| /// |
|
| Search : Jbpm News | Page 1 |
|
Pemandu jengkaut parah dihempap runtuhan kuari - Mygazette - 26/05 4:50 pm KUALA LUMPUR - Seorang pemandu jengkaut cedera parah selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah dan batu kuari di Kuari Ismail, Simpang Bukit Tembaga, petang semalam. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.07 petang sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dikejarkan ke lokasi |
|
Remaja sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa ditemukan meninggal dunia - Mygazette - 26/05 4:50 pm # Remaja sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa ditemukan meninggal dunia HULU SELANGOR - Remaja Nur Izzati Humaira Azizul yang dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di sini, ditemukan meninggal dunia oleh pasukan penyelamat hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mayat remaja itu ditemukan di luar laluan mendaki oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada kira-kira 11.59 pagi |
|
Kronologi kes kehilangan Nur Izzati Humaira - Sinarharian - 26/05 4:15 pm Nur Izzati kemudian meminta kunci kereta dan beg galas daripada ibunya kerana mahu turun terlebih dahulu untuk berehat di dalam kereta kerana kepenatan serta tidak tahan panas.11.35 pagiIbu Izzati tiba di kawasan parkir, namun mendapati Nur Izzati tiada di kereta. Pada ketika ini, beliau dipercayai hilang semasa menuruni bukit seorang diri.1.26 tengah hariJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan berkaitan kehilangan Nur Izzati |
|
“Tiada tanda serangan haiwan liar” – Jasad Nur Izzati Humaira Ditemui Dalam Keadaan Sempurna - Lobakmerah - 26/05 3:55 pm Misteri kehilangan remaja perempuan Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim, pada Sabtu lalu terungkai apabila ditemukan meninggal dunia oleh pasukan penyelamat tengah hari tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat mangsa ditemukan di luar laluan mendaki oleh anggota operasi mencari dan […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . |
|
Hilang tiga hari, Nur Izzati ditemui meninggal dunia - Sinarharian - 26/05 1:57 pm HULU SELANGOR Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar pukul 11.58 pagi di kawasan kebun berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung MalimNur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegiPolis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - BapaPenolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi hari ini dimulakan pihaknya dengan Unit Anjing Pengesan JBPM pada jam 9 pagi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan pertahanan Awam (APM), Bomba Sukarela, Pejabat Hutan, Pejabat Tanah, Malim Gunung (MGP) serta barisan sukarelawan."Pada jam 11.58 pagi, mangsa telah dijumpai oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM."Mangsa ditemui telah meninggal dunia dan diserahkan pada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan kebun iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).Tambahnya, mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat.Sebelum itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah digerakkan ke lokasi selepas menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 1.28 petang, Sabtu lalu.Tugas mencari mangsa kemudian telah digerakkan dengan bantuan BBP Tanjung Malim sebelum radius pencarian diperluas merangkumi 0.43 kilometer persegi di hari kedua.Memasuki hari ketiga, Ketua BBP Kuala Kubu Bharu melaporkan radius pencarian mangsa telah diperluas merangkumi kawasan seluas 0.65 kilometer persegi. |
|
[TERKINI] Selepas Beberapa Hari Hilang Di Bukit Changkat Asa, Nur Izzati Ditemukan Meninggal Dunia Tengah Hari Ini - Siraplimau - 26/05 1:37 pm Berita mengenai Nur Izzati Humaira Azizul yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim akhirnya berakhir dengan khabar duka apabila remaja berusia 19 tahun itu ditemukan meninggal dunia tengah hari tadi. Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebentar tadi selepas beberapa hari operasi mencari dan […] The post [TERKINI] Selepas Beberapa Hari Hilang Di Bukit Changkat Asa, Nur Izzati Ditemukan Meninggal Dunia Tengah Hari Ini first appeared on SirapLimau.com . |
|
Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskan - Sinarharian - 26/05 11:04 am TAPAH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih di sini diteruskan pada Selasa dengan penambahbaikan aspek komunikasi Rangkaian Trunk Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) di Pusat Kawalan Bomba, Kuala Woh.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR akan difokuskan di sekitar laluan menghala ke Gunung Rayu dan Pos Musoh yang dipercayai berkemungkinan menjadi laluan mangsa tersasar."Aspek peralatan dan kaedah komunikasi juga akan ditambah baik dengan kehadiran pihak SAPURA iaitu pihak yang bertanggungjawab bagi GIRN di lokasi PKB (pos kawalan bomba)," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, operasi hari ini akan diteruskan dengan bantuan Pesawat AW139 dari Pengkalan Udara JBPM Wilayah Utara dan seramai 12 anggota penyelamat digerakkan menaiki pesawat bagi membantu lapan anggota penyelamat sedia ada yang masih berada di puncak Gunung Batu Putih selepas bermalam di lokasi berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Ops Gunung Batu Putih: Pendaki lelaki diselamatkan, bomba terus kesan JaslindaLagi pendaki wanita hilang: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki - SuamiKatanya, PKB masih beroperasi di Kuala Woh manakala Pos Kawalan Hadapan yang melibatkan penggunaan pesawat ditempatkan di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor.Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu serta dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada jam 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Dia dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung.Mohd Hanafi berjaya dibawa turun oleh pasukan bomba dengan helikopter semalam |
|
Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu - Sinarharian - 25/05 8:47 pm TAPAH -Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakiandi Gunung Batu Putih di sini dipercayai tersasar daripada laluan asal pendakian sebelum terputus hubungan sejak Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad berkata, mangsa, Jaslinda Saludin, 49, dipercayai tersasar ketika turun dari puncak Gunung Batu Putih yang berketinggian 2,132 meter selepas mendaki seorang diri ke puncak tersebut.Beliau berkata, lokasi terakhir mangsa dikenal pasti di puncak gunung itu pada kira-kira 9 pagi Ahad selepas wanita terbabit berkomunikasi dengan seorang malim gunung perhutanan (MGP)pada 7.30 pagi."Mangsa dipercayai meninggalkan tanda di puncak sebelum terputus hubungan dan berdasarkan maklumat yang diterima, kemungkinan beliau tersasar daripada trek asal."Sepatutnya laluan turun akan keluar di Kuala Woh, namun kita percaya mangsa mungkin tersasar di sekitar Gunung Rayu ataupun Pos Musoh," katanya pada sidang media selepas tamat operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah pada Isnin.Sabarozi berkata, operasi pencarian ditangguhkan 6 petang Isnin dan akan diteruskan 8 pagi Selasa dengan memfokuskawasan di sekitar Gunung Rayu serta bantuan pesawat Agusta 139 dari Pangkalan Udara Bertam bagimembawa tambahan 12 hingga 16 anggota penyelamat ke kawasan pencarian.Mengulas lanjut beliau berkata, pasukan penyelamat yang menjejaki laluan mangsa turut menemukan kesan tapak kasut dipercayaimilik wanita tersebut di kawasan yang bukan laluan utama pendakian."Kebetulan semalam hujan dan hari ini cuaca panas, jadi jejak kasut itu masih kelihatan |
|
Police probing external factors in search for missing teenager - Sinardaily - 25/05 8:45 pm While the physical search at the location continues, an external investigation outside the area will also be conducted," he told reporters at the Incident Command Post (PKTK) here today.Ibrahim said today's search and rescue operation for 19-year-old Nur Izzati Humaira used drones with thermal imaging.He said attempts to track the victim using her mobile phone's signal were unsuccessful because the device was either switched off or out of battery."With current technology, we can only trace the phone's location based on telecommunication tower coverage when the device is active. However, the phone is currently off, making it untraceable," he said.Meanwhile, Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) Rawang zone chief Mustakim Rimon said todays SAR operation was suspended at 6.30 pm and will resume tomorrow morning.Nur Izzati Humaira is believed to have gone missing at 10.50 am last Saturday while descending the hill with her family |
|
Polis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa - Sinarharian - 25/05 8:35 pm Pencarian di lokasi kejadian akan diteruskan dan siasatan di luar lokasi kejadian turut akan dibuat," katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di sini, hari ini.Ibrahim berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nur Izzati Humaira, 19, pada hari ini turut menggunakan khidmat dron dengan fungsi pengesan haba.Beliau berkata, usaha mengesan mangsa melalui isyarat telefon bimbit milknya tidak berjaya berikutan peranti berkenaan didapati tidak dihidupkan atau kehabisan bateri."Berdasarkan teknologi sedia ada, kita hanya dapat mengesan lokasi telefon berpandukan kawasan liputan pemancar telekomunikasi apabila telefon itu aktif. Bagaimanapun, ketika ini telefon itu berada dalam keadaan tutup (off) dan kami tidak dapat mengesannya," katanya.Sementara itu, Ketua Zon Rawang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mustakim Rimon berkata SAR hari ini ditangguhkan pada 6.30 petang dan akan disambung pagi esok.Nur Izzati Humaira dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lepas ketika menuruni bukit bersama-sama keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berjalan sendirian agar sampai lebih awal kerana berasa panas dan penat.Mangsa kali terakhir dilihat memakai tudung labuh coklat, baju lengan panjang hijau gelap dan seluar panjang hitam serta kasut biru |
|
Ops Gunung Batu Putih: Pendaki lelaki diselamatkan, bomba terus kesan Jaslinda - Sinarharian - 25/05 5:28 pm TAPAH - Seorang lelaki yang mengalami sesak nafas dan muntah berdarah semasa mendaki Gunung Batu Putihdi sini, berjaya diselamatkan dan dibawa turun ke Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, petang Isnin.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidonberkata, mangsaMohd Hanafi Neikmad, 41, dibawa turun dari puncak gunung sebelum dihantar ke Hospital Tapah kira-kira 3 petang."Ini satu usaha bersepadu antara JBPM Perak dan bahagian udara |
|
Bomba lancar operasi cari pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih Bomba .. - Mygazette - 25/05 3:38 pm # Bomba lancar operasi cari pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak giat menjalankan operasi menyelamat dua pendaki melibatkanseorang lelaki dilaporkan mengalami sesak nafas dan seorang wanita yang cederadi kaki dipercayai hilang selepas menjalankan aktiviti pendakian diPuncak Gunung Batu Putih, di sini |
|
Radius pencarian remaja sesat di Bukit Changkat Asa diperluas - Mygazette - 25/05 3:38 pm # Radius pencarian remaja sesat di Bukit Changkat Asa diperluas HULU SELANGOR Hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja Nur Izzati Humaira Azizul yangdipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di sini melibatkan radius pencarian diperluas kepada 0.5 kilometer persegi. Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Azliza Ahmad berkata operasi setakat tengah hari taditertumpu di kawasan timur Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) menggunakan teknik_sweeping_ |
|
4 jam padam kebakaran 2 kilang, asrama pekerja di Juru - Mygazette - 25/05 3:38 pm # 4 jam padam kebakaran 2 kilang, asrama pekerja di Juru SIMPANG AMPAT - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mengambil masa hampir empat jam bagi menamatkan operasi kebakaran membabitkan dua kilang dan sebuah asrama pekerja di Kawasan Industri Ringan Juru di sini |
|
Radius pencarian Nur Izzati di Bukit Changkat Asa diperluas - Kosmo - 25/05 3:22 pm HULU SELANGOR – Radius kawasan pencarian dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja perempuan yang hilang ketika aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa di sini, diperluaskan kepada 0.5 kilometer persegi hari ini. Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Azliza Ahmad berkata, pasukan SAR menggunakan teknik sweeping dengan tumpuan pencarian setakat tengah hari .. |
|
Malim gunung, pendaki lelaki alami masalah kesihatan ditemui anggota JBPM - Kosmo - 25/05 2:50 pm TAPAH – Anggota penyelamat telah menemui malim gunung dan seorang pendaki yang mengalami masalah kesihatan di Gunung Batu Putih di sini hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pasukan penyelamat JBPM seramai lapan orang telah diturunkan oleh pesawat AW139 di puncak Gunung Batu Putih pada pukul 11.43 pagi .. |
|
Boy killed, 11 injured in three-vehicle crash - Sinardaily - 25/05 11:58 am KUANTAN - A boy was killed while 11 others were injured in an accident involving three vehicles on the Segamat-Kuantan Highway near Muadzam Shah early this morning.A spokesperson for the Pahang Fire and Rescue Department (JBPM) said the department received an emergency call at 1.12am before a team from the Muadzam Shah Fire and Rescue Station rushed to the scene.The spokesperson said the accident involved three vehicles - a Proton Saga, Perodua Alza, and Perodua Axia - each carrying four individuals."Upon arriving at the scene, firefighters carried out an operation to extricate victims trapped inside the Proton Saga |
|
Child dies, 11 injured in threecar collision near Muadzam Shah, Pahang JBPM confirms - Malaymail - 25/05 11:01 am KUANTAN, May 25 A boy was killed while 11 others were injured in an accident involving three vehicles on the Seg... |
|
Budak lelaki maut tersepit, 11 lagi cedera nahas tiga kenderaan - Sinarharian - 25/05 9:45 am ROMPIN - Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Segamat-Kuantan, Muadzam Shah di sini awal pagi Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 1.12 pagi itu, mangsa yang menaiki Proton Saga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan tersebut.Menurutnya, operasi turut dibantu lima anggota bersama sebuah jentera dari BBP Chini."Kemalangan melibatkan 12 mangsa daripada tiga kenderaan iaitu Proton Saga, Perodua Alza dan Perodua Axia."Dalam Proton Saga, dua lelaki dewasa tersepit dan cedera manakala seorang kanak-kanak lelaki turut cedera dan seorang lagi kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, empat mangsa yang menaiki Perodua Alza terdiri daripada seorang lelaki dewasa, dua perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan yang kesemuanya cedera."Bagi Perodua Axia pula, seorang perempuan dewasa tersepit dan cedera manakala dua lagi perempuan dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki turut cedera," jelasnya.Zulfadli memberitahu, pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.Jelasnya, keemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut."Mangsa yang meninggal dunia pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. |
|
Two factories, worker's hostel destroyed in Juru fire - Sinardaily - 25/05 9:43 am BUKIT MERTAJAM - Two factories and a workers hostel were destroyed in a fire at Lorong Industri Ringan 4, Juru Light Industrial Area, here last night.Penang Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director (Operations) John Sagun Francis said firefighters rushed to the scene after receiving an emergency call at 8.25pm, adding that no casualties were reported in the incident."The blaze involved two adjoining double-storey factory units used for the production of health beverages and kitchen cabinets, with each unit covering an estimated 464.515 square metres."A workers hostel measuring about 55.74 square metres was also destroyed in the fire, he said in a statement today.John said all eight individuals in the factories and hostel escaped safely.The fire was fully extinguished at 10.22 pm, while the operation ended about two hours later after firefighters ensured there were no remaining embers or risk of the fire spreading further.A total of 30 firefighters from three fire and rescue stations were involved in the operation, assisted by over 100 members from 17 volunteer fire brigades |
|
Dua lelaki maut kemalangan libat dua kenderaan - Sinarharian - 25/05 9:37 am KUALA KUBU BHARU - Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal di Jalan Ampang Pecah-Rasa, di sini awal pagi Isnin.Dalam kejadian itu, mangsa yang maut ialah penunggang motosikal berusia 28 tahun dan pembonceng berusia 14 tahun.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.14 tengah malam.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian."Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Waja dan sebuah motosikal."Terdapat tiga mangsa terlibat terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Katanya, dua mangsa lelaki yang menaiki motosikal disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian."Seorang wanita yang juga pemandu kereta berusia 51 tahun mengalami kecederaan."Pihak bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.Menurutnya, operasi melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera dari BBP Bukit Sentosa. |
|
Bomba selamatkan dua wanita sesat di Pantai Keramat - Mygazette - 25/05 7:43 am # Bomba selamatkan dua wanita sesat di Pantai Keramat ALOR GAJAH - Dua wanita berdepan detik cemas selepas tersesat ketika melalui laluan hutan paya bakau di kawasan Pantai Keramat menuju ke Pantai Cermin, Tanjung Tuan, di sini sebelum diselamatkan pasukan bomba tengah hari tadi. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.13 tengah hari |
|
Dua maut, seorang cedera nahas kereta bertembung - Sinarharian - 24/05 9:37 pm IPOH - Seorang lelaki warga emasdan wanitamaut manakala seorang lagi cedera ringan selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung dalam kemalangan diJalan Taiping-Bagan Serai, petang tadi.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.56 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai digerakkan ke lokasi kejadian.Beliau berkata, kemalangantersebut melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova dan kereta Perodua Myvi."Setibanya jentera di lokasi, terdapat seorang lelaki berusia 66 tahun yang memandu Perodua Myvi tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri."Seorang lagi mangsa, seorang wanita berusia 51 tahun yang merupakan penumpang kenderaan sama, telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sabarodzi berkata, pemandu Toyota Innova merupakan lelaki berusia 46 tahun, hanya mengalami kecederaan ringan dan berjaya keluar sendiri daripada kenderaan sebelum anggota penyelamat tiba."Operasi menyelamat dijalankan menggunakan konsep SAVER dengan anggota bomba membuka pintu kenderaan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Bagaimanapun, kedua-dua mangsa daripada Perodua Myvi disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM di lokasi kejadian sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.Beliau berkata, mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Parit Buntar untukrawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.15 petang |
|
Nur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegi - Sinarharian - 24/05 8:54 pm KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat remaja perempuan,Nur Izzati Humaira Azizulyang dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa dekat TanjongMalim semalam,meliputi kawasan seluas 0.436 kilometer (KM) persegi pada Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, 76 anggota bomba,sukarelawan dan ahlipertubuhan bukan kerajaan terlibat dengan operasi yang bermulabermula pada 9 pagi.Beliau berkata, pihaknya turut menggunakan khidmat dua anjing pengesan bagi membantu mengesan mangsa."Mangsa belum ditemukan |
|
Bomba bantu angkat lelaki obesiti 260 kilogram ke hospital - Mygazette - 24/05 6:04 pm Dalam kejadian pukul 10.42 pagi itu, mangsa lelaki berusia 47 tahun dipercayai mengalami kesukaran untuk bergerak sebelum bantuan kecemasan dihubungi keluarga. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, sepasukan enam anggota dari BBP Masjid Tanah bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan |
|
Pendaki wanita sesak nafas diselamatkan ketika mendaki Gunung Irau - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Pendaki wanita sesak nafas diselamatkan ketika mendaki Gunung Irau CAMERON HIGHLANDS Seorang wanita dewasa mengalami sesak nafas dipercayai akibat serangan asma ketika mendaki di kawasan Gunung Irau berjaya dibawa keluar dalam operasi menyelamat malam tadi. Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pukul 9 malam sebelum anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands digerakkan ke lokasi seminit kemudian |
|
Premis caj bateri beca di Melaka terbakar, dua beca musnah - Mygazette - 24/05 6:04 pm Dalam kejadian pukul 1.08 tengah hari itu, tiada mangsa terlibat kecuali sebuah motosikal jenis Yamaha NVX yang turut terbakar 30 peratus. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan |
|
Budak 11 tahun ditemukan lemas selepas terjatuh dalam sungai - Sinarharian - 24/05 12:44 am SUNGAI BULOH - Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE)) berdekatan Menara FINAS, Damansara Damai di sini pada Sabtu.Mayat mangsa, Paulus Amsal Jimri, 11, itu ditemukan kira-kira 1.9 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan lebih 18 jam oleh pasukan penyelamat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.30 petang.Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh bersama bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam digerakkan ke lokasi kejadian."Komander operasi menerima laporan awal daripada pihak polis memaklumkan seorang budak lelaki berusia 11 tahun dipercayai lemas di sungai terbabit."Operasi pencarian segera dijalankan oleh anggota bomba menggunakan teknik surface searching di sepanjang kawasan sungai," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya, pencarian pada hari pertama dilakukan sejauh dua kilometer melalui kaedah pencarian permukaan dari darat, namun mangsa gagal ditemukan."Operasi ditangguhkan pada jam 9 malam selepas mengambil kira faktor keselamatan serta keadaan gelap yang menyukarkan pencarian."Operasi kemudian disambung semula pada jam 7.30 pagi Ahad dengan anggota melakukan pencarian menyusuri tebing sungai dari Jambatan Paya Jaras Hilir hingga Jambatan Merbau Sempak," katanya.Menurutnya, pada jam 10 pagi, pihaknya menerima maklumat terdapat mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemukan di tepi sungai di Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh."Pasukan PPDA berjaya membawa naik mangsa pada jam 10.47 pagi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada jam 11 pagi."Pengecaman mayat kemudian dibuat oleh ahli keluarga sebelum mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. |
|
Remaja perempuan maut, lapan cedera dalam dua kemalangan - Sinarharian - 24/05 9:12 am IPOH Seorang remaja perempuan maut manakala lapan lagi cedera dalam dua kemalangan jalan raya berasingan yang berlaku di Ayer Tawar, Manjung dan Bidor, Tapah awal pagi Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian pertama dilaporkan pada jam 1.15 pagi membabitkan dua kenderaan di hadapan Petronas Changkat Cermin, Changkat Cermin, Ayer Tawar.Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah Honda CRV dan Perodua Kancil itu menyebabkan dua mangsa yang menaiki Perodua Kancil tersepit."Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah."Pemandu Honda CRV bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dan BBP Seri Iskandar yang tiba pada jam 1.24 pagi menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.Katanya, mangsa lelaki yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa wanita diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.Menurut beliau, operasi yang melibatkan 17 anggota dengan dua jentera tamat sepenuhnya pada jam 3.18 pagi.Sementara itu, dalam satu lagi kejadian yang berlaku sekitar jam 5.14 pagi di Kilometer 342.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Bidor, tujuh individu cedera selepas dua kenderaan terbabit dalam kemalangan.Sabarodzi berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah Ford Ranger yang dinaiki enam individu dengan sebuah Honda Civic."Terdapat seorang wanita berusia 42 tahun yang menaiki Ford Ranger tersepit, manakala lima lagi mangsa mengalami kecederaan ringan dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba."Pemandu Honda Civic iaitu seorang wanita berusia 21 tahun turut mengalami kecederaan ringan dan telah dibantu keluar oleh orang awam," katanya.Menurutnya, anggota dari BBP Bidor menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa tersepit sebelum semua mangsa diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.Operasi yang melibatkan enam anggota dengan sebuah jentera itu berjaya dikawal pada jam 6.20 pagi sebelum tamat lima minit kemudian. |
|
Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung Malim - Sinarharian - 23/05 10:24 pm TANJUNG MALIM Seorang remaja perempuan dikhuatiri hilang dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa, di sini pada Sabtu.Mangsa dikenali sebagai Nur Izzati Humaira Azizul, 19, dilaporkan terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya yang melakukan aktiviti mendaki di lokasi berkenaan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 1.26 tengah hari."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dijalankan di kawasan mangsa dilaporkan kali terakhir dilihat iaitu di ketinggian kira-kira 234 meter."Bagaimanapun setakat jam 7 malam, mangsa belum ditemui," katanya dalam satu kenyataan di sini.Beliau berkata, operasi melibatkan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan Kuala Kubu itu turut dibantu 14 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bersama anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Malim Gunung Perhutanan."Operasi telah ditangguhkan jam 7 malam dan diserahkan kepada BBP Kuala Kubu kerana merupakan kawasan jagaan untuk tindakan lanjut."Bantuan tambahan dari BBP Tanjug Malim akan digerakkan sekiranya diperlukan," katanya. |
|
Lelaki rentung rumah terbakar dalam kebun - Sinarharian - 23/05 8:47 pm MERBOK Seorang lelaki ditemukan rentung selepas sebuah rumah dalam kawasan kebun di Taman Lembah Bujang di sini musnah dalam kebakaran pada Sabtu.Mangsa, Arumugam Kondiya, 44, ditemukan meninggal dunia di bilik tidur rumah berkenaan.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba II Siti Norafiza Mohd Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.30 tengah hari sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani ke lokasi.Menurutnya, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama sebuah unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba kira-kira 16 minit kemudian."Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas A satu tingkat yang terbakar kira-kira 80 peratus."Pasukan bomba menemukan seorang lelaki dipercayai telah meninggal dunia di ruang bilik tidur pada jam 2.13 petang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, sebuah motosikal yang berada di ruang sama turut musnah dalam kebakaran, namun maklumat berkaitan kenderaan itu belum diperoleh.Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 30 meter dengan satu pancutan menggunakan sumber air daripada tangki jentera."Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.57 tengah hari sebelum kerja-kerja overhaul dilakukan di lokasi."Kes diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran JBPM Kedah bagi tindakan lanjut," katanya.Dalam perkembangan sama, Unit K9 turut dipanggil bagi membantu siasatan, manakala siasatan forensik dijalankan bersama pihak polis bagi mengenal pasti punca kejadian.Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.52 petang. |
|
Lelaki cedera, tersepit dalam kemalangan - Sinarharian - 22/05 5:32 pm KUALA LANGAT Seorang lelaki cedera akibat tersepit selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Bulatan Pulau Carey menghala ke Kampung Sawah, Jenjarom, Teluk Panglima Garang pada Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.59 petang."Seramai empat anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 2.1 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Ahmad Mukhlis berkata, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira empat minit kemudian dan mendapati mangsa berusia lingkungan 50-an tersepit di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva."Anggota bomba menjalankan kerja menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum berjaya dibawa keluar pada jam 3.25 petang."Mangsa mengalami kecederaan dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya. |
|
Tiga pelajar IPT maut, seorang parah kereta rempuh lori simen - Sinarharian - 22/05 9:21 am GOMBAK - [DIKEMAS KINI] Tiga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT)maut, manakala seorang parah selepas kenderaan dinaiki merempuh lori simen di Kilometer 34 Lebuhraya Karak menghala Kampung Sungai Chinchin di sini pada Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 2.07 pagi.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang telah dikejarkan ke lokasi kejadian."Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Volkswagen yang melanggar bahagian belakang sebuah lori simen."Terdapat empat mangsa tersepit |
|
Misteri kereta hilang ditemukan dalam sungai - Mygazette - 22/05 7:52 am "Kereta akan diserah kembali kepada pemilik dan siasatan masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Semalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menemukan sebuah kereta jenis Nissan Almera di sungai di Kampung Seri Maju |
|
Seorang maut, tiga cedera dalam letupan di tapak ekspo - Sinarharian - 21/05 10:17 pm SUNGAI PETANI Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah tong gas helium meletup di tapak ekspo berhampiran SP Plaza, di sini pada Khamis malam.Dalam kejadian tersebut, mangsa, Azmi Ahmad yang berusia 42 tahun maut di lokasi kejadian, manakala tiga lagi mangsa lelaki cedera iaitu masing-masing berusia 15, 36 dan 49 tahun.Difahamkan, tong gas helium berkenaan digunakan untuk mengisi belon kanak-kanak bagi tujuan perniagaan di tapak ekspo terbabit.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 pada jam 7.52 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani digerakkan ke lokasi kejadian.Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.05 malam dan mendapati benar berlaku letupan melibatkan sebuah tong gas jenis helium."Letupan itu melibatkan satu tong gas helium yang digunakan untuk mengisi belon kanak-kanak sehingga menyebabkan empat mangsa terlibat."Seorang lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala tiga lagi mangsa cedera ringan," katanya pada Khamis.JBPM Kedah berkata, mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya.Menurutnya, operasi turut melibatkan bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa. |
|
Bomba selamatkan bas dari musnah terbakar - Sinarharian - 21/05 5:25 pm KUANTAN- Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan sebuah bas ekspres dari musnah terbakar di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Istana Mahkota, Pekan pada Khamis.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, bas ekspres tanpa penumpang itu dipercayai baru keluar dari bengkel dan dalam perjalanan ke Kuantan.Menurutnya, ketika tiba di lokasi, pemandu menyedari berlaku kebakaran pada bahagian enjin bas berkenaan."Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 2.20 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu ke lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai untuk bantuan pemadaman."Sejurus tiba, anggota bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan aliran salur bantu mula air tangki pam jentera hingga api dapat dipadamkan sepenuhnya," katanya.Mohd Salahaluddin berkata, operasi dibantu anggota dari balai bantuan, BBP Pekan mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya."Pemeriksaan secara menyeluruh dilakukan |
|
Dua lelaki maut tertimbus ketika lombong emas tanpa lesen - Sinarharian - 21/05 12:04 am JELI - Dua lelaki maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh dipercayai melombong emas tanpa lesen di kawasan ladang sawit Kampung Jerimbong, Kuala Balah di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, kedua-dua mangsa, Muhamad Ali Akhbar, 38, dan Mohamad Noor Illyas Suhaisham, 32, dipercayai sedang menjalankan kerja perlombongan emas secara haram sebelum timbunan tanah runtuh lalu menimbus mereka.Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6.30 petang.Menurut beliau, operasi menyelamat segera dijalankan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jeli bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa dari lokasi kejadian."Operasi menyelamat mengambil masa kira-kira dua jam sebelum kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar."Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki tempatan terbabit menjalankan aktiviti melombong emas tanpa sebarang lesen di kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jeli untuk dibedah siasat yang dijadualkan berlangsung jam 10 pagi.Ujarnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan dijalankan di bawah laporan SDR.Kamarulzaman turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menjalankan aktiviti perlombongan haram kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang malah boleh mengundang risiko kehilangan nyawa."Sebarang tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang terlibat dalam aktiviti perlombongan haram," katanya.Sebelum itu Sinar Harian Online melaporkan dua lelaki maut selepas tertimbus dalam runtuhan tebing tanah setinggi dua meter dipercayai berlaku ketika aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong di sini pada Rabu malam.Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, seorang lagi mangsa dilaporkan terselamat. |
|
Penunggang motosikal maut tersepit bawah jengkaut - Sinarharian - 21/05 12:00 am SHAH ALAM -Seorang penunggang motosikal maut selepas tersepit di bawah jengkaut dalam kemalangan di susur keluar Lebuhraya Persekutuan menghala ke simpang empat kilang gula dari arah Shah Alam, tengah malam tadi.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknyamenerima panggilan kecemasan pada 12.06 tengah malam."Kemalangan melibatkan sebuah motosikal Yamaha Y15 ditunggang lelaki berusia 20 tahun yang dipercayai melanggar sebuah jengkaut dari belakang."Mangsa yang tersepit di bawah jengkaut disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.Beliau berkata operasi melibatkanlima anggota Balai Bomba dan PenyelamatShah Alam dengan sebuah jentera FRT Sitrak.- Bernama |
|
Puchong timber factory destroyed in fire - Sinardaily - 21/05 10:17 am PUCHONG - A timber factory in Taman Putra Perdana was destroyed in a fire on Thursday.Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Ahmad Mukhlis Mukhtar said the department received an emergency call at 2.05am."A total of 38 personnel and officers with equipment from the Cyberjaya Fire and Rescue Station, assisted by units from Dengkil, Puchong and Seri Kembangan, rushed to the scene 14 kilometres away," he said in a statement on Thursday.Mukhlis said upon arrival about 11 minutes later, the team found the Class C timber factory 80 per cent ablaze."Firefighters carried out suppression operations using two hoselines of 61 metres with six nozzle jets, drawing water from fire hydrants and a water tanker," he said.He said the fire was brought under control at 4am and fully extinguished at about 5am.No casualties were reported |
|
Kilang kayu musnah dalam kebakaran - Sinarharian - 21/05 7:45 am PUCHONG Sebuah kilang kayu di Taman Putra Perdana di sini musnah dalam kebakaran pada Khamis.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.05 pagi."Seramai 38 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya serta bantuan BBP Dengkil, BBP Puchong dan BBP Seri Kembangan bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 14 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya tiba di lokasi kira-kira 11 minit kemudian, mendapati sebuah kilang kayu kelas C terbakar 80 peratus."Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos sepanjang 61 meter dengan enam pancutan nozel daripada sumber air pili bomba serta water tanker," katanya.Beliau berkata, api berjaya dikawal pada jam 4 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 5 pagi."Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya. |
|
Remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Langat - Sinarharian - 20/05 5:54 pm HULU LANGAT Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi bersama rakannya di Sungai Langat berhampiran Kampung Rantau Panjang, Batu 14 di sini pada Rabu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.57 petang."Seramai lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 23 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Ahmad Mukhlis berkata, ketika kejadian, mangsa bersama seorang rakannya pergi mandi di Sungai Langat kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum dihanyutkan arus di kawasan air dalam sekitar jam 1 petang."Rakan mangsa kemudian pergi ke balai polis bagi membuat laporan mengenai kejadian itu pada jam 2.54 petang," katanya.Beliau berkata, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 3.37 petang dan segera menjalankan operasi pencarian di permukaan air."Mangsa berjaya ditemukan kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan tenggelam pada jam 4.02 petang."Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. |
|
Lima jam bertarung kawal kebakaran kilang - Sinarharian - 20/05 11:46 am SUNGAI SIPUT - Kebakaran sebuah kilang memproses alat ganti kenderaan di sini memaksa anggota bomba bertarung hampir lima jam sebelum api berjaya dipadam pada Selasa.Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput pada jam 10.05 malam memusnahkan kira-kira 70 peratus struktur bangunan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi pemadaman berjaya dikawal kira-kira jam 11.10 malam sebelum api dipadam sepenuhnya pada jam 3.48 pagi."Operasi pemadaman dilakukan dengan mengaplikasikan konsep RECEO serta menggunakan beberapa aliran hos bagi mengawal kebakaran."Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini.Beliau berkata, operasi tersebut melibatkan 26 keanggotaan dari BBP Meru Raya, Simpang Pulai dan Tambun bersama beberapa jentera termasuk FRT, LFRT, EMRS, water tanker dan aerial ladder platform (ALP) digerakkan ke lokasi kejadian.Katanya, operasi turut mendapat bantuan 36 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Pekan Baru, Kampar, Chemor dan Simpang Jalong."Sumber air diperoleh daripada tangki jentera, pili bomba berhampiran serta bantuan lori tangki air sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya," katanya.Sabarodzi berkata, pemantauan berkala terus dijalankan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada sisa kebakaran yang boleh mencetuskan api semula. |
|
Warga emas umur 81 tahun pengsan daki bukit - Kosmo - 18/05 10:58 pm LUMUT – Seorang lelaki warga emas berumur 81 tahun pengsan dan mengalami kecederaan di bahagian pinggang selepas mendaki Bukit 300, Jalan Teluk Batik di sini dalam kejadian pada pukul 5.16 petang tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa telah pengsan di aras empat bukit tersebut yang .. |
|
Hazmat team contains chemical spill at Alor Gajah resort after pool treatment accident - Malaymail - 18/05 9:38 am ALOR GAJAH, May 18 The Melaka Fire and Rescue Department (JBPM) successfully contained a chemical spill in a pum... |
|
Syafiq Farhain keeps firefighting career close to heart - Sinardaily - 17/05 8:00 am JOHOR BAHRU - Despite his growing popularity and solid footing in the local entertainment industry, Syafiq Farhain remains determined not to abandon his primary career as a firefighter from the Fire and Rescue Department Malaysia (JBPM).The son of former Saleem frontman, the late Saleem, said the thought had never crossed his mind, as he believes it was his firefighting career that paved the way for his success in the music industry."I truly love my main career |
|
Suami isteri maut Myvi bertembung lori - Sinarharian - 16/05 11:21 am TELUK INTAN - Pasangan suami isteri maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Parit Sembilan, Labu Kubong menghala ke Kampung Gajah di sini pada awal pagi Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 pagi itu, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 32 dan 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di dalam kenderaan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.55 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan dikejarkan ke lokasi.Menurutnya, jentera tiba di tempat kejadian pada jam 6.11 pagi, kira-kira 13 kilometer dari balai."Sebaik tiba, anggota mendapati kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi yang bertembung dengan sebuah lori bonded satu tan bawa muatan ayam beku."Terdapat dua mangsa dalam kereta iaitu pasangan suami isteri yang tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Sabarodzi berkata, dua lelaki yang menaiki lori berkenaan iaitu pemandu dan kelindan berusia 37 tahun tidak tersepit dan hanya mengalami kecederaan ringan.Katanya, operasi menyelamat dilakukan dengan kekuatan sembilan anggota menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS)."Anggota menggunakan peralatan rescue cutter bagi membuat renggangan pada kenderaan sebelum mengeluarkan mangsa menggunakan scoop stretcher."Mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7 pagi dan ditamatkan pada jam 8.18 pagi. |
|
Bengkel kenderaan di Salak Selatan dijilat api - Mygazette - 15/05 3:06 pm KUALA LUMPUR - Sebuah bengkel kenderaan di Jalan Besar, Salak Selatan di sini hangus dijilat api awal pagi tadi. Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) balai itu menerima panggilan pada 8.07 pagi melalui talian NG999 |
|
UPS room at Sasana Kijang catches fire - Sinardaily - 15/05 10:55 am KUALA LUMPUR An uninterruptible power supply (UPS) room at Sasana Kijang, Bank Negara, caught fire on Friday.The incident occurred at 7.32am, with the Kuala Lumpur Operations Movement Centre receiving an emergency call via the NG999 line.The Kuala Lumpur branch of the Fire and Rescue Department (JBPM) said in a statement that a team of 17 personnel and officers with three engines from Sentul Fire and Rescue Station, assisted by Titiwangsa Fire and Rescue Station, were deployed to the scene.The team was led by operations commander S |
|
Bilik UPS Sasana Kijang terbakar - Sinarharian - 15/05 10:39 am KUALA LUMPUR - Bilik sistem bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS) di Sasana Kijang, Bank Negara, di sini terbakar pada Jumaat.Dalam kejadian pada jam 7.32 pagi itu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, susulan itu sepasukan 17 anggota dan pegawai bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dengan bantuan BBP Titiwangsa digerakkan ke lokasi.Katanya, pasukan bomba diketuai komander operasi, S Thirugaiyah yang tiba di lokasi mendapati kebakaran membabitkan sebuah bilik UPS 'Backup Battery' di tingkat tiga bangunan itu."Tindakan pantas anggota berjaya memadam kebakaran dan api dapat dikawal pada jam 7.46 pagi |
|
Lima kenderaan termasuk treler terbakar dalam kemalangan - Sinarharian - 15/05 9:20 am GEORGE TOWN - [DIKEMAS KINI] Lima kenderaan termasuk treler terlibat dalam kemalangan di bawah Terowong Udini, Jalan Masjid Negeri di Jelutong di sini dengan tiga daripadanya terbakar dalam kejadian pada pagi Jumaat.Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera atau maut dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 7 pagi tersebut.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.04 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dikejarkan ke lokasi.Menurutnya, jentera bomba tiba di lokasi pada jam 7.26 pagi dan operasi berjaya dikawal tujuh minit kemudian."Kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di bawah 'underpass' Udini yang mana, tiga daripadanya terbakar."Kenderaan yang terbakar ialah sebuah treler yang membawa muatan konkrit, van persiaran dan sebuah Proton S70 manakala Perodua Alza serta Chery Tiggo tidak terbakar," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, kebakaran melibatkan kemusnahan kira-kira 90 peratus pada kepala treler dan van persiaran sementara Proton S70 musnah kira-kira 95 peratus.Tambahnya, operasi pemadaman menggunakan kaedah direct attack berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.16 pagi sebelum operasi tamat pada jam 8.41 pagi."Kerja-kerja 'overhaul' selesai dijalankan dan lokasi kejadian diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut,."Operasi diketuai seorang komander operasi bersama lapan anggota termasuk penyelia dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS)," katanya.Sementara itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memaklumkan pihaknya telah menggerakkan anggota warden trafik ke lokasi bagi melaksanakan kawalan dan melancarkan aliran trafik di kawasan terlibat.Difahamkan kejadian itu menyebabkan kesesakkan teruk di beberapa kawasan antaranya Greenlane, Jalan Masjid Negeri dan Jalan Batu Lanchang berikutan ia merupakan laluan utama dan kejadian berlaku pada waktu pagi ketika orang ramai keluar bekerja. |
|
Lelaki melecur rumah pekerja ladang terbakar - Kosmo - 14/05 10:46 pm Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, rumah berkenaan dilaporkan musnah hampir 90 peratus. Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima .. |
|
Lapan kanak-kanak diselamatkan dalam kejadian kepala air di Cameron .. - Mygazette - 13/05 10:15 pm # Lapan kanak-kanak diselamatkan dalam kejadian kepala air di Cameron Highlands KUANTAN - Lapan kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas berdepan detik cemas terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Mensun, di Kampung Orang Asli Terisu, Cameron Highlands hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melibatkan lapan kanak-kanak lelaki berusia lingkungan empat hingga 12 tahun itu pada 5.10 petang tadi |
|
Eight boys rescued from water surge in Cameron Highlands - Sinardaily - 13/05 9:38 pm KUANTAN - Eight boys aged between four and 12 faced a terrifying ordeal today after being trapped by a water surge at Sungai Mensun in the Kampung Terisu Orang Asli settlement, Cameron Highlands.Pahang Fire and Rescue Department (JBPM) Operations assistant director Mohd Salahuddin Isa said emergency services received a distress call at 5.10pm regarding the incident.Seven firefighters from the Cameron Highlands station rushed to the scene, arriving at the river half an hour later."The team launched a rescue operation, using ropes to cross the river and move all victims to safety from the rocks where they were stranded," he said in a statement today.The children were successfully rescued by 7.58pm and handed over to their families, he added |
|
Lapan kanak-kanak terperangkap kepala air diselamatkan - Sinarharian - 13/05 8:54 pm KUANTAN - Lapan kanak-kanak terpaksa menyelamatkan diri di atas batu besar sementara menunggu diselamatkan selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Menson, Perkampungan Orang Asli Kampung Terisu,Kuala Terla, Cameron Highlands, pada Rabu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 5.10 petang.Menurutnya, berdasarkan maklumat, lapan kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan empat hingga 12 tahun terperangkap di atas batu selepas gagal menyeberang ekoran arus deras."Jarak dari tebing ke tempat mangsa kira-kira 20 meter memaksa khidmat anggota bomba untuk membawa mereka ke tempat selamat."Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands tiba di lokasi kira-kira jam 5.47 petang sebelum operasi menyelamat semua kanak-kanak terbabit digerakkan," katanya.Mohd Salahuddin berkata, operasi menyelamat mangsa menggunakan tali penyelamat mengambil masa kira-kira dua jam sebelum semua mangsa berjaya diselamatkan."Semua mangsa berjaya diselamatkan kira-kira jam 7.58 malam sebelum diserahkan kepada pihak polis dan keluarga masing-masing."Operasi turut dibantu anggota dari BBP Ringlet dan polis," katanya. |
|
Fenomena kepala air, lapan kanak-kanak Orang Asli diselamatkan bomba di Cameron Highlands - Utusan - 13/05 8:46 pm CAMERON HIGHLANDS: Lapan kanak-kanak lelaki Orang Asli berusia antara empat hingga 12 tahun berjaya diselamatkan selepas terkandas di atas batu susulan fenomena kepala air Sungai Menson berdekatan Kampung Orang Asli (KOA) Terisu, Kuala Terla petang tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd |
|
Disabled woman killed, mother injured in house fire - Sinardaily - 13/05 10:04 am IPOH - A disabled woman was killed, while her mother was injured, after their double-storey home at Parit 310, Bagan Tiang, near Parit Buntar, caught fire early today.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Sabarodzi Nor Ahmad said the department received an emergency call at 2.34am and firemen from the Parit Buntar and Kuala Kurau stations were rushed to the scene.He said the fire destroyed about 70 per cent of the double-storey house and also damaged a Proton Iriz car."A 48-year-old disabled woman was found dead inside the house, while her 71-year-old mother sustained injuries to both soles of her feet."The injured victim was handed over to the Ministry of Health for treatment, while the body was handed over to the police for further action, he said in a statement.In a separate incident, Sabarodzi said firefighters from the Bagan Serai station retrieved a man from a drain after the car he was driving skidded along Jalan Besar Bagan Serai-Taiping near Bagan Serai at about 2.30 am today."The Perodua Myvi car driven by the victim is believed to have veered onto the road shoulder before he was thrown into the drain |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |