| /// |
|
| Search : Azam Baki News | Page 1 |
|
Mafia Korporat Ada Cara Tersendiri Kaburi Mata Penguat Kuasa – .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Mafia Korporat Ada Cara Tersendiri Kaburi Mata Penguat Kuasa - Azam Baki Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendedahkan, mafia korporat bukan beroperasi secara terbuka namun bergerak secara tersusun. |
|
Azam enggan komen soal kontraknya bakal berakhir Mei ini - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Azam enggan komen soal kontraknya bakal berakhir Mei ini PUTRAJAYA Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki enggan mengulas mengenai teka-teki perkhidmatan beliau yang akan berakhir Mei ini |
|
Mafia korporat guna struktur yang sah untuk kaburi penguat kuasa ??? Azam - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Mafia korporat guna struktur yang sah untuk kaburi penguat kuasa Azam PUTRAJAYA Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendedahkan, mafia korporat bukan beroperasi secara terbuka namun bergerak secara tersusun |
|
MAFT berjaya melakukan 3,523 tangkapan termasuk kes profil tinggi – .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm # MAFT berjaya melakukan 3,523 tangkapan termasuk kes profil tinggi - Azam PUTRAJAYA Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) berjaya melakukan 3,523 tangkapan merangkumi kes-kes berprofil tinggi seperti Ops Samba 2.0, Ops Taufan, Ops Yellow, Ops Counter Setting dan Ops Bunga sepanjang 2023 hingga 2025. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ia mencerminkan keupayaan sebenar negara dalam membanteras jenayah rasuah dan jenayah kewangan secara bersepadu |
|
KP JAS, timbalannya didakwa kes rasuah di mahkamah esok – Azam - Mgazette - 2/04 3:36 pm # KP JAS, timbalannya didakwa kes rasuah di mahkamah esok - Azam PUTRAJAYA Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dijangka didakwa berkaitan dengan kes salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan sisa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur esok. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, perkara itu disahkan Jabatan Peguam Negara selepas kertas siasatan sudah disiapkan |
|
Govt studying need for plastic waste imports – Azam Baki - SUN - 2/04 3:12 pm Malaysia is reviewing its need to import plastic waste and may introduce a quota system, with a key engagement session planned soon |
|
MATF records 3,523 arrests from 2023 – 2025, seizes RM6.87 bln – Azam - SUN - 2/04 2:50 pm Malaysia’s Multi-Agency Task Force has arrested 3,523 individuals and seized RM6.87 billion in assets since 2023, targeting complex criminal syndicates and corruption |
|
MACC chief: DOE DG, deputy in e-waste probe set to be charged tomorrow - Mkini - 2/04 2:42 pm Azam expects new appointment for dept, says chief secretary to decide. |
|
Ketua pengarah, timbalan KSU JAS dijangka didakwa esok SPRM - Mkini - 2/04 2:23 pm Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan timbalannya dijangka didakwa esok berkaitan pengurusan sisa elektronik, maklum Azam Baki. |
|
MATF sita aset RM15.8 bilion, 3,523 individu ditahan - Sinarharian - 2/04 2:15 pm PUTRAJAYA - Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) menyita aset bernilai RM15.8 bilion dan menahan 3,523 individu bagi tempoh 2023 hingga 2025.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kejayaan itu mencerminkan keupayaan negara dalam membanteras rasuah secara bersepadu.Menurutnya, berdasarkan tangkapan dilaksanakan, ia merangkumi kes-kes berprofil tinggi seperti Ops Samba 2.0, Ops Taufan, Ops Yellow, Ops Counter Setting dan Ops Bunga."Lebih penting, kejayaan membongkar sindiket terancang dilaksanakan melalui operasi seperti Ops White, Ops Kingfruit, Ops X, Ops Sikaro, Ops Metal, Ops Karen dan Ops Grip."Ini membuktikan bahawa pendekatan MATF mampu menembusi rangkaian jenayah yang kompleks, tersusun dan merentasi pelbagai sektor," katanya ketika berucap pada Sesi Libat Urus MATF di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Khamis.Turut hadir Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin serta pegawai kanan agensi penguat kuasa lain.Tambah Azam, daripada aspek pemulihan aset, SPRM sendiri merekodkan sitaan mencecah RM6.87 bilion selain pembekuan, pelucuthakan, kompaun dan penyelesaian yang keseluruhannya melibatkan nilai yang besar dan memberi impak langsung kepada hasil negara.Katanya, pencapaian itu merupakan satu mesej bahawa setiap hasil yang diseleweng akan dijejaki dan dikembalikan kepada negara."Sebagai peneraju MATF, SPRM juga mengetuai pelaksanaan operasi berimpak tinggi seperti Operasi 82S, Ops Tropicana, Ops Eagle dan Ops Liter |
|
Azam tidak mahu ulas status kontrak - Sinarharian - 2/04 1:59 pm PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak mahu mengulas berhubung status baki kontraknya yang akan berakhir pada 12 Mei ini.Ketika ditemui pemberita pada Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF): Way Forward di Ibu Pejabat SPRM, di sini, beliau hanya menjawab ringkas."Saya tidak mahu jawab," katanya.Sebelum ini, pada 10 Mac lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dilaporkan belum membuat sebarang keputusan berhubung status kontrak Azam.Untuk rekod, Azam telah dilantik secara kontrak sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sebanyak tiga kali.Azam yang dilahirkan pada 12 Mei 1963 di Negeri Sembilan, memulakan kariernya di Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali sebagai SPRM) pada 1984 sebagaipenolong pegawai siasatan.Sepanjang perkhidmatannya, Azam pernah memegang pelbagai jawatan termasuk pegawai perisikan dan pegawai pendakwaan, selain terbabit dalam aktiviti pendidikan masyarakat.Beliau mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020, menggantikan Latheefa Beebi Koya, yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.Azam memegang jawatan itu ketika pentadbiran tiga Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Azam mempunyai kelulusan diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ijazah Undang-undang (Jurispruden) daripada Universiti Malaya dan ijazah sarjana daripada Asia E-University. |
|
Corporate crime an emerging threat, warns MACC - FMT - 2/04 1:53 pm Azam Baki says syndicates use legitimate corporate structures to shield illegal activities and evade detection. |
|
Golongan profesional jadi 'pemudah cara' sindiket jenayah - Azam Baki - Sinarharian - 2/04 1:42 pm PUTRAJAYA - Segelintir golongan profesional dikesan menggunakan kedudukan dan memainkan peranan sebagai pemudah cara kepada sindiket jenayah.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, antara golongan profesional yang sering dikaitkan dengan perkara ini ialah sektor perundangan, perakaunan serta teknologi maklumat (IT)."Ini antara tiga-tiga profesion sepatutnya mereka patutnya membantu (ekonomi) tetapi jangan pula menjadi enabler, memudah cara untuk penjenayah-penjenayah ini."Mereka ini yang belajar pandai-pandai ini pula yang menjadi 'enabler' (pemudah cara) kepada sindiket jenayah," katanya ketika berucap pada Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Khamis.Turut hadir Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin serta pegawai kanan daripada daripada pelbagai agensi penguat kuasa.Tambah Azam, pelbagai kegiatan jenayah yang tersusun dan semakin kompleks ditambah dengan sokongan pemudah cara profesional berkenaan mengakibatkan kerugian besar kepada ekonomi negara.Katanya, kesan daripada golongan pemudah cara inilah antara faktor utama berlaku aktiviti ekonomi bawah tanah dan kewujudan sindiket terancang."Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan hasil negara, malah memberi kesan langsung kepada pertumbuhan ekonomi, penarafan antarabangsa seperti CPI (Corruption Perceptions Index) dan FATF (Financial Action Task Force) serta keyakinan pelabur."Seperti semua sedia maklum Pasukan Petugas Khas Pelbagai Agensi (MATF) ialah satu platform penting bagi memperkukuh kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan negara yang dipengerusikan oleh Tan Sri Peguam Negara," ujarnya.Azam menegaskan sekiranya tiada golongan profesional yang menjadi pemudah cara, penjenayah sukar untuk membersihkan wang hasil kegiatan haram mereka.Katanya, SPRM sendiri terus berhadapan dengan pelbagai cabaran, khususnya dalam mengendalikan kes-kes berprofil tinggi yang semakin mencabar."Kerjasama antara SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Sekuriti, dan agensi berkaitan adalah penting bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh dan pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan."Jenayah korporat ini adalah seperti penipuan, rasuah salah guna kuasa dan seleweng saham, penipuan pelabur dan lari cukai," ujarnya |
|
Azam stays tight-lipped on Bloomberg report: I dont want to comment - Malaymail - 2/04 12:55 am PUTRAJAYA, April 2 Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Tan Sri Azam Baki today declin... |
|
Tindakan skala besar diketuai PDRM 'buru' e-waste - Azam Baki - Sinarharian - 2/04 12:55 am PUTRAJAYA - Tindakan berskala besar secara bersepadu diketuai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan berkenaan kes sisa elektronik (e-waste) yang telah keluar dari pelabuhan dan berada dalam negara.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan ini termasuklah e-waste yang berada di premis kilang dan sebagainya."Jadi tindakan ini dibuat secara pasif untuk memastikan mana-mana tempat yang ada e-waste diambil tindakan secara impak," katanya ketika ditemui dalam Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (Matf): Way Forward di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Khamis.Turut hadir Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin serta pegawai kanan daripada daripada pelbagai agensi penguat kuasa.Tambah Azam, Pasukan Petugas Khas dipengerusikan beliau akan menguatkuasakan undang-undang secara berterusan terutama di Pelabuhan Klang.Jelasnya, pasukan juga akan melihat kepada pelabuhan lain seperti di Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang untuk terus dipantau mengenai kemungkinan besar kontena e-waste ini akan cuba menyusup masuk."Setakat ini belum ada kes, cuma yang berlaku di Pelabuhan Klang."Ada kira-kira 800 lebih lagi kontena (e-waste) masih terbengkalai (di Pelabuhan Klang) dan tindakan untuk melupuskan sedang dijalankan iaitu dengan cara menghantar balik ke negara terbabit yang mengeksport ke negara kita."Kedua, pelupusan secara mengikut undang-undang yang kita jalankan di mana agensi terlibat ialah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS)," ujarnya.Mengulas mengenai sisa plastik pula, kata Azam, libat urus akan dibuat SPRM dengan pelbagai pihak Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melihat keperluan pengimportannya ke dalam negara."Kita lihat adakah ada keperluan import sisa plastik ini |
|
Jenayah semakin kompleks, guna teknologi dan rangkaian profesional sembunyi aktiviti haram - Sinarharian - 2/04 12:48 am PUTRAJAYA - Jenayah kini semakin kompleks dan tersusun, termasuk melibatkan sindiket yang menggunakan teknologi dan rangkaian profesional bagi menyembunyikan aktiviti haram, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.Beliau berkata, penglibatan segelintir golongan profesional seperti peguam dan akauntan membantu menghalalkan hasil aktiviti haram melalui sistem kewangan yang sah."Kalau tidak ada golongan profesional ini, sukar untuk mereka (penjenayah) masukkan wang haram ke dalam sistem yang legitimate (sah)," katanya ketika berucap pada majlis perasmian sesi libat urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) di Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.Mengambil contoh beberapa kes berprofil tinggi seperti kegiatan penyeludupan sisa elektronik dan bahan api serta sindiket caturan kaunter, Azam berkata, rasuah dikenal pasti sebagai pemudah cara utama yang membolehkan sindiket beroperasi secara berterusan."Tanpa rasuah, sindiket ini tidak akan mampu bertahan |
|
Ketua Pengarah JAS, timbalan dijangka dituduh esok - Sinarharian - 2/04 12:40 am PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan timbalannya dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah memperoleh persetujuan daripada pendakwa raya untuk meneruskan pertuduhan berkenaan."Persetujuan daripada pihak pendakwa raya telah kita perolehi |
|
Rasuah e-waste, KP JAS, timbalan akan didakwa esok - FMT - 2/04 12:38 am Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pertuduhan dibuat selepas mendapat persetujuan pendakwa raya dan peguam negara. |
|
SPRM cadang dakwa individu firma guaman antarabangsa terkait skandal 1MDB - Sinarharian - 2/04 12:19 am SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses mencadangkan pertuduhan terhadap beberapa individu daripada sebuah firma guaman antarabangsa yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan bagi mendapatkan bukti tambahan di luar negara sebelum sebarang tindakan lanjut dimuktamadkan.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan terhadap firma guaman tersebut meliputi dakwaan penyediaan dokumen yang disyaki mengandungi maklumat dan butiran palsu serta arahan pembayaran yang mengelirukan sehingga penyaluran dana berkaitan 1MDB kepada pihak yang tidak sepatutnya.Menurutnya, penelitian turut dilakukan terhadap bayaran yang dibuat kepada firma berkenaan yang dipercayai membabitkan dana 1MDB."Siasatan ini dijalankan di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan termasuk Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001."Bagi memperkukuh siasatan, SPRM sedang dalam proses mendapatkan maklumat dan dokumen penting melalui saluran perundangan rasmi termasuk menerusi Jabatan Peguam Negara (AGC) serta mekanisme Bantuan Perundangan Bersama (Mutual Legal Assistance MLA) dengan pihak berkuasa di United Kingdom," katanya ketika dihubungi pada Khamis.Azam berkata, SPRM turut bekerjasama rapat dengan agensi antarabangsa dalam mendapatkan maklumat, bukti dan dokumen."Kerjasama ini sedang berjalan dan merupakan sebahagian penting daripada usaha penguatkuasaan rentas sempadan yang diselaraskan."SPRM juga akan berkongsi dapatan siasatan dengan pihak berkuasa berkaitan bagi menyokong tindakan penguatkuasaan selanjutnya di bidang kuasa masing-masing," ujarnya.Januari tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap cawangan firma berkenaan.Firma guaman terbabit dipercayai terlibat dalam penyelewengan sejumlah AS$1 bilion melibatkan dana 1MDB termasuk pengalihan kira-kira AS$700 juta kepada sebuah entiti luar pesisir yang berada di luar kawalan 1MDB. |
|
PANDUANKINI Mafia korporat - Ini yang anda perlu tahu - Mkini - 2/04 8:30 am PANDUANKINI Bloomberg, Malaysiakini secara berasingan laporkan Azam miliki saham yang signifikan dalam dua syarikat |
|
Petronas kaji semula imbangan penapisan, perkukuh keselamatan tenaga - Harapandaily - 2/04 8:00 am Syarikat minyak nasional Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memaklumkan pihaknya sedang meneliti semula keseimbangan antara penapisan domestik dan eksport sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara susulan gangguan bekalan minyak global |
|
Hasil siasatan terhadap Azam Baki, `mafia korporat’ akan didedah .. - Mgazette - 2/04 12:37 am # Hasil siasatan terhadap Azam Baki, `mafia korporat' akan didedah kepada umum - Fahmi KUALA LUMPUR Siasatan terhadap pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki serta dakwaan kewujudan mafia korporat dalam suruhanjaya itu hanya menunggu masa untuk didedahkan kepada umum |
|
Hasil siasatan isu saham Azam Baki diumum apabila proses selesai - Thempress - 1/04 6:45 pm KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menunggu sehingga semua proses siasatan selesai sepenuhnya sebelum mengumumkan kepada umum hasil siasatan berkaitan isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan… |
|
Fahmi: MACC investigation into Azam Bakis shareholdings, corporate mafia claims to be made public - Malaymail - 1/04 6:15 pm KUALA LUMPUR, April 1 Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil said the investigation into alleged corporate m... |
|
MGB Berhad peroleh kontrak RM200.74 juta bina CLQ di Pulau Pinang - Sinarharian - 1/04 6:05 pm SHAH ALAM MGB Berhad (MGB), syarikat pembinaan dan pemaju hartanah di bawah LBS Bina Group Berhad, memperoleh kontrak bernilai RM200.74 juta bagi cadangan pembangunan Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) di Bukit Tambun, Pulau Pinang.MGB dalam satu kenyataan memaklumkan, kontrak tersebut diterima menerusi anak syarikat milik penuhnya, MGB Construction & Engineering Sdn Bhd daripada Lien Dak Builders Sdn Bhd.Menurut kenyataan itu, projek berkenaan merangkumi pembinaan bangunan utama yang akan dilaksanakan dalam dua fasa dan dijangka siap dalam tempoh 21 bulan."Fasa pertama melibatkan pembangunan blok CLQ setinggi 19 tingkat yang menempatkan 408 unit asrama pekerja serta blok fasiliti empat tingkat termasuk tempat letak kenderaan, depot sisa bersepadu dan pondok keselamatan."Fasa kedua pula melibatkan pembinaan blok CLQ setinggi 18 tingkat dengan 358 unit asrama pekerja serta sebuah blok bangunan utiliti,"katanya.Menurutnya, projek CLQ itu direka bagi menyediakan penginapan pekerja asing yang lebih teratur dan sistematik di Pulau Pinang, selain menyokong usaha mengurangkan kesesakan serta isu sosial.MGB turut memanfaatkan penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) konkrit pratuang dalam pelaksanaan projek itu yang mampu mempercepatkan tempoh pembinaan sehingga 33 peratus serta mengurangkan keperluan tenaga kerja di tapak sehingga 31 peratus berbanding kaedah konvensional.Setakat ini, MGB telah hampir menyiapkan lebih 15,000 unit rumah menggunakan teknologi IBS sekali gus membuktikan kecekapan kaedah berkenaan.Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Lim Hock San berkata, pihaknya akan terus memperkukuh keupayaan operasi serta rekod prestasi dalam menyiapkan projek berskala besar."Dengan pendekatan berdisiplin serta penggunaan teknologi digital terkini, kami memastikan setiap projek dapat disiapkan mengikut jadual, sekali gus mewujudkan nilai jangka panjang kepada pihak berkepentingan," katanya.Dengan penganugerahan kontrak baharu itu, jumlah baki buku pesanan MGB meningkat kepada kira-kira RM1.29 bilion setakat 28 Februari 2026, manakala jualan belum dibil daripada pembangunan hartanah kekal stabil pada RM394.94 juta. |
|
Hasil siasatan Azam Baki akan didedahkan apabila tiba masanya - FMT - 1/04 5:56 pm Fahmi Fadzil berkata, kerajaan perlu tunggu maklum balas daripada KSN serta pastikan semua prosedur siasatan selesai sebelum dedah hasil. |
|
Kerajaan komited dedah dapatan siasatan isu saham Azam - Mkini - 1/04 5:24 pm Untuk masa ini, kata Fahmi, siasatan oleh jawatankuasa yang ditubuhkan kerajaan masih berlangsung |
|
Genap setahun insiden Putra Heights: Trauma, rumah masih belum diduduki - Sinarharian - 1/04 2:07 pm SUBANG JAYA - Genap setahun insiden letupan saluran paip gas Putra Heights di sini, rata-rata penduduk mengakui masih menderita dan menanggung trauma kerana belum dapat menduduki rumah masing-masing yang belum dibaik pulih.Seorang penduduk, Ooi Sui Li, 43, berkata, kehidupan keluarganya berubah sepenuhnya sejak kejadian itu apabila tiga ahli keluarganya mengalami lecur serius pada kulit.Menurutnya, lebih sebulan mereka sekeluarga terlantar di hospital dan sehingga kini masih perlu menjalani rawatan susulan termasuk pembedahan tanam kulit."Selain menjalani kehidupan harian seperti bekerja dan menghantar anak ke sekolah, kami juga perlu membahagikan masa untuk rawatan berterusan."Saya kesal, sehingga kini tiada mana-mana pihak tampil menunjukkan keprihatinan atau sekurang-kurangnya bertanya khabar mengenai keadaan kami sekeluarga," katanya semasa sidang akhbar Pelancaran Laporan dan Video Dokumentasi Kajian Letupan Gas Putra Heights di sini pada Rabu.Sui Li memberitahu, mereka sekeluarga juga masih belum boleh menduduki kediaman yang terjejas berikutan kerja pembaikan rumah yang belum dilaksanakan.Beliau berkata, walaupun terdapat laporan menyatakan kerajaan sedang berusaha membantu membina semula rumah terjejas, namun terdapat syarat tertentu yang dianggap tidak adil kepada mangsa."Mereka tidak nyatakan kami perlu menandatangani dokumen untuk melepaskan hak menuntut sebarang bentuk keadilan bagi insiden ini sebagai balasan kepada pembaikan rumah."Kami sepatutnya menerima pampasan yang adil untuk semua trauma dan penderitaan dialami termasuk kesan pada masa depan," jelasnya.Seorang lagi penduduk, Abdul Gani Abdul Aziz, 58, berkata, kediamannya antara paling teruk terjejas kerana terletak kira-kira 60 meter dari insiden letupan.Menurutnya, kebanyakan rumah mengalami kerosakan kecil sudah siap dibaik pulih termasuk mangsa terjejas yang menerima peruntukan RM60,000 daripada kerajaan."Namun bagi rumah yang teruk seperti rumah saya, kebanyakannya masih belum siap dan perkembangan kerja sangat perlahan walaupun sudah setahun berlalu."Sepatutnya rumah kami sudah siap, namun mungkin disebabkan prosedur atau birokrasi menyebabkan kerja menjadi lambat," jelasnya.Beliau berkata, beberapa kerja pembaikan sudah dilakukan termasuk pemasangan bumbung, pemeriksaan struktur, kerja merobohkan bahagian rosak serta pemasangan pendawaian dan paip."Selepas kejadian, kami berpindah ke rumah sewa sejak hujung Mei tahun lalu dan sehingga kini masih belum dapat pulang."Tambahan pula, ada jiran mengambil tindakan mahkamah, selain ada yang sudah menandatangani SST (Surat Setuju Terima) dan sebahagian lagi membaiki rumah sendiri menyebabkan keadaan kejiranan tidak lagi seperti dahulu," katanya.Menurutnya, situasi itu menyukarkan mereka untuk kembali menetap kerana kebanyakan rumah di sekeliling masih terbiar."Kalau rumah kita siap sekali pun, tetapi kiri dan kanan rumah masih tak diduduki, adakah kita hendak tinggal di sana?" Soalnya.Seorang lagi penduduk, Mazlan Mohamed, 63, berkata, penduduk masih berdepan ketidakselesaan kerana terpaksa berdepan dengan pencemaran bunyi dan habuk susulan kerja pembaikan yang dijalankan termasuk pada waktu malam.Menurutnya, kediamannya terletak kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian, namun kesan masih dirasai sehingga kini."Harapan saya sekurang-kurangnya isu paip gas ini diselesaikan dan tuntutan kami ditunaikan."Kerosakan rumah juga tidak dapat dibaik pulih sepenuhnya kerana bantuan dihadkan kepada RM60,000, manakala tuntutan melebihi jumlah itu memerlukan kami menandatangani SST," jelas beliau.Beliau berkata, keadaan itu menyukarkan penduduk yang tidak mempunyai wang mencukupi untuk membaiki rumah sepenuhnya kerana perlu mendahulukan kos sendiri sebelum membuat tuntutan."Jika tidak cukup RM60,000, baki kerosakan seperti dinding retak terpaksa dibiarkan kerana tidak mampu dibaiki," katanya.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, Preakas Sampunathan, berkata, sebahagian rumah terjejas akibat insiden itu sudah mula dibaiki oleh kontraktor yang dilantik selepas pemilik bersetuju menandatangani SST.Bagaimanapun, katanya, terdapat penduduk yang mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman sivil sekali gus menyebabkan beberapa proses berkaitan masih tertangguh di mahkamah."Rumah yang sudah tandatangan SST, kerja pembaikan sudah bermula, namun ada juga kes masih berjalan di mahkamah dan belum dapat diselesaikan sepenuhnya."Laporan pertama mengenai punca kejadian sudah dikeluarkan, manakala laporan kedua oleh badan bebas masih belum diterima setakat ini," jelas beliau.Katanya, hasil laporan itu akan dikongsi kepada orang awam sebaik ia dimuktamadkan."Sepanjang tempoh ini, saya sentiasa berhubung dengan penduduk dan terbuka untuk mereka tampil mengemukakan sebarang isu untuk diselesaikan."Perkara ini juga boleh dirujuk kepada persatuan penduduk yang sering berhubung dengan saya mengenai perkembangan semasa," tambah beliau.Menurutnya, bagi aspek pampasan, pihak bertanggungjawab turut menyediakan satu platform khas bagi membolehkan mangsa mengemukakan tuntutan ganti rugi."Tuntutan boleh dibuat melalui saluran disediakan atau menerusi tindakan mahkamah sekiranya terdapat pihak yang tidak berpuas hati."Mangsa berhak mendapatkan pampasan berdasarkan kerugian dialami sama ada melalui tuntutan terus atau proses perundangan," katanya.Beliau berkata, kerajaan negeri juga kini sedang meneliti semula dasar serta aspek keselamatan termasuk pelan perlindungan kepada penduduk khususnya melibatkan pembangunan berhampiran laluan saluran paip.Katanya, usaha itu penting bagi memastikan tahap keselamatan dapat dipertingkatkan dan kejadian sama tidak berulang pada masa depan."Pihak berkaitan juga sudah menjalankan pemeriksaan ke atas saluran paip bukan sahaja di kawasan Putra Heights, tetapi melibatkan keseluruhan rangkaian bagi memastikan ia berada dalam keadaan selamat."Pada masa depan, laporan lanjut akan dikeluarkan bagi memperincikan langkah yang perlu diambil demi menjamin keselamatan penduduk," jelas beliau. |
|
Polis belum terima permohonan himpunan Tangkap Azam Baki - FMT - 1/04 11:38 am Ketua Polis Dang Wangi Sazalee Adam berkata setakat ini pihak penganjur masih belum mengemukakan sebarang notis. |
|
Cops say not informed of anti-Azam rally planned for April 25 - FMT - 1/04 11:35 am Dang Wangi police caution against using gatherings to breach public peace or threaten public safety. |
|
Polis belum terima notis himpunan Tangkap Azam Baki - Sinarharian - 1/04 11:29 am KUALA LUMPUR Polis masih belum menerima sebarang notis pemakluman berhubung penganjuran himpunan oleh Sekretariat Tangkap Azam Baki yang akan berlangsung pada 25 April ini di Dataran Merdeka.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang serta tidak menyalahgunakan platform berhimpun sehingga menjejaskan ketenteraman awam."Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh mengganggu keamanan atau mengancam keselamatan awam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Pada Isnin, Sekretariat Tangkap Azam Baki mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan himpunan itu bagi mendesak siasatan telus terhadap isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki serta dakwaan mafia korporat dalam agensi penguatkuasaan.Sekretariat itu menegaskan bahawa kedua-dua isu berkenaan masih belum dijelaskan secara tuntas, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap integriti SPRM dan institusi penguatkuasaan negara |
|
Putrajaya denies Bloomberg claim on alleged delay in Azam Baki probe disclosure - Malaymail - 1/04 9:02 am KUALA LUMPUR, April 1 The government has strongly denied a Bloomberg report alleging that Prime Minister Datuk S... |
|
KPM Buka Permohonan Pensyarah & Guru Cemerlang 2026, Ini Cara Mohon & Syarat Penting - Siraplimau - 1/04 8:04 am Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan sebagai Guru Cemerlang di pelbagai institusi pendidikan di seluruh negara |
|
Kerajaan nafi PM minta tangguh pendedahan hasil siasatan kes Azam Baki .. - Mgazette - 1/04 8:00 am # Kerajaan nafi PM minta tangguh pendedahan hasil siasatan kes Azam Baki KUALA LUMPUR Kerajaan menafikan dakwaan Bloomberg semalam yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki |
|
Arteta tiru taktik lama United untuk menang EPL - Ferdinand - Sinarharian - 1/04 7:50 am LEGENDA Manchester United, Rio Ferdinand mendakwa pengendali Arsenal, Mikel Arteta kini sedang menggunakan 'taktik lama' Sir Alex Ferguson dalam usaha memastikan The Gunners menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.Ferdinand menegaskan Arteta tidak boleh dipersalahkan kerana 'meniru' Ferguson terutamanya apabila melibatkan pengurusan pemain semasa tempoh rehat antarabangsa.Arsenal kini dilihat sebagai pilihan utama untuk bergelar juara buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun selepas berjaya menjarakkan saingan dengan kelebihan sembilan mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester City.Bagaimanapun, tindakan sekumpulan pemain utama Arsenal yang menarik diri akibat didakwa mengalami kecederaan daripada tugasan kebangsaan baru-baru ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dan kritikan.Mengulas mengenai situasi tersebut, Ferdinand percaya ia adalah langkah terancang daripada Arteta bagi memastikan kesebelasan utamanya kekal segar menjelang baki perlawanan musim ini."Mikel Arteta telah melakukan 'magisnya' dan memberitahu mereka (pemain) jika sesiapa pergi bermain (untuk negara), mereka akan didenda |
|
Kerajaan Nafi Dakwaan Bloomberg Berhubung Siasatan Pemilikan Saham Azam Baki - KSN - Siakapkeli - 31/03 10:39 pm KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Kerajaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Bloomberg kononnya Perdana Menter |
|
Kerajaan nafi dakwaan campur tangan siasatan isu saham Azam Baki - Harapandaily - 31/03 10:28 pm Kerajaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Perdana Menteri campur tangan dalam siasatan berhubung pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki |
|
Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg berhubung siasatan pemilikan saham Azam Baki - KSN - Sinarharian - 31/03 10:03 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Bloomberg kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, selaras dengan pembentangan Jawatankuasa Siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac lepas, prosiding berkaitan perkara berkenaantelahdimulakandi bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993."Prosiding ini mempunyai proses dan tatacara yang perlu dipatuhi |
|
Kerajaan nafi lengah dedah dapatan siasatan isu saham Azam - Mkini - 31/03 9:52 pm Kata Shamsul Azri, AGC juga akan ambil tindakan lanjut ke atas Bloomberg terkait dakwaan tersebut |
|
Kerajaan nafi laporan Bloomberg dakwa pendedahan siasatan Azam Baki ditangguh - FMT - 31/03 9:37 pm KSN Shamsul Azri Abu Bakar sifatkan dakwaan itu tak berasas dan mengelirukan. |
|
Kerajaan nafi laporan Bloomberg dakwa pendedahan siasatan Azam Baki ditangguh - Hotfm - 31/03 9:37 pm KSN Shamsul Azri Abu Bakar sifatkan dakwaan itu tak berasas dan mengelirukan. |
|
Govt denies claim PM delayed Azam share probe disclosure - Mkini - 31/03 9:29 pm Shamsul says AGC would take action against Bloomberg over allegation. |
|
Pemuda Pas tuntut PM jawab dua dakwaan berkait isu Azam, Farhash - Sinarharian - 31/03 8:58 pm SHAH ALAM - Pemuda Pas menuntut penjelasan terbuka dan segera daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dua dakwaan besar dikaitkan dengan beliau yang menimbulkan persoalan terhadap integriti serta ketelusan pentadbiran negara.Timbalan Ketuanya, Mohd Hafez Sabri berkata, pertama ia melibatkan dakwaan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa wujud campur tangan Perdana Menteri dalam urusan siasatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap ahli perniagaan yang juga bekas setiausaha politik beliau, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.Menurutnya, jikadakwaan tersebut benar, ia merupakan pencabulan serius terhadap prinsip kebebasan institusi penguatkuasaan dan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa politik dalam proses siasatan."Dakwaan kedua pula merujuk kepada laporan Bloomberg yang mendedahkan Perdana Menteri didakwa menggesa agar laporan siasatan terhadap pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak didedahkan kepada umum buat masa ini."Tindakan sedemikian menimbulkan persepsi bahawa ketelusan dikorbankan demi kepentingan politik, khususnya dalam menghadapi kemungkinan pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, lebih membimbangkan, kedua-dua dakwaan berkenaan saling berkait dengan spekulasi yang semakin meluas berhubung kemungkinan jaringan kepentingan melibatkan Azam dan Farhash dalam urus niaga tender kerajaan berskala besar termasuk transaksi melibatkan Velocity Capital Partners Bhd dan MMAG Holdings Bhd.Malah, berkait kontroversi 'mafia korporat' yang melibatkan SPRM, tegasnya, spekulasi awam turut memalitkan nama Azam dan Farhash sebagai aktor yang terlibat."Walaupun tiada bukti muktamad setakat ini, kegagalan memberikan penjelasan tuntas hanya menguatkan lagi persepsi negatif rakyat."Pemuda Pas juga mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada sebarang tindakan undang-undang diambil oleh pihak Perdana Menteri terhadap Rafizi dan Bloomberg meskipun telah beberapa kali membuat dakwaan berat sebegini."Ketiadaan tindakan sedemikian menimbulkan persoalan sama ada dakwaan tersebut mempunyai asas yang tidak boleh dinafikan atau wujud keengganan untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan," ujarnya.Justeru, Mohd Hafez berkata, pihaknya turut mendesak supaya pendedahan penuh laporan siasatan berkaitan Azam dibuat kepada umum tanpa sebarang penangguhan.Selain itu, katanya, Pemuda Pas menuntut supaya ditubuhkan badan siasatan bebas atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat keseluruhan isu tersebut secara telus."Kerajaan juga perlu beri jaminan bahawa tiada campur tangan politik dalam mana-mana siasatan melibatkan institusi penguatkuasaan negara |
|
PM 2025: PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Semua Pelajar Cemerlang - Wrlr - 31/03 6:47 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang menerima keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 pada 31 Mac 2026 |
|
'Apa jua keputusan SPM, itu permulaan... bukan pengakhiran'- Mat Sabu - Sinarharian - 31/03 5:05 pm SHAH ALAM - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterima bukanlah noktah penamat, sebaliknya menjadi titik permulaan kepada perjalanan masa depan setiap pelajar.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setiap tindakan yang diambil selepas ini akan mencorakkan masa depan pelajar."Kepada yang berjaya, teruskan melangkah dan jangan cepat berpuas hati |
|
Lima pelajar Orang Asli cemerlang SPM 2025 - Sinarharian - 31/03 4:48 pm PUTRAJAYA - Seramai lima calon Orang Asli yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 berjaya merekodkan keputusan cemerlang apabila memperoleh kombinasi gred A+, A dan A- untuk semua mata pelajaran.Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, daripada 2,128 calon, seramai 1,769 pelajar Orang Asli layak dianugerahkan Sijil SPM 2025 berbanding hanya 1,527 calon pada 2024."Seramai 133 calon pula mendapat sekurang-kurangnya Kepujian iaitu B+,B, C+ dan C untuk semua mata pelajaran, manakala sejumlah 609 calon sekurang-kurangnya berjaya lulus," katanya dalam sidang akhbar Pengumuman Keputusan SPM 2025 di sini pada Selasa.Dalam pengumuman itu, beliau turut memaklumkan seorang calon SPM dari Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney di bawah seliaan Jabatan Penjara Malaysia memperoleh semua A."Seramai 99 calon layak mendapat sijil SPM di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney berbanding hanya 94 calon pada 2024 |
|
Lukisan jutaan dolar ???1MDB???: Picasso, Matisse antara mahakarya dalam .. - Mgazette - 31/03 3:38 pm # Lukisan jutaan dolar 1MDB: Picasso, Matisse antara mahakarya dalam perjalanan ke Putrajaya KUALA LUMPUR Misteri karya seni mewah dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semakin terungkai apabila sekurang-kurangnya empat lukisan bernilai puluhan juta dolar Amerika Syarikat (AS) kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia |
|
PM ucap tahniah kepada pelajar cemerlang SPM 2025 - Mgazette - 31/03 3:37 pm # PM ucap tahniah kepada pelajar cemerlang SPM 2025 KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang dimumkan hari ini |
|
Lebih 13,000 calon SPM 2025 peroleh keputusan cemerlang - Mgazette - 31/03 3:37 pm # Lebih 13,000 calon SPM 2025 peroleh keputusan cemerlang PUTRAJAYA - Seramai 13,779 iaitu 3.55 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran |
|
Rescue operations continue in Tehran, Zanjan, Iranian Red Crescent says - Middleeasteye - 31/03 3:20 pm Rescue operations continue in Tehran, Zanjan, Iranian Red Crescent says The Iranian Red Crescent Society says its aid workers have launched rescue operations in Tehran and the northwestern city of Zanjan following US-Israeli strikes |
|
SPM 2025: 63 subjek meningkat, prestasi Bahasa Melayu menurun - Sinarharian - 31/03 3:16 pm PUTRAJAYA - Prestasi mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 menunjukkan peningkatan bagi 63 daripada 95 mata pelajaran, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad.Menurutnya, 29 subjek termasuk Bahasa Melayu merekodkan penurunan, sementara tiga mata pelajaran tidak berubah berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).Ujar Mohd Azam, bagi tujuh mata pelajaran teras, tiga mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi manakala empat mata pelajaran menunjukkan penurunan prestasi."Mata pelajaran Pendidikan Islam menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 0.79 mata, iaitu 3.20 pada SPM 2025 berbanding 3.99 pada SPM 2024, manakala mata pelajaran Bahasa Melayu pula menunjukkan penurunan prestasi sebanyak 0.13 mata, iaitu 3.85 pada SPM 2025 berbanding 3.72 pada tahun sebelumnya," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan SPM 2025 di sini pada Selasa.Bagi mata pelajaran elektif Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melibatkan Sains Tulen dan Matematik Tambahan, Mohd Azam berkata, ia menunjukkan penurunan prestasi antara 0.02 mata hingga 0.15 mata."Sebanyak 12 mata pelajaran elektif STEM yang melibatkan Sains Gunaan dan Teknologi, lapan mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi."Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 1.64 mata, iaitu 2.01 pada SPM 2025 berbanding 3.65 pada SPM 2024."Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam menunjukkan penurunan prestasi sebanyak 0.25 mata, iaitu 4.32 pada SPM 2025 berbanding 4.07 pada tahun sebelumnya."Subjek Sains Komputer mengekalkan prestasi seperti tahun sebelumnya, iaitu 3.63," katanya.Mohd Azam berkata, daripada 22 mata pelajaran elektif STEM yang melibatkan Mata Pelajaran Vokasional (MPV), sebanyak 16 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, lima mata pelajaran menunjukkan penurunan prestasi manakala satu mata pelajaran mengekalkan prestasi seperti SPM 2024.Bagi mata pelajaran elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas, 11 daripada 12 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi manakala satu mata pelajaran menunjukkan penurunan."Mata pelajaran Pengajian Keusahawanan menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 0.94 mata, iaitu 2.50 pada SPM 2025 berbanding 3.44 pada SPM 2024, manakala mata pelajaran Prinsip Perakaunan menunjukkan penurunan prestasi sebanyak 0.07 mata, iaitu 4.00 pada SPM 2025 berbanding 3.93 pada SPM 2024."Bagi mata pelajaran elektif Pengajian Islam, sembilan daripada 13 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi manakala empat mata pelajaran menunjukkan penurunan prestasi."Mata pelajaran Al-Syariah menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 1.04 mata, iaitu 3.23 pada SPM 2025 berbanding 4.27 pada SPM 2024, manakala mata pelajaran Tasawwur Islam menunjukkan penurunan prestasi sebanyak 0.48 mata, iaitu 4.35," katanya.Bagi subjek Pendidikan Kesenian pula, beliau berkata, sebanyak 11 daripada 18 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, enam menunjukkan penurunan manakala satu mengekalkan prestasi. |
|
PM ucap tahniah kepada pelajar cemerlang SPM 2025 - Sinarharian - 31/03 3:10 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang dimumkan hari ini.Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berharap mereka dapat terus melangkah dengan tekad dan keyakinan untuk melakar kecemerlangan di peringkat lebih tinggi, seterusnya menyumbang kepada pembinaan negara yang berteraskan ilmu, nilai dan keinsanan.Bagi pelajar kurang bernasib baik, Perdana Menteri menasihati mereka agar tidakberputus asa kerana perjalanan masih panjang dan ruang untuk bangkit sentiasa terbuka kepada mereka yang tidak lelah berusaha."Sistem pendidikan negara tersedia untuk menyokong setiap langkah |
|
Usaha gigih guru setegang Selat Hormuz pacu kejayaan murid SPM 2025 - Sinarharian - 31/03 3:06 pm PUTRAJAYA Usaha berterusan guru yang disifatkan setegang Selat Hormuz menjadi antara faktor utama membentuk daya tahan murid sehingga berjaya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.Berucap pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan SPM 2025, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, majlis tersebut membawa perhatian semua pihak terhadap nirmala kata berdaya tahan, jurang dan intervensi.Beliau menjelaskan, calon SPM 2025 melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang panjang serta berkesinambungan bermula dari prasekolah, diikuti enam tahun sekolah rendah dan lima tahun di peringkat menengah."Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilalui selama 11 atau 12 tahun penuh dengan cabaran |
|
7,099 calon SPM 2025 gagal hadir peperiksaan - Thempress - 31/03 2:49 pm PUTRAJAYA – Analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatatkan ketidakhadiran seramai 7,099 calon bagi semua mata pelajaran |
|
94.29 peratus calon SPM 2025 layak terima sijil - Thempress - 31/03 2:45 pm PUTRAJAYA – Seramai 366,435 atau 94.29 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 layak diberikan sijil, berbanding 355,933 atau 94.01 peratus pada 2024 |
|
Over 13,000 SPM 2025 candidates achieve top grades across all subjects - Sinardaily - 31/03 12:23 am PUTRAJAYA A total of 13,779 candidates in the 2025 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination achieve excellent results with A+, A and A- grades in all subjects.Education director-general Datuk Dr Mohd Azam Ahmad said the figure represented 3.55 per cent of the total candidates.He said 376 candidates obtained straight A+ grades in all subjects, marking an increase compared to the previous year, which recorded 24 candidates.The number of candidates who achieved at least a credit or Grade C in all subjects in 2025 also showed an increase of 1.03 per cent, involving 92,347 candidates compared to 86,040 candidates in the previous year, he said.He said this during a press conference to announce the 2025 SPM examination results here on Tuesday.Azam noted that the number of candidates achieving combinations of A+, A and A- showed a slight decline of 0.10 per cent compared with 13,827 candidates in 2024.However, the Education Ministry (MoE) will examine this and take action in collaboration with the State Education Department (JPN), District Education Office (PPD) and schools.This is not a significant decrease as there were improvements in the credit and pass categories, which recorded fairly high achievement, he said.He said the number of candidates obtaining at least a credit in all subjects was 92,347 (23.76 per cent), compared with 86,040 (22.73 per cent) last year.This shows an increase of 6,307 candidates, he added.The number of candidates obtaining at least a pass or Grade E in all subjects reached 141,728 (36.47 per cent) this year, an increase of 4,937 candidates (0.34 per cent) compared with 136,791 in 2024.Meanwhile, 1,631 candidates failed all subjects this year, a decrease of 0.05 per cent compared with 1,789 candidates last year.Azam said 7,099 candidates did not attend the 2025 SPM examinations, based on analysis of those taking at least six subjects.He added that this represented 1.79 per cent of the 395,740 new candidates, a drop from 2.1 per cent or 8,108 candidates in 2024.The reasons for absence included work commitments, moving abroad, accidents, family issues, health problems, transport difficulties, death and detainment by authorities.The long gap between registration at the start of the year and the examination in November also contributed to absenteeism, he said.Azam said the MoE, state and district education offices, and schools had conducted various interventions to ensure candidates attended the exams.Home visits were carried out to provide guidance and advice to parents and students, he added.He stressed that 366,435 candidates, or 94.29 per cent, were eligible for SPM certification this year, compared with 355,933 or 94.01 per cent in 2024, an increase of 10,502 candidates.For MoE schools, 329,272 candidates, or 94.51 per cent, qualified for the SPM certificate in 2025, up from 319,016 or 94.20 per cent in 2024, he added. |
|
'Dedah laporan penuh saham Azam, bukan ringkasan, bukan petikan' - Mkini - 31/03 11:47 am Bekas MP Charles Santiago bertegas bahawa hanya pendedahan penuh yang memadai berhubung pegangan saham ketua pesuruhjaya SPRM itu. |
|
Keputusan SPM 2025 catat pencapaian terbaik, 94.29% calon layak dapat sijil - FMT - 31/03 11:42 am Ketua Pengarah Pendidikan Mohd Azam Ahmad berkata sebanyak 366,435 calon atau 94.29% layak diberikan sijil SPM. |
|
No summaries, no excerpts: Ex-DAP MP demands full disclosure on Azam's shares - Mkini - 31/03 11:12 am Keeping the investigation report under wraps signals a continued culture of secrecy, says Charles. |
|
Education DG: SPM 2025 sees record results, more candidates get certificate - BorneoPost - 31/03 10:59 am PUTRAJAYA (March 31): The 2025 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination results recorded the best achievement with a National Grade Average (GPK) index of 4.42 points compared to 4.49 points in 2024 |
|
SPM 2025: Gred Purata Kebangsaan terbaik dalam tempoh lima tahun - Sinarharian - 31/03 10:39 am PUTRAJAYA - Gred Purata Kebangsaan (GPK) bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatatkan 4.42 mata, sekali gus merekodkan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun.Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, pencapaian itu menunjukkan peningkatan apabila mata GPK mengecil sebanyak 0.07 mata berbanding tahun lalu, 4.49."Sukacitanya saya memaklumkan bahawa secara keseluruhannya, pencapaian calon SPM 2025 berdasarkan indeks GPk adalah lebih baik sejak peperiksaan SPM yang menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengan (KSSM) mulai tahun 2021," katanya dalam sidang akhbar Pengumuman Keputusan SPM 2025, di sini, pada Selasa.Menurutnya, berdasarkan GPK, jurang pencapaian calon di bandar dan luar bandar semakin mengecil sebanyak 0.04 mata."GPK calon di bandar ialah 4.40 mata pada tahun ini berbanding 4.47 mata tahun lalu manakala GPK luar bandar pula adalah 4.81 mata pada SPM 2025, berbanding tahun 2024, 4.92 mata," katanya.GPK calon mengikut lokaliti turut menunjukkan peningkatan apabila calon di bandar merekodkan sebanyak 4.40 pada tahun 2025 berbanding 4.47 pada 2024," katanya dalam sidang akhbar Pengumuman Keputusan SPM 2025, di sini, pada Selasa.Ujar beliau, nilai gred purata adalah 0.00 hingga 9.00 dan nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian atau prestasi lebih baik. |
|
13,779 calon SPM 2025 peroleh keputusan cemerlang - Sinarharian - 31/03 9:30 am PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Seramai 13,779 atau 3.55 peratus daripada 395,740 calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, daripada jumlah itu juga seramai 376 calon mendapat gred A+ bagi semua mata pelajaran, meningkat berbanding tahun sebelumnya, 24 calon."Bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2025 turut menunjukkan peningkatan 1.03 peratus iaitu seramai 92,347 berbanding 86,040 calon pada tahun sebelumnya," katanya.Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2025, di sini pada Selasa.Ujarnya, jumlah calon yang cemerlang kombinasi A+,A dan A- menunjukkan sedikit penurunan sekitar 0.10 peratus berbanding tahun lalu, 13, 827 calon.Bagaimana pun Mohd Azam berkata KPM akan meneliti perkara tersebut dan mengambil tindakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah."Ia bukanlah suatu penurunan yang besar kerana terdapat peningkatan dalam kumpulan kepujian, lulus yang merekodkan pencapaian agak tinggi," jelasnya.Mengulas lanjut, beliau berkata, bilangan calon yang memperoleh sekurang- kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran adalah seramai 92,347 orang (23.76 peratus) berbanding 86,040 atau 22.73 peratus pada tahun lalu."Angka ini menunjukkan peningkatan seramai 6,307 orang," kata Mohd Azam.Tambahnya, calon yang memperoleh sekurang- kurangnya lulus atau gred E dalam semua mata pelajaran adalah seramai 141,728 orang atau 36.47 peratus pada tahun ini.Ia menunjukkan peningkatan seramai 4,937 orang (0.34 peratus) berbanding tahun lalu, 136,791 orang tahun 2024.Terdapat 1,631 calon gagal dalam semua mata pelajaran tahun ini menurun sebanyak 0.05 peratus berbanding tahun lalu, 1,789 orang.Dalam pada itu, seramai 7,099 calon SPM 2025 tidak hadir berdasarkan analisis menduduki peperiksaan sekurang-kurangnya bagi enam mata pelajaran.Menurutnya, jumlah itu merangkumi 1.79 peratus daripada jumlah calon baharu yang menduduki seramai 395,740 calon berbanding 8,108 calon tidak hadir (2.1 peratus) atau menurun 1,009 orang pada SPM 2024.Ujar Mohd Azam, pelbagai faktor ketidakhadiran murid menduduki peperiksaan antaranya, bekerja, berpindah ke luar negara, terlibat kemalangan dan masalah keluarga."Ada antara calon mempunyai masalah kesihatan lain, masalah pengangkutan, meninggal dunia selain ada yang ditahan pihak berkuasa."Jarak masa panjang daripada tempoh pendaftaran peperiksaan pada awal tahun sehingga peperiksaan sebenar pada bulan November turut menyumbang kepada pelbagai faktor ketidakhadiran calon," katanya.Beliau menambah, pihak KPM di peringkat jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan pihak sekolah telah melakukan pelbagai program intervensi untuk memastikan calon hadir menduduki peperiksaan."Program ziarah cakna dengan pergi ke rumah murid dilakukan dengan memberikan panduan dan nasihat kepada ibu bapa dan murid itu sendiri," katanya.Sementara itu, seramai 366,435 atau 94.29 peratus calon SPM 2025 layak diberikan sijil berbanding 355,933 atau 94.01 peratus pada 2024 sekaligus menyaksikan peningkatan seramai 10,502 orang."Bagi calon sekolah KPM (Kementerian Pendidikan), seramai 329,272 orang atau 94.51 peratus layak dianugerahkan sijil SPM tahun 2025."Jumlah itu meningkat berbanding 319,016 atau 94.20 peratus calon SPM 2024 |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |