| /// |
|
| Search : Pencegahan Rasuah News | Page 1 |
|
Mafia Korporat Ada Cara Tersendiri Kaburi Mata Penguat Kuasa – .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Mafia Korporat Ada Cara Tersendiri Kaburi Mata Penguat Kuasa - Azam Baki Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendedahkan, mafia korporat bukan beroperasi secara terbuka namun bergerak secara tersusun. |
|
Azam enggan komen soal kontraknya bakal berakhir Mei ini - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Azam enggan komen soal kontraknya bakal berakhir Mei ini PUTRAJAYA Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki enggan mengulas mengenai teka-teki perkhidmatan beliau yang akan berakhir Mei ini |
|
KP JAS, timbalannya didakwa kes rasuah di mahkamah esok – Azam - Mgazette - 2/04 3:36 pm # KP JAS, timbalannya didakwa kes rasuah di mahkamah esok - Azam PUTRAJAYA Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dijangka didakwa berkaitan dengan kes salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan sisa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur esok. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, perkara itu disahkan Jabatan Peguam Negara selepas kertas siasatan sudah disiapkan |
|
MAFT berjaya melakukan 3,523 tangkapan termasuk kes profil tinggi – .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm # MAFT berjaya melakukan 3,523 tangkapan termasuk kes profil tinggi - Azam PUTRAJAYA Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) berjaya melakukan 3,523 tangkapan merangkumi kes-kes berprofil tinggi seperti Ops Samba 2.0, Ops Taufan, Ops Yellow, Ops Counter Setting dan Ops Bunga sepanjang 2023 hingga 2025. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ia mencerminkan keupayaan sebenar negara dalam membanteras jenayah rasuah dan jenayah kewangan secara bersepadu |
|
Mafia korporat guna struktur yang sah untuk kaburi penguat kuasa ??? Azam - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Mafia korporat guna struktur yang sah untuk kaburi penguat kuasa Azam PUTRAJAYA Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendedahkan, mafia korporat bukan beroperasi secara terbuka namun bergerak secara tersusun |
|
SPRM perkukuh kerjasama strategik dengan agensi dalam negara - Mgazette - 2/04 3:36 pm # SPRM perkukuh kerjasama strategik dengan agensi dalam negara Kuala Lumpur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited untuk terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan dengan mengekalkan momentum kecemerlangan yang dicapai melalui pemerkasaan jaringan kerjasama strategik bersama agensi-agensi dalam negara |
|
Menteri paling gagal: Rafizi dakwa wujud naratif tersusun untuk alih perhatian - Sinarharian - 2/04 2:28 pm SHAH ALAM Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa wujud naratif tersusun bagi melabelkan dirinya sebagai 'menteri paling gagal' yang kini giat dimainkan di pelbagai platform media sejak kebelakangan ini.Beliau berkata, serangan tersebut bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya digerakkan oleh pihak tertentu yang mempunyai pengaruh untuk membentuk persepsi negatif terhadap dirinya."Sebabnya individu-individu yang buat serangan dan gesaan ini, orang pun tidak kenal."Kalau tidak disusun, saya tak rasa media-media utama di negara ini sudi menghabiskan ruang media melaporkan komen-komen mereka," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut mempersoalkan bagaimana kenyataan daripada individu tertentu boleh mendapat perhatian meluas sekiranya tidak disusun secara terancang.Malah Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan, beliau tidak terkejut dengan serangan tersebut kerana menyifatkannya sebagai cubaan untuk mengalih perhatian daripada isu-isu lain.Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat kelemahan dalam dirinya, namun menyifatkan kegagalan itu sebagai prinsip yang dipegang sepanjang penglibatannya dalam politik."Saya gagal berdiam diri bila saya rasa ada rasuah, lagi tinggi pangkat, lagi kuat saya bersuara."Sebahagian kegagalan saya itu ada kesan kepada masyarakat |
|
MATF sita aset RM15.8 bilion, 3,523 individu ditahan - Sinarharian - 2/04 2:15 pm PUTRAJAYA - Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) menyita aset bernilai RM15.8 bilion dan menahan 3,523 individu bagi tempoh 2023 hingga 2025.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kejayaan itu mencerminkan keupayaan negara dalam membanteras rasuah secara bersepadu.Menurutnya, berdasarkan tangkapan dilaksanakan, ia merangkumi kes-kes berprofil tinggi seperti Ops Samba 2.0, Ops Taufan, Ops Yellow, Ops Counter Setting dan Ops Bunga."Lebih penting, kejayaan membongkar sindiket terancang dilaksanakan melalui operasi seperti Ops White, Ops Kingfruit, Ops X, Ops Sikaro, Ops Metal, Ops Karen dan Ops Grip."Ini membuktikan bahawa pendekatan MATF mampu menembusi rangkaian jenayah yang kompleks, tersusun dan merentasi pelbagai sektor," katanya ketika berucap pada Sesi Libat Urus MATF di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Khamis.Turut hadir Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin serta pegawai kanan agensi penguat kuasa lain.Tambah Azam, daripada aspek pemulihan aset, SPRM sendiri merekodkan sitaan mencecah RM6.87 bilion selain pembekuan, pelucuthakan, kompaun dan penyelesaian yang keseluruhannya melibatkan nilai yang besar dan memberi impak langsung kepada hasil negara.Katanya, pencapaian itu merupakan satu mesej bahawa setiap hasil yang diseleweng akan dijejaki dan dikembalikan kepada negara."Sebagai peneraju MATF, SPRM juga mengetuai pelaksanaan operasi berimpak tinggi seperti Operasi 82S, Ops Tropicana, Ops Eagle dan Ops Liter |
|
Penolong pegawai hal ehwal Islam didakwa kemuka tuntutan palsu RM135,000 - Sinarharian - 2/04 2:05 pm KANGAR - Seorang penolong pegawai hal ehwal Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pendaftaran semula saudara baharu berjumlah RM135,000, empat tahun lepas.Mohammad Nurhelmy Norman, 29, yang kini bekerja sebagai pemandu e-hailing selepas digantung tugas, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi.Lelaki itu didakwa menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu dengan niat memperdayakan prinsipalnya melibatkan tuntutan bayaran pendaftaran semula dua saudara baharu berjumlah RM3,500 pada 2022, 15 orang berjumlah RM40,000 pada 2023 dan 33 orang berjumlah RM91,500 pada 2024.Kesalahan itu didakwa dilakukan semasa dia berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred 29 di Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di pejabat JAIPs, Kompleks Islam Perlis, Persiaran Jubli Emas di sini.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai terlibat atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat melaporkan diri di Pejabat SPRM di sini setiap bulan dan menetapkan sebutan semula pada 20 Mei untuk serahan dokumen.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala lelaki itu diwakili peguam Siti Salwa Ja'afar.- Bernama |
|
Azam tidak mahu ulas status kontrak - Sinarharian - 2/04 1:59 pm PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak mahu mengulas berhubung status baki kontraknya yang akan berakhir pada 12 Mei ini.Ketika ditemui pemberita pada Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF): Way Forward di Ibu Pejabat SPRM, di sini, beliau hanya menjawab ringkas."Saya tidak mahu jawab," katanya.Sebelum ini, pada 10 Mac lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dilaporkan belum membuat sebarang keputusan berhubung status kontrak Azam.Untuk rekod, Azam telah dilantik secara kontrak sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sebanyak tiga kali.Azam yang dilahirkan pada 12 Mei 1963 di Negeri Sembilan, memulakan kariernya di Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali sebagai SPRM) pada 1984 sebagaipenolong pegawai siasatan.Sepanjang perkhidmatannya, Azam pernah memegang pelbagai jawatan termasuk pegawai perisikan dan pegawai pendakwaan, selain terbabit dalam aktiviti pendidikan masyarakat.Beliau mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020, menggantikan Latheefa Beebi Koya, yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.Azam memegang jawatan itu ketika pentadbiran tiga Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Azam mempunyai kelulusan diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ijazah Undang-undang (Jurispruden) daripada Universiti Malaya dan ijazah sarjana daripada Asia E-University. |
|
Golongan profesional jadi 'pemudah cara' sindiket jenayah - Azam Baki - Sinarharian - 2/04 1:42 pm PUTRAJAYA - Segelintir golongan profesional dikesan menggunakan kedudukan dan memainkan peranan sebagai pemudah cara kepada sindiket jenayah.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, antara golongan profesional yang sering dikaitkan dengan perkara ini ialah sektor perundangan, perakaunan serta teknologi maklumat (IT)."Ini antara tiga-tiga profesion sepatutnya mereka patutnya membantu (ekonomi) tetapi jangan pula menjadi enabler, memudah cara untuk penjenayah-penjenayah ini."Mereka ini yang belajar pandai-pandai ini pula yang menjadi 'enabler' (pemudah cara) kepada sindiket jenayah," katanya ketika berucap pada Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Khamis.Turut hadir Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin serta pegawai kanan daripada daripada pelbagai agensi penguat kuasa.Tambah Azam, pelbagai kegiatan jenayah yang tersusun dan semakin kompleks ditambah dengan sokongan pemudah cara profesional berkenaan mengakibatkan kerugian besar kepada ekonomi negara.Katanya, kesan daripada golongan pemudah cara inilah antara faktor utama berlaku aktiviti ekonomi bawah tanah dan kewujudan sindiket terancang."Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan hasil negara, malah memberi kesan langsung kepada pertumbuhan ekonomi, penarafan antarabangsa seperti CPI (Corruption Perceptions Index) dan FATF (Financial Action Task Force) serta keyakinan pelabur."Seperti semua sedia maklum Pasukan Petugas Khas Pelbagai Agensi (MATF) ialah satu platform penting bagi memperkukuh kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan negara yang dipengerusikan oleh Tan Sri Peguam Negara," ujarnya.Azam menegaskan sekiranya tiada golongan profesional yang menjadi pemudah cara, penjenayah sukar untuk membersihkan wang hasil kegiatan haram mereka.Katanya, SPRM sendiri terus berhadapan dengan pelbagai cabaran, khususnya dalam mengendalikan kes-kes berprofil tinggi yang semakin mencabar."Kerjasama antara SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Sekuriti, dan agensi berkaitan adalah penting bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh dan pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan."Jenayah korporat ini adalah seperti penipuan, rasuah salah guna kuasa dan seleweng saham, penipuan pelabur dan lari cukai," ujarnya |
|
Jenayah semakin kompleks, guna teknologi dan rangkaian profesional sembunyi aktiviti haram - Sinarharian - 2/04 12:48 am PUTRAJAYA - Jenayah kini semakin kompleks dan tersusun, termasuk melibatkan sindiket yang menggunakan teknologi dan rangkaian profesional bagi menyembunyikan aktiviti haram, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.Beliau berkata, penglibatan segelintir golongan profesional seperti peguam dan akauntan membantu menghalalkan hasil aktiviti haram melalui sistem kewangan yang sah."Kalau tidak ada golongan profesional ini, sukar untuk mereka (penjenayah) masukkan wang haram ke dalam sistem yang legitimate (sah)," katanya ketika berucap pada majlis perasmian sesi libat urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) di Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.Mengambil contoh beberapa kes berprofil tinggi seperti kegiatan penyeludupan sisa elektronik dan bahan api serta sindiket caturan kaunter, Azam berkata, rasuah dikenal pasti sebagai pemudah cara utama yang membolehkan sindiket beroperasi secara berterusan."Tanpa rasuah, sindiket ini tidak akan mampu bertahan |
|
Ketua Pengarah JAS, timbalan dijangka dituduh esok - Sinarharian - 2/04 12:40 am PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan timbalannya dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah memperoleh persetujuan daripada pendakwa raya untuk meneruskan pertuduhan berkenaan."Persetujuan daripada pihak pendakwa raya telah kita perolehi |
|
Rasuah e-waste, KP JAS, timbalan akan didakwa esok - FMT - 2/04 12:38 am Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pertuduhan dibuat selepas mendapat persetujuan pendakwa raya dan peguam negara. |
|
SPRM cadang dakwa individu firma guaman antarabangsa terkait skandal 1MDB - Sinarharian - 2/04 12:19 am SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses mencadangkan pertuduhan terhadap beberapa individu daripada sebuah firma guaman antarabangsa yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan bagi mendapatkan bukti tambahan di luar negara sebelum sebarang tindakan lanjut dimuktamadkan.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan terhadap firma guaman tersebut meliputi dakwaan penyediaan dokumen yang disyaki mengandungi maklumat dan butiran palsu serta arahan pembayaran yang mengelirukan sehingga penyaluran dana berkaitan 1MDB kepada pihak yang tidak sepatutnya.Menurutnya, penelitian turut dilakukan terhadap bayaran yang dibuat kepada firma berkenaan yang dipercayai membabitkan dana 1MDB."Siasatan ini dijalankan di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan termasuk Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001."Bagi memperkukuh siasatan, SPRM sedang dalam proses mendapatkan maklumat dan dokumen penting melalui saluran perundangan rasmi termasuk menerusi Jabatan Peguam Negara (AGC) serta mekanisme Bantuan Perundangan Bersama (Mutual Legal Assistance MLA) dengan pihak berkuasa di United Kingdom," katanya ketika dihubungi pada Khamis.Azam berkata, SPRM turut bekerjasama rapat dengan agensi antarabangsa dalam mendapatkan maklumat, bukti dan dokumen."Kerjasama ini sedang berjalan dan merupakan sebahagian penting daripada usaha penguatkuasaan rentas sempadan yang diselaraskan."SPRM juga akan berkongsi dapatan siasatan dengan pihak berkuasa berkaitan bagi menyokong tindakan penguatkuasaan selanjutnya di bidang kuasa masing-masing," ujarnya.Januari tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap cawangan firma berkenaan.Firma guaman terbabit dipercayai terlibat dalam penyelewengan sejumlah AS$1 bilion melibatkan dana 1MDB termasuk pengalihan kira-kira AS$700 juta kepada sebuah entiti luar pesisir yang berada di luar kawalan 1MDB. |
|
58 kes kemalangan maut libat pemandu mabuk, dadah dalam tempoh dua tahun - Sinarharian - 2/04 11:50 am KUALA LUMPUR - Sebanyak 58 kes kemalangan maut melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah direkodkan dalam tempoh dua tahun belakangan ini.Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohammed Hasbullah Ali berkata, daripada jumlah itu, 27 kes direkodkan pada 2024, manakala 31 kes pada 2025."Walaupun peningkatan tersebut tidak terlalu ketara, setiap insiden melibatkan kehilangan nyawa adalahserius dan tidak boleh dipandang ringan."Kes-kes ini berpunca daripada tingkah laku yang sebenarnya boleh dielakkan |
|
Isu rumah ibadat, pemandu mabuk perlu ditangani ikut undang-undang - Sinarharian - 2/04 9:00 am KUALA LUMPUR Konflik melibatkan isu rumah ibadat dan ketegangan antara kaum perlu ditangani mengikut saluran undang-undang bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk serta mencetuskan ketidakstabilan sosial.Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan berkata, pendekatan berasaskan emosi atau tindakan sendiri hanya akan merumitkan keadaan dan berpotensi menjerumuskan pihak terlibat ke dalam kesalahan undang-undang."Kalau melibatkan kuil yang didirikan tanpa kebenaran di atas tanah tertentu, perkara itu adalah isu undang-undang dan perlu diselesaikan melalui mahkamah."Kita tidak boleh bertindak sendiri atau terlalu mengikut emosi kerana akhirnya kita sendiri yang akan berdepan kesan undang-undang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis makan malam dan pelancaran buku sempena ulang tahun ke-70 Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia di Pusat Dagangan Putra (WTC) di sini pada Rabu.Menurutnya, sebarang isu melibatkan rumah ibadat perlu ditangani secara berhati-hati kerana ia sensitif dan berpotensi mencetuskan konflik antara kaum jika tidak dikawal."Biar mahkamah buat keputusan, itu cara terbaik untuk elakkan konflik berpanjangan dan memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara," ujarnya.Dalam perkembangan lain, beliau turut menegaskan keperluan penguatkuasaan lebih tegas terhadap kes pemandu mabuk yang dilihat semakin membimbangkan."Undang-undang memang sudah ada dan hukuman juga telah diperketatkan berbanding sebelum ini."Yang penting sekarang adalah penguatkuasaan |
|
Netizen pelik kenapa ada muka Rafidah dan Albert Tei? Minta jangan menangguk air keruh - Mdateline - 2/04 9:00 am Kehadiran aktivis kontroversi Kampung Baru, Rafidah Ibrahim dan ahli perniagaan yang terpalit kes rasuah, Albert Tei di mahkamah pagi tadi menimbulkan tanda tanya ramai |
|
Penyedia perkhidmatan akaun direman disyaki kemuka tuntutan perjalanan .. - Mgazette - 2/04 12:37 am # Penyedia perkhidmatan akaun direman disyaki kemuka tuntutan perjalanan palsu RM4j KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang penyedia perkhidmatan akaun sebuah syarikat perkhidmatan perundingan pengurusan perniagaan di ibu negara, kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan perjalanan berjumlah kira-kira RM4 juta |
|
Pemandu mabuk: Wajibkan penjamin ahli keluarga semasa mohon lesen memandu .. - Mgazette - 2/04 12:37 am # Pemandu mabuk: Wajibkan penjamin ahli keluarga semasa mohon lesen memandu - MIC KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mempertimbangkan satu pendekatan yang lebih tegas dan berkesan dalam menagani isu pemandu mabuk, termasuk mewajibkan penjamin dalam kalangan ahli keluarga seperti ibu bapa atau adik-beradik semasa permohonan lesen memandu |
|
Hasil siasatan terhadap Azam Baki, `mafia korporat’ akan didedah .. - Mgazette - 2/04 12:37 am # Hasil siasatan terhadap Azam Baki, `mafia korporat' akan didedah kepada umum - Fahmi KUALA LUMPUR Siasatan terhadap pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki serta dakwaan kewujudan mafia korporat dalam suruhanjaya itu hanya menunggu masa untuk didedahkan kepada umum |
|
Hasil siasatan isu saham Azam Baki diumum apabila proses selesai - Thempress - 1/04 6:45 pm KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menunggu sehingga semua proses siasatan selesai sepenuhnya sebelum mengumumkan kepada umum hasil siasatan berkaitan isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan… |
|
Pegawai lantikan politik lafaz Ikrar Bebas Rasuah - Thempress - 1/04 6:29 pm KOTA KINABALU Pegawai lantikan politik di negeri ini melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis di Menara Kinabalu pada Rabu sebagai manifestasi komitmen memperkukuh tadbir urus berintegriti dan… |
|
Penyedia akaun ditahan SPRM disyaki kemuka dokumen palsu tuntutan RM4 juta - Sinarharian - 1/04 5:09 pm PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penyedia perkhidmatan akaun sebuah syarikat perkhidmatan perundingan pengurusan perniagaan di ibu negara kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan berjumlah kira-kira RM4 juta.Lelaki berusia lingkungan 30-an itu telah direman selama empat hari sehingga 4 April selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pada Rabu.Menurut sumber, suspek lelaki itu ditahan kira-kira jam 8 malam pada Selasa ketika hadir memberi keterangan di pejabat Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya."Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2023 hingga 2025."Suspek dipercayai telah mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan seperti perjalanan dan pengangkutan, yuran perakaunan, pembelian genset dan diesel, pembayaran kad kredit, tuntutan keraian, perbelanjaan ke atas hartanah, loji dan peralatan (PPE), tuntutan tunai runcit (petty cash), tuntutan belanja yang tidak dikenal pasti, tuntutan pembayaran kerja-kerja landskap serta pembayaran gaji," katanya.Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. |
|
ACP Annas Sulaiman ambil alih jawatan Ketua Polis Wangsa Maju - Mgazette - 1/04 3:50 pm # ACP Annas Sulaiman ambil alih jawatan Ketua Polis Wangsa Maju KUALA LUMPUR Asisten Komisioner Annas Sulaiman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju yang baharu bagi menggantikan SAC Mohamad Lazim Ismail |
|
Mafia korporat: 41 saksi dipanggil, tiada pegawai SPRM - PDRM - Sinarharian - 1/04 2:02 pm SHAH ALAM - Tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kalangan 41 saksi yang dipanggil Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan isu 'mafia korporat' membabitkan ahli perniagaan, Victor Chin Boon Loong.Ketua Pasukan Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Datuk Fazlisyam Abd Majid berkata, siasatan kes ini masih berjalan."Seramai 41 saksi telah dipanggil setakat ini."Tiada pun pegawai SPRM dalam kalangan saksi-saksi tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.Jelasnya, kes ini melibatkan beberapa individu yang disyaki melakukan jenayah pengubahan wang haram dengan pelbagai cara antaranya membeli atau memiliki syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan syarikat persendirian.Kata beliau, siasatan dijalankan secara menyeluruh terhadap mana-mana pihak yang disyaki terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menguruskan wang yang berasal daripada aktiviti haram.Pada Isnin, Fazlisyam mengesahkan Victor Chin antara 10 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menerusi Op Viking dari 15 Oktober 2025 hingga 13 Januari lepas.Victor Chin telah ditahan pada Disember lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis namun ahli perniagaan itu mungkin dipanggil semula sekiranya perlu.Menerusi operasi itu, polis membeku dan menyita pelbagai aset termasuk lapan hartanah, 32 kenderaan dan 1,100 unit saham milik dua syarikat sendirian berhad, akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) bernilai RM323,588,293, akaun dagangan (RM64,246,417) dan 404 akaun bank berjumlah RM85,624,528.Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27B dan Seksyen 29B Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, Seksyen 176 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 serta Seksyen 221 Akta Syarikat 2016. |
|
Penggunaan VSP bantu turunkan jenayah musim perayaan - Sinarharian - 1/04 1:57 pm KUALA LUMPUR Penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) sepanjang Op Selamat 26 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini membantu merekodkan perkembangan positif indeks jenayah dengan penurunan sebanyak 111 kes.Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penurunan itu melibatkan pengurangan daripada 858 kes pada tahun 2025 kepada 747 kes bagi tempoh sama tahun ini.Menurutnya, pelaksanaan Op Selamat 26 mencerminkan peningkatan kolaborasi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat melalui penggunaan aplikasi VSP serta strategi pencegahan jenayah yang lebih tersusun dan berfokus."Sepanjang tempoh perayaan, penggunaan modul aduan melalui VSP meningkat daripada 80 kes kepada 150 kes."Modul pemakluman balik kampung pula mencatatkan lonjakan daripada 8,036 kepada 16,889, manakala penggunaan butang kecemasan meningkat daripada lima kepada tujuh kes," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, Op Selamat 26 turut merekodkan sebanyak 61,122 rumah ditinggalkan yang dilawati pihak polis dengan 31,636 rondaan MPV dilaksanakan."Sebagai perbandingan, Op Selamat 24 sebelum ini mencatatkan 76,274 rumah ditinggalkan dilawati dengan 37,429 rondaan MPV."Perkembangan positif indeks jenayah ini membantu meningkatkan keberkesanan rondaan MPV serta lawatan ke rumah ditinggalkan secara lebih komprehensif," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, setakat 30 Mac 2026, jumlah keahlian aplikasi VSP telah mencecah 1,705,852 pengguna."Pencapaian ini mencerminkan tahap kesedaran dan komitmen masyarakat yang semakin tinggi dalam usaha pencegahan jenayah bersama PDRM," katanya.Tambah beliau, pihaknya akan terus memperkukuh strategi pencegahan jenayah melalui rondaan, penguatkuasaan serta penglibatan komuniti."Bertunjangkan slogan Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada, sinergi ini diyakini mampu mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan negara secara berterusan," katanya |
|
SPRM tetapkan tempoh dua minggu James Chai hadir, sedia tanggung kos penerbangan - Sinarharian - 1/04 12:52 am SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan surat pada Rabu dan menetapkan bekas pegawai Datuk Seri Rafizi Ramli iaitu Chai Jin Shern atau James Chai untuk hadir dalam tempoh dua minggu.Ini bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan berkaitan perjanjian mega dengan ARM Holdings Plc, syarikat semikonduktor terkemuka dunia dari United Kingdom (UK).SPRM dalam kenyataan berkata, Chai Jin Shern atau James Chai telah dikenal pasti sebagai individu yang diperlukan untuk membantu siasatan.Menurutnya, pada 4 Mac 2026, SPRM telah mengeluarkan Notis Mengesan Individu bagi mengesan James Chai."Susulan itu, SPRM menerima surat daripada Tetuan individu terbabit bertarikh 9 Mac 2026 yang memaklumkan bahawa James Chai tidak dapat hadir untuk dirakam percakapan dengan alasan kos penerbangan dan kekangan pekerjaan."SPRM kemudiannya telah mengeluarkan surat balas bertarikh 13 Mac 2026 memberi lanjutan masa untuk James Chai hadir pada 31 Mac 2026, namun beliau sekali lagi gagal memaklumkan keinginan untuk hadir."Sehubungan itu, SPRM telah mengeluarkan surat pada hari ini (Rabu) yang menetapkan bahawa James Chai perlu hadir dalam tempoh dua minggu dan SPRM juga bersedia untuk menanggung kos penerbangan pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.SPRM menjelaskan sekiranya James Chai masih gagal hadir setelah diberikan lanjutan masa sebanyak dua kali, pihaknya akan mempertimbangkan untuk mendapatkan kerjasama saluran antarabangsa termasuk Polis Antarabangsa (Interpol) atau agensi penguatkuasaan luar negara bagi mengesan dan memastikan kehadirannya.SPRM menegaskan bahawa semua individu yang dipanggil untuk membantu siasatan wajib memberi kerjasama kepada pihak berkuasa."Sekiranya James Chai berpendirian bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, tindakan yang sewajarnya adalah tampil memberi keterangan kepada SPRM, bukannya terus mengemukakan penjelasan di ruang awam tanpa menghadirkan diri kepada pihak berkuasa," ujarnya.Jelas SPRM, tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang dan siasatan akan diteruskan secara profesional, bebas dan berasaskan bukti.Dalam pada itu, SPRM memaklumkan telah merekod keterangan 17 saksi melibatkan pegawai Kementerian Ekonomi serta agensi berkaitan termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)."Siasatan berkaitan kes ini sedang giat dijalankan."SPRM juga telah mengambil dokumen penting termasuk perjanjian dan dokumen sokongan serta dijangka akan merakam percakapan lapan lagi saksi, termasuk individu yang berada di luar negara," ujarnya.Pada 12 Februari, SPRM menerima laporan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan sebuah kementerian. |
|
Memandu mabuk hingga ragut nyawa bukan sekadar cuai - ADUN Permatang - Sinarharian - 1/04 12:50 am SHAH ALAM - Kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian perlu diklasifikasikan semula sebagai culpable homicide not amounting to murder (menyebabkan kematian tanpa niat membunuh), selaras dengan prinsip undang-undang jenayah.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, cadangan tersebut dilihat relevan berikutan individu yang memilih untuk memandu di bawah pengaruh alkohol tidak lagi boleh dianggap sekadar kecuaian."Tindakan tersebut adalah satu keputusan sedar yang diketahui berpotensi tinggi menyebabkan kematian dan elemen kesedaran terhadap risiko inilah yang menjadi asas kepada konsep culpable homicide."Mahkamah dalam beberapa kes terdahulu telah menegaskan bahawa kecuaian melampau yang menunjukkan sikap tidak mengendahkan keselamatan orang lain boleh mencapai tahap liabiliti jenayah yang lebih serius," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, cadangan tersebut bukan bertujuan untuk menghukum secara melulu, sebaliknya memperbetulkan kedudukan undang-undang agar selari dengan tahap keseriusan perbuatan itu."Sehingga hari ini, kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan kematian masih kebanyakannya didakwa di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987."Walaupun hukuman telah diperketatkan, realitinya kes-kes seumpama ini masih berulang dan ini menunjukkan bahawa pendekatan sedia ada belum cukup memberi kesan pencegahan yang efektif," katanya.Nurul Syazwani berkata, sebarang pindaan undang-undang perlu dirangka dengan teliti agar tidak membebankan pembuktian pihak pendakwaan secara tidak realistik."Pendekatan terbaik adalah dengan mewujudkan kategori khusus yang menggabungkan elemen memandu mabuk dan menyebabkan kematian, dengan ambang pembuktian yang jelas serta hukuman yang setimpal."Nyawa manusia tidak boleh dinilai dengan ringan, undang-undang kita mesti berkembang seiring dengan realiti dan memastikan keadilan kepada mangsa serta keluarga mereka," tegas beliau. |
|
Polis belum terima notis himpunan Tangkap Azam Baki - Sinarharian - 1/04 11:29 am KUALA LUMPUR Polis masih belum menerima sebarang notis pemakluman berhubung penganjuran himpunan oleh Sekretariat Tangkap Azam Baki yang akan berlangsung pada 25 April ini di Dataran Merdeka.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang serta tidak menyalahgunakan platform berhimpun sehingga menjejaskan ketenteraman awam."Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh mengganggu keamanan atau mengancam keselamatan awam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Pada Isnin, Sekretariat Tangkap Azam Baki mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan himpunan itu bagi mendesak siasatan telus terhadap isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki serta dakwaan mafia korporat dalam agensi penguatkuasaan.Sekretariat itu menegaskan bahawa kedua-dua isu berkenaan masih belum dijelaskan secara tuntas, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap integriti SPRM dan institusi penguatkuasaan negara |
|
Annas dilantik Ketua Polis Daerah Wangsa Maju baharu - Sinarharian - 1/04 10:11 am KUALA LUMPUR - Pengarah Operasi Bersepadu Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Asisten Komisioner Annas Sulaiman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju pada Rabu.Annas menggantikan Senior Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman.Majlis serah terima tugas itu disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.Majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Rabu dimulakan dengan penandatanganan dan pertukaran dokumen antara Annas dan Mohamad Lazim.Fadil berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Mohamad Lazim atas khidmat bakti sepanjang memikul amanah sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju."Sepanjang tempoh perkhidmatan Mohamad Lazim, pelbagai usaha, inisiatif dan pendekatan telah dilaksanakan dalam memperkukuh keselamatan serta kesejahteraan masyarakat setempat."Sepanjang kepimpinan Mohamad Lazim, pelbagai kejayaan telah dicapai khususnya dalam aspek operasi, tangkapan dan pencegahan jenayah," katanya.Beliau berkata, kejayaan itu jelas membuktikan kepimpinan yang berteraskan integriti, komitmen tinggi dan rasa tanggungjawab yang utuh dalam memikul amanah sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju."Sepanjang tempoh setahun 11 bulan 26 hari, iaitu hampir dua tahun perkhidmatan Mohamad Lazim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, beliau telah menunjukkan prestasi kepimpinan yang cemerlang serta nilai integriti yang tinggi," katanya.Menurutnya, berdasarkan kepakaran dalam bidang jenayah siber, pelantikan Mohamad Lazim sebagai Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik), JSJK Bukit Aman adalah bertepatan."Saya percaya pucuk pimpinan pasukan telah membuat pertimbangan yang tepat dalam menempatkan Mohamad Lazim di jawatan tersebut, selaras dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki," katanya.Fadil berkata, tugas sebagai Ketua Polis Daerah bukanlah satu tanggungjawab yang ringan, apatah lagi dalam mendepani cabaran semasa serta trend jenayah yang semakin kompleks."Namun begitu, dengan kepimpinan yang mantap serta semangat 'esprit de corps' dalam kalangan pegawai dan anggota, saya yakin setiap cabaran mampu diharungi dengan jayanya."Sehubungan itu, saya menyeru seluruh warga IPD Wangsa Maju untuk memberikan sokongan kepada Annas selaku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju yang baharu dalam meneruskan agenda kecemerlangan pasukan," katanya. |
|
Rasuah dalam agensi sudah jadi sindiket - Sinarharian - 1/04 10:00 am PUTRAJAYA Amalan rasuah dalam sesetengah agensi penguatkuasaan didakwa bukan lagi melibatkan individu semata-mata, sebaliknya telah berkembang menjadi kegiatan berunsur sindiket yang berakar dalam sistem.Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata, dapatan siasatan terhadap beberapa agensi menunjukkan wujudnya masalah serius yang melibatkan struktur organisasi.Menurut beliau, apa yang berlaku di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Alam Sekitar misalnya bukan kes terpencil, sebaliknya melibatkan beberapa kes lain sebelum ini."Saya melihat dua agensi ini sebagai masalah integriti dan rasuah yang meresap ke dalam sistem," katanya dalam temu bual khas bersama media baru-baru ini.Beliau berkata, hasil pemerhatian mendapati terdapat kelemahan struktur yang memerlukan pembaikan menyeluruh terhadap sistem dan prosedur operasi standard (SOP).Katanya, penambahbaikan tidak boleh dilakukan secara 'kosmetik' atau sekadar pemindahan pegawai, sebaliknya perlu melibatkan perubahan keseluruhan."Bukan ditambah baik sekadar memindah sana sini, tetapi keseluruhan perlu diubah," katanya.Mengulas lanjut, Ismail menegaskan bahawa SOP sedia ada sebenarnya mencukupi, namun kegagalan mematuhi prosedur menjadi punca utama kelemahan.Sebagai contoh, beliau membangkitkan isu dalam kes JIM yang melibatkan penyalahgunaan kuasa berkaitan visa perubatan."Macam mana seorang pegawai itu boleh bawa cop keluar.. |
|
SPRM perhebat penguatkuasaan melalui pegawai yang ditempatkan di UI, IGU - Sinarharian - 1/04 9:39 am PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan 65 tangkapan dan 379 pertuduhan pada tahun lalu hasil maklumat yang disalurkan pegawainya yang ditempatkan Unit Integriti (UI) agensi awam serta Unit Integriti dan Governans (IGU).Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman berkata, maklumat yang disalurkan ialah sepanjang tahun 2024 dan 2025.Menurutnya, SPRM terus memperkukuh peranannya dalam penguatkuasaan membanteras rasuah melalui penyaluran maklumat strategik oleh pegawai yang ditempatkan di UI dan IGU."Sebanyak 104 maklumat telah disalurkan melalui Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM sepanjang tahun lalu untuk tindakan lanjut."Ini sekali gus mencatatkan peningkatan 0.9 peratus berbanding 96 maklumat pada 2024," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, ia mencerminkan keberkesanan kerjasama strategik serta komitmen berterusan SPRM dalam memperkukuh tadbir urus dan integriti perkhidmatan awam serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).Sebelum itu, Azmi telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi SPRM Bersama Pegawai SPRM Yang Ditempatkan Ke Agensi Luar (MPSAL) Siri 37 Bilangan 1 Tahun 2026 di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat SPRM di sini pada Selasa.Kata Azmi, seiring aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) bagi tempoh 2026 hingga 2030, Perdana Menteri turut menekankan keperluan memperkasa peranan Unit Integriti di semua agensi kerajaan sebagai benteng utama dalam membanteras rasuah."Berdasarkan rekod sehingga 31 Mac 2026, seramai 100 pegawai SPRM telah ditempatkan di UI dan IGU, melibatkan 92 pegawai di UI agensi awam serta lapan pegawai di IGU syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sekali gus memperluas peranan pengawasan dan pencegahan di pelbagai sektor strategik negara," ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pegawai yang ditempatkan di agensi luar agar sentiasa memelihara tatakelakuan dan disiplin, selaras dengan amanah yang dipertanggungjawabkan.Selain itu, pegawai UI dan IGU juga diseru untuk memainkan peranan proaktif dalam melaksanakan pemantauan secara berterusan termasuk Laporan SPRM (LSPRM) serta syor khidmat nasihat agensi di bawah seliaan yang dijadikan agenda tetap dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) sebagai langkah pengukuhan tadbir urus. |
|
Maklumat UI, IGU bantu SPRM catat 65 tangkapan dan 379 pertuduhan tahun .. - Mgazette - 1/04 8:00 am # Maklumat UI, IGU bantu SPRM catat 65 tangkapan dan 379 pertuduhan tahun lalu KUALA LUMPUR - Usaha berterusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah terus diperkukuh melalui penyaluran maklumat strategik oleh pegawai yang ditempatkan di Unit Integriti (UI) agensi awam serta Unit Integriti dan Governans (IGU) |
|
Kerajaan nafi PM minta tangguh pendedahan hasil siasatan kes Azam Baki .. - Mgazette - 1/04 8:00 am # Kerajaan nafi PM minta tangguh pendedahan hasil siasatan kes Azam Baki KUALA LUMPUR Kerajaan menafikan dakwaan Bloomberg semalam yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki |
|
Tiga ditahan terlibat video wanita mengaku Nabi Muhammad Tiga ditahan .. - Mgazette - 1/04 8:00 am # Tiga ditahan terlibat video wanita mengaku Nabi Muhammad JOHOR BAHRU - Polis menahan dua wanita dan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam hantaran akaun milik wanita mendakwa Ratu Nur Puteri Ratu Balqis yang mendakwa 'dipinjamkan badan oleh malaikat dan turut mengakui dirinya dahulu Nabi Muhammad SAW |
|
Pegawai polis direman empat hari kes rasuah RM20,000 - Mgazette - 1/04 8:00 am # Pegawai polis direman empat hari kes rasuah RM20,000 ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pegawai polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000, hujung tahun lepas |
|
Kerajaan nafi dakwaan campur tangan siasatan isu saham Azam Baki - Harapandaily - 31/03 10:28 pm Kerajaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Perdana Menteri campur tangan dalam siasatan berhubung pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki |
|
Tiga ditahan kes video Ratu Nur Putri Balqis - Sinarharian - 31/03 10:20 pm JOHOR BAHRU Dua wanita dan seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki memuat naik kandungan berunsur hasutan, fitnah serta menghina agama Islam dan institusi negara menerusi aplikasi TikTok.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung video dimuat naik pemilik akaun 'ratunurputribalqis' kira-kira jam 5 petang, Ahad lalu,Menurut beliau, kandungan video tersebut didakwa mengandungi unsur hasutan, fitnah serta penghinaan terhadap agama Islam, Perdana Menteri Malaysia, Institusi Diraja Johor, institusi agama dan Ketua Polis Johor."Antara kandungan video itu termasuk dakwaan bahawa Sultan Johor, Tengku Mahkota Johor dan Perdana Menteri mendapatkan nasihat daripada individu berkenaan, selain memfitnah Sultan Johor menyimpan dokumen pengenalannya serta membuat tuduhan terhadap Jabatan Agama Islam Negeri Johor terlibat salah laku dan rasuah."Video tersebut juga menyatakan solat fardu akan kembali kepada dua rakaat dan solat sunat satu rakaat," katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.Menurut Ab Rahaman, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan menahan ketiga-tiga suspek di Taman Saujana di sini pada Selasa.Katanya, hasil semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing ke atas semua suspek adalah negatif.Polis turut membuat beberapa rampasan bagi membantu siasatan."Kesemua suspek berusia antara 17 hingga 49 tahun itu direman di Mahkamah Majistret Johor Bahru selama empat hari bermula 31 Mac hingga 3 April bagi membantu siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya lagi.Polis Johor turut memberi peringatan tegas kepada orang ramai agar tidak menyentuh isu 3R yang boleh menjejaskan keharmonian negara serta menggesa masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa. |
|
Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg berhubung siasatan pemilikan saham Azam Baki - KSN - Sinarharian - 31/03 10:03 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Bloomberg kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, selaras dengan pembentangan Jawatankuasa Siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac lepas, prosiding berkaitan perkara berkenaantelahdimulakandi bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993."Prosiding ini mempunyai proses dan tatacara yang perlu dipatuhi |
|
Pemuda Pas tuntut PM jawab dua dakwaan berkait isu Azam, Farhash - Sinarharian - 31/03 8:58 pm SHAH ALAM - Pemuda Pas menuntut penjelasan terbuka dan segera daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dua dakwaan besar dikaitkan dengan beliau yang menimbulkan persoalan terhadap integriti serta ketelusan pentadbiran negara.Timbalan Ketuanya, Mohd Hafez Sabri berkata, pertama ia melibatkan dakwaan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa wujud campur tangan Perdana Menteri dalam urusan siasatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap ahli perniagaan yang juga bekas setiausaha politik beliau, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.Menurutnya, jikadakwaan tersebut benar, ia merupakan pencabulan serius terhadap prinsip kebebasan institusi penguatkuasaan dan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa politik dalam proses siasatan."Dakwaan kedua pula merujuk kepada laporan Bloomberg yang mendedahkan Perdana Menteri didakwa menggesa agar laporan siasatan terhadap pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak didedahkan kepada umum buat masa ini."Tindakan sedemikian menimbulkan persepsi bahawa ketelusan dikorbankan demi kepentingan politik, khususnya dalam menghadapi kemungkinan pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, lebih membimbangkan, kedua-dua dakwaan berkenaan saling berkait dengan spekulasi yang semakin meluas berhubung kemungkinan jaringan kepentingan melibatkan Azam dan Farhash dalam urus niaga tender kerajaan berskala besar termasuk transaksi melibatkan Velocity Capital Partners Bhd dan MMAG Holdings Bhd.Malah, berkait kontroversi 'mafia korporat' yang melibatkan SPRM, tegasnya, spekulasi awam turut memalitkan nama Azam dan Farhash sebagai aktor yang terlibat."Walaupun tiada bukti muktamad setakat ini, kegagalan memberikan penjelasan tuntas hanya menguatkan lagi persepsi negatif rakyat."Pemuda Pas juga mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada sebarang tindakan undang-undang diambil oleh pihak Perdana Menteri terhadap Rafizi dan Bloomberg meskipun telah beberapa kali membuat dakwaan berat sebegini."Ketiadaan tindakan sedemikian menimbulkan persoalan sama ada dakwaan tersebut mempunyai asas yang tidak boleh dinafikan atau wujud keengganan untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan," ujarnya.Justeru, Mohd Hafez berkata, pihaknya turut mendesak supaya pendedahan penuh laporan siasatan berkaitan Azam dibuat kepada umum tanpa sebarang penangguhan.Selain itu, katanya, Pemuda Pas menuntut supaya ditubuhkan badan siasatan bebas atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat keseluruhan isu tersebut secara telus."Kerajaan juga perlu beri jaminan bahawa tiada campur tangan politik dalam mana-mana siasatan melibatkan institusi penguatkuasaan negara |
|
SPRM reman pegawai polis disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM20,000 - Sinarharian - 31/03 8:47 pm ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedahmenahan reman seorang pegawai polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000, hujung tahun lepas.Perintah reman empat hari hingga 3 April dikeluarkan Majistret Fatin Dalilah Khalid selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.Sumber SPRM memberitahu, sogokan itu dipercayai sebagaibalasan menukar pertuduhan ke atas seorang individu yang terlibat dalam kes lalu lintas.Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 12.50 tengah hari semalam dalam serbuan di sebuah kedai makan di Sungai Petani."Siasatan awal mendapati suspek telah menerima wang rasuah kira-kira RM2,000 secara tunai sekitar pertengahan Disember tahun lepas."Ketika tangkapan dilakukan semalam, suspek disyaki meminta lagi kira-kira RM20,000 daripada mangsa," menurut sumber itu pada Selasa.Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkatakes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 |
|
Op Selamat 2026: Pulau Pinang catat sifar kes pecah rumah - Sinarharian - 31/03 6:17 pm GEORGE TOWN Polis Kontinjen Pulau Pinang mencatatkan sifar kes pecah rumah sepanjang pelaksanaan Op Selamat 2026 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dari 19 hingga 24 Mac lalu.Ia sekali gus membuktikan keberkesanan strategi rondaan pencegahan jenayah yang dilaksanakan.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, kejayaan itu dicapai hasil pendekatan proaktif serta komitmen berterusan seluruh warga pasukan dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara sepanjang musim perayaan.Menurutnya, sepanjang tempoh operasi, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kontinjen Pulau Pinang menerima sebanyak 474 laporan balik kampung melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) serta borang fizikal di balai polis."Berdasarkan maklumat tersebut, polis telah melaksanakan sebanyak 13,953 penugasan rondaan melibatkan Mobile Patrol Vehicle (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) secara terancang, berfokus dan menyeluruh."Penugasan ini turut mengambil kira lokasi kediaman yang ditinggalkan serta analisis trend jenayah lampau bagi memastikan tindakan pencegahan jenayah dapat dilaksanakan secara lebih berkesan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Dalam pada itu, beliau berkata, penguatkuasaan trafik turut dipertingkatkan apabila sebanyak 10,681 saman dikeluarkan sepanjang operasi berkenaan, meningkat sebanyak 2,303 saman berbanding Op Selamat 24/2025.Katanya, peningkatan tersebut mencerminkan tahap penguatkuasaan yang lebih tegas serta kehadiran polis yang lebih proaktif dalam memastikan pematuhan undang-undang jalan raya.Mengulas lanjut, beliau berkata, kadar kemalangan maut kekal terkawal dengan hanya empat kes direkodkan dan tidak melebihi sasaran yang ditetapkan berdasarkan Op Selamat 24/2025."Daripada jumlah tersebut, hanya satu kes dilaporkan berlaku di kawasan hotspot, sekali gus menunjukkan keberkesanan penugasan dan pemantauan di lokasi berisiko tinggi."Terima kasih kepada masyarakat yang memberikan kerjasama baik dengan menyalurkan maklumat melalui aplikasi VSP."Kerjasama erat antara polis dan komuniti amat penting dalam memperkukuh usaha pencegahan jenayah serta memastikan keselamatan harta benda masyarakat sentiasa terpelihara, khususnya sepanjang musim perayaan," katanya.Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa bermula 1 Januari tahun ini, struktur baharu pembayaran saman trafik diperkenalkan menerusi konsep "The Less You Delay, The Less You Pay".Jelasnya, di bawah struktur itu, diskaun 50 peratus diberikan bagi bayaran dalam tempoh 1 hingga 15 hari pertama, diikuti diskaun 33 peratus bagi tempoh 16 hingga 30 hari, manakala kadar maksimum RM300 dikenakan bagi bayaran antara 31 hingga 60 hari."Bagi tempoh 61 hari ke atas, tindakan mahkamah atau senarai hitam akan dikenakan."Orang ramai boleh membuat semakan dan pembayaran saman melalui aplikasi atau portal MyBayar PDRM, MyJPJ, kaunter atau kiosk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta di pejabat Pos Malaysia," katanya lagi. |
|
Terdapat bukti langsung Azlan Man terima wang aktiviti haram RM1.06 juta - Pegawai penyiasat - Sinarharian - 31/03 5:41 pm KUALA LUMPUR - Seorang pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Sesyen pada Selasabahawa hasil siasatannya mendapati terdapat bukti langsung menunjukkan Datuk Seri Azlan Man menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta menerusi pembatalan pakej percutian ke luar negara.Penolong Bahagian Siasatan Cawangan AMLA, Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Safwan Arbangi, 33, berkata, Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd dan Aidil Travel & Tours Sdn Bhd diarahuntuk membatalkan tempahan perjalanan Azlan ke luar negara dan mengembalikan semula wang daripada pihak kerajaan negeri Perlis itu kepada Azlan."Tempahan pakej percutian dibuat oleh Herwardy Hashim (Setiausaha Sulit Kanan kepada Azlan ketika itu) atas arahan Datuk Seri Azlan Man dan beliau (Azlan)kemudianmengarahkan Herwardy untuk maklumkan kepada dua agensi pelancongan berkenaantentang pembatalan percutian tersebut."Siasatan saya mendapati, cara pembayaran kesemua duit bayaran balik ituditetapkan oleh Datuk Seri Azlan Man sendiri kerana beliau membatalkan percutiannya.Keterangan ini adalah melalui dokumen iaitu penyata bank kedua-dua pihak serta keterangan saksi," katanya.Saksi pendakwaan ke-19ituberkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes bekas Menteri Besar Perlis itu yang berdepan 10 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram.Mohamad Safwan berkata, dua agensi pelancongan itu diarahkan untuk mengembalikan semula wang tersebut kepada Azlan menerusi empat cek berjumlah RM852,207.28 dan wang tunai RM207,468 pada2014 hingga 2017.Sementara itu, beliauberkata, isu kemasukan wang daripada pihak kerajaan negeri Perlis kepada akaun bankdua agensi pelancongan itu bagi pakej percutian ke luar negara yang dipohon Azlan adalah melalui kaedah pembayaran secara Pesanan Tempatan (LO) yang mana perjalanan tersebut tidak berlaku."Secara keseluruhannya, melalui siasatan saya jalankan dalam kes ini, saya dapati terdapat keterangan konsisten daripada saksi serta dokumen yang saya perolehuntuk menunjukkan asas kesalahan penerimaan wang hasil daripada aktiviti haram di bawah Seksyen 4(1)(b)AMLATFPUAA 2001, yang dilakukan Datuk Seri Azlan Man," kata saksi itu.Ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Noralis Mat, bagaimana pengawai penyiasat itu dapat memberi kesimpulan Azlan menerima wang hasil daripada aktiviti haram, Mohamad Safwan berkata, tuntutan perjalanan seberang laut Azlan dibuat sebanyak lima kali bermula 2013 hingga 2017 dengan menggunakan kaedah LO dan ia adalah duit daripada kerajaan negeri Perlis, selainAzlan membatalkan percutian itu."Sebarang pengeluaran wang daripada akaun kerajaan Perlis untuk kes ini adalah menggunakan kaedah LO untuk lima kali berturut-turut dan lima kali ini juga Datuk Seri Azlan Man telah membatalkan pakej perjalanan yang diluluskan oleh pihak kewangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis."Selari dengan LO tersebut, apa-apa prosedur peraturan atau tatacara mesti mengikut arahan permohonan daripada LO yang berkuat kuasa dan perjalanan mesti dilakukan mengikut LO tersebut bukan sebaliknya," katanya.Mohamad Safwan berkata, siasatannya juga mendapati berdasarkan keterangan pegawai perbendaharaan dan kewangan Perlis, sekiranyaLO tersebut dibatalkan mengikut arahan Azlan, wang tersebut sepatutnya dipulangkan kepada kerajaan negeri, bukan kepadabekas Menteri Besar Perlis itu.Azlan, 67, didakwa atas lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti ke luar negara berjumlah lebih RM1.18 juta yang didakwa dilakukan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis antara Disember 2013 dan Disember 2017.Tuntutan itu melibatkan sebut harga tiket penerbangan ke London serta invois daripada syarikat pelancongan Sri Kedawang Travel & Tour (W) Sdn Bhd dan Aidil Travel & Tours Sdn Bhd.Beliau didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali jumlah atau nilai butir matan palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Azlan juga berdepan lima pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta antara 19 Februari 2014 dan Disember 2017 di beberapa lokasi termasuk cawangan Maybank Jalan Tuanku Abdul Rahman, CIMB Bank cawangan Putrajaya serta Hotel Sheraton Imperial di sini mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.Selain itu, beliau didakwa atas lima pertuduhan pilihan kerana menyalahgunakan wang RM1.06 juta milik kerajaan negeri Perlis yang dibayar kepada Sri Kedawang Travel dan Aidil Travel & Tours Sdn Bhd.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, CIMB Bank Cawangan Putrajaya dan Hotel Sheraton Imperial di sini antara 19 Februari2014 dan Disember 2017 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun, dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 23 April ini |
|
Lukisan jutaan dolar ???1MDB???: Picasso, Matisse antara mahakarya dalam .. - Mgazette - 31/03 3:38 pm # Lukisan jutaan dolar 1MDB: Picasso, Matisse antara mahakarya dalam perjalanan ke Putrajaya KUALA LUMPUR Misteri karya seni mewah dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semakin terungkai apabila sekurang-kurangnya empat lukisan bernilai puluhan juta dolar Amerika Syarikat (AS) kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia. Perkembangan itu diumumkan Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin yang mengesahkan proses pemulangan karya seni berprofil tinggi itu sudah memasuki fasa akhir |
|
1MDB: Empat lukisan bernilai tinggi termasuk Pablo Picasso dijangka tiba 6 April ini - SPRM - Sinarharian - 31/03 3:31 pm KUALA LUMPUR - Lukisan Pablo Picasso antara empat lukisan mewah karya pelukis tersohor dunia yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini dalam proses dibawa pulang ke Malaysia.Empat lukisan bernilai jutaan ringgit yang dimiliki peguam utama 1MDB, Jasmine Loo itu dijangka tiba pada 6 April ini.Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, semua lukisan itu dibawa pulang hasil perbincangan rasmi bersama Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) serta Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (USDOJ) di Washington DC pada Disember tahun lalu."Saya difahamkan empat lukisan ini sedang dalam proses penghantaran untuk tiba di Putrajaya (Ibu Pejabat SPRM)."Empat lukisan itu ialah L'Ecuyre et les clowns (Pablo Picasso, 1961) dengan anggaran nilai AS$26,250; Montmartre (Maurice Utrillo, 1934) (AS$50,000); tude pour femme couche (Balthus, 1948) (AS$28,125) dan Composition (Juan Mir, 1953) (AS$93,750)."Tujuh lukisan lain yang dikaitkan dengan 1MDB masih berada di bawah jagaan rumah lelong terkenal, Christie's, manakala satu lagi telah dijual," katanya pada Selasa.Mohamad Zamri berkata, pihaknya juga akan mengguna pakai Bantuan Undang-Undang Bersama (MLA) untuk membawa pulang empat lagi lukisan yang berada di Christie's.Disember lalu, Sinar Harian melaporkan 12 lukisan berkualiti tinggi dan mahal karya pelukis tersohor dunia yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB bernilai sekitar AS$30 juta (kira-kira RM140 juta) akan dipamerkan di Balai Seni Negara untuk tatapan umum sejurus tiba di negara ini.SPRM dalam kenyataan berkata, USDOJ akan mengembalikan 12 lukisan bernilai tinggi kepada Malaysia melalui SPRM sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan aset berkaitan skandal 1MDB.Persetujuan itu dicapai hasil dua siri perbincangan dua hala antara SPRM, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan USDOJ yang berlangsung di Washington DC dan New York pada 9 dan 11 Disember lalu. |
|
Bekas penyelaras DUN didakwa kemuka dokumen palsu - Sinarharian - 31/03 12:26 am ALOR SETAR - Seorang bekas penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu mengenai laporan perbelanjaan berjumlah lebih RM33,000, dua tahun lepas.Faizal Zailan, 45, didakwa mengemukakan dokumen Laporan Perbelanjaan Peruntukan Kerajaan B02 bagi November hingga Disember 2023 Penyelaras DUN Bakar Arang bertarikh 1 Januari 2024 berjumlah RM33,850 kepada Pembantu Tadbir Kewangan, DUN dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.Dia yang telah digugurkan daripada jawatan itu didakwa mempunyai sebab mempercayai dokumen tersebut mengandungi butir matan palsu mengenai Ringkasan Laporan Peruntukan Khas Perbelanjaan Peruntukan Penyelaras DUN 2023, Penyelaras DUN Bakar Arang, dengan senarai penerima bantuan peruntukan berkenaan tidak menerima wang itu.Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Penyelaras DUN Bakar Arang, Sungai Petani pada 7 Januari 2024.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah terlibat atau RM10,000, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Pegawai Pendakwa SPRM Kedah, Mohd Zulfadli Azharudin mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap Faizal.Peguam Mohd Amirul Ramli memohon jaminan lebih rendah memandangkan anak guamnya tidak lagi bertugas di Pejabat Penyelaras DUN itu dan menjalankan perniagaan sendiri dengan pendapatan tidak tetap serta menanggung isteri dan anak berusia setahun.Hakim N Priscilla Hemamalini menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 11 Mei |
|
Amanah cadang hukuman sebat pemandu mabuk sebabkan kematian - Sinarharian - 31/03 11:47 am SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) mencadangkan agar hukuman sebat dikenakan ke atas pemandu mabuk menyebabkan kematian, bagi mencerminkan keseriusan jenayah berkenaan setaraf dengan kesalahan berat lain.Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, walaupun kerajaan telah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan meningkatkan tempoh penjara sehingga 20 tahun, kes kemalangan maut melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol dilihat masih berleluasa.Menurutnya, peruntukan di bawah Seksyen 44(1) akta itu yang menetapkan hukuman penjara 10 hingga 15 tahun bagi kesalahan pertama serta 15 hingga 20 tahun bagi kesalahan kedua, masih belum memadai sebagai langkah pencegahan yang efektif."Hukuman sebat biasanya dikenakan ke atas kesalahan jenayah serius seperti rogol, rompak dan dadah |
|
Memandu bawah pengaruh alkohol hingga sebabkan kematian dikategorikan jenayah berat - Sinarharian - 31/03 11:04 am KUALA LUMPUR - Kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga mengakibatkan kematian wajar diklasifikasikan sebagai jenayah berat, seiring dengan kesan serius perbuatan berkenaan yang meragut nyawa pengguna jalan raya tidak bersalah.Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Rozmi Ismail berkata, kesalahan terbabit juga boleh dipertimbangkan untuk diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Kita boleh bawa (siasat) Seksyen 302 Kanun Keseksaan ini supaya biar orang yang melakukan perbuatan (memandu di bawah pengaruh alkohol) ini serik."Ini kerana anda tahu bahawa tidak boleh memandu dalam keadaan mabuk tetapi tetap meneruskan pemanduan, perbuatan itu seperti ada niat (membunuh), namun ini terpulang kepada mahkamah untuk menilai tetapi siasatan boleh dijalankan mengikut Kanun Keseksaan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.Rozmi berkata, undang-undang sedia ada ketika ini perlu diperketat selain ditambah baik dengan memberi tumpuan kepada elemen keadilan kepada mangsa dan keluarga yang terkesan."Jika melihat kesan pada pihak mangsa, saya rasa ni sangat tidak adil |
|
Ops Viking: Victor Chin antara 10 individu ditahan, ratusan juta aset .. - Mgazette - 31/03 7:40 am # Ops Viking: Victor Chin antara 10 individu ditahan, ratusan juta aset disita KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengesahkan ahli perniagaan Victor Chin Boon Loong antara 10 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menerusi Ops Vikingdari15 Okt 2025hingga 13 Jan lepas |
|
PM perlu dedah laporan siasatan isu saham Azam Baki – Albert - Mgazette - 31/03 7:40 am # PM perlu dedah laporan siasatan isu saham Azam Baki - Albert KUALA LUMPUR Perdana Menteri digesa segera mendedahkan hasil siasatan berhubung isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan laporan Bloomberg yang mendakwa beliau menghalang pendedahan siasatan itu di tengah spekulasi jawatankuasa khas siasatan yang menemui sekurang-kurangnya RM14 juta saham terkait dengannya |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |