| /// |
|
| Search : Negeri Sembilan News | Page 1 |
|
Cadangan Daftar E-Bike Di New York Ditangguh, Lesen Khas Juga Masih Dalam Perbincangan - Careta - 26/05 4:54 pm Menurut laporan Electrek, beberapa cadangan sebelum ini termasuk pendaftaran e-bike dan kemungkinan lesen khas untuk penunggang tidak sempat dibawa ke hadapan tahun ini, walaupun isu keselamatan dan juga penggunaan e-bike di bandar terus meningkat |
|
JPJ Johor rekod 1,987 kesalahan dalam operasi khas Aidiladha JPJ Johor .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm # JPJ Johor rekod 1,987 kesalahan dalam operasi khas Aidiladha JOHOR BAHRU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengambil tindakan terhadap 1,205 kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2026 |
|
Najis tikus, stor makanan kotor, 5 premis makanan diarah tutup di... - Mygazette - 26/05 4:50 pm # Najis tikus, stor makanan kotor, 5 premis makanan diarah tutup di Puchong Utama KUALA LUMPUR Sebanyak lima premis makanan di sekitar Taman Perindustrian Puchong Utama diarahkan tutup selama 14 hari selepas didapati berada pada tahap kebersihan tidak memuaskan dalam Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis Perniagaan dan Premis Makanan yang dijalankan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), semalam |
|
Bekalan minyak negara cukup hingga Julai – PM - Mygazette - 26/05 4:50 pm PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan minyak dan diesel negara masih mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Julai depan meskipun pasaran tenaga global terus berdepan ketidaktentuan susulan konflik geopolitik |
|
MB Johor minta maaf gesa Zahid berundur selepas diminta Sultan Johor,... .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm # MB Johor minta maaf gesa Zahid berundur selepas diminta Sultan Johor, TMJ JOHOR BAHRU - Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mendakwa digantung keahliannya pada 2023 selepas menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur selepas Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) |
|
Kelantan TRW tidak layak beraksi di Liga Super musim depan - Sinarharian - 26/05 4:44 pm KELAB bola sepak Kelantan The Real Warriors (TRW) FC sah tidak akan beraksi dalam saingan Liga Super bagi musim 20262027 selepas gagal memperoleh Lesen Kebangsaan.Badan bebas, First Instance Body (FIB) mengesahkan permohonan yang dikemukakan oleh kelab Pantai Timur itu ditolak berikutan kegagalan memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah Peraturan Pelesenan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).Pemangku Pengerusi FIB, Hussaini Hussin berkata, keputusan rasmi itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa FIB Pelesenan Kelab MFL yang bersidang pada Isnin.Menurut Hussaini, proses penilaian dibuat secara menyeluruh berdasarkan dokumen yang dikemukakan oleh setiap kelab dengan merujuk kepada Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 20252026."Penilaian ini merangkumi enam kriteria utama iaitu sukan, infrastruktur, personel dan pentadbiran, perundangan, kewangan serta perniagaan," katanya dalam satu kenyataan.Menurutnya, empat lagi kelab iaitu Imigresen FC, Melaka FC, Kuala Lumpur (KL) City FC dan PDRM FC diberikan Lesen Kebangsaan dengan 'sanction' mengikut Artikel 8.2 MFL CLR."Keempat-empat kelab ini dikehendaki mengemukakan maklumat tambahan kewangan bagi memenuhi keperluan Kriteria Kewangan dan Kriteria Infrastruktur selewat-lewatnya pada 15 Julai."Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan perkara ini dirujuk semula kepada pihak FIB untuk tindakan lanjut. Selain itu, KL City FC dan PDRM FC turut dikenakan denda sebanyak RM45,000 di bawah Artikel 8 (f) MFL CLR," jelasnya.Dalam perkembangan sama, FIB mengumumkan tujuh kelab Liga Super berjaya memperoleh Lesen AFC dan Lesen Kebangsaan bagi kitaran kali ini.Kelab-kelab berkenaan ialah Johor Darul Tazim (JDT) FC, Kuching City FC, Selangor FC, Terengganu FC, Negeri Sembilan FC, Penang FC dan Sabah FC.Bagi saingan Liga AFL A1 pula, empat kelab iaitu Kelantan Red Warrior FC, UM Damansara United FC, Armed Forces FC dan Bunga Raya FC berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan Luar Biasa dengan merujuk kepada Artikel 15 untuk Kitaran Pelesenan Kelab MFL 2025-2026. |
|
Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir - Mypress - 26/05 4:43 pm KOTA KINABALU – Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 tampil dengan beberapa pembaharuan besar termasuk pengenalan sistem penilaian dua peringkat serta penambahan jumlah peserta yang layak ke pusingan… |
|
Tapak projek IPD Ampang Jaya tanah Kerajaan Persekutuan - Utusan - 26/05 4:37 pm PETALING JAYA: Tapak projek pembinaan perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya merupakan tanah milik sah Kerajaan Persekutuan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) yang telah diperuntukkan bagi kegunaan Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) |
|
Hong Leong Bank untung RM3.28 bilion bagi sembilan bulan 2026 - Utusan - 26/05 4:27 pm PETALING JAYA: Hong Leong Bank Berhad (HLB) mencatatkan pertumbuhan untung bersih sebanyak 3.3 peratus tahun ke tahun kepada RM3.28 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Mac 2026 |
|
Kes Tony Pua: Polis akan panggil pakar akademik bantu berkenaan Perlembagaan Persekutuan - Sinarharian - 26/05 4:22 pm KAJANG - Seorang pakar akademik berkaitan Perlembagaan Persekutuan akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan melibatkan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berhubung isu sensitif berkaitan institusi Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, sebanyak 120 laporan polis telah diterima pihaknya."Seramai 95 saksi telah dirakam percakapan."Kita juga akan merakam percakapan daripada seorang pakar akademik iaitu pakar dari sudut Perlembagaan Persekutuan pada 3 Jun depan untuk mendapatkan pandangan dari sudut akademik mengenai Perlembagaan Persekutuan tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini pada Selasa.Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Khamis lalu, Tony diambil keterangan kira-kira 40 minit selepas menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 1.30 petang untuk mengatur rakaman percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.Polis membuka kertas siasatan terhadap Tony susulan hantaran yang didakwa menyentuh isu sensitif.Menerusi hantaran itu, Tony menyatakan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara.ARTIKEL BERKAITAN: Tony Pua kongsi penghayatan mukadimah Rukun Negara'Saya terpaksa cari maksud kaduk naik junjung', - Tony PuaPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf WajdiTony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed SukriTony Pua dipanggil polis, beri keterangan hampir 40 minitDalam kes berasingan, Kumar memaklumkan pihaknya sedang menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung insiden tembakan yang menyebabkan kematian tiga individu di Durian Tunggal, Melaka pada November tahun lalu."Seramai 63 saksi telah diambil keterangan."Kertas siasatan telah dirujuk empat kali ke AGC dan telah diberi beberapa arahan untuk melengkapkan siasatan," ujarnya.Tambahnya, segala arahan dari AGC telah diambil tindakan dan telah diserahkan pada Isnin untuk arahan dannasihat selanjutnya berkenaan hala tuju kes terbabit. |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, 10 negeri hingga 6 petang - Mkini - 26/05 3:57 pm MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Kuala Lumpur, Labuan serta 10 negeri hingga 6 petang ini. |
|
TERKINI: RON95 Kekal RM1.99, Bekalan Diesel Stabil Hingga Julai PM Anwar - Wrlr - 26/05 3:55 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Agihan Perdana Lembu Korban MADANI Parlimen Permatang Pauh pada 26 Mei 2026 |
|
4 negeri dan KL sumbang 88.9% kepada eksport Malaysia pada April - FMT - 26/05 3:53 pm Eksport Malaysia pada April 2026 capai RM182.7 bilion, iaitu peningkatan tahun ke tahun sebanyak RM49.2 bilion. |
|
Mengakar 30 tahun, lestari masa depan Sarawak - Harakahdaily - 26/05 3:51 pm 30 TAHUN telah berlalu Di bumi yang paling luas ini iaitu negeri yang pada asalnya begitu asing dengan kehadiran Parti Islam Se-Malaysia atau PAS, sekumpulan anak watan dan pejuang kerdil melangkah setapak demi setapak didorong satu impian murni |
|
Dua Adun Bersatu dipecat kekal jawatan kerajaan negeri - MB Kedah - Mkini - 26/05 3:20 pm Adun Suka Menanti, Dzowahir Ghani terus berkhidmat sebagai exco negeri serta Adun Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis akan terus jadi timb speaker. |
|
PRU16 dijangka jadi medan pertarungan terbuka - Rafizi - Sinarharian - 26/05 3:08 pm SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dijangka menjadi pertandingan terbuka atau 'free-for-all' apabila setiap parti politik dilihat akan membawa haluan dan strategi sendiri demi kelangsungan masing-masing.Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, senario itu semakin jelas apabila UMNO dilihat tidak akan kekal sebagai 'pemain kedua' kepada Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi pilihan raya itu nanti.Menurut bekas Menteri Ekonomi itu, UMNO tidak ditubuhkan untuk menjadi pelengkap kepada parti lain, sebaliknya mempunyai matlamat untuk kembali menguasai kerajaan."UMNO tidak wujud untuk jadi aksesori politik kepada orang lain |
|
AKPS hanya laksana amanah penguatkuasaan di Sabah – Mohd Shuhaily - Mypress - 26/05 2:43 pm KOTA KINABALU – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menjelaskan kehadirannya di Sabah hanyalah bagi melaksanakan tugas penguatkuasaan dan menjaga kepentingan rakyat negeri ini selaras dengan peruntukan undang-undang sedia… |
|
JPJ Sabah laksana Ops Khas Aidiladha, fokus sembilan kesalahan utama jalan raya - Mypress - 26/05 2:36 pm KOTA KINABALU Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah melaksanakan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) bermula 24 hingga 31 Mei ini bagi memastikan kelancaran trafik dan meningkatkan tahap keselamatan pengguna… |
|
RM2.4 juta ayam dari China, Hong Kong diikrar palsu dirampas - Sinarharian - 26/05 2:30 pm KOTA KINABALU - Taktik membawa masuk ayam sejuk beku dipercayai dari China dan Hong Kong ke negeri ini dengan membuat pengikraran palsu sebagai ubi kentang dan kacang pis terbongkar selepas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya merampas sebanyak 404,232 kilogram barangan tersebut dalam operasi di Pelabuhan Sepanggar, baru-baru ini.Rampasan bernilai kira-kira RM2.4 juta itu ditemukan dalam 14 kontena menerusi operasi yang bermula sejak 19 Mei lalu.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pemeriksaan dijalankan pegawai AKPS di kawasan Custom Examination Area (CEA), Pelabuhan Sepanggar pada 21 Mei lalu selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan kemasukan produk haiwan secara tidak sah ke negara ini."Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 14 kontena mengandungi produk haiwan berupa ayam sejuk beku dipercayai telah dibawa masuk melalui pengikraran palsu."Sebanyak 404,232 kilogram daging ayam yang membawa nilai keseluruhan hampir RM2.4 juta dipercayai berasal daripada China dan Hong Kong serta melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam," katanya dalam sidang akhbar Pelabuhan Sepanggar di sini pada Selasa.Menurutnya, modus operandi itu dipercayai dilakukan secara terancang apabila produk berkenaan sudah siap dibungkus menggunakan kotak yang memaparkan seolah-olah ia berasal dari Thailand dan Malaysia, termasuk label cetakan dari Melaka serta Ipoh."Sekiranya disahkan produk ini benar-benar berasal dari China atau Hong Kong, ini bermakna pembungkusan awal telah dibuat di negara pengeksport lagi |
|
Kenapa waktu PH pembangkang tiada isu perkauman - Wrlr - 26/05 1:17 pm Kenapa waktu PH pembangkang tiada isu perkauman APA YANG PERLU ANDA PELAJARI DARI ANWAR IBRAHIM Kerjasama dgn PH atau Anwar Ibrahim satu sahaja yg perlu anda tahu |
|
PRU16: KEADILAN Johor Digesa Perkuat Organisasi, Jentera Parti Penganalisis - Wrlr - 26/05 12:45 am Faizul gesa KEADILAN Johor giatkan usaha memperkemas jentera parti dan memperkukuh disiplin dalaman amat penting supaya KEADILAN terus dilihat stabil, tersusun dan bersedia menghadapi pilihan raya akan datang |
|
Tingkat penguatkuasaan sempadan laut, darat, laluan 'tikus' seludup barang subsidi sempena Aidiladha - Sinarharian - 26/05 12:31 am SHAH ALAM - Rondaan sempadan darat dan laut, sekatan jalan raya selain menumpukan laluan 'tikus' yang digunakan sindiket menjadi fokus kesiapsiagaan dalam mengekang kegiatan penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi pada musim perayaan Aidiladha.Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya melalui Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak agar tidak terlibat dalam aktiviti penyeludupan atau penyalahgunaan barang bersubsidi.Menurutnya, ini kerana tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa."PGA terus memperkukuhkan pemantauan dan operasi penguatkuasaan di kawasan sempadan darat negara dengan memberi fokus khusus kepada sempadan MalaysiaThailand di Semenanjung Malaysia serta sempadan MalaysiaIndonesia di Sabah dan Sarawak."Melalui pelaksanaan Op Taring, Op Tiris, rondaan sempadan, sekatan jalan raya serta risikan berterusan, PGA memberi tumpuan kepada laluan panas dan laluan tidak sah atau laluan tikus yang sering digunakan sindiket penyeludupan bagi membawa keluar barangan bersubsidi seperti diesel, petrol, minyak masak, gula dan barangan kawalan lain ke negara jiran."Pada masa sama, PPM sentiasa memperketatkan kawalan keselamatan serta meningkatkan rondaan di kawasan perairan dan sempadan lautan negara sempena musim perayaan serta cuti panjang," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Beliau berkata, penugasan PPM memberi tumpuan kepada pemantauan laluan laut, pemeriksaan ke atas bot dan vesel mencurigakan serta pengawasan kawasan perairan berisiko tinggi yang sering menjadi laluan sindiket rentas sempadan.Tambahnya, sempena musim perayaan Aidiladha serta cuti panjang, JKDNKA sentiasa mempertingkat tahap kesiapsiagaan dan memperkukuhkan operasi penguatkuasaan di seluruh kawasan sempadan negara bagi mengekang sebarang cubaan penyeludupan, khususnya melibatkan barangan bersubsidi dan barangan kawalan yang boleh menjejaskan kepentingan ekonomi serta kesejahteraan rakyat."Pendekatan penguatkuasaan secara agresif, bersepadu dan berasaskan risikan yang dilaksanakan bersama agensi penguatkuasaan lain melalui Op Tiris dan operasi-operasi khas berkaitan diyakini mampu membendung ketirisan subsidi negara."Ini juga memastikan bekalan barangan keperluan kekal mencukupi untuk rakyat sepanjang musim perayaan," ujarnya.Kata beliau, selain itu, Ops Tiris terus dilaksanakan secara berterusan di seluruh perairan negara bagi membanteras dan mengekang aktiviti penyeludupan serta ketirisan bahan api bersubsidi."Operasi ini mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguatkuasaan lain dalam menutup ruang jenayah rentas sempadan dan melindungi hasil serta subsidi negara daripada dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab," ujarnya.Tegasnya, pada masa sama, kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan amat dihargai dan menjadi elemen penting dalam memastikan keselamatan, kedaulatan serta kepentingan negara sentiasa terpelihara. |
|
PMX kena hentam, tapi eksport Malaysia pecah rekod? - Wrlr - 26/05 12:21 am Harapandaily May 26, 2026 Prestasi perdagangan Malaysia bagi empat bulan pertama tahun ini disifatkan luar biasa apabila negara mencatat rekod tertinggi baharu bagi jumlah perdagangan, eksport, import serta lebihan dagangan |
|
Bil melambung, gagal urus air, rakyat Terengganu hujani kemarahan di media .. - Wrlr - 26/05 12:01 am Harapandaily May 26, 2026 Isu kerugian air tidak berhasil (NRW) di Terengganu yang dianggarkan mencecah RM200 juta setahun terus mengundang kemarahan rakyat apabila ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan kerajaan negeri |
|
Ramai Salah Faham! Ada SSM Bukan Automatik STR Kena Reject, Ini Punca Sebenar Netizen Panik - Murai - 26/05 10:53 am Eh, ada SSM terus STR reject ke? Itu antara salah faham paling common sekarang di media sosial bila mana Ramai ingat dah daftar perniagaan bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), automatik terus hilang kelayakan untuk terima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) |
|
Polis siasat komen berbaur provokasi kaum, hina Islam - Sinarharian - 26/05 10:30 am JERANTUT Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di media sosial Facebook yang mengandungi komen berbaur provokasi kaum dan penghinaan terhadap agama Islam serta kaum Melayu.Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Arshad Ayob berkata, siasatan itu dibuka selepas pihaknya menerima laporan polis berhubung hantaran berkenaan di Balai Polis Jerantut pada Ahad.Menurutnya, kandungan dimuat naik melalui akaun Facebook itu dipercayai mengandungi unsur yang boleh membangkitkan pecah keamanan atau menyebabkan kemarahan."Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan memuat naik atau berkongsi kandungan sensitif agama dan perkauman yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak didapati terlibat dalam sebarang perbuatan boleh yang mengganggu keselamatan, ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat."Kita turut merakamkan penghargaan atas kerjasama orang ramai dalam memastikan keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negeri ini terus terpelihara," katanya.Terdahulu, tular satu hantaran di sebuah group komuniti yang memaparkan tangkap layar komen jelik dan berbaur rasis oleh seorang pemilik akaun media sosial.Individu terbabit dikesan mengeluarkan kenyataan sinis yang menyentuh sensitiviti kaum Melayu dan penganut agama Islam, sehingga mencetuskan kemarahan warga maya.Ketegangan semakin memuncak apabila kes tersebut mula mengaitkan sebuah premis perniagaan tempatan, berserta amaran daripada pihak tertentu yang mahu turun bersemuka dengan pelaku. |
|
Latihan ketenteraan ikut SOP ketat, kelulusan kerajaan negeri, kata MKN - FMT - 26/05 10:30 am Ia susulan titah Tengku Mahkota Pahang supaya tentera, semua jabatan dan agensi berkaitan perlu mendapatkan perkenan Sultan Pahang sebelum melaksanakan sebarang latihan dan eksesais ketenteraan di negeri itu. |
|
Amani Travel kukuh peranan cemerlang pengelola jemaah haji dan umrah - Sinarharian - 26/05 9:45 am Sekiranya kami gagal mencapai standard yang ditetapkan, sudah tentu lesen ini tidak akan diperbaharui."Kami sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa agar setiap jemaah mendapat perkhidmatan terbaik," katanya.Selain itu, bagi memastikan jemaah benarbenar bersedia untuk menunaikan haji, Amani Travel bukan saja menyediakan kursus persediaan secara fizikal tetapi juga dalam talian (online).Jelas Wan Muhammad, setiap jemaah akan dibekalkan modul khas, buku panduan dan rakaman video yang boleh diakses menerusi saluran YouTube syarikat."Walaupun kita mengadakan kursus secara fi zikal, tetapi semua sesi turut dirakam agar jemaah yang tidak berpeluang untuk datang boleh menontonnya secara online pada bila-bila masa."Kami mahu semua jemaah mendapat kefahaman yang jelas supaya dapat menunaikan ibadah dengan sempurna dan penuh keyakinan," katanya.Mutawif bersama jemaah dari awal hingga akhirTambahnya, bagi memastikan setiap jemaah dapat dibimbang dan diuruskan dengan baik, seorang mutawif dan seorang petugas bagi setiap 50 jemaah.Ujar beliau, kebanyakan mutawif yang dipilih terdiri daripada orang muda yang mana mereka bukan saja mempunyai latar belakang dalam bidang agama, tetapi turut mempunyai kecergasan fizikal."Kita sedia maklum kebanyakan jemaah haji ini merupakan golongan berusia yang mudah terdedah dengan masalah kesihatan sebaik tiba di sana disebabkan perubahan cuaca dan suasana."Mutawif inilah yang memainkan peranan untuk membantu para jemaah. Kami menyediakan mutawif muda yang fizikalnya lebih cergas," katanya.Wan Muhammad berkata, mutawif akan mengiringi jemaah dari awal penerbangan hingga pulang ke tanah air sekali gus memastikan setiap jemaah sentiasa berada di bawah bimbingan."Hubungan yang terjalin ini membantu jemaah lebih selesa untuk bertanya dan mendapatkan bimbingan sepanjang perjalanan," katanya.Hotel bertaraf lima bintangBeliau berkata, salah satu kelebihan utama Amani Travel ialah pemilihan penginapan bertaraf lima bintang yang terletak berhampiran Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.Katanya, lokasi hotel yang strategik memudahkan pergerakan jemaah terutama golongan warga emas untuk pergi beribadah."Walaupun hotel pilihan kami bertaraf lima bintang, tetapi harga pakej ditawarkan masih berpatutan dan berbaloi untuk jemaah."Dalam pakej haji juga, Amani Travel turut menyediakan penginapan di Aziziyah bagi memudahkan pergerakan jemaah ketika Masyair, terutama semasa melaksanakan ibadah mabit dan melontar jamrah di Mina," katanya.Penerbangan terus tanpa transitBagi mengurangkan keletihan jemaah, kata Wan Muhammad, syarikat berkenaan menggunakan penerbangan terus ke Arab Saudi.Tambahnya, langkah itu penting kerana sebahagian besar jemaah terdiri daripada warga emas yang memerlukan perjalanan lebih selesa dan kurang memenatkan."Dengan penerbangan terus tanpa transit, jemaah kurang letih dan lebih bersedia dari segi fizikal serta mental untuk memulakan ibadah setibanya di Tanah Suci," katanya.Urus lebih 20,000 jemaah umrahDalam pada itu beliau berkata, sepanjang beroperasi, lebih 20,000 jemaah umrah telah diterbangkan dari seluruh negeri.Ujarnya, syarikat itu kini mempunyai lima cawangan di Selangor, Perak, Johor, Pahang dan Kelantan, selain mula menawarkan pakej pelancongan Muslim ke beberapa destinasi luar negara."Kami sasarkan membawa kira-kira 5,000 jemaah umrah setiap tahun dengan 10 penerbangan sebulan."Pertumbuhan jumlah pelanggan kami banyak didorong oleh maklum balas positif jemaah terdahulu yang berkongsi kepuasan mereka kepada ahli keluarga dan rakan-rakan."Kepercayaan ini sangat berharga dan menjadi motivasi utama untuk kami terus memberikan perkhidmatan yang terbaik," katanya.Bagi memudahkan komunikasi dengan keluarga atau waris jemaah, beliau memberitahu yang setiap daripada mereka akan dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp.Menurutnya, waris boleh mengikuti perkembangan semasa di sana, malah tidak perlu rasa bimbang kerana setiap kebajikan jemaah diambil berat.Sementara itu beliau mengakui bahawa cabaran utama setiap jemaah ialah ketahanan fizikal dan mental kerana ibadah haji memerlukan banyak pergerakan, berjalan jauh dan kesabaran menghadapi kesesakan."Kami sentiasa mengingatkan jemaah supaya membuat persediaan lebih awal, termasuk menjaga kesihatan dan meningkatkan stamina."Jika ada masalah kesihatan atau kecederaan, kami akan membantu menguruskannya dengan segera," katanya.Perancangan masa hadapanDalam perancangan jangka panjang, Amani Travel menyasarkan untuk menghantar sekurang-kurangnya 500 jemaah haji mengikut kapasiti syarikat, selain meningkatkan 10,000 jemaah umrah setahun.Pada masa sama beliau berkata, pihaknya mahu membuka cawangan di seluruh negeri termasuk di Sabah dan Sarawak."Setakat ini kita mempunyai lima cawangan iaitu di Selangor, Perak, Johor, Pahang dan Kelantan manakala ibu pejabat kami beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan."Kami mahu menjadi antara syarikat pengendali haji dan umrah paling dipercayai di Malaysia |
|
PGA serbu kilang kayu haram enam bulan beroperasi, rampas lebih RM1.1 juta - Sinarharian - 26/05 9:35 am PASIR MAS - Kegiatan sebuah kilang kayu haram yang dipercayai beroperasi sejak enam bulan lalu di Kampung Lubok Tapah di sini terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan bersama Jabatan Perhutanan pada Isnin.Dalam serbuan Op Taring Wawasan kira-kira jam 3.30 petang itu, enam lelaki termasuk pemilik kilang berusia 65 tahun ditahan bagi membantu siasatan.Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pelbagai mesin pemprosesan kayu, jentera berat serta kira-kira 50,000 keping papan pelbagai jenis dan saiz bernilai keseluruhan RM1.1 juta dirampas dalam operasi berkenaan.Menurut beliau, serbuan dilakukan hasil risikan terhadap kegiatan pemprosesan kayu dipercayai beroperasi tanpa lesen sah."Ketika serbuan, terdapat enam lelaki masing-masing berusia antara 24 hingga 48 tahun sedang bekerja di dalam stor kayu terbabit sebelum mereka ditahan untuk pemeriksaan lanjut."Pemilik stor gagal mengemukakan lesen pengoperasian stor serta dokumen berkaitan penggunaan mesin pemotongan kayu yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan," katanya kepada pemberita pada Selasa.Ujar beliau, pemeriksaan lanjut menemukan pelbagai mesin termasuk mesin gergaji kayu, mesin ketam kayu, mesin cross cut, pemampat udara, jentera berat jenis forklift serta kayu balak pelbagai spesies antaranya Nyatuh dan Kulim.Katanya, siasatan awal mendapati bekalan kayu diperoleh daripada dua ejen termasuk sebuah syarikat di Perak dan pembekal di Gua Musang."Kayu diproses di stor berkenaan sebelum dihantar ke sebuah kilang di Lemal dekat sini untuk dijadikan produk perabot bagi pasaran sekitar Kelantan,"katanya.Beliau memberitahu, pemilik stor turut dipercayai menyewa tapak kilang tersebut sejak 10 tahun lalu dengan kadar RM850 sebulan namun sebelum ini hanya digunakan sebagai tempat penyimpanan kayu.Katanya, pemeriksaan di kilang perabot milik suspek di Lemal bagaimanapun tidak menemukan sebarang kesalahan dan premis berkenaan memiliki lesen sah."Kes disiasat mengikut Seksyen 68(1) Akta Perhutanan Negara 1984 dan semua tangkapan serta rampasan diserahkan kepada Jabatan Hutan Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut," katanya. |
|
Mexico bakal hoskan pasukan Piala Dunia Iran selepas penolakan AS, kata... - Mygazette - 26/05 7:32 am # Mexico bakal hoskan pasukan Piala Dunia Iran selepas penolakan AS, kata Presiden KUALA LUMPUR - Presiden Mexico Claudia Sheinbaum pada Isnin memaklumkan bahawa kerajaannya bersetuju membenarkan pasukan bola sepak kebangsaan Iran menetap di Mexico sepanjang kejohanan Piala Dunia, sambil menambah bahawa Amerika Syarikat (AS) enggan menjadi tuan rumah kepada skuad itu |
|
Tindakan tegas dalang rosak ekosistem marin guna bom ikan di Semporna .. - Mygazette - 26/05 7:32 am # Tindakan tegas dalang rosak ekosistem marin guna bom ikan di Semporna SEMPORNA - Kerosakan fizikal ekosistem marin di Tapak Restorasi Terumbu Karang Pulau Selakan di sini akibat aktiviti bom ikan yang dikesan baru-baru ini, bakal mengundang tindakan undang-undang yang tegas daripada kerajaan negeri Sabah |
|
Rahim dakwa lebih 200,000 ahli Bersatu sertai kem Hamzah - Mygazette - 26/05 7:32 am # Rahim dakwa lebih 200,000 ahli Bersatu sertai kem Hamzah KUALA LUMPUR Krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa semakin parah apabila lebih 200,000 ahlinya dikatakan sudah keluar atau bersedia meninggalkan parti tersebut untuk menyertai gerakan Reset yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin |
|
Lori bawa muatan lembu terbabas, 2 cedera di Lebuhraya KL –... - Mygazette - 26/05 7:32 am Menurut beliau, kemalangan melibatkan sebuah lori yang dipandu lelaki tempatan berusia 18 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 41 tahun. "Siasatan awal mendapati, lori berkenaan dalam perjalanan dari Negeri Sembilan menuju ke Kelantan sebelum pemandu dipercayai hilang kawalan di lokasi kejadian lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang papan tanda lebuh raya, katanya dalam kenyataan hari ini |
|
Salah akui Liverpool kembali ke landasan sebenar - Utusan - 26/05 7:15 am LIVERPOOL: Tirai sembilan tahun penuh gemilang Mohamed Salah bersama Liverpool akhirnya dilabuhkan dengan penuh emosi apabila penyerang Mesir itu mengakui kelab berkenaan kembali berada di tahap yang sepatutnya |
|
Air bocor RM200 juta setahun, rakyat Terengganu kini perlu bayar harga salah urus? - Harapandaily - 26/05 7:00 am Isu bekalan air di Terengganu kembali menjadi perhatian selepas pendedahan mengenai kerugian besar yang ditanggung negeri akibat masalah air tidak berhasil (NRW) yang semakin meruncing |
|
Lebih 3 juta kenderaan dijangka guna Lebuhraya KLK, LPT1 sempena Aidiladha - Sinarharian - 25/05 11:30 pm KUANTAN - Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1), AFA Prime Bhd (AFA Prime) menganggarkan jumlah trafik mencecah lebih 3 juta bermula22 Mei lepashingga 2 Jun di lebuh raya berkenaan berikutan sambutan Aidiladhadan cuti umum.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan KesihatanPahang, Datuk Razali Kassim berkata, jumlah kenderaan di Lebuhraya KLK dijangka mencecah 2.18 juta, manakala LPT1 pula dianggarkan menerima 843,000 kenderaan dalam tempoh tersebut.Beliau berkata, angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 66 peratus di Lebuhraya KLK dan 71 peratus di LPT1 berbanding hari biasa."Peningkatan ketara aliran trafik ini juga menuntut seluruh pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin, sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang lalu lintas demi memastikan perjalanan yang lebih selamat dan lancar sepanjang musim perayaan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Aidiladha 2026 di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang di sini pada Isnin.Razali berkata, kerajaan negeri juga menyeru orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh pihak AFA Prime bagi membantu melancarkan aliran trafik sepanjang musim perayaan.Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2026 bermula 24 hingga 31 Mei 2026 melibatkan287 anggota penguat kuasa yang berada pada tahap kesiapsiagaan penuh |
|
Identiti bercampur jadi norma biasa keluarga Sabah - Harakahdaily - 25/05 10:29 pm PUTATAN: Datuk Dr Aliakbar Gulasan berkata keunikan identiti masyarakat Sabah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang etnik dan budaya merupakan satu manifestasi kehebatan kekuasaan Tuhan yang perlu dihargai serta dipelihara melalui semangat perpaduan yang jitu |
|
30 projek TSB RISDA perkasa pekebun kecil Lubok Antu - Sinarharian - 25/05 5:57 pm LUBOK ANTU - Pembangunan 30 Projek Tanam Semula Berkelompok (TSB) di daerah Lubok Antu bermula tahun 2013 menjadi fokus Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Sarawak dalam memperkukuh sektor industri getah di negeri ini.Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib berkata, pembangunan projek TSB ini mencerminkan iltizam Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi RISDA dalam memastikan komuniti desa terus dibantu menerusi pembangunan yang strategik, mampan dan berimpak."Usaha ini menumpukan pembangunan penanaman getah, selain membuka ruang kepada pekebun kecil untuk meningkatkan pendapatan melalui aktiviti ekonomi, pembangunan institusi dan program peningkatan produktiviti getah," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kemakmuran Pekebun Kecil Peringkat RISDA Negeri Sarawak Tahun 2026 di Rumah Budit, Nanga Beretik, Lubok Antu, Sarawak.Hadir sama, Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau anak Gingkoi dan Pengarah RISDA Sarawak, Shaharuddin Saberi.Manndzri berkata, pembangunan sektor pekebun kecil hari ini tidak lagi dilihat dari sudut penyaluran bantuan, sebaliknya digerakkan sebagai usaha membina ekosistem ekonomi desa produktif, berdaya tahan dan mampu memanfaat langsung kepada rakyat.Berdasarkan rekod pembangunan RISDA di Lubok Antu, keseluruhan kawasan bertanam getah di kawasan ini melibatkan 1,377 hektar dengan 996 lot, merangkumi 308 lot getah muda seluas 359 hektar dan 688 lot getah matang seluas 1,017 hektar.Dalam masa sama, program agromakanan di kawasan itu melibatkan 22 penerima manfaat dengan peruntukan RM399,000 manakala keusahawanan melibatkan 17 penerima melalui peruntukan RM170,000.Bagi tahun 2026, RISDA Sarawak diperuntukkan RM17.83 juta bagi Program Tanam Semula Getah melibatkan sasaran 1,450 hektar, sebagai komitmen memperkukuh pembangunan pekebun kecil di negeri ini.Ujar beliau lagi, usaha itu seiring dengan hala tuju KKDW di bawah kepimpinan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam memperkukuh pembangunan desa, meningkatkan produktiviti dan memperluas peluang ekonomi desa.Pembangunan TSB di Lubok Antu turut menyokong RISDA untuk mengembalikan martabat Malaysia sebagai pengeluar utama getah dunia, dengan sasaran pengeluaran satu juta metrik tan menjelang akhir 2030.Sasaran ini turut diperkasa RISDA dengan pewujudan inisiatif sebagai pembeli hasil getah utama yang menyediakan akses pemasaran strategik hasil kepada pekebun kecil termasuklah di negeri ini."Komuniti pekebun kecil merupakan nadi penting kepada rantaian industri getah |
|
Pemandu jengkaut cedera parah dihempap runtuhan kuari - Sinarharian - 25/05 5:40 pm POKOK SENA Seorang pemandu jengkaut cedera parah selepas kenderaan dipandunya dihempap runtuhan tanah dan batu kuari dalam kejadian di sebuah kuari di Simpang Bukit Tembaga di sini pada Isnin.Mangsa, Ahmad Zaidi Dali, 29, dilaporkan tersepit di dalam kabin jengkaut selepas berlaku runtuhan di kawasan Kuari Ismail kira-kira jam 2.07 petang.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena, Bakar Saad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 sebelum sepasukan anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.Menurutnya, pasukan bomba tiba kira-kira sembilan minit kemudian dan mendapati sebuah jengkaut telah dihempap runtuhan tanah serta batu kuari."Komander operasi melaporkan terdapat seorang mangsa yang juga pemandu jengkaut terperangkap dan tersepit di dalam runtuhan tersebut."Struktur pintu serta rangka kabin jengkaut rosak selain dipenuhi tanah akibat runtuhan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, anggota bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat dengan menstabilkan jentera sebelum menggunakan peralatan hidraulik serta peralatan menyelamat khas bagi membuka ruang akses kepada mangsa.Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut."Operasi melibatkan tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari BBP Pokok Sena."Turut membantu di lokasi kejadian ialah pihak polis dan petugas KKM |
|
Pagi pagi dah buat lawak kat Pak Tuan - Wrlr - 25/05 5:38 pm Sembang Orang Kedah ka @ Sembang Mohong Orang Kedah ni? Konon wujud skandal RM11 juta, pagi pagi duk canang, siap poster, tambahlah video dan live bagi lebih menyakinkan takdak masalah rakyat memang berhak tau |
|
Sokong kaji semula hubungan dengan BERSATU - Harakahdaily - 25/05 4:58 pm KUALA TERENGGANU: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang supaya hubungan politik antara PAS dan BERSATU dikaji semula secara serius, matang dan menyeluruh |
|
Cubaan 2 lelaki seludup 88kg syabu bernilai RM4.4juta ke Indonesia jerat diri - Sinarharian - 25/05 4:31 pm TANJONG SEPAT - Cubaan 'berani mati' dua lelaki membawa 88 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM4.4 juta dipercayai untuk diseludup ke Indonesia melalui pesisir pantai berhampiran kira-kira 100 meter dari Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Ladang Tumbok di sini hanya menjerat diri.Kedua-dua lelaki Indonesia itu dicekup menerusi Op Taring Nyah 1 kira-kira jam 11.30 pagi, Sabtu lalu oleh sepasukan anggota Batalion 6 PGA.Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, pemeriksaan ke atas suspek menemui beg yang berisi bungkusan disyaki dadah jenis syabu.Menurutnya, ketika tangkapan, suspek dipercayai sedang menunggu bot untuk ke Indonesia bagi membawa bungkusan-bungkusan dadah bernilai kira-kira RM4.4 juta terbabit."Anggota serbuan turut merampas satu unit telefon bimbit dipercayai digunakan suspek sebagai alat perhubungan bagi aktiviti terbabit."Siasatan awal tidak tolak kemungkinan bot yang ditunggu suspek merupakan bot membawa pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya dalam sidang akhbar di Pos PGA Ladang Tumbok di sini pada Isnin.Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti peranan serta upah diterima suspek terbabit.Tambahnya, kegiatan penyeludupan melalui persisiran pantai ini sentiasa berubah-ubah apabila sindiket mengesan tindakan operasi di lokasi tertentu."Kedua-dua suspek diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Akta Imigresen 1959/63," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Hakemal turut memaklumkan kejayaan Briged Tengah PGA meliputi kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada tahun ini sehingga 25 Mei dengan pelaksanaan 179 serbuan serta 611 tangkapan individu termasuk 125 wanita.Jelasnya, nilai rampasan direkodkan mencecah RM254 juta."Tangkapan terdiri daripada pelbagai warganegara antaranya Indonesia, Bangladesh, Myanmar serta tempatan," ujarnya.Tegasnya, pihak polis melalui PGA akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam demi kesejahteraan rakyat Malaysia."Kita berharap orang awam menjadi mata dan telinga polis dalam menyalurkan segala maklumat berkaitan kes-kes penyeludupan bagi memastikan negara tidak dicerobohi oleh elemen yang menyalahi undang-undang," ujarnya. |
|
9 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini - Siakapkeli - 25/05 4:26 pm 9 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan |
|
PAS terima laporan akar umbi BERSATU cenderung bersama 'Team Reset' - Wrlr - 25/05 4:23 pm Katanya, wakil PAS dalam mesyuarat terbabit mengambil pendekatan mengalah dan tidak memanjangkan pertikaian dengan wakil BERSATU demi mengelak situasi menjadi 'lebih panas'. "Mesyuarat ini turut membincangkan isu penarikan semula Surat Akuan Bersumpah (SD) membabitkan dua wakil rakyat BERSATU di Negeri Sembilan yang didakwa dibuat tanpa rundingan atau makluman kepada pimpinan tertinggi PN Pusat |
|
Negeri Sembilan political crisis: DAP agrees with Tok Mat's proposal to dissolve state assembly - Sinardaily - 25/05 3:56 pm SEREMBAN - DAP has agreed that the best way to resolve the political crisis in Negeri Sembilan is by dissolving the state legislative assembly.Its secretary-general Anthony Loke said the move could help ease the current situation while ensuring the state government is administered with a clearer mandate.At the very least, there will be a clearer mandate because it is difficult to maintain confidence in the unity government in Negeri Sembilan after the Umno-Barisan Nasional assemblymen withdrew their support.Now, of course, if an election is held, we will compete against one another |
|
6,107 ternakan direkod bagi ibadah korban di Pulau Pinang - Mygazette - 25/05 3:38 pm # 6,107 ternakan direkod bagi ibadah korban di Pulau Pinang GEORGE TOWN - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 1,398 Permit Sembelihan Luar (PSL) bagi pelaksanaan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal diraikan umat Islam Rabu ini |
|
Tular taman permainan ekstrem? Penjaga juga perlu nilai risiko – Exco - Mygazette - 25/05 3:38 pm # Tular taman permainan ekstrem? Penjaga juga perlu nilai risiko - Exco MELAKA Setiap pembangunan kemudahan awam termasuk taman permainan di negeri ini telah melalui kajian impak dan penilaian keselamatan sebelum dibina |
|
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga awal malam .. - Mygazette - 25/05 3:38 pm Di Selangor, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut berada dalam kawasan amaran. Selain itu, Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin serta Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru turut dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir |
|
Radius pencarian remaja sesat di Bukit Changkat Asa diperluas - Mygazette - 25/05 3:38 pm # Radius pencarian remaja sesat di Bukit Changkat Asa diperluas HULU SELANGOR Hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja Nur Izzati Humaira Azizul yangdipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di sini melibatkan radius pencarian diperluas kepada 0.5 kilometer persegi |
|
Rakyat Malaysia maut ditimpa serpihan runtuhan bangunan di Filipina - Mygazette - 25/05 3:38 pm # Rakyat Malaysia maut ditimpa serpihan runtuhan bangunan di Filipina KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia yang meninggal dunia dalam kejadian runtuhan bangunan di bandar Angeles, Filipina pada Ahad, dilaporkan maut akibat ditimpa serpihan runtuhan, menurut Biro Perlindungan Kebakaran tempatan, lapor Xinhua |
|
Perpecahan dalaman boleh bawa kekalahan PN ??? Dominic Lau - Mygazette - 25/05 3:38 pm Beliau turut mengingatkan bahawa perpaduan dalam kalangan ahli dan pimpinan perlu dipertahankan bagi memastikan parti terus relevan serta mampu menghadapi cabaran politik semasa. Semalam, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesal terhadap tuduhan yang dilemparkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung beberapa isu termasuk pertukaran Menteri Besar Perlis, krisis politik Negeri Sembilan serta dakwaan kelemahan jentera pilihan raya Bersatu yang dikatakan menjadi asas Pas mengkaji semula hubungan dengan parti itu |
|
Pas tuntut tanding di Gombak bukti hilang keyakinan terhadap Bersatu, .. - Mygazette - 25/05 3:38 pm # Pas tuntut tanding di Gombak bukti hilang keyakinan terhadap Bersatu, Azmin A |
|
PN retak akibat pengkhianatan politik sesama sendiri – Shakir Ameer - Mygazette - 25/05 3:38 pm # PN retak akibat pengkhianatan politik sesama sendiri - Shakir Ameer KUALA LUMPUR - Kemelut dalaman yang semakin membarah dalam Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai karma politik susulan pengkhianatan yang berlaku ketika Langkah Sheraton pada 2020 |
|
PRN Johor: BN kekal tanding 56 kerusi DUN, tiada pusingan U - Mygazette - 25/05 3:38 pm # PRN Johor: BN kekal tanding 56 kerusi DUN, tiada pusingan U JOHOR BAHRU - Tiada pusingan U akan dibuat berhubung keputusan Barisan Nasional (BN) Johor bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pilihan raya negeri (PRN) akan datang |
|
Jadikan Jualan Rahmah secara tetap di setiap DUN – Pejuang Johor - Mygazette - 25/05 3:38 pm # Jadikan Jualan Rahmah secara tetap di setiap DUN - Pejuang Johor JOHOR BAHRU Program Jualan Rahmah tidak boleh terus dijalankan secara bergerak atau bermusim semata-mata, sebaliknya perlu diinstitusikan sebagai pusat jualan mini tetap di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor |
|
Gerakan P. Pinang perkukuh parti, kembalikan keyakinan rakyat Gerakan P. .. - Mygazette - 25/05 3:38 pm # Gerakan P |
|
BN tanding semua 56 kerusi DUN tunjuk sikap pentingkan diri, tak... - Mygazette - 25/05 3:38 pm # BN tanding semua 56 kerusi DUN tunjuk sikap pentingkan diri, tak matang - Jimmy Puah JOHOR BAHRU Keputusan Barisan Nasional (BN) Johor bertanding di semua 56 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri, tidak matang dan tidak berjiwa besar |
|
Buletin Jpj Tangguh Sementara Tukar Hak Milik Kenderaan Dalam Talian Read .. - Mekanika - 25/05 3:38 pm # JPJ TANGGUH SEMENTARA TUKAR HAK MILIK KENDERAAN DALAM TALIAN **Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan penangguhan sementara semua urus niaga Tukar Hak Milik (THM) kenderaan secara dalam talian, berkuat kuasa hari ini.** Penangguhan itu merangkumi semua saluran digital termasuk portal awam, kiosk, serta rakan niaga JPJ iaitu MyEG dan eAuto Sdn Bhd |
|
Artikel Pilihan Vinfast Disaman Di Amerika, Gagal Siapkan Kilang Dalam .. - Mekanika - 25/05 3:38 pm # VINFAST DISAMAN DI AMERIKA, GAGAL SIAPKAN KILANG DALAM MASA DITETAPKAN Nama VinFast pernah disebut sebagai antara pengeluar kenderaan elektrik paling agresif dari Asia Tenggara |
|
Buletin Ops Luxury: Kereta Mewah Toyota Vellfire Pemain Bola Sepak .. - Mekanika - 25/05 3:38 pm # OPS LUXURY: KERETA MEWAH TOYOTA VELLFIRE PEMAIN BOLA SEPAK KEBANGSAAN DISITA **Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah jenis Toyota Vellfire dipercayai milik seorang pemain bola sepak kebangsaan kerana cukai jalan dan insurans tamat tempoh.** Pengarah JPJ negeri, Stien Van Lutam berkata, kenderaan itu ditahan dalam Ops Luxury yang dijalankan di hadapan Penjara Alor Setar di Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini kira-kira pukul 11.30 pagi Khamis lalu |
|
Ribut petir, hujan lebat di KL dan lapan negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 25/05 3:10 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda ibu negara serta lapan negeri lain hingga 4 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan di Perak, kawasan terlibatialah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar, manakala di Terengganu melibatkan daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman sertaPahang di Tanah Tinggi Cameron, Kuantan dan Rompin.Amaran sama turut dikeluarkan untuk beberapa daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.Selain itu, keadaan sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) sertaJohor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).Di Sarawak kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau), manakalaSabah melibatkan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu) |
|
Krisis Perlis: Undi tidak percaya tak perlu tunggu Sidang DUN - Sanusi - Sinarharian - 25/05 3:01 pm ALOR SETAR - Usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah tidak semestinya perlu menunggu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Jun ini.Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tindakan itu jika mahu dilakukan boleh dibuat lebih awal melalui kaedah mengumpulkan akuan bersumpah (SD) bagi membuktikan hilang sokongan majoriti terhadap Menteri Besar.Menurutnya, langkah berkenaan tidak memerlukan sidang DUN untuk dilaksanakan sekiranya terdapat sokongan mencukupi dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)."Itu pilihan dia (Abu Bakar), tetapi sebenarnya bukan tunggu sidang DUN untuk buat undi tidak percaya, di luar dewan juga boleh buat perkara itu."Himpun dan hantar SD sebelum sidang DUN boleh dibuat, tak perlu tunggu sidang DUN untuk buat undi tidak percaya," katanya pada sidang akhbar di Seri Mentaloon di sini pada Isnin.Beliau berkata demikian mengulas laporan media pada Ahad, Abu Bakar secara terbuka memaklumkan akan membubarkan DUN Perlis sekiranya enam ADUN mewakili PAS mengemukakan usul undi tidak percaya pada Sidang DUN bulan depan.Menurutnya, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil tindakan tersebut sekiranya situasi berkenaan berlaku walaupun diamanahkan mempertahankan kerajaan negeri ketika ini.Jelas Sanusi, pembubaran DUN mungkin menjadi jalan terbaik sekiranya kemelut politik melibatkan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) di negeri itu gagal diselesaikan."Kalau tak ada jalan keluar maka kena bubar, tetapi saya pun teruk juga sebab kena pergi berkempen," katanya berseloroh.Beliau pada masa sama mengingatkan semua pihak supaya melihat punca sebenar yang mencetuskan krisis politik berkenaan.Menurutnya, tumpuan tidak seharusnya memberi tumpuan terhadap tindak balas yang berlaku selepas itu."Apa yang orang balas itu adalah tindakan balas disebabkan apa yang dibuat |
|
Legal experts and advocates demand instant reporting as teacher sexual misconduct cases surge across multiple states - SUN - 25/05 2:49 pm A disturbing wave of sexual misconduct allegations involving schoolteachers across Terengganu, Johor and Negeri Sembilan has thrust national child safeguarding protocols back into the spotlight. |
|
Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha - Mypress - 25/05 2:39 pm PUTRAJAYA – Aktiviti penanaman padi di Kedah dijangka kembali rancak selepas sambutan Aidiladha susulan keadaan bekalan air di kawasan jelapang padi utama negeri itu semakin stabil |
|
Pas memerintah negeri miskin – ada pengundi peduli? - Harapandaily - 25/05 2:34 pm Tiga negeri termiskin di Semenanjung Malaysia ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah |
|
Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi - Mypress - 25/05 2:15 pm SANDAKAN – Program pembangunan belia dan sukan di negeri ini terus diperkasakan menerusi pelbagai inisiatif yang memberi tumpuan kepada pengukuhan perpaduan, pembangunan belia serta penambahbaikan kemudahan sukan untuk manfaat masyarakat… |
|
Rakyat Malaysia maut ditimpa serpihan runtuhan bangunan di Filipina - Sinarharian - 25/05 2:06 pm KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia yang meninggal dunia dalam kejadian runtuhan bangunan di bandar Angeles, Filipina pada Ahad, dilaporkan maut akibat ditimpa serpihan runtuhan, menurut Biro Perlindungan Kebakaran tempatan, lapor Xinhua.Mangsa yang menginap di sebuah hotel pangsapuri berhampiran bangunan itu adalah antara empat individu yang disahkan maut dalam kejadian berkenaan.Tiga lagi mangsa ditemukan di bawah runtuhan.Menurut pihak berkuasa, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan 17 individu yang dilaporkan hilang.Setakat petang Ahad, sekurang-kurangnya 26 individu berjaya diselamatkan, dengan 24 daripadanya dari bangunan yang runtuh dan dua lagi dari hotel pangsapuri itu, lapor Xinhua memetik media tempatan.Agensi Berita Filipina (PNA) melaporkan Polis Kebangsaan Filipina (PNP) telah mengaktifkan dan mengerahkan anggota mencari dan menyelamat serta pasukan tindak balas kecemasan bagi membantu operasi yang sedang dijalankan.Ketua PNP Jen |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |