| /// |
|
| Search : Raja News | Page 1 |
|
Kes Tony Pua: Polis akan panggil pakar akademik bantu berkenaan Perlembagaan Persekutuan - Sinarharian - 26/05 4:22 pm KAJANG - Seorang pakar akademik berkaitan Perlembagaan Persekutuan akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan melibatkan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berhubung isu sensitif berkaitan institusi Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, sebanyak 120 laporan polis telah diterima pihaknya."Seramai 95 saksi telah dirakam percakapan."Kita juga akan merakam percakapan daripada seorang pakar akademik iaitu pakar dari sudut Perlembagaan Persekutuan pada 3 Jun depan untuk mendapatkan pandangan dari sudut akademik mengenai Perlembagaan Persekutuan tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini pada Selasa.Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Khamis lalu, Tony diambil keterangan kira-kira 40 minit selepas menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 1.30 petang untuk mengatur rakaman percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.Polis membuka kertas siasatan terhadap Tony susulan hantaran yang didakwa menyentuh isu sensitif.Menerusi hantaran itu, Tony menyatakan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara.ARTIKEL BERKAITAN: Tony Pua kongsi penghayatan mukadimah Rukun Negara'Saya terpaksa cari maksud kaduk naik junjung', - Tony PuaPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf WajdiTony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed SukriTony Pua dipanggil polis, beri keterangan hampir 40 minitDalam kes berasingan, Kumar memaklumkan pihaknya sedang menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung insiden tembakan yang menyebabkan kematian tiga individu di Durian Tunggal, Melaka pada November tahun lalu."Seramai 63 saksi telah diambil keterangan."Kertas siasatan telah dirujuk empat kali ke AGC dan telah diberi beberapa arahan untuk melengkapkan siasatan," ujarnya.Tambahnya, segala arahan dari AGC telah diambil tindakan dan telah diserahkan pada Isnin untuk arahan dannasihat selanjutnya berkenaan hala tuju kes terbabit. |
|
Lawatan kerja Menteri Pertahanan ke Trkiye - Sinarharian - 26/05 10:30 am KUALA LUMPUR Pada 21 Mei 2026, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memulakan lawatan di Istanbul bagi memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Trkiye.Lawatan kerja tersebut merangkumi pertemuan dengan beberapa syarikat pertahanan Trkiye bagi memperkukuh kerjasama industri pertahanan antara kedua-dua negara, termasuk me- ningkatkan penglibatan syarikat tempatan Malaysia.Antara agenda utama lawatan ialah menghadiri Majlis Penamaan dan Pelancaran Kapal Pertama Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2) yang sedang dibina oleh STM, syarikat teknologi pertahanan dan kejuruteraan dari Republik Trkiye.Sepanjang lawatan kerja itu, Mohamed Khaled turut mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Trkiye, Makine ve Kimya Endstrisi A.S. (MKE) yang diketuai oleh Tolga Celik.Pertemuan tersebut membincangkan potensi Malaysia sebagai hab sokongan pertahanan serantau, selain kerjasama strategik jangka panjang, pemindahan teknologi dan perkongsian industri pertahanan antara kedua-dua negara.Beliau turut mengadakan pertemuan dengan Desan Shipyard yang diketuai oleh Cenk smail Kaptanolu.Perbincangan kedua-dua pihak itu memberi fokus kepada potensi kerjasama dalam meningkatkan penglibatan syarikat tempatan Malaysia khususnya dalam pembinaan kapal, sokongan teknikal, penyelenggaraan, pembangunan vendor dan rantaian bekalan.Selain itu, Mohamed Khaled turut mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Trkiye, HAVELSAN.Menerusi pertemuan itu, beliau berpeluang meninjau lebih dekat teknologi dan inovasi HAVELSAN khususnya dalam Combat Management System (CMS), sistem simulasi, kecerdasan buatan (AI) serta sistem sokongan keputusan bagi operasi ketenteraan moden.Lawatan itu turut diserikan dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke Istanbul bagi menyempurnakan Upacara Penamaan dan Pelancaran LMSB2 pertama di Istanbul Shipyard.Keberangkatan Seri Paduka Baginda turut diiringi oleh Tunku Idris Al-Haj ibni Sultan Ibrahim, Tunku Abdul Rahman AlHaj ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim.Pertemuan dengan pemain industriKerjasama industri pertahanan antara Malaysia dan Republik Trkiye bukan sekadar hubungan komersial, sebaliknya berteraskan pembinaan hubungan jangka panjang berasaskan kepercayaan, kesinambungan dan kepentingan bersama.Semasa lawatan kerja ke Republik Trkiye, Mohamed Khaled bertemu beberapa syarikat negara itu yang terlibat dalam pembekalan komponen kapal LMS.Beliau berkata, ada antara mereka telah mengenal pasti syarikat tempatan untuk bekerjasama, termasuk bagi pemindahan teknologi dan pembangunan keupayaan tempatan.Jelasnya, ini bermakna pada masa akan datang, beberapa komponen kapal berpotensi dilaksanakan oleh syarikat tempatan."Menjelang 2027, apabila ketiga-tiga kapal LMS Batch 2 ini diterima, TLDM akan mempunyai tujuh buah LMS secara keseluruhan |
|
Muslimat PAS, Wanita MIPP jalin kerjasama - Harakahdaily - 26/05 10:01 am KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia telah mengadakan pertemuan bersama Wanita MIPP yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini baru-baru ini |
|
Rakyat jelata teruja jejak kaki ke Istana Arau - Utusan - 26/05 7:31 am ARAU: Tepat pukul 9.30 malam sebaik sahaja pintu pagar dibuka menyaksikan puluhan ribu pengunjung memasuki istana bagi menyaksikan keindahan gemerlapan lampu hiasan bersempena Malam Kilauan Cahaya (MKC) Istana Arau berlangsung selama dua hari berakhir semalam. MKC dianjur bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Ke-83 membuka ruang kepada seluruh rakyat jelata .. |
|
Majlis persandingan Arif Aiman dan Nurul Aliah Natasha berlangsung meriah - Hmetro - 25/05 11:06 pm Iskandar Puteri : Majlis persandingan pasangan Raja Sehari antara pemain sensasi Johor Darul Tazim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pasangan, Nurul Aliah Natasha Md Hairushahri di Puteri Harbour di sini malam ini berlangsung meriah |
|
Video : Tuduhan Bersatu khianat melampau, Hadi yang tidak patuh titah Raja Perlis - Harapandaily - 25/05 5:48 pm The post Video : Tuduhan Bersatu khianat melampau, Hadi yang tidak patuh titah Raja Perlis appeared first on Harapan Daily . |
|
11 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang `Geng RT6′ - Mygazette - 25/05 3:38 pm Mereka ialah A. Raja Ratanam, K |
|
'Sibuk suruh orang lain bermusyawarah, diri sendiri jalan mengiring' - Dr Mohd Yadzil - Sinarharian - 25/05 1:59 pm SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Mohd Yadzil Yaakub membidas tindakan biro politik parti yang didakwa sibuk mengajar pihak lain mengenai konsep musyawarah sedangkan kepimpinan sendiri dikatakan pernah membuat keputusan tanpa rundingan menyeluruh.Beliau menggambarkan kenyataan Biro Politik Bersatu sebagai cakap tidak serupa bikin dan amalan musyawarah adalah mengikut selera sendiri apabila sibuk mengajar pihak lain mengenainya, tetapi dalam masa sama tidak mengamalkannya sendiri apabila membuat keputusan.Mohd Yadzil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban mendakwa, beberapa keputusan penting melibatkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dibuat tanpa musyawarah"Musyawarah hanya wujud bila Bersatu untung, tapi ghaib bila Bersatu rugi. Bak kata pepatah, tak ubah seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul."Sibuk suruh orang lain bermusyawarah, diri sendiri jalan mengiring," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Pada Ahad lepas, Sinar Harian melaporkan Bersatu melahirkan rasa kesal terhadap tuduhan dilemparkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung beberapa isu.Ia termasuklah pertukaran Menteri Besar Perlis, krisis politik Negeri Sembilan serta dakwaan kelemahan jentera pilihan raya Bersatu yang dikatakan menjadi asas Pas mengkaji semula hubungan dengan parti itu.Biro Politik Bersatu memaklumkan, semua isu berbangkit sepatutnya diselesaikan secara musyawarah dan bukannya diperdebat secara terbuka kerana boleh menimbulkan salah faham serta persepsi negatif terhadap parti dan gabungan tersebut.Mohd Yadzil turut mempersoalkan sejak bila Muhyiddin benar-benar mengamalkan konsep musyawarah dalam membuat keputusan parti dan gabungan politik.Menurut beliau, pelantikan Jawatankuasa Majlis Pimpinan Tertinggi Perikatan Nasional (PN) didakwa dibuat tanpa musyawarah.Selain itu, katanya, tindakan mengangkat nama sendiri sebagai poster boy Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang menurutnya dilakukan tanpa rundingan jelas.Beliau turut mendakwa dalam isu pelantikan Menteri Besar Perlis, nama calon dihantar terus tanpa melalui Majlis Pimpinan Tertinggi PN."Paling melucukan alasan yang diberi adalah kerana menjunjung titah Raja Perlis tapi bila titah Yang di-Pertuan Agong untuk bentuk Kerajaan Perpaduan selepas PRU15, sampai sekarang disangkal."Itu pun dibuat tanpa musyawarah!" kongsinya. |
|
11 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng RT6 - Sinarharian - 25/05 1:04 pm KUALA LUMPUR - Seramai 11 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai 'Geng RT6' dari 2020.A Raja Ratanam, K Sunthreson, C Vijaya Kumar, N Nadarajah, T Raman, R Vijayan, M Kumaaran, N Harichandran, S Maran, Suwaran Singh Minder Singh dan Mohammad Atif Khan Mohammad Ali Khan yang berusia 22 hingga 48 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng RT6' di daerah Sentul antara 14 Januari 2020 hingga 27 April 2026.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap mereka dan menetapkan 24 Jun untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Kasim dan Yazid Mustaqim Roslan.Pada prosiding itu, barisan pembelaan dibarisi peguam Datuk Rajpal Singh, Eu Kah Mun, M Mathaven, Grace Francis, Muhammad Izzhar Idris, S Kirthen, S Premila dan Kelvin Francis.Hanya Nadarajah dan Raman tidak diwakili peguam.Semalam, media melaporkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dikenali sebagai Geng RT menerusi tindakan di bawah Akta Langkah-Langkah Keselamatan Khas 2012.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Hussein Omar Khan berkata sindiket itu dipercayai aktif dalam kegiatan pemprosesan dan pengedaran dadah serta jenayah kekerasan di sekitar Lembah Klang sejak 2020 |
|
Raja Perlis mahu Banjaran Nakawan dipelihara sebagai Nadi Bumi Perlis - FMT - 25/05 11:20 am Tuanku Syed Sirajuddin bertitah Jamalullail usaha pemuliharaan dan pembangunan lestari kawasan itu mampu mengangkat Perlis sebagai destinasi eko-pelancongan bertaraf dunia. |
|
Peluru berpandu: MINDEF teliti tawaran beberapa negara - Mygazette - 25/05 7:43 am # Peluru berpandu: MINDEF teliti tawaran beberapa negara ISTANBUL - Kementerian Pertahanan sedang menilai tawaran daripada beberapa negara untuk mencari penyelesaian terbaik menggantikan sistem peluru berpandu antikapal (NSM) yang dibatalkan pembekalannya oleh syarikat pertahanan dari Norway. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pertemuan turut diadakan dengan beberapa pihak sempena lawatan beliau ke Turkiye bagi mendapatkan cadangan bersesuaian untuk pertimbangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) |
|
Bersatu jawab dakwaan Hadi, sedia bersemuka pertahan hubungan PN - Mygazette - 25/05 7:43 am Abdul Hadi berkata, tindakan Bersatu menolak hasrat untuk memperkukuh PN dengan menyekat keahlian parti Melayu-Islam serta parti bukan Islam tidak ekstrem adalah sesuatu yang tidak menyenangkan. Mengulas lanjut, mengenai isu pertukaran Menteri Besar Perlis, Bersatu menyatakan bahawa pelantikan tersebut adalah di bawah kuasa budi bicara mutlak Raja Perlis, Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail |
|
Tuduhan Bersatu khianat melampau, Hadi yang tidak patuh titah Raja Perlis - Harapandaily - 24/05 8:46 pm Biro Politik Bersatu menolak tuduhan Pas bahawa parti itu berkhianat dalam isu pertukaran Menteri Besar Perlis. Sebaliknya parti itu mendedahkan bahawa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang gagal mematuhi titah Raja Perlis untuk menghadap baginda bagi membincangkan isu berkenaan |
|
Malaysia dijangka terima tiga LMS hujung tahun depan - Khaled - Sinarharian - 24/05 8:38 pm ISTANBUL - Malaysia dijangka menerima tiga Kapal Misi Pesisir Batch 2 (LMSB2) yang dibina di Turkiye menjelang akhir tahun depan, sekali gus meningkatkan kesiapsiagaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menjaga kedaulatan perairan negara.Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembinaan kapal berkenaan berjalan mengikut jadual sejak kontrak dimeterai pada Jun 2024 dengan penamaan dan pelancaran LMSB2 pertama berlangsung hari ini di limbungan kapal Istanbul di sini, diikuti kapal kedua pada Jun dan kapal ketiga Ogos ini."Kita bersyukur kerana tidak ada apa-apa cabaran dan masalah yang kita hadapi dalam masa kita lakukan pembinaan untuk kapal ini |
|
Shi Feng kekal Raja Malaysia Masters - Sinarharian - 24/05 8:35 pm PEMAIN perseorangan lelaki China, Li Shi Feng mempertahankan kejuaraan Kejohanan Malaysia Masters 2026 selepas menewaskan Panitchaphon Teeraratsakul dari Thailand pada aksi final hari ini.Pada perlawanan berlangsung di Arena Unifi, Bukit Jalil hari ini, pilihan kelima kejohanan itu menepati ramalan selepas menundukkan lawannya 21-16, 21-17 dalam tempoh 50 minit.Kejayaan itu menyaksikan Li Shi Feng muncul pemain perseorangan lelaki kedua selepas legenda badminton negara Datuk Seri Lee Chong Wei yang berjaya mempertahankan gelaran berkenaan pada 2009 hingga 2012 semasa kejohanan itu berstatus Grand Prix Emas."Ia motivasi besar untuk saya menghadapi kejohanan akan datang kerana sudah agak lama saya tidak memenangi sebarang gelaran |
|
Pendaki wanita sesak nafas diselamatkan ketika mendaki Gunung Irau - Mygazette - 24/05 6:04 pm Menurut Komander Operasi, PBK II Mohammad Fadli Zahari, pasukan bomba melakukan persiapan dan bantuan logistik bagi menyokong operasi membawa mangsa keluar dari kawasan gunung yang dikendalikan anggota dari BBP Simpang Pulai. Anggota dari BBP Simpang Pulai berjaya membawa mangsa keluar dari kawasan Gunung Irau sebelum mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kampung Raja untuk menerima rawatan lanjut, katanya |
|
Usul tidak percaya: Jangan jejas institusi Diraja Perlis – Shahbudin .. - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Usul tidak percaya: Jangan jejas institusi Diraja Perlis - Shahbudin KUALA LUMPUR Cadangan untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perlis perlu ditangani secara berhati-hati agar tidak menjejaskan kedudukan institusi Raja Berperlembagaan di negeri itu |
|
Nak tinggalkan PKR, silakan – Danish Hairudin - Mygazette - 24/05 6:04 pm "Dalam PKR yang nak pergi silakan pergi. PKR pernah berada di titik paling rendah pada 2004 pernah tinggal satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh sahaja nak menang kerusi Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), itu pun kena kira undi tiga, empat kali," katanya ketika Ceramah Isu Semasa Pakatan Harapan Selangor Parlimen Kota Raja di Jalan Kebun di sini hari ini |
|
Politik perkauman tidak akan bawa Selangor ke depan – Preakas - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Politik perkauman tidak akan bawa Selangor ke depan - Preakas SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, Preakas Sampunathan mengingatkan rakyat supaya tidak terus terperangkap dengan politik perkauman yang menurutnya hanya memecah-belahkan masyarakat dan menghalang pembangunan negara. Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor hari ini membuktikan bantuan dan pembangunan boleh dilaksanakan tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang rakyat |
|
Mat rempit kena 'pukat', motosikal diangkat lintas pembahagi jalan - Sinarharian - 24/05 4:39 pm SHAH ALAM - Motosikal diangkat melintasi pembahagi jalan lebuh raya dan longkang antara cubaan segelintir mat rempit melarikan diri selepas menyedari laluan di Plaza Tol Bukit Raja, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini ditutup polis pada Ahad.Operasi Bersepadu Samseng Jalanan itu digerakkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.Tindakan dijalankan dengan bantuan JSPT Bukit Aman, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).Penutupan jalan dijalankan kira-kira jam 3 pagi selepas pemantauan dan risikan beberapa jam di lokasi operasi mengesan aktiviti samseng jalanan.Difahamkan, lokasi itu menjadi litar bagi menguji kelajuan motosikal yang telah diubah suai.Polis Selangor dalam kenyataan memaklumkan bahawa sebanyak 103 kenderaan dan 120 individu berusia lingkungan 14 hingga 32 tahun telah diperiksa."Hasil operasi turut menyaksikan 200 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, manakala 41 motosikal telah disita bagi tindakan lanjut."Selain itu, pihak AADK telah melaksanakan 50 pemeriksaan saringan rambang dan berjaya merekodkan lapan tangkapan melibatkan individu positif, iaitu tujuh positif ketum dan seorang positif ganja," katanya pada Ahad.Tambahnya, operasi itu dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras aktiviti samseng jalanan, selain memastikan keselamatan, ketenteraman serta pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa berada pada tahap terbaik.Kesemua tangkapan dan sitaan motosikal telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk tindakan lanjut.Operasi itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan dan Ketua JSPT Selangor, Superintenden Edward Kondokor. |
|
Queen of Malaysia arrives in Turkiye for threeday special visit, to attend RMN shiplaunch ceremony - Malaymail - 24/05 10:13 am ISTANBUL, May 24 Her Majesty Raja Zarith Sofiah, Queen of Malaysia, has arrived in Istanbul, Turkiye in conjunct... |
|
600 pelajar Shah Alam raih keputusan cemerlang 7A ke atas dalam SPM 2025 - Harapandaily - 24/05 4:15 am FOTO BERITA: Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2025 Parlimen Shah Alam & DUN Kota Anggerik bersama YB Tuan Haji Azli Yusof dan YB Tuan Mohd Najwan Halimi di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor |
|
Skim Agrobank x FAMA sasar bantu 1,000 usahawan tani - Sinarharian - 23/05 5:40 pm KUALA LUMPUR Seramai 1,000 usahawan tani disasarkan menerima manfaat menerusi Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA yang menawarkan pembiayaan mikro sehingga RM100,000 bagi memperkukuh sektor agromakanan tempatan.Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, skim yang menawarkan kadar keuntungan serendah 2.5 peratus setahun itu dirangka bagi membantu usahawan tani memperkukuh operasi perniagaan serta meningkatkan daya tahan kewangan mereka."Skim ini dirangka khas bagi membantu pertumbuhan usahawan tani, khususnya dalam memperkukuh operasi perniagaan, meningkatkan daya tahan kewangan serta mengembangkan perniagaan mereka," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Skim tersebut dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pasar Tani Taman Melawati pada Jumaat menerusi kerjasama strategik antara Agrobank dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).Inisiatif itu merangkumi kemudahan pembiayaan, penabungan, perlindungan takaful, transaksi digital dan latihan keusahawanan percuma berkaitan pengurusan kewangan serta pemasaran.Menurut Tengku Ahmad Badli Shah, Agrobank komited menyediakan kemudahan pembiayaan yang relevan dan inklusif kepada komuniti agromakanan selaras dengan peranannya sebagai institusi kewangan pembangunan yang memberi tumpuan kepada sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara.Beliau berkata, permohonan skim tersebut dibuka sehingga 31 Disember 2026, tertakluk pada syarat yang ditetapkan."Sebanyak 500 pelanggan terawal yang layak dan memohon skim ini akan menerima manfaat pembiayaan mikro bersama barangan eksklusif Agrobank," ujarnya.Jelasnya, Agrobank turut menyediakan 200 unit DuitNow QR SoundBox secara percuma kepada pelanggan terpilih bagi menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan usahawan tani dan peniaga kecil."Langkah ini dapat memudahkan pengesahan bayaran secara lebih cepat dan selamat selain meningkatkan penggunaan DuitNow QR Agrobank," katanya.Beliau berkata, kerjasama bersama FAMA itu diharap dapat memberi impak langsung kepada usahawan tani melalui akses pembiayaan yang lebih mudah dan patuh syariah.Tambah beliau, inisiatif tersebut juga mampu memperkukuh daya tahan perniagaan mikro serta menyokong pertumbuhan sektor agromakanan negara secara lebih inklusif dan mampan. |
|
Delegasi Malaysia terima jemputan istimewa tokoh ilmuan Arab Saudi - Sinarharian - 23/05 1:24 pm MEKAH Delegasi Tetamu Haji Raja Salman dari Malaysia menerima jemputan istimewa daripada Shaikh Profesor Dr Saad Nasir al-Shathri untuk berkunjung dan menziarahi beliau di kediamannya di Hotel Raihan Rotana, Mekah Al-Mukarramah.Delegasi Malaysia tersebut diketuai oleh Datuk Wira Ahmad Tajuddin Idris bersama Murshid delegasi, Dr Fadlan Mohd Othman.Menurut pihak delegasi, jemputan berkenaan dizahirkan sendiri oleh Dr Saad melalui panggilan telefon sebelum ketibaan para tetamu haji Raja Salman sebagai tanda penghormatan dan meraikan kehadiran rombongan Malaysia di Tanah Suci.Pertemuan berlangsung dalam suasana penuh mahabbah dan ukhuwah Islamiah apabila para delegasi disambut mesra oleh pihak Dr Saad serta diraikan dengan jamuan makan malam tradisi Arab yang menyajikan nasi mandy dan pelbagai menu utama kebanggaan masyarakat Arab Saudi.Turut bersama dalam rombongan tersebut ialah Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Fauwaz Fadzil, yang turut mengambil kesempatan mengadakan sesi ramah mesra.Mereka sempat bertukar pandangan berkaitan pembangunan dakwah, pendidikan Islam dan pengukuhan hubungan keilmuan antara Malaysia serta Arab Saudi.Untuk rekod, Universiti Al-Madinah Antarabangsa (Mediu) yang beroperasi di Malaysia juga dimiliki oleh Dr Saad.Beliau turut dikenali sebagai tokoh ilmuan berpengaruh di Arab Saudi serta memegang jawatan Penasihat Diraja bertaraf menteri dan Ahli Lembaga Ulama Senior Arab Saudi.Pertemuan tersebut diakhiri dengan sesi penyerahan cenderahati daripada delegasi Malaysia kepada Dr Saad berupa replika Menara Berkembar Petronas (KLCC) sebagai simbolik persahabatan serta lambang kebanggaan negara Malaysia. |
|
AMK setuju parti Melayu pertahan 3R, beza hanya pendekatan politik - Sinarharian - 23/05 1:21 pm KOTA BHARU Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim bersetuju dengan pandangan bahawa parti-parti Melayu perlu bersatu dalam mempertahankan isu melibatkan agama, bangsa dan institusi diraja (3R), walaupun tanpa kerjasama politik secara total.Beliau berkata, perkara tersebut tidak pernah menjadi titik kompromi dalam kalangan pimpinan politik Melayu.Menurutnya, perbezaan yang wujud hanyalah dari sudut pendekatan dan kaedah politik dalam menangani isu-isu sensitif berkaitan perkara tersebut."Saya setuju, sebab kalau kita lihat daripada banyak kenyataan pimpinan sebelum ini, saya tak fikir orang Melayu bergaduh apabila bercakap soal mempertahankan tiga perkara."Pertama tentang kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, soal raja-raja Melayu dan juga bahasa."Saya tak fikir ada mana-mana pimpinan politik Melayu yang berkompromi dalam soal itu |
|
Pemuda UMNO Selangor lancar gerakan pertahan institusi diraja jika tiada .. - Mygazette - 23/05 7:53 am # Pemuda UMNO Selangor lancar gerakan pertahan institusi diraja jika tiada tindakan tegas SHAH ALAM Pergerakan Pemuda UMNO Selangor memberi amaran akan melancarkan gerakan mengajak rakyat dan orang-orang Melayu untuk bangkit mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu sekiranya tiada tindakan tegas diambil terhadap pemimpin DAP yang didakwa mempertikaikan kuasa dan kedudukan institusi diraja |
|
Tow truck driver pleads not guilty to throwing chair at wife, causing broken arm - Sinardaily - 22/05 5:06 pm MELAKA A tow truck driver pleaded not guilty at the Ayer Keroh Sessions Court on Friday to a charge of injuring his wife by throwing a vanity table chair at her, causing the victim to suffer a broken left arm in an incident two weeks ago.The accused, Muhammad Rizman Akmal Ahmadiah, 28, made the plea before Judge Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.According to the charge, the accused allegedly caused serious injury to the 27-year-old victim, as confirmed by medical officer Dr Durratul Ain Shohaimi while the victim was receiving treatment at Sultanah Fatimah Specialist Hospital in Muar, Johor.The act was allegedly committed on May 6 at around 6.30am at a house in Kampung Seri Mawar, Paya Redan, Tiang Dua, in the Melaka Tengah district, Melaka.The prosecution was brought under Section 325 of the Penal Code, read together with Section 326A of the Penal Code, which provides for a maximum prison sentence of seven years and a possible fine upon conviction.Initial police investigations found that a verbal argument took place between the complainant and her husband, who is also the suspect |
|
Hina sultan: Terus tangkap, jangan tunggu laporan polis – Syed Ali - Mygazette - 22/05 3:39 pm # Hina sultan: Terus tangkap, jangan tunggu laporan polis - Syed Ali KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas dan cepat terhadap mana-mana individu didapati biadab dan mempersendakan kedudukan Sultan dan Raja-Raja Melayu |
|
A response to Tony Pua: Malaysia is not a republic with... - Mygazette - 22/05 3:39 pm This is why the Rukun Negara cannot be read the way Tony Pua reads it. Kesetiaan kepada Raja dan Negara does not mean blind submission to unlawful power |
|
Pas jangan jadi ???juara bermusim??? pertahan institusi raja – Mahfuz - Mygazette - 22/05 3:39 pm # Pas jangan jadi juara bermusim pertahan institusi raja - Mahfuz KUALA LUMPUR Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyelar sikap Pas yang didakwa bersikap tidak konsisten dalam mempertahankan institusi Raja Melayu, malah menyifatkan parti itu sebagai 'juara bermusim' yang hanya lantang apabila melibatkan musuh politik mereka |
|
Buletin Toyota Yaris Cross Terima 2,298 Tempahan Dalam Dua Minggu Read .. - Mekanika - 22/05 3:39 pm Ditawarkan pada harga bermula RM99,900, model itu membuka peluang lebih luas kepada pengguna untuk memiliki kenderaan Toyota, termasuk akses kepada teknologi elektrifikasi hibrid. Dipasang secara tempatan di fasiliti pengeluaran Toyota di Bukit Raja, Yaris Cross hadir sebagai SUV kompak yang direka untuk memenuhi gaya hidup moden di kawasan bandar, di samping mengekalkan pengalaman pemilikan yang sinonim dengan jenama Toyota |
|
Polis sedang lengkapkan kertas siasatan libat Tony Pua - Sinarharian - 22/05 3:30 pm KUALA LUMPUR - Kertas siasatan ke atas bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berhubung isu sensitif berkaitan institusi Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara sedang dilengkapkan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, setakat ini sebanyak 98 laporan polis sudah diterima di seluruh negara."Siasatan lanjut masih dijalankan dan kita sudah merakam keterangan beliau (Tony Pua)."Siasatan sedang dilengkapkan dan kes diklasifikasi mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan Tony diambil keterangan kira-kira 40 minit selepas menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 1.30 petang untuk mengatur rakaman percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.Terdahulu, polis membuka kertas siasatan terhadap Tony susulan hantaran yang didakwa menyentuh isu sensitif.Menerusi hantaran itu, Tony menyatakan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara. |
|
DAP mahu jadikan Raja hanya simbol tanpa suara - Harakahdaily - 22/05 3:08 pm SHAH ALAM: Sikap segelintir pihak hanya mempertahankan prinsip Keluhuran Perlembagaan apabila menguntungkan politik mereka; disifatkan sebagai tidak jujur serta bercanggah dengan semangat sebenar sistem Raja Berperlembagaan negara |
|
Penarik kereta mengaku tidak bersalah baling kerusi kepada isteri hingga patah tangan - Sinarharian - 22/05 2:15 pm MELAKA - [KEMAS KINI] Seorang penarik kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Jumaat atas pertuduhan mendatangkan cedera terhadap isterinya dengan membaling kerusi meja solek sehingga menyebabkan mangsa patah tangan kiri dalam kejadian dua minggu lalu.Tertuduh, Muhammad Rizman Akmal Ahmadiah, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 27 tahun sehingga mendatangkan cedera parah dan disahkan pegawai perubatan, Dr Durratul Ain Shohaimi ketika mangsa menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 6 Mei 2026 sekitar jam 6.30 pagi di sebuah rumah di Kampung Seri Mawar, Paya Redan, Tiang Dua dalam daerah Melaka Tengah, Melaka.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.Siasatan awal polis mendapati, berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dengan suaminya yang juga suspek |
|
Kemunafikan politik Pas terserlah, ukuran ‘derhaka’ berubah ikut warna parti - Harapandaily - 22/05 10:40 am Pas bersikap tidak konsisten dan penuh kemunafikan politik dalam isu melibatkan institusi Raja Melayu apabila hanya lantang menuduh pihak tertentu derhaka mengikut kepentingan politik semasa |
|
'Jangan tunggu laporan polis, terus tahan penghina Sultan' Syed Ali - Sinarharian - 22/05 10:21 am KUALA LUMPUR Pihak berkuasa disaran mengambil tindakan segera terhadap mana-mana individu yang didakwa menghina, mempertikai atau mempersendakan institusi Sultan dan Raja-Raja Melayu tanpa perlu menunggu laporan polis dibuat terlebih dahulu.Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan pantas perlu dilaksanakan khususnya melibatkan kandungan melampau yang tular di platform media sosial seperti TikTok.Menurut beliau, kelewatan mengambil tindakan dikhuatiri akan menyebabkan perbuatan menghina institusi kesultanan Melayu dianggap sebagai perkara biasa dalam kalangan masyarakat."Jika pihak berkuasa lambat bertindak dan sekadar melihat serta menunggu laporan polis dibuat, saya khuatir perbuatan jahat dan pencercaan terhadap institusi kesultanan Melayu akhirnya dianggap satu kebiasaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata demikian susulan kebimbangan terhadap peningkatan kandungan media sosial yang didakwa bersifat biadab dan melampaui batas terhadap institusi Raja-Raja Melayu.Menurut Syed Ali, generasi muda khususnya yang membesar dalam era teknologi maklumat berisiko kehilangan rasa hormat dan kesetiaan kepada institusi diraja sekiranya perkara tersebut tidak dibendung lebih awal.Katanya, kedudukan Raja-Raja Melayu perlu dipertahankan selaras dengan semangat Rukun Negara yang meletakkan prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara sebagai salah satu tonggak utama perpaduan nasional."Justeru, saya amat berharap tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu terbabit perlu disegerakan tanpa mengira anutan politik," katanya.Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan supaya penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara adil dan tidak dilihat bersifat terpilih."Saya juga bimbang jika pihak berkuasa lambat bertindak dan hanya menunggu laporan dibuat, akan timbul dakwaan kononnya pihak berkuasa di negara ini membudayakan undang-undang terpilih serta tindakan lebih menjurus kepada kepentingan politik," ujarnya.Sebelum ini, beberapa kes melibatkan penghinaan terhadap institusi diraja dan pemimpin negara di media sosial pernah mencetuskan perhatian ramai sehingga membawa kepada siasatan pihak berkuasa di bawah pelbagai peruntukan undang-undang termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. |
|
Tengku Amir Shah confers Selangor medals on 151 recipients in conjunction with Sultans 80th birthday - Malaymail - 22/05 9:23 am SHAH ALAM, May 22 The Raja Muda of Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, yesterday conferred... |
|
'Jangan normalisasi kenyataan rendahkan Institusi Diraja' - Daniel Khoo - Sinarharian - 22/05 8:46 am SHAH ALAM Kenyataan yang dilihat memperkecil atau mempertikaikan Institusi Diraja tidak wajar dijadikan budaya normal dalam landskap politik negara kerana boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta sensitiviti rakyat pelbagai kaum.Ketua Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Daniel Khoo berkata, semua pihak termasuk ahli politik perlu lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan berkaitan Raja-Raja Melayu kerana institusi berkenaan mempunyai kedudukan penting dalam sistem pemerintahan negara.Menurut beliau, rakyat dapat melihat sendiri peranan aktif Raja-Raja Melayu yang sentiasa mendekati masyarakat, memahami denyut nadi rakyat dan membantu menyelesaikan pelbagai isu melibatkan kebajikan awam."Kita boleh lihat bagaimana Raja saya di Pahang termasuk Tengku Mahkota Pahang sentiasa turun padang meninjau keadaan rakyat, mendengar masalah masyarakat dan membantu rakyat tanpa mengira kaum."Sebab itu saya berpandangan tidak wajar apabila ada pihak termasuk ahli politik terutama bekas Ahli Parlimen, Tony Pua mengeluarkan kenyataan menyentuh soal kuasa Raja-Raja sehingga dilihat merendahkan Institusi Diraja," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Daniel berkata, meskipun Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, perkara itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk memperkecil atau meremehkan kedudukan Raja-Raja Melayu yang menjadi tunjang kepada kestabilan negara.Menurutnya, Institusi Diraja tetap mempunyai fungsi penting dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan serta terus dihormati rakyat."Jangan kerana bercakap soal kuasa yang diperuntukkan Perlembagaan, maka Institusi Diraja dipandang rendah |
|
Bukan semua titah lawan Putrajaya!, pembangkang putar isu Raja-Raja - Harapandaily - 22/05 8:30 am Oleh FAIRUL AL QASAS Agak lucu, dikumpulkan titah Di-Raja yang mereka anggap melawan Kerajaan Madani |
|
Jangan normalisasi kenyataan rendahkan institusi diraja – Daniel .. - Mygazette - 22/05 7:52 am # Jangan normalisasi kenyataan rendahkan institusi diraja - Daniel Khoo KUALA LUMPUR - Kenyataan yang dilihat memperkecil atau mempertikaikan institusi diraja tidak seharusnya dinormalisasikan dalam ruang politik negara, kata Ketua Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Daniel Khoo |
|
Lelaki maut dengan kesan tikaman di leher dalam bilik mandi - Mygazette - 22/05 7:52 am Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada 1.15 tengah hari oleh pegawai perubatan yang bertugas. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk proses bedah siasat yang mengesahkan punca kematian disebabkan oleh luka-luka tikaman pada leher, katanya dalam kenyataan media hari ini |
|
Titah, teguran raja wajar didekati dengan hikmah – Sivamalar - Mygazette - 22/05 7:52 am # Titah, teguran raja wajar didekati dengan hikmah - Sivamalar KUALA LUMPUR - Timbalan Setiausaha Agung Keadilan merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), G Sivamalar mengingatkan semua pihak termasuk bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua supaya berhati-hati ketika membicarakan isu melibatkan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan |
|
Rozy Razit persoal kesetiaan 6 MP PKR Rozy Razit persoal kesetiaan 6 MP PKR - Mygazette - 22/05 7:52 am - MalaysiaGazette Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment. Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua. |
|
Politik `dua kolam???; Wanita PKR desak 6 MP keluar parti - Mygazette - 22/05 7:52 am - MalaysiaGazette Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment. Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua. |
|
AMK Pandan tetap pertahan PKR, dakwa gelombang keluar parti tak .. - Mygazette - 22/05 7:52 am - MalaysiaGazette Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment. Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua. |
|
AGC bantah permohonan semakan kehakiman badan peguam berhubung keputusan .. - Mygazette - 22/05 7:52 am Mahkamah Tinggi kemudian menetapkan 30 Jun ini untuk memutuskan sama ada permohonan kebenaran Badan Peguam itu perlu didengar atau digantung sementara menunggu pelupusan rayuan di Mahkamah Persekutuan. - BERNAMA Pelik, bukan peguambela yg bantah tp AGC yg bantah? Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua. |
|
Bekas Ketua Cabang PKR Indera Mahkota keluar parti, sertai Bersama Bekas .. - Mygazette - 22/05 7:52 am - MalaysiaGazette Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment. Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua. |
|
Sebab Emery digelar ‘Raja Liga Europa’ - Utusan - 22/05 7:30 am ISTANBUL: Unai Emery bukan sahaja mengukuhkan statusnya sebagai ‘Raja Liga Europa’, malah membantu Aston Villa menamatkan penantian 30 tahun untuk menjulang trofi apabila menewaskan SC Freiburg 3-0 dalam final Liga Europa di Istanbul, semalam |
|
Raja berpelembagaan lengkapi demokrasi berparlimen - Mkini - 21/05 9:09 pm Ahli Dewan Diraja Selangor berkata sistem yang diamalkan Malaysia itu membuktikan institusi raja bukan sekadar simbol atau formaliti. |
|
Tony Pua dipanggil polis, beri keterangan hampir 40 minit - Sinarharian - 21/05 7:30 pm SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menghabiskan masa kira-kira 40 minit untuk diambil keterangan susulan kontroversi hantaran di media sosial berkaitan Rukun Negara.Menurutnya, beliau menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam jam 1.30 petang untuk mengatur rakaman percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah."Saya menawarkan diri untuk hadir pagi esok, namun Inspektor yang bertanggungjawab menyatakan menerima arahan untuk diambil kenyataan hari ini (Khamis)."Janji temu dibuat di Petaling Jaya hari ini jam 4 petang dengan saya memberi kerjasama sepenuhnya kepada dua pegawai yang profesional. Proses itu mengambil masa kira-kira 40 minit," katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN:Tony Pua kongsi penghayatan mukadimah Rukun Negara'Saya terpaksa cari maksud kaduk naik junjung', - Tony PuaPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf WajdiTony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed SukriPengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP itu berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.Beliau memaklumkan bahawa siasatan dimulakan selepas polis menerima lebih 80 laporan dan yang pertama dibuat di Sri Muda di sini."Sebagai sebahagian daripada kenyataan itu, saya mengesahkan bahawa saya sendiri menulis siaran Facebook itu sendiri, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak lain."Apabila ditanya tujuan hantaran itu dibuat, saya menjawab bahawa ia adalah untuk berkongsi pandangan mengenai Rukun Negara."Apabila ditanya tentang maksud hantaran tersebut, saya menjawab ia mengikut apa yang ditulis," katanya lagi.Berhubung tindakan selanjutnya, kata Tony, beliau perlu menunggu dan lihat dan pihaknya tidak bertanya lanjut berhubung saksi lain yang mungkin diambil keterangan.Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar mengesahkan polis membuka kertas siasatan terhadap Tony susulan hantaran yang didakwa menyentuh isu sensitif berkaitan institusi Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.Menerusi hantaran itu, Tony menyatakan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara. |
|
Selangor Raja Muda commissioned as RMN Lieutenant Commander - Sinardaily - 21/05 5:45 pm KUALA LUMPUR - The Raja Muda of Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, was today commissioned as a lieutenant commander in the Royal Malaysian Navy (RMN).The RMN headquarters said the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pinned the rank during a ceremony at Istana Alam Shah in Klang.It said Tengku Amir Shahs transfer from the Malaysian Army to the RMN Executive Branch was consented to by the King through the Armed Forces Council (MAT) meeting, effective Nov 19, 2025."This transfer continues the Selangor royal familys longstanding association with the maritime sphere and service in the RMN."Tengku Amir Shahs grandfather, the late Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, served as the third captain-in-chief of the RMN, while his father, Sultan Sharafuddin, remains the captain-in-chief of the RMN to this day, it said in a statement.According to the statement, Tengku Amir Shah, who previously held the rank of RMN lieutenant, was promoted to lieutenant commander following approval at the 633rd Armed Forces Council meeting, with seniority effective from Feb 24, 2026."The Raja Muda of Selangor has also been assigned to the Naval Volunteer Reserve unit, KD Sri Klang, it said.It added that Tengku Amir Shah will undergo comprehensive familiarisation training to gain a deeper understanding of the RMNs roles, functions and working culture.The Raja Muda will also undergo ship-handling training and participate in joint exercises involving the RMN and the navies of friendly nations.Tengku Amir Shah began his military career in 2014 when he underwent officer cadet training at the Army Academy in Port Dickson before continuing his training at the Royal Military Academy Sandhurst in the United Kingdom from 2015 to 2016.The Raja Muda was commissioned as a second lieutenant on July 19, 2016 and posted to the 17th Battalion of the Royal Malay Regiment (17 RAMD) Para as chief of the Assault Pioneer Platoon.On April 15, 2017, Tengku Amir Shah was promoted to lieutenant before attaining the rank of captain on Nov 19, 2020 |
|
MCMC kenakan Tuntutan Statutori terhadap TikTok - Sinarharian - 21/05 4:26 pm CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan Tuntutan Statutori terhadap TikTok susulan kegagalan platform tersebut mengambil tindakan sewajarnya dalam tempoh munasabah untuk menyekat dan menurunkan kandungan bersifat jelik melampau, palsu dan mengancam serta akaun palsu yang ditujukan terhadap Institusi Diraja Malaysia.Menerusi kenyataan, MCMC memaklumkan pengeluaran Tuntutan Statutori itu menghendaki TikTok melaksanakan langkah pembetulan segera, termasuk memperkukuhkan mekanisme pemantauan dan pengendalian kandungan."TikTok juga dikehendaki untuk memastikan penguatkuasaan yang lebih berkesan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang Malaysia dan garis panduan komuniti platform, seterusnya memberikan penjelasan rasmi berhubung kegagalan menangani kandungan mudarat tersebut," katanya pada Khamis.Ujar MCMC, tindakan tersebut diambil berikutan penularan kandungan satu akaun yang dikaitkan dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim."Kandungan berkenaan mengandungi kenyataan jelik melampau, palsu, mengancam dan bersifat menghina dan juga kandungan video yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI) serta imej dimanipulasi, bukan sahaja berkemungkinan melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), tetapi juga undang-undang jenayah lain di Malaysia," jelasnya.Tegas suruhanjaya itu, MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform dalam talian bagi menyebarkan kandungan jelik melampau, palsu, berunsur ancaman atau memudaratkan ketenteraman awam, khususnya apabila melibatkan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.Perkara itu katanya, tergolong dalam konteks 3R (Kaum, Agama dan Institusi Diraja) yang amat sensitif dan boleh menjejaskan ketenteraman awam, keharmonian negara serta penghormatan terhadap Institusi Perlembagaan."Walaupun makluman dan libat urus terdahulu telah dilaksanakan, respons TikTok dalam menangani kandungan tersebut didapati tidak memuaskan, khususnya dalam memastikan penurunan kandungan dilakukan dengan segera serta menghalang penyebaran lanjut kandungan memudaratkan tersebut," jelas MCMC.Sebagai platform yang menyediakan perkhidmatan media sosial di Malaysia, MCMC menegaskan pemberi perkhidmatan mempunyai tahap tanggungjawab yang lebih tinggi dalam memastikan perkhidmatan mereka tidak dieksploitasi bagi aktiviti-aktiviti yang memudaratkan dan menyalahi undang-undang. |
|
MCMC keluarkan Tuntutan Statutori terhadap TikTok - Mygazette - 21/05 4:10 pm # MCMC keluarkan Tuntutan Statutori terhadap TikTok KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan Tuntutan Statutori terhadap TikTok kerana gagal menyekat dan menurunkan kandungan bersifat jelik melampau, palsu dan mengancam serta akaun palsu yang ditujukan terhadap Institusi Diraja Malaysia |
|
59 laporan polis dibuat, Tony Pua akan dipanggil beri keterangan - Mygazette - 21/05 4:10 pm # 59 laporan polis dibuat, Tony Pua akan dipanggil beri keterangan SHAH ALAM Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua akan dipanggil bagi memberi keterangan dalam masa terdekat susulan hantaran dimuat naik di media sosial yang didakwa menyentuh isu Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar |
|
Warga asing guna pas pelancong di sebalik aktiviti sindiket scam - Mygazette - 21/05 4:10 pm Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengesyaki terdapat premis kediaman atau pusat perniagaan dijadikan pusat operasi sindiket penipuan, katanya. - MalaysiaGazette Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua. |
|
Tabung Haji bukti kekuatan ijtihad kontemporari - Mygazette - 21/05 4:10 pm "Selain Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK) yang diadakan setiap tahun, Malaysia juga mempunyai pakar berwibawa yang mampu menangani perubahan dan realiti yang berlaku," ujarnya. - MalaysiaGazette Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua. |
|
Kesetiaan kepada raja bukan sekadar teknikal undang-undang, perlu jaga adab - Mygazette - 21/05 4:10 pm # Kesetiaan kepada raja bukan sekadar teknikal undang-undang, perlu jaga adab KUALA LUMPUR - Prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu kesetiaan kepada raja dan negara tidak seharusnya dilihat daripada sudut teknikal undang-undang (legal technicalities) semata-mata |
|
Terima Datuk tapi Suee Lim diam bila institusi diraja Selangor diasak... - Mygazette - 21/05 4:10 pm # Terima Datuk tapi Suee Lim diam bila institusi diraja Selangor diasak Sukri KUALA LUMPUR Pemuda Pas Selangor mempersoalkan sikap pemimpin DAP Selangor yang didakwa terus membisu ketika institusi diraja Selangor diasak dan dipersoalkan secara terbuka |
|
Malaysia akan aman tanpa DAP ??? Ahmad - Mygazette - 21/05 4:10 pm KUALA LUMPUR Malaysia mampu mencapai keamanan sebenar tanpa DAP yang disifatkan sebagai parti cauvinis dan menjadi punca ketegangan kaum dalam negara selama ini, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahaya. Menurut beliau, DAP dilihat terus bertembung dengan institusi diraja walaupun titah sultan sudah beberapa kali diperjelaskan kepada umum |
|
Jangan putar belit titah Sultan Selangor demi kepentingan politik sempit .. - Mygazette - 21/05 4:10 pm # Jangan putar belit titah Sultan Selangor demi kepentingan politik sempit Tengku Zafrul KUALA LUMPUR Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz mengingatkan semua pihak agar tidak memutar belit titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah demi kepentingan politik sempit sehingga boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan kestabilan negara. Menurut beliau, titah Sultan Selangor perlu difahami dalam kerangka sebenar sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi tunjang kestabilan negara sejak sekian lama |
|
Jangan hipokrit, oportunis peralat titah raja demi kepentingan sendiri .. - Mygazette - 21/05 4:10 pm # Jangan hipokrit, oportunis peralat titah raja demi kepentingan sendiri - Pas KUALA LUMPUR - Pas membidas sikap segelintir pihak yang disifatkan sebagai hipokrit dan oportunis kerana sanggup mempersoalkan titah serta nasihat institusi diraja demi kepentingan politik peribadi |
|
Pas Johor nafi tak bertanding dalam PRN-16 - Mygazette - 21/05 4:10 pm Terdahulu tular mendakwa Pas tidak akan bertanding dalam PRN Johor dan memberi laluan kepada UMNO untuk menang. Didakwa juga itu sebagai sebahagian daripada persefahaman politik tersebut dan Pas dikatakan akan diberikan ihsan politik oleh UMNO sekiranya Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerajaan negeri |
|
Hentikan budaya ‘selective loyalty’ terhadap institusi diraja – MB Selangor - Kosmo - 21/05 3:47 pm PETALING JAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyeru semua pihak termasuk pembangkang supaya menghentikan budaya ‘selective loyalty’ atau kesetiaan terpilih terhadap institusi Raja, agama dan bangsa demi kepentingan politik sempit |
|
Titah Sultan Selangor bukan campur tangan politik - Tengku Zafrul - Sinarharian - 21/05 3:13 pm SHAH ALAM - Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung perpaduan rakyat perlu difahami dalam kerangka sistem Raja Berperlembagaan dan bukannnya dianggap sebagai campur tangan politik.Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bekata, titah baginda merupakan nasihat, teguran dan pandangan seorang raja yang lahir daripada tanggungjawab untuk memastikan kestabilan negeri, keharmonian masyarakat serta kepentingan rakyat terpelihara sebagaimana diperjelaskan Dewan Diraja Selangor sebelum ini."Dalam tradisi Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini, titah adalah peringatan yang lahir daripada kebijaksanaan institusi raja, dizahirkan demi kebaikan negeri dan rakyat keseluruhannya."Ia bukanlah satu 'decree' atau perintah seperti yang disalah tafsir oleh segelintir pemimpin politik."Oleh itu titah Tuanku Sultan Selangor harus dilihat dalam semangat yang lebih luas iaitu memperkukuhkan perpaduan dan menyatukan masyarakat majmuk dalam suasana dunia semakin mencabar serta tidak menentu," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Dalam pada itu Tengku Zafrul menjelaskan, perkara yang dizahirkan Sultan Selangor bukan sekadar mengenai perpaduan orang Melayu, sebaliknya kekuatan Melayu dan Islam perlu menjadi tiang seri kepada kestabilan negara yang melindungi kepentingan semua kaum serta agama.Ujar beliau, sejarah tamadun Islam membuktikan kegemilangan sesuatu peradaban tidak dibina atas perpecahan atau kebencian, tetapi melalui kekuatan ilmu, keadilan, kestabilan dan kemampuan merangkul kepelbagaian masyarakat."Kita juga harus memahami dan menginsafi hakikat bahawa dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia, memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum tidak boleh dilakukan dengan meminggirkan kaum lain."Kekuatan sebenar sebuah negara bukan terletak pada siapa yang paling lantang, tetapi pada kemampuan rakyatnya untuk hidup bersama dalam suasana saling hormat menghormati dan mempercayai antara satu sama lain," menurutnya.Tengku Zafrul turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan mempolitikkan isu berkenaan sehingga menjejaskan keharmonian rakyat Selangor.Ketika dunia berdepan ketidaktentuan termasuk cabaran krisis tenaga dan bekalan global, beliau menegaskan, Malaysia memerlukan politik yang matang, mampu membina keyakinan rakyat serta menjamin kestabilan negara."Tumpuan berterusan harus diberi kepada usaha memperkukuhkan institusi, mempererat perpaduan dan membina jambatan persefahaman antara kaum, bukannya meniup api perpecahan yang akhirnya membinasa negara dan bangsa."Terus berpegang teguh dan mengabdikan lima prinsip Rukun Negara sebagai panduan hidup masyarakat aman, harmoni dan berjaya," ujarnya. |
|
Amirudin gesa henti politik selective loyalty terhadap raja - FMT - 21/05 2:29 pm Menteri besar Selangor berkata pihak terbabit dilihat membisu atas faktor politik apabila institusi diraja dihina dan dicela. |
|
Polis terima 59 laporan, Tony Pua akan dipanggil untuk dirakam keterangan - Harapandaily - 21/05 2:17 pm Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua akan dipanggil pihak polis dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan. Ia selepas PDRM menerima 59 laporan terhadap beliau susulan hantaran yang menyentuh isu Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara di Facebook |
|
Ijtihad fiqh kontemporari teras pengurusan haji moden - Sinarharian - 21/05 2:11 pm JEDDAH Ijtihad fiqh kontemporari kini menjadi teras utama dalam pengurusan ibadah haji moden yang semakin kompleks, melibatkan jutaan jemaah dari seluruh dunia serta perubahan pesat dari sudut teknologi, kesihatan dan pentadbiran.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, perkembangan semasa dunia Islam menuntut pendekatan ijtihad yang lebih dinamik bagi memastikan hukum dan pengurusan ibadah kekal relevan dengan realiti semasa tanpa menjejaskan prinsip syariah.Beliau berkata, antara isu utama yang dibincangkan pada Grand Hajj Symposium ialah bagaimana fiqh semasa, maqasid syariah dan teknologi boleh digabungkan bagi memperkukuh ekosistem pengurusan haji."Covid-19 memerlukan begitu banyak fatwa-fatwa baharu dan hukum-hukum baharu yang memerlukan satu kajian yang pantas, mendalam dan tepat. Ini yang kita perlukan, bagaimana kita berinteraksi dan beradaptasi dengan perubahan dan realiti semasa," katanya.Cabaran baharu perlukan ijtihad semasaMenurut beliau, ibadah haji yang melibatkan jutaan jemaah setiap tahun kini berdepan pelbagai cabaran baharu termasuk isu kesihatan, keselamatan, kawalan pergerakan dan pengurusan operasi berskala besar.Katanya, keadaan itu menjadikan ijtihad bukan lagi bersifat teori semata-mata, sebaliknya menjadi keperluan praktikal dalam memastikan kelancaran ibadah.Dalam masa sama, beliau berkata pendekatan maqasid syariah menjadi asas penting dalam setiap pertimbangan hukum dan pengurusan, yang menekankan penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.Malaysia kongsi pengalaman pengurusan hajiMalaysia turut diberi penghormatan berkongsi pengalaman pada Grand Hajj Symposium yang menjadi platform tahunan Kerajaan Arab Saudi sejak lebih 50 tahun lalu.Beliau berkata, penyertaan Malaysia sebagai panel speaker bersama menteri-menteri agama dan haji dari seluruh dunia mencerminkan pengiktirafan terhadap pengalaman negara dalam pengurusan haji.Katanya, Malaysia mempunyai kerangka tersendiri melalui pelaksanaan Muzakarah Haji Kebangsaan yang menghimpunkan pakar syariah, perubatan dan pentadbiran setiap tahun bagi membincangkan isu semasa."Insya-ALLAH kita mampu untuk menangani perubahan dan realiti yang sentiasa berubah ini," katanya.Lembaga Tabung Haji menjadi antara institusi utama yang mengaplikasikan pendekatan pengurusan haji berasaskan fiqh semasa dan sistem pentadbiran moden.Selain itu, JAKIM turut memainkan peranan dalam memperkukuh kerangka fatwa dan panduan ibadah haji di Malaysia.Menurut beliau, konsep ijtihad kolektif yang menggabungkan pakar syariah, perubatan, teknologi dan sosial semakin penting dalam mendepani cabaran baharu ibadah haji.Teknologi ubah landskap pengurusan hajiPerbincangan di simposium itu turut menyentuh penggunaan teknologi termasuk sistem pendaftaran elektronik, aplikasi panduan ibadah serta platform Nusuk yang membantu memudahkan urusan jemaah.Namun, beliau menegaskan penggunaan teknologi perlu dipandu dengan nilai dan etika Islam bagi memastikan roh ibadah haji tidak terjejas.Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Penjaga Dua Tanah Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota Putera Mohammed Salman serta Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah atas usaha berterusan memperkasa pengurusan dan kemudahan jemaah haji.Katanya, penambahbaikan yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi ketika ini menjadikan perjalanan ibadah haji lebih tersusun, selamat dan efisien."Kita dapat lihat perjalanan haji semakin baik |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |