///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Huey News   Page 1    



Drink-driving: widow voices relief as suspect in fatal crash charged with murder - Sinardaily - 1/04 5:21 pm

As for the rest (of the process), I leave it to the lawyer, she said.She said this when met by reporters after attending the prosecution of R. Saktygaanapathy, 28, who was charged at the Magistrates Court, here, today, with the murder of her husband.Previously, Klang Selatan police chief ACP Lim Jit Huey reportedly said that a motorcyclist was killed after being hit by a car driver who was under the influence of alcohol and drugs in an incident at about 11.40 am on Sunday.The incident caused the victim, Amirul Hafiz, to be flung onto the roof of a Perodua Myvi, before he was pronounced dead at the scene.Meanwhile, Nor Nadia said she has decided to return to her hometown in Taiping, Perak, as previously advised by her late husband.The mother of three said she is currently in Shah Alam only to settle matters related to transferring her two young sons to new schools, before moving back to her hometown."My husband once told me that if anything were to happen, I should return to the village and not stay here (in Shah Alam)





Saya nak nyawa dibalas nyawa ??? Isteri mangsa pemandu mabuk - Mgazette - 1/04 3:50 pm

Amirul Hafiz maut dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat, Klang pada Ahad. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an, datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya





I cannot sleep: Blue Myvi driver relives moment motorcyclist fell onto car in fatal Klang crash - Sinardaily - 1/04 3:06 pm

I am afraid and even now I feel disturbed about driving a car or riding a motorcycle, he said.Megan added that he was also facing difficulties as the car he was driving was not covered by comprehensive insurance.The car belongs to a friend and only has third-party insurance, so I cannot make any claim.Now I have to bear the repair costs myselfand the car has been held at the police station for investigation, he said.He said the situation had affected him as he needed the vehicle for his daily work.However, he said several other witnesses had come forward to provide accurate accounts of the incident.I feel sad because I found out the victim has a family and young children, he said.He stressed that the incident not only claimed a life but also affected many innocent people.One persons wrongdoing causes hardship for many. I am also affected by this incident.This individuals actions were very irresponsible and firm action must be taken as a lesson to others, he said.In the incident at about 11.40am on Sunday, Amirul Hafiz Omar was killed after the motorcycle he was riding was hit by a car driven by a man along Jalan Raya Barat.South Klang district police chief assistant commissioner Lim Jit Huey said the accident involved a motorcycle and two cars.He said initial investigations found that a Honda City driven by a local man in his 20s was travelling from Jalan Raya Barat towards Bandar Klang at high speed in a dangerous manner.He added that the driver was believed to have overtaken several vehicles before entering the opposite lane and colliding with the victims motorcycle.





'Tiba-tiba ada orang atas bumbung kereta, tangan terkulai di cermin depan' - Pemandu Myvi biru akui trauma - Sinarharian - 1/04 2:21 pm

Saya fikir, tak mengapa kalau kereta saya rosak, yang penting nyawa dia."Saya terus berhenti di tepi jalan, dalam hati saya berdoa agar dia selamat," katanya.Bagaimanapun, sebaik turun dari kenderaan, dia mendapati mangsa sudah tidak menunjukkan sebarang tanda pergerakan.Katanya, detik itu menjadi titik trauma yang masih menghantui dirinya sehingga kini."Saya memang tak boleh tidur, saya takut, sampai sekarang nak bawa kereta atau motosikal pun saya fobia," ujarnya.Lebih membebankan, Megan berkata, dia turut berdepan kesukaran apabila kenderaan dipandunya itu tidak dilindungi insurans komprehensif."Kereta itu saya pinjam daripada kawan, insurans hanya pihak ketiga, jadi saya tak dapat buat tuntutan."Sekarang saya kena tanggung sendiri kos baiki kereta, kereta pula kena tahan di balai untuk siasatan," katanya.Menurutnya, keadaan itu turut menjejaskannya kerana dia memerlukan kenderaan untuk urusan kerja harian.Bagaimanapun jelasnya, beberapa saksi lain tampil memberikan keterangan sebenar berhubung kejadian itu."Saya sedih sebab saya dapat tahu yang mangsa ada keluarga, anak-anak masih kecil," katanya dengan nada sebak.Tegasnya, kejadian itu bukan sahaja meragut nyawa, malah memberi kesan kepada ramai pihak yang tidak bersalah."Satu orang buat salah, ramai yang susah. Saya juga turut terkesan akibat kejadian ini."Memang perbuatan individu ini sangat tidak bertanggungjawab dan perlu dikenakan hukuman tegas agar menjadi pengajaran kepada semua," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi Ahad, Amirul Hafiz Omar maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki di Jalan Raya Barat di sini.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Polis Lim Jit Huey berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Jelas beliau, pemandu berkenaan dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal ditunggang mangsa.





Cops seek man seen hitching dangerous ride on trailer in Klang - Sinardaily - 1/04 1:29 pm

KLANG - A viral video showing a man clinging to the back of a moving trailer along Persiaran Tengku Ampuan Rahimah in Klang on March 30 has prompted a police investigation.The footage, which circulated widely online, captured the individual holding onto the moving heavy vehicle, raising serious safety concerns.Authorities have since urged members of the public with relevant information to come forward to assist in the investigation.South Klang district police chief Lim Jit Huey said the incident involved a man clinging onto a trailer as it travelled from Taman Sri Andalas towards Persiaran Raja Muda Musa.Investigations found that the trailer driver was unaware of the individual holding onto his vehicle while driving along the route, he said in a statement yesterday.Authorities confirmed that the case is being investigated under Section 47 of the Road Transport Act 1987 and Section 336 of the Penal Code, which relate to reckless and dangerous acts that could endanger public safety.Police are now appealing to witnesses or individuals with relevant information to assist in the investigation.Members of the public who may have details about the incident have been urged to contact Inspector Ahmad Syahid Salahudin at 011-35753557.





Man in viral Klang crash charged with murder - Sinardaily - 1/04 11:21 am

Khartiyayini, as murder cases fall under the jurisdiction of the High Court.In another charge at the same court, Saktygaanapathy pleaded guilty to self-administration of drugs believed to be benzodiazepine (Benzo) and tetrahydrocannabinol (THC) at the Narcotics Office of the South Klang District Police Headquarters (IPD) at 3.30 pm on the same day.He was charged under Section 15(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952, which provides for a fine of up to RM5,000, imprisonment of up to two years, or both, and may include a supervision order of up to three years upon conviction.Deputy Public Prosecutor Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin did not offer bail, citing the seriousness of the murder charge. The accused was unrepresented.The court then set June 3 for mention of all cases and the submission of pathology reports.Earlier, the accused arrived at the Klang Court complex at about 8.50 am in handcuffs, escorted by police officers.Meanwhile, the victim's wife, Nor Nadia Abdul Majid, 32, was present in court to follow the proceedings.In the incident last Sunday, South Klang police Chief ACP Lim Jit Huey said the victim was killed after being struck by a car allegedly driven at high speed and in a dangerous manner in a crash on Jalan Raya Barat





Langgar hingga melambung, lelaki didakwa bunuh penunggang motosikal - Sinarharian - 1/04 10:58 am

KLANG - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki yang tular dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal melambung dan terjatuh di atas sebuah kereta, didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, masing-masing satu pertuduhan membunuh dan kes dadah.R Saktygaanapathy, 28, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan kes bunuh dibacakan di hadapan Majistret, A Karthiyayini.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat, di sini pada jam 11.47 pagi, 29 Mac lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman gantung, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.Dalam pada itu, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan memberikan dirinya dadah disyaki jenis benzo dan Tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badan.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini pada jam 3.30 petang tarikh sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.Sementara itu, peguam, Mohd Faizi Che Abu yang mewakili isteri mangsa, Nor Nadia Abdul Majid, 32, hadir selaku peguam pemerhati.Semasa prosiding, Raja Zaizul Faridah berkata, pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh bagi kedua-dua kes."Disebabkan tertuduh mengaku bersalah atas kes dadah, saya mohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk laporan patologi dan fakta kes."Bagaimanapun, saya tidak menawarkan jaminan kerana dia masih berdepan kes bunuh yang mana ia termasuk dalam kes yang tidak boleh dijamin," katanya.Selepas mendengar perkara itu, Karthiyayini tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 3 Jun depan untuk sebutan semula kes.Pada Ahad, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di lokasi kejadian.Akibat pelanggaran itu, mangsa, lelaki tempatan itu tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Justeru, seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan awal dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.





Rampas, lucut hak kenderaan pemandu mabuk, bawah pengaruh dadah - Sinarharian - 1/04 10:23 am

KUALA LUMPUR Kerajaan digesa melaksanakan pindaan melibatkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) bagi membolehkan kenderaan yang terlibat dalam kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah (DUI) dirampas serta dilucut hak, khususnya membabitkan kes kematian dan kecederaan parah.Pendukung Keselamatan Jalan Raya dan Pengangkutan Lestari, Shahrim Tamrin berkata, cadangan itu perlu direalisasikan melalui pengenalan klausa baharu di bawah Seksyen 44 APJ 1987 dengan mengambil model sedia ada dalam Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.Menurutnya, Malaysia sebenarnya sudah mempunyai asas perundangan dan keupayaan operasi yang mencukupi untuk melaksanakan mekanisme tersebut."Jika Malaysia boleh melucut hak lori komersial secara kekal kerana membawa muatan berlebihan, adalah logik dan adil untuk tindakan sama dikenakan terhadap kenderaan yang digunakan oleh pemandu mabuk atau khayal."Cadangan ini bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya merupakan lanjutan kepada undang-undang sedia ada yang wajar diperluaskan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, sebanyak 465 kenderaan komersial telah dirampas oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada tahun 2025 di bawah peruntukan APAD 2010, meningkat 85.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.Pada masa yang sama, katanya, hukuman sedia ada termasuk denda antara RM1,000 hingga RM2,000 dilihat tidak mencukupi dan perlu diperkasakan bagi mengekang pesalah berulang."Ramai pesalah menganggap denda sebagai kos untuk berseronok. Namun, apabila kenderaan dirampas dan dilelong, mesejnya menjadi jauh lebih jelas."Kenderaan yang digunakan sebagai senjata sewajarnya dirampas daripada mereka," katanya.Tambah beliau, kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati 23 peratus pemandu dalam nahas maut didapati positif alkohol, manakala pemandu di bawah pengaruh alkohol adalah 13 kali ganda lebih berisiko menyebabkan kemalangan.Katanya, penunggang motosikal yang menyumbang lebih 71 peratus kematian jalan raya juga perlu diberi perlindungan yang lebih berkesan dalam menangani isu DUI.Menurut Shahrim, cadangan itu memperincikan beberapa keadaan yang membolehkan rampasan mandatori dilaksanakan, termasuk kesalahan DUI berulang, paras alkohol dalam darah melebihi 150 miligram per 100 mililiter, pemanduan di bawah pengaruh dadah serta kes yang menyebabkan kematian atau kecederaan serius.Jelasnya, kenderaan yang terlibat perlu disita di lokasi kejadian sebelum notis rampasan dikeluarkan kepada pemilik dalam tempoh 24 hingga 48 jam."Kes perlu dibawa ke mahkamah dan selepas sabitan, perintah pelucutan hak hendaklah dikeluarkan."Hak milik kenderaan akan dipindahkan kepada kerajaan sebelum dilelong selepas tempoh minimum 90 hari," katanya.Menurut beliau, hasil lelongan perlu disalurkan kepada Tabung Pampasan Mangsa DUI serta Tabung Amanah Keselamatan Jalan Raya bagi tujuan pendidikan, komunikasi dan penguatkuasaan.Dalam pada itu, beliau menegaskan cadangan tersebut turut perlu mengambil kira perlindungan kepada pemilik pihak ketiga yang tidak bersalah seperti ibu bapa, majikan atau syarikat kewangan.Katanya, kenderaan milik pihak ketiga hendaklah dikembalikan kepada pemilik berdaftar, manakala pesalah tetap perlu membayar penalti setara dengan nilai pasaran kenderaan tersebut."Selain itu, mahkamah wajar diberi budi bicara dalam kes melibatkan golongan B40, khususnya penunggang motosikal bagi kesalahan pertama dengan tahap alkohol rendah."Pendekatan ini perlu memastikan keadilan dilaksanakan tanpa membebankan golongan berpendapatan rendah," katanya.Mengulas lanjut, Shahrim berkata, pelaksanaan dasar rampasan kenderaan telah terbukti berkesan di beberapa negara termasuk Latvia dan Belarus dalam mengurangkan kesalahan berulang."Setiap kematian akibat DUI yang boleh dicegah adalah kegagalan dasar."Malaysia mesti menghantar isyarat tegas bahawa kenderaan bukan sekadar aset, tetapi boleh menjadi instrumen yang membawa padah jika disalah guna," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi Ahad, Amirul Hafiz Omar maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki dalam keadaan mabuk serta di bawah pengaruh dadah di Jalan Raya Barat, Klang.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Jelasnya, pemandu berkenaan dipercayai memotong beberapa kenderaan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal yang ditunggang mangsa.





Where is my husbands killer? A life for a life: Widow demands justice in Klang crash - Sinardaily - 1/04 10:13 am

KLANG Where is my husbands killer? A life for a life.Those were the words of Nor Nadia Abdul Majid, the wife of Amirul Hafiz Omar, 33, who was killed after being hit by a driver believed to be under the influence of alcohol along Jalan Raya Barat here.Nor Nadia arrived at the magistrates court at 9.53am on Wednesday, accompanied by her lawyer Mohd Faizi Che Abu.The mother of three, dressed in a black jubah, appeared grief-stricken and struggled to hold back tears as she entered the courtroom.Also present to lend support were activist Rafidah Ibrahim and businessman Albert Tei.Earlier, a man in his 20s, who is being investigated for allegedly driving under the influence of alcohol and drugs causing death, was brought to the magistrates court under police escort at 8.53am.On Tuesday, Klang Selatan district police chief Assistant Commissioner Lim Jit Huey confirmed that the suspect would be charged in connection with the incident.On Sunday, Amirul was killed in a three-vehicle crash at Jalan Raya Barat at about 11.40am.Preliminary investigations found that a Honda City driven by the suspect was believed to have overtaken several vehicles before colliding with the victims motorcycle.The impact threw the victim onto a Perodua Myvi and he was pronounced dead at the scene.The suspect was subsequently arrested and remanded for four days to assist in investigations.The case is being investigated under Section 44(1) of the Road Transport Act 1987 and Section 15(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952.





Klang crash: Suspected drunk driver brought to court over fatal accident - Sinardaily - 1/04 10:00 am

KLANG A man under investigation for allegedly driving under the influence of alcohol and drugs, causing a fatal crash along Jalan Raya Barat here, was brought to the magistrates court on Wednesday.The suspect, in his 20s and wearing a white collared T-shirt, arrived at 8.53am escorted by police.On Tuesday, Klang Selatan district police chief Assistant Commissioner Lim Jit Huey confirmed that the suspect would be charged in connection with the incident.On Sunday, a motorcyclist was killed after being hit by a car driven by an individual believed to be under the influence of alcohol and drugs in a three-vehicle crash at Jalan Raya Barat, Klang, at 11.40am.Preliminary investigations found that the car, driven by a man in his 20s, was believed to have overtaken several vehicles before crashing into the victims motorcycle.The impact threw the victim, a local man in his 30s, onto a Perodua Myvi before he was pronounced dead at the scene.Following the incident, a man was arrested and remanded for four days to assist in investigations.Lim said the case was being investigated under Section 44(1) of the Road Transport Act 1987 and Section 15(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952.





"Mana pembunuh suami saya, nyawa balas nyawa" - Isteri penunggang motosikal - Sinarharian - 1/04 9:45 am

KLANG - "Mana pembunuh suami saya, nyawa balas nyawa."Kata isteri kepada Amirul Hafiz Omar, 33, penunggang motosikal yang maut dirempuh pemandu dipercayai mabuk di Jalan Raya Barat, di sini pada Rabu.Nor Nadia Abdul Majid yang tiba di Mahkamah Majistret di sini pada jam 9.53 pagi Rabu, diiringi peguamnya, Mohd Faizi Che Abu.Ibu kepada tiga anak yang masih kecil itu, memakai jubah hitam kelihatan sugul dan seakan-akan menahan diri daripada menangis ketika melangkah masuk ke mahkamah.Turut hadir memberi semangat kepada isteri mangsa ialah aktivis, Rafidah Ibrahim dan ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing.Seorang lelaki yang disiasat berhubung insiden memandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian di Jalan Raya Barat di sini, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Suspek berusia 20-an, memakai baju T berkolar warna putih, tiba pada jam 8.53 pagi dengan diringi pihak polis.Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey mengesahkan suspek berkenaan akan didakwa atas pertuduhan berkaitan insiden tersebut.Pada Ahad, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu dipercayai berada bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, pada jam 11.40 pagi.Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an, dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa.Akibat pelanggaran itu, mangsa, lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Justeru, seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.





Suspek langgar penunggang motosikal hingga melambung didakwa hari ini - Sinarharian - 1/04 9:27 am

KLANG Seorang lelaki yang disiasat berhubung insiden memandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian di Jalan Raya Barat di sini, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Suspek berusia 20-an, memakai baju T berkolar warna putih, tiba pada jam 8.53 pagi dengan diringi pihak polis.Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey mengesahkan suspek berkenaan akan didakwa atas pertuduhan berkaitan insiden tersebut.Pada Ahad, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu dipercayai berada bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, pada jam 11.40 pagi.Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an, dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa.Akibat pelanggaran itu, mangsa, lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Justeru, seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.





Pemandu mabuk langgar penunggang motosikal di Klang akan didakwa esok - Mgazette - 1/04 8:00 am

# Pemandu mabuk langgar penunggang motosikal di Klang akan didakwa esok KUALA LUMPUR - Lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan positif dadah hingga menyebabkan kematian penunggang motosikal di Jalan Raya Barat, Klang akan didakwa esok. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, suspek yang berusia lingkungan 20-an itu akan dibawa sekitar jam 9 pagi di Mahkamah Majistret Klang





Kes pemandu mabuk: Bantuan keluarga mangsa akan segera disalurkan- Ahli Parlimen Klang - Sinarharian - 31/03 5:10 pm

SHAH ALAM - Penyaluran bantuan kepada keluarga mangsa penunggang motosikal, Amirul Hafiz Omar yang maut akibat dirempuh pemandu mabuk akan disegerakan.Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Veraman berkata, pihaknya memberi jaminan berhubung perkara tersebut termasuk sokongan kebajikan bagi meringankan beban mereka."Dalam masa sama, Klang menyokong cadangan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk memperketatkan undang-undang terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah."Kejadian yang meragut nyawa seperti ini bukan sekadar kemalangan, tetapi satu bentuk kecuaian serius yang tidak boleh diterima," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.Sinar Harian pada Ahad melaporkan, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, kira-kira jam 11.40 pagi tadi.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, berkata kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal serta dua kereta iaitu Honda City dan Perodua Myvi.Ganabatirau turut menggesa agar siasatan dijalankan dengan segera dan tindakan tegas diambil terhadap pesalah."Tiada kompromi apabila melibatkan nyawa rakyat," ujarnya.





Buletin Cadang Pinda Akta 333, Wajibkan Pemandu Mabuk Bayar Ganti Rugi ??? .. - Mekanika - 31/03 3:37 pm

Dalam pada itu, MOT turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Amirul Hafiz Omar yang terlibat dalam nahas tragis berkenaan dan menyifatkan kehilangannya amat menyayat hati dan merupakan satu bentuk kecuaian jenayah yang tidak boleh diterima sama sekali. Semalam, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Lim Jit Huey memaklumkan seorang penunggang motosikal maut dilanggar pemandu kereta yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat di Klang





Aid pours in for blue Myvi owner after fatal crash involving drunk driver in Klang - Sinardaily - 31/03 3:25 pm

Even the deceaseds family is affected, he said, adding that efforts are ongoing to assist both the victims family and the affected motorist.The appeal quickly drew responses from the public, with several individuals offering financial assistance.One user commented, I can contribute a small donation, please share the account number or QR code.In a subsequent update, @iamjoelee expressed gratitude for the overwhelming support, noting that many had already stepped forward to help.Thankfully, many have come forward. If you have extra, please use it to help those who need it more at this time, he added.He said any assistance for the Myvi owner would be arranged directly between contributors and the individual once the vehicle is released from police custody.It was reported that Klang Selatan district police chief Assistant Commissioner Lim Jit Huey said the suspect had overtaken several vehicles before entering the opposite lane and crashing into the victims motorcycle.He said the impact caused 33-year-old motorcyclist Amirul Hafiz Omar to be thrown onto the roof of a Perodua Myvi before being pronounced dead at the scene.Investigations revealed that the suspect was tested positive for alcohol and drugs has been detained to assist in investigations under Section 44(1) of the Road Transport Act 1987 and Section 15(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952.





Memandu mabuk satu jenayah besar, bercanggah Maqasid Syariah - Mufti WP - Sinarharian - 31/03 10:15 am

SHAH ALAM - Semua pihak perlu memainkan peranan membanteras gejala pemanduan dalam keadaan mabuk termasuk melalui penguatkuasaan undang-undang, pendidikan masyarakat dan kesedaran individu.Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, ia kerana perbuatan tersebut merupakan satu jenayah besar di sisi syarak dan undang-undang negara, malah bercanggah dengan prinsip Maqasid Syariah yang menekankan pemeliharaan nyawa, akal serta kesejahteraan masyarakat.Ujarnya, pengambilan arak juga adalah haram secara qati dalam Islam, menunjukkan bahawa agama memelihara akal manusia daripada sebarang unsur yang merosakkan."Perbuatan memandu dalam keadaan mabuk merupakan satu bentuk kesalahan yang berat dan melampaui batas sehingga boleh mengundang kehilangan nyawa."Meskipun tiada niat untuk membunuh, tindakan mengambil alkohol dan seterusnya memandu dalam keadaan hilang pertimbangan akal jelas menunjukkan sikap cuai yang tinggi, sama ada dalam bentuk melampaui batas mahupun sengaja."Keadaan ini tetap menuntut pertanggungjawaban di sisi syarak kerana ia melibatkan pencerobohan terhadap hak keselamatan dan nyawa orang lain," katanya dalam Tinta Mufti Bil 98/2026 menerusi laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Selasa.Pada Ahad media melaporkan, seorang penunggang motosikal Allahyarham Amirul Hafiz Omar maut dirempuh kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta.Menurut Ahmad Fauwaz, dalam isu tersebut, aspek syarak dan perundangan mempunyai kaitan dan tujuannya sama iaitu menjaga nyawa serta kemaslahatan umum.Kata beliau, pengharaman arak dalam Islam bertujuan untuk memelihara kesucian agama daripada sebarang unsur yang melalaikan dan merosakkan hubungan manusia dengan ALLAH SWT."Lebih daripada itu, arak juga merosakkan fungsi akal, sehingga menyebabkan hilang keupayaan seseorang untuk membezakan antara baik dan buruk."Selain itu, kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pemandu mabuk bukan sahaja mengancam nyawa, bahkan turut membawa kepada kerugian harta benda sama ada melibatkan kenderaan, kemudahan awam mahupun harta milik individu lain," ujarnya.Ujar beliau, kehilangan nyawa akibat kemalangan berkenaan turut memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan, termasuk kehilangan tempat bergantung, gangguan emosi dan terjejasnya kesinambungan keturunan."Oleh yang demikian, perbuatan memandu dalam keadaan mabuk jelas bertentangan dengan keseluruhan kerangka Maqasid Syariah bahkan juga bertentangan dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan."Keberadaan pemandu jenis ini bukan hanya menyusahkan individu lain dan negara bahkan mereka boleh dianggap sebagai penjenayah jalan raya," kata beliau





Hadkan jualan, naikkan harga minuman keras - Sinarharian - 31/03 8:13 am

IPOH Kerajaan digesa mempertimbangkan langkah mengehadkan jualan serta menaikkan harga minuman keras bagi mengurangkan kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang semakin membimbangkan.Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia, R Sharvin berkata, sudah tiba masanya tindakan lebih tegas diambil berikutan banyak nyawa terkorban akibat kecuaian pemandu mabuk dan individu di bawah pengaruh dadah.Menurutnya, insiden terbaharu yang tular hanyalah sebahagian daripada rentetan tragedi yang berulang melibatkan kehilangan nyawa serta memberi kesan besar kepada keluarga mangsa."Realitinya, terlalu banyak nyawa telah terkorban. Setiap tragedi bukan sahaja meragut satu nyawa tetapi turut memusnahkan kehidupan sebuah keluarga."Keadaan ini juga menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sharvin berkata, antara langkah yang boleh dipertimbangkan ialah mengehadkan jumlah premis yang menjual minuman beralkohol."Antara langkah yang perlu dipertimbangkan ialah mengehadkan jumlah kedai yang menjual minuman beralkohol serta mengawal penjualannya dengan lebih ketat."Selain itu, peningkatan harga minuman alkohol juga boleh menjadi salah satu mekanisme untuk mengurangkan akses mudah dan pembelian berlebihan dalam kalangan pengguna," katanya.Dalam pada itu, beliau turut menegaskan keperluan untuk memperketatkan undang-undang terhadap pemandu mabuk, termasuk mengenakan hukuman lebih berat terutama jika melibatkan kehilangan nyawa.Tambah beliau, isu keselamatan nyawa rakyat tidak boleh dipandang ringan dan memerlukan tindakan segera daripada semua pihak bagi memastikan tragedi seumpama itu tidak terus berulang.Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Perak, Hafez Sabri berkata, Malaysia disaran memperkenalkan hukuman lebih berat dan tegas terhadap pemandu mabuk bagi memberi pengajaran serta mengurangkan kes kemalangan maut yang semakin membimbangkan.Uajar beliau, undang-undang sedia ada di negara ini dilihat masih lemah berbanding negara lain seperti Taiwan yang mengenakan hukuman lebih keras terhadap pesalah.Menurutnya, di Taiwan, pemandu mabuk yang menyebabkan kematian boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati, manakala di Malaysia hanya melibatkan hukuman penjara dan denda."Hukuman yang ada ketika ini masih terlalu ringan, malah pesalah juga boleh membuat rayuan untuk meringankan hukuman, sedangkan perbuatan mereka telah meragut nyawa insan tidak berdosa."Situasi ini menimbulkan persoalan mengenai keadilan kepada mangsa dan keluarga yang terpaksa menanggung kehilangan orang tersayang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Hafez berkata, kesan terhadap keluarga mangsa amat besar, khususnya apabila mangsa merupakan punca utama pendapatan keluarga.beliau menegaskan kerajaan tidak boleh terus bersikap defensif atau berlengah dalam memperketatkan undang-undang berkaitan kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol."Bayangkan penderitaan isteri yang kehilangan suami dan anak-anak yang kehilangan ayah buat selama-lamanya akibat kecuaian pemandu mabuk."Lebih menyedihkan apabila keluarga tersebut hilang tempat bergantung, sekali gus menambah beban kehidupan mereka," ujarnya.Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi itu, sebarang kompromi dalam kes melibatkan kehilangan nyawa adalah kegagalan dalam melindungi rakyat.Pada Ahad media melaporkan, seorang penunggang motosikal Allahyarham Amirul Hafiz Omar maut dirempuh kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta





Diyat perlu diteliti lindungi hak waris mangsa kemalangan – Zulkifli .. - Mgazette - 31/03 7:40 am

Moga roh Allahyarham Amirul Hafiz Omar ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh, katanya. Semalam, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey memaklumkan seorang penunggang motosikal maut dilanggar pemandu kereta yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat di Klang





Pemandu mabuk, terlibat dadah bakal berdepan hukuman berat – Anthony - Mgazette - 31/03 7:40 am

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi semalam, mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Raya Barat. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey dilaporkan berkata, kemalangan tersebut membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta





Syariah-based 'diyat' proposed as justice mechanism for drink-driving victim's family - Sinardaily - 30/03 10:18 pm

Driving under the influence not only violates the law but also endangers the lives of others."This incident is deeply saddening and represents a form of negligence that cannot be compromised with, as it involves the loss of an invaluable life, he said in a Facebook post today.He said that a discussion regarding the implementation of diyat was initiated on Feb 11 in Putrajaya, involving muftis, prominent figures, and experts under the Prime Minister's Department (Religious Affairs).He said the effort was aimed at ensuring justice and protecting the rights of heirs, as well as supporting the implementation of diyat.Meanwhile, he welcomed the statement by the Transport Ministry, which was drafting amendments to Section 44 of the Road Transport Act 1987 to require offenders to pay compensation to victims families in addition to imprisonment."May justice be upheld, and may this incident serve as a reminder to all road users. May the soul of the late Amirul Hafiz Omar be placed among the righteous, he said.Yesterday, South Klang District Police chief ACP Lim Jit Huey said a motorcyclist was killed after being hit by a car driven by a person under the influence of alcohol and drugs in a crash on Jalan Raya Barat in Klang.The incident, which occurred at about 11.40 am, resulted in the victim being flung onto the roof of another car and he was pronounced dead at the scene.A video recording of the accident also went viral on social media, showing a speeding car overtaking on a double line and crashing into a motorcycle, causing the rider to be tossed into the air before landing on another vehicle





'Diyat perlu diteliti lindungi hak waris mangsa kemalangan' - Zulkifli - Sinarharian - 30/03 10:02 pm

Saya menggesa Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap pelaku," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.Beliau berkata, satu perbincangan mengenai pelaksanaan diyat telah digerakkan pada 11 Februari lepas di Putrajaya bersama mufti-mufti serta barisan tokoh dan pakar dalam bidang masing-masing di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).Zulkifli berkata, usaha itu bertujuan untuk memastikan perlindungan keadilan dan hak waris selain menyokong pelaksanaan diyat berasaskan syariah melalui kajian undang-undang dan takaful.Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik kenyataan Kementerian Pengangkutan yang sedang merangka pindaan Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mewajibkan pesalah membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain hukuman penjara."Semoga keadilan ditegakkan dan kejadian ini menjadi peringatan kepada semua pengguna jalan raya. Moga roh Allahyarham Amirul Hafiz Omar ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," katanya.Semalam, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey memaklumkan, seorang penunggang motosikal maut dilanggar pemandu kereta yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat di Klang.Insiden yang berlaku pada 11.40 pagi itu mengakibatkan mangsa tercampak ke atas bumbung kereta lain dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Rakaman video kemalangan itu turut tular di media sosial yang memaparkan sebuah kereta dipandu laju memotong garisan berkembar dan merempuh sebuah motosikal sehingga mengakibatkan penunggangnya melambung sebelum tercampak ke atas kenderaan lain





Kes langgar sampai mati wajar dituduh membunuh tanpa niat - Peguam - Sinarharian - 30/03 8:13 pm

KUALA LUMPUR Suspek yang memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, wajar disiasat mengikut Seksyen 300(d) Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat berbanding Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Peguam, M Partiben berkata, Seksyen 300(d) berkenaan mentakrifkan perbuatan membunuh apabila seseorang melakukan tindakan yang diketahui amat berbahaya dan berkemungkinan besar menyebabkan kematian.Sementara Seksyen 44(1) itu katanya, melibatkan kes menyebabkan kematian akibat memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Menyentuh kes kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal yang terpelanting selepas dilanggar kereta jenis Honda City di Klang, beliau berkata, kesalahan itu masih boleh disabitkan walaupun individu terbabit tidak mempunyai niat khusus untuk membunuh mangsa."Elemen utama Seksyen 300(d) ialah tertuduh mengetahui bahawa tindakannya sangat berbahaya dan berisiko tinggi sehingga boleh meragut nyawa."Peruntukan tersebut juga sering digunakan dalam kes seperti melepaskan tembakan secara melulu ke arah orang ramai."Kebiasaannya, kes seperti ini dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara serta sebatan jika sabit kesalahan," katanya.Berbanding Seksyen 44(1), peguam itu berkata, peruntukan hukuman hanya membabitkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak lebih RM100,000, jika sabit kesalahan.Pada masa sama, Partiben mencadangkan beberapa langkah memperketat penguatkuasaan undang-undang perlu dibuat agar kejadian serupa dapat dielakkan.Katanya, ia termasuk mengenakan denda sehingga RM150,000 dan hukuman penjara sehingga 20 tahun melibatkan kes tertentu.Selain beliau berkata, perintah menggantung lesen memandu sehingga 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini, diharap dapat menghalang pesalah mengulangi kesalahan sama.Beliau turut mencadangkan, kerajaan mempertingkatjan penggunaan teknologi pengujian yang lebih canggih, dalam memastikan ketepatan keputusan serta mengelakkan sebarang manipulasi."Ujian darah juga boleh dipertimbangkan walaupun ia lebih invasif, namun perlu dilaksanakan dengan prosedur yang jelas," katanya.Beliau berkata, peningkatan pengawasan melalui kamera litar tertutup (CCTV) serta pelaksanaan sistem demerit juga dilihat mampu membantu pihak berkuasa mengesan dan memantau pesalah berulang.Pada Ahad, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu dipercayai berada bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, pads jam 11.40 pagi.Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an, dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa.Akibat pelanggaran itu, mangsa, lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Justeru, seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952





Pemandu mabuk: Pampasan setimpal perlu diberikan kepada keluarga mangsa - Young Syefura - Sinarharian - 30/03 7:43 pm

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyokong supaya pampasan yang setimpal diberikan kepada keluarga mangsa bagi kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk.Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu berkata, beliau bersetuju dengan cadangan untuk pindaan undang-undang berkaitan kesalahan pemandu mabuk itu.Katanya, selain itu perlu juga ada penguatkuasaan ketat di sekitar kawasan yang berisiko tinggi atau hotspot."Perkara ini (bersifat) rentas kementerian, (jadi) perlu ada penyelarasan penuh antara kementerian bagi menangani perkara ini daripada terus berulang," katanya dalam hantaran di platform Threads pada Isnin.Terdahulu, pelbagai pihak terutamanya pemimpin kerajaan dan pembangkang tampil mendesak undang-undang dipinda bagi membolehkan hukuman lebih berat termasuk hukuman mati dan penjara seumur hidup dikenakan terhadap pelaku kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Malah, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mewajibkan pesalah kes kemalangan maut membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain hukuman penjara.Ujarnya, langkah itu antara usaha memperkukuh undang-undang terhadap pemandu bawah pengaruh alkohol dan dadah.Pada Ahad media melaporkan, seorang penunggang motosikal Allahyarham Amirul Hafiz Omar maut dirempuh kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta.Mengulas lanjut, Young Syefura menegaskan, meskipun pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) dilaksanakan sebelum ini, kes pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian dan kecederaan masih berlaku sehingga kini."Berdasarkan data terkini selepas pindaan akta berkenaan, sebanyak 2,306 kes direkodkan pada 2022, diikuti 1,989 kes pada 2023 dan 1,589 kes pada 2024





'Nampak sangat dia teringin' - Perkongsian lama isteri mangsa pemandu mabuk undang sebak - Sinarharian - 30/03 6:47 pm

(Juga) sabar melayan kerenah isteri ni. Semoga ALLAH limpahkan lagi rezeki buat keluarga kita," tulisnya pada 25 November 2022.Perkongsian itu turut disertakan dengan video memaparkan reaksi gembira Allahyarham Amirul Hafiz ketika menerima hadiah berkenaan.Amirul Hafiz maut dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat, Klang pada Ahad.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an, datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Hasil ujian saringan mendapati pemandu kereta berkenaan positif alkohol dan dadah.





Maut dirempuh pemandu mabuk: MMA gesa dana pampasan diwujudkan - Sinarharian - 30/03 6:46 pm

PUTRAJAYA Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan wujud kegagalan sistemik dalam melindungi kebajikan keluarga mangsa kemalangan akibat pemanduan di bawah pengaruh (DUI), meskipun undang-undang sedia ada mengenakan hukuman berat terhadap pesalah.Presidennya, Datuk Dr R Thirunavukarasu, berkata penalti kewangan yang dikenakan ke atas pesalah ketika ini tidak disalurkan secara langsung kepada keluarga mangsa yang terkesan.Menurutnya, keadaan itu menyebabkan keluarga yang kehilangan pencari nafkah terpaksa berdepan tekanan berganda tanpa sokongan mencukupi."Keluarga yang kehilangan pencari nafkah sering terpaksa mengharungi proses perundangan yang kompleks, pertikaian insurans berpanjangan serta beban kewangan yang besar, selalunya tanpa sokongan mencukupi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau menegaskan Malaysia ketika ini masih tidak mempunyai mekanisme pampasan khusus bagi mangsa DUI, sama ada melibatkan alkohol atau dadah.Jelasnya, situasi tersebut menyebabkan keluarga mangsa seolah-olah gagal dilindungi dua kali, pertama akibat insiden yang meragut nyawa dan kedua oleh sistem yang sepatutnya memberi keadilan."Akibatnya, keluarga mangsa seolah-olah gagal dilindungi dua kali, iaitu pertama oleh insiden tersebut dan kemudian oleh sistem yang sepatutnya menyampaikan keadilan," jelas beliau.Mengulas lanjut, Dr Thirunavukarasu berkata, walaupun pindaan Akta Pengangkutan Jalan 2020 telah memperketatkan hukuman termasuk penjara dan denda tinggi, langkah itu masih belum mencukupi dari sudut perlindungan kepada mangsa.Sehubungan itu, MMA menggesa kerajaan menubuhkan Dana Pampasan Mangsa DUI khusus bagi menyediakan bantuan kewangan segera kepada keluarga terjejas.Selain itu katanya, bantuan guaman mandatori juga perlu disediakan bagi memastikan akses keadilan yang lebih saksama kepada semua pihak.Dalam pada itu, MMA turut menggesa penguatkuasaan lebih agresif melalui pelaksanaan Op Mabuk secara berterusan sepanjang tahun dengan sekatan jalan raya yang tidak dapat dijangka serta berimpak tinggi.Menurut beliau, saringan rutin bukan sahaja perlu melibatkan alkohol, tetapi juga dadah yang boleh menjejaskan keupayaan pemanduan.Mengulas risiko DUI, beliau berkata walaupun statistik rasmi menunjukkan kes pemanduan mabuk menyumbang kurang daripada 0.5 peratus kemalangan maut, setiap kematian yang boleh dicegah tetap tidak boleh diterima."Walaupun satu kematian yang boleh dicegah tidak boleh diterima. Setiap kes mewakili kehilangan nyawa yang tidak dapat diganti serta kemusnahan sebuah keluarga," katanya.Tambah beliau, bukti daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan pemandu mabuk adalah 13 kali lebih berkemungkinan menyebabkan kemalangan.Katanya, risiko itu menjadi lebih tinggi apabila alkohol dan dadah digunakan secara serentak, sekali gus menjadikan DUI sebagai ancaman nyata terhadap keselamatan awam.Dalam masa sama, MMA mencadangkan agar had kandungan alkohol dalam darah (BAC) diturunkan selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), selain mewajibkan program pemulihan kepada pesalah.Beliau turut menegaskan keperluan kempen pendidikan awam berterusan bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya DUI dalam semua bentuk."DUI bukan isu bermusim, sebaliknya risiko nasional berterusan yang memerlukan respons menyeluruh dan terselaras," ujarnya.MMA dalam pada itu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33, yang maut akibat insiden DUI.Dr Thirunavukarasu berkata, keadilan tidak boleh terhenti pada hukuman semata-mata."Ia mesti merangkumi perlindungan, sokongan dan maruah untuk keluarga yang ditinggalkan," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, Amirul Hafiz maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang pada Ahad.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey dilaporkan berkata, kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Katanya, pemandu berkenaan dipercayai memotong beberapa kenderaan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal ditunggang mangsa menyebabkan mangsa tercampak di atas kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian.





'Bawa RUU pemandu mabuk ke Parlimen' - Shahidan - Sinarharian - 30/03 5:53 pm

SHAH ALAM Sidang Dewan Rakyat akan datang perlu menjadi medan untuk kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang bagi memperketat undang-undang sedia ada berkaitan hukuman berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang menyebabkan kematian.Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, selain itu wajar mengambil langkah segera memperkukuh penguatkuasaan tanpa berlengah.Menurutnya, ketika ini Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun hingga maksimum 15 tahun, denda RM50,000 hingga RM100,000 serta penggantungan lesen selama 10 tahun bagi kesalahan tersebut."Nyawa rakyat tidak boleh dikompromi dan tindakan tegas mesti diambil," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sinar Harian pada Ahad melaporkan seorang penunggang motosikal maut tercampak selepas dirempuh kereta dipandu seorang individu dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat, Klang dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey memaklumkan, bahawa siasatan awal mendapati kereta Honda City dipandu lelaki berusia lingkungan 20-an secara melulu dari arah Jalan Raya Barat ke Bandar Klang sebelum bertindak memotong kenderaan lain sehingga memasuki laluan bertentangan lalu merempuh motosikal terbabit.Dalam hantaran yang sama, Shahidan turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, Allahyarham Amirul Hafiz Omar."Saya juga berharap agar pihak kerajaan dapat menyalurkan bantuan serta sokongan sewajarnya kepada keluarga mangsa."Marilah kita bersama-sama mendoakan agar semua mangsa akibat kecuaian ini mendapat pembelaan yang seadilnya, dan keluarga yang ditinggalkan terus dipelihara kebajikannya," ujar beliau.





Lifetime ban for drunk drivers who kill, Selangor Pas proposes - Sinardaily - 30/03 5:40 pm

SHAH ALAM Pas Selangor has proposed stricter action, including lifetime driving bans for individuals convicted of drunk driving that results in death.Its commissioner Ab Halim Tamuri said the measure should be implemented to protect public safety while serving as a strong deterrent to offenders.He said the party viewed seriously the recurring fatal accidents involving drivers under the influence of alcohol, which indicated that existing measures were still insufficient.This situation proves that current laws and enforcement are not sufficiently deterrent.Firmness means little if implementation is lax and inconsistent, he said in a statement on Monday.Halim said although the government has increased penalties for such offences, they have yet to produce a truly effective deterrent effect.As such, Pas Selangor also proposed that compensation be automatically channelled to victims families without the need for lengthy and burdensome civil lawsuits.He added that an approach based on the principle of diyat (blood money) could also be considered as an additional mechanism within the existing legal framework, in line with justice values.At the same time, he suggested establishing a dedicated database to identify individuals with alcohol addiction for better monitoring and more systematic intervention.He said preventive efforts should be strengthened through support measures such as free counselling and rehabilitation programmes to assist those struggling with addiction.Road safety is a shared responsibility and requires firmer, more comprehensive and bold action from the government, he said.On Sunday, Sinar reported that a motorcyclist was killed after being hit by a car driven by an individual under the influence of alcohol and drugs in a three-vehicle crash along Jalan Raya Barat, Klang, at about 11.40am.South Klang police chief ACP Lim Jit Huey said the accident involved a motorcycle and two cars - a Honda City and a Perodua Myvi.





MOT cadang pinda Akta 333 wajibkan pesalah di bawah pengaruh alkohol bayar ganti rugi - Sinarharian - 30/03 5:06 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mewajibkan pesalah membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa, selain daripada hukuman penjara yang dikenakan.Menterinya, Anthony Loke berkata, langkah ini selaras dengan pendirian kerajaan yang tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah kerana ia jelas membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain."Pindaan undang-undang yang memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap pesalah telah diluluskan di Dewan Rakyat dan berkuat kuasa pada Oktober 2020," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurut Akta 333 mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 15 tahun, serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000, jika disabitkan kesalahan.Bagi kesalahan berulang, hukuman adalah lebih berat, iaitu penjara tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak melebihi 20 tahun, serta denda antara RM100,000 hingga RM150,000."Justeru, MOT menggesa Polis Diraja Malaysia untuk menyegerakan siasatan kes kemalangan melibatkan penunggang motosikal di Klang semalam secara menyeluruh agar kertas siasatan dapat dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk menjalankan pendakwaan, seterusnya berharap agar mahkamah menjatuhkan hukuman paling berat terhadap pesalah sekiranya didapati bersalah," katanya.Dalam pada itu, MOT turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Amirul Hafiz Omar yang terlibat dalam nahas tragis berkenaan dan menyifatkan kehilangannya amat menyayat hati dan merupakan satu bentuk kecuaian jenayah yang tidak boleh diterima sama sekali.Semalam, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Lim Jit Huey memaklumkan seorang penunggang motosikal maut dilanggar pemandu kereta yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat di Klang.Insiden yang berlaku kira-kira jam 11.40 pagi itu mengakibatkan mangsa tercampak ke atas bumbung kereta lain dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Rakaman video kemalangan itu turut tular di media sosial yang memaparkan sebuah kereta dipandu laju memotong garisan berkembar dan merempuh sebuah motosikal sehingga mengakibatkan penunggangnya melambung sebelum tercampak ke atas kenderaan lain





Pemandu mabuk sebabkan kematian penunggang motosikal direman 4 hari - Mgazette - 30/03 3:59 pm

# Pemandu mabuk sebabkan kematian penunggang motosikal direman 4 hari KUALA LUMPUR - Lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan merempuh penunggang motosikal sehingga maut di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor semalam, direman empat hari. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, perintah reman ke atas suspek dibuat bermula hari ini hingga Khamis ini oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat





Penjara maksimum, sebatan perlu dipertimbang tangani kes pemandu mabuk .. - Mgazette - 30/03 3:59 pm

Jalan raya mesti selamat untuk semuacukup-cukuplah tragedi seperti ini berulang! Tindakan tegas mesti menjadi keutamaan demi keselamatan semua!, katanya menerusi hantaran di Facebook. Semalam, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey memaklumkan seorang penunggang motosikal maut dilanggar pemandu kereta yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat





Pas Selangor cadang tarik lesen seumur hidup pemandu mabuk sebabkan kematian - Sinarharian - 30/03 2:41 pm

SHAH ALAM Pas Selangor mencadangkan tindakan lebih tegas termasuk menarik balik lesen memandu seumur hidup terhadap individu yang disabitkan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian.Pesuruhjayanya, Ab Halim Tamuri berkata, langkah itu wajar dilaksanakan sebagai usaha melindungi keselamatan awam selain memberi pengajaran keras kepada pesalah.Menurutnya, pihaknya memandang serius insiden kemalangan maut melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol yang terus berulang sekali gus menunjukkan pendekatan sedia ada masih belum mencukupi."Situasi ini membuktikan undang-undang serta penguatkuasaan ketika ini belum cukup menggerunkan."Ketegasan tidak memberi makna jika pelaksanaannya longgar dan tidak konsisten," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Ab Halim berkata, walaupun kerajaan telah meningkatkan hukuman terhadap kesalahan itu, namun ia dilihat belum mampu memberi kesan pencegahan yang benar-benar berkesan.Sehubungan itu, Pas Selangor turut mencadangkan agar pampasan disalurkan secara automatik kepada keluarga mangsa tanpa perlu melalui proses saman sivil yang panjang dan membebankan.Katanya, pendekatan berasaskan prinsip diyat juga boleh dipertimbangkan sebagai mekanisme tambahan dalam kerangka perundangan sedia ada selaras dengan nilai keadilan.Dalam pada itu, beliau mencadangkan penubuhan pangkalan data khas bagi mengenal pasti individu yang mempunyai ketagihan alkohol bagi tujuan pemantauan dan intervensi lebih sistematik.Tambahnya, usaha pencegahan perlu diperkasakan melalui penyediaan sokongan seperti kaunseling percuma serta program pemulihan bagi membantu individu yang berdepan masalah ketagihan."Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama dan memerlukan tindakan lebih tegas, menyeluruh serta berani daripada kerajaan," jelas beliau.Sinar Harian pada Ahad melaporkan, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, kira-kira jam 11.40 pagi.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal serta dua kereta iaitu Honda City dan Perodua Myvi.





Pemandu mabuk, positif dadah rempuh penunggang motosikal tiada rekod lampau - Sinarharian - 30/03 2:41 pm

KLANG Seorang lelaki tempatan yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Raya Barat di sini, Ahad lalu, disahkan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, setakat ini pihaknya sudah merakam tiga keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan."Tiada rekod lampau, tiga keterangan diambil setakat ini," katanya ringkas pada Isnin.Terdahulu, lelaki berusia 20-an berkenaan direman empat hari bermula Ahad hingga 2 April bagi membantu siasatan lanjut.Jit Huey berkata, perintah reman terhadap suspek dibenarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat.Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Rakaman kejadian yang turut tular di media sosial itu memaparkan mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Honda City dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.





Dirempuh pemandu mabuk: Penguatkuasaan, kempen kesedaran terhenti atau masih berjalan? - Sinarharian - 30/03 2:22 pm

SHAH ALAM - Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan (MOT) di bawah pimpinan Anthony Loke digesa mengambil langkah susulan sewajarnya bagi membendung isu pemanduan berbahaya yang dipengaruhi dadah atau alkohol hingga mengakibatkan berlaku kemalangan jalan raya.Naib Presiden MCA, Datuk Ir Lawrence Low berkata, Anthony juga perlu tampil ke hadapan untuk menjawab beberapa persoalan seperti operasi penguatkuasaan serta kempen kesedaran awam mengenai bahaya memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol yang digerakkan pada 2020, dihentikan atau masih berjalan."Adakah tiada penguatkuasaan dijalankan? Adakah kempen kesedaran awam mengenai bahayanya pemanduan dipengaruhi dadah atau alkohol yang digerakkan pada 2020 dihentikan setelah pertukaran kerajaan?" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Lawrence dalam masa sama membangkitkan bahawa isu tersebut menjadi keutamaan sewaktu Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong menerajui MOT suatu ketika dahulu.Beliau berkata, pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dibuat bagi mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah, khususnya membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45.Jelasnya lagi, ia dibuktikan apabila akta tersebut berjaya diluluskan di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, kemudiannya diwarta serta mula dikuatkuasakan pada 23 Oktober 2020."Bukan itu sahaja, usaha tidak tertumpu kepada hukuman semata-mata, malah turut disusuli pelaksanaan kempen kesedaran secara meluas bagi mendidik masyarakat tentang bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta pemanduan secara melulu."Ini bukanlah isu perkauman kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa dan terkorban disebabkan pemandu mabuk, dipengaruhi dadah serta mereka yang tidak bertanggungjawab memandu secara berbahaya," ujarnya.Lawrence menambah, banyak sesi libat urus diadakan bersama pelbagai pihak termasuk Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) yang berlangsung di MOT pada 23 Jun 2020 semasa proses meminda Akta 333 itu.Menurutnya, MCCBCHST bersetuju perundangan dan pendidikan mesti saling melengkapi bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya pemanduan yang dipengaruhi dadah atau alkohol hingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya."Turut ditekankan bahawa memandu dalam keadaan mabuk tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana kepercayaan agama atau bangsa, sebaliknya pindaan Akta 333 adalah demi keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya.Atas dasar itu, pemimpin MCA terbabit menggesa Anthony tampil bagi menjawab segala persoalan berbangkit."Nyawa manusia tiada galang gantinya. Keselamatan pengguna jalan raya tidak patut dipertaruhkan dek kecuaian pihak lain."Tindakan tegas, konsisten dan berterusan daripada MOT serta agensi berkaitan perlu diperkasakan, bukan bersifat reaktif hanya selepas berlakunya tragedi," kata Lawrence lagi.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi Ahad itu melibatkan sebuah motosikal dan dua kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Suspek telah direman empat hari bermula Isnin hingga 2 April ini bagi membantu siasatan.





Pembangkang desak kaji hukuman mati terhadap pemandu mabuk sebabkan kematian - Sinarharian - 30/03 1:41 pm

SHAH ALAM - Blok pembangkang mendesak kerajaan supaya mengambil langkah lebih tegas dengan mengkaji pelaksanaan hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian.Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, cadangan itu dilihat perlu susulan insiden tragis di Klang pada Ahad yang sekali lagi meragut nyawa tidak berdosa akibat tindakan pemandu di bawah pengaruh alkohol.Menurutnya, kejadian itu bukan sekadar satu kemalangan, tetapi satu bentuk kecuaian melampau yang seharusnya dianggap sebagai jenayah berat terhadap masyarakat.Tegasnya, hukuman sedia ada dilihat masih gagal memberikan kesan pencegahan yang mencukupi apabila insiden seumpama itu terus berulang."Ini membuktikan bahawa pendekatan undang-undang ketika ini tidak lagi memadai untuk menangani isu pemanduan mabuk yang semakin membimbangkan," ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata, cadangan mengkaji pelaksanaan hukuman mati itu bukan semata-mata untuk menghukum, tetapi sebagai mesej jelas bahawa nyawa manusia tidak boleh dipandang ringan dan sebarang tindakan yang membahayakan orang lain akan berdepan akibat paling berat.Beliau turut menegaskan bahawa apabila seseorang berada di bawah pengaruh alkohol tetapi tetap memilih untuk memandu, undang-undang sewajarnya menganggap individu berkenaan mempunyai niat untuk membunuh kerana tindakannya itu secara nyata berisiko tinggi meragut nyawa orang lain.Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan supaya segera meminda undang-undang sedia ada, termasuk memperketatkan penguatkuasaan serta memperluaskan kesedaran awam mengenai bahaya pemanduan di bawah pengaruh alkohol."Nyawa yang hilang tidak dapat diganti. Sudah tiba masanya tindakan lebih drastik diambil demi melindungi keselamatan rakyat dan memastikan keadilan ditegakkan," tambahnya.Pemandu mabuk langgar orang sampai mati patut dihukum mati - Afnan HamimiSHAH ALAM Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menegaskan, sudah tiba masa untuk pemandu mabuk yang menyebabkan kematian orang awam di jalan raya dikenakan hukuman mati.Ini kerana katanya, perbuatan memandu dalam keadaan mabuk sehingga meragut nyawa adalah satu tindakan membunuh dengan sengaja."Orang yang mabuk, memandu, langgar orang sampai mati, patut dihukum mati!" katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.Sinar Harian pada Ahad melaporkan, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, kira-kira jam 11.40 pagi tadi.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, berkata kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal serta dua kereta iaitu Honda City dan Perodua Myvi.Sementara itu, Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin menggesa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke supaya segera mengambil tindakan bagi menangani kes berkenaan.Menurutnya, tindakan tegas tanpa kompromi perlu diambil terhadap pesalah yang memandu dalam keadaan mabuk.Beliau yang juga Ketua Portfolio Pengangkutan Perikatan Nasional (PN) berkata, pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol bukan sekadar melanggar undang-undang tetapi turut memberi ancaman kepada nyawa pengguna jalan raya lain."Saya menegaskan bahawa Kerajaan perlu memperkasa pelaksanaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, khususnya Seksyen 44 dan 45A, dengan mengenakan hukuman yang lebih tegas kepada pesalah pemandu mabuk."Tidak perlu lagi sekadar menggantung lesen, pesalah wajar terus dihitamkan (blacklist) seumur hidup daripada memandu





PEMBELA tawar khidmat guaman pro bono bantu keluarga mangsa pemandu mabuk - Sinarharian - 30/03 1:37 pm

SHAH ALAM Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menawarkan khidmat perundangan secara pro bono kepada keluarga mangsa insiden kematian tragis akibat dilanggar oleh pemandu mabuk yang berlaku baru-baru ini di Jalan Raya Barat, Klang.Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya kejadian tersebut yang disifatkan sebagai kecuaian melampau sehingga meragut nyawa insan tidak berdosa."Bantuan guaman itu meliputi nasihat perundangan, pemantauan prosiding kes serta representasi di mahkamah bagi memastikan keadilan ditegakkan sepenuhnya."Usaha ini juga bertujuan membantu keluarga mangsa mendapatkan pampasan yang sewajarnya seperti yang dibenarkan oleh undang-undang susulan insiden tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau menegaskan, perbuatan memandu di bawah pengaruh alkohol merupakan satu jenayah serius yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak."Sebarang bentuk kelonggaran terhadap pelaku hanya akan memberi isyarat salah kepada masyarakat dan membuka ruang kepada lebih banyak tragedi seumpamanya."Minuman memabukkan perlu dikawal dengan lebih tegas, manakala premis yang menyediakannya juga harus bertanggungjawab menghalang pelanggan daripada memandu dalam keadaan mabuk," ujarnya.Tambah beliau, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas termasuk memastikan pendakwaan dilakukan secara segera serta hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku."Kegagalan mengambil tindakan sewajarnya boleh dianggap sebagai pengkhianatan terhadap keadilan dan keselamatan awam," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, walaupun nyawa yang hilang tidak dapat dikembalikan, usaha menegakkan keadilan kepada mangsa dan keluarga perlu diberi keutamaan.Menurutnya, kerajaan juga disaran mempertimbangkan pelaksanaan konsep diyat bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa."PEMBELA boleh dihubungi melalui No 019-3217845 (En Amirul Arib) untuk tindakan lanjut," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, Amirul Hafiz Omar maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Raya Barat.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Jelasnya, pemandu berkenaan dipercayai memotong beberapa kenderaan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal ditunggang mangsa.





Pemandu mabuk ragut nyawa: Akmal cadang hukuman mati, penjara seumur hidup dikenakan - Sinarharian - 30/03 1:00 pm

SHAH ALAM - Kerajaan sekali lagi digesa mempertimbangkan cadangan untuk menjatuhkan hukuman lebih berat termasuk penjara seumur hidup atau hukuman mati bagi kes melibatkan kematian akibat pemandu mabukKetua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, untuk membolehkan hukuman lebih berat itu dikenakan terhadap pelaku, pendakwaan bagi kes tersebut perlu dibuat di bawah Kanun Keseksaan.Menurutnya, gesaan itu dibuat susulan kemalangan tragis yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal, Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang menjadi satu lagi peringatan mengenai ancaman nyata pemandu mabuk di jalan raya.Kata beliau, hakikatnya, kes tersebut bukan insiden terpencil kerana sudah terlalu kerap rakyat mendengar mengenai nyawa insan tidak bersalah diragut oleh kecuaian pihak yang memilih untuk memandu dalam keadaan mabuk."Lebih membimbangkan, kejadian sebegini seolah-olah tidak lagi memberi kesan kepada golongan terbabit, malah dilihat semakin berleluasa."Sejak awal, kita telah mendesak agar hukuman terhadap pemandu mabuk diperketatkan. Walaupun undang-undang sedia ada di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun serta denda RM50,000 hingga RM100,000, realitinya ia masih belum cukup kuat untuk mengekang jenayah ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.Terdahulu, media melaporkan individu yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga mengakibatkan penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Raya Barat, Klang pada Ahad direman empat hari untuk siasatan lanjut.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, dalam kejadian itu, Amirul Hafiz meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai dirempuh pemandu mabuk.Kata beliau, siasatan awal mendapati pemandu Honda City dipercayai memandu laju, memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.Mangsa kemudiannya tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi serta hasil ujian saringan mendapati pemandu terbabit positif alkohol dan dadah.Justeru, Muhamad Akmal menegaskan, kerajaan perlu mengambil langkah lebih berani dan tegas kerana nyawa manusia tidak boleh terus dipertaruhkan dengan hukuman yang tidak memberi kesan pencegahan yang nyata.Beliau turut mencadangkan agar pampasan mandatori yang signifikan diberikan kepada keluarga mangsa dan wajib ditanggung oleh pelaku.Ujarnya, sekiranya pelaku tidak berkemampuan, mekanisme tanggungan alternatif termasuk penglibatan keluarga pelaku perlu dipertimbangkan secara adil dan berperundangan.Muhamad Akmal juga menyarankan pelaksanaan skim khairat kematian berpusat yang perlu diwajibkan kepada semua pemegang lesen memandu bagi memastikan bantuan segera dapat disalurkan kepada keluarga mangsa tanpa birokrasi yang melambatkan.Tambahnya, jika kesalahan berkaitan dadah dikenakan hukuman berat kerana merosakkan masyarakat, maka perbuatan memandu dalam keadaan mabuk sehingga meragut nyawa juga wajar dipandang dengan keseriusan yang sama.Beliau pada masa sama turut menggesa Menteri Pengangkutan serta semua ahli parlimen tanpa mengira blok politik supaya segera membawa usul dan mengambil tindakan legislatif yang tuntas dalam perkara tersebut."Berapa banyak lagi nyawa tidak bersalah perlu terkorban sebelum kita benar-benar bertindak? Nilai sebuah nyawa itu tidak ternilai."Jangan sampai kita hanya tersedar apabila ia melibatkan orang yang kita sayangi





'Baru bertemu Sabtu, Ahad dia pergi selamanya' - Rakan kongsi kisah pilu pemergian Amirul - Sinarharian - 30/03 12:15 am

Siang bekerja di gudang, malam menyambung mencari pendapatan lebih untuk anak-anak."Sekarang, anak-anaknya kehilangan tempat bergantung," katanya sayu.Dalam pada itu, beliau menyifatkan pemergian Amirul sebagai kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, malah rakan sekerja."Dia bukan sekadar kawan kerja, tetapi seperti keluarga. Kehilangannya memang sangat terasa," katanya.Illyasa turut menegaskan hukuman setimpal perlu dikenakan terhadap pelaku yang terlibat dalam kejadian ini."Pada saya, kejadian ini berpunca daripada sikap dan kecuaian yang nyata iaitu mabuk dan di bawah pengaruh dadah."Saya harap agar hukuman berat dikenakan terhadap individu yang mengakibatkan rakan saya maut dalam kejadian ini," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, Amirul maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Raya Barat.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Jelasnya, pemandu berkenaan dipercayai memotong beberapa kenderaan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal yang ditunggang mangsa.





Pemandu mabuk, positif dadah rempuh penunggang motosikal direman empat hari - Sinarharian - 30/03 10:54 am

KLANG Individu yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Raya Barat pada Ahad direman empat hari untuk siasatan lanjut.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, perintah reman terhadap suspek dibenarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat."Tempoh reman bermula hari ini hingga 2 April bagi membantu siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Kejadian yang turut tular di media sosial itu memaparkan mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Honda City dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Jit Huey dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, pemandu berkenaan dipercayai telah memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan.Beliau berkata, tindakan itu menyebabkan kenderaan dipandunya melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.Jelas beliau, akibat pelanggaran tersebut, mangsa seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tercampak ke atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi.Tambah beliau, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.





Lelaki maut motosikal dirempuh pemandu mabuk, khayal dadah - Sinarharian - 29/03 7:37 pm

KLANG - Seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya."Pemandu berkenaan dipercayai telah memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan."Tindakan itu menyebabkan kenderaan dipandunya melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, akibat pelanggaran tersebut, mangsa, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an, tercampak ke atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi."Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah," katanya.Tambah beliau, hasil ujian saringan mendapati pemandu kereta berkenaan positif alkohol dan dadah."Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut





Treler dipandu laju akibatkan kontena tertanggal di Pelabuhan Klang - Mgazette - 28/03 7:38 am

# Treler dipandu laju akibatkan kontena tertanggal di Pelabuhan Klang SHAH ALAM - Tindakan memandu laju dipercayai menjadi punca sebuah kontena tertanggal daripada treler hingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas dalam kejadian di Jalan Kem, Pelabuhan Klang, Klang tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata insiden pada kira-kira 12 tengah hari itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan kenderaan kepada pengguna jalan raya lain





Treler dipandu laju akibatkan kontena tertanggal di Pelabuhan Klang - Sinarharian - 27/03 9:22 pm

SHAH ALAM - Tindakan memandu laju dipercayai menjadi punca sebuah kontena tertanggal daripada treler hingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas dalam kejadian di Jalan Kem, Pelabuhan Klang, Klang tengah hari tadi.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, insiden pada kira-kira jam 12 tengah hari itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan kenderaan kepada pengguna jalan raya lain."Siasatan awal mendapati treler terbabit dipercayai dipandu pada kelajuan tinggi ketika melalui lokasi kejadian



Lelaki direman selepas bertindak agresif, cuba larikan diri daripada polis .. - Mgazette - 13/03 3:22 pm

# Lelaki direman selepas bertindak agresif, cuba larikan diri daripada polis di Klang KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan selepas cuba melarikan diri daripada polis hingga melanggar kereta peronda dalam kejadian pukul 8.30 malam tadi di Jalan Banting, Pandamaran, Klang, Selangor. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, suspek berusia 31 tahun itu direman empat hari bermula hari ini hingga 16 Mac ini oleh Majistret Nur Atikah Zakaria di Mahkamah Majistret Klang pagi tadi



Pecut 10 km dikejar polis, lelaki miliki banyak rekod jenayah ditahan - Sinarharian - 13/03 2:25 pm

KLANG - Cubaan suspek memecut laju kereta dipandunya sejauh kira-kira 10 kilometer bagi mengelak diperiksa polis mengundang padah selepas berjaya ditahan di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, kereta polis telah terserempak dengan kenderaan suspek yang mencurigakan di Jalan Banting-Pandamaran sebelum diarah untuk berhenti.Menurutnya, bagaimanapun suspek bertindak melarikan diri sebelum dikejar anggota kereta peronda sehingga persimpangan lampu isyarat bersebelahan sebuah stesen minyak sejauh kira-kira 10 kilometer."Suspek telah melanggar kereta peronda di bahagian tepi sebelum berjaya ditangkap."Dalam usaha melarikan diri, kenderaan suspek turut melanggar dua kereta jenis Toyota Vios hingga mengalami kerosakan bumper," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, pemeriksaan dalam kenderaan suspek menjumpai dua paket disyaki dadah jenis methamphetamine.Tambahnya, semakan juga mendapati suspek lelaki warga tempatan berusia 31 tahun memiliki lima rekod jenayah lampau, empat rekod kes dadah serta dua rekod dikehendaki."Suspek telah direman empat hari sehingga 16 Mac untuk siasatan di bawah Seksyen 186/279 Kanun Keseksaan, Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 13(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Jelasnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan spekulasi tidak berasas yang boleh menimbulkan kegusaran serta ketenteraman awam.




Reformasi     >>



Diplomatik PMX mula membuahkan hasil - Harapandaily
Seorang wakil rakyat kerajaan menggesa orang ramai supaya terus meletakkan kepercayaan terhadap kepimpinan negara dalam menghadapi ketidaktentuan global susulan ketegangan di Asia Barat. ADUN Batu Uban, A. Kumaresan berkata, pendekatan diplomasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini mula menunjukkan ..
Kroni     >>



Rafizi sedang rasai apa yang dibuat kepada arwah .. - Utusan
KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkemungkinan sedang mendapat kifarah terhadap apa yang beliau lakukan selaku arkitek yang merangka strategi Langkah Kajang lebih 10 tahun lalu. Faekah Husin berkata, walaupun ..
Tabloid     >>



Papa Doakan Apa Adik Bisik Dimakbulkan Norman Hakim .. - Siraplimau
Perkongsian terbaharu pelakon Norman Hakim kembali mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik video penuh emosi di Instagram yang memaparkan momen bersama anak perempuannya, Marissa Dania. Video tersebut dimuat naik sekitar 10 jam lalu dan disertakan dengan kapsyen doa yang menyentuh hati ..
Tech     >>



Samsung Galaxy A27 runs Geekbench with a surprising .. - Gsmarena
Samsung unveiled the Galaxy A37 and Galaxy A57 in late March, and the Galaxy A27 should have joined them according to a rumor from November. Alas, it didn't, but it's definitely still in development. In fact, a prototype has now been spotted in the Geekbench online database. As you can see, it ..
World     >>



Trump mulls Nato withdrawal, stopping weapons to .. - Middleeasteye
Trump mulls Nato withdrawal, stopping weapons to Ukraine over Europe's response to Iran war Submitted by MEE staff on Wed, 04/01/2026 - 19:33 US president threatens to quit decades-old European alliance, as he fails to address Iran's control of Strait of Hormuz US President Donald Trump, right, ..
Motor Trend     >>



Toyota Urban Cruiser EV Dipratonton Di Malaysia, Harga .. - Piston
Antara trio kenderaan elektrik (EV) yang dipratontonkan hari ini di Malaysia oleh UMW Toyota adalah Toyota Urban Cruiser EV, yang bakal bersaing dengan beberapa model SUV kompak EV sedia ada di pasaran tempatan dengan harga bermula dari RM 198,000. Urban Cruiser merupakan ..