| /// |
|
| Search : Petronas News | Page 1 |
|
PN gesa kerajaan jelas mekanisme harga diesel, wujud sistem penstabilan - Sinarharian - 2/04 1:08 pm SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan memberikan penjelasan terperinci mengenai kaedah penentuan harga diesel susulan trend kenaikan berterusan bahan api itu yang dijangka mencecah RM6.02 seliter di Semenanjung Malaysia.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kenaikan mendadak daripada kadar RM5.52 seliter sebelum ini dalam tempoh singkat bakal memberi tekanan besar kepada rantaian bekalan serta kos sara hidup rakyat.Beliau berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan kemungkinan kenaikan tarif elektrik yang tertakluk kepada mekanisme pelarasan harga bahan api, sekali gus berpotensi meningkatkan kos operasi perniagaan secara berganda."Syarikat dalam sektor logistik, pengangkutan, pertanian, pembuatan dan peruncitan telah memberi amaran bahawa kenaikan kos input ini sukar ditampung."Banyak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi dengan margin tipis berkemungkinan besar terpaksa menaikkan harga barang dan perkhidmatan, sekali gus meningkatkan risiko inflasi kos," ujarnya dalam kenyataan pada Khamis.Sehubungan itu, Takiyuddin menegaskan bahawa PN menuntut penjelasan tuntas daripada kerajaan, khususnya melibatkan unjuran harga diesel bagi tempoh beberapa bulan akan datang serta kepastian sama ada paras RM6.02 seliter merupakan harga siling maksimum atau bakal berdepan pelarasan lanjut.Beliau berkata, kerajaan juga perlu memperincikan impak sebenar kenaikan tarif elektrik terhadap kadar inflasi dan sektor perniagaan, selain membentangkan langkah segera yang konkrit bagi melindungi golongan sasar daripada terus dihimpit tekanan kos sara hidup yang semakin meruncing.Dalam pada itu, PN turut mencadangkan agar kerajaan mengenakan cukai durian runtuh atau cukai tenaga sementara ke atas industri minyak dan gas, memandangkan Petronas terus menikmati keuntungan luar biasa daripada harga tenaga global dan eksport LNG.Menurut beliau, hasil cukai berkenaan membolehkan kerajaan melindungi ekonomi secara keseluruhan dan efektif melalui pemberian subsidi, pelepasan cukai mahupun insentif kos.Mengulas mengenai jurang harga domestik, Takiyuddin melahirkan kebimbangan mengenai perbezaan harga diesel yang ketara antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang kini kekal pada RM2.15 seliter, sekali gus mencetuskan persepsi beban kos yang tidak adil.Malah, beliau menegaskan harga diesel di Malaysia kini berisiko menjadi antara yang tertinggi di rantau ini walaupun negara merupakan pengeluar minyak dan gas.Beliau menarik perhatian kepada perbandingan harga setakat 1 April lalu yang menunjukkan harga diesel di Thailand kekal pada kadar RM4.99 seliter, Vietnam pada RM5.40 seliter, manakala di China pada RM4.80 seliter.Di Indonesia pula, harga bagi kegunaan peribadi adalah RM1.60 seliter manakala sektor komersial pada RM3.37 seliter.Justeru, PN mendesak kerajaan mewujudkan mekanisme penstabilan harga dengan menetapkan harga siling atau penampan bagi menghindari kenaikan harga secara mendadak.Tambahnya, ketelusan mengenai kadar pertukaran, kos, margin dan komponen fiskal dalam harga akhir adalah sangat penting bagi meningkatkan keyakinan awam serta menstabilkan sentimen pasaran pada masa ini. |
|
KPDN Pulau Pinang rekod lapan kes seleweng diesel, tahan lima individu sejak Januari - Sinarharian - 2/04 12:28 am BUTTERWORTH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merekodkan lapan kes penyelewengan diesel dengan lima tangkapan membabitkan pemandu lori warga tempatan di stor haram sekitar Seberang Perai Selatan (SPS) sejak Januari lalu.Pengarah KPDN Pulau Pinang, S Jegan berkata, kesemua tangkapan tersebut membabitkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM415,877.95.Menurutnya, semua kes berkenaan kini masih dalam peringkat siasatan dan pendakwaan."Dalam tempoh sama, sebanyak 215 stesen minyak di seluruh negeri telah diperiksa sebagai sebahagian daripada usaha pemantauan dan penguatkuasaan berterusan bagi mengekang ketirisan subsidi bahan api," katanya pada sidang akhbar pada Khamis.Beliau sebelum itu menghadiri Sesi Walkabout dan Pemantauan Pelaksanaan Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan (Petrol RON95) 2026 di Stesen Petronas Sungai Dua (arah selatan) Pulau Pinang di sini.Mengulas lanjut, Jegan berkata, bermula Rabu, larangan penjualan dan pembelian petrol RON95 kepada kenderaan pendaftaran asing telah dikuatkuasakan sepenuhnya selaras dengan pelaksanaan Op Tiris 4.0.Katanya, sejak pelaksanaan dasar tersebut, sebanyak 126 stesen minyak telah dipantau dalam tempoh dua hari bagi memastikan tahap pematuhan berada pada tahap tinggi."Penguatkuasaan ini dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1991 dan sebarang pelanggaran akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi," ujarnya.Tambah beliau, pemeriksaan yang dilaksanakan turut melibatkan penelitian dokumen serta analisis corak penjualan termasuk transaksi berulang bagi mengesan sebarang unsur penyelewengan atau aktiviti mencurigakan.Dalam pada itu, Jegan berkata, pihaknya turut menerima empat aduan awam berkaitan penjualan bahan api bersubsidi sepanjang pelaksanaan Op Tiris 4.0."Daripada jumlah itu, dua aduan melibatkan pengisian petrol RON99 ke dalam tong didapati tidak menjadi kesalahan kerana melibatkan pengurusan nelayan yang mempunyai kebenaran."Dua lagi aduan berkaitan aktiviti mencurigakan di stesen minyak yang mana satu kes didapati tidak berasas kerana melibatkan lori berlesen manakala satu lagi masih dalam siasatan lanjut," katanya.Beliau menambah, pengusaha stesen minyak bertanggungjawab memastikan hanya kenderaan tempatan dibenarkan mengisi petrol RON95 selain mematuhi semua peraturan yang ditetapkan kerajaan."Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan tindakan kompaun atau pendakwaan di mahkamah diambil terhadap pihak terlibat," katanya lagi.Dalam usaha memperkukuh penguatkuasaan, beliau berkata, lebih 130 anggota penguat kuasa telah digerakkan selain dibantu pegawai pemantau harga yang bertugas secara menyamar di lapangan.Menurutnya, rondaan, risikan dan operasi bersepadu bersama agensi lain turut dipertingkatkan khususnya di kawasan sempadan bagi memastikan bekalan bahan api bersubsidi tidak diseleweng."Saya meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan penyelewengan terus kepada saluran rasmi KPDN seperti e-Portal Aduan, talian hotline dan aplikasi Ez ADU, berbanding menyebarkannya di media sosial."Kerjasama orang ramai amat penting bagi memastikan subsidi bahan api terus dinikmati oleh golongan yang benar-benar layak," katanya.Terdahulu, tiga dasar baharu yang mengawal selia penjualan petrol RON95 dan diesel mula berkuat kuasa pada Rabu, sekali gus menandakan permulaan penguatkuasaan lebih ketat di seluruh negara bagi mengekang ketirisan subsidi serta kegiatan penyeludupan bahan api.Antara peraturan yang dilaksanakan termasuk larangan pembelian RON95 oleh kenderaan asing selain sekatan penggunaan kad kredit dan debit antarabangsa di terminal pam layan diri bagi memastikan bahan api bersubsidi hanya dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia.Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, langkah berkenaan diambil susulan peningkatan permintaan serta risiko ketirisan yang semakin membimbangkan, khususnya di kawasan sempadan.Beliau menjelaskan, pelaksanaan dasar baharu itu turut disokong menerusi Op Tiris 4.0 yang diperkasakan melalui rondaan intensif, penempatan pegawai statik, operasi risikan penyamaran serta pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) di stesen berisiko tinggi. |
|
Ingat content biasa je, rupanya ada kisah pilu di sebalik pekerja Petronas ini - Mdateline - 2/04 12:00 am Tular sebelum ini gelagat seorang pekerja di pam minyak Petronas yang mencuri perhatian ramai apabila tampil ceria sambil mengarahkan kenderaan masuk ke petak pengisian, seolah-olah .. |
|
‘We have our own oil so why are we still affected?’ – Petronas answers Malaysians’ popular question - Harapandaily - 2/04 11:13 am As tensions in West Asia continue to impact global oil supply, many Malaysians have taken to social media to ask a common question “if Malaysia produces its own oil, why are we still affected?”. Addressing this popular question frequently raised by people, Petronas shared on its official social media platforms to explained what exactly is.. |
|
Petronas works with authorities to secure domestic supply, accelerates crude output drive - Malaymail - 2/04 9:10 am KUALA LUMPUR, April 2 Petroliam Nasional Bhd (Petronas) is working with the relevant authorities to secure domes... |
|
Public sector, GLCs to WFH from April 15 - PM - Sinardaily - 2/04 8:15 am PETALING JAYA - A work-from-home (WFH) directive for government ministries, agencies, statutory bodies and government-linked companies (GLCs) will take effect from April 15 as the government moves early to cushion the impact of a global energy crisis.In a special briefing on Wednesday (April 1), Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said detailed guidelines for the implementation would be announced soon, but stressed that the move is part of a broader strategy to safeguard Malaysias energy security and protect the public from sudden price shocks.He said the government chose to act pre-emptively through the Inisiatif Sokongan Rakyat (Peoples Support Initiative), rather than wait for the fallout from the escalating conflict in the Middle East to hit households and businesses.He warned that the global situation is expected to worsen before it improves and that the recovery period will be prolonged.Among the measures already put in place are a monthly 200-litre quota under the Budi Madani 95 scheme and full enforcement of the subsidised diesel mechanism in Sabah, Sarawak and Labuan.Anwar said these steps are aimed at cushioning the impact of higher global oil prices while ensuring that subsidies remain better targeted.He revealed that the government is currently spending about RM4 billion a month to absorb the spike in oil prices and shield consumers.This is not a small matter. The government is providing an additional RM4 billion to help the people, but of course our capacity is limited and we must also look at the experiences of other countries, he said on Wednesday (April 1).Anwar added that the government is actively diversifying Malaysias energy sources to ensure that fuel and power supplies remain secure despite disruptions to global supply chains.He said national oil company Petronas had assured that it can guarantee adequate supplies of oil and gas at least until May, describing this as an important buffer as Malaysia navigates the crisis.The Prime Minister stressed that the situation can no longer be treated as business as usual and urged all sectors to cooperate with the governments efforts to save energy and avoid wastage.He noted that the administration had already decided that Hari Raya Aidilfitri this year would be observed in a more modest manner, with cuts to government spending and large-scale events.These are not ordinary times |
|
Petronas kaji semula imbangan penapisan, perkukuh keselamatan tenaga - Harapandaily - 2/04 8:00 am Syarikat minyak nasional Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memaklumkan pihaknya sedang meneliti semula keseimbangan antara penapisan domestik dan eksport sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara susulan gangguan bekalan minyak global |
|
PM - Petronas bantu kerajaan sedia bekalan minyak, gas sehingga Mei - Careta - 2/04 12:39 am "Langkah ini sangat membantu rakyat dan negara, kata Anwar menerusi video taklimat ringkas pada Rabu |
|
Kesan konflik Asia Barat akan lebih parah, proses pemulihan ambil masa .. - Mgazette - 2/04 12:37 am Selain itu, jelasnya, beberapa program khas sama ada di peringkat Jemaah Menteri atau Jawatankuasa-Jawatankuasa Khas diadakan supaya penggunaan bahan api terkawal dan bekalan tenaga terjamin. Kita ucap terima kasih kerana perancangan PETRONAS dapat membantu kita kerana menyediakan minyak, gas yang mencukupi sekurang-kurang melangkau sehingga bulan Mei dan ini sangat membantu rakyat dan negara, katanya |
|
Gentari deploys 180kW DC Charger at Petronas Desaru, Bandar Penawar - Soyacincau - 1/04 11:06 pm If you’re driving your EV to Desaru for a retreat, there’s now a new 180kW DC Charger deployed by Gentari |
|
NAFAZ dilancar di KLCC, sasar revolusikan industri perkahwinan mewah Malaysia - Harapandaily - 1/04 10:31 pm FOTO BERITA: Majlis Glam Raya Nafaz X Nona & Pelancaran NAFAZ bersama Aishah Radhiah Adanan CEO Nafaz di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur |
|
Petronas bantu kerajaan sedia bekalan minyak, gas sehingga Mei - PM - Sinarharian - 1/04 9:48 pm KUALA LUMPUR - Perancangan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membantu kerajaan dalam menyediakan bekalan minyak dan gas yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Kita ucap terima kasih kerana perancangan Petronas dapat membantu kita kerana menyediakan minyak, gas yang mencukupi sekurang-kurangnya melangkau sehingga Mei dan ini sangat membantu rakyat dan negara."Langkah ini sangat membantu rakyat dan negara," kata Anwar menerusi video taklimat ringkas hari ini.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, usaha itu turut melibatkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara selain mendapat bantuan daripada tokoh yang sangat berwibawa untuk membantu dalam bidang itu."Kita telah mengadakan beberapa program khas baik Jemaah Menteri, jawatankuasa-jawatankuasa khas supaya penggunaan bahan api itu terkawal dan bekalan tenaga terjamin," kata Anwar.Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengumumkan untuk mengambil langkah awal termasuk sambutan Aidilfitri yang lebih terkawal."Kerajaan akan mengurangkan dengan langkah-langkah penjimatan dan sambutan yang jauh lebih sederhana," katanya |
|
Anwar: Petronas to help govt guarantee steady oil and gas supply until May - Malaymail - 1/04 9:47 pm KUALA LUMPUR, April 1 Petroliam Nasional Bhds (Petronas) planning is assisting the government in providin... |
|
Konflik Asia Barat berlarutan, pemulihan dijangka ambil masa panjang - PM - Sinarharian - 1/04 9:31 pm RON95 umpamanya dengan RM1.99."Itu mengejutkan kerana kalau lihat kos dan harga minyak dengan orang terpaksa beratur, ada catuan di negara-negara rantau itu... tentunya merimaskan jadi, bila keadaan ini melegakan sedikit tidak bermakna kita boleh selesa," katanya menerusi mesej video hari ini.Beliau berkata, perkembangan semasa menunjukkan konflik itu bukan sahaja menjejaskan negara-negara serantau malah tempiasnya kini dirasai di peringkat global termasuk Malaysia."Daripada perbualan saya dengan Presiden Iran, pimpinan negara-negara Teluk, Arab Saudi, Turkiye, Mesir dan juga kunjungan singkat saya ke Indonesia bersama (Presiden) Bapak Prabowo Subianto, semuanya menyatakan keadaan akan lebih parah sebelum dapat dipulihkan dan tentunya akan mengambil masa yang jauh lebih panjang.Sehubungan itu, Anwar berkata, keadaan yang sedikit "reda" tidak seharusnya menyebabkan masyarakat dan negara mengambil sikap selesa atau memandang ringan cabaran semasa.Beliau juga berkata, beberapa program khas bersama dengan Jemaah Menteri dan beberapa jawatankuasa khas telah diadakan bagi mengawal penggunaan bahan api sekali gus menjamin bekalan tenaga negara."Kita ucap terima kasih kerana perancangan Petronas dapat membantu kita menyediakan minyak dan gas yang mencukupi sekurang-kurang melangkau hingga Mei, dan ini sangat membantu rakyat serta negara," katanya.Perdana Menteri berkata, kerajaan turut mengambil langkah awal termasuk mengawal sambutan Aidilfitri dengan penjimatan dan sambutan yang jauh lebih sederhana.Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengikuti semangat itu dengan tidak bersikap angkuh dan boros apatah lagi mempamerkan kekayaan secara berlebihan seolah-olah tiada pihak terkesan.Anwar berkata, sikap sedemikian hanya akan memudaratkan negara memandangkan masih ramai rakyat seperti petani, nelayan dan golongan pekerja yang terhimpit."Jadi, golongan yang agak kaya dan yang tinggi kedudukan, mereka jangan alpa.. |
|
Laluan kapal Petronas di Selat Hormuz terkawal, tiada bayaran tol dikenakan - Thempress - 1/04 7:46 pm KUALA LUMPUR – Laluan kapal milik Petronas melalui Selat Hormuz ketika ini berada dalam keadaan terkawal, dengan beberapa kapal masih dalam perjalanan dan menunggu giliran untuk melalui laluan strategik tersebut.… |
|
Petronas teliti semula strategi 70% penapisan domestik, 30% eksport - FMT - 1/04 6:57 pm Naib Presiden Pembangunan Huluan Mohd Nazlee Rasol berkata syarikat itu juga teliti pedekatan untuk lonjak pengeluaran. |
|
Petronas working with authorities to boost output, secure supply - Mkini - 1/04 6:41 pm Company is also engaging with service providers to identify fastest ways to increase production. |
|
Petronas reviewing 70% domestic, 30% export strategy, says VP - FMT - 1/04 6:20 pm Vice-president of upstream development Nazlee Rasol says the company is considering if there is a need for adjustment in light of global oil disruptions. |
|
Petronas pacu pengeluaran, jamin bekalan domestik tidak terjejas - Mkini - 1/04 6:17 pm Petronas sedang berbincang dengan penyedia pekhidmatan, termasuk Weatherford bagi meningkatkan pengeluaran minyak dan gas. |
|
Petronas operations stable, weekly fuel prices to be announced every Wednesday, says comms minister - Malaymail - 1/04 5:10 pm KUALA LUMPUR, April 1 Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil said that Petronas operations remain stable for... |
|
Konflik Asia Barat - Kenapa Bekalan Minyak Dunia Terganggu? Ini Penjelasan PETRONAS - Careta - 1/04 3:55 pm Dalam masa yang sama, harga minyak mentah dilaporkan meningkat hampir 40 peratus, sekali gus menyebabkan kos logistik, insurans dan penghantaran turut melonjak |
|
Petronas Maklum Bekalan Minyak Dijangka Bertahan Sehingga Hujung Mei 2026 - Beautifulnara - 1/04 3:02 pm Ancaman terhadap laluan penting seperti Selat Hormuz menyebabkan harga minyak mentah melonjak akibat gangguan bekalan global. Situasi ini sering menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat Malaysia: mengapa negara yang menghasilkan minyak sendiri masih terkesan? Advertisement Menurut penjelasan Petronas, realitinya sistem […] The post Petronas Maklum Bekalan Minyak Dijangka Bertahan Sehingga Hujung Mei 2026 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi . |
|
PETRONAS Sahkan Bekalan Minyak Di Stesennya Bertahan Hingga Hujung Mei - Siakapkeli - 1/04 2:36 pm PETRONAS Sahkan Bekalan Minyak Di Stesennya Bertahan Hingga Hujung Mei Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) terus memantau rapi bekalan bahan api negara |
|
Putra Heights tragedy: Residents have moved forward despite occasionally reliving trauma - Sinardaily - 1/04 12:48 am KUALA LUMPUR - A year has passed, but the gas explosion tragedy in Putra Heights, Subang Jaya, remains etched in the memory of the residents.The incident that shocked the nation on the 2nd of Syawal last year not only robbed the joy of Hari Raya Aidilfitri from that community but also changed the landscape of Kampung Kuala Sungai Baru in an instant due to a loud explosion that residents initially thought was a bomb blast or a plane crash.A Bernama survey found that although the physical scars of the tragedy are still visible, the residents moved forward with a renewed spirit, even though the shadows of the incident occasionally "reappear" in their minds.Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bistari founder Mohd Asri Yunus, 59, said that although the trauma has not completely gone, he is grateful for the concern and assistance shown by various parties."Alhamdulillah, I am very grateful to the Prime Minister's Department, Petronas, the Subang Jaya City Council (MBSJ), and most importantly, the local community, friends, and mosque authorities who extended a helping hand |
|
Fuel supply at Petronas stations sufficient through May 2026 - Sinardaily - 1/04 12:18 am SHAH ALAM - Malaysias fuel supply remains stable for now, with the supply chain at Petronas stations nationwide projected to be sufficient through May 2026.In a social media post, Petronas said it has taken proactive measures to safeguard the countrys fuel supply amid ongoing global uncertainties, including the conflict in West Asia, which has disrupted international energy markets.The national oil company assured that current supply levels across its retail network are stable and capable of meeting domestic demand in the coming months.It also stressed that fuel prices remain under government control, with subsidies for RON95 petrol and diesel still in place.Consumers are advised to continue their daily routines and use fuel responsibly and prudently, the statement read.The assurance comes as concerns grow over global energy security, with geopolitical tensions continuing to impact supply chains worldwide, including in Malaysia.Petronas said the ongoing conflict in West Asia has disrupted global oil supply chains, particularly affecting transportation and delivery systems.One of the most critical pressure points is the Strait of Hormuz, where key shipping routes are currently restricted, limiting the smooth flow of crude oil and fuel to global markets.Since the crisis began earlier this year, crude oil prices have surged by nearly 40 per cent, alongside rising shipping, insurance and logistics costs.Despite being an oil-producing nation, Malaysia is not fully shielded from these disruptions |
|
‘Kenapa Mahal, Kan Kita Ada Minyak Sendiri?’ Petronas Jawab Persoalan Paling Popular Rakyat Malaysia Ketika Ini - Thevocket - 1/04 11:10 am Apabila wujudnya ancaman terhadap... The post ‘Kenapa Mahal, Kan Kita Ada Minyak Sendiri?’ Petronas Jawab Persoalan Paling Popular Rakyat Malaysia Ketika Ini appeared first on VOCKET . |
|
‘Kenapa Mahal, Kan Kita Ada Minyak Sendiri?’ Petronas Jawab Persoalan Paling Popular Rakyat Malaysia Ketika Ini - Hotfm - 1/04 11:10 am Apabila wujudnya ancaman terhadap rantaian bekalan di Timur Tengah atau risiko penutupan laluan perdagangan utama seperti Selat Hormuz, harga minyak mentah |
|
Operasi Bersepadu KLCC: Puluhan Diberkas, 3 ‘Ulat Foto’ Kantoi Tiada Rekod Identiti JPN - Thevocket - 1/04 8:45 am Kawasan sekitar Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara terus dipantau rapi oleh pihak berkuasa bagi membendung.. |
|
Seramai 25 lagi ‘ulat foto’ ditahan dalam Ops Khas di .. - Mgazette - 1/04 8:00 am # Seramai 25 lagi 'ulat foto' ditahan dalam Ops Khas di Persiaran KLCC KUALA LUMPUR - Seramai 25 lagi 'ulat foto' atau jurugambar haram ditahan polis dalam operasi khas yang dilaksanakan di Persiaran Menara Berkembar PETRONAS di sini malam tadi |
|
Kerajaan bincang dengan Petronas jamin bekalan bahan api mencukupi - Kosmo - 31/03 10:30 pm KUALA LUMPUR Kerajaan menjalankan rundingan bersama Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan beberapa syarikat minyak lain sebagai langkah memastikan bekalan bahan api negara kekal stabil sehingga ketibaan penghantaran seterusnya |
|
Malaysia Ada Minyak Sendiri, Kenapa Masih Terjejas? Ini Penjelasan Petronas - Siakapkeli - 31/03 10:11 pm Malaysia Ada Minyak Sendiri, Kenapa Masih Terjejas? Ini Penjelasan Petronas Ekonomi dunia pada ketika ini berada dalam keadaan |
|
25 individu dipercayai ulat foto ditahan di KLCC - Sinarharian - 31/03 4:15 pm KUALA LUMPUR - Seramai 25 individu termasuk seorang wanita dipercayai ulat foto ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC), pada Isnin.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menahan 23 lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang lelaki warga Filipina berusia 16 hingga 48 tahun dalam operasi bermula jam 10 malam."Kesemua individu direman tiga hari bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148/324 Kanun Keseksaan."Siasatan turut dijalankan mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada Selasa.Sazalee berkata, pihaknya melaksanakan operasi membanteras kegiatan ulat foto, iaitu individu yang mendesak pelancong mengambil gambar dan mengenakan bayaran dalam jumlah tertentu."Mereka yang ditahan dipercayai tidak mempunyai pekerjaan lain dan menjadikan aktiviti mengambil gambar pelancong sebagai sumber pendapatan."Mereka disyaki bergerak secara berkumpulan, tetapi tiada ketua dan setiap individu menggunakan kebijaksanaan sendiri untuk menarik pelanggan," katanya.Dalam pada itu, katanya, terdapat individu dalam tangkapan terdahulu menggunakan kad pengenalan meragukan yang tidak sepadan dengan cap jari."Semakan dilakukan bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati kad pengenalan itu tidak sepadan dengan cap jari pemegangnya, sekali gus menunjukkan mereka bukan warganegara."Bagi tangkapan terbaharu, semakan lanjut masih dijalankan dengan kerjasama pihak JPN kerana kita meragui ketulenan dokumen pengenalan diri milik semua suspek," katanya.Sazalee berkata, pihak polis akan meneruskan operasi serta pemantauan di kawasan tumpuan pelancong bagi membanteras kegiatan berkenaan."Pihak polis akan terus menjalankan operasi secara berterusan bagi memastikan kawasan tumpuan pelancong kekal selamat dan bebas daripada kegiatan jenayah."Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan termasuklah kegiatan ulat foto sebegini," katanya.Terdahulu, polis menahan 18 individu susulan laporan seorang lelaki tempatan dan pelancong warga India dipukul sekumpulan lelaki di sekitar KLCC pada 22 Mac lalu.Mengulas perkara itu, Sazalee berkata, hasil siasatan terhadap tangkapan terdahulu, dua individu dikenal pasti mempunyai pembabitan langsung dalam kes serangan dan telah dituduh di mahkamah."Dua individu telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan."Kedua-duanya tidak mengaku bersalah dan masing-masing dibenarkan ikat jamin RM3,000," katanya.Beliau berkata, siasatan turut mendapati tiga lagi individu menggunakan kad pengenalan meragukan yang tidak sepadan dengan cap jari."Tiga individu didapati tidak mempunyai dokumen sah dan menggunakan kad pengenalan yang tidak terkesan dalam rekod JPN."Mereka telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya. |
|
Pendekatan berhemah dalam perbelanjaan awam pastikan sumber negara diurus secara berkesan - Agong - Sinarharian - 31/03 3:31 pm KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitahbahawa pendekatan berhemah dalam perbelanjaan awam adalah penting bagi memastikan sumber negara diurus secara cekap dan berkesan.Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa pendekatan itu penting terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak menentu ketika ini."Seri Paduka Baginda turut mengambil maklum langkah berjimat yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha memperkukuh kedudukan kewangan negara," menurut hantaran itu.Hantaran itu memaklumkanSultan Ibrahim bertitah demikian semasa berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku di sini.Hadir sama, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin sertaPresiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz.Menurut hantaran itu, Seri Paduka Baginda juga berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa ekonomi dan keselamatan negara, selaintaklimat kos sara hidup serta langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan.Selain itu, taklimat turut menyentuh aspek keselamatan negara meliputi keselamatan dalam negeri, kawalan sempadan serta kesiapsiagaan pasukan keselamatan.Hantaran itu memaklumkan sesi taklimat berkenaan mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap perkembangan semasa negara |
|
Lagi 25 ‘ulat foto’ ditahan di KLCC - Kosmo - 31/03 3:29 pm KUALA LUMPUR – Seramai 25 lagi ‘ulat foto’ atau jurugambar jalanan ditahan polis menerusi operasi khas di Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC), di sini semalam, bagi membantu siasatan kes rusuhan sebelum ini |
|
Petronas Chemicals tops Asian stocks with 102% rally - FMT - 31/03 1:15 pm Shares of the petrochemical producer are set to finish the month at the top of the MSCI Asia benchmark after a 102% climb since the war in Iran began. |
|
“Malaysia negara sahabat” – Iran Bagi Jaminan 7 Kapal Malaysia Boleh Lalu Selat Hormuz Secara Percuma - Lobakmerah - 31/03 12:09 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Walaupun ketegangan di Timur Tengah makin panas, tujuh kapal milik Malaysia (Petronas, MISC, Sapura Energy & Shapadu) bakal belayar dengan selamat melalui Selat Hormuz dalam masa terdekat |
|
Kapal Malaysia dibenarkan lalui Selat Hormuz tanpa tol - Duta Iran - Sinarharian - 31/03 11:30 am Ia tidak menjadi masalah kerana Malaysia adalah negara sahabat, dan negara sahabat boleh menggunakan selat itu," katanya yang dipetik menerusi laporan New Straits Times.Sebelum ini, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen meminta kerajaan menjelaskan sama ada Malaysia turut membayar tol untuk kapal negara ini melalui Selat Hormuz susulan dakwaan media antarabangsa bahawa tentera Iran mewujudkan pusat pungutan tol di selat itu dan mengenakan bayaran sehingga AS$2 juta atau RM8.04 juta.Apabila diminta mengulas sama ada kapal-kapal itu akan dikenakan tol, Valiollah memaklumkan, kapal dari Malaysia akan dibenarkan melaluinya dengan bebas."Sudah tentu (kapal Malaysia bebas lalu). Kami tidak akan mengenakan bayaran," tambahnya.Pada Sabtu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini memaklumkan tujuh kapal tangki Malaysia sedang menunggu kebenaran dan tempoh laluan selamat untuk meneruskan perjalanan.Kapal berkenaan melibatkan tiga milik Petronas, dua milik MISC Bhd, serta masing-masing satu milik Sapura Energy dan Shapadu Corporation Sdn Bhd.Dalam pada itu, Valiollah menegaskan Selat Hormuz tidak ditutup sepenuhnya, sebaliknya hanya dikenakan sekatan terpilih terhadap negara yang terlibat atau menyokong serangan terhadap Iran, namun membenarkan laluan untuk negara-negara sahabat, tertakluk kepada penyelarasan dengan pihak berkuasanya. |
|
Hannah Yeoh visits KLCC with mayor to check on unlicensed photo touts preying on tourists - Malaymail - 31/03 9:52 am KUALA LUMPUR, March 31 Federal Territories Minister Hannah Yeoh last night visited the area around the Petronas... |
|
With crude prices soaring, Petronas steps up monitoring and calls for smarter energy use across the nation - Malaymail - 31/03 9:08 am KUALA LUMPUR, March 31 Petroliam Nasional Bhd (Petronas) continues to closely monitor the nations fuel su... |
|
Tiga lagi ulat foto serang individu di KLCC didakwa esok - Mgazette - 31/03 7:40 am # Tiga lagi ulat foto serang individu di KLCC didakwa esok KUALA LUMPUR - Tiga daripada lima jurugambar tidak berlesen atau "ulat foto" yang disyaki terlibat dalam kes menyerang dua individu di Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada 22 Mac lepas akan dihadapkan ke mahkamah esok |
|
Business : Petronas Continues To Monitor Malaysias Fuel Supply - Bernama - 31/03 7:40 am KUALA LUMPUR, March 30 (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) continues to closely monitor the nations fuel supply to help safeguard nationwide stability, amid the ongoing West Asia crisis. |
|
Petronas akan kerjasama dengan anak syarikat jamin cukup bekalan petrol, diesel - Hotfm - 30/03 11:30 pm Permintaan negara terus atasi bekalan domestik, menurut Petronas. |
|
Petronas akan kerjasama dengan anak syarikat jamin cukup bekalan petrol, diesel - FMT - 30/03 11:30 pm Permintaan negara terus atasi bekalan domestik, menurut Petronas. |
|
Petronas terus pantau bekalan bahan api Malaysia - Sinarharian - 30/03 11:07 pm KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) terus memantau dengan rapi bekalan bahan api negara bagi memastikan kestabilannya di seluruh negara, di tengah-tengah krisis Asia Barat yang berterusan.Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata, memandangkan tempoh dan kesan sepenuhnya perang di Iran masih tidak menentu, syarikat itu amat menyokong penggunaan tenaga yang lebih cekap oleh industri dan orang ramai.Syarikat minyak negara itu turut menasihatkan orang ramai agar mengelakkan pembelian panik dan penyorokan bahan api, kerana ia akan memburukkan lagi keadaan kesan daripada krisis tersebut.Menurut Petronas, walaupun Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, ia tidak sepenuhnya terlindung daripada kesan krisis itu."Hampir 40 peratus daripada keperluan minyak mentah negara transit menerusi Selat Hormuz |
|
Petronas to work with subsidiaries to secure sufficient petrol, diesel supply - FMT - 30/03 11:06 pm The company says national demand continues to exceed domestic supply. |
|
Tiga ulat foto ditahan semula, tiada rekod warganegara - Sinarharian - 30/03 8:46 pm KUALA LUMPUR Tiga daripada 18 individu yang diberkas sebelum ini berkaitan insiden pergaduhan melibatkan kumpulan 'ulat foto' di sekitar KLCC ditahan semula selepas didapati tidak mempunyai identiti sebagai warganegara Malaysia.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sazalee Adam berkata, hasil semakan cap jari terhadap orang kena tahan (OKT) yang dibebaskan mendapati tiga individu berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod.Menurutnya, ketiga-tiga suspek terbabit akan ditangkap semula bagi tindakan lanjut mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990."Semakan cap jari mendapati ketiga-tiga individu ini tidak mempunyai rekod, sekali gus tidak memiliki identiti sebagai warganegara Malaysia."Tangkapan semula akan dibuat dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan pada 31 Mac," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dua lagi suspek telah dituduh di bawah Seksyen 149/324 Kanun Keseksaan di mahkamah pada hari sama."Tindakan itu diambil selepas kedua-dua individu berkenaan dikenal pasti oleh mangsa dan saksi sebagai pelaku utama yang melakukan kekerasan dalam kejadian tersebut."Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut mengesahkan kehadiran kedua-dua suspek di lokasi kejadian selain menunjukkan mereka menyebabkan kecederaan kepada mangsa," ujarnya.Sebelum ini, media melaporkan seramai 18 lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam insiden memukul dua lelaki hingga cedera di kepala di Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC) baru-baru ini.Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, dua mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan antara sekumpulan individu dengan seorang pelancong asing telah diserang secara beramai-ramai.Mangsa dilaporkan dipukul dan diserang menggunakan senjata sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala.Sazalee berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek yang ditahan mengaku berada di lokasi kejadian dan bekerja sebagai jurugambar jalanan atau ulat foto. |
|
'Malaysia bayar tol Selat Hormuz?' - Wong Chen minta penjelasan kerajaan - Sinarharian - 30/03 5:48 pm SHAH ALAM Ahli Parlimen Subang, Wong Chen meminta kerajaan menjelaskan sama ada Malaysia turut membayar tol untuk kapal negara ini melalui Selat Hormuz susulan dakwaan media antarabangsa bahawa tentera Iran mewujudkan pusat pungutan tol di selat itu dan mengenakan bayaran sehingga AS$2 juta atau RM8.04 juta.Chen menegaskan, sekiranya kerajaan perlu membayar tol, perkara itu perlu didedahkan secara terbuka.Menurutnya, ia demi prinsip ketelusan selain mengambil kira isu tersebut turut membabitkan wang pembayar cukai."Secara peribadi bagi saya, membayar dan mendapat kebenaran untuk belayar adalah lebih baik daripada membiarkan kapal serta anak kapal Malaysia terkandas."Bagaimanapun, kerajaan perlu telus dan bertanggungjawab dalam hal ini dan saya ketika ini sedang menantikan jawapan daripada kerajaan," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, satu lagi isu yang timbul berhubung dakwaan terbabit ialah ketidakpastian mengenai siapakah pemilik kapal dari Malaysia yang melalui selat itu dan persoalan sama ada mereka juga akan menyumbang seandainya benar tol dikenakan.Pelbagai laporan media antarabangsa sejak minggu lalu menunjukkan bahawa tentera Iran mewujudkan pusat pungutan tol di Selat Hormuz dan mengenakan bayaran sehingga AS$2 juta (RM8.04 juta) untuk laluan.Bloomberg mendakwa, pembayaran itu adalah secara ad hoc namun kaedah pembayaran dan mata wang yang digunakan masih tidak jelas.Khamis lalu, menerusi perutusan khas mengenai langkah strategik menangani krisis tenaga berikutan perang Asia Barat, Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Iran bersetuju membenarkan kapal-kapal Malaysia melalui sekatan di Selat Hormuz selepas perbincangan dengan presiden republik itu, Masoud Pezeshkian.Menurut Anwar, Malaysia menghargai keputusan awal Iran seterusnya membolehkan kapal minyak Malaysia dan pekerjanya meneruskan perjalanan pulang.Pada Ahad pula, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tujuh kapal tangki milik syarikat Malaysia kini menunggu isyarat untuk melalui laluan selamat Selat Hormuz.Beliau berkata, kapal berkenaan termasuk melibatkan syarikat milik Petronas dan Sapura Energy tidak ditahan, sebaliknya menunggu masa sesuai untuk bergerak bagi memastikan pelayaran selamat.Kata Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau, beliau dan Anwar telah menghubungi rakan sejawat serta telah dimaklumkan bahawa tiada isu untuk kapal Malaysia meneruskan perjalanan, namun kapal tangki perlu menunggu giliran.Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan pengesahan dan penjelasan Mohamad serta Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sauni berhubung dakwaan tersebut. |
|
Bekalan minyak stabil hingga Mei, langkah alternatif sedang digerakkan - PM - Careta - 29/03 7:05 pm Setakat ini bekalan masih mencukupi hingga Mei, tetapi kita juga sedang cari jalan lain sebagai langkah berjaga-jaga. Setakat ini, kekuatan Malaysia terletak pada keupayaan PETRONAS yang memiliki pelaburan meluas di pelbagai rantau dunia |
|
Petronas nafi penglibatan dalam perjanjian bekalan bahan api di Filipina - Mgazette - 29/03 7:01 pm # Petronas nafi penglibatan dalam perjanjian bekalan bahan api di Filipina KUALA LUMPUR - Petronas menafikan penglibatannya dalam perjanjian bekalan bahan api yang melibatkan sebuah unit kerajaan tempatan di Filipina seperti yang dilaporkan media |
|
Petronas nafi terlibat cadangan bekal bahan api ke Filipina - Sinarharian - 29/03 4:06 pm SHAH ALAM - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menafikan sebarang penglibatan berhubung cadangan pembekalan bahan api membabitkan sebuah kerajaan tempatan di selatan Filipina seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.Petronas dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, syarikat itu tidak mengetahui cadangan tersebut dan tidak menandatangani sebarang perjanjian atau komitmen berkaitan."Fokus utama Petronas adalah untuk memastikan bekalan bahan api yang boleh dipercayai dan berterusan tersedia untuk Malaysia."Perkara ini kekal sebagai keutamaan, disokong oleh rangkaian bekalan yang kukuh serta kerjasama rapat dengan kerajaan," jelas Petronas.Terdahulu, menurut kenyataan rasmi pada 25 Mac lalu, kerajaan wilayah Davao del Norte merancang untuk membeli 44 juta liter minyak mentah dan petrol dari Malaysia bagi membantu mengekang kenaikan harga minyak di wilayah itu yang terjejas akibat konflik di Asia Barat, lapor Philippine News Agency.Gabenor wilayah, Edwin Jubahib berkata, perbincangan awal dilakukan dengan pihak di daerah Johol di Negeri Sembilan kerana kawasan itu mempunyai simpanan besar minyak mentah dan petrol selain dijangka dibekalkan melalui Petronas.Beliau menambah bahawa jumlah 44 juta liter adalah untuk penghantaran sekali sahaja, dan wilayah itu mempunyai kapasiti untuk membayar pesanan pukal tersebut.Kerajaan wilayah itu juga sedang mencari depoh simpanan yang sesuai untuk minyak berkenaan selepas perjanjian diluluskan.Sebagai langkah penjimatan bahan api, mereka telah memperkenalkan sistem berkongsi kenderaan (carpooling) serta membeli dua tangki berkapasiti 24,000 liter setiap satu untuk kegunaan kecemasan, termasuk kenderaan penyelamat.Davao del Norte, yang terletak di pulau Mindanao di bahagian selatan Filipina, bersempadan dengan wilayah Davao Oriental, Davao de Oro dan Bukidnon.Filipina mengisytiharkan darurat tenaga apabila rizab bahan api merosot kepada sekitar 40 hingga 45 hari, dengan lebih 400 stesen minyak di negara itu telah menghentikan operasi akibat kenaikan harga bahan api yang mendadak. |
|
Petronas denies involvement in Philippines' plan to buy M'sian oil - Mkini - 29/03 2:52 pm Company says it hasn't entered into any related agreement or commitment. |
|
Petronas nafi atur bekalan minyak kepada Filipina - Thempress - 29/03 2:41 pm PETRONAS menepis sekali gus menafikan dakwaan terlibat dalam pengaturan bekalan bahan api dengan kerajaan tempatan di Filipina |
|
Petronas nafi terlibat rancangan Filipina nak beli minyak Malaysia - Mkini - 29/03 1:57 pm Sebelum ini, Gabenor Davao del Norte dilapor berkata dia berhubung dengan daerah Johol di Negeri Sembilan untuk berkongsi masalah bekalan minyak. |
|
Petronas nafi terlibat perjanjian bekalan bahan api dengan Filipina - FMT - 29/03 12:49 am Manila mengisytiharkan darurat tenaga nasional pada Selasa berikutan kebimbangan tentang bahaya segera akibat bekalan bahan api yang terlalu rendah. |
|
Petronas nafi terlibat dalam perjanjian bekalan bahan api dengan Filipina - Hotfm - 29/03 12:49 am Manila mengisytiharkan darurat tenaga nasional pada Selasa berikutan kebimbangan tentang bahaya segera akibat bekalan bahan api yang terlalu rendah. |
|
Tujuh kapal Malaysia tunggu 'lampu hijau Iran di Selat Hormuz - Sinarharian - 28/03 1:17 pm SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Tujuh kapal Malaysia yang dilaporkan terkandas di Selat Hormuz bukannya ditahan, sebaliknya sedang menunggu kebenaran untuk melalui kawasan tersebut.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kesemua kapal tersebut akan dibenarkan melalui selat terbabit sebaik saja dipastikan keadaan di sana benar-benar selamat."Saya telah membuat langkah rundingan awal bersama rakan sejawat saya, perkara ini disusuli dengan panggilan oleh Perdana Menteri kepada Presiden Iran yang menguatkan lagi permohonan kita."Iran menyatakan tiada isu untuk membenarkan kapal kita melaluinya dan buat masa sekarang ini yang dilepaskan adalah kapal yang membawa kargo. Bagi kapal tangki, perlu tunggu dahulu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Rantau, di sini pada Sabtu.Jelas beliau, tujuh kapal tangki terbabit ialah tiga milik Petronas, dua MISC, satu Sapura Energy serta sebuah milik Shapadu Group Of Companies.Mohamad berkata, komunikasi antara pusat arahan di Teheran dan komander di lapangan kadangkala terganggu akibat situasi konflik, menyebabkan pergerakan kapal perlu ditangguhkan sementara."Di Selat Hormuz itu keadaan amat tegang, semua nak keluar dan jika komunikasi tidak dibuat dengan baik boleh menyebabkan insiden tidak diingini berlaku."Kapal-kapal ini tak ditahan, tapi menunggu 'on' saja kerana arahan dari Teheran itu kadang-kadang tidak sampai kerana dalam keadaan perang, sistem komunikasi itu sangat sukar," katanya.Tambahnya, kesemua kapal tersebut dijangka dibenarkan bergerak pada bila-bila masa bergantung kepada keadaan semasa yang ditentukan pihak Iran.Terdahulu, media melaporkan tujuh kapal milik Malaysia dengan empat daripadanya sarat membawa muatan minyak mentah dilaporkan terkandas di Selat Hormuz dan belum dapat meneruskan pelayaran pulang ke negara ini.Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM), Ikmal Azam Thanaraj Abdullah berkata, dua lagi adalah kapal pemasangan paip dan kapal sokongan luar pesisir. |
|
Elak defisit belanjawan 'meletup' - Pakar - Sinarharian - 28/03 9:20 am SHAH ALAM - Keputusan kerajaan menyelaraskan jumlah minyak yang disubsidikan menerusi Budi Madani RON95 (BUDI95) kepada 200 liter berbanding 300 liter dianggap sebagai satu usaha untuk mengelakkan defisit Belanjawan 2026 daripada 'meletup'.Pakar ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Barjoyai Bardai berkata, ketika ini defisit belanjawan pada kadar sekitar 3.5 peratus dan ia dijangka meningkat sekiranya kerajaan tidak mengawalnya dengan langkah-langkah khusus."Dalam belanjawan, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM49 bilion untuk subsidi dan bantuan sosial, tetapi seperti yang dilaporkan pada 22 Mac lalu, subsidi minyak meningkat daripada sekitar RM700 juta kepada RM3.2 bilion hanya dalam tempoh kurang seminggu."Keadaan ini memberi anggaran akan berlaku peningkatan empat kali ganda dalam pemberian subsidi, jadi bajet sebanyak RM49 bilion itu akan 'meletup' (bertambah)," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Pada Khamis, ketika mengumumkan langkah-langkah mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyelarasan kelayakan BUDI95 bersifat sementara bagi menunggu keadaan minyak, bekalan dan ekonomi dunia pulih.Selain itu, katanya, kerajaan mengekalkan harga diesel bersubsidi pada kadar RM2.15 seliter di Sabah dan Sarawak, namun mengehadkan pengisian diesel berdasarkan jenis kenderaan pengguna.Mengulas lanjut Barjoyai menjelaskan, setiap kenaikan AS$10 harga minyak mentah dijangka meningkatkan defisit belanjawan negara antara 0.1 hingga 0.2 peratus."Jika harga minyak meningkat daripada AS$60 kepada AS$100 setong, defisit boleh meningkat sekitar 0.4 peratus iaitu daripada 3.5 peratus kepada hampir 3.9 peratus."Sekiranya keadaan itu berterusan, kerajaan mungkin terpaksa meningkatkan pinjaman bagi menampung perbelanjaan luar jangka," jelasnya.Barjoyai juga yakin kerajaan berharap peningkatan hasil daripada sektor petroleum termasuk cukai petroleum, dividen Petroliam Nasional Bhd (Petronas) serta jualan gas asli cecair (LNG) dan minyak mentah dapat membantu menampung peningkatan perbelanjaan subsidi.Justeru, beliau menegaskan, penyelarasan subsidi itu bukan bertujuan mengurangkan subsidi secara keseluruhan, sebaliknya memastikan bantuan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya."Kurang daripada lima peratus rakyat menggunakan kuota maksimum minyak RON95 300 liter sebulan, manakala lebih 95 peratus pengguna hanya menggunakan sekitar 80 liter sebulan kerana kebanyakan mereka menggunakan motosikal dan kenderaan bersaiz kecil."Jadi saya percaya penyelarasan kepada 200 liter tidak menjejaskan majoriti rakyat, malah kerajaan berpotensi menjimatkan kira-kira RM1 bilion sebulan," tambahnya. |
|
Muhyiddin cadang MTEN diaktifkan dalam status krisis, bersidang secara .. - Mgazette - 28/03 7:38 am Bekas Perdana Menteri itu turut mempersoalkan kenyataan kerajaan bahawa Malaysia berada dalam keadaan lebih baik tanpa disertakan penjelasan terperinci, selain menimbulkan persoalan mengenai usaha membawa pulang kapal minyak dari Iran yang didakwa mencerminkan tahap risiko sebenar bekalan tenaga negara. Dalam pada itu, Muhyiddin menggesa kerajaan menjelaskan jumlah hasil yang diperoleh Petronas susulan kenaikan harga minyak dunia serta berapa banyak yang boleh disalurkan kembali kepada rakyat bagi mengawal kenaikan harga bahan api |
|
Konflik Asia Barat: PM runding dengan semua kerajaan negeri minggu depan - Mgazette - 28/03 7:38 am Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada rakan sejawatnya, Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian kerana sedia bertolak ansur untuk melepaskan kapal-kapal minyak negara. Saya juga ambil kesempatan ucap terima kasih kepada Presiden Iran dalam perbincangan saya semalam di mana beliau telah mengarahkan supaya melepaskan kapal-kapal minyak Petronas dan syarikat Malaysia melepasi Teluk Hormuz, katanya lagi |
|
Runding peringkat negeri, parti dulu baru sidang khas Parlimen – PM - Mgazette - 28/03 7:38 am Ia bagi membincangkan berhubung kesan gangguan bekalan minyak dunia akibat konflik Asia Barat terhadap ekonomi negara hingga memaksa kerajaan mengambil langkah drastik termasuk mengurangkan kuota Budi Madani RON95. Ditanya mengenai rizab minyak Petronas yang boleh bertahan sehingga Mei susulan pelaksanaan Budi Madani RON95, Perdana Menteri yakin bekalan mampu bertahan sehingga dua bulan lagi |
|
MTEN perlu diaktifkan segera tangani krisis ekonomi - Muhyiddin - Sinarharian - 27/03 5:18 pm Persoalannya, adakah kerajaan benar-benar bersedia?" katanya lagi.Beliau menyifatkan langkah seperti penyelarasan BUDI95 dan kawalan diesel dilihat bersifat pentadbiran semata-mata tanpa menjawab isu asas keterjaminan bekalan tenaga.Muhyiddin berpandangan rakyat berhak mengetahui tahap sebenar rizab, tempoh ketahanan bekalan serta pelan kontingensi sekiranya berlaku gangguan besar."Kenyataan bahawa Malaysia berada dalam keadaan lebih baik juga tidak memadai tanpa penjelasan terperinci yang jelas. Malah, usaha membawa pulang kapal minyak dari Iran menimbulkan persoalan baharu mengenai tahap risiko sebenar terhadap bekalan tenaga negara," ujarnya.Justeru, beliau meminta kerajaan lebih telus berhubung hasil yang diperoleh Petronas susulan kenaikan harga minyak dunia serta jumlah yang boleh disalurkan semula kepada rakyat bagi mengawal kenaikan harga bahan api.Menurutnya, dakwaan bahawa 90 peratus rakyat tidak terjejas dengan kenaikan harga adalah mengelirukan kerana kesan sebenar melibatkan keseluruhan rantaian bekalan dan peningkatan harga barangan keperluan harian."Hakikatnya, 100 peratus rakyat terjejas dengan kenaikan harga minyak |
|
Bekalan minyak stabil hingga Mei, langkah alternatif sedang digerakkan - PM Anwar - Sinarharian - 27/03 4:09 pm SHAH ALAM - Malaysia mempunyai jaminan bekalan minyak yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei tahun ini, namun kerajaan tidak bergantung kepada jaminan itu semata-mata apabila langkah mencari sumber alternatif telah digerakkan dengan lebih awal.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memantau situasi bekalan tenaga setiap hari susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang memberi kesan langsung kepada pasaran global."Setakat ini bekalan masih mencukupi hingga Mei, tetapi kita juga sedang cari jalan lain sebagai langkah berjaga-jaga."Setakat ini, kekuatan Malaysia terletak pada keupayaan PETRONAS yang memiliki pelaburan meluas di pelbagai rantau dunia."Berbeza dengan negara yang bergantung kepada satu sumber, Malaysia mempunyai akses kepada bekalan dari beberapa lokasi strategik termasuk di Brazil, Suriname dan Kanada," katanya selepas solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam di sini, hari ini.Sehubungan itu menurut Anwar, pendekatan ini membolehkan negara mengimbangi sebarang gangguan dari rantau Teluk yang kini berdepan konflik.Tambahnya, walaupun keadaan masih terkawal tanpa catuan minyak atau kenaikan mendadak harga RON95, kerajaan mengambil pendekatan proaktif dengan mengadakan mesyuarat khas melibatkan aspek ekonomi dan keselamatan negara."Satu pertemuan bersama semua Menteri Besar, Ketua Menteri serta pemimpin politik pelbagai parti akan diadakan bagi menyelaras tindakan secara menyeluruh."Keutamaan kerajaan adalah memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis luar, termasuk lonjakan harga dan kekurangan bekalan," katanya.Pada Khamis, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dilaporkan telah membenarkan kapal tangki minyak Malaysia melalui Selat Hormuz.Menurut Anwar, beliau juga telah menghubungi Pezeshkian dan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi bagi membincangkan ketegangan di Asia Barat |
|
Konflik Asia Barat: Taklimat khas bersama kepimpinan negeri, parti politik minggu depan - Sinarharian - 27/03 3:46 pm Setakat ini, belum ada catuan, belum berlaku kenaikan mendadak RON95 dan bekalan masih terjamin sehingga Mei. Keadaan juga dipantau setiap hari," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Bukit Jelutong, di sini, pada Jumaat.Mengulas cadangan pembangkang supaya sidang khas Dewan Rakyat diadakan bagi membincangkan implikasi perkembangan di Asia Barat, Anwar berkata, perkara itu akan dipertimbangkan selepas pelan lebih konkrit dirangka hasil perbincangan bersama pemimpin negeri.Perdana Menteri turut menegaskan bekalan minyak kekal stabil sehingga Mei seperti diumumkan sebelum ini dan mencukupi untuk menampung keperluan domestik."Keistimewaan Petronas ialah kepelbagaian pelaburannya, bukan sahaja di negara Teluk, malah di Brazil, Suriname dan Kanada |
|
Apakah PN sama ratakan harga diesel jika jadi kerajaan? - Mgazette - 27/03 3:36 pm Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ketegangan yang tercetus akibat serangan berterusan di rantau itu, termasuk tempiasnya ke negara-negara Teluk serta gangguan kepada laluan tenaga strategik seperti Selat Hormuz, memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan minyak dunia. Menurut beliau, walaupun Malaysia berada dalam keadaan lebih terkawal hasil keupayaan Petronas, negara tetap tidak terlepas daripada kesan kenaikan kos, tekanan bekalan serta ketidaktentuan ekonomi global |
|
Malaysia eyes Petronas global investments for fuel supply buffer as US-Iran crisis worsens - Malaymail - 27/03 3:13 pm SHAH ALAM, March 27 Malaysia is exploring ways to leverage Petronass diversified global investments in or... |
|
Kes pukul di KLCC: 18 'ulat foto' diberkas - Sinarharian - 27/03 1:08 pm KUALA LUMPUR Seramai 18 lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes memukul dua lelaki hingga mengalami kecederaan di kepala di Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada Ahad.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kejadian kira-kira jam 9 malam itu berlaku apabila mangsa bertindak menegur sekumpulan individu yang dipercayai memukul seorang pelancong lelaki."Kumpulan tersebut memberi amaran kepada mangsa supaya tidak masuk campur |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |