///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Pengangkutan News   Page 1    



PN gesa kerajaan perjelas kaedah penentuan harga diesel PN gesa kerajaan .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm

Menurutnya, situasi itu turut diburukkan dengan kemungkinan kenaikan tarif elektrik yang tertakluk kepada mekanisme pelarasan harga bahan api sekali gus meningkatkan kos operasi pelbagai sektor secara menyeluruh. Antara sektor yang dijangka paling terkesan ialah logistik, pengangkutan, pertanian, pembuatan, peruncitan dan pengedaran makanan





Fomca minta pengguna berhemah, pilih produk tempatan - Utusan - 2/04 3:18 pm

Emeritus Datuk Dr. Marimuthu Nadason berkata, konflik di Asia Barat telah menyebabkan kenaikan harga bahan api, kos pengangkutan dan seterusnya mengakibatkan ..





PN gesa kerajaan jelas mekanisme harga diesel, wujud sistem penstabilan - Sinarharian - 2/04 1:08 pm

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan memberikan penjelasan terperinci mengenai kaedah penentuan harga diesel susulan trend kenaikan berterusan bahan api itu yang dijangka mencecah RM6.02 seliter di Semenanjung Malaysia.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kenaikan mendadak daripada kadar RM5.52 seliter sebelum ini dalam tempoh singkat bakal memberi tekanan besar kepada rantaian bekalan serta kos sara hidup rakyat.Beliau berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan kemungkinan kenaikan tarif elektrik yang tertakluk kepada mekanisme pelarasan harga bahan api, sekali gus berpotensi meningkatkan kos operasi perniagaan secara berganda."Syarikat dalam sektor logistik, pengangkutan, pertanian, pembuatan dan peruncitan telah memberi amaran bahawa kenaikan kos input ini sukar ditampung."Banyak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi dengan margin tipis berkemungkinan besar terpaksa menaikkan harga barang dan perkhidmatan, sekali gus meningkatkan risiko inflasi kos," ujarnya dalam kenyataan pada Khamis.Sehubungan itu, Takiyuddin menegaskan bahawa PN menuntut penjelasan tuntas daripada kerajaan, khususnya melibatkan unjuran harga diesel bagi tempoh beberapa bulan akan datang serta kepastian sama ada paras RM6.02 seliter merupakan harga siling maksimum atau bakal berdepan pelarasan lanjut.Beliau berkata, kerajaan juga perlu memperincikan impak sebenar kenaikan tarif elektrik terhadap kadar inflasi dan sektor perniagaan, selain membentangkan langkah segera yang konkrit bagi melindungi golongan sasar daripada terus dihimpit tekanan kos sara hidup yang semakin meruncing.Dalam pada itu, PN turut mencadangkan agar kerajaan mengenakan cukai durian runtuh atau cukai tenaga sementara ke atas industri minyak dan gas, memandangkan Petronas terus menikmati keuntungan luar biasa daripada harga tenaga global dan eksport LNG.Menurut beliau, hasil cukai berkenaan membolehkan kerajaan melindungi ekonomi secara keseluruhan dan efektif melalui pemberian subsidi, pelepasan cukai mahupun insentif kos.Mengulas mengenai jurang harga domestik, Takiyuddin melahirkan kebimbangan mengenai perbezaan harga diesel yang ketara antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang kini kekal pada RM2.15 seliter, sekali gus mencetuskan persepsi beban kos yang tidak adil.Malah, beliau menegaskan harga diesel di Malaysia kini berisiko menjadi antara yang tertinggi di rantau ini walaupun negara merupakan pengeluar minyak dan gas.Beliau menarik perhatian kepada perbandingan harga setakat 1 April lalu yang menunjukkan harga diesel di Thailand kekal pada kadar RM4.99 seliter, Vietnam pada RM5.40 seliter, manakala di China pada RM4.80 seliter.Di Indonesia pula, harga bagi kegunaan peribadi adalah RM1.60 seliter manakala sektor komersial pada RM3.37 seliter.Justeru, PN mendesak kerajaan mewujudkan mekanisme penstabilan harga dengan menetapkan harga siling atau penampan bagi menghindari kenaikan harga secara mendadak.Tambahnya, ketelusan mengenai kadar pertukaran, kos, margin dan komponen fiskal dalam harga akhir adalah sangat penting bagi meningkatkan keyakinan awam serta menstabilkan sentimen pasaran pada masa ini.





Tuntutan subsidi diesel nelayan termasuk kategori Zon C2 akan diperincikan - Ahmad Zahid - Sinarharian - 2/04 12:38 am

PUTRAJAYA - Kerajaan akan memperincikan tuntutan bantuan subsidi diesel oleh nelayan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) susulan krisis tenaga global, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, perkara itu akan diperincikan mengambil kira lonjakan tanggungan kerajaan terhadap subsidi minyak daripada RM700 juta kepada RM3.5 bilion."Ini satu tanggungan yang amat berat. Jadi kita harus rasional dan semua pihak harus menerima hakikat ini bukan disebabkan faktor dalam negara tetapi disebabkan keadaan krisis di Asia Barat," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini hari ini.Ditanya sama ada nelayan laut dalam kategori Zon C2 turut diberi perhatian, Ahmad Zahid berkata, perkara itu akan dibincangkan secara menyeluruh dalam mesyuarat NACCOL, yang dijadualkan hari ini diikuti mesyuarat MTEN pada Selasa minggu depan.Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata, krisis global tenaga memberi tekanan langsung kepada kos sara hidup rakyat, khususnya 8.1 juta masyarakat luar bandar yang bergantung kepada subsidi bahan api dan rantaian logistik asas untuk meneruskan kehidupan harian."Dalam jumlah tersebut, pekebun kecil getah yang menyumbang kira-kira 84.7 peratus daripada pengeluaran getah asli negara merupakan golongan paling terdedah kepada peningkatan kos input dan ketidaktentuan harga komoditi," katanya.Selain itu, Ahmad Zahid berkata, lebih 224,000 komuniti Orang Asli kini berdepan cabaran apabila kenaikan kos bahan api menjejaskan bekalan air, pengangkutan pelajar, perkhidmatan kesihatan sertapenyaluran bantuan asas ke kawasan pedalaman."Jika gangguan berlarutan hingga Mei atau Jun, tekanan akan beralih daripada sekadar kos yang lebih tinggi kepada tekanan aliran tunai sebenar dalam komuniti luar bandar serta kemungkinan keperluan penambahan program bantuan oleh agensi kerajaan."Krisis ini bukan bersifat untuk menakut-nakutkan, tetapi untuk dihadapi dengan tindakan yang efektif dan berkesan," katanya.Beliau berkata, kerajaan telah bertindak secara proaktif melalui langkah mitigasi, termasuk memastikan kesinambungan subsidi, kestabilan harga serta intervensi bersasar bagi melindungi rakyat.Justeru, beliau berkata tanggungjawab KKDW ialah memastikan masyarakat luar bandar terus mampu bertahan daripada tempias krisis global ini





Mekanik maut motosikal rempuh kenderaan polis - Sinarharian - 2/04 10:22 am

ROMPIN - Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggang merempuh kenderaan polis yang sedang membelok masuk ke sebuah stesen minyak di Kilometer 134, Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini pada Rabu.Dalam kemalangan kira-kira jam 7.20 petang itu, mangsa, Mohd Faizal Ismail, 38, beralamat dari Felda Selendang 1 di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, pemandu van jenis MXS V80 6MT, anggota polis berusia 26 tahun bersama lima anggota lain (penumpang) tidak mengalami sebarang kecederaan.Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, van dipandu anggota dari Cawangan Pengangkutan Operasi itu dalam perjalanan pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin selepas selesai penugasan Ops Pangguni di Maran."Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR pula dipercayai dalam perjalanan dari tempat kerja di Kampung Sepakat ke rumah di Taman Nusa Puteri di sini."Ketika tiba di lokasi kejadian, semasa sedang membelok ke kanan, pemandu van telah memberikan laluan kepada beberapa kenderaan lain sebelum membelok masuk ke stesen minyak selepas mendapati laluan selamat," katanya.Sharif Shai berkata, ketika sedang membelok, van tersebut dilanggar motosikal ditunggang mangsa yang sedang bergerak lurus dari arah bertentangan."Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat."Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya





Kempen Sia Sitok Sarawak kembali ke MATTA Fair - Sinarharian - 2/04 9:45 am

KUALA LUMPUR - Ketika rakyat Malaysia mula merancang perjalanan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, kempen pelancongan berimpak besar kembali ke MATTA Fair, menjanjikan percutian hebat pada tahun ini.Sia Sitok Sarawak, kempen pelancongan hadir hanya di MATTA Fair dari 3 hingga 5 April depan, bertepatan dengan Visit Malaysia Year 2026 untuk para pengunjung.Diperkenalkan pada awalnya sebagai usaha untuk menghidupkan semula sektor pelancongan dan menyokong pemain industri, Sia Sitok Sarawak telah menarik perhatian pelancong tempatan dan luar negara ke Sarawak.Kini, pada tahun 2026, kempen ini kembali lagi dengan lebih 80 pakej tawaran yang terbaik.Di MATTA Fair Kuala Lumpur April 2026 tahun ini, Sia Sitok Sarawak 2026 menjadi tumpuan utama di Pavilion Sarawak, menawarkan penjimatan eksklusif pameran sehingga 40 peratus (%) bagi pakej percutian Sarawak yang dipilih khas, hanya tersedia sepanjang acara tiga hari.Di Pavilion Sarawak, ia direalisasikan melalui lebih 80 pakej terpilih yang ditawarkan oleh ejen pelancongan Sarawak berlesen, merangkumi destinasi di seluruh negeri.Ia bukan tawaran berasingan, tetapi pengalaman pelancongan yang digabungkan dalam tempoh minimum tiga hari dua malam (3H2M), merangkumi penginapan, lawatan berpandu, pengangkutan serta itinerari yang disusun rapi.Sebagai Gerbang ke Borneo, Sarawak membina kejayaan inisiatif Sia Sitok terdahulu, termasuk Sia Sitok Tours dan Sia Sitok Accommodation untuk memperkenalkan kempen yang lebih tersusun dan percutian yang lebih bermakna untuk pelancong masa kini.Fokusnya jelas iaitu lebih mudah, memberi lebih nilai dan menjadikan tempahan perjalanan lengkap ke Sarawak lebih menarik.Lebih penting lagi, ia menggalakkan rakyat Malaysia meneroka dengan lebih mendalam, tinggal lebih lama dan mengenal semula destinasi dalam negara.Sia Sitok Sarawak telah menjana lebih RM10.5 juta dalam jualan pada pelaksanaan awalnya, menyumbang kepada pemulihan kukuh dengan jutaan ketibaan pelawat.Ia juga meraih pelbagai pengiktirafan termasuklah Kempen Terbaik Tahunan di Malaysia Public Relations Awards 2024 serta Tourism Board Campaign of the Year Malaysia di Travel Trade Excellence Awards 2024.Perbezaannya terletak pada pengalamanDengan menggabungkan komponen secara berasingan, pelancong boleh mendapatkan keseluruhan perjalanan dalam satu pakej.Sama ada meneroka jalan warisan dan kehidupan tepi sungai di Kuching, menyusuri landskap hutan hujan dan pengalaman hidupan liar atau menemui tanah tinggi, gua serta tawaran pengembaraan di utara Sarawak, ia menjanjikan keindahan.Setiap itinerari mencerminkan kekuatan negeri ini iaitu Budaya, Pengembaraan, Alam Semula Jadi, Makanan dan Festival (CANFF) yang menawarkan kepelbagaian dan kedalaman dalam satu perjalanan.Bagi ramai rakyat Malaysia, perubahan ini hadir tepat pada masanya, permintaan terhadap itinerari singkat dan pengalaman yang bermakna.Sia Sitok Sarawak 2026 memenuhi kesemuanya, menawarkan penjimatan menarik, perjalanan tersusun serta akses kepada destinasi yang semakin mendapat perhatian.Penjimatan sehingga 40% hanya tersedia di MATTA Fair Kuala Lumpur April 2026 untuk tempahan yang dibuat secara fizikal di Pavilion Sarawak.Apabila pameran berakhir, tawaran juga tamat





Warga emas maut dilanggar ketika melintas jalan - Sinarharian - 2/04 8:23 am

GEORGE TOWN Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas hampir sembilan jam bertarung nyawa akibat dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 2.55 petang itu, mangsa berusia 71 tahun yang merupakan pejalan kaki dilaporkan dilanggar sebuah kereta dipandu lelaki tempatan berusia 19 tahun.Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, siasatan awal mendapati, kereta berkenaan dalam perjalanan dari Bayan Lepas menuju ke pusat bandar sebelum terlibat dalam kemalangan berhampiran Bulatan Bayan Lepas."Akibat perlanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut."Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.05 tengah malam pada Khamis ketika menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Tambah beliau, pemandu kereta berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan."Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian," ujarnya.Terdahalu, tular satu klip video memaparkan seorang lelaki warga emas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di lintasan zebra dipercayai di kawasan Bayan Lepas.Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa cedera parah lalu dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut





Penyedia perkhidmatan akaun direman disyaki kemuka tuntutan perjalanan .. - Mgazette - 2/04 12:37 am

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2023 sehingga 2025. Suspek dipercayai telah mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan-tuntutan seperti perjalanan dan pengangkutan; yuran perakaunan; pembelian genset dan diesel; pembayaran kad kredit; tuntutan keraian; perbelanjaan ke atas hartanah, loji dan peralatan (PPE), tuntutan tunai runcit (_petty cash_); tuntutan belanja yang tidak dikenal pasti; tuntutan pembayaran kerja-kerja landskap serta pembayaran gaji, katanya





Anthony Loke ziarah isteri Amirul Hafiz, serah sumbangan peribadi - Mgazette - 2/04 12:37 am

# Anthony Loke ziarah isteri Amirul Hafiz, serah sumbangan peribadi KUALA LUMPUR Menteri Pengangkutan, Anthony Loke petang tadi menziarahi isteri Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang terbunuh dalam kemalangan disebabkan pemandu mabuk dan di bawah pengaruh dadah dalam kejadian Ahad lalu





Motosikal Minyak Mahal, Mforce Umum Rebat Sehingga Rm2,400 Untuk Skuter Ev .. - Mekanika - 2/04 12:37 am

Menurut MForce, kempen MForce.Cas ini akan berjalan dari 1 April hingga 30 Jun 2026. Menariknya, semua skuter elektrik yang mendapat kelulusan VTA dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah layak untuk menikmati rebat ini





Buletin Suzuki Potong Lagi Harga Motosikal Di Uk, Gsx-s1000gx Paling .. - Mekanika - 2/04 12:37 am

Selain itu, model-model lain seperti GSX-S1000, Katana, Burgman Street 125EX dan Avenis 125 turut tersenarai dalam model yang telah dikurangkan harganya sepanjang tahun lalu. Bagi penunggang UK dengan lesen percubaan atau memerlukan pengangkutan harian di dalam bandar, Suzuki menawarkan harga baharu untuk GSX-S125 dan GSX-R125 pada 3,999 (RM21,434)





Anthony Loke ziarah keluarga arwah Amirul Hafiz, serah bantuan peribadi - Harapandaily - 1/04 9:37 pm

Kunjungan Menteri Pengangkutan Anthony Loke bersama Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli ke rumah keluarga arwah Amirul Hafiz Omar di Klang petang tadi membawa mesej yang lebih besar daripada sekadar lawatan rasmi





LPKP Sarawak perkenal 6 laluan baharu Bas.My Kuching - Thempress - 1/04 6:33 pm

KUCHING – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak secara rasminya melancarkan enam laluan baharu perkhidmatan Bas.My Kuching secara serentak, dalam usaha memperluas akses dan kesalinghubungan pengangkutan awam untuk kemudahan penduduk…





Harga diesel di Semenanjung melepasi RM6 seliter - Sinarharian - 1/04 6:15 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Harga runcit bagi diesel di Semenanjung terus meningkat pada RM6.02 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 April susulan krisis tenaga dunia yang berlanjutan.Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 50 sen berbanding tempoh sebelumnya, RM5.52 seliter.Kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataan memaklumkan, krisis berkenaan telah mendorong lonjakan harga minyak mentah Brent global melebihi 40 peratus sehingga melepasi paras AS$100 setong."Lebih kritikal, harga minyak yang diproses bagi petrol dan diesel juga melambung tinggi masing-masing pada harga AS$150 setong dan AS$250 setong, sekali gus memberi tekanan kepada harga jualan runcit bagi kedua-dua produk berkenaan," kata kenyataan itu pada Rabu.Menurut MoF, harga runcit bagi RON 97 menurun sebanyak 2 sen menjadikannya pada kadar baharu, RM4.95 seliter berbanding sebelum ini, RM5.15.Jelas kenyataan itu, harga runcit RON95 tanpa subsidi kekal pada paras RM3.87 seliter."Kerajaan masih mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu seperti seperti RON95 (BUDI95) pada kadar RM1.99, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan (RM2.15), Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (RM2.05) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (RM2.15) bagi setiap liter," jelas MoF.Selain itu had kelayakan BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan, Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan turut melaksanakan had pengisian diesel bagi mengekang ketirisan dan penyeludupan di Sabah, Sarawak dan Labuan.Bagi kenderaan ringan pengangkutan darat awam barangan dan persendirian, ia dihadkan sehingga 50 liter setiap pembelian dan kenderaan pengangkutan darat awam serta barangan tidak melebihi tiga tan pula dibenar sehingga 100 liter pada setiap pembelian."Kenderaan yang melebihi tiga tan dibenar membuat pembelian sehingga 150 liter setiap kali," kata kenyataan itu.Sebagai langkah interim juga, kerajaan sedang mempertimbangkan langkah-langkah jangka sederhana dan panjang bagi memastikan mekanisme subsidi kekal mampan, telus dan memanfaatkan rakyat dengan mengambil kira perkembangan semasa krisis tenaga global serta implikasi terhadap pasaran tenaga global."Kerajaan komited untuk memastikan rakyat tidak menanggung sepenuhnya kesan kenaikan harga minyak global."Sejak krisis Asia Barat meletus, kerajaan tidak mengapungkan sepenuhnya harga runcit di pam malah masih menampung sebahagian kos subsidi petrol dan diesel bagi tempoh tiga minggu berturut-turut," jelas MoF.Justeru, MoF berkata, usaha mengekalkan harga petroleum bersubsidi kepada rakyat serta sektor tertentu akan terus diperkukuh bagi membendung kenaikan harga barangan dan melindungi kesejahteraan rakyat.





Op Tiris 4.0: 809 stesen minyak dipantau KPDN Selangor - Sinarharian - 1/04 5:17 pm

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenal pasti 809 stesen minyak di Selangor yang aktif beroperasi termasuklah 79 syarikat pemborong diesel bagi pemeriksaan Op Tiris 4.0.Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, ini bagi memastikan pematuhan peraturan kawalan bekalan barang kawalan petrol RON95 dipatuhi.Menurutnya, pada masa yang sama, KPDN Selangor turut memeriksa prestasi keberadaan bekalan bahan api supaya tidak terjejas."Pemeriksaan KPDN Selangor memfokuskan kepada perkara penting berikut iaitu pemantauan ke atas kenderaan pendaftaran asing untuk pematuhan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 2026."Kita juga memeriksa status tentusah mesin pengisian pam supaya masih dalam status sah digunakan selain pemeriksaan kenderaan perdagangan serta aktiviti pengisian bahan api ke dalam tong atau bekas," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, KPDN Selangor mengatur pemeriksaan di stesen minyak secara terancang dengan mengenal pasti stesen yang perlu diberi pemeriksaan lebih kerap berdasarkan trafik kenderaan.Tambah Muhamad Hanif, pihaknya juga mempertingkatkan kekerapan Pasukan Unit Rondaan Bermotosikal KPDN Selangor untuk meronda di sekitar stesen minyak sebagai isyarat keberadaan anggota."Kehadiran anggota akan direkodkan melalui Buku Rondaan Bermotosikal KPDN yang ditempatkan di stesen minyak dilawati," ujarnya.Dalam pada itu, katanya lagi, KPDN Selangor menjalankan kerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor sebagai langkah intervensi dan menyelia aktiviti perdagangan melibatkan barang kawalan bahan api di laut dan darat."Orang ramai dinasihat agar tidak sesekali mencipta suasana panik semasa membuat pembelian bahan api."KPDN tidak sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingkar dan gagal mematuhi peraturan ditetapkan," ujarnya.Jelasnya, sebarang maklumat boleh disalurkan di WhatsApp 019-848 8000, portal e-Aduan KPDN URL





Penyedia akaun ditahan SPRM disyaki kemuka dokumen palsu tuntutan RM4 juta - Sinarharian - 1/04 5:09 pm

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penyedia perkhidmatan akaun sebuah syarikat perkhidmatan perundingan pengurusan perniagaan di ibu negara kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan berjumlah kira-kira RM4 juta.Lelaki berusia lingkungan 30-an itu telah direman selama empat hari sehingga 4 April selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pada Rabu.Menurut sumber, suspek lelaki itu ditahan kira-kira jam 8 malam pada Selasa ketika hadir memberi keterangan di pejabat Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya."Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2023 hingga 2025."Suspek dipercayai telah mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan seperti perjalanan dan pengangkutan, yuran perakaunan, pembelian genset dan diesel, pembayaran kad kredit, tuntutan keraian, perbelanjaan ke atas hartanah, loji dan peralatan (PPE), tuntutan tunai runcit (petty cash), tuntutan belanja yang tidak dikenal pasti, tuntutan pembayaran kerja-kerja landskap serta pembayaran gaji," katanya.Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.





Juruteknik mabuk didakwa bunuh penghantar makanan Juruteknik mabuk didakwa .. - Mgazette - 1/04 3:50 pm

Isteri mangsa, Nor Nadia Abdul Majid, 32, turut hadir ke mahkamah bagi mendengar pertuduhan. Sebelum ini, suspek yang positif alkohol dan dadah, ditahan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol





Wanita penghantar barang maut kereta terbabas - Mgazette - 1/04 3:50 pm

Mayat dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan, katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima hingga 10 tahun dan denda antara RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu sehingga lima tahun.- MalaysiaGazette





'Nyawa dibalas nyawa, saya bersyukur dia telah didakwa' - Nor Nadia menangis di mahkamah - Sinarharian - 1/04 3:07 pm

KLANG Isteri penunggang motosikal yang maut dirempuh seorang pemandu hingga melambung ke atas sebuah kereta, berpuas hati apabila lelaki yang disiasat berhubung kemalangan itu didakwa atas pertuduhan membunuh.Nor Nadia Abdul Majid, 32, juga menangis ketika pegawai dari bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Klang Selatan, menyapanya selepas pertuduhan dibuat."Saya bersyukur dia telah didakwa, Alhamdulillah. Saya hanya ada satu perkara untuk dikatakan, nyawa dibalas nyawa."Saya lega, rasa beban dah kurang sikit, syukur," katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Sementara itu, peguam, Mohd Faizi Che Abu yang mewakili Nor Nadia berkata, ahli keluarga anak guamnya berpuas hati dengan pertuduhan berkenaan.Katanya, sebelum ini tertuduh disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian akibat memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Beliau berkata, seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak lebih RM100,000, jika sabit kesalahan."Kaedah untuk membuktikan kes diserahkan kepada pihak pendakwaan dan kita menghormati serta menghargai keputusan yang diambil," katanya.Semasa prosiding, R Saktygaanapathy, 28, mengangguk tanda faham selepas didakwa membunuh Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat, di sini pada jam 11.47 pagi, 29 Mac lalu.Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman gantung, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.Dalam pada itu, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan memberikan dirinya dadah disyaki jenis Benzo dan Tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badan, di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini pada jam 3.30 petang tarikh sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.Mengulas lanjut, Mohd Faizi yang hadir selaku peguam pemerhati berkata, mahkamah memberikan kebenaran kepada mereka untuk turut serta dalam prosiding terbabit.Katanya, kebenaran itu sekali gus memberikan kemudahan kepada mereka untuk mendapatkan fakta yang sahih daripada mahkamah, sebelum saman dan tindakan susulan daripada pihak insurans dapat dibuat.Beliau berkata, tertuduh dalam kes ini tidak diwakili peguam dan berkemungkinan ahli keluarga mahupun pihak mahkamah akan melantik wakil tersebut menjelang sebutan kes akan datang





Memandu mabuk hingga ragut nyawa bukan sekadar cuai - ADUN Permatang - Sinarharian - 1/04 12:50 am

SHAH ALAM - Kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian perlu diklasifikasikan semula sebagai culpable homicide not amounting to murder (menyebabkan kematian tanpa niat membunuh), selaras dengan prinsip undang-undang jenayah.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, cadangan tersebut dilihat relevan berikutan individu yang memilih untuk memandu di bawah pengaruh alkohol tidak lagi boleh dianggap sekadar kecuaian."Tindakan tersebut adalah satu keputusan sedar yang diketahui berpotensi tinggi menyebabkan kematian dan elemen kesedaran terhadap risiko inilah yang menjadi asas kepada konsep culpable homicide."Mahkamah dalam beberapa kes terdahulu telah menegaskan bahawa kecuaian melampau yang menunjukkan sikap tidak mengendahkan keselamatan orang lain boleh mencapai tahap liabiliti jenayah yang lebih serius," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, cadangan tersebut bukan bertujuan untuk menghukum secara melulu, sebaliknya memperbetulkan kedudukan undang-undang agar selari dengan tahap keseriusan perbuatan itu."Sehingga hari ini, kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan kematian masih kebanyakannya didakwa di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987."Walaupun hukuman telah diperketatkan, realitinya kes-kes seumpama ini masih berulang dan ini menunjukkan bahawa pendekatan sedia ada belum cukup memberi kesan pencegahan yang efektif," katanya.Nurul Syazwani berkata, sebarang pindaan undang-undang perlu dirangka dengan teliti agar tidak membebankan pembuktian pihak pendakwaan secara tidak realistik."Pendekatan terbaik adalah dengan mewujudkan kategori khusus yang menggabungkan elemen memandu mabuk dan menyebabkan kematian, dengan ambang pembuktian yang jelas serta hukuman yang setimpal."Nyawa manusia tidak boleh dinilai dengan ringan, undang-undang kita mesti berkembang seiring dengan realiti dan memastikan keadilan kepada mangsa serta keluarga mereka," tegas beliau.





MP DAP janji bantu keluarga mangsa, sokong tindakan tegas terhadap pemandu mabuk - Harapandaily - 1/04 11:18 am

Desakan untuk memperketatkan undang-undang terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah kembali menjadi tumpuan selepas satu lagi kejadian tragis meragut nyawa dan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Veraman, menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk memperkukuh peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan pesalah dikenakan hukuman yang lebih..





Langgar hingga melambung, lelaki didakwa bunuh penunggang motosikal - Sinarharian - 1/04 10:58 am

KLANG - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki yang tular dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal melambung dan terjatuh di atas sebuah kereta, didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, masing-masing satu pertuduhan membunuh dan kes dadah.R Saktygaanapathy, 28, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan kes bunuh dibacakan di hadapan Majistret, A Karthiyayini.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat, di sini pada jam 11.47 pagi, 29 Mac lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman gantung, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.Dalam pada itu, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan memberikan dirinya dadah disyaki jenis benzo dan Tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badan.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini pada jam 3.30 petang tarikh sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.Sementara itu, peguam, Mohd Faizi Che Abu yang mewakili isteri mangsa, Nor Nadia Abdul Majid, 32, hadir selaku peguam pemerhati.Semasa prosiding, Raja Zaizul Faridah berkata, pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh bagi kedua-dua kes."Disebabkan tertuduh mengaku bersalah atas kes dadah, saya mohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk laporan patologi dan fakta kes."Bagaimanapun, saya tidak menawarkan jaminan kerana dia masih berdepan kes bunuh yang mana ia termasuk dalam kes yang tidak boleh dijamin," katanya.Selepas mendengar perkara itu, Karthiyayini tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 3 Jun depan untuk sebutan semula kes.Pada Ahad, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di lokasi kejadian.Akibat pelanggaran itu, mangsa, lelaki tempatan itu tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Justeru, seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan awal dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.





Gangguan Tren Waktu Pagi Cetus Kebimbangan Penumpang - Murai - 1/04 10:26 am

Insiden Halangan Di Laluan Cetus Situasi Cemas Seorang pengguna pengangkutan awam berkongsi pengalaman mencemaskan apabila tren yang dinaikinya berdepan situasi luar jangka pada awal pagi





Rampas, lucut hak kenderaan pemandu mabuk, bawah pengaruh dadah - Sinarharian - 1/04 10:23 am

KUALA LUMPUR Kerajaan digesa melaksanakan pindaan melibatkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) bagi membolehkan kenderaan yang terlibat dalam kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah (DUI) dirampas serta dilucut hak, khususnya membabitkan kes kematian dan kecederaan parah.Pendukung Keselamatan Jalan Raya dan Pengangkutan Lestari, Shahrim Tamrin berkata, cadangan itu perlu direalisasikan melalui pengenalan klausa baharu di bawah Seksyen 44 APJ 1987 dengan mengambil model sedia ada dalam Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.Menurutnya, Malaysia sebenarnya sudah mempunyai asas perundangan dan keupayaan operasi yang mencukupi untuk melaksanakan mekanisme tersebut."Jika Malaysia boleh melucut hak lori komersial secara kekal kerana membawa muatan berlebihan, adalah logik dan adil untuk tindakan sama dikenakan terhadap kenderaan yang digunakan oleh pemandu mabuk atau khayal."Cadangan ini bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya merupakan lanjutan kepada undang-undang sedia ada yang wajar diperluaskan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, sebanyak 465 kenderaan komersial telah dirampas oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada tahun 2025 di bawah peruntukan APAD 2010, meningkat 85.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.Pada masa yang sama, katanya, hukuman sedia ada termasuk denda antara RM1,000 hingga RM2,000 dilihat tidak mencukupi dan perlu diperkasakan bagi mengekang pesalah berulang."Ramai pesalah menganggap denda sebagai kos untuk berseronok





"Mana pembunuh suami saya, nyawa balas nyawa" - Isteri penunggang motosikal - Sinarharian - 1/04 9:45 am

KLANG - "Mana pembunuh suami saya, nyawa balas nyawa."Kata isteri kepada Amirul Hafiz Omar, 33, penunggang motosikal yang maut dirempuh pemandu dipercayai mabuk di Jalan Raya Barat, di sini pada Rabu.Nor Nadia Abdul Majid yang tiba di Mahkamah Majistret di sini pada jam 9.53 pagi Rabu, diiringi peguamnya, Mohd Faizi Che Abu.Ibu kepada tiga anak yang masih kecil itu, memakai jubah hitam kelihatan sugul dan seakan-akan menahan diri daripada menangis ketika melangkah masuk ke mahkamah.Turut hadir memberi semangat kepada isteri mangsa ialah aktivis, Rafidah Ibrahim dan ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing.Seorang lelaki yang disiasat berhubung insiden memandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian di Jalan Raya Barat di sini, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Suspek berusia 20-an, memakai baju T berkolar warna putih, tiba pada jam 8.53 pagi dengan diringi pihak polis.Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey mengesahkan suspek berkenaan akan didakwa atas pertuduhan berkaitan insiden tersebut.Pada Ahad, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu dipercayai berada bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, pada jam 11.40 pagi.Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an, dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa.Akibat pelanggaran itu, mangsa, lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Justeru, seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.





Suspek langgar penunggang motosikal hingga melambung didakwa hari ini - Sinarharian - 1/04 9:27 am

KLANG Seorang lelaki yang disiasat berhubung insiden memandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian di Jalan Raya Barat di sini, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Suspek berusia 20-an, memakai baju T berkolar warna putih, tiba pada jam 8.53 pagi dengan diringi pihak polis.Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey mengesahkan suspek berkenaan akan didakwa atas pertuduhan berkaitan insiden tersebut.Pada Ahad, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu dipercayai berada bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, pada jam 11.40 pagi.Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an, dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa.Akibat pelanggaran itu, mangsa, lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Justeru, seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.





Kementerian Pengangkutan sahkan kapal Malaysia lalui Selat Hormuz tanpa caj tol - Careta - 1/04 8:04 am

"Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi telah memaklumkan perkara ini kerana Malaysia dianggap sebagai negara sahabat dengan hubungan diplomatik yang kukuh, dan tiada caj tol dikenakan terhadap kapal Malaysia





Pemandu mabuk langgar penunggang motosikal di Klang akan didakwa esok - Mgazette - 1/04 8:00 am

Rakaman kejadian yang tular di media sosial itu memaparkan mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Honda City dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya. Jit Huey dilaporkan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952





Dianggap negara sahabat, kapal Malaysia lalui Selat Hormuz tidak dikenakan .. - Mgazette - 1/04 8:00 am

# Dianggap negara sahabat, kapal Malaysia lalui Selat Hormuz tidak dikenakan tol SHAH ALAM - Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan bahawa kapal Malaysia yang melalui Selat Hormuz ketika konflik di Asia Barat, tidak akan dikenakan sebarang caj tol





Harga makanan dijangka naik 50 peratus, Pas rayu kerajaan bertindak Harga .. - Mgazette - 1/04 8:00 am

Nurul Islam mengulas kenyataan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia yang menjangkakan harga makanan boleh meningkat sehingga 50 peratus susulan kenaikan kos minyak dan operasi. Presidennya, Datuk Seri Rosli Sulaiman pada Sabtu berkata, peningkatan itu disebabkan kos bahan mentah dan barangan asas dijangka meningkat berikutan kenaikan kos pengangkutan dan penghantaran yang kebanyakannya menggunakan kenderaan diesel





Tambang percuma tak jamin orang ramai kurang memandu, kata pakar - FMT - 1/04 7:30 am

Pakar berpendapat, isu utama bukanlah kos, sebaliknya ketiadaan akses jarak akhir dan jaringan pengangkutan awam yang lemah dorong orang ramai memandu.





Tambang percuma tak jamin orang ramai kurang memandu, kata pakar - Hotfm - 1/04 7:30 am

Pakar berpendapat, isu utama bukanlah kos, sebaliknya ketiadaan akses jarak akhir dan jaringan pengangkutan awam yang lemah dorong orang ramai memandu.





Dua murid cedera dalam kemalangan babitkan enam kenderaan - Sinarharian - 1/04 7:28 am

KAMPAR Dua kanak-kanak yang baru pulang dari sekolah cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Tualang Sekah, Malim Nawar di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.42 petang di Kilometer 4, Jalan Kuala DipangMalim Nawar.Menurutnya, kemalangan tersebut melibatkan lima buah kereta dan sebuah motosikal yang dipandu serta ditunggang individu berusia antara 19 hingga 59 tahun."Siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu wanita berusia 31 tahun bersama dua kanak-kanak keluar dari bahu jalan di hadapan sekolah berkenaan untuk bergerak ke arah Pekan Malim Nawar."Bagaimanapun, sebuah kereta jenis Proton Satria yang datang dari arah bertentangan dipercayai gagal dikawal sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh bahagian hadapan kenderaan tersebut hingga terbalik," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mohamad Nazri berkata, dalam kejadian sama, Proton Satria itu turut melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang seorang wanita berusia 19 tahun sehingga mangsa tercampak ke tengah jalan.Jelasnya, kemalangan itu turut menyebabkan beberapa kenderaan lain yang berada di lokasi tidak sempat mengelak lalu terlibat dalam pelanggaran berantai.Menurutnya, dua kanak-kanak berusia tujuh dan lima tahun yang merupakan penumpang kereta Perodua Viva mengalami kecederaan ringan di kepala manakala pemandu kenderaan itu hanya mengadu sakit di bahagian dada dan lutut.Katanya, penunggang motosikal pula mengalami kecederaan serius termasuk patah tulang rusuk kiri dan tulang pinggul kanan serta kini menerima rawatan di hospital."Siasatan lanjut mendapati punca kemalangan dipercayai disebabkan daripada pemandu Proton Satria yang gagal mengawal kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan."Pemerhatian awal mendapati tiada bau alkohol pada nafas pemandu, namun ujian lanjut termasuk ujian air kencing dan kandungan alkohol dalam darah masih dijalankan," jelasnya.Mohamad Nazri turut menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan kejadian kemalangan terbabit disebabkan pemandu mabuk kerana siasatan awal mendapati tiada tanda-tanda pemandu terbabit berada di bawah pengaruh alkohol.Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian tersebut.Jelasnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar atau balai polis berhampiran.Terdahulu menerusi hantaran di Facebook oleh Naib Ketua Pemuda Pas Kampar, Abdul Hadi Azman mendakwa kononnya kemalangan tersebut berpunca daripada pemandu mabuk.





Stesen minyak penuh gara-gara mahu habiskan kuota BUDI95 - Sinarharian - 31/03 9:20 pm

SHAH ALAM - Beberapa stesen minyak di Lembah Klang dilaporkan mengalami peningkatan jumlah kenderaan berikutan orang ramai ingin menghabiskan kuota subsidi RON95.Ini kerana bermula esok, kuota bahan bakar itu telah diselaraskan daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan untuk sementara sehingga bekalan RON95 kembali pulih.Menurut seorang peniaga, Noor Hafiza Che Abdullah, 36, dia mengambil peluang untuk menghabiskan kuota minyak yang berbaki 100 liter lagi."Suami saya hubungi saya untuk isi minyak kerana esok kerajaan akan selaraskan kepada 200 liter jadi saya isi penuh minyak dalam kereta," katanya kepada Sinar Harian.Pada Khamis lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi minyak tersebut berikutan konflik Asia Barat yang mengganggu bekalan minyak dan ekonomi dunia pada masa ini.Bagaimanapun kerajaan masih mengekalkan harga bagi seliter bahan bakar itu pada kadar RM1.99.Keputusan itu dibuat kerana berdasarkan kajian dan penelitian penggunaan bahan api tersebut, yang mana 90 peratus menggunakannya kurang dari 200 liter sebulan.Selain itu, had siling penggunaan BUDI95 bagi e-hailing dan pekerja gig dikekalkan kepada 800 liter sebulan.Bagi Sabah dan Sarawak pula, diesel subsidi akan terus diberikan pada kadar RM2.15 seliter, meskipun harga pasaran melambung naik.Bagi mengelakkan ketirisan berlaku, kerajaan turut menghadkan pengisian minyak bagi kenderaan ringan, pengangkutan darat awam, barangan dan persendiriankepada 50 liter, bagi setiap pembelian.Kenderaan pengangkutan darat awam dan barangan tidak melebihi 3 tan, maksimum 100 liter setiap pembelian dan kenderaan melebihi 3 tan, maksimum 150 liter setiap pembelian.Sementara itu, kenderaan dengan pendaftaran asing juga tidak dibenarkan untuk membeli minyak RON95 dan hanya boleh membeli minyak RON97.





Kementerian Pengangkutan Sahkan Kapal Malaysia Lalui Selat Hormuz Tanpa Caj Tol - Siakapkeli - 31/03 6:25 pm

Kementerian Pengangkutan Sahkan Kapal Malaysia Lalui Selat Hormuz Tanpa Caj TolSHAH ALAM, 31 Mac (Bernama) -- Menteri Pengangkutan





Kementerian Pengangkutan sahkan kapal Malaysia lalui Selat Hormuz tanpa caj tol - Sinarharian - 31/03 6:21 pm

SHAH ALAM - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan bahawa kapal Malaysia yang melalui Selat Hormuz ketika konflik di Asia Barat, tidak akan dikenakan sebarang caj tol.Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Putrajaya, pagi Selasa."Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi telah memaklumkan perkara ini kerana Malaysia dianggap sebagai negara sahabat dengan hubungan diplomatik yang kukuh, dan tiada caj tol dikenakan terhadap kapal Malaysia."Perdana Menteri juga berkongsikan perkara ini dalam mesyuarat MTEN," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian cek cura kepadaSekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chan Hwa di sini, Selasa.Berhubung kesan konflik Asia Barat terhadap sektor penerbangan domestik, Anthony berkata, setakat ini, tiada cabaran besarselain kenaikan kos bahan api, namun kementerian mengadakan libat urus secara berkala dengan pemain industri untuk memastikan keadaan terus terkawal."Beberapa syarikat penerbangan memberitahu kerajaan bahawa mereka mungkin akan merasionalisasikan operasi termasuk menggabungkan penerbangan bagi meningkatkan kecekapan





Op Selamat 2026: Pulau Pinang catat sifar kes pecah rumah - Sinarharian - 31/03 6:17 pm

GEORGE TOWN Polis Kontinjen Pulau Pinang mencatatkan sifar kes pecah rumah sepanjang pelaksanaan Op Selamat 2026 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dari 19 hingga 24 Mac lalu.Ia sekali gus membuktikan keberkesanan strategi rondaan pencegahan jenayah yang dilaksanakan.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, kejayaan itu dicapai hasil pendekatan proaktif serta komitmen berterusan seluruh warga pasukan dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara sepanjang musim perayaan.Menurutnya, sepanjang tempoh operasi, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kontinjen Pulau Pinang menerima sebanyak 474 laporan balik kampung melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) serta borang fizikal di balai polis."Berdasarkan maklumat tersebut, polis telah melaksanakan sebanyak 13,953 penugasan rondaan melibatkan Mobile Patrol Vehicle (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) secara terancang, berfokus dan menyeluruh."Penugasan ini turut mengambil kira lokasi kediaman yang ditinggalkan serta analisis trend jenayah lampau bagi memastikan tindakan pencegahan jenayah dapat dilaksanakan secara lebih berkesan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Dalam pada itu, beliau berkata, penguatkuasaan trafik turut dipertingkatkan apabila sebanyak 10,681 saman dikeluarkan sepanjang operasi berkenaan, meningkat sebanyak 2,303 saman berbanding Op Selamat 24/2025.Katanya, peningkatan tersebut mencerminkan tahap penguatkuasaan yang lebih tegas serta kehadiran polis yang lebih proaktif dalam memastikan pematuhan undang-undang jalan raya.Mengulas lanjut, beliau berkata, kadar kemalangan maut kekal terkawal dengan hanya empat kes direkodkan dan tidak melebihi sasaran yang ditetapkan berdasarkan Op Selamat 24/2025."Daripada jumlah tersebut, hanya satu kes dilaporkan berlaku di kawasan hotspot, sekali gus menunjukkan keberkesanan penugasan dan pemantauan di lokasi berisiko tinggi."Terima kasih kepada masyarakat yang memberikan kerjasama baik dengan menyalurkan maklumat melalui aplikasi VSP."Kerjasama erat antara polis dan komuniti amat penting dalam memperkukuh usaha pencegahan jenayah serta memastikan keselamatan harta benda masyarakat sentiasa terpelihara, khususnya sepanjang musim perayaan," katanya.Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa bermula 1 Januari tahun ini, struktur baharu pembayaran saman trafik diperkenalkan menerusi konsep "The Less You Delay, The Less You Pay".Jelasnya, di bawah struktur itu, diskaun 50 peratus diberikan bagi bayaran dalam tempoh 1 hingga 15 hari pertama, diikuti diskaun 33 peratus bagi tempoh 16 hingga 30 hari, manakala kadar maksimum RM300 dikenakan bagi bayaran antara 31 hingga 60 hari."Bagi tempoh 61 hari ke atas, tindakan mahkamah atau senarai hitam akan dikenakan."Orang ramai boleh membuat semakan dan pembayaran saman melalui aplikasi atau portal MyBayar PDRM, MyJPJ, kaunter atau kiosk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta di pejabat Pos Malaysia," katanya lagi.





Krisis tenaga bukan gurauan, rakyat digesa berjimat - Harapandaily - 31/03 5:55 pm

Rakyat Malaysia tidak harus memandang ringan keadaan krisis di Asia Barat yang semakin meruncing, tegas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke





Cadangan naik, perluas subsidi diesel kepada pemain industri pertanian dibawa ke Kabinet - Sinarharian - 31/03 5:41 pm

PUTRAJAYA - Cadangan menaikkan dan memperluaspemberian subsidi diesel kepada pemain industri pertanian termasuk pesawah, petani dan nelayan akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri esok bagi pertimbangan lanjut.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, cadangan itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pagi tadi sebagai langkah segera untuk mengurangkan tekanan kos operasi sektor pengeluaran makanan negara.Beliau berkata, antara langkah yang dicadangkan ialah memperluas pemberian subsidi diesel melalui sistem kad fleet kepada lebih ramai pemain sektor pertanian, selain meneliti kemungkinan menaikkan kadar subsidi sedia ada."Cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri esok untuk diputuskan," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Program Pemerkasaan Industri Ruminan Negara Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) Bersama Pemain Industri di sini, Selasa.Selain itu, Mohamad berkata, kerajaan juga sedang meneliti langkah-langkah segera bagi menghadapi kemungkinan kenaikan harga baja yang merupakan input penting dalam semua sektor pertanian dan boleh memberi kesan besar kepada penanam padi serta pengusaha sayur.Mohamadberkata, langkah tersebut penting memandangkan sektor pertanian dan perikanan kini berdepan peningkatan kos input termasuk bahan api, baja dan logistik susulan perkembangan geopolitik global.Beliau turut berkata, susulan sekatan eksport oleh China, kerajaan sedang meneliti sumber alternatif bagi import bajadengan beberapa negara lain termasuk Rusia yang telah menawarkan bekalan."Perbincangan lanjut akan dilakukan oleh pegawai kementerian bagi menentukan harga dan syarat yang sesuai," katanya.Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak berkata, Malaysia ketika ini masih mempunyai bekalan makanan ternakan yang mencukupi kerana import telah dibuat sebelum konflik Asia Barat tercetus.Bagaimanapun, katanya,bekalan dijangka berkurangan dalam tempoh kira-kira sebulan dan perlu ditambah melalui import baharu.Beliau berkata, sumber makanan ternakan banyak diimport dari negara seperti Argentina dan Brazil dan setakat ini bekalan masih mencukupi, namun faktor utama yang berpotensi memberi kesan kepada harga ialah kos pengangkutan.Sementara itu, Ishamberkata, projek percubaan tanaman jagung bijiandi Cuping, Perlis dan Kota Belud, Sabah yang bertujuan mengurangkan kebergantungan import telah menunjukkan hasil yang baik dan kementerian itu bakalmelancarkan program penanaman jagung bijian negara secara besar-besaran di Cuping pada Jun ini."Kita bercadang dalam masa empat tahun lagi, kita mempunyai Kadar Sara Diri (SSR) sebanyak 30 peratus jagung bijian bagi menampung makanan ternakan negara," katanya





Kes pemandu mabuk: Bantuan keluarga mangsa akan segera disalurkan- Ahli Parlimen Klang - Sinarharian - 31/03 5:10 pm

SHAH ALAM - Penyaluran bantuan kepada keluarga mangsa penunggang motosikal, Amirul Hafiz Omar yang maut akibat dirempuh pemandu mabuk akan disegerakan.Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Veraman berkata, pihaknya memberi jaminan berhubung perkara tersebut termasuk sokongan kebajikan bagi meringankan beban mereka."Dalam masa sama, Klang menyokong cadangan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk memperketatkan undang-undang terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah."Kejadian yang meragut nyawa seperti ini bukan sekadar kemalangan, tetapi satu bentuk kecuaian serius yang tidak boleh diterima," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.Sinar Harian pada Ahad melaporkan, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, kira-kira jam 11.40 pagi tadi.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, berkata kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal serta dua kereta iaitu Honda City dan Perodua Myvi.Ganabatirau turut menggesa agar siasatan dijalankan dengan segera dan tindakan tegas diambil terhadap pesalah."Tiada kompromi apabila melibatkan nyawa rakyat," ujarnya.





Kos bahan api melonjak, Loke jangka tambang udara naik - Hotfm - 31/03 4:15 pm

Menteri pengangkutan berkata, kerajaan tak campur tangan kawal harga kerana khuatir syarikat penerbangan tak mampu tanggung kos.





Kos bahan api melonjak, Loke jangka tambang udara naik - FMT - 31/03 4:15 pm

Menteri pengangkutan berkata, kerajaan tak campur tangan kawal harga kerana khuatir syarikat penerbangan tak mampu tanggung kos.





'Fleet card' diesel perlu diperluas ke sektor kritikal AMK Melaka - Sinarharian - 31/03 3:57 pm

MELAKA - Pelaksanaan sistem 'fleet card' diesel perlu diperluaskan kepada sektor kritikal lain yang turut terkesan dengan kenaikan harga bahan api tersebut.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka, Hakimin Mokhtar berkata, ketika ini pelaksanaan sistem berkenaan lebih tertumpu kepada sektor logistik dan pengangkutan barangan, sedangkan banyak sektor lain bergantung kepada diesel bagi operasi harian.Menurutnya, antara sektor yang perlu diberi perhatian termasuk pertanian dan pesawah, industri perikanan kecil, pembinaan, pengangkutan perkhidmatan seperti bas sekolah dan bas pekerja, serta pengurusan sisa."Sebagai contoh, kenderaan seperti lori Roll-on Roll-off (RoRo) masih belum diliputi secara menyeluruh dalam sistem kad armada walaupun memainkan peranan penting dalam pengurusan sisa dan kebersihan bandar."Jika kos operasi terus meningkat, ia bukan sahaja menekan pengusaha, malah boleh memberi kesan kepada perkhidmatan asas kepada rakyat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, berdasarkan data kerajaan, daripada 389,000 kenderaan berdaftar, hanya sekitar 209,000 telah memohon 'fleet card'."Ini bermakna masih terdapat sekitar 180,000 kenderaan dalam sektor kritikal yang belum menerima manfaat subsidi diesel."Keadaan ini menunjukkan masih wujud jurang pelaksanaan yang perlu diberi perhatian segera oleh kerajaan," katanya.Tambahnya, peluasan sistem'fleet card'bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan kos operasi, malah memastikan subsidi diesel disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.Ujar beliau, langkah itu juga penting bagi menjamin kelangsungan rantaian bekalan selain menyokong pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan.





Anthony Loke: Tiada Belas Kasihan Buat Pemandu Mabuk dan Dadah - Careta - 31/03 3:40 pm

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata insiden seperti itu bukan sahaja meragut nyawa orang tidak berdosa, malah merupakan satu bentuk kecuaian jenayah yang tidak boleh diterima sama sekali





Lagi kemalangan babitkan pemandu mabuk di Kajang awal pagi tadi Lagi .. - Mgazette - 31/03 3:38 pm

Menurut Naazron, hasil siasatan mendapati pemandu SUV berusia 51 tahun berkenaan positif alkohol dan kini direman dua hari bagi membantu siasatan lanjut. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987





Konflik memuncak, ekonomi terancam, apa pelan kerajaan? – HAKS - Mgazette - 31/03 3:38 pm

"Krisis ini dijangka memberi kesan langsung kepada Malaysia sebagai negara pengimport bersih bahan api. Antaranya termasuk kenaikan harga RON95 dan diesel susulan lonjakan harga minyak global, peningkatan kos sara hidup akibat harga barangan dan pengangkutan yang lebih tinggi, serta tekanan fiskal kepada kerajaan sekiranya subsidi bahan api dikekalkan," jelasnya





Buletin Cadang Pinda Akta 333, Wajibkan Pemandu Mabuk Bayar Ganti Rugi ??? .. - Mekanika - 31/03 3:37 pm

# CADANG PINDA AKTA 333, WAJIBKAN PEMANDU MABUK BAYAR GANTI RUGI ANTHONY LOKE **Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mewajibkan pesalah membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa, selain daripada hukuman penjara yang dikenakan.** Menterinya, Anthony Loke berkata langkah itu selaras pendirian kerajaan yang tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah kerana ia jelas membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain





Nyawa rakyat bukan bahan eksperimen - Harakahdaily - 31/03 3:04 pm

KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan menuntut penjelasan segera daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung kegagalan pendekatan sedia ada serta apakah tindakan konkrit dan drastik yang akan diambil ke atas pemandu mabuk





Akta Pekerja Gig 2025 dilancar, lebih 1.64 juta terima manfaat holistik - Sinarharian - 31/03 3:03 pm

PUTRAJAYA - Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) secara rasminya mula berkuat kuasa pada Selasa, dengan anggaran lebih 1.64 juta individu yang terlibat dalam ekonomi gig di negara ini menerima pelbagai manfaat.Ia meliputi perlindungan hak pekerja, ketelusan perjanjian perkhidmatan, larangan diskriminasi, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, jaminan keselamatan sosial melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta mekanisme penyelesaian pertikaian yang jelas menerusi Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) dan Tribunal Pekerja Gig.Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, pekerja gig kini tidak perlu khuatir kerana akta menyediakan perlindungan perundangan yang holistik dan golongan tersebut akan kekal bekerja secara fleksibel, malah Akta 872 juga tidak mengganggu ekosistem gig itu sendiri.Menurutnya, Malaysia mengambil pendekatan itu selepas mengadakan kajian memahami amalan global seperti Amerika Syarikat (AS), Singapura dan India sebelum memperkenalkan kerangka perundangan khusus bagi melindungi pekerja gig secara komprehensif.Ramanan turut mendefinisikan pekerja gig kepada tiga perkara utama iaitu individu mesti warganegara atau pemastautin tetap (PR) di Malaysia, membuat perjanjian dengan entiti kontrak sama ada penyedia platform mahupun tanpa platform dan menerima pendapatan bagi setiap perkhidmatan."Contoh pekerja gig yang membuat perjanjian perkhidmatan dengan penyedia platform ialah pekerja e-hailing dan p-hailing, manakala pekerja gig tanpa platform merujuk kepada golongan dalam sektor lakonan, aktiviti perfileman serta muzik, terjemahan, kewartawanan dan lain-lain seperti disenaraikan di bawah jadual Akta 872."Saya ambil maklum ada pihak yang mempersoalkan tentang takrifan pekerja gig di dalam akta ini turut meliputi PR di Malaysia."Ingin saya tegaskan yang Akta 872 bukan cuma melindungi pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing sahaja, tetapi juga pekerja gig tanpa platform yang berada di dalam sembilan sektor perkhidmatan ini." katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media Akta Pekerja Gig 2025 yang diadakan di Menara PERKESO, di sini.Oleh yang demikian, tegas Ramanan, pihaknya memberi jaminan tiada isu berbangkit yang mengatakan akta itu bertentangan dengan dasar dan perundangan kerajaan sedia ada.Ramanan menambah, Majlis Perundingan Gig (MPGIG) yang merupakan platform triparti antara wakil kerajaan, pekerja gig dan entiti kontrak turut ditubuhkan dalam akta berkenaan.Jelasnya, ia berperanan menasihati dan membuat syor kepada kerajaan berkaitan kadar pendapatan minimum, formula serta standard minimum yang bakal diguna pakai berdasarkan sektor, kawasan wilayah, jenis pekerja gig atau perkhidmatan.Kata menteri itu lagi, ia juga berfungsi sebagai platform dialog, rundingan dan khidmat nasihat tentang dasar serta isu-isu berbangkit dalam sektor gig yang melibatkan pemegang taruh berkaitan selain analisis data dan penyelidikan.Atas dasar itu, Ramanan memaklumkan bahawa kementerian telah melantik seramai 26 anggota MPGIG dengan tarikh kuat kuasa pelantikan mulai 1 April dan majlis bakal bermesyuarat pada 3 April ini."Saya faham isu kadar pendapatan pekerja gig antara masalah utama yang sering dibangkitkan kelompok ini."Justeru, ini memang menjadi agenda awal yang akan dirunding dan dibincangkan secara bersama melalui MPGIG bagi mendapatkan jalan penyelesaian tuntas," ujarnya.SEGiM selaku badan penyelaras tunggal ekonomi gig MalaysiaSementara itu, Ramanan berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig (SEGiM) selaku badan penyelaras tunggal ekonomi gig di negara ini yang bakal melibatkan penggubalan dasar, penyelaras pelaksanaan serta pemantau industri gig.Dalam hal tersebut, Ramanan berpendapat bahawa penubuhan suruhanjaya itu adalah langkah yang strategik untuk memastikan tadbir urus ekosistem gig dilaksanakan secara menyeluruh, tersusun dan berkesan."Ia juga sejajar penggubalan Akta 872 yang merupakan asas perundangan untuk melindungi hak dan kebajikan pekerja, salah satu komponen di bawah SEGiM."Dengan berkuatkuasanya Akta 872 ini, sekarang pekerja gig boleh membuataduan mengenai pekerjaan gig seperti isu bayaran pendapatan, pengantungan akaun atau perlanggaran syarat perjanjian, katanya.Bagi memudahkan pekerja gig, Ramanan memberitahu, kementerian menyediakan sistem e-Aduan sebagai platform utama bagi penerimaan aduan, pertanyaan atau maklum balas daripada pekerja gig."Sistem ini boleh dilayari melalui laman web kementerian di pautan https://eaduan-gig.mohr.gov.my/ mulai 1 April."Selain itu, selaras dasar 'No Wrong Door Policy', pekerja gig juga boleh datang ke mana-mana jabatan atau agensi di bawah Kesuma untuk buat aduan dan proses memakan masa maksimum 21 hari bekerja," jelasnya.Menyingkap semula proses memperjuangkan penggubalan akta tersebut bermula 2024 dan kemudiannya diluluskan di Parlimen, Kesuma mengadakan 37 siri sesi libat urus membabitkan 3,873 peserta dalam kalangan agensi kerajaan, kesatuan sekerja, persekutuan majikan, persatuan, penyedia platform, majikan, pekerja gig, ahli akademik serta warga universiti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.Pandangan semua pihak diambil kira termasuk ulasan Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Digital dan Kementerian Ekonomi.





Pemandu Range Rover disyaki mabuk rempuh van dinaiki enam individu - Sinarharian - 31/03 2:15 pm

KAJANG - Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover Velar disyaki mabuk melanggar van dinaiki enam individu dalam kejadian di Jalan Pintasan KajangSemenyih di sini awal pagi Selasa.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, kenderaan SUV dipandu lelaki tempatan berusia 51 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang van jenis Mazda E1800 Wagon."Akibat pelanggaran tersebut, van terbabit terbalik di bahu kiri jalan, pemandu bersama lima penumpang berusia antara tujuh hingga 51 tahun mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Kajang serta Hospital Serdang."Manakala, pemandu Range Rover tidak mengalami sebarang kecederaan, lelaki itu direman dua hari bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Nurul Shaffika Mohd Shair di talian 013-2091766 bagi membantu siasatan."Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan serta mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," ujarnya.





KDNK Malaysia diunjur berkembang 4 hingga 5 peratus pada 2026 - BNM - Sinarharian - 31/03 1:16 pm

Pada masa sama, pelbagai dasar bersasar terus dilaksanakan bagi membantu golongan memerlukan," katanya pada sidang media Dialog Tahunan BNM di Sasana Kijang, Kuala Lumpur pada Selasa.Tambahnya, sektor luaran pula dijangka kekal berdaya tahan meskipun berdepan tekanan daripada konflik Timur Tengah serta ketidaktentuan berkaitan tarif perdagangan."Bagi pelaburan, perkembangan adalah menggalakkan apabila kelulusan pelaburan meningkat kepada RM427 bilion pada tahun 2025 manakala kadar pelaksanaan projek pembuatan kekal tinggi sekitar 85 peratus."Dasar yang jelas, insentif pelaburan, pelbagai rantaian bekalan infrastruktur kukuh serta tenaga kerja berkemahiran tinggi terus menjadi faktor tarikan utama pelabur. Pengembangan kapasiti sektor swasta kini semakin rancak, khususnya dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta elektrik dan elektronik (E&E)," katanya.Beliau berkata, kemajuan di bawah pelan induk nasional serta pelaburan awam berskala besar termasuk dalam tenaga boleh baharu dan pengangkutan akan terus memperkukuh kapasiti produktif negara pada masa hadapan."Dari segi perdagangan, pertumbuhan eksport sebenar dijangka sederhana pada kadar 2.8 peratus berikutan persekitaran luaran yang mencabar."Namun, Malaysia mempunyai asas eksport pelbagai tanpa kebergantungan kepada satu pasaran sahaja."Negara juga mengeksport pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan daripada komoditi hingga perkhidmatan berteknologi tinggi."Peningkatan pelaburan pusat data turut menyokong eksport perkhidmatan ICT serta memberi kesan limpahan kepada sektor lain," jelasnya.Menurutnya, sektor E&E negara pada kedudukan baik dan dijangka mendapat manfaat daripada permintaan kukuh terhadap semikonduktor khususnya dalam menyokong perkembangan kecerdasan buatan (AI) serta pelaburan pusat data yang sedang direalisasikan."Jika dilihat dari sudut kemajuan industri E&E, negara memainkan peranan penting dalam rantaian nilai global





Amanah cadang hukuman sebat pemandu mabuk sebabkan kematian - Sinarharian - 31/03 11:47 am

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) mencadangkan agar hukuman sebat dikenakan ke atas pemandu mabuk menyebabkan kematian, bagi mencerminkan keseriusan jenayah berkenaan setaraf dengan kesalahan berat lain.Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, walaupun kerajaan telah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan meningkatkan tempoh penjara sehingga 20 tahun, kes kemalangan maut melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol dilihat masih berleluasa.Menurutnya, peruntukan di bawah Seksyen 44(1) akta itu yang menetapkan hukuman penjara 10 hingga 15 tahun bagi kesalahan pertama serta 15 hingga 20 tahun bagi kesalahan kedua, masih belum memadai sebagai langkah pencegahan yang efektif."Hukuman sebat biasanya dikenakan ke atas kesalahan jenayah serius seperti rogol, rompak dan dadah





Australia Tawar Pengangkutan Awam Percuma, Ini Pula Antara Langkah Negara Lain Tangani Krisis Bahan Api - Siakapkeli - 31/03 11:21 am

Australia Tawar Pengangkutan Awam Percuma, Ini Antara Langkah Negara Lain Tangani Krisis Bahan Api Konflik Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz telah menyebabkan kos bahan api meningkat mendadak sepanjang bulan lalu.





Memandu bawah pengaruh alkohol hingga sebabkan kematian dikategorikan jenayah berat - Sinarharian - 31/03 11:04 am

KUALA LUMPUR - Kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga mengakibatkan kematian wajar diklasifikasikan sebagai jenayah berat, seiring dengan kesan serius perbuatan berkenaan yang meragut nyawa pengguna jalan raya tidak bersalah.Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Rozmi Ismail berkata, kesalahan terbabit juga boleh dipertimbangkan untuk diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Kita boleh bawa (siasat) Seksyen 302 Kanun Keseksaan ini supaya biar orang yang melakukan perbuatan (memandu di bawah pengaruh alkohol) ini serik."Ini kerana anda tahu bahawa tidak boleh memandu dalam keadaan mabuk tetapi tetap meneruskan pemanduan, perbuatan itu seperti ada niat (membunuh), namun ini terpulang kepada mahkamah untuk menilai tetapi siasatan boleh dijalankan mengikut Kanun Keseksaan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.Rozmi berkata, undang-undang sedia ada ketika ini perlu diperketat selain ditambah baik dengan memberi tumpuan kepada elemen keadilan kepada mangsa dan keluarga yang terkesan."Jika melihat kesan pada pihak mangsa, saya rasa ni sangat tidak adil. Maksudnya pesalah masuk penjara 10 tahun tetapi mangsa yang meninggal itu sudah meninggalkan anak-anak dan siapa nak menanggung," katanya.Beliau turut mencadangkan pendekatan kebajikan seperti konsep "diat" atau pampasan dalam undang-undang Islam dipertimbangkan bagi memastikan pelaku turut menanggung kehidupan keluarga mangsa.Di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987, individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah hingga menyebabkan kematian boleh dikenakan penjara maksimum 15 tahun, denda hingga RM100,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu 10 tahun atau lebih.Turut senada, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin mendesak pindaan segera Kanun Keseksaan bagi memastikan individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah dan menyebabkan kematian diklasifikasikan sebagai kesalahan jenayah berat setara bunuh tanpa niat dan bukan sekadar kesalahan trafik."Pendekatan ini penting bagi mengiktiraf hakikat bahawa perbuatan tersebut bukan lagi kecuaian biasa tetapi satu bentuk kecuaian melampau yang mempunyai implikasi maut terhadap orang awam," katanya.Sementara itu, Presiden Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH), Datuk Ahmad Fakhrul Anuar Ismail menggesa penguatkuasaan lebih tegas terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta mempertimbangkan penggunaan teknologi pengesan pemandu mabuk dalam kenderaan bagi mencegah tragedi sama berulang.Ahmad Fakhrul Anuar berkata perkembangan teknologi automotif seperti Driver Alcohol Detection System for Safety (DADSS) dan Driver Monitoring System (DMS) boleh dimanfaatkan sebagai langkah pencegahan."Teknologi seperti DADSS telah pun dibangunkan di Amerika Syarikat sebagai langkah pencegahan pemanduan mabuk dan Malaysia boleh mengadaptasi pendekatan teknologi seperti ini pada masa hadapan bagi memastikan kenderaan tidak boleh dipandu oleh individu yang berada di bawah pengaruh alkohol," katanya.Selain itu, beliau berkata terdapat juga teknologi DMS yang menggunakan kamera dan sensor bagi memantau tingkah laku pemandu termasuk tahap kewaspadaan, pergerakan mata dan corak pemanduan bagi mengesan keadaan pemandu yang tidak sedar diri, mengantuk atau berpotensi berada di bawah pengaruh bahan terlarang.Ahmad Fakhrul Anuar berkata, hukuman dan denda terhadap kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah perlu dikaji semula supaya lebih tegas dan memberi kesan pencegahan yang kuat.Satu rakaman video kemalangan tular di media sosial memaparkan sebuah kereta dipandu laju memotong garisan berkembar dan merempuh sebuah motosikal hingga mengakibatkan penunggangnya melambung sebelum tercampak ke atas kenderaan lain.Akibat kejadian terbabit, seorang penunggang motosikal berusia 30-an maut dilanggar pemandu kereta yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat di Klang, Selangor




Reformasi     >>



Diplomatik PMX mula membuahkan hasil - Harapandaily
Seorang wakil rakyat kerajaan menggesa orang ramai supaya terus meletakkan kepercayaan terhadap kepimpinan negara dalam menghadapi ketidaktentuan global susulan ketegangan di Asia Barat. ADUN Batu Uban, A. Kumaresan berkata, pendekatan diplomasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini mula menunjukkan ..
Kroni     >>



Rafizi sedang rasai apa yang dibuat kepada arwah .. - Utusan
KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkemungkinan sedang mendapat kifarah terhadap apa yang beliau lakukan selaku arkitek yang merangka strategi Langkah Kajang lebih 10 tahun lalu. Faekah Husin berkata, walaupun ..
Tabloid     >>



Papa Doakan Apa Adik Bisik Dimakbulkan Norman Hakim .. - Siraplimau
Perkongsian terbaharu pelakon Norman Hakim kembali mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik video penuh emosi di Instagram yang memaparkan momen bersama anak perempuannya, Marissa Dania. Video tersebut dimuat naik sekitar 10 jam lalu dan disertakan dengan kapsyen doa yang menyentuh hati ..
Tech     >>



Samsung Galaxy A27 runs Geekbench with a surprising .. - Gsmarena
Samsung unveiled the Galaxy A37 and Galaxy A57 in late March, and the Galaxy A27 should have joined them according to a rumor from November. Alas, it didn't, but it's definitely still in development. In fact, a prototype has now been spotted in the Geekbench online database. As you can see, it ..
World     >>



Trump mulls Nato withdrawal, stopping weapons to .. - Middleeasteye
Trump mulls Nato withdrawal, stopping weapons to Ukraine over Europe's response to Iran war Submitted by MEE staff on Wed, 04/01/2026 - 19:33 US president threatens to quit decades-old European alliance, as he fails to address Iran's control of Strait of Hormuz US President Donald Trump, right, ..
Motor Trend     >>



Toyota Urban Cruiser EV Dipratonton Di Malaysia, Harga .. - Piston
Antara trio kenderaan elektrik (EV) yang dipratontonkan hari ini di Malaysia oleh UMW Toyota adalah Toyota Urban Cruiser EV, yang bakal bersaing dengan beberapa model SUV kompak EV sedia ada di pasaran tempatan dengan harga bermula dari RM 198,000. Urban Cruiser merupakan ..