///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Ipd News   Page 1    



Kes buli MRSM: Mangsa kedua buat laporan, dua pelajar lagi ditahan - Sinarharian - 27/06 9:35 pm

BESUT Dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ditahan bagi membantu siasatan kes buli melibatkan seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah MRSM di daerah ini.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, pihak polis menerima laporan kedua daripada seorang lagi pelajar lelaki berusia 14 tahun yang mendakwa turut menjadi mangsa dalam kejadian yang sama.Menurutnya, laporan itu dibuat pada jam 3.58 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut pada Khamis."Mangsa kedua turut memaklumkan bahawa dia telah dibuli oleh pelajar-pelajar yang sama dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11.30 malam, 24 Jun lalu di asrama putera MRSM Besut."Mangsa mengalami kesakitan di bahagian kaki kanan dan kiri," katanya.Beliau berkata, dua suspek lelaki masing-masing berusia 15 tahun itu ditahan pada jam 4 petang Jumaat selepas hadir bersama keluarga di IPD Besut.Menurutnya, permohonan reman terhadap kedua-dua pelajar akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Sabtu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.Sebelum ini, lima pelajar lain berusia antara 15 hingga 17 tahun telah direman selama tiga hari bermula Jumaat selepas dipercayai terlibat dalam kejadian buli terhadap seorang pelajar berusia 14 tahun.Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Yuhanis Mohd Roslan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Jumaat.Azamuddin berkata, kejadian dipercayai berlaku di asrama putera pada jam 11.30 malam, Selasa lalu dan disedari oleh warden bertugas."Mangsa mendakwa diarahkan membuat kedudukan separa mencangkung sambil diletakkan selipar di atas kepala selama kira-kira 40 minit."Mangsa turut mendakwa ditumbuk di bahagian perut dan ditampar oleh beberapa pelajar Tingkatan Tiga sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," ujarnya.Sementara itu, susulan insiden berkenaan, Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengambil tindakan tegas dengan membuang kesemua enam pelajar yang dikenal pasti terlibat dalam kejadian buli tersebut.Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa tiada sebarang kompromi terhadap pelaku buli di mana-mana institusi pendidikan di bawah agensi itu."Semua enam pelajar MRSM di Terengganu yang didapati membuli secara fizikal telah diarahkan keluar daripada maktab





Salah faham lorong tol punca pergaduhan pemandu Hilux dan lori - Mgazette - 27/06 5:00 pm

"Bagaimanapun hasil siasatan menyeluruh mendapati tiada unsur jenayah serius dan kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan perkara ini secara baik," katanya. Kedua-dua pemandu telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk memberi keterangan





Gaduh di plaza tol berebut masuk lorong tunai - Sinarharian - 27/06 11:24 am

KUALA LANGAT - Perselisihan faham ketika memasuki lorong tunai menjadi punca pergaduhan melibatkan pemandu pacuan empat roda dan sebuah lori di Plaza Tol Telok Panglima Garang pada Khamis.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Akmalrizal Radzi berkata, kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu melibatkan dua lelaki tempatan yang merupakan pemandu kedua kenderaan terbabit."Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada salah faham apabila pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux itu didakwa memotong barisan di sebelah kiri sebelum memasuki lorong tunai plaza tol berkenaan."Tindakan itu mengakibatkan berlaku perlanggaran dengan sebuah lori yang dipandu seorang individu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Katanya, selepas perlanggaran berlaku, pemandu Hilux berusaha untuk mengajak pemandu lori berbincang namun lelaki berkenaan enggan berhenti dan terus memandu kenderaannya."Situasi itu menyebabkan berlaku pertelingkahan antara kedua-dua pihak terlibat."Bagaimanapun hasil siasatan menyeluruh mendapati tiada unsur jenayah serius dan kedua pihak telah bersetuju menyelesaikan perkara ini secara baik," katanya.Menurutnya, kedua-dua pemandu terbabit telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat bagi memberi keterangan berhubung kejadian."Siasatan lanjut dijalankan oleh Bahagian Trafik IPD Kuala Langat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59)."Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian," katanya.Terdahulu tular di media sosial insiden pergaduhan melibatkan pemandu dua buah kenderaan berdekatan sebuah plaza tol di sini.Kejadian terbabit didakwa berpunca daripada berlakunya pelanggaran antara kedua kenderaan terlibat.Kejadian bagaimanapun berjaya ditenangkan orang awam yang berada sekitar lokasi berkenaan.





Penunggang maut motosikal terbabas Jalan Bahau-Kemayan - Sinarharian - 26/06 10:56 pm

JEMPOL - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri dalam kemalangan berlaku di Kilometer 27 Jalan Bahau-Kemayan, di sini, petang Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa yang berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX dalam perjalanan dari arah Bahau menghala ke Kemayan."Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di atas jalan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jempol untuk proses bedah siasat.Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Orang awam yang melihat kejadian tersebut tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jempol, Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof di talian 016-2348669.





Tujuh kenderaan parkir tepi jalan rosak dilanggar lori - Sinarharian - 26/06 5:33 pm

SHAH ALAM Polis menerima tujuh laporan berkaitan kejadian melibatkan beberapa kenderaan yang dilanggar sebuah lori di tepi jalan berhampiran Stesen LRT Glenmarie di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal bin Ibrahim berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.10 petang.Beliau berkata, siasatan awal mendapati insiden berlaku apabila pemilik kenderaan terlibat meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan untuk menggunakan perkhidmatan LRT."Pemilik kenderaan itu menyedari kenderaan mereka mengalami kerosakan akibat dilanggar ketika mereka pulang dari tempat kerja."Setakat jam 4.00 petang, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam telah menerima tujuh laporan polis berkaitan kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Katanya, kenderaan yang dipercayai terlibat adalah sebuah lori, namun jenis serta identiti pemandu masih belum dapat dipastikan."Kes disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959."Siasatan kini masih dijalankan dan pihak polis sedang mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kawasan berhampiran bagi mengenal pasti kenderaan yang terlibat dalam kejadian ini," katanya.Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan."Saksi bebas atau individu yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam, Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875," katanya.Terdahulu, tular di media sosial beberapa buah kenderaan yang diletakkan di kawasan Stesen LRT Glenmarie di sini mengalami kerosakan, dipercayai akibat dilanggar lori.





Pelajar kolej vokasional maut digilis lori - Sinarharian - 26/06 9:01 am

KUALA LANGAT Seorang pelajar lelaki maut digilis sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 32 Jalan KlangBantingPort Dickson di sini pada Rabu.Mangsa yang merupakan pelajar Kolej Vokasional Banting dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kanchong dalam kejadian kira-kira jam 5.10 petang ituKetua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Mohd Radzi berkata, siasatan awal mendapati mangsa berumur 17 tahun itu menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z arah Telok Datok menghala ke Banting."Semasa kejadian, mangsa menunggang di tengah lorong antara lorong kanan dan kiri sebelum hilang kawalan lalu terjatuh ke lorong kanan."Dalam masa yang sama, sebuah lori jenis Nissan berwarna merah yang sedang bergerak lurus di lorong kanan tidak sempat mengelak sebelum melanggar mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Katanya, pelanggaran itu menyebabkan mangsa dan motosikalnya terperosok di bawah lori sebelum digilis tayar belakang sebelah kanan kenderaan terbabit."Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan."Pemandu lori berusia lingkungan 50-an itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kenderaan berkenaan tidak membawa muatan ketika kejadian," katanya.Menurutnya, siasatan mendapati mangsa memiliki lesen memandu yang sah dan memakai topi keledar semasa kemalangan berlaku."Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kuala Langat, Inspektor Nor Baiti Mustafa di talian 014-5006072 atau 03-31872222."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.





Dua beranak ditahan proses ekstasi guna lesung, rampasan RM1.08 juta - Mgazette - 26/06 8:01 am

# Dua beranak ditahan proses ekstasi guna lesung, rampasan RM1.08 juta MUAR - Seorang bapa dan anak lelakinya ditahan serta 6,389 gram serbuk ekstasi bernilai RM1.06 juta dirampas selepas polis melakukan serbuan di sebuah rumah sewa di Bukit Treh di sini Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, serbuan itu dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar





Tular pandu bas ekspres melulu, tunjuk isyarat lucah ketika dihon - Mgazette - 26/06 8:01 am

Video yang tular berdurasi 26 saat dalam Facebook itu turut memaparkan pemandu terbabit berang dan menunjukkan isyarat lucah semasa dihon kenderaan di belakangnya. Bahagian Siasatan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima laporan berkenaan video tular berkenaan pada pukul 3.42 petang tadi





IPD Iskandar Puteri lupus barang kes bernilai RM281,350 - SUN - 25/06 2:53 pm

ISKANDAR PUTERI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri melupuskan pelbagai barang kes bagi tempoh 2017 hingga Mei lepas yang bernilai RM281.350





PDRM lupus barang kes bernilai RM281,350 - Sinarharian - 25/06 2:32 pm

ISKANDAR PUTERI Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri melaksanakan pelupusan barang kes membabitkan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM281,350.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M





Pemandu pacuan empat roda langgar kereta dipandu warga emas tiga kali - Sinarharian - 24/06 10:13 am

JOHOR BAHRU Seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun ditahan polis selepas terlibat dalam kejadian khianat terhadap sebuah kenderaan dan memandu secara gopoh di Susur 6, Jalan Tun Razak.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian pada kira-kira jam 3.10 petang, Ahad lalu."Siasatan awal mendapati, mangsa seorang lelaki warga emas berumur 63 tahun sedang memandu kereta jenis Perodua Axia dan memperlahankan kenderaannya kerana terlepas simpang."Suspek yang memandu sebuah Toyota Hilux dari arah belakang telah bertindak memotong mangsa secara agresif sebelum berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua pihak."Suspek kemudian bertindak melanggar kereta mangsa sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan kerosakan kenderaan milik mangsa bernilai RM15,300," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Menurut beliau, semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkait kesalahan jenayah namun tiada rekod dikehendaki.Sementara, saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif penyalahgunaan dadah."Suspek akan dibawa untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan pada Selasa di Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi siasatan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,"ujarnya.Tegas Raub, polis tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pemanduan cuai dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus talian Hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323," katanya.Sebelum itu tular video 8 saat memaparkan sebuah pacuan empat roda melanggar sebuah kereta berulang kali sebelum beredar dari lokasi kejadian.





Polis siasat penunggang motosikal berkuasa tinggi guna lorong kereta, lori di Jambatan Kedua Pulau Pinang - Astroawani - 24/06 8:10 am

Berdasarkan siasatan pihak IPD Seberang Perai Selatan, insiden didapati berlaku pada jam 4.35 petang Jumaat lalu.





Budak maut, sepupu cedera dirempuh kereta ketika lintas jalan - Sinarharian - 23/06 8:10 pm

KOTA KINABALU Seorang kanak-kanak perempuan maut manakala sepupunya cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika melintas jalan di Jalan Tun Fuad Stephen berhampiran Teluk Likas, di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, mangsa berusia 12 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala sepupunya yang juga seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan sedang dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Axia dipandu lelaki berusia 55 tahun dan dua pejalan kaki."Kenderaan terbabit dari arah Sepanggar menuju ke Likas melalui lorong kanan sebelum melanggar dua kanak-kanak perempuan yang dipercayai melintas secara tiba-tiba dari arah kiri ke kanan jalan."Akibat perlanggaran itu, seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan dan mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah siasat, manakala seorang lagi mangsa kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Zon Kecemasan HWKKS," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Menurut beliau, pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan hasil siasatan awal tidak menunjukkan sebarang tanda pengaruh alkohol atau dadah. Namun, sampel darah telah diambil untuk analisis toksikologi di Jabatan Kimia."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.Kasim turut menyeru orang awam yang menyaksikan kejadian tampil menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Brymenedren Godon di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu."Polis turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memastikan keselamatan anak-anak semasa melintas jalan, khususnya di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan lintasan selamat," katanya.Dalam kejadian berasingan, Kasim memaklumkan penemuan mayat seorang lelaki yang terapung di perairan Tanjung Aru pada petang Isnin."Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang apabila pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memaklumkan mengenai penemuan mayat tersebut sebelum dibawa naik ke darat untuk tindakan lanjut."Mayat kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian," katanya.Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi Balai Polis Tanjung Aru atau IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222.





Buletin Wanita 70 Tahun Ditahan Pandu Kereta Di Lorong Motosikal Read More .. - Mekanika - 23/06 3:44 pm

# WANITA 70 TAHUN DITAHAN PANDU KERETA DI LORONG MOTOSIKAL **Polis menahan seorang wanita warga emas kerana memandu kereta di lorong motosikal di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) di sini semalam.** Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku di Kilometer 8.6 JSAHMS dari Batu Kawan menghala Batu Maung, kira-kira 1.30 petang semalam. "Bertindak hasil maklumat, polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPS berjaya mengesan pemandu wanita berusia 70 tahun itu dan membawanya ke IPD SPS untuk tindakan lanjut





Lelaki cedera ditetak guna parang depan premis makanan segera - Sinarharian - 22/06 7:50 pm

SEREMBAN - Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an cedera di kepala dan kaki selepas diserang sekumpulan individu tidak dikenali dalam pergaduhan di hadapan sebuah premis makanan segera di Bandar Baru Nilai, di sini, awal pagi Ahad.Mangsa yang ditetak menggunakan senjata parang dan sebatang kayu dikejarkan ke hospital dalam keadaan berlumuran darah sebelum dimasukkan ke zon merah untuk rawatan segera.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Pegawai Perubatan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang yang merawat mangsa pada jam 6.08 pagi.Menurutnya, siasatan awal mendapati insiden berkenaan tidak membabitkan unsur gengsterisme, dendam atau konflik terdahulu."Kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham yang berlaku secara spontan akibat pengaruh alkohol dalam kalangan kedua-dua pihak sehingga menyebabkan provokasi dan pergaduhan fizikal."Mangsa telah ditetak menggunakan senjata jenis parang dan sebatang kayu oleh beberapa individu yang tidak dikenali," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.Abdul Malik berkata, mangsa dalam keadaan stabil dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh dengan senjata), Seksyen 326 (mendatangkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya) dan Seksyen 427 (khianat).Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-790 4222 atau mana-mana balai polis berhampiran.Pada masa sama beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi jaminan bahawa siasatan sedang dijalankan bagi memastikan keselamatan awam terus terpelihara.





70-year-old woman detained for driving car in motorcycle lane - SUN - 22/06 6:49 pm

Seberang Perai Selatan (SPS) Police Chief Supt Jay January Siowou said preliminary police investigations found that the incident occurred at Kilometre 8.6 of JSAHMS from Batu Kawan heading towards Batu Maung, at around 1.30 pm. Acting on information, the Traffic Investigation and Enforcement Division of the SPS District Police Headquarters (IPD) managed to identify the 70-year-old female driver and brought her to the SPS IPD for further action





Dua lelaki di Pulau Pinang rugi RM2.35 juta ditipu sindiket pelaburan - SUN - 22/06 3:39 pm

GEORGE TOWN: Dua lelaki termasuk seorang warga emas mengalami kerugian RM2.35 juta selepas masing-masing menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian, pada kejadian berasingan di Pulau Pinang baru-baru ini. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata dalam kes pertama, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang merupakan ejen insurans di Perai semalam, selepas mengalami kerugian hampir RM1.5 juta





Wanita ditahan pandu Proton X50 di lorong motosikal - Sinarharian - 22/06 12:04 am

NIBONG TEBAL Seorang pemandu wanita warga emas berusia 70 tahun ditahan selepas dikesan memandu sebuah Proton X50 di lorong motosikal di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada Sabtu.Kejadian itu menjadi tular selepas rakaman video berdurasi enam saat tersebar di media sosial.Difahamkan, insiden berlaku di Kilometer 8.6 jambatan berkenaan, menghala dari Batu Kawan ke Batu Maung pada jam 1.30 tengah hari.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Jay January Siowou berkata, hasil maklumat awal, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPS berjaya mengesan pemandu wanita tersebut sebelum membawanya ke IPD SPS untuk tindakan lanjut."Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Kaedah 8(3), Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/59) kerana memandu di lorong yang tidak dibenarkan."Sehubungan itu, polis mengingatkan orang ramai agar mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya, terutamanya di laluan berisiko tinggi seperti jambatan dan lorong motosikal."Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan hingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain





Polis, kastam rampas barang tiruan berjenama RM2.5 juta - Mgazette - 20/06 7:47 am

# Polis, kastam rampas barang tiruan berjenama RM2.5 juta JOHOR BAHRU - Polis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menyerbu dan merampas barangan tiruan berjenama mewah bernilai RM2.5 juta di Taman Austin dan Taman Gaya, Ulu Tiram, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor dan JKDM Johor melakukan dua serbuan berasingan di premis perniagaan





Lelaki disyaki lemas di Sungai Aring - SUN - 18/06 6:57 pm

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata seorang lelaki tempatan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam sungai berhampiran kawasan Felda Aring 2 di sini ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis semasa Op Tapis dijalankan, semalam. Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 7 malam ketika sepasukan anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menjalankan operasi di kawasan perumahan Felda berkenaan





Terkejut nampak polis, lelaki dikhuatiri lemas jatuh sungai - Sinarharian - 18/06 5:37 pm

GUA MUSANG - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Aring 2, di sini malam Selasa.Mangsa, Mohd Kaswadi Ahmad, 42, dilaporkan tidak timbul ke permukaan selepas terjun ke sungai berkenaan pada jam 9.21 malam.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 8.34 pagi tadi."Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota dari BBP Gua Musang telah digerakkan ke lokasi kejadian. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada kira-kira 11 pagi dan masih diteruskan hingga kini."Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh daripada pihak polis, mangsa dipercayai melarikan diri sebelum terjun ke dalam Sungai Aring 2 dan gagal dikesan selepas itu," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Operasi SAR melibatkan empat anggota bomba dan enam anggota polis.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, seorang lelaki tempatan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam sungai berhampiran kawasan Felda Aring 2 di sini ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis semasa Op Tapis dijalankan pada Selasa.Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 7 malam ketika sepasukan anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menjalankan operasi di kawasan perumahan Felda berkenaan."Ketika operasi dijalankan, anggota polis terlihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan





Enam pelatih Puspen Jelebu lari, seorang berjaya ditangkap - Kosmo - 18/06 4:10 pm

JELEBU – Lima pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Jelebu, di sini, sedang diburu selepas melarikan diri daripada pusat terbabit awal pagi semalam, manakala seorang lagi berjaya ditangkap. Ketua Polis Daerah, Superintendan Azizan Said berkata, bilik gerakan IPD Jelebu menerima maklumat enam pelatih Puspen tersebut kira-kira pukul 1 pagi dan pihaknya telah melancarkan operasi mengesan ..





Enam pelatih Puspen Jelebu larikan diri, seorang berjaya ditahan semula - Sinarharian - 18/06 3:03 pm

JELEBU - Enam pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Jelebu dikesan melarikan diri dari pusat tersebut dalam kejadian pagi Selasa.Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintendan Azizan Said berkata, laporan berhubung kejadian diterima sekitar jam 1 pagi menerusi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu.Susulan itu katanya, polis melancarkan operasi mengesan dan menangkap kesemua pelatih terlibat dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan serta anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Jelebu."Setakat ini, seorang daripada mereka, Mohd Faiz Yassin telah berjaya ditahan semula di kawasan berhampiran kilang rotan Titi Cane, Kongkoi iaitu kira-kira 5 kilometer dari lokasi pusat pemulihan."Lima pelatih yang masih diburu ialah P Tinogaran, 37; G Vinaiyetiran,37; V Manimaran,38; S Bala Ganes, 42 dan K Mohanarajh,20," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Katanya, siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana kecuaian membiarkan tahanan melarikan diri dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada jagaan sah pihak berkuasa.Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi IPD Jelebu di talian 06-6136222 atau Bilik Gerakan 06-6137999.Lima pelatih yang masih diburu.1





Sepang police raid five premises suspected of conducting illegal Bitcoin mining activities - SUN - 16/06 9:01 pm

Meanwhile, under Section 37 (1) of the Electricity Supply Act 1990, a fine not exceeding RM100,000 or imprisonment for a period not exceeding five years or both may be imposed, he also said. He added that members of the public who have any information related to illegal Bitcoin mining activities, including illegal electricity connections, can report the matter to the nearest police station or contact the Sepang IPD (district police headquarters) hotline at 03-87774222.





Titah Adendum: Najib buat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara - Astroawani - 16/06 6:21 pm

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, beliau diarahkan oleh Najib untuk membuat laporan tersebut di IPD Dang Wangi pada Isnin.





143 mesin bitcoin dirampas, empat lelaki ditahan - Sinarharian - 16/06 6:19 pm

SEPANG Polis menahan empat lelaki tempatan disyaki terlibat dalam aktiviti melombong mata wang digital secara haram dengan mencuri bekalan elektrik di daerah ini menerusi Ops Khas di lima lokasi berasingan di Bandar Baru Salak Tinggi dan Putra Perdana pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun itu dipercayai berperanan sebagai penjaga premis perlombongan."Hasil daripada serbuan, kita telah merampas sebanyak 143 mesin perlombongan bitcoin serta pelbagai peralatan yang digunakan untuk aktiviti perlombongan mata wang digital dengan nilai rampasan dianggarkan RM171,600," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, pada Isnin.Beliau berkata, Ops Khas tersebut diketuai oleh beliau sendiri bersama pegawai dan anggota IPD Sepang dengan kerjasama kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB)."Siasatan awal mendapati pihak TNB mengalami kerugian kira-kira RM86,089.10 sebulan, manakala jumlah keseluruhan kerugian bagi tempoh Januari hingga Jun 2025 dianggarkan mencecah RM516,534.60," jelasnya.Menurut beliau, kesemua suspek direman selama tiga hari bermula Sabtu hingga Isnin bagi membantu siasatan."Semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau





Titah Adendum: Najib buat laporan polis terhadap bekas AG - Sinarharian - 16/06 5:42 pm

KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat laporan polis terhadap mantan Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berhubung isu Titah Adendum.Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, beliau telah diarahkan oleh Najib untuk membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Isnin."Sebelum ini, Najib telah meminta kebenaran untuk membuat laporan polis sama ada di dalam penjara atau dengan bantuan pihak penjara bagi membuat laporan di IPD Kajang."Namun, permohonan itu tidak mendapat maklum balas positif





MACC, AKPS, and KLIA IPD strengthen security control ahead of ASEAN-PAC meeting in October - SUN - 16/06 5:13 pm

PUTRAJAYA : The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has strengthened security cooperation with the Malaysian Border Control and Protection Agency (AKPS) and Kuala Lumpur International Airport District Police Headquarters (KLIA IPD) to ensure the smooth running of the 21st Principals Meeting of the ASEAN-Parties Against Corruption (ASEAN-PAC) scheduled to take place from Oct 28-30 in Kuala Lumpur





Dua lelaki pamer aksi ala 'Superman' ditahan - Sinarharian - 16/06 4:32 pm

PORT DICKSON Dua lelaki berusia 18 dan 29 tahun ditahan selepas melakukan aksi berbahaya meniarap di atas motosikal, atau dikenali sebagai aksi Superman, di Lebuhraya SerembanPort Dickson (SPDH) pada petang Ahad.Pekerja kilang dan pembuat papan tanda itu ditahan sekitar jam 6 petang oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson yang kebetulan melalui lebuh raya berkenaan.Ketika kejadian, anggota polis terbabit sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai tugas mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadiri mesyuarat UMNO Bahagian Port Dickson.Menurut kemas kini BSPT IPD Port Dickson di laman Facebook rasmi, suspek didapati melakukan aksi meniarap di atas motosikal secara berbahaya dari Kilometer 14.1 hingga KM14.8, arah ke Port Dickson."Suspek berjaya ditahan bersama motosikal jenis Yamaha LC135 yang digunakan dalam aksi terbabit."Kedua-dua mereka bersama motosikal masing-masing telah dibawa ke Balai Trafik IPD Port Dickson untuk siasatan lanjut," menurut kenyataan itu pada Isnin.Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain."Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda antara RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan lesen memandu selama tidak kurang dua tahun."Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menjadikan jalan raya sebagai medan aksi lagak ngeri yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna lain," katanya.





SPRM, Polis dan AKPS sedia hadapi ASEAN-PAC Oktober ini - Sinarharian - 16/06 4:20 pm

SEPANG Penyelarasan kawalan keselamatan bagi ketibaan dan pergerakan delegasi, prosedur operasi standard (SOP) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta langkah-langkah keselamatan menyeluruh merupakan antara perkara utama yang dibincangkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama dua pasukan keselamatan utama negara.Perbincangan ini adalah sebagai persiapan bagi persidangan 21st Principals Meeting of the ASEAN Parties Against Corruption (ASEAN-PAC) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur dari 28 hingga 30 Oktober depan.Menurut kenyataan SPRM, bahagian keselamatan agensi itu telah mengadakan satu kunjungan hormat strategik ke atas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) KLIA dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA sebagai langkah awal memperkukuh kerjasama keselamatan bagi penganjuran mesyuarat berprestij itu."Sebagai tuan rumah 21st ASEAN-PAC Meeting, SPRM akan menerima kehadiran Ketua-Ketua Agensi Antirasuah dari negara-negara ASEAN serta wakil organisasi antarabangsa."Mesyuarat ini merupakan platform penting untuk memperkukuh jaringan strategik serantau dalam memerangi jenayah rasuah," menurut kenyataan itu pada Isnin.Antara agenda utama persidangan ialah pembentangan dan pemuktamadan ASEAN-PAC Action Plan 20262029, sebagai kesinambungan kepada pelan terdahulu bagi tahun 20232025.Pelan tindakan ini bakal menjadi dokumen rujukan utama dalam memperkukuh hala tuju bersama ke arah integriti dan ketelusan serantau.Pada masa yang sama, beberapa program sampingan turut dirancang seperti sesi dialog interaktif dan bengkel pembangunan kapasiti yang menyasarkan pegawai penguat kuasa dari negara anggota ASEAN."Komitmen ASEAN-PAC juga selari dengan kehendak Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah (UNCAC), sekali gus mengukuhkan usaha negara-negara ASEAN dalam menggubal dasar dan undang-undang yang lebih ketat serta berkesan terhadap gejala rasuah," jelas kenyataan itu.Kunjungan hormat pada 11 Jun lalu bukan sahaja berfungsi sebagai medan penyelarasan logistik, malah turut memperkukuh hubungan dua hala antara SPRM, AKPS KLIA dan IPD KLIA ke arah kesiapsiagaan menyeluruh demi memastikan kejayaan penganjuran persidangan antirasuah serantau tersebut.Delegasi SPRM diketuai oleh Pengarah Bahagian Keselamatan, Zuhairie Abu Bakar dan Ketua Cawangan Kawalan Perlindungan, Mazri Mansor.Lawatan kerja ini turut menyaksikan sesi perbincangan berfokus antara SPRM dan dua agensi keselamatan utama negara, iaitu AKPS KLIA yang diketuai Ibrahim Mohd Yusof dan IPD KLIA yang diketuai Asisten Komisioner Azman Shariat.





492 anggota polis dikenakan tindakan tatatertib sehingga Mei - Sinarharian - 16/06 2:04 pm

MARAN Seramai 492 pegawai dan anggota polis telah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh Januari hingga 31 Mei tahun ini, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Seri Azri Ahmad.Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, seramai 59 individu telah dijatuhkan hukuman buang kerja dengan kes berkaitan dadah menjadi penyumbang utama kepada tindakan berkenaan.Dalam tempoh sama, seramai 671 pegawai dan anggota ditahan kerja manakala 146 lagi digantung kerja."Sepanjang tempoh tersebut, pihak JIPS PDRM telah menerima sebanyak 2,637 aduan dan maklumat berkaitan tatakelakuan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada pelbagai pihak."Dalam tempoh kajian juga, sebanyak 776 Kertas Siasatan Tatatertib (KST) dan 584 Kertas Enkuiri Tatatertib (KET) melibatkan siasatan ke atas seramai 2,076 subjek telah dibuka," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran, di sini pada Isnin.Turut hadir, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman dan Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai.Mengulas lanjut, Azri memaklumkan sejak pelancaran aplikasi Aduan JIPS PDRM pada 4 Jun lalu, sebanyak 23 aduan telah diterima menerusi platform tersebut."Kita berharap langkah ini akan membuka laluan yang lebih mudah dan telus untuk masyarakat menyalurkan maklumat kepada PDRM, dan lebih ramai akan tampil menyalurkan aduan," katanya.Sementara itu, Azri turut diraikan sempena persaraan rasminya yang akan berlangsung pada 26 Jun ini setelah 37 tahun menabur bakti dalam perkhidmatan PDRM.Terdahulu, Kompleks IPD Maran dibina di atas tapak seluas 6.373 hektar dengan kos pembinaan sebanyak RM24 juta yang bermula pada tahun 1997.Projek itu merangkumi pelbagai fasiliti termasuk balai polis, bangunan pentadbiran, padang kawad, bengkel kenderaan, lot parkir, kediaman anggota pelbagai kelas, dewan, surau dan padang permainan, dan mula beroperasi sepenuhnya sejak Disember 2012.Kini, IPD Maran memiliki enam balai serta 335 pegawai dan anggota yang bertanggungjawab menjaga keselamatan lebih 115,000 penduduk meliputi kawasan Parlimen Maran, Jerantut dan Kuala Krau.





Seorang maut, empat cedera dalam kemalangan enam kenderaan di Jempol - Sinarharian - 16/06 12:15 am

JEMPOL - Seorang maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dengan tiga motosikal di Kilometer 27, Jalan Bahau- Kemayan pada petang Ahad.Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, mangsa yang maut ialah R Jayaseelan,28, mengalami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, kemalangan itu membabitkan dua kereta Proton Waja dengan sebuah Perodua Myvi dipandu mangsa selain tiga motosikal ditunggangi lelaki berusia berusia 29 dan 42 tahun.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Proton Waja dipandu lelaki berusia 38 tahun dari arah Kemayan ke Bahau cuba memotong tiga buah motosikal di hadapannya."Ketika memotong, datang kereta mangsa dari arah bertentangan menyebabkan berlaku pertembungan di bahagian hadapan sebelah kanan."Situasi itu menyebabkan Proton Waja itu hilang kawalan lalu melanggar ketiga-tiga motosikal berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.Pada masa sama katanya, sebuah lagi Proton Waja dipandu suri rumah berusia 38 tahun turut bergesel dengan kereta si mati.Ujarnya, pemandu wanita tidak mengalami sebarang kecederaan sementara pemandu Proton Waja yang juga seorang lelaki dan semua penunggang motosikal cedera dan telah dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu atau membahayakan.Ujarnya, saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jempol, Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof di talian 016-2348669.-





Harta wakaf Kolej Islam Malaya hampir RM10 bilion didakwa disalahgunakan .. - Mgazette - 14/06 8:05 am

Jika kita diam, kita bersubahat, katanya. Setakat ini, tiga laporan polis telah dibuat persatuan itu sejak tahun 2019 dan paling terkini adalah pada hari ini bertarikh 13 Jun di IPD Klang Selatan





Cecair vape bercampur dadah bernilai RM4.9 juta dirampas - Mgazette - 14/06 8:05 am

Turut dirampas 4,600 pod vape dari sebuah premis industri yang dijadikan tempat memproses cecair vape di sekitar Sungai Buloh, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini. Terdahulu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh berjaya menumpaskan satu sindiket pemprosesan cecair vape yang disyaki mengandungi dadah di sekitar Klang Utara dan Sungai Buloh





Polis rakam keterangan guru didakwa hina kematian pelajar UPSI Isnin ini - Mkini - 13/06 5:39 pm

Ketua Polis Daerah Manjung berkata rakaman percakapan itu akan dibuat di IPD Manjung.





Penghantar barang maut dirempuh kereta buat pusingan U - Sinarharian - 13/06 8:18 am

JOHOR BAHRU Seorang penghantar barang maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U di Jalan Permas Utara, di sini, pada Khamis.Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 6.20 petang, melibatkan motosikal Yamaha Y15ZR dan kereta jenis Perodua Myvi.Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, mangsa yang berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala."Siasatan mendapati kereta jenis Perodua Myvi dari arah Plentong membuat pusingan U secara mengejut ketika tiba di lokasi."Bagaimanapun, semasa melakukan pusingan U, sebuah motosikal Yamaha Y15ZR dari arah Permas datang dan penunggangnya gagal mengelak lalu merempuh bahagian sisi kiri belakang kereta terbabit, menyebabkan mangsa tercampak dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta Myvi yang juga seorang suri rumah warga China tidak mengalami sebarang kecederaan.Ujian pernafasan alkohol terhadap wanita berusia lingkungan 30-an itu didapati negatif.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Johor Bahru Selatan, Inspektor Nur Fathihah Ismail di talian 010-4171762 bagi membantu siasatan.



Polis buru suspek kes bunuh warga Myanmar - Sinarharian - 12/06 11:29 am

TANGKAK Polis sedang giat mengesan seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan di sebuah rumah sewa di Jalan Kemajuan, di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, suspek dikenali sebagai Cho Min Tun, 24.Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, suspek adalah warga Myanmar serta pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung keberadaan suspek diminta menghubungi talian hotline IPD Tangkak di 06-9785222 atau Pegawai Penyiasat kes di talian 019-2699573.



Polis temukan peranti IED, dadah dalam kereta terbalik selepas dikejar - Mgazette - 12/06 7:46 am

# Polis temukan peranti IED, dadah dalam kereta terbalik selepas dikejar KUALA LUMPUR - Polis menemukan peranti bahan letupan buatan sendiri (IED) dan pelbagai jenis dadah di dalam sebuah kereta yang terbalik selepas dikejar sejauh kira-kira 25 kilometer (km) apabila cuba melarikan daripada pemeriksaan polis awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Muhamad Farid Ahmad berkata, dalam kejadian di Jalan Suakasih di Serdang pada 3.30 pagi itu, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang mahu memeriksa sebuah kereta Honda Civic dinaiki tiga lelaki dalam satu sekatan jalan raya, namun kenderaan itu bertindak memecut laju ke arah Seri Kembangan



Perselisihan faham di kaunter punca dua lelaki bertengkar - Mgazette - 12/06 7:46 am

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, kejadian berkenaan berlaku pada Ahad lalu yang mana pergaduhan berlaku antara dua lelaki warga tempatan dan asing. "IPD Petaling Jaya telah terkesan satu video yang tular di laman sosial melibatkan kejadian pergaduhan di sebuah kedai serbaneka di sebuah pasaraya di dalam daerah Petaling Jaya "Hasil siasatan lanjut, pihak polis mendapatkan keterangan kedua-dua pihak terlibat," katanya menerusi kenyataan



Tiga lelaki ditahan bersama dadah, peranti disyaki bahan letupan - Sinarharian - 11/06 9:29 pm

SERDANG Cubaan tiga lelaki meloloskan diri daripada sekatan jalan raya membawa padah apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas selepas dikejar polis di Jalan Suakasih, di sini, pada Rabu.Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kejadian berlaku pada jam 3.30 pagi ketika sepasukan anggota dari Cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menjalankan pemeriksaan "snap check" di Jalan Putra Permai, dari arah Sierra 16 menghala ke Seri Kembangan."Kita telah menahan sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki tiga lelaki, namun kenderaan tersebut bertindak memecut laju ke arah Seri Kembangan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Muhamad Farid berkata, pasukan polis kemudian mengejar kenderaan itu hingga ke persimpangan Jalan Suakasih menuju ke Lebuhraya Kajang Silk."Kereta suspek kemudiannya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 5.1 sebelum terbalik di tengah jalan," katanya.Tambah beliau, ketiga-tiga suspek warga tempatan berusia 40 hingga 51 tahun itu mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan."Hasil semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai 43 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, manakala seorang daripadanya turut dikehendaki polis di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan menemui pelbagai jenis dadah disyaki termasuk kokain seberat 77.10 gram, ganja (49.28 gram), serbuk ekstasi (54.07 gram), ketamin (30.18 gram), pil yaba (3.20 gram), pil ekstasi (3.40 gram) dan pil Eramin 5 (0.98 gram)."Turut ditemui ialah satu objek berwarna kelabu yang dibalut plastik lutsinar mengandungi komponen besi dan skru, bersama satu gulung wayar dan satu unit bateri motosikal yang dipercayai peranti bahan letupan (IED)," katanya.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas."Ketiga-tiga suspek kini diserahkan kepada pihak IPD Kajang untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti dadah agar menghubungi Bilik Gerakan IPD Serdang di talian 03-8074 2222 atau hadir ke balai polis berhampiran," ujarnya.



Polis siasat pergaduhan penduduk Kampung Jawa, kontraktor WCE - Sinarharian - 11/06 5:42 pm

KLANG Polis menerima dua laporan berhubung satu pergaduhan antara pihak kontraktor dan orang ramai di Kampung Jawa, di sini baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, pihaknya terkesan dengan video yang memaparkan pertelingkahan antara kedua-dua pihak berdurasi 24 saat pada Selasa.Beliau berkata, pergaduhan itu melibatkan penduduk Kampung Jawa dengan kontraktor yang dilantik oleh Syarikat West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE)."Ekoran daripada pertelingkahan tersebut, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah menerima dua laporan polis."Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan telah menjalankan siasatan membabitkan kedua-dua laporan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Jelasnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.Dalam memastikan ketenteraman awam dipelihara, katanya, IPD Klang Selatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak.Selain itu, menurutnya, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan awam."Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang yang sedia ada," ujarnya.



Nahas UPSI: Pemilik bas beri keterangan esok di IPD Gerik - Kosmo - 11/06 3:54 pm

IPOH – Polis akan merekod keterangan pemilik bas persiaran yang terlibat dalam nahas tragis meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik pada esok



Cubaan seludup rokok, arak dan rotan hampir RM12 juta gagal - Sinarharian - 11/06 3:36 pm

KUCHING - Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup pelbagai jenis barangan termasuk rokok dan minuman keras dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM11.93 juta menerusi Op Taring Alpha dan Op Taring Awas/Batas di beberapa lokasi di negeri ini baru-baru ini.Timbalan Komander Briged Sarawak PGA ACP Rosdi Inai berkata dalam serbuan pertama di Sri Aman pada 4.30 pagi semalam, sebanyak 21,500 karton rokok putih dan 51,216 liter minuman keras pelbagai jenama dipercayai belum lulus cukai kastam dirampas selepas menahan dua buah treler."Dua lelaki tempatan berumur 44 dan 50 tahun turut ditahan manakala dua treler berserta empat kontena dirampas dengan nilai keseluruhan dianggar bernilai RM10.47 juta," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Rosdi berkata dalam serbuan kedua di Bau pada 8 Jun kira-kira 9.30 malam, PGA menahan dua lori yang disyaki membawa rotan tanpa dokumen sah, selain menahan dua lelaki tempatan berumur 25 dan 33 tahun."Hasil pemeriksaan menemukan 15 tan rotan dengan nilai keseluruhan rampasan dianggar berjumlah RM620,000," katanya.Sementara itu, beliau berkata dalam dua operasi berasingan pada 6 Jun, PGA berjaya merampas produk sejuk beku di daerah Bau dan menahan seorang lelaki tempatan berumur 49 tahun."Di lokasi pertama itu, sebuah lori yang membawa 7,800 kilogram daging sejuk beku tanpa permit ditahan kira-kira 10.05 malam dengan nilai rampasan bernilai kira-kira RM488,600."Di lokasi kedua pada 6.10 pagi di Padawan, seorang lelaki berumur 27 tahun diberkas bersama sebuah kenderaan jenis Toyota Harrier yang dilaporkan telah dibawa lari melalui cara penipuan. Nilai kenderaan terbabit dianggar RM175,000," katanya.Beliau berkata kesemua barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, Sarawak Forestry Corporation (SFC) Bahagian Kuching, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Cawangan Bau dan IPD Padawan untuk tindakan lanjut



Op Laluan Motosikal: Polis guna dron kesan pesalah di Lebuhraya Persekutuan - SUN - 11/06 3:30 pm

KUALA LUMPUR : Polis menggunakan dron untuk merakam gambar motosikal yang melakukan kesalahan tidak menggunakan laluan sepatutnya, dalam Operasi Penguatkuasaan Undang-Undang terhadap penunggang kenderaan itu di Lebuhraya Persekutuan, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar berkata bantuan dron bagi operasi yang bermula pada 11 pagi tadi diperoleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melalui hasil kerjasama dengan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman



UPSI bus crash: Survivor recounts being thrown out, body landing on him - Sinardaily - 11/06 6:00 am

"The situation at that time was very chaotic...and I was shocked to find a body on top of me. I was forced to push it off me to save myself," he said when met while collecting his personal belongings at the Gerik district police headquarters (IPD) here yesterday



Gerik crash: Survivor recounts being thrown out, body landing on him - SUN - 10/06 10:18 pm

The situation at that time was very chaotic...and I was shocked to find a body on top of me. I was forced to push it off me to save myself, he said when met while collecting his personal belongings at the Gerik district police headquarters (IPD) here today



Penduduk kampung gotong-royong siapkan liang lahad pelajar UPSI terkorban - Sinarharian - 9/06 7:04 pm

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu turut memaklumkan, konvoi van jenazah dari Pertubuhan Amal Komuniti Besut dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain telah bertolak dari Jerteh menuju Hospital Ipoh jam 10 pagi untuk proses menuntut jenazah. "Konvoi ini diiringi Polis Peronda dari IPD Besut



Selisih faham dengan isteri alasan lelaki pandu lawan arus - Sinarharian - 9/06 2:36 pm

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada jam 1.41 pagi Sabtu lalu melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz, berwarna biru dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun. Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menerima maklumat dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkenaan kejadian tersebut pada pukul 9.10 malam Sabtu lalu yang mana perbuatan tersebut turut dirakam oleh seorang pengguna jalan raya lainn sebelum tular di media sosial



Lelaki warga asing maut ditikam, lima rakan senegara ditahan - SUN - 8/06 3:53 pm

Beliau berkata pihaknya menerima makluman pada 9.36 pagi semalam berhubung seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di sini akibat tikaman di dada kiri. Bertindak atas maklumat, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang dan anggota Balai Polis Paloh menahan lima suspek di sekitar kawasan berkenaan, katanya dalam kenyataan hari ini



Pelancong wanita warga China lemas di Pulau Perhentian - Sinarharian - 6/06 11:20 am

Mangsa berusia 33 tahun itu dikatakan sedang berenang seorang diri sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam di kawasan berbatu sekitar jam 11.30 pagi. Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut



Bapa maut kemalangan selepas jemput anak di universiti - Sinarharian - 6/06 7:06 am

Kita menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa memandu dengan berhati-hati dan memastikan kenderaan dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan. Bagi pihak IPD Lipis, saya dan seluruh warga IPD Lipis mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa, katanya



Polis lupus barang rampasan RM1.4 juta - Sinarharian - 3/06 5:30 pm

SUBANG JAYA Sejumlah barangan rampasan membabitkan kes jenayah dan aktiviti kontraban bernilai RM1.4 juta telah dilupuskan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada Selasa




Reformasi     >>



JKOM expands efforts to clarify Madani concept - Mkini
Concept has often been misinterpreted as political agenda, Kafrawi says.
Kroni     >>



Malaysia, Indonesia hampir sepakat isu Ambalat - Utusan
REMBAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto hampir mencapai kata sepakat berhubung Ambalat iaitu wilayah sempadan maritim antara kedua-dua negara. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih terdapat beberapa perkara termasuk di bahagian teknikal ..
Tabloid     >>



Beri ruang kerajaan salur bantuan bersasar - Hmetro
Kerajaan akan melaksanakan semakan dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 Julai ini untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Samsung Galaxy A55 spotted on Geekbench running .. - Gsmarena
Samsung's latest custom Android skin, One UI 8, which is based on Android 16, is currently available to the Galaxy S25 series in select markets through the beta program, and it will be a while before older, lower-end Galaxy devices get a taste of it. One of the Samsung smartphones eligible for One ..
World     >>



Kisses yes, Bezos No, protesters say, as .. - Globalnews
As newlyweds Jeff Bezos and Lauren Sanchez Bezos prepared for their final wedding party on Saturday evening, hundreds of protesters from across Italy filled Venice's tiny streets.
Motor Trend     >>



Proton Diheret ke Mahkamah Pembekal Lama Tuntut Lebih .. - Careta
Sebagai tindak balas, Proton sedang berusaha menghalang UCM Automotive daripada memfailkan petisyen penggulungan (winding-up petition) terhadap syarikat itu bagi mendapatkan semula jumlah tertunggak tersebut. Pertikaian ini tercetus di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak antara ..