| /// |
|
| Search : Parti Bersama News | Page 1 |
|
How PKR became Pakatan Harapan???s weakest link - Sinchew - 26/05 4:50 pm Potential successors are frequently viewed not as assets to strengthen the party, but as threats to existing power structures. If Rafizi succeeds in building a new political platform or bringing even a small bloc of MPs with him into Parti Bersama Malaysia, the implications could be serious |
|
SPRM sahkan tiada unsur rasuah dalam pemberimilikan kolam takungan banjir .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm # SPRM sahkan tiada unsur rasuah dalam pemberimilikan kolam takungan banjir di KL KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada sebarang unsur rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa ditemui dalam siasatan terhadap proses pemberimilikan kolam takungan banjir kepada pemaju bagi tujuan pembangunan kediaman dan pembangunan bercampur di ibu negara |
|
3 beradik didakwa bunuh warga emas di Jasin - Mygazette - 26/05 4:50 pm JASIN - Tiga beradik didakwa di Mahkamah Majistret Jasin di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di kawasan berhampiran sebuah taman permainan dua minggu lepas |
|
Pemandu jengkaut parah dihempap runtuhan kuari - Mygazette - 26/05 4:50 pm KUALA LUMPUR - Seorang pemandu jengkaut cedera parah selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah dan batu kuari di Kuari Ismail, Simpang Bukit Tembaga, petang semalam |
|
8 termasuk 6 warga asing didakwa miliki ketamin, MDMA 8 termasuk 6 warga .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm # 8 termasuk 6 warga asing didakwa miliki ketamin, MDMA KUALA LUMPUR - Lapan lelaki termasuk enam warga asing berusia antara 24 hingga 41 tahun didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memiliki dua jenis dadah di sebuah hotel mewah di sini awal pagi Ahad lalu |
|
Waris mangsa tragedi pelantar minyak Sepat layak terima faedah PERKESO .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm # Waris mangsa tragedi pelantar minyak Sepat layak terima faedah PERKESO - Ramanan KUALA LUMPUR Waris tiga pekerja yang terkorban dalam tragedi bot keselamatan jatuh di pelantar minyak Sepat layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) |
|
PKR lantik Amirudin pengarah pilihan raya bersama, ganti Nurul Izzah - Mygazette - 26/05 4:50 pm # PKR lantik Amirudin pengarah pilihan raya bersama, ganti Nurul Izzah KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan pelantikan Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai pengarah pilihan raya bersama parti itu, menggantikan Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar |
|
Rafizi perlu perjelas dakwaan ‘beli’ parti Bersama berjumlah .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm # Rafizi perlu perjelas dakwaan 'beli' parti Bersama berjumlah RM8.6 juta - AMK KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli wajar menjelaskan dakwaan 'membeli' Parti Bersama Malaysia (Bersama) berjumlah RM8.6 juta seperti yang dibuat pihak tertentu sebelum ini |
|
MB Johor minta maaf gesa Zahid berundur selepas diminta Sultan Johor,... .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm # MB Johor minta maaf gesa Zahid berundur selepas diminta Sultan Johor, TMJ JOHOR BAHRU - Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mendakwa digantung keahliannya pada 2023 selepas menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur selepas Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) |
|
Kemelut Pas-Bersatu: Lebih baik berpisah sekarang – Penganalisis - Mygazette - 26/05 4:50 pm # Kemelut Pas-Bersatu: Lebih baik berpisah sekarang - Penganalisis KUALA LUMPUR - Kemelut dalaman yang melanda Pas dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin kritikal sehingga mengundang pandangan, jalan perpisahan segera adalah pilihan terbaik berbanding terus menunda konflik |
|
Remaja sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa ditemukan meninggal dunia - Mygazette - 26/05 4:50 pm # Remaja sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa ditemukan meninggal dunia HULU SELANGOR - Remaja Nur Izzati Humaira Azizul yang dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di sini, ditemukan meninggal dunia oleh pasukan penyelamat hari ini |
|
Hadi sanggah pengkritik, dakwa label Pas ???parti mullah??? propaganda .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm # Hadi sanggah pengkritik, dakwa label Pas parti mullah propaganda sesat Barat KUALA LUMPUR Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tampil menyanggah dakwaan kononnya Pas mengamalkan politik mullah sambil menyifatkan pihak yang melabelkan parti itu sedemikian sebagai jahil terhadap ilmu Islam sebenar |
|
MCMC laksana 37 libat urus, perketat kawalan media sosial lindungi .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm # MCMC laksana 37 libat urus, perketat kawalan media sosial lindungi kanak-kanak KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperhebat langkah memperkukuh keselamatan digital negara dengan mengetatkan kawalan terhadap platform media sosial bagi melindungi golongan kanak-kanak daripada ancaman kandungan memudaratkan serta interaksi negatif di alam maya |
|
DHPP teguh bersama Hadi, sokong keputusan demi masa depan Pas - Mygazette - 26/05 4:50 pm # DHPP teguh bersama Hadi, sokong keputusan demi masa depan Pas KUALA LUMPUR - Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat menegaskan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dalam apa jua keputusan yang bakal diambil parti itu demi memastikan perjuangan terus kekal kukuh, stabil dan diyakini rakyat |
|
Dakwaan tipu pindah saham syarikat: Individu dibebaskan tanpa dipanggil .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm # Dakwaan tipu pindah saham syarikat: Individu dibebaskan tanpa dipanggil bela diri KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang individu daripada pertuduhan menipu melibatkan pembayaran lebih RM25,000 berkaitan urusan pemindahan saham sebuah syarikat, kira-kira 14 tahun lalu |
|
Kronologi kes kehilangan Nur Izzati Humaira - Sinarharian - 26/05 4:15 pm 23 MEI 20268.40 pagiNur Izzati Humaira Azizul, 19, dilapor mendaki Bukit Changkat Asa, Tanjong Malim |
|
GE16 set to be open contest as parties chart separate political paths, says Rafizi - Sinardaily - 26/05 3:41 pm That was a temporary arrangement to form a government and stabilise the country. But that is not a political marriage until death, Rafizi said in a Facebook posting on Tuesday.He added that attempts to build a political strategy based on bringing all parties under one direction contain structural weaknesses, as each political bloc ultimately prioritises its own survival and agenda.If Umno wants to follow PHs instructions, it might as well join PKR.PH, Barisan Nasional (BN), PN (Perikatan Nasional), state-based parties and new parties will all chart their own paths, he said.Rafizi, who is also a former Pandan Member of Parliament (MP), said the political party he is now part of, Parti Bersama Malaysia (Bersama), has been established in anticipation of this evolving political environment. |
|
PRU16 dijangka jadi medan pertarungan terbuka - Rafizi - Sinarharian - 26/05 3:08 pm Untuk survival, mereka masuk kerajaan bersama PH. Itu ialah susunan sementara untuk membentuk kerajaan dan menstabilkan negara."Tapi itu bukan perkahwinan politik sampai mati," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Rafizi berpandangan, strategi politik yang cuba 'merangkul semua pihak' mempunyai kelemahan asas kerana menganggap semua parti akan mengikut kehendak kerajaan Persekutuan, sedangkan setiap parti mempunyai kepentingan dan agenda survival tersendiri."Kalau UMNO mahu ikut arahan PH, baik masuk PKR saja."PH, BN, PN (Perikatan Nasional), parti-parti negeri dan parti baharu semua akan kira jalan masing-masing," ujarnya.Menurut bekas Ahli Parlimen Pandan itu, parti baharu yang disertainya iaitu Parti Bersama Malaysia (Bersama) dibina untuk menghadapi landskap politik sedemikian. |
|
Tiga beradik didakwa bunuh warga emas - Sinarharian - 26/05 2:11 pm JASIN - Tiga beradik didakwa di Mahkamah Majistret Jasin di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di kawasan berhampiran sebuah taman permainan dua minggu lepas.Ketiga-tiga tertuduh RMurugan, 20; RArunasalam, 27, dan RMagendran, 28, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamildi hadapan Majistret Mazana Sinin.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa membunuh sorang lelaki warga emas berusia 64 tahun di kawasan berhampiran taman permainan, Jalan Anum 3, Taman Muhibbah, Merlimau dalam daerah Jasin antara 8 hingga 8.30 malampada 13 Mei lepas.Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Yusri manakala peguam LSherveen mewakili ketiga-tiga tertuduh.Mahkamah kemudian menetapkan 27 Julai untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan patologi |
|
Hilang tiga hari, Nur Izzati ditemui meninggal dunia - Sinarharian - 26/05 1:57 pm HULU SELANGOR Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar pukul 11.58 pagi di kawasan kebun berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung MalimNur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegiPolis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - BapaPenolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi hari ini dimulakan pihaknya dengan Unit Anjing Pengesan JBPM pada jam 9 pagi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan pertahanan Awam (APM), Bomba Sukarela, Pejabat Hutan, Pejabat Tanah, Malim Gunung (MGP) serta barisan sukarelawan."Pada jam 11.58 pagi, mangsa telah dijumpai oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM."Mangsa ditemui telah meninggal dunia dan diserahkan pada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan kebun iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).Tambahnya, mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat.Sebelum itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah digerakkan ke lokasi selepas menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 1.28 petang, Sabtu lalu.Tugas mencari mangsa kemudian telah digerakkan dengan bantuan BBP Tanjung Malim sebelum radius pencarian diperluas merangkumi 0.43 kilometer persegi di hari kedua.Memasuki hari ketiga, Ketua BBP Kuala Kubu Bharu melaporkan radius pencarian mangsa telah diperluas merangkumi kawasan seluas 0.65 kilometer persegi. |
|
Amirudin ganti Nurul Izzah sebagai pengarah pilihan raya PKR - FMT - 26/05 1:03 pm Setiausaha Agung Fuziah Salleh berkata Nurul Izzah Anwar akan terus memainkan peranan strategik dengan menumpukan pembangunan kapasiti jentera dan gerak kerja parti. |
|
Rafizi perlu perjelas dakwaan dana RM8.6 juta beli Bersama - AMK - Sinarharian - 26/05 12:58 am KUALA LUMPUR Datuk Seri Rafizi Ramli digesa tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan pembelian Parti Bersama Malaysia (Bersama) bernilai RM8.6 juta yang kini hangat diperkatakan di media sosial.Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, penjelasan itu penting bagi mengelakkan pelbagai persepsi dan spekulasi terus berlegar dalam kalangan masyarakat, khususnya apabila dakwaan tersebut turut dikaitkan dengan isu aliran dana asing serta pengkhianatan terhadap negara.Menurutnya, jika benar wujud persoalan berkaitan sumber dana bagi pengambilalihan atau pembelian parti berkenaan, perkara itu perlu dijelaskan secara terbuka."Namun saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai parti Bersama itu sendiri |
|
Tingkat penguatkuasaan sempadan laut, darat, laluan 'tikus' seludup barang subsidi sempena Aidiladha - Sinarharian - 26/05 12:31 am SHAH ALAM - Rondaan sempadan darat dan laut, sekatan jalan raya selain menumpukan laluan 'tikus' yang digunakan sindiket menjadi fokus kesiapsiagaan dalam mengekang kegiatan penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi pada musim perayaan Aidiladha.Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya melalui Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak agar tidak terlibat dalam aktiviti penyeludupan atau penyalahgunaan barang bersubsidi.Menurutnya, ini kerana tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa."PGA terus memperkukuhkan pemantauan dan operasi penguatkuasaan di kawasan sempadan darat negara dengan memberi fokus khusus kepada sempadan MalaysiaThailand di Semenanjung Malaysia serta sempadan MalaysiaIndonesia di Sabah dan Sarawak."Melalui pelaksanaan Op Taring, Op Tiris, rondaan sempadan, sekatan jalan raya serta risikan berterusan, PGA memberi tumpuan kepada laluan panas dan laluan tidak sah atau laluan tikus yang sering digunakan sindiket penyeludupan bagi membawa keluar barangan bersubsidi seperti diesel, petrol, minyak masak, gula dan barangan kawalan lain ke negara jiran."Pada masa sama, PPM sentiasa memperketatkan kawalan keselamatan serta meningkatkan rondaan di kawasan perairan dan sempadan lautan negara sempena musim perayaan serta cuti panjang," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Beliau berkata, penugasan PPM memberi tumpuan kepada pemantauan laluan laut, pemeriksaan ke atas bot dan vesel mencurigakan serta pengawasan kawasan perairan berisiko tinggi yang sering menjadi laluan sindiket rentas sempadan.Tambahnya, sempena musim perayaan Aidiladha serta cuti panjang, JKDNKA sentiasa mempertingkat tahap kesiapsiagaan dan memperkukuhkan operasi penguatkuasaan di seluruh kawasan sempadan negara bagi mengekang sebarang cubaan penyeludupan, khususnya melibatkan barangan bersubsidi dan barangan kawalan yang boleh menjejaskan kepentingan ekonomi serta kesejahteraan rakyat."Pendekatan penguatkuasaan secara agresif, bersepadu dan berasaskan risikan yang dilaksanakan bersama agensi penguatkuasaan lain melalui Op Tiris dan operasi-operasi khas berkaitan diyakini mampu membendung ketirisan subsidi negara."Ini juga memastikan bekalan barangan keperluan kekal mencukupi untuk rakyat sepanjang musim perayaan," ujarnya.Kata beliau, selain itu, Ops Tiris terus dilaksanakan secara berterusan di seluruh perairan negara bagi membanteras dan mengekang aktiviti penyeludupan serta ketirisan bahan api bersubsidi."Operasi ini mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguatkuasaan lain dalam menutup ruang jenayah rentas sempadan dan melindungi hasil serta subsidi negara daripada dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab," ujarnya.Tegasnya, pada masa sama, kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan amat dihargai dan menjadi elemen penting dalam memastikan keselamatan, kedaulatan serta kepentingan negara sentiasa terpelihara. |
|
Lewat 18 tahun warta kolam takungan punca tanah diberi pemaju, kata Hannah - FMT - 26/05 12:03 am Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu berkata ia dimaklumkan SPRM dalam satu taklimat bersama pengurusan tertinggi Jabatan Wilayah Persekutuan. |
|
Kos RM70 juta bawa pulang Mourinho ke Real Madrid - Sinarharian - 26/05 11:30 am KEPULANGAN semula pengendali berpengalaman, Jose Mourinho untuk mengemudi Real Madrid dilaporkan berdepan sedikit kesukaran ekoran peningkatan ketara pada nilai klausa pelepasan kontraknya bersama Benfica.Walaupun pengendali kelahiran Portugal itu dilaporkan sudah mencapai persetujuan lisan bagi kontrak selama tiga tahun bersama gergasi Sepanyol tersebut, proses perpindahan rasmi kini tergendala akibat isu pentadbiran dalaman.Menurut laporan media Portugal, RTP, kelewatan tersebut berpunca daripada kemelut politik di Santiago Bernabeu, di mana Florentino Perez kini sedang menghadapi saingan sengit dalam pilihan raya presiden kelab buat kali pertama dalam tempoh dua dekad menentang pencabarnya, Enrique Riquelme.Situasi tersebut memaksa Perez memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kempen pemilihan, sekali gus menangguhkan proses menandatangani dokumen rasmi pelantikan Mourinho yang secara teknikalnya masih memegang jawatan di Benfica.Penangguhan berkenaan bagaimanapun membawa implikasi kewangan yang besar buat Real Madrid.Peringkat awal yang membolehkan Los Blancos mengaktifkan klausa pelepasan awal bernilai 7 juta (RM33 juta) dilaporkan telah tamat tempoh pada Selasa lalu.Susulan kegagalan menyelesaikan urusan sebelum tarikh akhir tersebut, klausa pelepasan Mourinho bersama Benfica kini meningkat sekali ganda kepada 15 juta (RM70 juta).Perkembangan ini memberikan kelebihan kepada Presiden Benfica, Rui Costa dalam sesi rundingan untuk menuntut bayaran penuh, atau memaksa Real Madrid mengadakan perbincangan lanjut bagi mencari jalan penyelesaian alternatif.Meskipun berdepan situasi rumit, Mourinho dilaporkan tetap tenang dan komited untuk kembali ke Madrid |
|
Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskan - Sinarharian - 26/05 11:04 am TAPAH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih di sini diteruskan pada Selasa dengan penambahbaikan aspek komunikasi Rangkaian Trunk Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) di Pusat Kawalan Bomba, Kuala Woh.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR akan difokuskan di sekitar laluan menghala ke Gunung Rayu dan Pos Musoh yang dipercayai berkemungkinan menjadi laluan mangsa tersasar."Aspek peralatan dan kaedah komunikasi juga akan ditambah baik dengan kehadiran pihak SAPURA iaitu pihak yang bertanggungjawab bagi GIRN di lokasi PKB (pos kawalan bomba)," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, operasi hari ini akan diteruskan dengan bantuan Pesawat AW139 dari Pengkalan Udara JBPM Wilayah Utara dan seramai 12 anggota penyelamat digerakkan menaiki pesawat bagi membantu lapan anggota penyelamat sedia ada yang masih berada di puncak Gunung Batu Putih selepas bermalam di lokasi berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Ops Gunung Batu Putih: Pendaki lelaki diselamatkan, bomba terus kesan JaslindaLagi pendaki wanita hilang: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki - SuamiKatanya, PKB masih beroperasi di Kuala Woh manakala Pos Kawalan Hadapan yang melibatkan penggunaan pesawat ditempatkan di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor.Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu serta dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada jam 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Dia dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung.Mohd Hanafi berjaya dibawa turun oleh pasukan bomba dengan helikopter semalam |
|
Lembu korban 'dicekup' PGA - Sinarharian - 26/05 10:58 am PASIR MAS Taktik menyeleweng penghantaran lembu sempena sambutan Aidiladha terbongkar apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sebuah lori yang membawa muatan haiwan ternakan tidak sepadan dengan dokumen kelulusan di Jalan Banggol Ara di sini pada Isnin.Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang menerusi Op Taring Wawasan itu, anggota Strike Force Kompeni C Batalion 7 PGA Kuantan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan menahan seorang lelaki berusia 26 tahun bersama 13 ekor lembu dan sebuah lori Isuzu berwarna ungu bernilai keseluruhan RM152,000.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan dilakukan selepas pihaknya mendapati lori terbabit berada dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan dijalankan di kawasan berkenaan.Menurut beliau, hasil semakan mendapati pemandu lori mengemukakan surat kebenaran memindahkan haiwan ternakan dalam Semenanjung Malaysia yang meluluskan penghantaran 20 ekor lembu ke Kota Bharu."Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati hanya 13 ekor lembu berada dalam lori berkenaan."Ini menimbulkan keraguan apabila tujuh ekor lembu dipercayai telah dihantar ke lokasi lain yang tidak dinyatakan dalam dokumen kelulusan pergerakan haiwan ternakan," katanya kepada pemberita pada Selasa.Ujar beliau, suspek terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.Ahmad Radzi memberitahu, siasatan awal mendapati lelaki itu mendakwa diarahkan majikannya untuk menghantar lembu terbabit ke Kota Bharu bagi memenuhi permintaan tinggi sempena Aidiladha."Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar memaklumkan haiwan ternakan wajib dihantar ke lokasi seperti yang tercatat dalam borang kelulusan dan menjadi satu kesalahan sekiranya dipindahkan ke lokasi lain tanpa kebenaran," katanya.Menurut beliau, lori serta 13 ekor lembu itu telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut.Tambahnya, pemantauan dan pemeriksaan di Kawasan Tanggungjawab Jeram Perdah akan terus dipertingkatkan bagi membanteras sebarang aktiviti penyeludupan serta penyelewengan melibatkan haiwan ternakan menjelang musim perayaan. |
|
Syed Saddiq, Bella dan anak-anak curi tumpuan di Triathlon Desaru - Sinarharian - 26/05 10:48 am AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah mencuri perhatian apabila bersama-sama memeriahkan International Sunrise TriFest @ Desaru 2026 di Sand & Sandals Desaru Beach Resort pada Ahad.Awalnya bermula sebagai cabaran peribadi buat Syed Saddiq kini berkembang menjadi perjalanan penuh makna apabila Bella turut menyertai acara tersebut buat pertama kali bersama dua anak mereka, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.Acara yang berlangsung di Sand & Sandals Desaru Beach Resort itu menghimpunkan kira-kira 1,000 peserta dari hampir 30 negara namun tumpuan ramai turut terarah kepada kemunculan pasangan berkenaan bersama keluarga yang mencuri perhatian sepanjang festival sukan itu.Syed Saddiq yang menyertai kategori mencabar 113 Triathlon buat tahun ketiga berturut-turut berjaya menamatkan cabaran renang sejauh 2.25 kilometer (km), kayuhan basikal 90km dan larian 21km dengan catatan 5 jam 30 minit 13 saat (s)."Saya sangat gembira dapat kembali ke sini untuk tahun ketiga berturut-turut |
|
Batal eksport NSM: Tiada pihak Malaysia patut dipersalahkan - Sinarharian - 26/05 10:15 am KUALA LUMPUR Tiada mana-mana pihak di Malaysia patut dipersalahkan dalam isu pembatalan lesen eksport sistem peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) oleh Norway kerana semua pihak berkaitan telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing mengikut prosedur dan pertimbangan terbaik ketika keputusan dibuat.Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, keputusan perolehan sistem persenjataan strategik itu dibuat berdasarkan keperluan operasi serta penilaian profesional pada waktu berkenaan.Menurut beliau, isu yang berlaku ketika ini perlu dilihat sebagai pengajaran penting untuk memperkukuhkan proses penilaian risiko dalam perolehan pertahanan negara pada masa hadapan, bukannya mencari kesalahan individu atau pihak tertentu."Tak ada siapa yang bersalah dalam isu ini |
|
Isu veto: Pengaruh Hadi ke atas PN tak disangkal, menurut penganalisis - FMT - 26/05 10:00 am Presiden Hadi Awang mempunyai pengaruh ke atas PN lantaran jentera, bilangan kerusi serta ketaatan dalam parti, kata penganalisis. |
|
Breaking convention, Kedah MB keeps sacked Bersatu reps as exco and deputy Speaker - Malaymail - 26/05 9:56 am KUALA LUMPUR, May 26 A Kedah assemblyman expelled by Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) will keep his post as a sta... |
|
PGA serbu kilang kayu haram enam bulan beroperasi, rampas lebih RM1.1 juta - Sinarharian - 26/05 9:35 am PASIR MAS - Kegiatan sebuah kilang kayu haram yang dipercayai beroperasi sejak enam bulan lalu di Kampung Lubok Tapah di sini terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan bersama Jabatan Perhutanan pada Isnin.Dalam serbuan Op Taring Wawasan kira-kira jam 3.30 petang itu, enam lelaki termasuk pemilik kilang berusia 65 tahun ditahan bagi membantu siasatan.Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pelbagai mesin pemprosesan kayu, jentera berat serta kira-kira 50,000 keping papan pelbagai jenis dan saiz bernilai keseluruhan RM1.1 juta dirampas dalam operasi berkenaan.Menurut beliau, serbuan dilakukan hasil risikan terhadap kegiatan pemprosesan kayu dipercayai beroperasi tanpa lesen sah."Ketika serbuan, terdapat enam lelaki masing-masing berusia antara 24 hingga 48 tahun sedang bekerja di dalam stor kayu terbabit sebelum mereka ditahan untuk pemeriksaan lanjut."Pemilik stor gagal mengemukakan lesen pengoperasian stor serta dokumen berkaitan penggunaan mesin pemotongan kayu yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan," katanya kepada pemberita pada Selasa.Ujar beliau, pemeriksaan lanjut menemukan pelbagai mesin termasuk mesin gergaji kayu, mesin ketam kayu, mesin cross cut, pemampat udara, jentera berat jenis forklift serta kayu balak pelbagai spesies antaranya Nyatuh dan Kulim.Katanya, siasatan awal mendapati bekalan kayu diperoleh daripada dua ejen termasuk sebuah syarikat di Perak dan pembekal di Gua Musang."Kayu diproses di stor berkenaan sebelum dihantar ke sebuah kilang di Lemal dekat sini untuk dijadikan produk perabot bagi pasaran sekitar Kelantan,"katanya.Beliau memberitahu, pemilik stor turut dipercayai menyewa tapak kilang tersebut sejak 10 tahun lalu dengan kadar RM850 sebulan namun sebelum ini hanya digunakan sebagai tempat penyimpanan kayu.Katanya, pemeriksaan di kilang perabot milik suspek di Lemal bagaimanapun tidak menemukan sebarang kesalahan dan premis berkenaan memiliki lesen sah."Kes disiasat mengikut Seksyen 68(1) Akta Perhutanan Negara 1984 dan semua tangkapan serta rampasan diserahkan kepada Jabatan Hutan Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut," katanya. |
|
Rafizi dengan orang Cina - FMT - 26/05 9:30 am Parti pelbagai bangsa termasuk Bersama tidak punya pilihan selain melayan tuntutan dan desakan orang Melayu jika mahu menang pilihan raya. |
|
Hotel mewah jadi lokasi parti dadah dan gay, 51 lelaki ditahan Hotel mewah .. - Mygazette - 26/05 7:32 am # Hotel mewah jadi lokasi parti dadah dan gay, 51 lelaki ditahan KUALA LUMPUR - Tempah bilik di hotel mewah sebagai lokasi berhibur untuk kegiatan tidak bermoral dengan menganjurkan parti dadah dan parti gay berjaya ditumpaskan dalam serbuan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, semalam |
|
Terlanggar biawak punca nahas 3 kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat - Mygazette - 26/05 7:32 am # Terlanggar biawak punca nahas 3 kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat KUANTAN - Terlanggar seekor biawak di tengah jalan menjadi punca kemalangan tiga buah kenderaan dalam kejadian di kilometer 90 Jalan Kuantan-Segamat, di Pekan awal pagi tadi |
|
TNB kekal berdaya tahan, fokus kepada bekalan stabil dan nilai untuk... - Mygazette - 26/05 7:32 am # TNB kekal berdaya tahan, fokus kepada bekalan stabil dan nilai untuk rakyat KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengumumkan prestasi kewangan bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 (S1 TK2026), sekali gus membuktikan komitmen berterusan syarikat dalam memperkukuh jaminan tenaga negara, meningkatkan daya tahan grid elektrik serta memastikan manfaat jangka panjang terus dinikmati rakyat dan negara |
|
Pemilik premis cuci kereta lepas bebas tuduhan edar syabu - Mygazette - 26/05 7:32 am # Pemilik premis cuci kereta lepas bebas tuduhan edar syabu SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini melepas dan membebaskan seorang pemilik premis mencuci kereta daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 764.4 gram, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya |
|
Tindakan tegas dalang rosak ekosistem marin guna bom ikan di Semporna .. - Mygazette - 26/05 7:32 am # Tindakan tegas dalang rosak ekosistem marin guna bom ikan di Semporna SEMPORNA - Kerosakan fizikal ekosistem marin di Tapak Restorasi Terumbu Karang Pulau Selakan di sini akibat aktiviti bom ikan yang dikesan baru-baru ini, bakal mengundang tindakan undang-undang yang tegas daripada kerajaan negeri Sabah |
|
Mexico bakal hoskan pasukan Piala Dunia Iran selepas penolakan AS, kata... - Mygazette - 26/05 7:32 am # Mexico bakal hoskan pasukan Piala Dunia Iran selepas penolakan AS, kata Presiden KUALA LUMPUR - Presiden Mexico Claudia Sheinbaum pada Isnin memaklumkan bahawa kerajaannya bersetuju membenarkan pasukan bola sepak kebangsaan Iran menetap di Mexico sepanjang kejohanan Piala Dunia, sambil menambah bahawa Amerika Syarikat (AS) enggan menjadi tuan rumah kepada skuad itu |
|
101 kontena mengandungi e-waste dihantar ke negara asal – AKPS .. - Mygazette - 26/05 7:32 am # 101 kontena mengandungi e-waste dihantar ke negara asal - AKPS Pelabuhan Klang KUALA LUMPUR - Sebanyak 101 kontena mengandungi e-waste berjaya dibawa keluar ke negara asal melalui proses _re-export._ Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pelabuhan Klang berkata, tindakan itu membuktikan komitmen dan ketegasan agensi penguat kuasa dalam memastikan Malaysia tidak dijadikan destinasi pelupusan haram sisa elektronik antarabangsa |
|
???Nak jadi PM kena menang kerusi Parlimen dulu??? ??? Nik Nazmi sindir .. - Mygazette - 26/05 7:32 am # Nak jadi PM kena menang kerusi Parlimen dulu Nik Nazmi sindir Tengku Zafrul KUALA LUMPUR Bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menyindir Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berhubung kenyataan penubuhan Parti Bersama Malaysia (Bersama) dengan menegaskan seseorang itu perlu memenangi kerusi Parlimen terlebih dahulu sebelum bercita-cita menjadi Perdana Menteri |
|
Ahli Parlimen PKR Dalang Keluar Parti Di Shah Alam -Najwan *... - Mygazette - 26/05 7:32 am # Ahli Parlimen PKR Dalang Keluar Parti Di Shah Alam -Najwan * 41 Scammer China Lesap #MGFlash (LIVE) Ahli Parlimen PKR Dalang Keluar Parti Di Shah Alam -Najwan * 41 Scammer China Lesap Hanya 3 AJK Keluar Parti, Najwan Dakwa Didalangi Ahli Parlimen PKR Tragedi Pelantar Minyak: PM Ucap Takziah, Mahu Keselamatan Diperkukuh Lebih 31,000 Jemaah Malaysia Mula Bergerak Ke Arafah SUHAKAM Dapati Wujud Pelanggaran Serius Kematian Tahanan Penjara Taiping 41 Scammer China Lesap, Mahkamah Keluar Waran Tangkap Provokasi Kaum: Polis Jerantut Buka Kertas Siasatan Bangunan Runtuh Di Filipina, Seorang Warga Malaysia Disahkan Maut #malaysiagazette #mgflash #mgnews #mgskop #mgprihatin #mgtv #podcastmg #owh!mg #borakmg Lelaki tersebut dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 Pindaan 2021. |
|
Lori bawa muatan lembu terbabas, 2 cedera di Lebuhraya KL –... - Mygazette - 26/05 7:32 am # Lori bawa muatan lembu terbabas, 2 cedera di Lebuhraya KL - Seremban KUALA LUMPUR Dua lelaki cedera selepas sebuah lori membawa lima ekor lembu terbabas sebelum melanggar tiang papan tanda di Kilometer 297.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran Kajang, awal pagi tadi |
|
Program Wira Anti Rasuah SPRM di luar bandar mula September ini - Mygazette - 26/05 7:32 am # Program Wira Anti Rasuah SPRM di luar bandar mula September ini JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor akan turun padang dalam program Wira Anti Rasuah bagi meningkatkan kesedaran integriti dan bahaya rasuah bermula September ini |
|
Rahim dakwa lebih 200,000 ahli Bersatu sertai kem Hamzah - Mygazette - 26/05 7:32 am # Rahim dakwa lebih 200,000 ahli Bersatu sertai kem Hamzah KUALA LUMPUR Krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa semakin parah apabila lebih 200,000 ahlinya dikatakan sudah keluar atau bersedia meninggalkan parti tersebut untuk menyertai gerakan Reset yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin |
|
Penunggang Y15 maut, motosikal terbabas masuk parit - Sinarharian - 25/05 11:04 pm BACHOK Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam parit sedalam kira-kira dua meter di Jalan Tawang, Kampung Tawang di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa lelaki berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Pegawai Bomba Kanan I Tuan Mohd Sukri Tuan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.08 malam sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.Menurut beliau, pasukan bomba tiba kira-kira 11 minit kemudian dan mendapati sebuah motosikal Yamaha Y15 terbabas ke dalam parit berkedalaman dua meter tanpa melibatkan kenderaan lain."Insiden melibatkan dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita."Wanita berusia 29 tahun mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke hospital menaiki ambulans untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, mangsa lelaki pula disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Katanya, operasi dikawal sepenuhnya pada jam 9.32 malam dan tamat kira-kira sejam kemudian. |
|
Debut Eropah meyakinkan, Qabil Irfan kutip 13 mata di Barcelona - Sinarharian - 25/05 10:34 pm PELUMBA muda sensasi negara, Qabil Irfan Azlan membuka kempen Moto4 European Cup 2026 dengan langkah kanan apabila menamatkan perlumbaan pembukaan di Litar Barcelona-Catalunya, Sepanyol di kedudukan keempat.Biarpun bermula dari petak kelapan, pelumba berusia 14 tahun yang mewakili SIC-GRYD Racing itu mempamerkan tunggangan penuh meyakinkan apabila pantas menyesuaikan diri dengan jentera serta kekal bersaing dalam kelompok hadapan sepanjang 13 pusingan perlumbaan.Qabil Irfan beberapa kali memperbaiki kedudukan dengan menyelinap ke kelompok lima terbaik sebelum berjaya berada dalam posisi podium pada pertengahan perlumbaan.Namun, persaingan sengit di pusingan akhir menyaksikan beliau terlepas kedudukan podium apabila sekadar menamatkan saingan di tempat keempat.Beliau hanya ketinggalan 0.192 saat di belakang pemenang dari Sepanyol, lvaro Lucas yang merekodkan masa 24 minit 19.948 saat.Pelumba Itali, Edoardo Savino menduduki tempat kedua manakala rakan senegara, Lorenzo Pritelli melengkapkan podium di tempat ketiga.Keputusan itu membolehkan Qabil Irfan mengutip 13 mata kejuaraan sekali gus memulakan kempen sulungnya dalam saingan Eropah dengan pencapaian memberangsangkan.Mengulas perlumbaan itu, beliau mengakui permulaan yang baik menjadi kunci untuk berada dalam kelompok hadapan, namun berdepan sedikit cabaran keyakinan terhadap tayar hadapan serta perbezaan gaya tunggangan pelumba Eropah yang lebih agresif."Pada perlumbaan tadi, bagi saya permulaan berjalan dengan sangat baik |
|
'Mereka membesar seperti kembar' Jenazah dua beradik lemas selamat dikebumi - Sinarharian - 25/05 10:07 pm KOTA BHARU - Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran Taman Beril, Paka, Terengganu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Buloh Poh, Melor di sini pada Isnin.Jenazah Muhammad Aidil Amsyar Mohd Zul-Zunaidi, 14, dikebumikan pada 8.20 malam, manakala abangnya Muhammad Amir Ashraf, 15, pula dikebumikan kira-kira 11 pagi Isnin.Bapa saudara mangsa, Mohamad Zul Hazim Mohd Baldin, 30, berkata, kedua-dua remaja itu membesar bersama seperti pasangan kembar kerana jarak usia mereka hanya setahun selain menjadi cucu sulung yang rapat dengan nenek mereka, Nor Hashimah Hashim, 64."Kami memang terkejut kerana mereka tidak pernah ke sungai itu sebelum ini dan keluarga juga sedang merancang mengadakan hari keluarga sempena Aidiladha hujung bulan ini," katanya ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan tersebut.Dalam kejadian kira-kira 11 pagi Ahad, dua beradik terbabit lemas selepas dibawa arus ketika mandi bersama dua lagi rakan mereka di Sungai Beril.Mayat Muhammad Amir Ashraf ditemukan pasukan penyelamat di dasar sungai kira-kira tujuh meter dari lokasi kejadian pada 3.47 petang Ahad, manakala Muhammad Aidil Amsyar ditemukan terapung berhampiran jeti Pasar Paka pada 9.55 pagi Isnin |
|
Insiden FSO Sepat: Jenazah terakhir dikebumikan di Alor Gajah - Sinarharian - 25/05 10:06 pm ALOR GAJAH - Mangsa terakhir yang maut dalam kejadianbot penyelamatterjatuh ke laut ketika menjalankankerja penyelenggaraan di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat dekat perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad, selamat dikebumikan di sini, malam ini.Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria, 38, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang kira-kira 9.20 malam selepas selesai disembahyangkan di Masjid Al-Najihin Padang Sebang.Terdahulu, suasana sayu menyelubungi saat van jenazah yang membawa Allahyarham tiba di pekarangan masjid berkenaan pada 8.35 malam selepas bertolak dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 2.54 petang sebaik proses bedah siasat selesai dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HSNZ.ARTIKEL BERKAITAN:Insiden FSO Sepat: Ahmad Fiqri penderma darah setia di Hospital MelakaTragedi bot penyelamat terjatuh: 'Happy birthday kakak' ucapan terakhir Hafifi sebelum mautSolat jenazah kemudiannya diimamkan oleh ayah Allahyarham sendiri, Zakaria Mohamed bersama-sama hampir 200 ahli keluarga, penduduk kampung dan kenalan yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ahmad Fiqri.Dalam kejadian pada 12.50 tengah hari Ahad, tiga pekerja pelantar minyak maut, manakala seorang lagi cedera parah.Jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, danMuhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di Kuantan, Pahang petang Isnin.Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, yang mengalami kecederaan parah sedang dirawat di HSNZ |
|
Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu - Sinarharian - 25/05 8:47 pm TAPAH -Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakiandi Gunung Batu Putih di sini dipercayai tersasar daripada laluan asal pendakian sebelum terputus hubungan sejak Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad berkata, mangsa, Jaslinda Saludin, 49, dipercayai tersasar ketika turun dari puncak Gunung Batu Putih yang berketinggian 2,132 meter selepas mendaki seorang diri ke puncak tersebut.Beliau berkata, lokasi terakhir mangsa dikenal pasti di puncak gunung itu pada kira-kira 9 pagi Ahad selepas wanita terbabit berkomunikasi dengan seorang malim gunung perhutanan (MGP)pada 7.30 pagi."Mangsa dipercayai meninggalkan tanda di puncak sebelum terputus hubungan dan berdasarkan maklumat yang diterima, kemungkinan beliau tersasar daripada trek asal."Sepatutnya laluan turun akan keluar di Kuala Woh, namun kita percaya mangsa mungkin tersasar di sekitar Gunung Rayu ataupun Pos Musoh," katanya pada sidang media selepas tamat operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah pada Isnin.Sabarozi berkata, operasi pencarian ditangguhkan 6 petang Isnin dan akan diteruskan 8 pagi Selasa dengan memfokuskawasan di sekitar Gunung Rayu serta bantuan pesawat Agusta 139 dari Pangkalan Udara Bertam bagimembawa tambahan 12 hingga 16 anggota penyelamat ke kawasan pencarian.Mengulas lanjut beliau berkata, pasukan penyelamat yang menjejaki laluan mangsa turut menemukan kesan tapak kasut dipercayaimilik wanita tersebut di kawasan yang bukan laluan utama pendakian."Kebetulan semalam hujan dan hari ini cuaca panas, jadi jejak kasut itu masih kelihatan |
|
Hanya tiga AJK PKR Cabang Shah Alam keluar parti - Najwan - Sinarharian - 25/05 8:43 pm SHAH ALAM - Hanya tiga ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Shah Alam yang mengesahkan telah keluar parti secara sukarela berbanding 21 yang didakwa sebelum ini.Ketuanya, Mohd Najwan Halimi berkata, tindakan tersebut dipercayai didalangi oleh seorang Ahli Parlimen PKR yang kecewa susulan kekalahan dalam pemilihan parti merebut jawatan di peringkat pusat dan cabang tahun lalu.ARTIKEL BERKAITAN:'Tindakan keluar parti tidak melemahkan PKR, hanya proses pembersihan dalaman'Tiada cawangan terbubar, hanya satu kes di Tanjung Malim - Pengerusi PKR Perak"Siasatan dan semakan terperinci dijalankan terhadap senarai nama dalam kenyataan media yang didakwa berlaku tindakan keluar parti secara besar-besaran."PKR Cabang Shah Alam kekal utuh dan tidak akan tunduk dengan 'rencana makar' oleh pemimpin yang bersifat gunting dalam lipatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini media melaporkan, seramai 21 AJK PKR cabang itu bersama sebahagian besar pimpinan termasuk wanita mengumumkan peletakan jawatan dan pengunduran daripada parti berkuat kuasa serta-merta.AJK tersebut dalam satu kenyataan pada Isnin mendakwa, keputusan itu dibuat ekoran hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti dan ketua cabangnya.Menurut kenyataan itu, AJK berkenaan yang dipilih melalui pemilihan parti tidak dirunding atau dilibatkan dalam beberapa keputusan penting termasuk pelantikan politik dan urusan organisasi cabang.Malah, dakwanya, beberapa keputusan dibuat tanpa perbincangan rasmi bersama AJK yang dipilih walaupun proses konsultasi dan penghormatan terhadap mandat kepimpinan diperuntukkan dalam perlembagaan parti. |
|
Polis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa - Sinarharian - 25/05 8:35 pm HULU SELANGOR - Pihak polis meneliti faktor luaran termasuk mengumpul maklumat daripada individu yang rapat dengan Nur Izzati Humaira Azizul, remaja perempuan yang dipercayai sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim, Sabtu lepas.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, berdasarkan penelitian pasukan penyelamat di trek laluan bukit berkenaan, agak sukar untuk mangsa mengalami kemalangan fizikal dengan mudah."Kita akan dapatkan maklumat daripada kawan rapat, tempat dia bekerja, rakan sekolah dan saudara-mara, barulah kita dapat pandangan secara jelas."Pencarian akan diteruskan dari dua sudut kerana kita tak akan buat satu andaian saja |
|
TNB kekal berdaya tahan - Sinarharian - 25/05 8:30 pm SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Isnin mengumumkan prestasi kewangan bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 (S1 TK2026), sekali gus membuktikan komitmen berterusan syarikat dalam memperkukuh jaminan tenaga negara, meningkatkan daya tahan grid elektrik serta memastikan manfaat jangka panjang terus dinikmati rakyat dan negara.Dalam suasana ekonomi global yang lebih kompleks dan peningkatan permintaan tenaga, TNB terus memberi tumpuan kepada usaha memastikan bekalan elektrik negara kekal stabil, menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia serta melaksanakan pelaburan strategik bagi memperkukuh sistem tenaga masa hadapan negara.Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Ts Shamsul Ahmad berkata, prestasi S1 TK2026 mencerminkan keseimbangan antara kemampanan kewangan dan tanggungjawab syarikat kepada rakyat."Fokus kami bukan sekadar memastikan prestasi syarikat kekal stabil, tetapi juga memastikan setiap nilai yang dijana dilaburkan semula untuk memperkukuh jaminan tenaga, meningkatkan kebolehpercayaan bekalan elektrik dan menyokong kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya.Membawa manfaat nyata kepada rakyatSepanjang suku pertama tahun ini, TNB telah menyalurkan sebanyak RM31.8 juta bagi pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat seluruh negara, antaranya:-Sokongan pendidikan (RM17.5 juta): Bantuan pendidikan melalui Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi memperkukuh pembangunan modal insan negara.-Pembangunan sukan (RM0.4 juta): Manfaat kepada lebih 26,000 atlet dan penggiat sukan termasuk program pembangunan hoki kebangsaan.-Program bersama sekolah (RM2.9 juta): Program seperti Ceria Ke Sekolah dan Sekolah Angkat yang memberi manfaat kepada lebih 96,000 pelajar.-Program komuniti dan sokongan (RM8.2 juta): Inisiatif bantuan komuniti secara menyeluruh termasuk bantuan bencana dan Projek Mesra Rakyat yang memberi impak positif kepada lebih 28,000 penerima manfaat.Selain itu, sebanyak RM4.1 juta zakat wakalah turut disalurkan kepada lebih 27,000 golongan asnaf di seluruh negara.Memperkukuh grid elektrik dan kerjasama serantauSepanjang suku pertama 2026, TNB terus memperkukuh peranannya dalam menyokong peralihan tenaga Malaysia dengan terus melabur dalam tenaga boleh baharu, penambahbaikan grid elektrik dan fleksibiliti sistem, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.0 bilion bagi memodenkan grid elektrik negara.Usaha berterusan ini secara langsung meningkatkan kepuasan pelanggan, seperti yang ditunjukkan melalui prestasi Kumpulan dalam beberapa petunjuk utama:-Sistem Minit pada tahap 0.00 minit,-Indeks Tempoh Masa Purata Gangguan Sistem (SAIDI) pada 11.72 minit.Pada masa sama, TNB turut memperkukuh kerjasama tenaga serantau menerusi pemeteraian Fasa 2 Energy Wheeling Agreement bersama Electricite Du Laos dan Electricity Generating Authority of Thailand pada Januari 2026.Pemeteraian perjanjian ini menjadi satu pencapaian penting dalam perdagangan tenaga serantau, khususnya di bawah Projek Integrasi Tenaga Lao PDR-Thailand-Malaysia-Singapura.Menyokong ekonomi digital dan AI MalaysiaTNB terus memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi digital dan ekonomi berasaskan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia, selaras dengan peningkatan permintaan elektrik yang didorong oleh pengelektrikan industri, bangunan pintar dan mobiliti elektrik.Permintaan elektrik dijangka meningkat antara 4.5 peratus (%) hingga 5.5% tahun ini, mencerminkan pesatnya perkembangan ekonomi dan teknologi negara.Pertumbuhan pesat pusat data menekankan kepentingan infrastruktur tenaga yang stabil dan mampan, serta mampu menampung permintaan tinggi.Sehingga Mac 2026, TNB membekalkan tenaga kepada 36 pusat data dengan kapasiti bekalan elektrik terancang sekitar 4.5 gigawatt (GW) |
|
Lagi pendaki wanita hilang: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki - Suami - Sinarharian - 25/05 8:22 pm TAPAH - Wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, merupakan seorang pendaki yang cukup berpengalaman.Suami mangsa Haszman Othman, 61, berkata, Jaslinda sememangnya meminati aktiviti mencabar dan berpengalaman tidak kurang daripada 10 tahun dalam mendaki gunung."Kalau mengikut rekod Jabatan Perhutanan, isteri saya akan mendaki gunung ini lagi pada hujung bulan ini," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba di Surau At-Taqwa Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh hari ini.Haszman berkata, isterinya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta telah bertolak dari kediaman mereka di Damansara, Selangor pada Jumaat lepas bagi menyertai pendakian berkenaan bersama-sama dua rakannya."Dua rakan isteri telah selamat turun dan pulang ke rumah masing-masing |
|
'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - Bapa - Sinarharian - 25/05 8:16 pm HULU SELANGOR - Bapa kepada remaja perempuan yang dipercayai sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim pada Sabtu lepas, berharap operasi mencari dan menyelamat (SAR) anaknya akan menemui petunjuk baharu.Azizul Abdul Aziz, 48, berkata, beliau dan seluruh keluarganya bagaimanapun reda dan pasrah dengan segala kemungkinan susulan kehilangan Nur Izzati Humaira, 18, yang masuk hari ketiga."Sama ada masih bernyawa ataupun sudah menjadi jasad, kami reda dan berharap dia dapat ditemukan segera," katanya ketika ditemui Bernama di Pos Kawalan Bomba (PKB) di sini pada Isnin.Azizul yang menetap di Felda Trolak Utara, di Batang Padang, Perak, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara sebelum hilang, sebaliknya kelihatan sangat gembira sejak kebelakangan ini selepas berjaya mendapat lesen memandu kereta.Beliau berkata, Nur Izzati Humaira juga baru bekerja di sebuah kedai makan berhampiran Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungkai dan merupakan seorang remaja yang sangat aktif dalam sukan bola jaring.ARTIKEL BERKAITAN:Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung MalimNur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegiPolis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa"Walaupun sudah menamatkan persekolahan, dia sering kembali ke bekas sekolah menengahnya untuk membantu guru sukan melatih pasukan sekolah secara sukarela," katanya.Azizul berkata, anaknya itu mula berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian sejak beberapa tahun lepas."Saya pernah mendaki bersama Nur Izzati Humaira di Gunung Belumut di Kluang, namun tidak dapat ikut untuk aktiviti Sabtu lepas," katanya.Beliau berkata ketika hari kejadian, remaja perempuan itu melakukan aktiviti mendaki bersama ibu, adik, ibu saudara dan dua orang sepupunya.Nur Izzati Humaira dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lepas ketika menuruni bukit bersama-sama keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berjalan sendirian supaya sampai lebih awal kerana berasa panas dan penat.Mangsa kali terakhir dilihat memakai tudung labuh coklat, baju lengan panjang hijau gelap dan seluar panjang hitam serta kasut biru |
|
51 lelaki terlibat parti liar songsang, dadah di hotel mewah dicekup - Sinarharian - 25/05 8:04 pm KUALA LUMPUR - Aktiviti pesta liar dipercayai melibatkan dadah dan hubungan songsang di sebuah hotel mewah di ibu negara terbongkar selepas polis menahan 51 lelaki pada Sabtu lalu.Serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields antara jam 2.35 pagi hingga 5 pagi.Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussien Omar Khan berkata, tangkapan melibatkan 23 lelaki tempatan dan 28 lelaki warga asing berusia antara 21 hingga 52 tahun."Serbuan turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai keseluruhan RM103,070 dalam operasi berkenaan."Antara dadah yang dirampas ialah cecair MDMA seberat 1.15 kilogram, serbuk MDMA (284 gram), pil ekstasi (8.56 gram), serbuk ekstasi (8.7 gram) dan ketamin (11.61 gram)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Katanya, sebelum serbuan dilakukan, pihak polis mengesan seorang lelaki dipercayai menghadiri parti terbabit diusung keluar dari lobi hotel dalam keadaan tidak sedarkan diri."Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital," katanya.Tambah beliau, siasatan mendapati kumpulan terbabit dipercayai menjadikan bilik hotel berkenaan sebagai lokasi berhibur dan menyalahgunakan dadah selain terbabit dalam aktiviti tidak bermoral."Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 36 individu positif dadah manakala 15 lagi negatif," ujarnya.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952."Semua suspek direman antara tiga hingga enam hari bagi membantu siasatan lanjut."Semakan turut mendapati seorang daripada suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya.Hussien berkata, kejayaan operasi itu hasil risikan berterusan JSJN dalam usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di negara ini."Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti dadah kerana ia merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang."JSJN komited memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang kerana dadah adalah musuh nombor satu negara," katanya.Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah supaya menyalurkannya menerusi Hotline JSJN di talian 012-208 7222. |
|
Insiden FSO Sepat: Ahmad Fiqri penderma darah setia di Hospital Melaka - Sinarharian - 25/05 8:00 pm SHAH ALAM - Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria yang terkorban ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Platform Sepat, di perairan Terengganu-Kelantan merupakan penderma darah setia di bank darah Melaka yang aktif.Menerusi satu hantaran di media sosial pada Isnin, Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka memaklumkan, pendermaan darah terakhir Allahyarham direkodkan pada 15 Mei lalu di Pusat Pendermaan Darah Hospital Melaka."Jasa dan pengorbanan Allahyarham amat dihargai dan akan sentiasa dikenang."Semoga roh semua mangsa dicucuri rahmat dan ahli keluarga diberi kekuatan serta ketabahan," menurutnya.Ahmad Fiqri dan dua lagi pekerja pelantar minyak dilapor maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat (life boat) yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam laut di Platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan sedang menaiki bot berkenaan untuk turun ke laut bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di bahagian bawah platform tersebut.Insiden itu dipercayai berpunca apabila tali atau cangkuk (hook) yang dipasang pada bot penyelamat berkenaan tiba-tiba tercabut, menyebabkan kesemua mangsa bersama bot tersebut terjatuh ke dalam laut. |
|
Parti dadah, pesta gay, 1 maut dengan 51 direman - FMT - 25/05 7:46 pm Lelaki itu disyaki diusung di lobi hotel dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di HKL. |
|
Amanah kecam Pas ambil mudah isu hina sahabat nabi - Sinarharian - 25/05 5:42 pm SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) menyelar tindakan kepimpinan Pas disifatkan mengambil mudah isu membabitkan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, berhubung dakwaan membawa naratif menghina dan memfitnah sahabat besar Nabi Muhammad SAW.Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sekadar memberikan 'peringatan' tanpa sebarang tindakan disiplin tegas adalah amat mengecewakan.Menurut beliau, kesilapan yang membabitkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA, Saidina Umar Al-Khattab RA, Saidina Uthman Affan RA dan Saidina Ali Abi Talib RA itu bukanlah satu keterlanjuran kecil atau isu khilafiah, sebaliknya melibatkan asas akidah serta penghormatan kepada institusi keagamaan.Mahfuz turut menyelar alasan bahawa Ahli Parlimen Pasir Puteh itu "terpengaruh dengan penulisan sejarah", sambil menyifatkannya sebagai satu pembelaan yang sangat lemah dan tidak munasabah."Sebagai badan tertinggi yang menapis dasar dan fatwa parti, rakyat berhak mempersoalkan bagaimana seorang yang gagal menapis kisah dongeng sejarah boleh diletakkan sebagai ketua pentadbir kepada institusi ulama," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, sikap bertolak-ansur yang melampau itu juga mendedahkan wujudnya amalan dwistandard dalam kepimpinan Pas.Ujarnya, Pas yang sering mendakwa sebagai pembela agama dilihat 'memilih bulu' kerana bersikap agresif apabila mengkritik pihak lawan, namun bertukar menjadi apologetik dan pelindung apabila kesalahan besar dilakukan oleh pemimpin kanan sendiri.Sehubungan itu, Mahfuz mendesak agar Nik Muhammad Zawawi direhatkan atau dilucutkan jawatan daripada Majlis Syura Ulama serta-merta sekiranya Pas benar-benar ikhlas dalam perjuangan menegakkan syiar Islam mengatasi kepentingan politik.Menurutnya, tindakan sekadar memberi teguran lisan memberi isyarat yang salah bahawa maruah agama boleh dikompromi demi menjaga keharmonian politik dalaman dan imej luaran parti berkenaan.Dalam pada itu, beliau berkata, umat Islam menuntut supaya siasatan dan tindakan tegas dilakukan oleh pihak polis serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) terhadap isu berkenaan.Ujarnya, siasatan perlu dijalankan secara telus tanpa sebarang cubaan campur tangan atau perlindungan politik daripada mana-mana pihak.Beliau turut menegaskan bahawa ketiadaan sebarang pendakwaan akan menyebabkan golongan tertentu merasakan mereka sahaja yang menjadi penentu kepada kesucian Islam. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |