| /// |
|
| Search : Pendakwa Raya News | Page 1 |
|
Bomba Pahang terima laporan purata 17 kes kebakaran setiap hari sejak... - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Bomba Pahang terima laporan purata 17 kes kebakaran setiap hari sejak 22 Mac PEKAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menerima laporan secara purata 17 kes sehari berkaitan pembakaran terbuka di seluruh negeri sejak Hari Raya Aidilfitri kedua iaitu pada 22 Mac lepas |
|
Tok Him mahu orang ramai serta himpunan bantah kenaikan minyak Ahad ini - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Tok Him mahu orang ramai serta himpunan bantah kenaikan minyak Ahad ini KUALA LUMPUR - Presiden Parti Putra, Datuk Ibrahim Ali menyeru orang ramai berhimpun beramai-ramai menentang kenaikan harga minyak di depan Pasar Raya Sogo Ahad ini |
|
Tentera Darat Malaysia siasat insiden anggota cedera dipukul pegawai .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm # Tentera Darat Malaysia siasat insiden anggota cedera dipukul pegawai BENTONG - Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak terbabit dalam insiden mendatangkan kecederaan terhadap anggota tentera dalam kejadian di Kem Bentong |
|
KP JAS, timbalannya didakwa kes rasuah di mahkamah esok – Azam - Mgazette - 2/04 3:36 pm Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, perkara itu disahkan Jabatan Peguam Negara selepas kertas siasatan sudah disiapkan. Persetujuan daripada pihak pendakwa raya, atau peguam negara, telahpun kita perolehi dan pertuduhan dijangka keesokan hari terhadap kedua-dua Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar |
|
Anggota Tentera Kritikal : Mangsa Dip*kul Bersama 6 Anggota Lain Sebab Tak Puas Hati - Lobakmerah - 2/04 3:34 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Ceroboh Mindef: Tujuh saksi dijangka beri keterangan - Kosmo - 2/04 3:30 pm KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan dijangka memanggil tujuh saksi dalam kes dua warga China yang didakwa mengambil gambar dari udara menggunakan dron di kawasan larangan Kementerian Pertahanan (Mindef) tahun lalu. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd |
|
896 Kes Direkodkan, Kompaun Hampir RM100 Ribu Sempena Aidilfitri – KPDN - Lobakmerah - 2/04 3:18 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Sekatan jalan raya berskala tinggi dilaksana banteras pemandu mabuk - Utusan - 2/04 3:08 pm PETALING JAYA: Sekatan jalan raya (SJR) dan operasi khas bersepadu berskala tinggi akan dipertingkatkan bagi membanteras aktiviti pemandu mabuk di jalan raya |
|
Harga petrol naik! Ibrahim Ali ajak rakyat turun jalan raya ahad ini - Mdateline - 2/04 2:46 pm Presiden Parti Putra, Ibrahim Ali menggesa orang ramai supaya turun beramai-ramai menyertai himpunan membantah kenaikan harga minyak yang dijadual berlangsung Ahad ini di hadapan Sogo |
|
Tak puas hati kerja pembersihan stor senjata punca anggota tentera parah dipukul - Sinarharian - 2/04 2:23 pm KUALA LUMPUR Tidak puas hati terhadap kerja pembersihan stor senjata dilaporkan menjadi punca seorang anggota tentera parah dipukul di kem Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja, Pahang pada Isnin lalu.Sel Perhubungan Raya Tentera Darat memaklumkan siasatan awal mendapati seorang anggota Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) menggunakan kekerasan dengan menampar dan menumbuk tujuh anggota kem berkenaan di bahagian muka dan perut."Akibat kejadian itu, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum diberikan rawatan kecemasan awal di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) 25 RAMD."Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Bentong sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan kini menerima rawatan rapi menggunakan alat bantuan pernafasan," katanya.Dalam kejadian sama, enam anggota tentera lain dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan."Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Bentong oleh polis selepas keterangan mereka diambil."Anggota PTTR yang disyaki terlibat telah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan lanjut," katanya.Menurutnya, TDM memandang serius insiden tersebut dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat."TDM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang menyalahi undang-undang serta peraturan sedia ada," katanya.Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan selain menghormati privasi mangsa dan keluarganya."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan seorang anggota tentera dilaporkan koma selepas dipercayai dipukul dalam kejadian itu.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa salah seorang mangsa pada jam 8.45 pagi, Selasa.Siasatan awal mendapati suspek, seorang anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun, terbabit dalam kejadian itu.Susulan itu, polis menahan suspek pada jam 2.30 petang, Selasa bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan perintah reman terhadap suspek diperoleh selama empat hari bermula 1 hingga 4 April ini. |
|
Pakar psikiatri percaya Zara Qairina hilang mekanisme cegah diri selepas konfrontasi - Sinarharian - 2/04 2:15 pm KOTA KINABALU - Pakar perunding psikiatri forensik percaya Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir kehilangan mekanisme mencegahnya daripada jatuh selepas konfrontasi yang berlaku di dorm A3-6.Dr Chua Sze Hung, 43, dari Hospital Mesra Bukit Padang Kota Kinabalu berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari selepas selesai membaca keterangan bertulis yang disediakan di Mahkamah Koroner, di sini, pada Khamis.Dalam soalan yang dikemukakan Mohd Fairuz bertanya, adakah tiada mekanisme daya tindak yang boleh mencegah Zara Qairina daripada mengakhiri nyawanya pada malam kejadian?"Mekanisme daya tindaknya kebanyakannya bergantung kepada sokongan rakan sebaya, menulis diari, serta sebahagiannya NSSI (mencederakan diri)"Pada malam kejadian, selepas konfrontasi di A-36, saya percaya beliau telah kehilangan mekanisme daya tindak biasanya," kata Sze Hung di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.Bagaimanapun, pakar itu menyatakan bahawa beliau tidak percaya satu faktor saja menyebabkan kejadian."Namun, konfrontasi di A-36 adalah pencetus dan faktor pencetus," jelasnya.Ditanya mengenai isu proses soal siasat serta perasaan terasing atau dipinggirkan, beliau menjelaskan bahawa berdasarkan rekonstruksi kejadian di A36, selepas konfrontasi berlaku, saksi menyatakan si mati berada dalam keadaan sangat tertekan, menangis dan menjerit penafian."Ia adalah tingkah laku yang luar biasa bagi dirinya |
|
Parti baharu Hamzah perlu sertai PN Shahidan - Sinarharian - 2/04 2:08 pm KUALA NERUS - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang dikatakan bakal menerajui sebuah parti baharu disarankan agar menyertai gabungan politik yang lebih kukuh bagi memperkasakan blok pembangkang ketika ini.Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, langkah menyertai gabungan besar seperti Perikatan Nasional (PN) adalah strategi paling tepat untuk memastikan parti baharu tersebut mempunyai kedudukan yang stabil."Langkah menubuhkan parti baharu boleh menjadi strategi tepat, tetapi ia tidak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan gabungan besar |
|
Penolong pegawai hal ehwal Islam didakwa kemuka tuntutan palsu RM135,000 - Sinarharian - 2/04 2:05 pm KANGAR - Seorang penolong pegawai hal ehwal Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pendaftaran semula saudara baharu berjumlah RM135,000, empat tahun lepas.Mohammad Nurhelmy Norman, 29, yang kini bekerja sebagai pemandu e-hailing selepas digantung tugas, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi.Lelaki itu didakwa menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu dengan niat memperdayakan prinsipalnya melibatkan tuntutan bayaran pendaftaran semula dua saudara baharu berjumlah RM3,500 pada 2022, 15 orang berjumlah RM40,000 pada 2023 dan 33 orang berjumlah RM91,500 pada 2024.Kesalahan itu didakwa dilakukan semasa dia berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred 29 di Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di pejabat JAIPs, Kompleks Islam Perlis, Persiaran Jubli Emas di sini.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai terlibat atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat melaporkan diri di Pejabat SPRM di sini setiap bulan dan menetapkan sebutan semula pada 20 Mei untuk serahan dokumen.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala lelaki itu diwakili peguam Siti Salwa Ja'afar.- Bernama |
|
PN sedia pertimbang kemasukan parti baharu, keputusan di tangan Majlis Presiden - Sinarharian - 2/04 1:41 pm KUALA NERUS - Perikatan Nasional (PN) terbuka kepada mana-mana pihak yang berhasrat menyertai gabungan itu, namun keputusan akhir tertakluk kepada budi bicara Majlis Presidennya.Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Datuk Razali Idris berkata,setiap permohonan perlu melalui proses penilaian teliti oleh kepimpinan tertinggi gabungan itu."Sebenarnya semua parti boleh mohon untuk masuk PN, tetapi yang membuat keputusan adalah Ahli Majlis Tertinggi PN."Jika dikira, kita sudah mempunyai banyak parti Melayu |
|
Ketua Pengarah JAS, timbalan dijangka dituduh esok - Sinarharian - 2/04 12:40 am PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan timbalannya dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah memperoleh persetujuan daripada pendakwa raya untuk meneruskan pertuduhan berkenaan."Persetujuan daripada pihak pendakwa raya telah kita perolehi |
|
Rasuah e-waste, KP JAS, timbalan akan didakwa esok - FMT - 2/04 12:38 am Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pertuduhan dibuat selepas mendapat persetujuan pendakwa raya dan peguam negara. |
|
Tegasnya Disalah Erti, Filem Raya Sedih Dari Kisah Benar, Ramai Tersentak Dengar Jawapan Ayah - Siakapkeli - 2/04 12:23 am Tegasnya Disalah Erti, Filem Raya Sedih Dari Kisah Benar, Ramai Tersentak Dengar Jawapan Ayah |
|
58 kes kemalangan maut libat pemandu mabuk, dadah dalam tempoh dua tahun - Sinarharian - 2/04 11:50 am KUALA LUMPUR - Sebanyak 58 kes kemalangan maut melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah direkodkan dalam tempoh dua tahun belakangan ini.Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohammed Hasbullah Ali berkata, daripada jumlah itu, 27 kes direkodkan pada 2024, manakala 31 kes pada 2025."Walaupun peningkatan tersebut tidak terlalu ketara, setiap insiden melibatkan kehilangan nyawa adalahserius dan tidak boleh dipandang ringan."Kes-kes ini berpunca daripada tingkah laku yang sebenarnya boleh dielakkan |
|
Hadiah Raya Paling Wow! Mak Belanja Barang Kemas Untuk 8 Anak, Buat Ramai Terpegun - Siraplimau - 2/04 10:43 am Aidilfitri bukan sekadar perayaan kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga menjadi medan untuk menzahirkan kasih sayang dan mengeratkan hubungan kekeluargaan |
|
Yusuf Bahrin, Zizi Kirana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah - Hmetro - 2/04 10:30 am Shah Alam: Insya-Allah, semua okay |
|
Sukar bebankan premis sepenuhnya atas tindakan pemandu mabuk, kata persatuan - FMT - 2/04 10:00 am Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia berkata tanggungjawab individu adalah prinsip asas dalam perundangan jalan raya. |
|
Cikgu PJ Konsisten Lari 4KM Ke Sekolah Setiap Hari Demi Sahut Seruan Kerajaan - Thevocket - 2/04 9:25 am Setiap pagi, ketika jalan raya mula sesak dengan kenderaan, Ahmad Zaki Febiansyah memilih cara yang berbeza untuk ke tempat kerja |
|
Sampai bila naik taraf Hospital Bukit Mertajam tertangguh? - Utusan - 2/04 9:00 am KERAJAAN disaran supaya memberi keutamaan berkaitan cadangan projek menaiktaraf Hospital Bukit Mertajam yang terletak ditengah pusat bandar dengan kapasiti melebihi 200,000 penduduk daripada jumlah keseluruhan populasi Seberang Perai Tengah |
|
Public sector, GLCs to WFH from April 15 - PM - Sinardaily - 2/04 8:15 am PETALING JAYA - A work-from-home (WFH) directive for government ministries, agencies, statutory bodies and government-linked companies (GLCs) will take effect from April 15 as the government moves early to cushion the impact of a global energy crisis.In a special briefing on Wednesday (April 1), Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said detailed guidelines for the implementation would be announced soon, but stressed that the move is part of a broader strategy to safeguard Malaysias energy security and protect the public from sudden price shocks.He said the government chose to act pre-emptively through the Inisiatif Sokongan Rakyat (Peoples Support Initiative), rather than wait for the fallout from the escalating conflict in the Middle East to hit households and businesses.He warned that the global situation is expected to worsen before it improves and that the recovery period will be prolonged.Among the measures already put in place are a monthly 200-litre quota under the Budi Madani 95 scheme and full enforcement of the subsidised diesel mechanism in Sabah, Sarawak and Labuan.Anwar said these steps are aimed at cushioning the impact of higher global oil prices while ensuring that subsidies remain better targeted.He revealed that the government is currently spending about RM4 billion a month to absorb the spike in oil prices and shield consumers.This is not a small matter |
|
Kerajaan digesa kuat kuasa undang-undang wajibkan penjenayah bayar pampasan - FMT - 2/04 7:45 am Peguam berkata, Seksyen 426 Kanun Prosedur Jenayah boleh diguna pakai untuk wajibkan pesalah dalam kes nahas jalan raya bayar pampasan kepada mangsa. |
|
KTMB Catat Lonjakan 102% Penumpang Musim Raya, Tren Kembali Jadi Pilihan Utama - Careta - 2/04 12:39 am Berdasarkan siaran media rasmi KTMB, jumlah keseluruhan penumpang yang menggunakan perkhidmatan mereka bagi tempoh 24 Mac hingga 7 April 2026 mencecah 202,600 orang, iaitu peningkatan sebanyak 102 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu |
|
Timbang serius haram arak secara total ??? Peguam jenayah - Mgazette - 2/04 12:37 am # Timbang serius haram arak secara total Peguam jenayah KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya kerajaan memulakan perbincangan serius mengenai pengharaman arak secara total atau sekurang-kurangnya mengetatkan kawalan penjualan secara drastik |
|
Anthony Loke ziarah isteri Amirul Hafiz, serah sumbangan peribadi - Mgazette - 2/04 12:37 am # Anthony Loke ziarah isteri Amirul Hafiz, serah sumbangan peribadi KUALA LUMPUR Menteri Pengangkutan, Anthony Loke petang tadi menziarahi isteri Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang terbunuh dalam kemalangan disebabkan pemandu mabuk dan di bawah pengaruh dadah dalam kejadian Ahad lalu |
|
Pemandu mabuk: Wajibkan penjamin ahli keluarga semasa mohon lesen memandu .. - Mgazette - 2/04 12:37 am # Pemandu mabuk: Wajibkan penjamin ahli keluarga semasa mohon lesen memandu - MIC KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mempertimbangkan satu pendekatan yang lebih tegas dan berkesan dalam menagani isu pemandu mabuk, termasuk mewajibkan penjamin dalam kalangan ahli keluarga seperti ibu bapa atau adik-beradik semasa permohonan lesen memandu |
|
NAFAZ dilancar di KLCC, sasar revolusikan industri perkahwinan mewah Malaysia - Harapandaily - 1/04 10:31 pm FOTO BERITA: Majlis Glam Raya Nafaz X Nona & Pelancaran NAFAZ bersama Aishah Radhiah Adanan CEO Nafaz di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur |
|
Kerajaan negeri sibuk jelajah luar, rakyat Terengganu masih tunggu penyelesaian isu asas - Thempress - 1/04 9:06 pm KETIKA rakyat Terengganu masih berdepan pelbagai cabaran ekonomi dan peluang pekerjaan yang terhad, kerajaan negeri dilihat lebih memberi tumpuan kepada penganjuran Jelajah Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anak Terengganu di Perantauan… |
|
Saksi sahkan anak tidak saksikan kejadian Zara Qairina seperti didakwa - Sinarharian - 1/04 6:34 pm Saya tanya kenapa dia rasa bersalah, kemudian dia jawab 'kalau saya tegur dia (Zara) hari itu, kalau saya tanya bagus-bagus'."Dia berharap perkara itu tidak terjadi, mungkin Zara boleh berfikir baik-baik, dia cakap dia boleh pujuk, tetapi dia tidak tegur, dia tidak tanya sebab sibuk, penat latihan, dan balik tidur," katanya.Saksi juga diminta menjelaskan bagaimana emosi anaknya semasa memaklumkan kejadian menimpa Zara Qairina."Semasa dia beritahu yang Zara jatuh, dia menangis sangat teruk, teresak-esak. Tetapi semasa dia bercerita di dalam kereta selepas beberapa bulan kejadian, dia bercerita dalam keadaan tenang dan dia masih juga mengatakan, 'ibu jangan lagi tanya siapa-siapa, ibu doa saja Zara'," katanya.Sebelum itu, dalam inkues tersebut, Farrah bersama rakan sepasukannya yang terdiri daripada Shahlan Jufri, Datuk Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi dan Elhanan James mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.Nurul Rafeeqa pula bersama rakan sepasukannya terdiri daripada Sherzali Herza Asli dan Clarice Vyonne Conrad mewakili bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim.Turut terlibat dalam prosiding itu ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan yang mewakili pelajar A, selain Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan yang mewakili empat lagi pelajar.Pasukan pegawai pengendali pula terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah bersama Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus dan Hakim Koroner ialah Amir Shah bin Amir Hassan.Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. |
|
Pemandu cuai bakal berdepan hukuman lebih berat jika sebabkan kematian - Sinarharian - 1/04 6:06 pm KUALA LUMPUR Tindakan tegas termasuk pertimbangan hukuman lebih berat akan diambil terhadap mana-mana individu yang memandu secara cuai atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian, khususnya melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohammed Hasbullah Ali berkata, pendekatan itu selaras dengan usaha berterusan memperkukuh penguatkuasaan serta memberi mesej jelas bahawa kecuaian di jalan raya tidak akan dikompromi.Beliau berkata, pihaknya memandang serius setiap kes kemalangan maut yang berlaku dan tidak akan berkompromi dalam tindakan undang-undang.Menurutnya, setiap kesalahan lalu lintas yang mengakibatkan kehilangan nyawa akan disiasat secara menyeluruh dan telus tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak."Tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak, tindakan tegas termasuk pertimbangan hukuman yang lebih berat akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati cuai atau memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian."Ini termasuk kes melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata demikian susulan satu kemalangan maut yang berlaku pada 29 Mac lalu kira-kira jam 11.30 pagi di Jalan Raya Barat, Klang.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal dan dua kenderaan lain."Kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan yang dipandu lelaki tempatan memasuki laluan bertentangan ketika cuba memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan sebuah motosikal yang sedang bergerak lurus."Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal, lelaki tempatan berusia 32 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.Mohammed Hasbullah berkata, susulan kejadian itu, pemandu terlibat telah didakwa di Mahkamah Klang pada 1 April 2026."Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun."Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, tertuduh juga boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali," katanya.Beliau berkata, JSPT akan terus mempergiat usaha penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.Katanya, semua pengguna jalan raya turut diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan mengamalkan pemanduan berhemah."Setiap pengguna jalan raya perlu memainkan peranan masing-masing dan bertanggungjawab bagi mengelakkan tragedi yang meragut nyawa," katanya. |
|
Police credit Volunteer Smartphone Patrol app for crime drop during Hari Raya - Malaymail - 1/04 4:59 pm KUALA LUMPUR, April 1 The Volunteer Smartphone Patrol (VSP) application used during Op Selamat 26 has helped low... |
|
“Dua hari tak boleh tidur, terbayang tangan terkulai… Saksi Kongsi Detik Ngeri Penunggang Motor Mel*mbung - Lobakmerah - 1/04 4:56 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Kes amang seksual murid lelaki: Guru kaunseling diarah jalani penilaian psikiatri - Sinarharian - 1/04 4:10 pm SEREMBAN Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu mengarahkan seorang guru kaunseling yang berdepan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 11 tahun serta memiliki bahan pornografi kanak-kanak supaya menjalani penilaian psikiatri.Hakim Surita Budin membuat keputusan itu selepas permohonan dibuat oleh peguam Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili tertuduh, Mohd Khairulnizam Muslin, 45."Tertuduh akan dirujuk ke Hospital Permai bagi tujuan tersebut dan prosiding akan diteruskan selepas memperoleh keputusan," katanya.Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni sebelum itu memaklumkan bahawa pihaknya tidak membantah permohonan berkenaan.Mengikut pertuduhan, Mohd Khairulnizam didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di sebuah bilik kaunseling sekolah pada September 2023.Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Selain itu, tertuduh turut berdepan satu pertuduhan memiliki 180 gambar dan klip video yang memaparkan penderaan seksual kanak-kanak yang ditemui di dalam sebuah komputer riba miliknya di sebuah rumah di Seremban pada 12 Disember 2023.Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 10 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pada Disember tahun lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) bersetuju menarik balik pertuduhan ketiga terhadap tertuduh yang melibatkan serangan seksual terhadap seorang lagi murid berusia 11 tahun selepas representasi dikemukakan oleh pihak pembelaan. |
|
MARA Ambil Dua Anak Mangsa Nahas Pemandu Mabuk Sebagai Anak Angkat, Jamin Pendidikan Hingga Tamat Sekolah - Beautifulnara - 1/04 4:08 pm Majlis Amanah Rakyat (Mara) tampil membantu dua kanak-kanak yang kehilangan bapa dalam nahas jalan raya di Klang dengan mengambil mereka sebagai anak angkat di bawah Yayasan Pelajaran Mara (YPM) |
|
Yamaha Tnr 700 2026 kini di Malaysia dari RM58,998 - Careta - 1/04 3:55 pm Apa yang menarik, model ini bukan sekadar fokus kepada perjalanan jauh, tetapi turut menawarkan kemampuan off-road yang sebenar |
|
Padah buang sampah, tiga didenda RM2,800 Padah buang sampah, tiga didenda .. - Mgazette - 1/04 3:50 pm JOHOR BAHRU Sikap tidak bertangungjawab tiga individu termasuk dua warga asing membuang sampah merata-rata pada Januari lalu mengundang padah apabila mereka didenda RM2,800 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini |
|
2 jam ???terperangkap??? susulan kemalangan maut di Jambatan P.Pinang - Mgazette - 1/04 3:50 pm # 2 jam terperangkap susulan kemalangan maut di Jambatan P.Pinang GEORGE TOWN - Pengguna jalan raya dari arah pulau menghala ke Perai berdepan kesesakan teruk hampir dua jam susulan kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal, pagi tadi |
|
Tak faham bahasa Melayu, prosiding kes bunuh dua warga Myanmar ditunda - Mgazette - 1/04 3:50 pm Kedua-dua tertuduh, Myat Thu Khaing dan Sein Win Aung, tidak memahami bahasa Melayu menyebabkan pertuduhan gagal dibacakan kepada mereka semasa prosiding berlangsung. Timbalan Pendakwa Raya, Siti Marissa Safina Saiful Adli memohon mahkamah menetapkan satu tarikh bagi pelantikan jurubahasa bahasa Myanmar bagi memastikan pertuduhan dapat disampaikan dengan jelas kepada kedua-dua tertuduh |
|
Diyat untuk mangsa nahas perlu berteraskan Maqasid Syariah – AMK... - Mgazette - 1/04 3:50 pm # Diyat untuk mangsa nahas perlu berteraskan Maqasid Syariah - AMK Terengganu KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu menyatakan sokongan bersyarat terhadap cadangan pelaksanaan mekanisme diyat sebagai pampasan kepada waris mangsa kemalangan |
|
Tuntutan pampasan mangsa langgar pemandu mabuk hingga RM1 juta – .. - Mgazette - 1/04 3:50 pm # Tuntutan pampasan mangsa langgar pemandu mabuk hingga RM1 juta - Peguam KLANG Peguam Mohd Faizi Che Abu tidak menolak kemungkinan akan membuat tuntutan sehingga RM1 juta bagi pihak anak guamnya, Nor Nadia Abdul Abdul Majid, 32 yang kehilangan suaminya yang maut dilanggar pemandu kereta dalam keadaan mabuk, Ahad lalu |
|
Juruteknik mabuk didakwa bunuh penghantar makanan Juruteknik mabuk didakwa .. - Mgazette - 1/04 3:50 pm Bagi pertuduhan pengambilan dadah, suspek mengaku bersalah bagaimanapun tidak ditawarkan ikat jamin kerana dia turut berdepan kes bunuh. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam |
|
Saya nak nyawa dibalas nyawa ??? Isteri mangsa pemandu mabuk - Mgazette - 1/04 3:50 pm # Saya nak nyawa dibalas nyawa Isteri mangsa pemandu mabuk KLANG Isteri kepada arwah Amirul Hafiz Omar, mangsa kemalangan maut dirempuh pemandu mabuk, Nor Nadia mahu pelaku terbabit mendapat hukuman setimpal dengan jenayah dilakukan |
|
Buletin Honda Malaysia Lancar Kempen “hybrid Done Right”. .. - Mekanika - 1/04 3:50 pm # HONDA MALAYSIA LANCAR KEMPEN "HYBRID DONE RIGHT" |
|
Wanita mengaku salah pecah amanah RM32,000 bayar hutang ah long - Sinarharian - 1/04 3:39 pm BATU PAHAT - Seorang pekerja kedai serbaneka mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Batu Pahat pada Rabu atas tujuh pertuduhan pecah amanah membabitkan wang lebih RM32,000 yang digunakan bagi melunaskan hutang ceti haram atau ah long.Tertuduh, Nurfatin Najwa Ahmad Bzli, 23, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh sejurus semua pertuduhan dibacakan terhadapnya.Berdasarkan pertuduhan, wanita yang belum berkahwin itu didakwa menyalahgunakan wang tunai hasil jualan harian berjumlah RM32,101.70 milik sebuah kedai serbaneka di Taman Soga antara 21 hingga 27 Mac lalu.Kes dikemukakan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, selain denda dan sebatan jika sabit kesalahan, namun pesalah wanita dikecualikan daripada hukuman sebatan.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 14 tahun serta dikenakan denda.Bagaimanapun, Seksyen 289 Kanun Prosedur Jenayah memberikan pengecualian hukuman sebatan terhadap pesalah wanita.Menurut laporan yang dibuat, pihak pengurusan kedai serbaneka terbabit mendapati wujud aliran tunai mencurigakan sebelum menjalankan audit.Pada 19 Mac lalu, tertuduh ditugaskan mengira stok serta menjaga kaunter pembayaran kerana menggantikan seorang pekerja kedai serbaneka terbabit yang cuti bersalin.Kejadian terbongkar apabila pihak pengurusan mendapati jumlah stok dan pendapatan harian tidak selari sebelum menjalankan pemeriksaan.Hasil siasatan mendapati tertuduh mengaku melakukan pecah amanah kerana mahu membayar hutang ah long.Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Memandangkan tertuduh mengaku bersalah, pihak pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin serta memohon tarikh bagi sebutan fakta dan hukuman.Mahkamah memutuskan tiada jaminan ditawarkan dan kes disebut semula pada Jumaat ini untuk fakta dan hukuman. |
|
Dua hari tak tidur, terbayang mangsa jatuh atas bumbung kereta - Kosmo - 1/04 3:18 pm KLANG Seorang lelaki masih dihantui trauma selepas menyaksikan sendiri detik ngeri seorang penunggang motosikal yang terjatuh di atas bumbung keretanya dalam kemalangan maut di Jalan Raya Barat di sini, Ahad lalu |
|
'Nyawa dibalas nyawa, saya bersyukur dia telah didakwa' - Nor Nadia menangis di mahkamah - Sinarharian - 1/04 3:07 pm KLANG Isteri penunggang motosikal yang maut dirempuh seorang pemandu hingga melambung ke atas sebuah kereta, berpuas hati apabila lelaki yang disiasat berhubung kemalangan itu didakwa atas pertuduhan membunuh.Nor Nadia Abdul Majid, 32, juga menangis ketika pegawai dari bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Klang Selatan, menyapanya selepas pertuduhan dibuat."Saya bersyukur dia telah didakwa, Alhamdulillah |
|
I cannot sleep: Blue Myvi driver relives moment motorcyclist fell onto car in fatal Klang crash - Sinardaily - 1/04 3:06 pm KLANG A driver remains traumatised after a motorcyclist landed on the roof of his car during a fatal accident along Jalan Raya Barat here on Sunday.The man, who wished to be known as Megan, 42, said he had been unable to sleep for two days as the incident kept replaying in his mind.He said he was driving a Perodua Myvi with a friend while heading towards Port Klang when the incident occurred.The situation unfolded rapidly before he realised the victim had landed on top of his vehicle.I thought my car did not hit anything |
|
Saksi ceritakan pertemuan singkat 10 minit dengan Zara Qairina-Peguam - Sinarharian - 1/04 2:54 pm Ditanya juga sama ada dia tahu jika senior pernah memanggil Zara, saksi mengatakan tidak tahu," katanya.Sebelum itu, Shahlan hadir bersama rakan sepasukannya iaitu Datuk Rizwandean M. Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.Peguam yang mewakili bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.Datuk Ram Singh bersama rakan sepasukannya, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan merupakan peguam yang mewakili Pelajar A, iaitu antara lima remaja yang dikaitkan dalam kes tersebut.Sementara itu, Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan mewakili empat lagi pelajar lain yang turut terlibat dalam inkues tersebut.Pasukan pegawai pengendali pula terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah bersama Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S |
|
Man charged with attempted murder after allegedly trying to smother wife with pillow - Sinardaily - 1/04 2:52 pm IPOH - An unemployed man was charged at the Sessions Court here today with attempting to kill his wife at their home last week.Mohd Yusof Mat Yatim, 42, pleaded not guilty after the charge was read out before Judge Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.According to the charge, Mohd Yusof was charged with attempting to kill Syazwana Mohd Talaha, 38, by covering her face with a pillow, knowing that the act could cause her death.The offence was allegedly committed at a house in Taman Changkat Lada Raya, Seberang Perak, Kampung Gajah in the Perak Tengah district at 9 am on March 25.The charge, under Section 307 of the Penal Code, carries a 10-year jail sentence and a fine or imprisonment of up to 20 years or can be punished with the death penalty if injury is caused and the accused is subject to life imprisonment, if convicted.Earlier, Prosecuting Officer Inspector Zahira Musa requested that the accused not be granted bail on the grounds that he had acted aggressively and attempted to jump from the fourth floor of a building during the investigation.The court set May 4 for mention for Mohd Yusof to appoint a lawyer |
|
Widow of viral crash victim fears son will blame self as father died on errand for maths book - Sinardaily - 1/04 2:32 pm KLANG The wife of a motorcyclist who was killed in a collision fears her eldest child may be bullied and end up feeling guilty, as the deceased had gone out to buy books before the accident that flung him onto a car.Nor Nadia Abdul Majid, 32, said she hopes the public will offer support and safeguard her childrens emotional wellbeing.I dont want him to feel guilty, to be pressured with all sorts of questions or bullied at school, thats what Im afraid of.I worry he will blame himself for wanting textbooks, which led to my late husband going out on his motorcycle, she said, holding back tears when met outside the Magistrates Court here on Wednesday.The mother of three said her eldest child misses his father deeply and has even wanted to sleep in his fathers clothes.Nadia added that her youngest child, who is still very young and has never been to a cemetery, often says, Papa is inside (the grave).Despite the hardship, she, who works as a p-hailing delivery rider alongside her late husband Amirul Hafiz Omar, 33, hopes her children will remain strong in coping with the loss of their father.She also expressed gratitude to all parties who have extended support and assistance, including the Social Welfare Department (JKM), which has offered counselling services for her children.Moving forward, she said the family will relocate to Taiping, Perak, with arrangements to transfer the childrens schools to be made soon.If Im busy here, theres no one to help look after the children, so Ive decided to return to my hometown |
|
'Risau anak rasa bersalah sebab arwah keluar beli buku' - Sinarharian - 1/04 2:22 pm KLANG - Isteri kepada penunggang motosikal yang maut dirempuh tidak mahu anak sulungnya dibuli sehingga menimbulkan rasa bersalah kerana arwah keluar membeli buku sebelum terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan mangsa melambung ke atas sebuah kereta.Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, dia memohon semua pihak memberi sokongan dan menjaga emosi anak-anaknya."Saya tak nak dia rasa bersalah, ditekan dengan pelbagai soalan atau dibuli di sekolah, itu yang saya takutkan."Saya bimbang dia salahkan diri sendiri sebab mahu buku teks sehingga menyebabkan arwah suami keluar menunggang motosikal," katanya seakan menahan air mata ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Ibu kepada tiga anak itu berkata, anak sulungnya juga terlalu merindui bapanya sehingga mahu memakai baju arwah ketika tidur.Nor Nadia berkata, anak bongsunya yang masih kecil dan tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah perkuburan sering menyebut "Papa dekat dalam (kubur)".Meskipun berdepan dengan dugaan ini, dia yang bekerja sebagai penghantar barang p-hailing bersama arwah suami, Amirul Hafiz Omar, 33, berharap anak-anaknya dapat terus kuat menghadapi kehilangan bapa mereka.Dalam pada itu, dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan bantuan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menawarkan khidmat kaunseling untuk anak-anak.Selepas ini, katanya, mereka sekeluarga akan berpindah ke Taiping, Perak, malah urusan perpindahan sekolah anak-anak akan dibuat dalam masa terdekat."Di sini, kalau saya sibuk, anak-anak tak ada orang nak tolong tengokkan, jadi saya ambil keputusan untuk pulang ke kampung."Sekurang-kurangnya mereka boleh tengok-tengokkan anak saya kelak," katanya.Pada pagi Rabu, R |
|
'Tiba-tiba ada orang atas bumbung kereta, tangan terkulai di cermin depan' - Pemandu Myvi biru akui trauma - Sinarharian - 1/04 2:21 pm KLANG "Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan."Itu luahan individu yang mahu dikenali sebagai Megan, 42, saksi utama yang masih trauma selepas menyaksikan sendiri detik ngeri seorang penunggang motosikal terjatuh di atas bumbung keretanya dalam kemalangan maut di Jalan Raya Barat di sini, Ahad lalu.Lelaki yang memandu kereta jenis Perodua Myvi itu berkata, ketika kejadian dia bersama seorang rakannya dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang.Jelasnya, keadaan berlaku begitu pantas sebelum dirinya menyedari mangsa sudah berada di atas kenderaannya."Saya ingatkan kereta itu tidak langgar apa-apa |
|
Penggunaan VSP bantu turunkan jenayah musim perayaan - Sinarharian - 1/04 1:57 pm KUALA LUMPUR Penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) sepanjang Op Selamat 26 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini membantu merekodkan perkembangan positif indeks jenayah dengan penurunan sebanyak 111 kes.Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penurunan itu melibatkan pengurangan daripada 858 kes pada tahun 2025 kepada 747 kes bagi tempoh sama tahun ini.Menurutnya, pelaksanaan Op Selamat 26 mencerminkan peningkatan kolaborasi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat melalui penggunaan aplikasi VSP serta strategi pencegahan jenayah yang lebih tersusun dan berfokus."Sepanjang tempoh perayaan, penggunaan modul aduan melalui VSP meningkat daripada 80 kes kepada 150 kes."Modul pemakluman balik kampung pula mencatatkan lonjakan daripada 8,036 kepada 16,889, manakala penggunaan butang kecemasan meningkat daripada lima kepada tujuh kes," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, Op Selamat 26 turut merekodkan sebanyak 61,122 rumah ditinggalkan yang dilawati pihak polis dengan 31,636 rondaan MPV dilaksanakan."Sebagai perbandingan, Op Selamat 24 sebelum ini mencatatkan 76,274 rumah ditinggalkan dilawati dengan 37,429 rondaan MPV."Perkembangan positif indeks jenayah ini membantu meningkatkan keberkesanan rondaan MPV serta lawatan ke rumah ditinggalkan secara lebih komprehensif," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, setakat 30 Mac 2026, jumlah keahlian aplikasi VSP telah mencecah 1,705,852 pengguna."Pencapaian ini mencerminkan tahap kesedaran dan komitmen masyarakat yang semakin tinggi dalam usaha pencegahan jenayah bersama PDRM," katanya.Tambah beliau, pihaknya akan terus memperkukuh strategi pencegahan jenayah melalui rondaan, penguatkuasaan serta penglibatan komuniti."Bertunjangkan slogan Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada, sinergi ini diyakini mampu mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan negara secara berterusan," katanya |
|
Video : Tidak bijak guna dana awam sambut raya Mufti Perlis - Harapandaily - 1/04 1:12 pm ...eb_id=7436983664234071572 The post Video : Tidak bijak guna dana awam sambut raya Mufti Perlis appeared first on Harapan Daily . |
|
Klang crash: Amiruls widow to sue man charged over his death for RM1 million - Sinardaily - 1/04 1:06 pm KLANG The widow of a motorcyclist killed after being flung onto a car in a high-profile collision intends to file a RM1 million lawsuit against the man charged with her husband's murder.Lawyer Mohd Faizi Che Abu, representing 32-year-old Nor Nadia Abdul Majid said the final amount for the civil suit has not yet been finalised as calculations must be based on specific factors.Legally, we cannot claim compensation based on emotion |
|
Putra Heights tragedy: Residents have moved forward despite occasionally reliving trauma - Sinardaily - 1/04 12:48 am KUALA LUMPUR - A year has passed, but the gas explosion tragedy in Putra Heights, Subang Jaya, remains etched in the memory of the residents.The incident that shocked the nation on the 2nd of Syawal last year not only robbed the joy of Hari Raya Aidilfitri from that community but also changed the landscape of Kampung Kuala Sungai Baru in an instant due to a loud explosion that residents initially thought was a bomb blast or a plane crash.A Bernama survey found that although the physical scars of the tragedy are still visible, the residents moved forward with a renewed spirit, even though the shadows of the incident occasionally "reappear" in their minds.Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bistari founder Mohd Asri Yunus, 59, said that although the trauma has not completely gone, he is grateful for the concern and assistance shown by various parties."Alhamdulillah, I am very grateful to the Prime Minister's Department, Petronas, the Subang Jaya City Council (MBSJ), and most importantly, the local community, friends, and mosque authorities who extended a helping hand |
|
Pemandu mabuk dituduh bunuh penunggang motosikal - Mkini - 1/04 12:37 am R Saktygaanapathy, 28, didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat di Klang. |
|
Pemuda mabuk dituduh bunuh Amirul Hafiz - Harapandaily - 1/04 12:17 am Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang, hari ini atas tuduhan membunuh penunggang motosikal, Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat, 29 Mac lalu |
|
Suami didakwa cuba bunuh isteri dengan bantal - Sinarharian - 1/04 12:12 am IPOH - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas dakwaan cuba membunuh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah bulan lalu.Tertuduh, Mohd Yusof Mat Yatim, 42, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Persiaran Raya 1, Taman Changkat Lada Raya, Seberang Perak, Kampung Gajah dalam daerah Perak Tengah lebih kurang jam 9 pagi pada 25 Mac 2025.Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut telah melakukan satu perbuatan iaitu menekup muka menggunakan bantal dengan mengetahui melalui perbuatan tersebut boleh menyebabkan kematian terhadap Nur Syazwana Mohd Talaha, 38.Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda dan boleh dipenjarakan selama 20 tahun sekiranya perbuatan itu menyebabkan cedera parah jika sabit kesalahan.Tertuduh yang merupakan bapa kepada tiga anak itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.Pegawai pendakwa, Inspektor Zahira Musa kemudian memohon agar mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh berikutan sikap agresif yang ditunjukkannya ketika siasatan dijalankan.Menurutnya, tertuduh pernah bertindak agresif sepanjang siasatan dan pernah cuba terjun dari tingkat empat.Mahkamah kemudian membenarkan permohonan berkenaan dan menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes selain bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. |
|
“Mana pemb*nuh suami saya” – Isteri Penunggang Motosikal Tak Tahan Sebak Ketika Masuk Mahkamah - Lobakmerah - 1/04 12:00 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |