///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Kpdn News   Page 1    



896 Kes Direkodkan, Kompaun Hampir RM100 Ribu Sempena Aidilfitri – KPDN - Lobakmerah - 2/04 3:18 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . KPDN rekodkan sebanyak 896 kes penguatkuasaan yang melibatkan jumlah kompaun sebanyak RM99,800 serta sitaan bernilai RM32,015.70 sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2026 baru-baru ini





Penang KPDN seizes RM415,877 in subsidised diesel, steps up crackdown on misuse - Malaymail - 2/04 1:05 pm

SEBERANG PERAI, April 2 The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) in Penang has recorded ei...





KPDN Pulau Pinang rekod lapan kes seleweng diesel, tahan lima individu sejak Januari - Sinarharian - 2/04 12:28 am

BUTTERWORTH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merekodkan lapan kes penyelewengan diesel dengan lima tangkapan membabitkan pemandu lori warga tempatan di stor haram sekitar Seberang Perai Selatan (SPS) sejak Januari lalu.Pengarah KPDN Pulau Pinang, S Jegan berkata, kesemua tangkapan tersebut membabitkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM415,877.95.Menurutnya, semua kes berkenaan kini masih dalam peringkat siasatan dan pendakwaan."Dalam tempoh sama, sebanyak 215 stesen minyak di seluruh negeri telah diperiksa sebagai sebahagian daripada usaha pemantauan dan penguatkuasaan berterusan bagi mengekang ketirisan subsidi bahan api," katanya pada sidang akhbar pada Khamis.Beliau sebelum itu menghadiri Sesi Walkabout dan Pemantauan Pelaksanaan Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan (Petrol RON95) 2026 di Stesen Petronas Sungai Dua (arah selatan) Pulau Pinang di sini.Mengulas lanjut, Jegan berkata, bermula Rabu, larangan penjualan dan pembelian petrol RON95 kepada kenderaan pendaftaran asing telah dikuatkuasakan sepenuhnya selaras dengan pelaksanaan Op Tiris 4.0.Katanya, sejak pelaksanaan dasar tersebut, sebanyak 126 stesen minyak telah dipantau dalam tempoh dua hari bagi memastikan tahap pematuhan berada pada tahap tinggi."Penguatkuasaan ini dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1991 dan sebarang pelanggaran akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi," ujarnya.Tambah beliau, pemeriksaan yang dilaksanakan turut melibatkan penelitian dokumen serta analisis corak penjualan termasuk transaksi berulang bagi mengesan sebarang unsur penyelewengan atau aktiviti mencurigakan.Dalam pada itu, Jegan berkata, pihaknya turut menerima empat aduan awam berkaitan penjualan bahan api bersubsidi sepanjang pelaksanaan Op Tiris 4.0."Daripada jumlah itu, dua aduan melibatkan pengisian petrol RON99 ke dalam tong didapati tidak menjadi kesalahan kerana melibatkan pengurusan nelayan yang mempunyai kebenaran."Dua lagi aduan berkaitan aktiviti mencurigakan di stesen minyak yang mana satu kes didapati tidak berasas kerana melibatkan lori berlesen manakala satu lagi masih dalam siasatan lanjut," katanya.Beliau menambah, pengusaha stesen minyak bertanggungjawab memastikan hanya kenderaan tempatan dibenarkan mengisi petrol RON95 selain mematuhi semua peraturan yang ditetapkan kerajaan."Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan tindakan kompaun atau pendakwaan di mahkamah diambil terhadap pihak terlibat," katanya lagi.Dalam usaha memperkukuh penguatkuasaan, beliau berkata, lebih 130 anggota penguat kuasa telah digerakkan selain dibantu pegawai pemantau harga yang bertugas secara menyamar di lapangan.Menurutnya, rondaan, risikan dan operasi bersepadu bersama agensi lain turut dipertingkatkan khususnya di kawasan sempadan bagi memastikan bekalan bahan api bersubsidi tidak diseleweng."Saya meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan penyelewengan terus kepada saluran rasmi KPDN seperti e-Portal Aduan, talian hotline dan aplikasi Ez ADU, berbanding menyebarkannya di media sosial."Kerjasama orang ramai amat penting bagi memastikan subsidi bahan api terus dinikmati oleh golongan yang benar-benar layak," katanya.Terdahulu, tiga dasar baharu yang mengawal selia penjualan petrol RON95 dan diesel mula berkuat kuasa pada Rabu, sekali gus menandakan permulaan penguatkuasaan lebih ketat di seluruh negara bagi mengekang ketirisan subsidi serta kegiatan penyeludupan bahan api.Antara peraturan yang dilaksanakan termasuk larangan pembelian RON95 oleh kenderaan asing selain sekatan penggunaan kad kredit dan debit antarabangsa di terminal pam layan diri bagi memastikan bahan api bersubsidi hanya dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia.Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, langkah berkenaan diambil susulan peningkatan permintaan serta risiko ketirisan yang semakin membimbangkan, khususnya di kawasan sempadan.Beliau menjelaskan, pelaksanaan dasar baharu itu turut disokong menerusi Op Tiris 4.0 yang diperkasakan melalui rondaan intensif, penempatan pegawai statik, operasi risikan penyamaran serta pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) di stesen berisiko tinggi.





Industri pelancongan mahu keputusan segera bukan sembang libat urus - FMT - 2/04 11:24 am

Persatuan pelancongan mahu KPDN dan MoF bertindak segera, bersasar dan berorientasi keputusan dalam menangani tekanan kos dihadapi industri.





Nationwide sting: KPDN cracks down on RON95 smugglers in Johor, modified 4WD in Sabah, LPG stockpile in Perak - Malaymail - 2/04 10:37 am

JOHOR BAHRU, April 2 The Johor Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) will intensify enforcement o...





KPDN sita 94 tong gas, 270 liter petrol di kampung Orang Asli - Sinarharian - 2/04 9:37 am

GERIK Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita sebanyak 94 tong gas petroleum cecair (LPG) dan 270 liter petrol dalam satu operasi di kawasan perkampungan Orang Asli di sini pada Selasa.Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi kira-kira jam 5.30 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Gerik hasil maklumat awam berhubung kegiatan penjualan barang kawalan tanpa lesen sah.Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati dua premis menjalankan aktiviti perdagangan LPG dan petrol secara haram tanpa kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan Malaysia."Dalam serbuan tersebut, dua individu iaitu seorang lelaki berumur 32 tahun dan seorang wanita berumur 38 tahun yang dipercayai pemilik premis gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada Pengawal Bekalan Malaysia bagi urusan melibatkan barang kawalan berkenaan."Ekoran kegagalan mematuhi peraturan tersebut, pihak KPDN telah bertindak menyita sebanyak 94 tong LPG serta 270 liter petrol bagi tujuan siasatan lanjut dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM10,966," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Kamalludin berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki menjual barang kawalan berjadual tanpa kebenaran bertulis.Katanya, individu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.Jelasnya, bagi kesalahan melibatkan badan korporat pula denda boleh mencecah hingga RM2 juta dan hingga RM5 juta bagi kesalahan berulang.Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan dan mengelakkan ketirisan subsidi kerajaan.





Ubah suai tangki untuk seleweng diesel - Careta - 2/04 12:39 am

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Cawangan Beaufort, Julie Julhani berkata, tangkapan dan rampasan dibuat dalam serbuan mengejut terhadap sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero di kawasan stesen minyak berkenaan





Ubah suai tangki seleweng diesel - Sinarharian - 1/04 9:23 pm

BEAUFORT - Tindakan seorang lelaki mengisi diesel dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak membawa kepada penahanannya selepas disyaki cuba menyeleweng kira-kira 200 liter bahan api itu dalam kejadian di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Ops Tiris 4.0.Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Cawangan Beaufort, Julie Julhani berkata, tangkapan dan rampasan dibuat dalam serbuan mengejut terhadap sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero di kawasan stesen minyak berkenaan."Serbuan dijalankan hasil maklumat dan pemerhatian anggota penguat kuasa yang mengesan aktiviti mencurigakan ketika kenderaan berkenaan sedang mengisi diesel di pam stesen tersebut."Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut telah diubah suai dengan tangki tambahan yang dipercayai mengandungi kira-kira 200 liter minyak diesel," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, pihak KPDN menyita kenderaan, diesel serta dokumen berkaitan untuk siasatan lanjut."Pemandu kenderaan juga telah dirakam percakapan dan dilepaskan dengan jaminan polis."Nozel pam stesen minyak yang terlibat turut diambil tindakan penguatkuasaan, manakala dua laporan polis telah dibuat berhubung kes ini," katanya.Julie berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, melibatkan tindakan terhadap pemandu kenderaan serta pihak stesen minyak."Siasatan lanjut sedang dijalankan dan pegawai penyiasat akan dilantik bagi melengkapkan siasatan," katanya.





Tular kemasukan warga asing diragui di sempadan, Shuhaily beri amaran tegas kepada anggota AKPS - Sinarharian - 1/04 5:31 pm

BUKIT KAYU HITAM Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) memberikan amaran tegas kepada pegawai dan anggota supaya tidak terlibat dalam sebarang perbuatan khianat sehingga menjejaskan keselamatan sempadan negara.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tular dakwaan kemasukan warga asing secara tidak sah di kawasan sempadan menimbulkan kebimbangan orang awam, sekali gus mendorong tindakan tegas pihak berkuasa.Menurutnya, agensi tersebut tidak dapat mengesahkan dan tiada bukti jelas berhubung kemasukan warga asing seperti dari India dan Bangladesh memasuki negara melalui pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam di sini."Perkara itu tidak dapat kita kenal pasti, namun saya memandang serius kebimbangan yang disuarakan orang awam."Saya juga telah memberi amaran kepada pegawai dan anggota supaya tidak terlibat dalam sebarang perbuatan khianat sehingga menjejaskan keselamatan sempadan negara," katanya pada Rabu.Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Komander AKPS Bukit Kayu Hitam di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini.Bekas Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir yang telah berkhidmat selama satu tahun dua bulan akan bertukar ke ibu pejabat AKPS di Putrajaya sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).Jawatan tersebut kini disandang oleh Senior Asisten Komisioner Fauzi Mohd Yusuf yang mula bertugas pada 1 April.Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat unsur pengkhianatan dalam kalangan pegawai yang boleh membuka ruang kepada pencerobohan sempadan.Jelasnya, beliau sendiri akan turun ke lapangan jika dapat mengesan pegawai atau anggota yang melakukan kesalahan berkenaan"Saya tidak akan teragak-agak untuk turun sendiri bagi mengenal pasti mana-mana pihak yang terlibat sekiranya perkara ini benar-benar berlaku," tegas beliau.Dalam perkembangan sama, kata Mohd Shuhaily berkata, pihaknya turut memperketatkan kawalan sempadan bagi membendung aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi yang dijangka meningkat susulan konflik antarabangsa melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel.Menurutnya, AKPS akan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam melaksanakan penguatkuasaan."AKPS akan menyokong peranan agensi peneraju dan memastikan kawalan sempadan terus diperkasa bagi mengekang sebarang bentuk penyeludupan," katanya.





Op Tiris 4.0: 809 stesen minyak dipantau KPDN Selangor - Sinarharian - 1/04 5:17 pm

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenal pasti 809 stesen minyak di Selangor yang aktif beroperasi termasuklah 79 syarikat pemborong diesel bagi pemeriksaan Op Tiris 4.0.Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, ini bagi memastikan pematuhan peraturan kawalan bekalan barang kawalan petrol RON95 dipatuhi.Menurutnya, pada masa yang sama, KPDN Selangor turut memeriksa prestasi keberadaan bekalan bahan api supaya tidak terjejas."Pemeriksaan KPDN Selangor memfokuskan kepada perkara penting berikut iaitu pemantauan ke atas kenderaan pendaftaran asing untuk pematuhan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 2026."Kita juga memeriksa status tentusah mesin pengisian pam supaya masih dalam status sah digunakan selain pemeriksaan kenderaan perdagangan serta aktiviti pengisian bahan api ke dalam tong atau bekas," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, KPDN Selangor mengatur pemeriksaan di stesen minyak secara terancang dengan mengenal pasti stesen yang perlu diberi pemeriksaan lebih kerap berdasarkan trafik kenderaan.Tambah Muhamad Hanif, pihaknya juga mempertingkatkan kekerapan Pasukan Unit Rondaan Bermotosikal KPDN Selangor untuk meronda di sekitar stesen minyak sebagai isyarat keberadaan anggota."Kehadiran anggota akan direkodkan melalui Buku Rondaan Bermotosikal KPDN yang ditempatkan di stesen minyak dilawati," ujarnya.Dalam pada itu, katanya lagi, KPDN Selangor menjalankan kerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor sebagai langkah intervensi dan menyelia aktiviti perdagangan melibatkan barang kawalan bahan api di laut dan darat."Orang ramai dinasihat agar tidak sesekali mencipta suasana panik semasa membuat pembelian bahan api."KPDN tidak sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingkar dan gagal mematuhi peraturan ditetapkan," ujarnya.Jelasnya, sebarang maklumat boleh disalurkan di WhatsApp 019-848 8000, portal e-Aduan KPDN URL





Domestic Trade Ministry: Fuel supply stable nationwide, tighter checks in Sabah, Sarawak, Labuan - Malaymail - 1/04 4:29 pm

BAU, April 1 The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) has ensured that fuel supply remains suffi...





Warga Thailand guna tong ganti kenderaan beli RON95 - Sinarharian - 1/04 4:15 pm

RANTAU PANJANG - Rakyat Thailand menggunakan tong plastik untuk membeli RON95 di stesen minyak di sempadan negara ini di sini menggantikan kenderaan selepas Kerajaan Malaysia menguatkuasakan larangan penjualan dan pembelian bahan bakar terbabit kepada kenderaan berpendaftaran asing pada Rabu.Tinjauan Sinar Harian mendapati penunggang motosikal dari negara jiran itu meletakkan kenderaannya sekitar 50 hingga 100 meter dari stesen minyak dan membawa tong putih berkenaan untuk diisi dengan bahan bakar bersubsidi itu.Hasil pemerhatian yang dijalankan, pekerja stesen minyak dilihat mengangkat nozel berwarna kuning kemudian mengisi ke dalam tong tanpa banyak persoalan.Kemudian penunggang motosikal berkenaan berjalan semula ke kenderaan dan menaikinya melepasi Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).Sepanjang sejam lebih berada di sana Sinar Harian mendapati ia dilakukan oleh beberapa penunggang motosikal.Tinjauan tersebut juga mendapati tidak lebih 20 kenderaan asing yang mengisi diesel di beberapa stesen minyak di sempadan melibatkan kenderaan jenis trak pikap dan van pelancongan Thailand.Jumlah terbabit didakwa tidak sebanyak hari biasa dan ia dikatakan berkemungkinan selepas Kerajaan Malaysia menyekat sebarang kenderaan menggunakan pendaftaran asing tidak lagi dibenarkan membeli RON95 di negara ini.Orang awam yang ingin dikenali sebagai Salleh Mat, 60, berkata, suasana di beberapa stesen minyak berhampiran sempadanpada hari ini dilihat tenang berbanding hari sebelumnya."Mungkin selepas kerajaan mengeluarkan arahan bermula 1 April tiada lagi kenderaan asing dibenarkan membeli RON95, menyebabkan hanya kenderaan penduduk setempat sahaja yang kelihatan."Kalau ada pun macam biasalah, pacuan empat roda dan kenderaan sedan yang dipercayai digunakan oleh mereka yang cuba menyeludup minyak RON95," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan pemandu kenderaan berpendaftaran asing yang membeli petrol RON95 bakal berdepan tindakan undang-undang apabila larangan pembelian dan penjualan bahan bakar itu diperluaskan dan berkuat kuasa mulai 1 April.Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, langkah tersebut merupakan pengukuhan kepada kerangka perundangan sedia ada yang sebelum ini hanya meletakkan kesalahan kepada pengusaha stesen minyak."Berkuat kuasa 1 April 2026, kesalahan ini akan turut mencakupi pemandu atau pemilik kenderaan yang berpendaftaran asing," katanya.





Padah jual minyak masak peket tapi ‘letak syarat’ - Kosmo - 1/04 3:35 pm

TAPAH – Sebanyak 714 kilogram (kg) minyak masak peket 1kg disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak dari sebuah premis peruncitan yang menjualnya secara bersyarat, di sini semalam





140 anggota KPDN Kelantan pantau stesen minyak elak penyelewengan RON95 - Sinarharian - 1/04 2:41 pm

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menggerakkan 140 anggota ke seluruh stesen minyak di negeri ini termasuk kawasan sempadan Malaysia-Thailand dalam membanteras penyelewengan bahan api bersubsidi RON95 ke negara jiran.Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, ia selari dengan larangan penjualan dan pembelian petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing yang mula berkuat kuasa pada Rabu."Bermula hari ini kerajaan melaksanakan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Petrol RON95) 2026 bagi memastikan subsidi petrol disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak."Jadi, kita gerakkan seluruh anggota penguat kuasa untuk menjalankan pemeriksaan, pemantauan serta advokasi penguatkuasaan di 248 stesen minyak di seluruh negeri," katanya pada Rabu.Menurut beliau, pada masa sama pegawai penguat kuasa akan mempergiatkan pemeriksaan secara statik di stesen minyak serta kawalan di pintu sempadan.Katanya, rondaan setiap hari akan dilakukan di lokasi tumpuan dan kawasan berisiko tinggi berlakunya penyeludupan RON95.Aswadi memberitahu, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan berkenaan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.Ujarnya, langkah ini bertujuan mengawal ketirisan subsidi, melindungi hak pengguna tempatan serta memastikan bekalan bahan api negara kekal stabil."Ia susulan keputusan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada 30 September 2025 melalui mekanisme harga apungan terkawal (managed float), meskipun harga bahan api itu masih lebih rendah berbanding negara jiran."Perbezaan harga tersebut dilihat mendorong peningkatan permintaan petrol RON95 oleh kenderaan berpendaftaran asing, sekali gus meningkatkan risiko ketirisan subsidi serta menjejaskan kestabilan bekalan domestik," katanya.





KPDN: Fuel supply stable, enforcement tightened to prevent misuse - BorneoPost - 1/04 2:33 pm

BAU (April 1): There is no shortage of fuel supply, with sufficient stock to meet demand nationwide, said Datuk Azman Adam. The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) Enforcement director-general said fuel supply is monitored daily, and overall availability remains stable





Tiada lagi RON95 untuk kenderaan asing bermula hari ini, KPDN jelaskan sebab larangan - Mdateline - 1/04 9:40 am

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan bahawa penjualan dan pembelian minyak petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing kini dilarang sepenuhnya bermula ..





Bimbang elemen kartel, MyCC teliti kenaikan tambang siling bas, van persiaran - FMT - 31/03 4:42 pm

KPDN berkata, sebarang bentuk perjanjian, persefahaman atau keputusan bersama oleh persatuan dalam penetapan harga dilarang.





KPDN Kelantan tahan wanita Thailand cuba seludup minyak masak - Mgazette - 31/03 3:37 pm

# KPDN Kelantan tahan wanita Thailand cuba seludup minyak masak KOTA BHARU - Taktik licik seorang wanita warga Thailand menyeludup minyak masak bersubsidi terbongkar dalam Ops Tiris di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, semalam





KPDN teliti tindakan MITA naikkan tambang siling bas, van persiaran - Sinarharian - 31/03 3:30 pm

PUTRAJAYA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang meneliti tindakan Persatuan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia (MITA) yang mengumumkan kadar tambang siling baharu bagi bas dan van persiaran berkuat kuasa serta-merta susulan kenaikan kos bahan api.Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, meskipun kenaikan harga diesel mendatangkan implikasi kos kepada industri, namun semua pihak diharap meneliti sebarang tindakan yang diambil untuk memastikan kepatuhan kepada mana-mana kerangka perundangan yang sedang berkuat kuasa.Tegas beliau, sebarang bentuk perjanjian, persefahaman atau keputusan bersama oleh persatuan berkaitan penetapan harga, termasuk tambang minimum atau siling, adalah dilarang."Ia mengandungi elemen kartel yang menjejaskan pasaran pelancongan negara





Perak KPDN raids Teluk Intan premises, detains Bangladeshi, seizes 450 subsidised cooking oil packets - Malaymail - 31/03 2:45 pm

IPOH, March 31 The Perak Enforcement Division of the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) seized...





Attempt to siphon 800 litres of diesel foiled in Johor Bahru - Sinardaily - 31/03 11:56 am

JOHOR BAHRU Authorities foiled an attempt to siphon about 800 litres of diesel after a suspicious lorry was stopped during a patrol operation at a petrol station along the Pasir Gudang Highway on Monday afternoon.Johor Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) director Lilis Saslinda Pornomo said the Enforcement Patrol Unit (URP) detected the vehicle at about 2pm before detaining it for further inspection.Upon inspection, we found the lorry had been modified with two pumps connected directly from the original tank to an additional Intermediate Bulk Container (IBC) in the storage area.The tank is believed to contain around 800 litres of diesel, she said in a statement.She added that the method was believed to be used for illegal transfer and storage of diesel.Further checks on the driver, a local man, revealed that he failed to produce any valid documents, including a special permit for storing or purchasing the fuel.As a result, a case was filed under the Control of Supplies Act 1961





Wanita Thailand licik sorok minyak masak dalam ruang simpanan tayar gantian - Sinarharian - 31/03 11:43 am

PASIR MAS Taktik licik seorang wanita warga Thailand menyeludup minyak masak bersubsidi dengan menyembunyikannya di ruang simpanan tayar gantian terbongkar dalam satu operasi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di sini, Ahad.Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, wanita berusia 40 tahun itu ditahan dalam operasi Ops Tiris yang dijalankan KPDN Cawangan Pasir Mas pada jam 2.15 petang.Menurutnya, suspek menggunakan pas sempadan dan dipercayai cuba membawa keluar barang kawalan ke negara jiran menggunakan kenderaan persendirian berpendaftaran asing."Pemeriksaan terhadap sebuah kereta jenis Mazda 2 bernombor pendaftaran Thailand yang dipandu suspek menemukan sebanyak 51 kilogram minyak masak bersubsidi pelbagai jenama dengan nilai rampasan RM15,127.50."Lebih mengejutkan, kesemua minyak masak itu disorok secara tersusun di bawah pelapik ruang simpanan tayar di bahagian bonet kenderaan, dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa serta mengelak dikesan ketika pemeriksaan di pintu sempadan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, wanita terbabit ditahan bagi membantu siasatan, manakala semua barangan kawalan berkenaan turut dirampas.Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk meneliti sumber bekalan minyak masak bersubsidi yang diperoleh suspek, selain mengesan kemungkinan wujud rangkaian pembekal tempatan."Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap mana-mana pihak, termasuk pemborong dan peruncit, yang didapati bersekongkol dalam penyelewengan subsidi," katanya.Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2022





KPDN temui 450kg minyak masak peket dalam stor haram warga asing - Sinarharian - 31/03 11:28 am

TELUK INTAN Tindakan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyerbu sebuah stor haram yang beroperasi di premis kediaman di sini pada Isnin berjaya menemukan 450 kilogram (kg) minyak masak paket yang mahu dijual kepada warga asing.Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi kira-kira jam 11 pagi menerusi Ops Tiris itu dilakukan hasil risikan dan pemantauan selama seminggu di sekitar daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk.Menurutnya, pemeriksaan di premis berkenaan menemukan sejumlah 450 kg minyak masak paket 1 kg pelbagai jenama yang disyaki disimpan tanpa kebenaran."Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 36 tahun yang mengaku sebagai penyewa premis memaklumkan bekalan minyak masak tersebut adalah untuk dijual semula kepada pelanggan sekitar, termasuk penghuni rumah kongsi di kawasan pembinaan."Bagaimanapun, individu terbabit gagal mengemukakan sebarang permit, lesen atau kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan untuk memiliki dan berurusan dengan barang kawalan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Kamalludin berkata, pihaknya turut menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) serta beberapa dokumen berkaitan, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM55,125.Katanya, lelaki warga Bangladesh terbabit direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki memiliki atau menyimpan barang kawalan berjadual tanpa kebenaran.Tambah beliau, siasatan lanjut turut dijalankan terhadap pembekal yang disyaki menjual minyak masak paket kepada warga asing di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Minyak Masak) 2026.Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai supaya menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan melalui saluran aduan rasmi KPDN.





Johor KPDN intercepts suspicious lorry, seizes 800 litres of illicit diesel worth RM20,716 - Malaymail - 31/03 10:01 am

JOHOR BAHRU, March 31 The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) foiled an attempt to divert 800 li...





Cubaan seleweng diesel 800 liter tumpas - Sinarharian - 31/03 9:27 am

JOHOR BAHRU Cubaan menyeleweng kira-kira 800 liter minyak diesel berjaya ditumpaskan selepas sebuah lori mencurigakan ditahan dalam operasi rondaan di stesen minyak sekitar Lebuhraya Pasir Gudang, petang Isnin.Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, Unit Ronda Penguat Kuasa (URP) mengesan kenderaan berkenaan kira-kira jam 2 petang sebelum bertindak menahan lori tersebut untuk pemeriksaan lanjut."Hasil pemeriksaan mendapati lori itu telah diubah suai dengan pemasangan dua pam yang disambungkan terus daripada tangki asal ke tangki tambahan jenis Intermediate Bulk Container (IBC) di bahagian ruang simpanan."Tangki berkenaan dipercayai mengandungi kira-kira 800 liter minyak diesel," katanya dalam kenyataan.Menurutnya, modus operandi tersebut dipercayai digunakan bagi tujuan pemindahan dan penyimpanan minyak diesel secara tidak sah."Pemeriksaan lanjut ke atas pemandu, seorang lelaki tempatan, mendapati dia gagal mengemukakan sebarang dokumen sah termasuk permit khas bagi menyimpan atau tujuan pembelian bahan api itu."Susulan itu, satu tindakan kes dihasilkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961





Ketirisan subsidi RON95: Penguatkuasaan diperhebat, rakyat jadi mata dan telinga - Sinarharian - 30/03 10:19 pm

KOTA BHARU Cabaran ketirisan subsidi RON95 di negeri sempadan seperti Kelantan mendorong Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperhebat penguatkuasaan di samping menggerakkan rakyat sebagai mata dan telinga bagi mengekang kegiatan penyelewengan.Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi pendekatan strategik berteraskan konsep 5M dalam memastikan kestabilan bekalan barang kawalan terus terjamin."Antara langkah yang akan diambil termasuk larangan penjualan dan pembelian petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing yang akan berkuat kuasa Rabu ini, selain kawalan had pengisian diesel."Pendekatan turut diperkukuh melalui kerjasama strategik dengan agensi penguatkuasaan lain menerusi pelaksanaan Op Tiris 4.0 bagi menutup ruang penyelewengan serta kebocoran barang kawalan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Tambah beliau, tindakan tegas tanpa kompromi akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyelewengan subsidi negara.Dalam pada itu, KPDN turut mempergiat penglibatan masyarakat melalui Gerakan Membasmi Manipulasi dan Ketirisan (Kita Gempur) bagi menggalakkan orang ramai tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa."Orang ramai digalakkan bersama-sama membantu kerajaan dengan melaporkan sebarang salah laku atau aktiviti mencurigakan yang boleh menjejaskan bekalan barang kawalan."Laporan dan aduan boleh dibuat dengan mudah melalui imbasan kod QR rasmi KPDN," katanya.





KPDN to install CCTVs at high-risk petrol stations to curb RON95 leakages - BorneoPost - 30/03 6:46 pm

PUTRAJAYA (March 30): The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) will implement the installation of closed-circuit television (CCTV) at petrol stations identified as high-risk areas for the misappropriation of subsidised RON95 petrol





KPDN addressing fuel supply issues in Niah, Bekenu - BorneoPost - 30/03 6:14 pm

MIRI (March 30): The Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) Office here assures the people of Niah and Bekenu that it is addressing the fuel supply issue, ahead of the purchase adjustment of the Budi Madani RON95 (Budi95) petrol effective on Wednesday (April 1)





KPDN laksana pemasangan CCTV di stesen minyak kekang penyelewengan RON95 - Sinarharian - 30/03 4:40 pm

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berlakunya penyelewengan petrol bersubsidi RON95.Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, inisiatif itu dilaksana bagi membolehkan pemantauan dilakukan secara lebih berkesan memandangkan rakaman akan disalurkan terus ke pusat kawalan penguatkuasaan KPDN dan pejabat negeri.Beliau berkata, fasa rintis pemasangan CCTV itu sedang dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama pemain industri khususnya di kawasan dikenal pasti sebagai hotspot termasuk di negeri yang bersempadan dengan negara jiran."Insya-ALLAH pada tahun ini, kita akan mula mengguna pakai teknologi (CCTV) ini dengan lebih intensif untuk memastikan isu ketirisan dan penyelewengan dapat kita atasi dengan lebih baik," katanya kepada Bernama baru-baru ini.Azman berkata, antara modus operandi digunakan sindiket bagi menyeleweng petrol RON95 bersubsidi adalah pembelian berulang di stesen minyak serta penggunaan kenderaan yang diubah suai dengan tangki tambahan.Susulan itu, beliau berkata, KPDN kini mengambil langkah memantau secara rapat data Point of Sale (POS) dan merekod trend peruncitan di stesen-stesen minyak."Jika terdapat anomali atau corak pembelian luar biasa yang tidak padan dengan demografi tempatan contohnya lonjakan pembelian RON95 mendadak di stesen yang terpencil, sistem akan mencetuskan amaran dan pasukan pengauditan dan taktikal akan terus digerakkan ke lokasi," katanya.Azman berkata, operasi bersepadu turut dilaksanakan secara berkala khususnya di kawasan sempadan dan lokasi yang dikenal pasti sebagai hotspot penyelewengan bahan api."Pendekatan ini bertujuan memastikan pemantauan lebih ketat dan menutup ruang kepada sindiket untuk menjalankan aktiviti penyeludupan," katanya.Sementara itu, beliau berkata, kes penyalahgunaan petrol RON95 mencatatkan penurunan iaitu 1,713 kes pada 2024 berbanding 1,300 kes pada 2025."(Penurunan kes) susulan KPDN memberi amaran keras dan tindakan menggantung lesen pengusaha stesen minyak yang bersekongkol selain kesedaran dalam kalangan peruncit semakin meningkat," katanya.Azman menegaskan KPDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan bagi memastikan petrol bersubsidi RON95 hanya dinikmati rakyat Malaysia dan tidak diseleweng oleh mana-mana pihak.Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua agensi serta jentera kerajaan supaya lebih tegas dan berwaspada dalam melaksanakan penguatkuasaan bagi mengekang sebarang bentuk penyelewengan RON 95





Sekatan beli RON95 guna kad kredit, debit asing usaha perkasa mekanisme subsidi Malaysia - Sinarharian - 30/03 4:31 pm

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan sekatan pembelian petrol RON95 menggunakan kad kredit dan kad debit asing di terminal layan diri pam minyak bermula Rabu ini, disifatkan sebagai satu lagi usaha pemerkasaan mekanisme pemberian subsidi bahan api itu di Malaysia, di sebalik ketidaktentuan harga minyak global susulan konflik geopolitik di Asia Barat.Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, inisiatif itu adalah pelengkap kepada larangan pembelian dan penjualan petrol RON95 bagi kenderaan berpendaftaran asing, yang juga akan berkuat kuasa Rabu ini.Beliau berkata, ia merupakan satu langkah wajar dalam meringankan beban kawalan pembelian bahan api itu di peringkat runcit, dan pada masa sama membantu pemilik stesen meningkatkan produktiviti melalui sekatan transaksi secara automatik di pam."Inisiatif ini mengurangkan kebergantungan kepada pemantauan manual oleh staf di terminal pam kerana kami mempunyai kekangan kakitangan dan adalah sukar untuk melakukan penguatkuasaan transaksi jual beli bahan api secara efektif selama 24 jam sehari."Kaedah sekatan pembelian petrol RON95 menggunakan kad kredit dan kad debit asing di terminal layan diri pam ini membolehkan operasi stesen menjadi lebih cekap dan teratur," katanya kepada Bernama hari ini.Bagaimanapun, Khairul Annuar berkata, pemantauan fizikal tetap perlu diteruskan kerana terdapat pemandu kenderaan berpendaftaran asing yang memiliki kad kredit atau debit keluaran bank tempatan.Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam sebelum ini berkata, transaksi bagi pembelian petrol RON95 menggunakan kad kredit dan kad debit asing hanya boleh dilakukan di kaunter, berkuat kuasa Rabu ini.Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) Azlin Othman berkata pendekatan sekatan sistem pembayaran lebih sukar dimanipulasi berbanding kaedah konvensional, namun perlu dilaksanakan bersama penguatkuasaan rapi di lapangan bagi mengoptimumkan keberkesanannya.Azlin pada masa sama tidak menolak kemungkinan wujudnya ruang kelemahan dalam pelaksanaan peraturan baharu itu, termasuk helah menggunakan wakil tempatan dalam urusan transaksi.Beliau menyifatkan inisiatif itu pada asasnya mencerminkan keperluan perubahan lebih menyeluruh terhadap sistem subsidi sedia ada."Ini bukan sekadar tutup kebocoran, tapi isyarat jelas bahawa sistem subsidi lama sudah tidak lagi relevan dan perlu dirombak ke arah yang lebih bersasar, malah ketirisan subsidi RON95 melibatkan kerugian besar kepada negara dan tidak boleh lagi dipandang ringan," katanya.Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr N Marimuthu berkata langkah berkenaan juga boleh dilihat sebagai permulaan kepada usaha rasionalisasi subsidi secara lebih menyeluruh oleh kerajaan."Ya, inilah antara inisiatif yang perlu ada sebagai langkah awal membendung ketirisan minyak subsidi diguna pakai oleh kereta pendaftaran warga asing





Kad kredit, debit asing disekat beli RON95 di pam mulai Rabu ini - Careta - 30/03 4:03 pm

Langkah itu diumumkan Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam, sebagai antara mekanisme baharu kerajaan bagi memperketat kawalan penjualan petrol bersubsidi supaya hanya dinikmati golongan yang layak





Buletin Kpdn Guna Kaedah Penyamaran Pantau Stesen Minyak Read More - Mekanika - 30/03 3:59 pm

# KPDN GUNA KAEDAH PENYAMARAN PANTAU STESEN MINYAK Itu penegasan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam, susulan langkah memperketat penguatkuasaan bagi membanteras penyelewengan petrol bersubsidi di seluruh negara





KPDN seized petrol, diesel worth RM32m since 2024 - Paultan - 30/03 3:08 pm

Ops Tiris 3.0, conducted by the Malaysian domestic trade and cost of living ministry (KPDN) between January 1, 2024 and March 27, 2026 as a crackdown on petrol and diesel smuggling, saw over RM32 million […] The post KPDN seized petrol, diesel worth RM32m since 2024 appeared first on Paul Tan's Automotive News .





KPDN Guna Taktik Undercover Banteras Penyelewengan Subsidi - Careta - 29/03 7:05 pm

Beliau berkata, selain pemeriksaan mengejut, pegawai penguat kuasa KPDN berpakaian preman akan ditempatkan secara berkala di stesen minyak mulai Rabu ini bagi memperkukuh pemantauan





Ops Tiris 3.0: KPDN rampas petrol, diesel lebih RM32 juta - Mgazette - 29/03 7:01 pm

# Ops Tiris 3.0: KPDN rampas petrol, diesel lebih RM32 juta BUKIT KAYU HITAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan nilai rampasan petrol dan diesel berjumlah lebih RM32 juta menerusi Ops Tiris 3.0 yang dilaksanakan di seluruh negara dari 1 Januari 2024 hingga 27 Mac tahun ini





KPDN berjaya kawal ketirisan petrol, diesel lebih RM32 juta sejak 2024 - Thempress - 29/03 6:22 pm

BUKIT KAYU HITAM Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya membanteras ketirisan, penyelewengan dan penyeludupan petrol serta diesel sejak awal 2024 dengan jumlah rampasan melebihi RM32…





Petrol and diesel worth over RM32 mln seized in Ops Tiris 3.0 - BorneoPost - 29/03 5:37 pm

BUKIT KAYU HITAM (March 29): The Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) seized petrol and diesel worth more than RM32 million and arrested 667 people under the Ops Tiris 3.0 conducted nationwide from Jan 1, 2024 to March 27 this year





Rampasan petrol, diesel lebih RM32 juta sejak 2024 - Sinarharian - 29/03 4:31 pm

BUKIT KAYU HITAM Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya membanteras ketirisan, penyelewengan dan penyeludupan petrol serta diesel sejak awal 2024 dengan jumlah rampasan melebihi RM32 juta sehingga 27 Mac.Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Operasi) KPDN, Shamsul Nizam Khalil berkata, melalui Ops Tiris 3.0 yang bermula 1 Januari 2024, sebanyak 38,615 pemeriksaan telah dijalankan.Menurutnya, ops tersebut membabitkan 1,371 kes dengan tangkapan sebanyak 667 individu."Jumlah rampasan bagi pelbagai barang kawalan termasuk petrol dan diesel dalam tempoh itu adalah sebanyak RM32,086,839.88, dengan nilai keseluruhan rampasan sepanjang tempoh operasi mencapai RM146,015,771," katanya pada Ahad.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini.Jelas Shamsul Nizam, operasi itu dilaksanakan secara kolaborasi strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).Menurutnya, langkah penguatkuasaan ini merangkumi pemeriksaan ketat di semua pintu sempadan, stesen minyak, pemborong serta pemantauan intensif di kawasan tumpuan bagi memastikan subsidi bahan api tidak disalahgunakan oleh individu atau sindiket."KPDN ingin memberikan amaran keras kepada mana-mana individu mahupun sindiket supaya tidak mengambil kesempatan dalam situasi konflik global ketika ini."Perbuatan menyeleweng subsidi negara adalah satu bentuk pengkhianatan kepada tanah air," ujarnya.Dalam perkembangan sama, KPDN turut memberikan amaran tegas terhadap mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan kad subsidi diesel atau fleet card bagi mengaut keuntungan haram.Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan individu mahupun sindiket yang melakukan kesalahan tersebut termasuk menyeludup bahan api itu ke Thailand."Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan Program Budi Madani RON95 (Budi95), mahupun fleet card ini."Operasi bersepadu akan dipertingkatkan bagi membanteras aktiviti ketirisan iaitu penyeludupan dan penyelewengan bahan api terutama di pintu sempadan negara," ujarnya.Tambah beliau, KPDN menyeru seluruh rakyat untuk menyertai gerakan KITA GEMPUR bagi membanteras ketirisan dan manipulasi bahan kawalan.





Domestic Trade Ministry seizes RM32m in petrol and diesel, arrest 667 under Ops Tiris 3.0 - Malaymail - 29/03 4:14 pm

BUKIT KAYU HITAM, March 29 The Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) seized petrol and diesel worth...





Over RM32mil worth of petrol and diesel seized since 2024, says ministry - Star - 29/03 3:47 pm

BUKIT KAYU HITAM: The Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) seized petrol and diesel worth more than RM32mil and arrested 667 people under the Ops Tiris 3.0 conducted nationwide from Jan 1, 2024 to March 27 this year





Genting Highlands restaurant charges RM902 for fish dish, draws KPDN scrutiny - Malaymail - 29/03 2:41 pm

KUALA LUMPUR, March 29 A Genting Highlands restaurant has reportedly come under scrutiny after a group of d...





KPDN Bakal Sekat Penggunaan Kad Kredit & Debit Asing Bagi Pembelian Petrol RON95 Di Stesen Minyak Bermula 1 April - Lobakmerah - 29/03 1:50 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





Bermula 1 April, Penggunaan Kad Asing Di Pam RON95 Disekat Secara Berperingkat - KPDN - Siakapkeli - 29/03 12:15 am

Bermula 1 April, Penggunaan Kad Asing Di Pam RON95 Disekat Secara Berperingkat - KPDN PUTRAJAYA -- Penggunaan kad kredit dan kad debit asing akan disekat bagi pembelian





KPDN panggil PRESMA perjelas dakwaan kos operasi naik hingga 30 peratus - Sinarharian - 28/03 6:31 pm

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memanggil Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung dakwaan kenaikan kos operasi industri restoran antara 10 hingga 30 peratus.Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, langkah terbabit adalah bagi mendapatkan penjelasan terperinci berserta bukti dan data sokongan yang kukuh terhadap dakwaan persatuan berkenaan."Ketua Pengarah Bahagian Penguat Kuasa (BPGK) KPDN akan memanggil pihak PRESMA dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan terperinci berserta bukti dan data sokongan yang kukuh terhadap dakwaan tersebut."KPDN komited untuk bekerjasama dengan pihak industri dalam mencari penyelesaian bersifat menang-menang, termasuk meneliti faktor rantaian bekalan, kos input dan tekanan global yang memberi kesan kepada pengusaha," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.Pada Jumaat, media melaporkan PRESMA mengakui turut terkesan dengan kenaikan kos operasi industri makanan dan minuman, dengan peningkatan harga barangan dianggarkan antara 10 hingga 30 peratus susulan tekanan global.Bagaimanapun, Fuziah berkata, sebarang pelarasan harga kepada pengguna mesti berasaskan kos sebenar dan tidak boleh dibuat secara sewenang-wenangnya.Tegasnya, KPDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sekiranya terdapat unsur pencatutan atau kenaikan harga yang tidak munasabah."Pendekatan kerajaan adalah jelas, iaitu sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pihak industri, namun pada masa yang sama tetap komited melindungi kepentingan pengguna secara tegas dan konsisten," ujarnya lagi.





Pelancong Terkejut ‘Bil’ Patin Stim RM902, KPDN Serbu Restoran Di Genting Highlands - Thevocket - 28/03 6:22 pm

Sin Chew Daily... The post Pelancong Terkejut ‘Bil’ Patin Stim RM902, KPDN Serbu Restoran Di Genting Highlands appeared first on VOCKET .





Pelancong Terkejut ‘Bil’ Patin Stim RM902, KPDN Serbu Restoran Di Genting Highlands - Hotfm - 28/03 6:22 pm

Sebuah restoran di Gohtong Jaya, Genting Highlands kini sedang disiasat susulan kekecohan orang ramai berhubung hidangan ikan patin stim yang berharga RM902.





Dakwa kos naik hingga 30%, KPDN panggil persatuan kedai mamak - FMT - 28/03 5:14 pm

Timbalan Menteri Fuziah Salleh berkata sebarang pelarasan harga kepada pengguna mesti berasaskan kos sebenar dan tidak boleh dibuat sewenangnya.





KPDN perketat penguatkuasaan kekang ketirisan bekalan bahan api - Sinarharian - 28/03 2:24 pm

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan beberapa langkah strategik bagi menghadapi gangguan bekalan bahan api global yang memberi kesan kepada ekonomi negara.Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, perkara itu merangkumi larangan penjualan dan pembelian minyak petrol RON95 oleh kenderaan berpendaftaran asing mulai Rabu depan."Langkah ini adalah antara strategi bagi memastikan subsidi terus dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja."KPDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemilik atau pemandu kenderaan asing atau pengusaha stesen minyak yang melanggar peraturan ini akan berhadapan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurut beliau, dalam tempoh sama, pelesen stesen minyak di Sabah, Sarawak dan Labuan juga diarah mengawal penjualan minyak diesel."Kawalan itu melibatkan kenderaan pengangkutan darat mengikut kategori kenderaan, dalam kuantiti 50 liter, 100 liter dan 150 liter pada setiap transaksi pembelian."Langkah ini adalah penting bagi memastikan bekalan minyak diesel yang dijual pada harga subsidi RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak dieksploitasi oleh sindiket penyeludupan atau sektor industri yang tidak layak," ujarnya lagi.Azman berkata, seramai 2,400 pegawai penguat kuasa KPDN di seluruh negara kini berada dalam kesiapsiagaan yang tinggi bagi melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan di lapangan."Menerusi Ops Tiris 4.0, KPDN akan memperkukuh kerjasama strategik secara bersepadu dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkuasaan yang lain bagi menutup sebarang ruang penyelewengan dan ketirisan."KPDN memberi amaran keras bahawa sebarang cubaan oleh mana-mana pihak, sama ada individu mahupun sindiket yang cuba mengambil kesempatan dalam situasi konflik global ini tidak akan dikompromi," katanya.Jelas beliau, perbuatan menyeleweng subsidi negara merupakan satu bentuk pengkhianatan terhadap kepentingan rakyat dan negara.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menyelaraskan sementara kelayakan penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan berkuat kuasa 1 April ini dalam usaha memastikan subsidi bahan api terus dinikmati majoriti rakyat.Beliau berkata, langkah itu diambil sebagai pendekatan bersasar susulan ketidaktentuan pasaran minyak global dan kesan konflik di Asia Barat terhadap bekalan serta ekonomi dunia.





Subsidi diesel Sabah Sarawak: Dakwaan pembahagian tak adil tak tepat - Armizan - Sinarharian - 28/03 1:48 pm

KOTA KINABALU - Dakwaan bahawa kerajaan Persekutuan tidak berlaku adil dalam pelaksanaan subsidi diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan disifatkan sebagai tidak tepat.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tanggapan tersebut timbul akibat salah faham terhadap dasar sebenar kerajaan yang sejak awal tidak pernah menolak pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di ketiga-tiga wilayah berkenaan."Ini kerana kerajaan tidak pernah berpendirian bahawa penyasaran subsidi diesel tidak akan dilaksanakan di ketiga-tiga wilayah ini, namun akan dilaksanakan secara berperingkat."Dasar kerajaan sejak awal adalah melaksanakan reformasi dalam penyaluran subsidi melalui penyasaran subsidi





KPDN beri amaran keras, tiada kompromi terhadap penyelewengan subsidi - FMT - 28/03 11:38 am

Perbuatan menyeleweng subsidi negara adalah pengkhianatan terhadap kepentingan rakyat dan negara.





Over 300kg of subsidised cooking oil seized in raid on Pasir Mas syndicate, says Kelantan Domestic Trade Ministry - Malaymail - 27/03 3:40 pm

KOTA BHARU, March 27 The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) busted a syndicate for misappropri...





KPDN Perak Gagalkan Cubaan Seludup RON95 Ke Negara Jiran - Siakapkeli - 27/03 11:16 am

KPDN Perak Gagalkan Cubaan Seludup RON95 Ke Negara Jiran IPOH, 27 Mac (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos





KPDN kesan dua individu bantu siasatan isi RON95 dalam tong plastik KPDN .. - Mgazette - 27/03 7:45 am

# KPDN kesan dua individu bantu siasatan isi RON95 dalam tong plastik JOHOR BAHRU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes tular pengisian petrol RON95 ke dalam tong plastik melebihi had yang dibenarkan di sebuah stesen minyak sekitar Skudai, baru-baru ini





Hanya pemegang permit khas sah dibenar isi petrol, diesel dalam bekas, tong - KPDN - Sinarharian - 26/03 11:29 pm

KUALA LUMPUR -Pengisian minyak petrol atau diesel ke dalam bekas atau tong hanya dibenarkan kepada pemegang permit khas yang sah sahaja.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi hantaran di Facebook pada Khamis memaklumkan, bagaimanapun permit khas dikecualikan bagi situasi kecemasan dengan had pengisian tidak melebihi 20 liter."Pematuhan terhadap peraturan ini adalah penting bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang," menurut KPDN.Permohonan permit khas berkenaan boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal https://spb.kpdn.gov.my.Terdapat 10 kategori yang layak memohon permit khas iaitu kenderaan forklift, pengangkutan air, penduduk di kawasan pedalaman dan pulau, pengusaha industri makanan, rekreasi air, pertanian dan penternakan, bantuan kecemasan, penyelenggaraan, pelancongan serta pembinaan berskala kecil.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan khas mengumumkan kerajaan akan melaksanakan penyelarasan sementara kelayakan Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026 susulan konflik di Asia Barat.Beliau bagaimanapun menegaskan, harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.- Bernama





RON95 petrol enforcement of ban on purchase for foreign cars to take effect April 1, 2026: Armizan - Paultan - 26/03 5:31 pm

Enforcement of the ban on the sale of RON 95 petrol to foreign-registered vehicles is to take effect from April 1 this year, the ministry of domestic trade and cost of living (KPDN) has stated





KPDN perkasa penguatkuasaan larangan RON95 kenderaan asing mulai 1 April - Harapandaily - 26/03 4:58 pm

FOTO BERITA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali hari ini memaklumkan bahawa kerajaan kini berada di peringkat akhir persiapan bagi menguatkuasakan peluasan larangan pembelian dan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing, yang akan berkuat kuasa mulai 1 April ini. (Gambar – (UKK KPDN) Menurut beliau, langkah tersebut merupakan pengukuhan..





Warga asing beli RON95 berdepan tindakan mula 1 April - Utusan - 26/03 4:03 pm

Berbanding sebelum ini, kesalahan pembelian dan penjualan petrol RON95 hanya dikuat kuasa kepada pengusaha stesen minyak. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd





OPS Tiris 4.0 gempur aktiviti seludup bahan bakar bersubsidi - FMT - 26/03 3:11 pm

Menteri KPDN Armizan Mohd Ali berkata wujud risiko ketirisan dan penyeludupan bahan bakar akibat ketegangan konflik Asia Barat.





Pemandu kenderaan asing beli RON95 berdepan tindakan undang-undang mulai Rabu depan - Sinarharian - 26/03 3:10 pm

PUTRAJAYA - Pemandu kenderaan berpendaftaran asing yang membeli petrol RON95 bakal berdepan tindakan undang-undang apabila larangan pembelian dan penjualan bahan bakar itu diperluaskan dan berkuat kuasa mulai Rabu depan.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya sedang memuktamadkan persiapan akhir penguatkuasaan peluasan larangan pembelian dan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing.Menurutnya, peluasan tersebut merupakan pengukuhan kepada kerangka perundangan sedia ada yang sebelum ini hanya meletakkan kesalahan kepada pengusaha stesen minyak."Berkuat kuasa 1 April 2026, kesalahan ini akan turut mencakupi pemandu atau pemilik kenderaan yang berpendaftaran asing," katanya pada Khamis.Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Bahagian Penguat Kuasa KPDN bagi memuktamadkan persiapan akhir pelaksanaan dasar berkenaan.Mengulas lanjut, Armizan menjelaskan, penguatkuasaan tersebut susulan daripada keputusan yang telah dibentangkan di Parlimen pada 29 Januari lalu.Dalam masa sama, beliau berkata, agenda penguatkuasaan akan terus diperkasa melalui pelaksanaan OPS Tiris 4.0 (Bersepadu) bagi memastikan pematuhan peraturan tersebut seiring dengan peningkatan risiko ketirisan penyeludupan bahan api di kawasan sempadan susulan ketegangan konflik Asia Barat."Saya mengingatkan agar semua pihak sama ada pengusaha stesen minyak mahupun pengguna kenderaan motor asing mematuhi larangan ini."KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, sindiket mahupun pengusaha yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan atau penyelewengan subsidi bahan api."Kegagalan mematuhi peraturan ini akan dikenakan tindakan tegas di bawah undang-undang yang berkuat kuasa," tegas beliau.Armizan turut menyeru orang ramai untuk terus bersama-sama menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dengan menyalurkan aduan dan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan melibatkan jenayah penyeludupan bahan api subsidi."Insya-ALLAH, dengan kerjasama semua pihak sejajar agenda KITA GEMPUR, kita akan terus memastikan kepentingan rakyat dilindungi & ketirisan dibanteras demi manfaat bersama," katanya.





‘Hanya 10 Kategori Pemegang Permit Khas Sahaja Boleh Isi Petrol & Diesel Dalam Tong Kosong’ KPDN - Thevocket - 26/03 9:01 am

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengeluarkan kenyataan berhubung pengisian petrol dan diesel ke dalam tong/bekas kosong





48 stesen minyak berisiko tinggi berlaku ketirisan subsidi di Kelantan - Careta - 26/03 7:40 am

"Pelaksanaan Ops Tiris 2026 turut memberi tumpuan kepada pemeriksaan dan penguatkuasaan perundangan KPDN di lokasi tumpuan awam seluruh negeri




Reformasi     >>



Diplomatik PMX mula membuahkan hasil - Harapandaily
Seorang wakil rakyat kerajaan menggesa orang ramai supaya terus meletakkan kepercayaan terhadap kepimpinan negara dalam menghadapi ketidaktentuan global susulan ketegangan di Asia Barat. ADUN Batu Uban, A. Kumaresan berkata, pendekatan diplomasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini mula menunjukkan ..
Kroni     >>



Rafizi sedang rasai apa yang dibuat kepada arwah .. - Utusan
KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkemungkinan sedang mendapat kifarah terhadap apa yang beliau lakukan selaku arkitek yang merangka strategi Langkah Kajang lebih 10 tahun lalu. Faekah Husin berkata, walaupun ..
Tabloid     >>



Papa Doakan Apa Adik Bisik Dimakbulkan Norman Hakim .. - Siraplimau
Perkongsian terbaharu pelakon Norman Hakim kembali mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik video penuh emosi di Instagram yang memaparkan momen bersama anak perempuannya, Marissa Dania. Video tersebut dimuat naik sekitar 10 jam lalu dan disertakan dengan kapsyen doa yang menyentuh hati ..
Tech     >>



Samsung Galaxy A27 runs Geekbench with a surprising .. - Gsmarena
Samsung unveiled the Galaxy A37 and Galaxy A57 in late March, and the Galaxy A27 should have joined them according to a rumor from November. Alas, it didn't, but it's definitely still in development. In fact, a prototype has now been spotted in the Geekbench online database. As you can see, it ..
World     >>



Trump mulls Nato withdrawal, stopping weapons to .. - Middleeasteye
Trump mulls Nato withdrawal, stopping weapons to Ukraine over Europe's response to Iran war Submitted by MEE staff on Wed, 04/01/2026 - 19:33 US president threatens to quit decades-old European alliance, as he fails to address Iran's control of Strait of Hormuz US President Donald Trump, right, ..
Motor Trend     >>



Toyota Urban Cruiser EV Dipratonton Di Malaysia, Harga .. - Piston
Antara trio kenderaan elektrik (EV) yang dipratontonkan hari ini di Malaysia oleh UMW Toyota adalah Toyota Urban Cruiser EV, yang bakal bersaing dengan beberapa model SUV kompak EV sedia ada di pasaran tempatan dengan harga bermula dari RM 198,000. Urban Cruiser merupakan ..