| /// |
|
| Search : Pejabat Polis Daerah News | Page 1 |
|
Kilang proses ketum diserbu, rampasan lebih RM76,7963 - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Kilang proses ketum diserbu, rampasan lebih RM76,7963 JOHOR BAHRU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor membongkar kegiatan pemprosesan air ketum di sebuah kilang di Taman Kempas Utama di sini baru-baru ini dengan nilai rampasan RM76,7963 |
|
Yayasan Kubra buat laporan polis dakwa terima ancaman tanah diceroboh - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Yayasan Kubra buat laporan polis dakwa terima ancaman tanah diceroboh KUALA LUMPUR - Yayasan Kubra hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ancaman daripada kumpulan tertentu untuk menceroboh semula tanah miliknya bagi melaksanakan upacara keagamaan |
|
JKDM Perak tumpaskan lima cubaan seludup masuk komoditi bernilai lebih .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm # JKDM Perak tumpaskan lima cubaan seludup masuk komoditi bernilai lebih RM2.4 juta IPOH Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak menumpaskan lima cubaan menyeludup pelbagai komoditi dianggarkan bernilai RM2.4 juta dengan duti serta cukai sekitar Januari dan Februari lalu |
|
Azam enggan komen soal kontraknya bakal berakhir Mei ini - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Azam enggan komen soal kontraknya bakal berakhir Mei ini PUTRAJAYA Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki enggan mengulas mengenai teka-teki perkhidmatan beliau yang akan berakhir Mei ini |
|
Lenggong diiktiraf UNESCO Global Geopark secara rasmi Mei ini – .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Lenggong diiktiraf UNESCO Global Geopark secara rasmi Mei ini - Shamsul Anuar LENGGONG - Lenggong bakal mencatat sejarah apabila diumumkan secara rasmi sebagai UNESCO Global Geopark ketiga di Malaysia pada 23 Mei ini di Paris, sekali gus memperkukuh kedudukan negara dalam rangkaian geopark bertaraf dunia |
|
Isteri bawa anak keluar tanpa pengetahuan suami bukan hilang – Polis - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Isteri bawa anak keluar tanpa pengetahuan suami bukan hilang - Polis BENTONG - Enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari kediaman mereka di sini sejak kelmarin sudah ditemukan selamat. Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, kesemua mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di sini kira-kira 9.30 malam semalam |
|
Mafia korporat guna struktur yang sah untuk kaburi penguat kuasa ??? Azam - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Mafia korporat guna struktur yang sah untuk kaburi penguat kuasa Azam PUTRAJAYA Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendedahkan, mafia korporat bukan beroperasi secara terbuka namun bergerak secara tersusun |
|
KP JAS, timbalannya didakwa kes rasuah di mahkamah esok – Azam - Mgazette - 2/04 3:36 pm # KP JAS, timbalannya didakwa kes rasuah di mahkamah esok - Azam PUTRAJAYA Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dijangka didakwa berkaitan dengan kes salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan sisa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur esok |
|
SPRM perkukuh kerjasama strategik dengan agensi dalam negara - Mgazette - 2/04 3:36 pm # SPRM perkukuh kerjasama strategik dengan agensi dalam negara Kuala Lumpur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited untuk terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan dengan mengekalkan momentum kecemerlangan yang dicapai melalui pemerkasaan jaringan kerjasama strategik bersama agensi-agensi dalam negara |
|
Tentera Darat Malaysia siasat insiden anggota cedera dipukul pegawai .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Tentera Darat Malaysia siasat insiden anggota cedera dipukul pegawai BENTONG - Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak terbabit dalam insiden mendatangkan kecederaan terhadap anggota tentera dalam kejadian di Kem Bentong |
|
MAFT berjaya melakukan 3,523 tangkapan termasuk kes profil tinggi – .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm # MAFT berjaya melakukan 3,523 tangkapan termasuk kes profil tinggi - Azam PUTRAJAYA Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) berjaya melakukan 3,523 tangkapan merangkumi kes-kes berprofil tinggi seperti Ops Samba 2.0, Ops Taufan, Ops Yellow, Ops Counter Setting dan Ops Bunga sepanjang 2023 hingga 2025 |
|
Tiga beranak terbabit video wanita dakwa nabi disambung reman - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Tiga beranak terbabit video wanita dakwa nabi disambung reman JOHOR BAHRU - Tempoh tahanan reman tiga suspek terlibat dalam akaun TikTok milik wanita yang menggunakan nama Ratu Nur Puteri Ratu Balqis, akan disambung tiga atau empat hari lagi |
|
Polis mahu sambung reman berkait kandungan TikTok - FMT - 2/04 3:31 pm Tiga individu ditahan berhubung penyebaran kandungan yang mengandungi unsur hasutan, fitnah serta penghinaan. |
|
Ratu Nur Puteri Balqis 'hina' raja, agama: Reman tiga individu akan disambung - Mkini - 2/04 3:21 pm Polis mohon sambung reman kes hasutan oleh wanita yang mengaku Ratu Nur Puteri Balqis, anaknya berusia 17 tahun serta abang wanita itu. |
|
Sepanyol sedia ambil tindakan sorakan anti-Islam ketika lawan Mesir - Utusan - 2/04 3:20 pm MADRID: Perlawanan persahabatan antara Sepanyol dan Mesir di Barcelona dicemari insiden sorakan berunsur anti-Islam serta xenofobia, sekali gus mencetuskan kecaman pemimpin negara itu dan siasatan pihak polis |
|
Ruang tamu jadi kamar mahkamah pengesahan cerai pesakit terlantar - Kosmo - 2/04 3:10 pm KUALA NERUS Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) mengambil inisiatif menjadikan ruang tamu sebuah rumah di daerah ini sebagai kamar mahkamah bagi prosiding pengesahan lafaz cerai melibatkan seorang pesakit terlantar pada kelmarin |
|
Perketat kawalan di sempadan, elak penyeludupan diesel dari Thailand - Kosmo - 2/04 3:06 pm TANJUNG MALIM – Polis Perak memperketatkan kawalan sempadan Malaysia – Thailand akses darat iaitu di Pengkalan Hulu di Gerik bagi membendung penyeludupan minyak diesel dari negara jiran itu yang mampu menjejaskan pasaran tempatan |
|
Polis mohon sambung reman Ratu Nur Puteri Ratu Balqis, anak dan abang - Sinarharian - 2/04 2:55 pm JOHOR BAHRU Tiga individu termasuk Ratu Nur Puteri Ratu Balqis akan disambung reman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan berhubung kenyataan menghina agama Islam, institusi diraja serta kepimpinan negara.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, reman ke atas Ratu Nur Puteri, anaknya yang berusia 17 tahun dan abangnya akan tamat Jumaat dan polis akan memohon sambungan reman."Permohonan ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Seksyen 298 dan 500 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Khamis.Menurut Ab Rahaman, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek adalah ahli keluarga yang tidak bekerja dan remaja berusia 17 tahun terbabit tidak bersekolah."Mereka tidak bekerja, dan remaja terbabit tidak bersekolah |
|
Ketua Polis Kelantan: Jangan ‘Rentas’ Sempadan Sesuka Hati Walau Sungai Golok Cetek - Thevocket - 2/04 2:45 pm Di bawah terik matahari yang membahang, permukaan Sungai Golok yang dahulunya dalam dan menderu, kini menampakkan dasarnya |
|
'Selagi Melayu berpecah, kita lemah' Akmal senada dengan Tun M - Sinarharian - 2/04 2:28 pm SHAH ALAM Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh senada dengan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa perpecahan dalam kalangan orang Melayu hanya akan melemahkan kekuatan politik dan masa depan mereka.Menerusi hantaran di Facebook pada Khamis, Muhamad Akmal turut menzahirkan penghargaan terhadap kenyataan Dr Mahathir yang menekankan kepentingan perpaduan orang Melayu dalam menghadapi cabaran semasa."Terima kasih Tun |
|
Tak puas hati kerja pembersihan stor senjata punca anggota tentera parah dipukul - Sinarharian - 2/04 2:23 pm KUALA LUMPUR Tidak puas hati terhadap kerja pembersihan stor senjata dilaporkan menjadi punca seorang anggota tentera parah dipukul di kem Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja, Pahang pada Isnin lalu.Sel Perhubungan Raya Tentera Darat memaklumkan siasatan awal mendapati seorang anggota Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) menggunakan kekerasan dengan menampar dan menumbuk tujuh anggota kem berkenaan di bahagian muka dan perut."Akibat kejadian itu, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum diberikan rawatan kecemasan awal di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) 25 RAMD."Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Bentong sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan kini menerima rawatan rapi menggunakan alat bantuan pernafasan," katanya.Dalam kejadian sama, enam anggota tentera lain dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan."Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Bentong oleh polis selepas keterangan mereka diambil."Anggota PTTR yang disyaki terlibat telah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan lanjut," katanya.Menurutnya, TDM memandang serius insiden tersebut dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat."TDM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang menyalahi undang-undang serta peraturan sedia ada," katanya.Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan selain menghormati privasi mangsa dan keluarganya."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan seorang anggota tentera dilaporkan koma selepas dipercayai dipukul dalam kejadian itu.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa salah seorang mangsa pada jam 8.45 pagi, Selasa.Siasatan awal mendapati suspek, seorang anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun, terbabit dalam kejadian itu.Susulan itu, polis menahan suspek pada jam 2.30 petang, Selasa bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan perintah reman terhadap suspek diperoleh selama empat hari bermula 1 hingga 4 April ini. |
|
MATF sita aset RM15.8 bilion, 3,523 individu ditahan - Sinarharian - 2/04 2:15 pm PUTRAJAYA - Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) menyita aset bernilai RM15.8 bilion dan menahan 3,523 individu bagi tempoh 2023 hingga 2025.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kejayaan itu mencerminkan keupayaan negara dalam membanteras rasuah secara bersepadu.Menurutnya, berdasarkan tangkapan dilaksanakan, ia merangkumi kes-kes berprofil tinggi seperti Ops Samba 2.0, Ops Taufan, Ops Yellow, Ops Counter Setting dan Ops Bunga."Lebih penting, kejayaan membongkar sindiket terancang dilaksanakan melalui operasi seperti Ops White, Ops Kingfruit, Ops X, Ops Sikaro, Ops Metal, Ops Karen dan Ops Grip."Ini membuktikan bahawa pendekatan MATF mampu menembusi rangkaian jenayah yang kompleks, tersusun dan merentasi pelbagai sektor," katanya ketika berucap pada Sesi Libat Urus MATF di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Khamis.Turut hadir Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin serta pegawai kanan agensi penguat kuasa lain.Tambah Azam, daripada aspek pemulihan aset, SPRM sendiri merekodkan sitaan mencecah RM6.87 bilion selain pembekuan, pelucuthakan, kompaun dan penyelesaian yang keseluruhannya melibatkan nilai yang besar dan memberi impak langsung kepada hasil negara.Katanya, pencapaian itu merupakan satu mesej bahawa setiap hasil yang diseleweng akan dijejaki dan dikembalikan kepada negara."Sebagai peneraju MATF, SPRM juga mengetuai pelaksanaan operasi berimpak tinggi seperti Operasi 82S, Ops Tropicana, Ops Eagle dan Ops Liter |
|
Penolong pegawai hal ehwal Islam didakwa kemuka tuntutan palsu RM135,000 - Sinarharian - 2/04 2:05 pm KANGAR - Seorang penolong pegawai hal ehwal Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pendaftaran semula saudara baharu berjumlah RM135,000, empat tahun lepas.Mohammad Nurhelmy Norman, 29, yang kini bekerja sebagai pemandu e-hailing selepas digantung tugas, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi.Lelaki itu didakwa menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu dengan niat memperdayakan prinsipalnya melibatkan tuntutan bayaran pendaftaran semula dua saudara baharu berjumlah RM3,500 pada 2022, 15 orang berjumlah RM40,000 pada 2023 dan 33 orang berjumlah RM91,500 pada 2024.Kesalahan itu didakwa dilakukan semasa dia berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred 29 di Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di pejabat JAIPs, Kompleks Islam Perlis, Persiaran Jubli Emas di sini.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai terlibat atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat melaporkan diri di Pejabat SPRM di sini setiap bulan dan menetapkan sebutan semula pada 20 Mei untuk serahan dokumen.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala lelaki itu diwakili peguam Siti Salwa Ja'afar.- Bernama |
|
Azam tidak mahu ulas status kontrak - Sinarharian - 2/04 1:59 pm PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak mahu mengulas berhubung status baki kontraknya yang akan berakhir pada 12 Mei ini.Ketika ditemui pemberita pada Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF): Way Forward di Ibu Pejabat SPRM, di sini, beliau hanya menjawab ringkas."Saya tidak mahu jawab," katanya.Sebelum ini, pada 10 Mac lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dilaporkan belum membuat sebarang keputusan berhubung status kontrak Azam.Untuk rekod, Azam telah dilantik secara kontrak sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sebanyak tiga kali.Azam yang dilahirkan pada 12 Mei 1963 di Negeri Sembilan, memulakan kariernya di Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali sebagai SPRM) pada 1984 sebagaipenolong pegawai siasatan.Sepanjang perkhidmatannya, Azam pernah memegang pelbagai jawatan termasuk pegawai perisikan dan pegawai pendakwaan, selain terbabit dalam aktiviti pendidikan masyarakat.Beliau mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020, menggantikan Latheefa Beebi Koya, yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.Azam memegang jawatan itu ketika pentadbiran tiga Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Azam mempunyai kelulusan diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ijazah Undang-undang (Jurispruden) daripada Universiti Malaya dan ijazah sarjana daripada Asia E-University. |
|
Yayasan Kubra dakwa terima maklumat, tanah akan diceroboh semula - Sinarharian - 2/04 1:44 pm RAWANG Yayasan Kubra mendakwa menerima maklumat awal bahawa, sekumpulan individu dipercayai merancang mahu menceroboh semula tanah di Rawang.Peguam, Muhammad Hariz Md Yusoff berkata, walaupun struktur rumah ibadah yang dibina secara tidak sah itu telah runtuh sepenuhnya pada 25 Februari lalu.Menurutnya, golongan berkenaan menggunakan alasan menceroboh kerana mahu melakukan upacara keagamaan.Sedangkan katanya, perkara tersebut berlaku selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan perintah Mahkamah Majistret Selayang berhubung aduan pecah keamanan yang difailkan oleh pihak kuil Sri Uchimalai Muniswaraman, pada 31 Mac lalu."Yayasan Kubra turut dimaklumkan oleh pihak polis bahawa, terdapat kumpulan individu, merancang untuk memasuki semula kawasan tanah milik yayasan itu kononnya bagi mengadakan upacara anutan."Tiada sebarang berhala berada di tapak tanah milik Yayasan Kubra selepas pihak yang terlibat sendiri membawa keluar semua berhala dari kawasan tersebut," katanya menerusi kenyataan di laman sosial Facebook.Beliau berkata, cubaan untuk menceroboh semula kawasan berkenaan sehingga mencetuskan kekecohan, rusuhan atau kegemparan awam boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan.Sehubungan itu, katanya, Yayasan Kubra telah membuat laporan polis bagi mendapatkan kawalan keselamatan serta mengelakkan sebarang cubaan rusuhan jenayah oleh pihak yang didakwa menceroboh tanah tersebut.Muhammad Hariz berkata, pihaknya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat pihak yang gagal menghormati perintah Mahkamah Tinggi.Menurutnya, keadaan itu juga menimbulkan persoalan sama ada terdapat cubaan untuk membangkitkan naratif sensitif berkaitan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R) berhubung pencerobohan tanah tersebut.Susulan itu beliau berkata, Yayasan Kubra membuat laporan di Balai Polis Rawang, pada Khamis.Pada Selasa, Yayasan Kubra berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, untuk mengetepikan keputusan awal Mahkamah Majistret Selayang bagi meneruskan inkuiri aduan pembinaan rumah ibadat di tanah tidak sah, berhubung pertikaian tanah dan kemungkinan pecah keamanan.Pesuruhjaya Kehakiman, Suriyati Hasimah Mohd Hashim memutuskan demikian selepas mendengar hujahan daripada pihak Yayasan itu selaku pemohon dan peguam, Rajesh Nagarajan bagi pihak Persatuan Penganut Sri Uchimalai Muniswaraman sebagai responden.Pada 13 Mac lalu, Mahkamah Majistret Selayang memutuskan, wujud pertikaian berkaitan status pemilikan tanah yang menempatkan binaan kuil terbabit.Majistret, Chai Guan Hock kemudiannya memerintahkan kedua-dua pihak yang terlibat dalam pertikaian tersebut hadir ke mahkamah untuk pendengaran inkuiri di bawah Seksyen 99(4) Kanun Tatacara Jenayah (CPC).Beliau juga meminta mereka memfailkan kenyataan bertulis berkenaan milikan sebenar terhadap tanah tersebut.Mahkamah juga memerintahkan, salinan perintah disampaikan kepada pihak-pihak yang dinamakan dalam kes saman tersebut menurut CPC.Katanya, salinan perintah perlu dipamerkan di tanah tersebut iaitu di kawasan Rawang Perdana 2. |
|
Golongan profesional jadi 'pemudah cara' sindiket jenayah - Azam Baki - Sinarharian - 2/04 1:42 pm PUTRAJAYA - Segelintir golongan profesional dikesan menggunakan kedudukan dan memainkan peranan sebagai pemudah cara kepada sindiket jenayah.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, antara golongan profesional yang sering dikaitkan dengan perkara ini ialah sektor perundangan, perakaunan serta teknologi maklumat (IT)."Ini antara tiga-tiga profesion sepatutnya mereka patutnya membantu (ekonomi) tetapi jangan pula menjadi enabler, memudah cara untuk penjenayah-penjenayah ini."Mereka ini yang belajar pandai-pandai ini pula yang menjadi 'enabler' (pemudah cara) kepada sindiket jenayah," katanya ketika berucap pada Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Khamis.Turut hadir Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin serta pegawai kanan daripada daripada pelbagai agensi penguat kuasa.Tambah Azam, pelbagai kegiatan jenayah yang tersusun dan semakin kompleks ditambah dengan sokongan pemudah cara profesional berkenaan mengakibatkan kerugian besar kepada ekonomi negara.Katanya, kesan daripada golongan pemudah cara inilah antara faktor utama berlaku aktiviti ekonomi bawah tanah dan kewujudan sindiket terancang."Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan hasil negara, malah memberi kesan langsung kepada pertumbuhan ekonomi, penarafan antarabangsa seperti CPI (Corruption Perceptions Index) dan FATF (Financial Action Task Force) serta keyakinan pelabur."Seperti semua sedia maklum Pasukan Petugas Khas Pelbagai Agensi (MATF) ialah satu platform penting bagi memperkukuh kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan negara yang dipengerusikan oleh Tan Sri Peguam Negara," ujarnya.Azam menegaskan sekiranya tiada golongan profesional yang menjadi pemudah cara, penjenayah sukar untuk membersihkan wang hasil kegiatan haram mereka.Katanya, SPRM sendiri terus berhadapan dengan pelbagai cabaran, khususnya dalam mengendalikan kes-kes berprofil tinggi yang semakin mencabar."Kerjasama antara SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Sekuriti, dan agensi berkaitan adalah penting bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh dan pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan."Jenayah korporat ini adalah seperti penipuan, rasuah salah guna kuasa dan seleweng saham, penipuan pelabur dan lari cukai," ujarnya |
|
Anak Muda MADANI Kedah Bantu Dua Beradik Bersekolah Zuraidi - Wrlr - 2/04 1:40 pm NGO Anak Muda MADANI Kedah, Dato Zuraidi Rahim tampil membantu Siti Nur Jamilah bersama Muhamad Rizhan Rizqi Redzuan (kiri) dan Muhamad Raiqal Rayyan kembali ke sekolah |
|
Ratu Nur Puteri Ratu Balqis, anak serta abang akan disambung reman - Kosmo - 2/04 1:38 pm JOHOR BAHRU – Polis Johor akan membuat permohonan reman ke atas tiga individu termasuk Ratu Nur Puteri Ratu Balqis yang ditahan berhubung membuat kenyataan melampau menghasut serta menghina agama Islam, institusi diraja serta kepimpinan negara |
|
Enam sekeluarga dilaporkan hilang ditemui di Bentong - Sinarharian - 2/04 1:12 pm BENTONG - Enam sekeluarga yang dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah mereka di Taman Orkid, di sini sejak Isnin lalu dijumpai dalam keadaan selamat pada Rabu.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa, M Rekha, 41, bersama lima anaknya, Ruban, 19, S Sharivina Nair, 17 dan S Shasini Nair 16, S Pritivi Nair, 14 dan S Lashwin Nair, 4 ditemui berada di Bentong.Menurutnya, semua mereka telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong kira-kira jam 9.30 malam hari berkenaan."Hasil siasatan awal, wanita terbabit bersama anak-anaknya bertindak keluar rumah tanpa memaklumkan kepada suami (pengadu) dipercayai berpunca perselisihan faham," katanya.Zaiham berkata, pihak polis berterima kasih kepada semua pihak khususnya penduduk Bentong atas kerjasama yang diberikan hingga mangsa berjaya dikesan dan ditemui selamat.Polis sebelum ini meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan enam sekeluarga itu selepas dilaporkan hilang dipercayai keluar dari rumah mereka sejak Isnin lalu.Laporan kehilangan itu dibuat lelaki berusia 43 tahun yang merupakan suami dan bapa kepada individu terbabit jam 7.34 malam. |
|
Tindakan skala besar diketuai PDRM 'buru' e-waste - Azam Baki - Sinarharian - 2/04 12:55 am PUTRAJAYA - Tindakan berskala besar secara bersepadu diketuai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan berkenaan kes sisa elektronik (e-waste) yang telah keluar dari pelabuhan dan berada dalam negara.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan ini termasuklah e-waste yang berada di premis kilang dan sebagainya."Jadi tindakan ini dibuat secara pasif untuk memastikan mana-mana tempat yang ada e-waste diambil tindakan secara impak," katanya ketika ditemui dalam Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (Matf): Way Forward di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Khamis.Turut hadir Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin serta pegawai kanan daripada daripada pelbagai agensi penguat kuasa.Tambah Azam, Pasukan Petugas Khas dipengerusikan beliau akan menguatkuasakan undang-undang secara berterusan terutama di Pelabuhan Klang.Jelasnya, pasukan juga akan melihat kepada pelabuhan lain seperti di Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang untuk terus dipantau mengenai kemungkinan besar kontena e-waste ini akan cuba menyusup masuk."Setakat ini belum ada kes, cuma yang berlaku di Pelabuhan Klang."Ada kira-kira 800 lebih lagi kontena (e-waste) masih terbengkalai (di Pelabuhan Klang) dan tindakan untuk melupuskan sedang dijalankan iaitu dengan cara menghantar balik ke negara terbabit yang mengeksport ke negara kita."Kedua, pelupusan secara mengikut undang-undang yang kita jalankan di mana agensi terlibat ialah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS)," ujarnya.Mengulas mengenai sisa plastik pula, kata Azam, libat urus akan dibuat SPRM dengan pelbagai pihak Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melihat keperluan pengimportannya ke dalam negara."Kita lihat adakah ada keperluan import sisa plastik ini |
|
Jenayah semakin kompleks, guna teknologi dan rangkaian profesional sembunyi aktiviti haram - Sinarharian - 2/04 12:48 am PUTRAJAYA - Jenayah kini semakin kompleks dan tersusun, termasuk melibatkan sindiket yang menggunakan teknologi dan rangkaian profesional bagi menyembunyikan aktiviti haram, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.Beliau berkata, penglibatan segelintir golongan profesional seperti peguam dan akauntan membantu menghalalkan hasil aktiviti haram melalui sistem kewangan yang sah."Kalau tidak ada golongan profesional ini, sukar untuk mereka (penjenayah) masukkan wang haram ke dalam sistem yang legitimate (sah)," katanya ketika berucap pada majlis perasmian sesi libat urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) di Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.Mengambil contoh beberapa kes berprofil tinggi seperti kegiatan penyeludupan sisa elektronik dan bahan api serta sindiket caturan kaunter, Azam berkata, rasuah dikenal pasti sebagai pemudah cara utama yang membolehkan sindiket beroperasi secara berterusan."Tanpa rasuah, sindiket ini tidak akan mampu bertahan |
|
Ketua Pengarah JAS, timbalan dijangka dituduh esok - Sinarharian - 2/04 12:40 am PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan timbalannya dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah memperoleh persetujuan daripada pendakwa raya untuk meneruskan pertuduhan berkenaan."Persetujuan daripada pihak pendakwa raya telah kita perolehi |
|
Lelaki tunjuk kemaluan pada kanak-kanak ditahan polis - Sinarharian - 2/04 12:22 am JOHOR BAHRU Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki terlibat dalam kejadian amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan di kawasan Bandar Baru Uda, di sini, pada Selasa.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, pihaknya mengesan satu video tular dimuat naik di Facebook yang memaparkan sebuah kenderaan bersama dua kanak-kanak.Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 tengah hari pada Selasa dan melibatkan dua kanak-kanak perempuan berusia 12 dan 10 tahun."Pada hari sama kira-kira jam 4.46 petang, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun yang memaklumkan anak perempuan serta anak saudaranya telah dipanggil oleh seorang lelaki yang memandu kereta jenis Honda Accord."Suspek bertanyakan mengenai tandas sebelum bertindak menunjukkan kemaluannya kepada kedua-dua mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis dari Unit D9 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Utara menahan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun di sebuah rumah di kawasan Masai kira-kira jam 11 malam hari sama."Polis turut merampas beberapa barangan bagi membantu siasatan |
|
Penjimatan: K'jaan akan naikkan suhu pendingin hawa, longgar kod etika pakaian - Mkini - 2/04 12:20 am Difahamkan bahawa suhu penghawa dingin di pejabat kerajaan akan ditetapkan sekitar 24 darjah Celsius. |
|
Kesatuan bantah rancangan pindah ibu pejabat KTMB dari bangunan ikonik - FMT - 2/04 10:30 am Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu berkata Perbadanan Aset Keretapi didakwa mahu pindah 478 kakitangan ke premis sewaan di Brickfields. |
|
Kesatuan bantah rancangan pindah ibu pejabat KTMB dari bangunan ikonik - Hotfm - 2/04 10:30 am Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu berkata Perbadanan Aset Keretapi didakwa mahu pindah 478 kakitangan ke premis sewaan di Brickfields. |
|
Mekanik maut motosikal rempuh kenderaan polis - Sinarharian - 2/04 10:22 am ROMPIN - Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggang merempuh kenderaan polis yang sedang membelok masuk ke sebuah stesen minyak di Kilometer 134, Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini pada Rabu.Dalam kemalangan kira-kira jam 7.20 petang itu, mangsa, Mohd Faizal Ismail, 38, beralamat dari Felda Selendang 1 di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, pemandu van jenis MXS V80 6MT, anggota polis berusia 26 tahun bersama lima anggota lain (penumpang) tidak mengalami sebarang kecederaan.Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, van dipandu anggota dari Cawangan Pengangkutan Operasi itu dalam perjalanan pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin selepas selesai penugasan Ops Pangguni di Maran."Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR pula dipercayai dalam perjalanan dari tempat kerja di Kampung Sepakat ke rumah di Taman Nusa Puteri di sini."Ketika tiba di lokasi kejadian, semasa sedang membelok ke kanan, pemandu van telah memberikan laluan kepada beberapa kenderaan lain sebelum membelok masuk ke stesen minyak selepas mendapati laluan selamat," katanya.Sharif Shai berkata, ketika sedang membelok, van tersebut dilanggar motosikal ditunggang mangsa yang sedang bergerak lurus dari arah bertentangan."Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat."Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya |
|
Tujuh tan karkas babi diseludup guna jalan laut dirampas - Sinarharian - 2/04 9:51 am MERBOK - Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang merampas tujuh tan karkas daging babi di sebuah jeti haram di Sungai Merbok membabitkan rampasan bernilai kira-kira RM795,100.Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang, Asisten Komisioner Jaffri Bidin berkata, dalam operasi awal pagi Rabu itu, tujuh lelaki tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan.Menurutnya, dua buah lori sejuk beku, sebuah bot fibre tanpa nombor pendaftaran, tiga unit enjin dan tiga gugus kunci turut dirampas."Pasukan Polis Marin Wilayah Satu melalui Unit Risikan Marin (URM) Pulau Pinang bersama Botronda PSC45 telah menjalankan Op Taring Landai dan Op Taring Gelora di sekitar kawasan perairan Tanjung Dawai membabitkan dua pegawai kanan dan 10 pegawai rendah."Pada 1 April 2026 jam lebih kurang 2 pagi, pasukan telah menyerbu sebuah jeti haram di Sungai Merbok, Kedah dan menahan tujuh lelaki warganegara tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan memindah dan mengangkut karkas daging babi tanpa permit," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati karkas daging babi berkenaan dibawa dari negara jiran Thailand melalui jalan laut."Hasil pemeriksaan mendapati semua suspek gagal mengemukakan sebarang permit kebenaran daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi aktiviti tersebut," katanya.Semua suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah untuk tindakan lanjut.Katanya, Pasukan Polis Marin akan terus mempergiatkan operasi terutama di kawasan hotspot bagi membanteras kegiatan penyeludupan melalui jalan laut yang boleh memberi risiko kepada kesihatan awam dan keselamatan negara.Kes disiasat bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. |
|
96 berita palsu harga minyak, minta rakyat semak dahulu sumber – Anwar - Harapandaily - 2/04 9:24 am Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(MCMC) diminta mengambil tindakan segera termasuk menyekat kandungan berita palsu berkaitan harga minyak dan elektrik yang disebarkan di media sosial |
|
Isu rumah ibadat, pemandu mabuk perlu ditangani ikut undang-undang - Sinarharian - 2/04 9:00 am KUALA LUMPUR Konflik melibatkan isu rumah ibadat dan ketegangan antara kaum perlu ditangani mengikut saluran undang-undang bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk serta mencetuskan ketidakstabilan sosial.Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan berkata, pendekatan berasaskan emosi atau tindakan sendiri hanya akan merumitkan keadaan dan berpotensi menjerumuskan pihak terlibat ke dalam kesalahan undang-undang."Kalau melibatkan kuil yang didirikan tanpa kebenaran di atas tanah tertentu, perkara itu adalah isu undang-undang dan perlu diselesaikan melalui mahkamah."Kita tidak boleh bertindak sendiri atau terlalu mengikut emosi kerana akhirnya kita sendiri yang akan berdepan kesan undang-undang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis makan malam dan pelancaran buku sempena ulang tahun ke-70 Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia di Pusat Dagangan Putra (WTC) di sini pada Rabu.Menurutnya, sebarang isu melibatkan rumah ibadat perlu ditangani secara berhati-hati kerana ia sensitif dan berpotensi mencetuskan konflik antara kaum jika tidak dikawal."Biar mahkamah buat keputusan, itu cara terbaik untuk elakkan konflik berpanjangan dan memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara," ujarnya.Dalam perkembangan lain, beliau turut menegaskan keperluan penguatkuasaan lebih tegas terhadap kes pemandu mabuk yang dilihat semakin membimbangkan."Undang-undang memang sudah ada dan hukuman juga telah diperketatkan berbanding sebelum ini."Yang penting sekarang adalah penguatkuasaan |
|
Warga emas maut dilanggar ketika melintas jalan - Sinarharian - 2/04 8:23 am GEORGE TOWN Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas hampir sembilan jam bertarung nyawa akibat dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 2.55 petang itu, mangsa berusia 71 tahun yang merupakan pejalan kaki dilaporkan dilanggar sebuah kereta dipandu lelaki tempatan berusia 19 tahun.Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, siasatan awal mendapati, kereta berkenaan dalam perjalanan dari Bayan Lepas menuju ke pusat bandar sebelum terlibat dalam kemalangan berhampiran Bulatan Bayan Lepas."Akibat perlanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut."Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.05 tengah malam pada Khamis ketika menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Tambah beliau, pemandu kereta berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan."Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian," ujarnya.Terdahalu, tular satu klip video memaparkan seorang lelaki warga emas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di lintasan zebra dipercayai di kawasan Bayan Lepas.Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa cedera parah lalu dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut |
|
Ruang tamu jadi 'kamar mahkamah' demi sahkan lafaz cerai - Sinarharian - 2/04 7:43 am KUALA NERUS Ruang tamu sebuah rumah di sini berubah wajah menjadi 'kamar mahkamah' sementara bagi membolehkan prosiding pengesahan lafaz cerai dilaksanakan pada Selasa lalu.Inisiatif Mahkamah Bergerak (Outreach) oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Nerus itu dilaksanakan bagi menyantuni seorang responden yang kini terlantar sakit kronik dan tidak mampu hadir ke bangunan mahkamah.Prosiding khas itu dikendalikan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Nerus, Ahmad Najib Mohd yang menyaksikan keterangan diambil secara terus di sisi katil responden yang sedang bertarung dengan penyakit.Unit Korporat Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) dalam kenyataan pada Rabu berkata, pelaksanaan prosiding di luar bangunan mahkamah itu bertujuan memastikan integriti perbicaraan tetap terpelihara meskipun dijalankan dalam suasana di kediaman pesakit.Menurut kenyataan itu, pengisytiharan rumah kediaman sebagai kamar mahkamah yang sah adalah selaras dengan peruntukan undang-undang bagi memastikan setiap prosedur memenuhi tuntutan lunas kehakiman."Langkah proaktif ini diambil memandangkan responden sedang berhadapan dengan ujian kesihatan kronik akibat penyakit kencing manis dan komplikasi buah pinggang, serta bergantung sepenuhnya kepada bantuan oksigen."Kekangan fizikal ini menjadikannya mustahil bagi responden untuk hadir ke bangunan mahkamah, namun keadilan perlu diteruskan," jelas kenyataaan tersebut.Mengulas lanjut, JKSTR menjelaskan bahawa tindakan tersebut bersandarkan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, khususnya Seksyen 129 yang membenarkan perpindahan tempat perbicaraan serta Seksyen 242(1) berkaitan pengambilan keterangan di tempat yang sesuai.Malah, Seksyen 244 memberikan kuasa sedia ada kepada mahkamah untuk membuat apa-apa perintah bagi mengelakkan ketakadilan, terutama bagi memastikan status perceraian tidak terus 'tergantung'."Komitmen ini adalah sebahagian daripada usaha Mahkamah Syariah untuk memastikan status diri pihak-pihak terlibat dapat diputuskan dengan segera mengikut hukum Syarak."Ia sekali gus mencerminkan prinsip 'Ihsan' dan 'Rahmah' dalam sistem perundangan Islam yang mana keadilan tidak hanya bersifat menghukum, tetapi juga menyantuni keperluan rakyat yang dalam kesusahan," katanya.Prosiding tersebut dilaporkan berjaya diselesaikan secara sempurna di lokasi berkenaan, sekali gus memudahkan urusan masa depan pihak-pihak terlibat dan memelihara kebajikan keluarga dalam mendepani situasi sukar tersebut. |
|
Pengusaha pusat karaoke 'RM1 satu lagu' ditahan - Sinarharian - 2/04 7:34 am BESUT - Tindakan seorang lelaki menjalankan perniagaan pusat karaoke tanpa lesen mengundang padah apabila ditahan pihak polis dalam satu serbuan di Jerteh di sini pada Jumaat.Serbuan kira-kira jam 11 malam itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 35 tahun itu ditahan kerana gagal mengemukakan lesen perniagaan hiburan yang sah."Hasil siasatan awal mendapati premis berkenaan dipercayai telah beroperasi sejak Mac 2025 dengan mengenakan bayaran RM1 bagi setiap lagu kepada pelanggan."Pihak polis turut merampas pelbagai peralatan hiburan di premis tersebut untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.Mengulas lanjut, Mohd Rozaime berkata, suspek kini dibebaskan dengan jaminan polis bagi membolehkan siasatan dilengkapkan serta menunggu pengesahan status lesen daripada Majlis Daerah Besut (MDB).Katanya, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002 Terengganu."Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun."Pihak polis ingin menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjalankan perniagaan tanpa lesen demi memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan kepatuhan undang-undang sentiasa terjaga," katanya.Difahamkan, premis yang dijadikan pusat karaoke berkenaan terletak di dalam kebun dengan jarak kira-kira 150 meter daripada kawasan masjid. |
|
Ubah suai tangki untuk seleweng diesel - Careta - 2/04 12:39 am Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Cawangan Beaufort, Julie Julhani berkata, tangkapan dan rampasan dibuat dalam serbuan mengejut terhadap sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero di kawasan stesen minyak berkenaan |
|
Penyedia perkhidmatan akaun direman disyaki kemuka tuntutan perjalanan .. - Mgazette - 2/04 12:37 am # Penyedia perkhidmatan akaun direman disyaki kemuka tuntutan perjalanan palsu RM4j KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang penyedia perkhidmatan akaun sebuah syarikat perkhidmatan perundingan pengurusan perniagaan di ibu negara, kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan perjalanan berjumlah kira-kira RM4 juta |
|
Suami maut, isteri parah kereta langgar pembahagi jalan - Mgazette - 2/04 12:37 am # Suami maut, isteri parah kereta langgar pembahagi jalan SHAH ALAM - Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuhpembahagi jalan di Kampung Belia 2, Sungai Panjang, Sungai Besar di sini, hari ini |
|
Koperal ditahan kes anggota tentera parah dipukul dalam kem di Bentong - Mgazette - 2/04 12:37 am # Koperal ditahan kes anggota tentera parah dipukul dalam kem di Bentong KUALA LUMPUR Seorang anggota tentera berpangkat Koperal di sebuah kem dekat Bentong, Pahang ditahan susulan kes mendatangkan kecederaan parah melibatkan seorang anggota tentera lain |
|
Polis buru lelaki cederakan pegawai AADK di Bangsar - Mgazette - 2/04 12:37 am Beliau berkata identiti suspek telah dikenal pasti dan beralamat Cherasmanakala kesdisiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Syed Hamiz Azfar Syed Mohd Najib di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan |
|
6 sekeluarga dilaporkan hilang di Bentong, polis mohon bantuan orang ramai .. - Mgazette - 2/04 12:37 am # 6 sekeluarga dilaporkan hilang di Bentong, polis mohon bantuan orang ramai BENTONG Polis Bentong sedang mengesan enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari kediaman mereka di Taman Orkid di sini, sejak kelmarin |
|
Sebar berita palsu kenaikan harga minyak, elektrik khianati negara, rakyat .. - Mgazette - 2/04 12:37 am # Sebar berita palsu kenaikan harga minyak, elektrik khianati negara, rakyat - PM KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak yang menyebarkan berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan elektrik di media sosial |
|
Pegawai AADK cedera dihiris suspek ketika operasi di Bangsar - Sinarharian - 1/04 11:27 pm KUALA LUMPUR Seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cedera di tangan selepas dihiris dengan pisau oleh seorang lelaki ketika menjalankan operasi di sebuah premis cuci kereta di Bangsar, di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 5.08 petang itu, mangsa berusia 48 tahun mengalami kecederaan di tapak tangan kanan dan ibu jari kanan.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada rakan sekerja mangsa yang juga petugas AADK."Suspek pada mulanya telah ditahan dan diarahkan menjalani ujian saringan air kencing, namun enggan memberikan kerjasama sebelum bertindak agresif untuk melarikan diri," katanya.Beliau berkata, mangsa kini dirawat di wad Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan berada dalam keadaan stabil."Suspek berusia 46 tahun tinggal di Cheras, usaha mengesannya sedang giat dijalankan."Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. |
|
Syabu RM5.7 juta ditemukan dalam bot di Sungai Peng - Sinarharian - 1/04 11:19 pm KOTA BHARU - Syabu bernilai RM5.7 juta ditemukan dalam sebuah bot di Sungai Peng, Pengkalan Chepa di sini semasa serbuan dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Ahad.Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan pada jam 12.30 tengah malam itu dilakukan oleh anggota Risik Batalion 9 selepas menemui sebuah bot berwarna biru dalam keadaan mencurigakan di dalam semak dan ditinggalkan tanpa pemilik."Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa guni putih dan di dalamnya mengandungi ketulan kristal yang dipercayai dadah jenis syabu."Kesemua barangan rampasan termasuk dadah dan bot telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Ujarnya, keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan berjumlah RM5.8 juta. |
|
Polis Tahan Koperal Disyaki Pukul Tujuh Anggota Tentera Lain Di Bentong - Siakapkeli - 1/04 11:16 pm Polis Tahan Koperal Disyaki Pukul Tujuh Anggota Tentera Lain Di Bentong KUANTAN, 1 April (Bernama) -- Polis menahan seorang tentera berpangk |
|
Koperal tentera ditahan, disyaki pukul askar hingga parah - FMT - 1/04 11:14 pm Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata kejadian itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan di ICU. |
|
Kes pukul di kem tentera: Seorang koma, enam cedera - Sinarharian - 1/04 10:45 pm BENTONG -Seorang anggota tentera dilaporkan koma manakala enam lagi rakan setugasnya cedera selepas dipercayai dipukul dalam kejadian di dalam Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa salah seorang mangsa pada jam 8.45 pagi, Selasa.Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8 malam di kawasan kem berkenaan."Siasatan awal mendapati seorang suspek iaitu anggota tentera berpangkat koperal dipercayai terbabit dalam kejadian dengan memukul, menumbuk dan menendang mangsa di beberapa bahagian badan."Hasil siasatan juga mendapati kesemua mangsa berusia antara 19 hingga 22 tahun itu merupakan anggota tentera dan bukannya pelatih seperti yang tular sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau menjelaskan, seorang mangsa berusia 24 tahun dilaporkan parah dan kini masih tidak sedarkan diri serta menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh"Mangsa dilaporkan masih tidak sedarkan diri serta memerlukan bantuan pernafasan, manakala mangsa lain telah dirujuk ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan lanjut," jelasnya.Zaiham berkata, susulan itu, pihaknya menahan anggota berpangkat koperal yang berusia 37 tahun jam 2.30 petang, pada Selasa bagi membantu siasatan.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan perintah reman terhadap suspek diperoleh selama empat hari bermula 1 hingga 4 April ini."Orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya. |
|
Tindakan tegas akan diambil terhadap penyebaran berita palsu berkaitan harga minyak, elektrik - PM - Sinarharian - 1/04 10:19 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan meminta pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan tegas terhadap penyebaran berita palsu berkaitan harga minyak dan elektrik yang dikesan semakin berleluasa.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat ini, MCMC telah mengesan sebanyak 96 kandungan berita palsu berkaitan isu berkenaan di media sosial.Menerusi mesej video hari ini, beliau berkata, penyebaran maklumat tidak benar itu berlaku ketika negara berdepan cabaran luar biasa susulan krisis tenaga global sekali gus boleh menjejaskan kestabilan dan mengelirukan rakyat."Kita bekerja dalam keadaan yang luar biasa dengan cabaran yang meningkat tetapi ini tidak mungkin memadamkan kerenah orang-orang yang terus berdusta, membenci, sabotaj dan khianat.. |
|
Ubah suai tangki seleweng diesel - Sinarharian - 1/04 9:23 pm BEAUFORT - Tindakan seorang lelaki mengisi diesel dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak membawa kepada penahanannya selepas disyaki cuba menyeleweng kira-kira 200 liter bahan api itu dalam kejadian di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Ops Tiris 4.0.Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Cawangan Beaufort, Julie Julhani berkata, tangkapan dan rampasan dibuat dalam serbuan mengejut terhadap sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero di kawasan stesen minyak berkenaan."Serbuan dijalankan hasil maklumat dan pemerhatian anggota penguat kuasa yang mengesan aktiviti mencurigakan ketika kenderaan berkenaan sedang mengisi diesel di pam stesen tersebut."Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut telah diubah suai dengan tangki tambahan yang dipercayai mengandungi kira-kira 200 liter minyak diesel," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, pihak KPDN menyita kenderaan, diesel serta dokumen berkaitan untuk siasatan lanjut."Pemandu kenderaan juga telah dirakam percakapan dan dilepaskan dengan jaminan polis."Nozel pam stesen minyak yang terlibat turut diambil tindakan penguatkuasaan, manakala dua laporan polis telah dibuat berhubung kes ini," katanya.Julie berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, melibatkan tindakan terhadap pemandu kenderaan serta pihak stesen minyak."Siasatan lanjut sedang dijalankan dan pegawai penyiasat akan dilantik bagi melengkapkan siasatan," katanya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |