidariti Kepulangan Aktivis Kemanusiaan GSF 2.0 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Ahad.Amirudin berkata, rakyat Malaysia wajar berbangga dengan keberanian aktivis tempatan daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang sanggup mempertaruhkan masa, tenaga serta nyawa demi memperjuangkan isu kemanusiaan di Gaza.Menurutnya, para aktivis terbabit bukan sahaja berdepan tekanan psikologi dan ancaman ketakutan, malah turut menerima serangan fizikal daripada pihak Zionis."Malaysia tidak akan berdiam diri, Parlimen tidak akan berdiam diri dan rakyat Malaysia juga tidak akan berdiam diri kerana mereka telah mencerca kedaulatan serta warga kita demi mempertahankan kemanusiaan."Satu usul berkaitan Gaza akan dibawa ke Parlimen dan yakin mendapat sokongan penuh daripada semua ahli Parlimen tanpa mengira latar belakang politik," katanya lagi.Dalam pada itu, beliau berkata, pasukan peguam kini sedang mengumpul dokumen dan bukti pelanggaran undang-undang antarabangsa melibatkan aktivis kemanusiaan yang didakwa diculik dan diseksa."Kita juga akan membawa perkara ini ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selain meneruskan tekanan diplomatik."Pasukan ini, aktivis kita juga akan menjelajah seluruh negara, bercakap dan membawa hati Malaysia ke pentas dunia, kita akan turun di semua tempat sampaikan kerana ini adalah lambang kemanusiaan dunia abad ini yang harus kita selesaikan," ujarnya.Amirudin berkata, terdapat juga cubaan untuk menggagalkan misi solidariti tersebut melalui penyebaran maklumat palsu, serangan fizikal terhadap delegasi Malaysia dan tekanan terhadap ahli keluarga aktivis.Bagaimanapun katanya, delegasi Malaysia telah membuktikan kesungguhan luar biasa dalam mempertahankan perjuangan Palestin."Hari ini terbukti negara dan rakyatnya sanggup mempertaruhkan apa pun demi kemanusiaan abad ini untuk membebaskan Gaza dan juga menghapuskan kejaman Zionis yang telah berlaku puluhan tahun," katanya. |
|
'Kalau papa tak kembali jangan risau, selepas 10 tahun saya akan pergi ke Gaza' - Anak Kapten Siva - Sinarharian - 25/05 7:35 am SEPANG - Aktivis Malaysia berbangsa India yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Patmanathan Sivasamy menegaskan beliau akan meneruskan perjuangan membantu rakyat Gaza meskipun berdepan pelbagai cabaran dan halangan.Beliau yang juga dikenali sebagai Kapten Siva berkata, semangat itu diperoleh daripada ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan kepadanya."Sebelum sertai misi GSF ini, anak lelaki saya berumur 10 tahun ada beri pesanan."Dia kata papa, saya sangat bangga dengan papa, papa teruslah pergi ke Gaza |
|
GSF 3.0 diteruskan, tarikh akan dikongsi- Nadir Al- Nuri - Sinarharian - 25/05 7:25 am SEPANG- Misi kemanusiaan ke Gaza menerusi Global Sumud Flotilla (GSF) akan terus dilaksanakan bagi meroboh dan menghancurkan Israel.Chef de Mission Sumud Nusantara Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berkata, tarikh untuk misi kali ketiga itu akan dikongsikan kelak."Kita akan menggerakkan apa yang disebut sebagai We Rise iaitu membabitkan baki negara-negara yang tidak terlibat dalam GSF pada kali ini."Hampir 100 tahun perjuangan Palestin, kalau ada rezeki dan umur, Palestin akan dibebaskan saat kita masih lagi bernyawa |
|
28 Malaysian GSF 2.0 activists return home safely - FMT - 25/05 12:13 am The flotilla participants were welcomed by Selangor menteri besar Amirudin Shari and more than 100 relatives and supporters. |
|
28 aktivis GSF 2.0 selamat tiba di KLIA - Sinarharian - 25/05 12:06 am SEPANG - Seramai 28 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum bertemu dengan ahli keluarga dan penyokong yang mula berkumpul sejak jam 8 malam.Turut hadir, Duta Besar Palestin ke Malaysia, Jehad Fouad Alqdra; Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.Terdahulu, kesemua aktivis itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Turkiye dan meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.Bagaimanapun, kelibat pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) sekali lagi tidak kelihatan pada himpunan solidariti kepulangan aktivis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA 1) di sini.Seorang lagi rakyat Malaysia, Razman Mat Ali, 38, perlu meneruskan rawatan kira-kira dua minggu lagi di Istanbul, Turkiye selepas disahkan menghidap paru-paru bocor ekoran ditumbuk tentera Israel.Terdahulu, kesemua 29 aktivis terbabit adalah sebahagian daripada kumpulan 50 kapal yang belayar dari selatan Turkiye pada 14 Mei lalu dalam usaha memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza.Pengusiran mereka berlaku sehari selepas rakaman penghinaan terhadap aktivis ketika berada dalam tahanan, yang dikongsi secara dalam talian oleh Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir, sehingga mencetuskan kemarahan antarabangsa. |
|
GSF 2.0: 28 aktivis Malaysia selamat pulang - FMT - 25/05 12:00 am Mereka mendarat di Terminal 1 KLIA pada 9.30 malam tadi, disambut laungan 'Free Palestine' dan takbir. |
|
GSF 2.0: 28 aktivis Malaysia selamat pulang - Hotfm - 25/05 12:00 am Mereka mendarat di Terminal 1 KLIA pada 9.30 malam tadi, disambut laungan 'Free Palestine' dan takbir. |
|
[VIDEO] GSF 2.0: 28 aktivis Malaysia selamat tiba di KLIA dari Istanbul - Kosmo - 24/05 11:15 pm SEPANG – Seramai 28 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam ini menerusi penerbangan Emirates Airlines EK342 |
|
GSF 2.0: 29 rakyat Malaysia dijadualkan pulang Ahad ini - Mygazette - 23/05 7:53 am # GSF 2.0: 29 rakyat Malaysia dijadualkan pulang Ahad ini KUALA LUMPUR Kementerian Luar mengesahkan kesemua 29 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) telah dibebaskan semalam selepas melalui beberapa proses rundingan dan bantuan diplomatik |
|
41 aktivis GSF dibenarkan keluar dari hospital di Istanbul - Mygazette - 23/05 7:53 am # 41 aktivis GSF dibenarkan keluar dari hospital di Istanbul ISTANBUL - Sebanyak 41 daripada 53 aktivis yang mengalamai kecederaan daripada gerakan Global Sumud Flotilla (GSF) telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital di Istanbul, Anadolu Ajansi melaporkan pihak berkuasa Turkiye pada Jumaat |
|
Amirudin dedah jadi sasaran, bot Misi GSF 2.0 disabotaj rejim Zionis - Mygazette - 23/05 7:53 am # Amirudin dedah jadi sasaran, bot Misi GSF 2.0 disabotaj rejim Zionis SHAH ALAM - Bot itu ditenggelamkan, dipercayai disabotaj sebelum saya sempat naik ataupun sebelum mereka mendarat untuk delegasi yang akan bersama saya naik |
|
29 rakyat Malaysia peserta GSF 2.0 selamat di Istanbul, pulang Ahad - Mypress - 22/05 9:51 pm KUALA LUMPUR – Semua 29 rakyat Malaysia yang dibebaskan Israel selepas ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 disahkan berada dalam keadaan selamat dan kini berada di… |
|
GSF 2.0: 29 aktivis Malaysia tiba di tanah air Ahad ini - Sinarharian - 22/05 7:47 pm SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri mengesahkan kesemua 29 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dan dibebaskan pada Khamis dalam keadaan selamat serta berada di Istanbul, Turkiye ketika ini.Wisma Putra dalam kenyataan berkata, kesemuanya sedang menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dijadualkan pulang ke tanah air dengan ketibaan dijangka pada Ahad."Kerajaan Malaysia turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas segala bantuan dan sokongan diberikan sepanjang proses pembebasan serta kepulangan mereka dengan selamat."Kementerian memuji komitmen teguh yang ditunjukkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) serta pasukan Sumud Nusantara."Walaupun flotila kemanusiaan tersebut dihalang daripada tiba di Gaza, misi ini berjaya meningkatkan kecaman antarabangsa terhadap sekatan haram rejim Zionis Israel ke atas Gaza, Palestin," katanya pada Jumaat.Wisma Putra memaklumkan, Malaysia kekal komited untuk meneruskan usaha diplomatik bersama rakan antarabangsa dalam menjunjung prinsip kemanusiaan serta memperkukuh solidariti global ke arah penubuhan negara Palestin yang berdaulat dan merdeka.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, kesemua 428 aktivis GSF 2.0, termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa dibebaskan.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah menghantar tiga kapal terbang Turkish Airlines ke Lapangan Terbang Ramon yang terletak di tanah haram Israel.Tambah Sani Araby, pihaknya mengesahkan laporan terkini bahawa semua 428 aktivis flotilla dipindahkan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Ramon dan dijangka sampai ke Istanbul menggunakan tiga penerbangan tajaan khas Kerajaan Turkiye dengan kod TK6919, TK6921 dan TK6925. |
|
Aktivis GSF 2.0 Dakwa Didera Pihak Isewel Lebih Teruk Kali Ini, Diserang Secara Seksual & Disuntik Bahan Tidak Diketahui - Beautifulnara - 22/05 12:45 am Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan pendedahan yang cukup meruntun jiwa melibatkan para peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dan Freedom Flotilla Coalition (FFC) |
|
29 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0 tiba di Turki - FMT - 22/05 9:05 am Menteri Luar Negeri Mohamad Hasan berkata semua dalam keadaan walaupun enam peserta cedera dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan. |
|
Sumud: 29 rakyat Malaysia dijangka tiba di tanah air Ahad ini - Mygazette - 22/05 7:52 am # Sumud: 29 rakyat Malaysia dijangka tiba di tanah air Ahad ini SEPANG - Kesemua 428 aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa kini dibebaskan dan dijangka pulang ke tanah air pada Ahad ini |
|
29 Rakyat Malaysia Dalam Misi GSF 2.0 Dibebaskan, Dijangka Tiba Di KLIA Ahad Ini - Ohmedia - 22/05 1:51 am 29 rakyat Malaysia dalam misi Global Sumud Flotila 2.0 dibebaskan. The post 29 Rakyat Malaysia Dalam Misi GSF 2.0 Dibebaskan, Dijangka Tiba Di KLIA Ahad Ini appeared first on Oh! Media . |
|
Malaysia giat usaha diplomatik bebaskan aktivis GSF 2.0 - Mypress - 21/05 8:54 pm SEPANG – Kerajaan Malaysia memperhebat usaha diplomatik bagi mendesak pembebasan segera aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang ditahan Israel selepas misi bantuan kemanusiaan ke Gaza dipintas di perairan… |
|
Malaysian GSF activists released, expected home by Sunday - FMT - 21/05 8:41 pm Sumud Nusantara Command Centre director-general Sani Araby Abdul Alim Araby says they are currently being assisted by the Turkish government. |
|
428 aktivis GSF termasuk 29 rakyat Malaysia dibebaskan - Hotfm - 21/05 8:22 pm Semua aktivis rakyat Malaysia itu bakal diterbangkan ke Turki sebelum dijangka pulang ke tanah air Ahad ini. |
|
428 aktivis GSF termasuk 29 rakyat Malaysia dibebaskan - FMT - 21/05 8:22 pm Semua aktivis rakyat Malaysia itu bakal diterbangkan ke Turki sebelum dijangka pulang ke tanah air Ahad ini. |
|
GSF 2.0: 428 aktivis termasuk 29 rakyat Malaysia dibebaskan - Sinarharian - 21/05 7:52 pm SEPANG - Kesemua 428 aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa kini dibebaskan dan dijangka pulang ke tanah air pada Ahad ini.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, SNCC dimaklumkan oleh pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan telah menghantar tiga kapal terbang Turkish Airlines ke Lapangan Terbang Ramon yang terletak di tanah haram Israel.Beliau berkata, SNCC mengesahkan laporan terkini bahawa semua 428 aktivis flotilla kini sedang dipindahkan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Ramon dan dijangka sampai ke Istanbul menggunakan tiga penerbangan tajaan khas Kerajaan Turkiye dengan kod TK6919, TK6921 dan TK6925."Ketiga-tiga penerbangan khas Turkish Airlines itu dijangka berlepas dari tanah haram Israel sekitar 8 malam waktu Malaysia."Penerbangan ini dijangka tiba pada 10 malam waktu Malaysia dan akan disambut oleh pihak kedutaan Malaysia di Turkiye serta Wisma Putra serta kerajaan Turkiye," katanya pada sidang media perkembangan Misi GSF 2.0 di sini pada Khamis. |
|
Anwar vows full effort to free detained flotilla activists - SUN - 21/05 3:45 pm Prime Minister Anwar Ibrahim assures full commitment to secure the release of GSF 2.0 activists detained by Israel, says SNCC. |
|
Peserta GSF 2.0 mungkin ditahan lebih lama di Penjara Ketziot - Kosmo - 21/05 3:32 pm SEPANG – Peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 yang kini berada di bawah kawalan tentera rejim Zionis Israel mungkin akan ditahan lebih lama di Penjara Ketziot, Israel |
|
Dia wira kami, terima kasih perkenalkan Haroqs kepada dunia - Sinarharian - 21/05 3:25 pm PETALING JAYA Keluarga kepada seorang aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs, yang didakwa diculik tentera rejim Zionis Israel, dipercayai turut menerima ugutan daripada pihak dikaitkan dengan Mossad.Perkara itu tercetus susulan satu hantaran tular oleh akaun tidak rasmi di platform X dikenali sebagai Mossad Commentary yang memuat naik gambar serta video memaparkan wajah aktivis berkenaan sehingga mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial dari Malaysia.Dalam hantaran tersebut, akaun berkenaan menulis kapsyen: "Ini adalah salah seorang aktivis Global Sumud Flotilla |
|
Anwar nyata komitmen desak Israel bebaskan aktivis GSF 2.0 - Mkini - 21/05 3:12 pm Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) berkata komitmen itu dinyatakan PM kepada SNCC menerusi panggilan telefon. |
|
PM beri komitmen maksimum gesa pembebasan aktivis GSF 2.0 - SNCC - Sinarharian - 21/05 2:29 pm SEPANG -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan dan komitmen maksimum untuk mengetuai segala usaha menggunakan hubungan dua hala bagi mendesak pembebasan segera aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0yang diculik serta ditahan Israel.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, komitmen berkenaandinyatakan Perdana Menteri kepada SNCC menerusi satu panggilan telefon pada Khamis."Perdana Menteri sedang mengetuai segala usaha bersama Kerajaan Malaysia, menggunakan hubungan dua hala yang akrab serta telah berhubung rapat dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, bagi mendesak pembebasan segera seluruh aktivis yang diculik, dipastikan selamat dan mengelakkan mereka daripada dipenjarakan di Penjara Ketziot," katanya.Dalam sidang media perkembangan Misi GSF 2.0, Sani Araby berkata, SNCC turut dimaklumkan yang Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa Wisma Putra menggandakan usaha diplomatik bersama Turkiye serta beberapa negara lain.Ia termasuk membuat persediaan wakil kedutaan di Istanbul, Aman dan Kaherah bagi memastikan keselamatan dan pembebasan rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi flotilla kemanusiaan ini."SNCC menegaskan insiden penculikan ini turut membangkitkan kemarahan dan kecaman antarabangsa termasuk kenyataan negara serta aksi demonstrasi di Itali, Turkiye, Sepanyol, Perancis, Belgium, Ireland, Kanada, Belanda, Jerman, Korea Selatan, Australia, Portugal serta organisasi antarabangsa."Mereka juga turut mengecam tindakan pencerobohan dan penculikan terhadap aktivis flotilla kemanusiaan ini yang berlaku di perairan antarabangsa," katanya.Sani Araby berkata, SNCC menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus memperhebat solidariti melalui solat hajat, Qunut Nazilah, munajat nasional serta tekanan diplomatik dan advokasi berterusan sehingga seluruh delegasi kemanusiaan dibebaskan.Semalam, SNCC mengesahkan kesemua 50 kapal GSF 2.0 yang membawa 428 aktivis kemanusiaan daripada 40 negara, telah dipintas tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari pantai Gaza.- Bernama |
|
Peserta GSF laung Free Palestine ke arah Ben Gvir ketika tiba di Ashdod - Sinarharian - 20/05 10:44 pm KUALA LUMPUR - Jeritan 'Free Palestine!' atau Bebas Palestin oleh peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 dihalakan tepat ke arah Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir.Menurut Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby, kesemua peserta GSF yang ditahan oleh rejim Zionis Israel pada 18 dan 19 Mei lalu telah tiba di Pelabuhan Ashdod pada petang tadi."Mereka ketika ini berada di Ashdod," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.Sementara itu, sebuah rakaman tersebar di media sosial menunjukkan para peserta dipaksa melutut ke lantai dan ditarik secara kasar oleh tentera rejim untuk dipindahkan dari kapal ke tempat tahanan.Pada masa sama, Itamar juga turut dilihat mengelilingi para peserta sambil melemparkan kata-kata kesat kepada mereka.Semalam, GSF memaklumkan kesemua 50 bot misi itu dipintas rejim Zionis di timur Mediterranean pada 18 dan 19 Mei, menyebabkan 428 aktivis dari lebih 40 negara ditahan termasuk 29 delegasi Malaysia yang menyertai 18 bot berkenaan.Untuk rekod, sebanyak 54 buah kapal GSF 2.0 mula berlepas dari Pelabuhan Marmanis, Turkiye ke Gaza pada 14 Mei lalu.Pada 30 April, sekurang-kurangnya 22 kapal GSF 2.0 dipintas oleh tentera rejim Zionis di perairan antarabangsa berhampiran Crete, Greece sebelum dilepaskan di negara yang sama pada 2 Mei.Dalam operasi haram itu, 10 rakyat Malaysia dilaporkan antara peserta yang ditahan atau terputus hubungan selepas kapal mereka dinaiki tentera rejim |
|
[VIDEO] Aktivis GSF 2.0, FFC diikat tangan di belakang, kepala atas lantai - Kosmo - 20/05 10:39 pm PETALING JAYA – Lebih 400 aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 dan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang diculik tentera Zionis Israel dilayan kasar dan tidak berperikemanusiaan oleh rejim tersebut di Pelabuhan Ashdod |
|
Peserta GSF 2.0 belum tiba di Ashdod, nasib belum diketahui sejak 48 jam lalu. - Utusan - 20/05 3:38 pm SEPANG: Setakat berita ini ditulis, Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) belum menerima apa-apa perkembangan mutakhir mengenai kesemua peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 yang ditahan Israel pada Isnin lalu dan semalam |
|
SNCC still awaiting word on detained GSF 2.0 activists - SUN - 20/05 3:15 pm Sumud Nusantara Control Centre says it has not received updates on Global Sumud Flotilla participants detained by Israeli forces. |
|
GSF 2.0: SNCC terputus hubungan dengan peserta ditahan tentera laut rejim Zionis - Sinarharian - 20/05 3:15 pm SEPANG, 20 April (Bernama) -- Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) belum menerima sebarang perkembangan mutakhir mengenai kesemua peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 yang ditahan tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) pada Isnin dan Selasa.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat terkini mengenai nasib kesemua aktivis berkenaan."Kami belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenai nasib ratusan aktivis kemanusiaan kita walaupun penahanan sudah dibuat hampir 48 jam."Boleh jadi mereka dipukul, boleh jadi mereka berhadapan dengan tindakan agresif |
|
Semua kapal GSF 2.0 bawa 428 aktivis dipintas tentera laut Zionis - SNCC - Sinarharian - 20/05 2:51 pm SEPANG - Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan kesemua 50 kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang membawa 428 aktivis kemanusiaan daripada 40 negara, telah dipintas tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari pantai Gaza.Ketua Pengarah SNCC Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, laporan dan bukti visual mendedahkan, kapal Sirius telah diserang menggunakan meriam air bertekanan tinggi serta dirempuh secara agresif oleh kapal IOF beridentiti A833D."Bukti visual turut merakamkan insiden tembakan ke arah kapal Girolama dan Elengi |
|
Aktivis kemanusiaan GSF yang diculik belum tiba di Pelabuhan Ashdod - Sinarharian - 20/05 2:27 pm SEPANG - Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) belum menerima petunjuk berhubung kehadiran kesemua aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan di Pelabuhan Ashdod.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, sayap perundangan Pusat Kajian Hak Asasi Manusia dan Advokasi (Centhra) telah melakukan persiapan awal di lapangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan."Maklumat daripada Centhra sehingga kini melalui pasukan Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (Adalah) yang berada di lapangan, khususnya di Pelabuhan Ashdod masih belum dapat mengesahkan kehadiran kesemua peserta ini," katanya dalam sidang media khas di Mapim Central Warehouse pada Rabu.Menurut beliau, tentera rejim Zionis (IOF) dipercayai menggunakan helah dengan sengaja menempatkan peserta misi kemanusiaan itu di atas kapal lebih lama sebelum dibawa ke darat."Sebaik sahaja dibawa ke darat, mereka terpaksa akur dengan undang-undang yang digubal sendiri iaitu tahanan harus dilepaskan dalam tempoh 24 jam."Boleh jadi hari ini mereka sampai namun, sekiranya semua tahanan yang diculik itu tiba di Pelabuhan Ashdod, Adalah bersedia menjadi wakil peguam mewakli Centhra dan seluruh dunia," ujarnya.Sani Araby percaya situasi kini agak tegang selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas lima pimpinan tertinggi Israel termasuk menteri serta komander IOF atas jenayah perang.ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman video tunjuk tentera Israel lepaskan tembakan ke arah kapal GSFBeliau berkata, peserta GSF mempunyai profil antarabangsa yang mewakili pelbagai negara termasuk Kesatuan Eropah (EU) dan ia turut melibatkan adik perempuan Presiden Ireland, Catherine Connolly."Jika dalam tempoh 48 jam tidak ada maklumat pendaratan di Pelabuhan Ashdod saya kira itu adalah satu insiden dunia ambil peduli dan perlu masuk campur," katanya.Dalam perkembangan sama, Sani Araby berkata, kerajaan sedang menggerakkan usaha diplomatik dengan bekerjasama rapat negara-negara sahabat bagi memastikan kesemua aktivis kemanusiaan dibebaskan segera.Tambah beliau, tindakan ketenteraan bersenjata di koridor laut bebas itu merupakan pencabulan terhadap Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa (UNCLOS) 1982 yang menjamin kebebasan pelayaran mutlak bagi kapal awam termasuk kapal kemanusiaan."SNCC telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri serta Menteri Luar melalui Wisma Putra bahawa usaha diplomatik sedang digerakkan secara giat dan berterusan untuk meningkatkan tekanan antarabangsa," katanya lagi.Dalam insiden hitam pada Isnin dan Selasa lalu, kesemua 50 kapal yang membawa 428 aktivis kemanusiaan dari 40 buah negara telah dipintas secara haram dan dikepung oleh tentera rejim zionis israel (IOF) di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari pantai Gaza.Laporan dan bukti visual mendedahkan kapal Sirius telah diserang menggunakan meriam air bertekanan tinggi serta dirempuh secara agresif oleh kapal tentera laut israel beridentiti A833D.Insiden turut merakamkan tembakan ke arah kapal Girolama dan Elengi. |
|
Israel rampas semua kapal GSF - Mkini - 20/05 10:16 am Tentera Israel telah memintas sejumlah 50 kapal yang membawa 428 individu dari 44 negara, termasuk 78 warga Turkiye. |
|
Semua 10 kapal GSF 2.0 dipintas IOF – SNCC Semua 10 kapal GSF 2.0 .. - Mygazette - 20/05 7:56 am PUTRAJAYA - Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan kesemua 10 kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 telah dipintas tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) setakat 8.25 malam waktu Malaysia |
|
GSF: 25 Rakyat Malaysia tidak ceroboh, Menteri Luar desak pembebasan .. - Mygazette - 20/05 7:56 am # GSF: 25 Rakyat Malaysia tidak ceroboh, Menteri Luar desak pembebasan segera PETALING JAYA - Malaysia mendesak rejim Zionis Israel supaya membebaskan segera 25 rakyat negara ini yang juga ahli dan anak kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan ketika berada di luar perairan Cyprus pada 18 Mei |
|
Semua 10 Kapal GSF 2.0 Dipintas IOF - SNCC - Siakapkeli - 19/05 11:09 pm Semua 10 Kapal GSF2.0 Dipintas IOF - SNCC PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan |
|
Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0 - Mypress - 19/05 10:15 pm SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.… |
|
GSF 2.0: Wisma Putra tuntut pembebasan 25 rakyat Malaysia - Mkini - 19/05 9:38 pm Wisma Putra menegaskan tindakan rejim Zionis Israel itu merupakan suatu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa. |
|
GSF 2.0: Sembilan jam lagi empat rakyat Malaysia sampai ke Gaza - Sinarharian - 19/05 5:05 pm SEPANG Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 menuju ke Gaza kini memasuki fasa paling getir apabila empat rakyat Malaysia yang masih meneruskan pelayaran dijangka menghampiri zon berisiko dalam tempoh sembilan jam lagi.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, berdasarkan data penjejakan semasa, kapal yang membawa delegasi Malaysia kini berada dalam fasa terakhir perjalanan menuju Gaza tanpa sebarang petunjuk untuk berpatah balik.Menurutnya, empat rakyat Malaysia yang masih selamat dan meneruskan pelayaran ialah Muhammad Hareez Adzrami dan Chin yang berada di atas kapal Alcyone, Syed Amirul di kapal Don Juan serta Noor Thanisah di kapal Zefiro."Dengan kelajuan sekitar 15 kilometer sejam atau kira-kira lapan knot, kapal berkenaan dijangka tiba di zon berisiko dalam tempoh sembilan jam lagi."Sembilan jam ini adalah pecutan akhir yang sangat mendebarkan buat anak muda Malaysia patut kita banggakan kerana mereka tidak berpatah hati, tidak melarikan diri dan terus mara ke hadapan walaupun berdepan risiko diculik," katanya.Beliau berkata demikian pada Sidang Media Khas Sumud Nusantara Command Center (SNCC) di sini pada Selasa.Dalam pada itu, Sani Araby memberitahu, SNCC kini memantau rapat dua perkembangan utama membabitkan konvoi kapal terbabit.Katanya, perkembangan pertama ialah maklumat awal mengenai pergerakan kapal tentera rejim Zionis yang didakwa sedang menghampiri flotila berkenaan."Kita melihat dan membuat pemantauan terhadap maklumat awal yang mengatakan kapal tentera rejim penjajah sedang bergerak menghampiri kapal-kapal ini."Bagaimanapun, kita masih belum mendapat pengesahan penuh mengenainya," katanya.Beliau berkata, perkembangan kedua pula susulan pengumuman seorang menteri Itali yang mendakwa flotila berkenaan dijangka tiba di Mesir.Katanya, kedua-dua situasi itu mempunyai kebarangkalian tinggi dan tidak menolak kemungkinan ia adalah taktik Israel untuk mengalih perhatian dunia terhadap operasi sebenar mereka."Kita belum pasti ke mana sebenarnya mereka mahu membawa kapal ini kerana Israel sebelum ini sudah mengambil tindakan luar biasa terhadap GSF."Jika mereka dibawa ke darat, proses pembebasan mungkin tidak lagi mengambil masa 30 hingga 40 jam seperti sebelum ini |
|
Malaysia kecam tindakan Zionis tahan rakyat Malaysia sertai GSF 2.0 – PM - Mypress - 19/05 2:58 pm KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia mengemukakan bantahan keras terhadap tindakan rejim Zionis yang menahan 16 rakyat negara ini yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 menuju ke Gaza,… |
|
Malaysia working with friendly nations to push for release of GSF activists - PM - Sinardaily - 19/05 1:06 pm KUALA LUMPUR - Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said he is working closely with leaders of friendly nations to secure the immediate release of activists from the Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 detained by the Zionist regime.In a Facebook post today, Anwar said Malaysia is demanding that all activists involved be treated humanely and protected from any form of abuse."Malaysia demands that they are not mistreated, denied their humanitarian rights or subjected to any inhumane action simply for carrying the message of peace and humanitarian aid for the Palestinian people."Pray that all these efforts will be eased, Insya-Allah |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |