///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Turkiye News   Page 1    



Negara Islam perlu bersatu lawan hegemoni AS - Saifuddin - Sinarharian - 26/05 10:48 am

KUANTAN - Negara-negara Islam perlu bersatu dan memperkukuh kerjasama bagi menentang hegemoni Amerika Syarikat (AS) susulan desakan terbaharu negara itu terhadap beberapa negara untuk mengiktiraf Israel menerusi Perjanjian Abraham.Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, kenyataan Presiden AS, Donald Trump yang mahu lebih banyak negara menandatangani perjanjian berkenaan disifatkan sebagai usaha memperkukuh pengaruh dan dominasi kuasa besar dunia tersebut.Menurutnya, masyarakat antarabangsa perlu berdiri teguh bagi menghalang pengenaan kuasa secara unilateral yang boleh menggugat keseimbangan dunia."Sekiranya usaha mendapatkan pengiktirafan terhadap Israel dijadikan alat tawar-menawar atau bayaran bagi perjanjian damai dengan Iran, maka ia membuktikan Amerika Syarikat tidak lagi boleh dipercayai."Era dunia unipolar telah berakhir dan sudah tiba masanya diwujudkan orde dunia baharu yang menolak hegemoni serta menekankan kemakmuran yang adil dan saksama untuk semua negara," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau turut menganggap kenyataan Trump yang dibuat menjelang Hari Wukuf sebagai tidak sensitif dan menghina umat Islam di seluruh dunia.Justeru, menurutnya, negara-negara Islam perlu menyatukan sumber dan strategi selain menjalinkan kerjasama dengan negara-negara lain yang sehaluan bagi membentuk paksi kuasa baharu yang memperjuangkan keadilan dan multilateralisme sebenar."Kepada seluruh umat Islam, sempena Hari Wukuf ini, marilah kita berdoa demi keamanan, keselamatan, kemajuan dan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia."Zahirkan solidariti dan sokongan kepada mereka yang ditindas seperti rakyat Palestin dan Rohingya dalam perjuangan menuntut kebebasan, hak menentukan nasib sendiri dan maruah," jelasnya.Terdahulu, media melaporkan, Trump meminta negara seperti Arab Saudi, Qatar, Pakistan, Turkiye, Mesir, dan Jordan menyertai Perjanjian Abraham sebagai syarat penyelesaian konflik dengan Iran.Langkah ini bertujuan meluaskan normalisasi hubungan dengan Israel bagi menyatukan kepentingan di Asia Barat, malah Trump turut membayangkan kemungkinan Iran sendiri menyertai perjanjian tersebut bagi membentuk satu pakatan global baharu.





GSF 2.0: Razman selesai jalani pembedahan, berisiko naik pesawat - Sinarharian - 25/05 8:02 am

SEPANG - Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) memaklumkan kecederaan serius yang dialami seorang aktivis, Razman Mat Ali, amat berisiko menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.Ketua Pengarahnya, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, Razman disahkan mengalami 'traumatic pneumothorax' atau paru-paru bocor dan selamat menjalani pembedahan di Istanbul, Turkiye.Menurut beliau, keadaan aktivis itu dilaporkan stabil dan memerlukan rawatan selama 21 hari di negara itu."Doktor tidak membenarkan beliau menaiki penerbangan buat masa ini kerana tekanan udara boleh memburukkan lagi kecederaan sehingga boleh mengakibatkan kematian."Razman turut berada dalam keadaan berisiko tinggi mendapat jangkitan susulan kecederaan dialaminya itu," katanya ketika berucap pada Himpunan Solidariti Kepulangan Aktivis Kemanusiaan GSF 2.0 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Ahad.Sani Araby berkata, pasukan perundangan Pusat Kajian Hak Asasi Manusia dan Advokasi (Centhra) sempat melawat Razman di hospital bagi mendapatkan keterangan berkaitan insiden yang berlaku."Kita berjaya melawat beliau walaupun keadaannya tidak begitu selesa kerana risiko jangkitan selepas pembedahan."Sesi bersama pasukan perundangan sangat penting bagi membolehkan segala bukti dan keterangan direkodkan," katanya.Tambah beliau, seorang wakil Sumud Nusantara juga ditempatkan di Turkiye bagi menemani dan membantu menguruskan keperluan Razman sepanjang menerima rawatan.Dalam pada itu, Sani Araby menyifatkan ketabahan ditunjukkan Razman amat luar biasa walaupun berdepan kecederaan serius."Insiden menimpa Razman bukan kes terpencil kerana kebanyakan aktivis yang ditahan didakwa turut mengalami penderaan fizikal sepanjang berada dalam tahanan," katanya.Razman merupakan antara 29 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF 2.0 bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza sebelum misi berkenaan dipintas tentera rejim Zionis.





Peluru berpandu: MINDEF teliti tawaran beberapa negara - Mygazette - 25/05 7:43 am

# Peluru berpandu: MINDEF teliti tawaran beberapa negara ISTANBUL - Kementerian Pertahanan sedang menilai tawaran daripada beberapa negara untuk mencari penyelesaian terbaik menggantikan sistem peluru berpandu antikapal (NSM) yang dibatalkan pembekalannya oleh syarikat pertahanan dari Norway. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pertemuan turut diadakan dengan beberapa pihak sempena lawatan beliau ke Turkiye bagi mendapatkan cadangan bersesuaian untuk pertimbangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)





Malaysia nekad teruskan misi Global Sumud Flotila ke Gaza Malaysia nekad .. - Mygazette - 25/05 7:43 am

Kepulangan mereka disambut Amirudin bersama Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby selain ahli keluarga dan penyokong yang mula berkumpul sejak pukul 8 malam. Delegasi berkenaan sebelum itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Turkiye pada pukul 2.21 pagi waktu tempatan sebelum transit di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan meneruskan perjalanan pulang ke tanah air





'Kalau papa tak kembali jangan risau, selepas 10 tahun saya akan pergi ke Gaza' - Anak Kapten Siva - Sinarharian - 25/05 7:35 am

Itulah semangat yang saya pegang dan akan terus memperlahankannya," katanya.Beliau berkata demikian pada Himpunan Solidariti Kepulangan Aktivis Global Sumud Flotilla 2.0 di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sentiasa mendoakan aktivis GSF sepanjang misi ini."Saya bangga jadi warga Malaysia berbangsa India. Terima kasih kerana sudi mendoakan kami."Selepas ini saya dan keluarga lebih bertekad untuk bebaskan Palestin," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: 28 aktivis GSF 2.0 selamat tiba di KLIAGSF 2.0: Aktivis Razman teruskan rawatan di Istanbul, paru-paru bocor ditumbuk tentera IsraelGSF 3.0 diteruskan, tarikh akan dikongsi- Nadir Al- NuriSeramai 28 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum bertemu dengan ahli keluarga dan penyokong yang mula berkumpul sejak jam 8 malam.Turut hadir, Duta Besar Palestin ke Malaysia, Jehad Fouad Alqdra; Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.Terdahulu, kesemua aktivis itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Turkiye dan meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.Seorang lagi rakyat Malaysia, Razman Mat Ali, 38, perlu meneruskan rawatan kira-kira dua minggu lagi di Istanbul, Turkiye selepas disahkan menghidap paru-paru bocor ekoran ditumbuk tentera Israel.Terdahulu, kesemua 29 aktivis terbabit adalah sebahagian daripada kumpulan 50 kapal yang belayar dari selatan Turkiye pada 14 Mei lalu dalam usaha memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza.





Razman dijangka pulang ke Malaysia dalam tempoh 21 hari - Kosmo - 25/05 1:27 am

SEPANG – Salah seorang rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotila (GSF) 2.0, Razman Mat Ali dijangka pulang ke tanah air dalam tempoh 21 hari ekoran sedang dirawat di Istanbul, Turkiye berikutan berdepan Traumatic Pneumothorax atau paru-paru bocor





Iran team trains through World Cup uncertainty - Aljazeera - 25/05 12:40 am

Al Jazeera exclusive footage follows Irans national football team as they train for the World Cup in Turkiye.





28 aktivis GSF 2.0 selamat tiba di KLIA - Sinarharian - 25/05 12:06 am

SEPANG - Seramai 28 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum bertemu dengan ahli keluarga dan penyokong yang mula berkumpul sejak jam 8 malam.Turut hadir, Duta Besar Palestin ke Malaysia, Jehad Fouad Alqdra; Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.Terdahulu, kesemua aktivis itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Turkiye dan meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.Bagaimanapun, kelibat pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) sekali lagi tidak kelihatan pada himpunan solidariti kepulangan aktivis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA 1) di sini.Seorang lagi rakyat Malaysia, Razman Mat Ali, 38, perlu meneruskan rawatan kira-kira dua minggu lagi di Istanbul, Turkiye selepas disahkan menghidap paru-paru bocor ekoran ditumbuk tentera Israel.Terdahulu, kesemua 29 aktivis terbabit adalah sebahagian daripada kumpulan 50 kapal yang belayar dari selatan Turkiye pada 14 Mei lalu dalam usaha memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza.Pengusiran mereka berlaku sehari selepas rakaman penghinaan terhadap aktivis ketika berada dalam tahanan, yang dikongsi secara dalam talian oleh Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir, sehingga mencetuskan kemarahan antarabangsa.





Malaysia dijangka terima tiga LMS hujung tahun depan - Khaled - Sinarharian - 24/05 8:38 pm

ISTANBUL - Malaysia dijangka menerima tiga Kapal Misi Pesisir Batch 2 (LMSB2) yang dibina di Turkiye menjelang akhir tahun depan, sekali gus meningkatkan kesiapsiagaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menjaga kedaulatan perairan negara.Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembinaan kapal berkenaan berjalan mengikut jadual sejak kontrak dimeterai pada Jun 2024 dengan penamaan dan pelancaran LMSB2 pertama berlangsung hari ini di limbungan kapal Istanbul di sini, diikuti kapal kedua pada Jun dan kapal ketiga Ogos ini."Kita bersyukur kerana tidak ada apa-apa cabaran dan masalah yang kita hadapi dalam masa kita lakukan pembinaan untuk kapal ini





Malaysia gesa perjanjian inklusif bagi jamin laluan selamat Selat Hormuz .. - Mygazette - 24/05 6:04 pm

Saya melihat perkembangan ini dengan penuh harapan dan optimis. Malaysia menghargai peranan konstruktif yang dimainkan Bahrain, Mesir, Jordan, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam memudah cara proses ini





Rundingan AS-Iran tunjuk perkembangan positif, Malaysia sokong usaha pelbagai hala - PM - Sinarharian - 24/05 3:37 pm

KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia menyokong sebarang usaha pelbagai hala yang mampu menyumbang kepada keamanan dan kestabilan berkekalan di Asia Barat susulan perkembangan positif rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menerima petunjuk menggalakkan daripada para pemimpin Asia Barat bahawa rundingan ke arah perjanjian rangka kerja antara AS dan Iran, termasuk pembukaan semula Selat Hormuz, sedang bergerak dalam trajektori positif.Menurut Anwar, perkembangan itu memberi harapan ke arah penyelesaian diplomatik yang mampu memperkukuh keamanan dan keselamatan rantau berkenaan."Malaysia mengambil maklum peranan konstruktif yang dimainkan oleh Bahrain, Mesir, Jordan, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam memudah cara proses ini."Kami juga mengalu-alukan penglibatan peribadi Presiden AS, Donald Trump dalam usaha mencapai penyelesaian menerusi rundingan," katanya dalam satu kenyataan.Selain itu, Perdana Menteri berharap semua pihak yang terlibat dalam rundingan tersebut dapat memanfaatkan peluang sedia ada bagi memastikan proses rundingan berjaya diselesaikan secara damai dan menyeluruh.Dalam masa sama, Anwar menambah Malaysia turut menggesa semua pihak mencapai satu perjanjian rangka kerja yang inklusif bagi memperkukuh gencatan senjata semasa, menjamin laluan selamat melalui Selat Hormuz serta menangani kepentingan keselamatan sah semua negara di Asia Barat





Analysis: The necessity of reining in social media companies - Sinardaily - 24/05 12:00 am

Australia was the first to ban social media access for under-16s. Indonesia soon followed suit, while France, the United Kingdom, Turkiye, Thailand and many other countries are in the process of implementing similar laws





Queen of Malaysia arrives in Turkiye for threeday special visit, to attend RMN shiplaunch ceremony - Malaymail - 24/05 10:13 am

ISTANBUL, May 24 Her Majesty Raja Zarith Sofiah, Queen of Malaysia, has arrived in Istanbul, Turkiye in conjunct...





41 aktivis GSF dibenarkan keluar dari hospital di Istanbul - Mygazette - 23/05 7:53 am

# 41 aktivis GSF dibenarkan keluar dari hospital di Istanbul ISTANBUL - Sebanyak 41 daripada 53 aktivis yang mengalamai kecederaan daripada gerakan Global Sumud Flotilla (GSF) telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital di Istanbul, Anadolu Ajansi melaporkan pihak berkuasa Turkiye pada Jumaat





GSF 2.0: 29 rakyat Malaysia dijadualkan pulang Ahad ini - Mygazette - 23/05 7:53 am

"Kesemua rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat dan kini berada di Istanbul, Trkiye bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dijadualkan pulang ke Malaysia dengan ketibaan dijangka pada 24 Mei 2026 (Ahad), menurut kenyataan itu hari ini. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan semua 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, selamat tiba di Istanbul, Turkiye jam 5.45 petang waktu tempatan semalam





Amirudin dedah jadi sasaran, bot Misi GSF 2.0 disabotaj rejim Zionis - Mygazette - 23/05 7:53 am

Saya anggap ia satu penculikan yang dibuat oleh rejim dalam keadaan terdesak kerana semakin hari semakin ramai peserta misi kemanusiaan yang datang. "Kali ini sabotaj mereka dilakukan dua kali, satu di perairan Greece dan satu lagi di perairan berdekatan Turkiye," katanya lagi





GSF 2.0: 29 aktivis Malaysia tiba di tanah air Ahad ini - Sinarharian - 22/05 7:47 pm

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri mengesahkan kesemua 29 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dan dibebaskan pada Khamis dalam keadaan selamat serta berada di Istanbul, Turkiye ketika ini.Wisma Putra dalam kenyataan berkata, kesemuanya sedang menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dijadualkan pulang ke tanah air dengan ketibaan dijangka pada Ahad."Kerajaan Malaysia turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas segala bantuan dan sokongan diberikan sepanjang proses pembebasan serta kepulangan mereka dengan selamat."Kementerian memuji komitmen teguh yang ditunjukkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) serta pasukan Sumud Nusantara."Walaupun flotila kemanusiaan tersebut dihalang daripada tiba di Gaza, misi ini berjaya meningkatkan kecaman antarabangsa terhadap sekatan haram rejim Zionis Israel ke atas Gaza, Palestin," katanya pada Jumaat.Wisma Putra memaklumkan, Malaysia kekal komited untuk meneruskan usaha diplomatik bersama rakan antarabangsa dalam menjunjung prinsip kemanusiaan serta memperkukuh solidariti global ke arah penubuhan negara Palestin yang berdaulat dan merdeka.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, kesemua 428 aktivis GSF 2.0, termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa dibebaskan.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah menghantar tiga kapal terbang Turkish Airlines ke Lapangan Terbang Ramon yang terletak di tanah haram Israel.Tambah Sani Araby, pihaknya mengesahkan laporan terkini bahawa semua 428 aktivis flotilla dipindahkan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Ramon dan dijangka sampai ke Istanbul menggunakan tiga penerbangan tajaan khas Kerajaan Turkiye dengan kod TK6919, TK6921 dan TK6925.





Sumud: 29 rakyat Malaysia dijangka tiba di tanah air Ahad ini - Mygazette - 22/05 7:52 am

# Sumud: 29 rakyat Malaysia dijangka tiba di tanah air Ahad ini SEPANG - Kesemua 428 aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa kini dibebaskan dan dijangka pulang ke tanah air pada Ahad ini. Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata SNCC dimaklumkan oleh pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan telah menghantar tiga kapal terbang Turkish Airlines ke Lapangan Terbang Ramon yang terletak di tanah haram Israel





SNAPSHOT Israel releases Gaza flotilla activists, including 29 M'sians, Turkiye sponsors flights - Mkini - 21/05 9:00 pm

What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm, and 9pm.





GSF 2.0: 428 aktivis termasuk 29 rakyat Malaysia dibebaskan - Sinarharian - 21/05 7:52 pm

SEPANG - Kesemua 428 aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa kini dibebaskan dan dijangka pulang ke tanah air pada Ahad ini.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, SNCC dimaklumkan oleh pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan telah menghantar tiga kapal terbang Turkish Airlines ke Lapangan Terbang Ramon yang terletak di tanah haram Israel.Beliau berkata, SNCC mengesahkan laporan terkini bahawa semua 428 aktivis flotilla kini sedang dipindahkan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Ramon dan dijangka sampai ke Istanbul menggunakan tiga penerbangan tajaan khas Kerajaan Turkiye dengan kod TK6919, TK6921 dan TK6925."Ketiga-tiga penerbangan khas Turkish Airlines itu dijangka berlepas dari tanah haram Israel sekitar 8 malam waktu Malaysia."Penerbangan ini dijangka tiba pada 10 malam waktu Malaysia dan akan disambut oleh pihak kedutaan Malaysia di Turkiye serta Wisma Putra serta kerajaan Turkiye," katanya pada sidang media perkembangan Misi GSF 2.0 di sini pada Khamis.





PM beri komitmen maksimum gesa pembebasan aktivis GSF 2.0 - SNCC - Sinarharian - 21/05 2:29 pm

SEPANG -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan dan komitmen maksimum untuk mengetuai segala usaha menggunakan hubungan dua hala bagi mendesak pembebasan segera aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0yang diculik serta ditahan Israel.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, komitmen berkenaandinyatakan Perdana Menteri kepada SNCC menerusi satu panggilan telefon pada Khamis."Perdana Menteri sedang mengetuai segala usaha bersama Kerajaan Malaysia, menggunakan hubungan dua hala yang akrab serta telah berhubung rapat dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, bagi mendesak pembebasan segera seluruh aktivis yang diculik, dipastikan selamat dan mengelakkan mereka daripada dipenjarakan di Penjara Ketziot," katanya.Dalam sidang media perkembangan Misi GSF 2.0, Sani Araby berkata, SNCC turut dimaklumkan yang Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa Wisma Putra menggandakan usaha diplomatik bersama Turkiye serta beberapa negara lain.Ia termasuk membuat persediaan wakil kedutaan di Istanbul, Aman dan Kaherah bagi memastikan keselamatan dan pembebasan rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi flotilla kemanusiaan ini."SNCC menegaskan insiden penculikan ini turut membangkitkan kemarahan dan kecaman antarabangsa termasuk kenyataan negara serta aksi demonstrasi di Itali, Turkiye, Sepanyol, Perancis, Belgium, Ireland, Kanada, Belanda, Jerman, Korea Selatan, Australia, Portugal serta organisasi antarabangsa."Mereka juga turut mengecam tindakan pencerobohan dan penculikan terhadap aktivis flotilla kemanusiaan ini yang berlaku di perairan antarabangsa," katanya.Sani Araby berkata, SNCC menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus memperhebat solidariti melalui solat hajat, Qunut Nazilah, munajat nasional serta tekanan diplomatik dan advokasi berterusan sehingga seluruh delegasi kemanusiaan dibebaskan.Semalam, SNCC mengesahkan kesemua 50 kapal GSF 2.0 yang membawa 428 aktivis kemanusiaan daripada 40 negara, telah dipintas tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari pantai Gaza.- Bernama





Peserta GSF laung Free Palestine ke arah Ben Gvir ketika tiba di Ashdod - Sinarharian - 20/05 10:44 pm

KUALA LUMPUR - Jeritan 'Free Palestine!' atau Bebas Palestin oleh peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 dihalakan tepat ke arah Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir.Menurut Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby, kesemua peserta GSF yang ditahan oleh rejim Zionis Israel pada 18 dan 19 Mei lalu telah tiba di Pelabuhan Ashdod pada petang tadi."Mereka ketika ini berada di Ashdod," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.Sementara itu, sebuah rakaman tersebar di media sosial menunjukkan para peserta dipaksa melutut ke lantai dan ditarik secara kasar oleh tentera rejim untuk dipindahkan dari kapal ke tempat tahanan.Pada masa sama, Itamar juga turut dilihat mengelilingi para peserta sambil melemparkan kata-kata kesat kepada mereka.Semalam, GSF memaklumkan kesemua 50 bot misi itu dipintas rejim Zionis di timur Mediterranean pada 18 dan 19 Mei, menyebabkan 428 aktivis dari lebih 40 negara ditahan termasuk 29 delegasi Malaysia yang menyertai 18 bot berkenaan.Untuk rekod, sebanyak 54 buah kapal GSF 2.0 mula berlepas dari Pelabuhan Marmanis, Turkiye ke Gaza pada 14 Mei lalu.Pada 30 April, sekurang-kurangnya 22 kapal GSF 2.0 dipintas oleh tentera rejim Zionis di perairan antarabangsa berhampiran Crete, Greece sebelum dilepaskan di negara yang sama pada 2 Mei.Dalam operasi haram itu, 10 rakyat Malaysia dilaporkan antara peserta yang ditahan atau terputus hubungan selepas kapal mereka dinaiki tentera rejim





GSF 2.0: SNCC terputus hubungan dengan peserta ditahan tentera laut rejim Zionis - Sinarharian - 20/05 3:15 pm

Saya kira masa ini adalah masa yang sangat penting dan jika dalam tempoh 48 jam tidak ada maklumat (rasmi) pendaratan di Pelabuhan Ashdod. Saya kira ini adalah satu insiden yang perlu dunia ambil peduli dan masuk campur," katanya pada sidang media perkembangan Misi GSF 2.0 di sini hari ini.Media sebelum ini melaporkan misi GSF 2.0 memasuki fasa akhir apabila sebanyak 54 kapal mula berlepas dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye menuju ke Gaza, manakala SNCC turut mengemas kini radius garisan zon kuning dan merah berdasarkan analisis risiko keselamatan terkini di kawasan operasi.Sani Araby berkata pihaknya dimaklumkan peserta misi itu dipercayai ditempatkan di "penjara atas kapal" sebelum dibawa ke Pelabuhan Ashdod, namun setakat ini maklumat rasmi masih sangat terhad."Seperti tahun lepas, SOP (prosedur operasi standard) yang telah kita latih, apabila sampai waktu genting terakhir, mereka telah disuruh untuk membuang telefon bimbit untuk elak daripada dirampas





Semua kapal GSF 2.0 bawa 428 aktivis dipintas tentera laut Zionis - SNCC - Sinarharian - 20/05 2:51 pm

Setiap kapal GSF ini mempunyai CCTV (kamera litar tertutup) pada tiang kapal. Semua aktiviti direkodkan akan jadi bahan bukti."Kesemua aktivis merangkumi doktor, pengamal media, kapten, kru kapal dan pembela hak asasi manusia, disahkan diculik dari kapal masing-masing di bawah ancaman senjata, sebelum dipindahkan secara paksa ke kapal perang rejim dipercayai dibawa ke Pelabuhan Ashdod, semalam," katanya pada sidang media perkembangan Misi GSF 2.0, di sini hari ini.Beliau berkata, insiden itu turut melibatkan 18 kapal yang membawa 29 rakyat Malaysia termasuk kejadian empat aktivis negara yang dilaporkan ditahan semalam, iaitu Muhammad Hareez Adzrami dan Chin Shiau Weai yang menaiki kapal Alcyone, serta Syed Amirul Syafiq Syed Iskandar (kapal Don Juan) dan Noor Thanisah Mohammad Tajudin (kapal Zefiro)."Ini berdasarkan pengesahan mutakhir daripada bilik gerakan SNCC," katanya.Dalam perkembangan sama, Sani Araby berkata, SNCC turut mengesahkan empat daripada 11 keseluruhan delegasi serantau dari Indonesia, yang mewakili jaringan Sumud Nusantara turut ditahan.Mereka ialah Herman Budianto dan Ronggo Wirsano dari kapal Alcyone, manakala Asad Aras serta Hendro Prasetyo berada di kapal Kasri Sadabad.Beliau juga menyifatkan insiden itu sebagai pencabulan serius terhadap undang-undang antarabangsa serta hak asasi manusia dan menuntut tindakan segera masyarakat antarabangsa berhubung keselamatan semua aktivis yang terlibat.Sany Araby juga berkata, SNCC telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, bahawa usaha diplomatik sedang digerakkan secara giat dan berterusan untuk meningkatkan tekanan antarabangsa.Ini termasuk kerjasama rapat dengan negara-negara sahabat, bagi memastikan semua aktivis dibebaskan dengan segera serta berada dalam keadaan selamat."SNCC menyokong penuh ketegasan kerajaan Malaysia yang mengecam keras insiden pencerobohan terhadap misi kemanusiaan ini," katanya.Beliau berkata, SNCC turut menyokong kenyataan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada 18 Mei yang menyifatkan tindakan IOF terhadap flotilla kemanusiaan itu sebagai tindakan "lanun dan penyamun" di perairan antarabangsa





Israel rampas semua kapal GSF - Mkini - 20/05 10:16 am

Tentera Israel telah memintas sejumlah 50 kapal yang membawa 428 individu dari 44 negara, termasuk 78 warga Turkiye.





GSF: 25 Rakyat Malaysia tidak ceroboh, Menteri Luar desak pembebasan .. - Mygazette - 20/05 7:56 am

Tetapi mereka dipintas dan banyaklah rakyat negara lain yang turut ditahan oleh pihak berkuasa rejim Zionis Israel, katanya pada sidang media di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selasa. Mohamad berkata beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatnya Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan dan kerajaan Turkiye yang berjaya membawa pulang 10 rakyat Malaysia yang ditahan lebih awal





Iran tetap teruskan misi Piala Dunia - Utusan - 20/05 7:30 am

ANTALYA: Skuad bola sepak Iran tetap meneruskan persiapan menghadapi Piala Dunia 2026 sejurus tiba di Turkiye semalam bagi menjalani kem latihan pusat serta melengkapkan urusan visa ke Amerika Syarikat (AS)





Fakta KAAN Enjin TEI & GE F110-129E - Wrlr - 19/05 6:59 pm

Syarikat TAI merupakan pengeluar dan kontraktor utama serta pemegang "design authority" bagi pesawat tempur Gen 5 TAI TF-X Kaan dan bukannya syarikat BAE Systems. Manakala jika enjin TEI (Tusas Engine Industries) berjaya dibangunkan, maka hakcipta, pengeluaran dan pemegang lesen eksport enjin tersebut juga adalah milik Turkiye





Skuad Piala Dunia Iran tiba untuk latihan di selatan Turkiye - Hotfm - 19/05 11:06 am

Antalya: Pasukan bola sepak Iran tiba di Turkye, hari ini, bagi menjalani kem latihan dan melengkapkan permohonan visa menjelang Piala Dunia 2026, menurut wartawan AFP.





SNCC: Global Sumud Flotilla vessels halts briefly in Greece, Turkiye waters for repairs before resuming Gaza voyage - Malaymail - 17/05 8:57 am

PUTRAJAYA, May 17 The Global Sumud Flotilla (GSF) vessels are currently in waters around Greece and Turkiye...





Iran ke Turkiye sebelum Piala Dunia - Utusan - 17/05 7:59 am

Menurutnya, ... Read more The post Iran ke Turkiye sebelum Piala Dunia appeared first on Utusan Malaysia .





Kapal GSF kini di perairan Greece, Turkiye untuk kerja pembaikan - SNCC - Sinarharian - 16/05 10:27 pm

SHAH ALAM - Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di perairan sekitar Greece dan Turkiye bagi kerja-kerja pembaikan sistem komunikasi serta enjin beberapa bot.Memasuki hari ke-34 misi kemanusiaan GSF, Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, keadaan laut bergelora di laluan operasi turut menjadi antara faktor yang mempengaruhi pergerakan semasa flotila."Hentian teknikal ini hanyalah bersifat sementara dan tidak melibatkan sebarang pendaratan aktivis ke daratan."Kapal-kapal GSF dijangka meneruskan semula pelayaran menuju ke Gaza pada 17 Mei (Ahad) selepas semua persiapan operasi selesai dilaksanakan," katanya dalam kenyataan rasmi SNCC pada Sabtu.Dalam masa sama, Sani Araby mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu hati dan sepakat menggandakan usaha menyebarkan fakta serta sejarah yang sahih.Beliau juga menggesa orang ramai untuk menangkis propaganda jahat rejim Israel serta meningkatkan kesedaran awam melalui semua platform media."SNCC turut menyeru rakyat Malaysia untuk terus melaksanakan solat hajat, Qunut Nazilah dan munajat berterusan demi keselamatan seluruh delegasi misi serta kejayaan usaha pembebasan Gaza."Setiap penyebaran maklumat hendaklah sentiasa berpandukan sumber sahih dan berautoriti," ujarnya lagi.Sebarang pertanyaan rasmi berkaitan GSF dan Palestin, boleh layari portal rasmi di tanya.sumudnusantara.com





Guru pempengaruh perlu beradab, berhujah dengan fakta - Anwar - Sinarharian - 16/05 4:51 pm

IPOH Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan golongan guru yang aktif sebagai pempengaruh di media sosial supaya menjadi contoh terbaik kepada masyarakat dengan mengutamakan adab serta berhujah berlandaskan fakta.Menurut beliau, peranan guru sebagai pempengaruh bukan sekadar menyampaikan pandangan sebaliknya perlu menjadi landasan dalam meningkatkan mutu perbincangan awam yang turut menitikberatkan aspek akhlak.Jelasnya, perbezaan pandangan bukan satu masalah selagi ia disampaikan dengan cara yang berhemah dan beradab."Dia kena pertama jadi contoh untuk menjelaskan fakta dan gunakan adab dan budaya yang baik dalam berhujah."Sama ada setuju atau tidak tak mengapa, tapi biar bagi contoh supaya influencer di kalangan pendidik itu menjadi landasan untuk kita pastikan ada peningkatan dari segi mutu yang terkait juga dengan soal akhlak," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Pertemuan dan Penyampaian Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor kecil Bumiputera di Dewan Serbaguna Jabatan Pendidikan Negeri Perak di sini pada Sabtu.Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.Sementara itu, mengulas perkembangan misi kemanusiaan antarabangsa iaitu Global Sumud Flotilla 2.0, Anwar berkata kerajaan sentiasa memantau rapat situasi semasa dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan."Ya kita pantau selalulah (perkembangan semasa Global Sumud Flotilla 2.0). Maknanya dah bagi desakan tapi kita berdepan dengan Israel yang paling biadab dalam dunia."Jadi, tapi sebagai kerajaan kita lakukan sedaya upaya kita," katanya yang juga Ahli Parlimen Tambun itu.Beliau berkata, kerajaan juga berhubung secara langsung dengan Wisma Putra bagi mendapatkan perkembangan terkini termasuk melibatkan peserta dari Malaysia serta beberapa negara lain seperti Sepanyol, Turkiye dan Brazil.





SNCC lancar 'Sumud Protocol', gerak empat tindakan sokong Gaza - Sinarharian - 15/05 8:52 pm

SEPANG - Sumud Nusantara Command Center (SNCC) melancarkan 'Sumud Protocol' merangkumi empat usaha sebagai pelan tindakan fasa satu yang akan digerakkan bermula pada fasa akhir misi flotila menuju ke Gaza.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, tindakan menerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia bakal menggerakkan sokongan dan keahlian sekurang-kurangnya 150 ahli Parlimen merentas parti dan ideologi.Menurut beliau, perkara itu merupakan cerminan keteguhan institusi Parlimen negara yang berani dan komited membela isu Palestin."SNCC juga menggesa Kaukus Palestin Parlimen mengadakan usul tergempar bagi mengabsahkan Deklarasi Brussels yang digerakkan oleh ahli-ahli Parlimen dunia khususnya dari Malaysia, Turkiye, Sepanyol dan Kesatuan Eropah (EU)."Ia merupakan usaha bagi meningkatkan tekanan diplomatik serta ekonomi terhadap rejim susulan pencabulan undang-undang antarabangsa serta sekatan kemanusiaan ke atas Gaza," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan SNCC di sini pada Jumaat.Sani Araby berkata, melalui Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) dengan sokongan kerajaan, pihaknya menggerakkan usaha memfailkan tuntutan kepada Ketua Pesuruhjaya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)."Fail itu adalah untuk pencabulan undang-undang antarabangsa susulan tindakan menculik, menyerang dan merampas bahan bantuan kemanusiaan serta kapal flotila kemanusiaan di perairan antarabangsa oleh pihak rejim Israel pada tahun 2025 dan April lalu."Ini adalah satu lagi sejarah yang mana keberanian bukan hanya menghantar memorandum tetapi kesatuan ini akan membuktikannya dengan memfailkan satu petisyen dan satu saman kepada pihak ICC untuk mengheret penjajah ini yang akan dimulakan seawal Jun depan," katanya lagi.Tambah beliau, SNCC turut melancarkan usaha siaran langsung selama 100 jam 'Sumud Kita Untuk Gaza' menerusi platform rasmi Sumud Nusantara bagi memperluaskan kesedaran awam dan menyampaikan perkembangan semasa misi flotila kepada rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa.Beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia bersatu hati untuk melakukan tindakan menggandakan usaha menyebarkan fakta dan sejarah yang sahih, menangkis propaganda jahat rejim serta meningkatkan kesedaran awam melalui semua platform media.





Misi Global Sumud Flotilla masuki fasa akhir, 54 kapal belayar ke Gaza .. - Mygazette - 15/05 7:48 am

# Misi Global Sumud Flotilla masuki fasa akhir, 54 kapal belayar ke Gaza SEPANG - Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2026 memasuki fasa akhir apabila sebanyak 54 kapal mula berlepas dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye menuju ke Gaza kira-kira 7.30 malam waktu Malaysia hari ini





SNCC jangka 30 jam akan datang tempoh paling kritikal bagi misi GSF - Sinarharian - 14/05 11:04 pm

SEPANG - Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2026 yang membawa hampir 500 aktivis kemanusiaan antarabangsa menuju ke perairan Gaza kini memasuki fasa paling kritikal apabila kapal-kapal misi itu dijangka berdepan pelbagai risiko, termasuk pintasan dalam tempoh 28 hingga 30 jam akan datang.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, tempoh itu menjadi fasa paling mencabar selepas kapal-kapal misi berkenaan memasuki kawasan Zon Kuning 3 sejurus meninggalkan Pelabuhan Marmaris, Turkiye.Sani Araby berkata, perubahan corak operasi tahun ini menyaksikan zon kuning diletakkan lebih awal berbanding tahun lepas susulan risiko pintasan oleh rejim Zionis.Beliau berkata, jarak perjalanan ke Gaza dianggarkan mengambil masa kurang daripada empat hari sekiranya tiada sebarang gangguan berlaku."Keluar sahaja daripada Pelabuhan Marmaris (Turkiye), mereka (kapal) sudah pun masuk Zon Kuning 3





Misi Global Sumud Flotilla masuk fasa akhir, 54 kapal belayar ke Gaza - Sinarharian - 14/05 10:25 pm

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2026 memasuki fasa akhir apabila sebanyak 54 kapal mula berlepas dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye menuju ke Gaza kira-kira jam 7.30 malam waktu Malaysia hari ini.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pelayaran itu melibatkan hampir 500 peserta antarabangsa daripada 45 negara yang digerakkan pelbagai kumpulan aktivis kemanusiaan dunia.Beliau berkata, misi berkenaan mendapat sokongan penuh, khususnya daripada Kerajaan Malaysia dengan dukungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selain Turkiye, Sepanyol dan Brazil."Pelayaran fasa akhir ini juga berlaku sehari sebelum peristiwa Nakba, iaitu 15 Mei 1948, 78 tahun lepas," katanya dalam sidang media di sini hari ini.Sani Araby berkata, SNCC turut mengesahkan lebih 40 peserta daripada enam negara Nusantara, iaitu Malaysia, Indonesia, Pakistan, India, Sri Lanka dan Filipina menyertai pelayaran berkenaan.Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 29 peserta Malaysia berumur antara 22 tahun hingga 58 tahun terdiri daripada tenaga profesional pelbagai bidang meneruskan pelayaran dari Marmaris dengan peranan masing-masing termasuk kapten, pembantu kapten, kru, pegawai perubatan dan juruteknik."Lima kapal daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) turut bergabung dalam misi itu," katanya.Sani Araby berkata, tiga peserta Malaysia, iaitu Mohamad Aqil Asmadi, Mohamad Zurini Karim dan Hajah Sereba Mustafa Al-Bakri telah disusun semula peranan mereka dan akan kembali ke tanah air bagi memperkukuh strategi operasi lapangan SNCC.Beliau juga berkata, SNCC telah mengubah radius garisan zon kuning dan merah berdasarkan analisis risiko keselamatan terkini di kawasan operasi."Berdasarkan penilaian semasa, laluan dari Pelabuhan Marmaris hingga 30 batu nautika diklasifikasikan sebagai Zon Hijau (Green Zone)manakala kawasan antara 30 batu nautika hingga 150 batu nautika diletakkan di bawah Zon Kuning (Yellow Zone)."Seterusnya, laluan bermula 150 batu nautika sehingga memasuki perairan Gaza kini dikategorikan sebagai Zon Merah (Red Zone), yang membawa tahap risiko keselamatan paling kritikal sepanjang misi pelayaran ini," katanya





Irans US-bound World Cup squad given public sendoff in Tehran - Aljazeera - 14/05 2:33 pm

Thousands of people cheered Team Melli as Iran's World Cup kit was unveiled before the team's training camp in Turkiye.





Armada Global Sumud Flotilla belah lautan hari ini, bawa misi kemanusiaan ke Gaza - Sinarharian - 14/05 2:16 pm

SHAH ALAM Misi kemanusiaan antarabangsa, Armada Global Sumud Flotilla dijadualkan memulakan pelayaran bersejarah dari pelabuhan Marmaris di selatan Turkiye pada Khamis.Pelayaran ini merupakan fasa terakhir dalam usaha menembusi sekatan di sempadan Gaza bagi menyampaikan bantuan kritikal kepada penduduk di wilayah berkenaan.Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman mengesahkan sebanyak 54 kapal akan menyertai pelayaran besar-besaran ini.Daripada jumlah tersebut, lima kapal merupakan hasil kerjasama strategik antara Sumud Nusantara bersama gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC)."Insya-ALLAH, armada ini akan bergerak membawa lebih 500 peserta yang datang dari hampir 60 negara."Matlamat utama kami adalah untuk memastikan koridor kemanusiaan dapat dibuka dan dikekalkan demi kelangsungan hidup penduduk Gaza," katanya menerusi video pendek dikongsi di laman Facebooknya.Pelayaran itu juga dilihat sebagai simbolik penting memandangkan ia dilakukan menjelang tarikh ulang tahun ke-78 Hari Nakba yang jatuh pada 15 Mei ini."Tarikh tersebut memperingati peristiwa hitam pengusiran kira-kira 800,000 penduduk Palestin dari tanah air mereka," katanya.Nadir turut menyeru seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia untuk bangkit bersolidariti pada 15 Mei ini bagi menuntut penghentian segera tindakan genosid yang sedang berlaku."Ini adalah peluang dan panggilan terakhir untuk kita bertindak secara bersungguh-sungguh





Ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia meningkat pada suku pertama 2026 - Sinarharian - 13/05 4:51 pm

Tahun ini, angka tersebut meningkat lagi kira-kira 500,000 orang, menjadikan suku pertama dua tahun berturut-turut melepasi 10 juta ketibaan."Sebelum ini, Malaysia tidak pernah mencapai angka 10 juta pelawat antarabangsa pada suku pertama malah pada 2019, sebelum pandemik, jumlah ketibaan suku pertama hanya 9,011,670 orang."China muncul sebagai pemacu utama dengan pertambahan lebih 280,000 pelawat dan kadar pertumbuhan 25.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Australia pula mencatatkan pertumbuhan dua angka dengan peningkatan 11.4 peratus," katanya ketika mengumumkan Laporan Kemajuan Suku Pertama Tahun Melawat Malaysia 2026 pada Rabu.Tambah King Sing, Tahun Melawat Malaysia turut mensasarkan pertumbuhan serentak dari segi bilangan pelawat dan hasil perbelanjaan.Jelasnya, salah satu kunci ke arah sasaran itu ialah memanjangkan tempoh tinggal pelancong di Malaysia.Beliau berkata, pelancong dari Eropah yang lazimnya melancong dalam tempoh lebih panjang menjadi salah satu kumpulan sasaran utama."Daripada 16 pasaran utama Eropah termasuk Rusia dan Turkiye yang merentasi Eropah dan Asia, 15 negara mencatatkan pertumbuhan ketibaan ke Malaysia pada suku pertama tahun ini





Moment taxi driver wrestles armed man during police chase in Turkiye - Aljazeera - 13/05 3:31 am

A taxi driver wrestled a gunman that was forcing him to drive during a police chase in Turkiye.



Difitnah larikan berbilion ringgit dan jadi warga Turkiye, Farhash buat laporan polis - Sinarharian - 6/05 3:37 pm

SHAH ALAM Ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mencuri dan pengubahan wang haram membabitkan berbilion ringgit di luar negara.Beliau berkata, penafian itu susulan beberapa portal berita dalam talian sebelum ini menyiarkan laporan dan mengulangi dakwaan serius terhadap dirinya, termasuk kononnya beliau merupakan seorang warganegara Turkiye."Saya dengan tegas dan tanpa sebarang keraguan menafikan semua tuduhan tersebut



Difitnah larikan berbilion ringgit, jadi warga Turkiye, Farhash buat .. - Mygazette - 6/05 3:07 pm

# Difitnah larikan berbilion ringgit, jadi warga Turkiye, Farhash buat laporan polis KUALA LUMPUR Ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mencuri dan pengubahan wang haram berjumlah berbilion ringgit di luar negara, termasuk di Turkiye dan Afrika



Dikaitkan dengan wang berbilion? Farhash nafi dakwaan ada akaun di Turki, mahu saman penyebar fitnah - Harapandaily - 6/05 10:14 am

Ahli perniagaan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador tampil menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram serta memindahkan dana berbilion ringgit ke luar negara termasuk ke Turkiye dan Afrika



10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua - Mypress - 4/05 10:02 pm

SEPANG – Sepuluh rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dijangka memulakan semula pelayaran ke Gaza pada bila-bila masa selepas kekal berada di Istanbul, Turkiye



10 Malaysian activists safe in Istanbul, to continue in second wave of GSF 2.0 mission - Sinardaily - 4/05 8:59 pm

SEPANG - Ten Malaysians involved in the Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) humanitarian mission, who were previously held by Israeli forces in international waters, are now in stable health in Istanbul and are expected to take part in a reorganised second wave of the mission.Sumud Nusantara Command Center (SNCC) director-general Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby said all of them underwent medical checks upon arrival in Turkiye and were confirmed to have no serious injuries, despite reports they were unlawfully abducted at midnight while sailing towards Gaza."So far, we can confirm they are stable, remain in high spirits and have chosen not to return to Malaysia as the mission will continue



GSF 2.0: 10 aktivis Malaysia akan mulakan pelayaran kedua bila-bila masa - Sinarharian - 4/05 5:54 pm

SEPANG 10 aktivis Malaysia dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 yang ditahan rejim Zionis sebelum ini akan memulakan pelayaran kedua dalam misi menuju ke Gaza, pada bila-bila masa.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, mereka akan berlepas dan bergabung dengan aktivis antarabangsa dari Turkiye."Mereka (10 aktivis) sudah tiba di Istanbul pada 1 Mei lalu dan bukan sampai di Malaysia kerana perjuangan terus dilangsungkan."Setakat maklumat daripada Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, mereka (dalam keadaan) baik, melalui satu fasa diculik secara haram di tengah malam," katanya pada sidang media khas perkembangan terkini GSF 2.0 pada Isnin.Sebelum ini media melaporkan, 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta yang diculik tentera Israel di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Greece sudah dilepaskan di Pelabuhan Lerapetra di Kepulauan Crete, Greece.Dalam pada itu Sani Araby memaklumkan, SNCC juga sedang melakukan penilaian untuk menggerakkan flotilla yang dijangka akan bergabung dari Greece bersama sektor di Turkiye.Justeru menurutnya, kesemua 10 aktivis Malaysia tidak pulang ke tanah air dalam masa terdekat dan akan diberikan tugasan dari semasa ke semasa dan misi pelayaran akan dimaklumkan pada masa sesuai.Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut melancarkan gelombang kebangkitan menerusi kempen #BreakTheSilent dan #BreakTheSiege dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini sebagai usaha memperkukuh tekanan antarabangsa ke arah pembebasan Gaza."Setakat ini kita sudah menerima sokongan daripada banyak kepimpinan dunia termasuk dari OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)."Sokongan itu mencerminkan indikator awal perjuangan ini perlu digandakan dan diteruskan."Sehubungan itu rakyat Malaysia diseru untuk terus bersuara di pelbagai platform termasuk media sosial bagi menyokong pembebasan Gaza di samping melaksanakan solat hajat serta qunut Nazilah," ujarnya.




Reformasi     >>



Hubungan baik dengan Iran selamatkan laluan bekalan .. - Mkini
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, bekalan minyak negara masih mencukupi, manakala RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter.
Kroni     >>



Rakyat jelata teruja jejak kaki ke Istana Arau - Utusan
ARAU: Tepat pukul 9.30 malam sebaik sahaja pintu pagar dibuka menyaksikan puluhan ribu pengunjung memasuki istana bagi menyaksikan keindahan gemerlapan lampu hiasan bersempena Malam Kilauan Cahaya (MKC) Istana Arau berlangsung selama dua hari berakhir semalam. MKC dianjur bersempena Sambutan Ulang ..
Tabloid     >>



Nur Izzati Humaira Ditemukan Meninggal Dunia - Ohmedia
Nur Izzati Humaira yang hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa ditemukan meninggal dunia tengah hari ini. The post Nur Izzati Humaira Ditemukan Meninggal Dunia appeared first on Oh! Media .
Tech     >>



Another Android brand is teasing us with magnetic rear .. - Androidauthority
C'mon now, why aren't Samsung and Google copying this?
World     >>



Rubio says Strait of Hormuz will open one way or the .. - Aljazeera
Rubio says Strait of Hormuz will open 'one way or the other'
Motor Trend     >>



Buletin MoT Arah Jpj Kembalikan Perkhidmatan Tukar Hak .. - Mekanika
# MOT ARAH JPJ KEMBALIKAN PERKHIDMATAN TUKAR HAK MILIK KENDERAAN DALAM TALIAN SERTA-MERTA **Kementerian Pengangkutan (MoT) mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengembalikan serta-merta perkhidmatan dalam talian bagi urus niaga Tukar Hak Milik (THM) yang sebelum ini ditangguhkan bagi ..